Muslimeen United |
- Umno Penang hadiahkan "tahi manusia" kepada staff kerajaan
- 'Kaitan dengan Pekida bukti Najib ultra-Melayu'
- Mohd Sabu Tetap Saman Semula Utusan Malaysia
- JAWAPAN TUAN GURU NIK AZIZ KEPADA FITNAH PUTAR BELIT UMNO MENGENAI SAMAKAN DIRINYA DENGAN NABI
- Wang Royaltinya Kamu Rompak, Kini Kamu Burukkan Kelantan Hanya Bina Sebuah Masjid
- Kenapa PAS Tidak Bergabung Dengan UMNO
- Shahrizat makin terdesak, cuba lepas diri.
- Dasar Selangor Banyak Ditiru BN - MB Selangor
- Mahasiswa demo bantah akta perhimpunan aman di putrajaya
Umno Penang hadiahkan "tahi manusia" kepada staff kerajaan Posted: 08 Dec 2011 08:04 AM PST Kalau pilihan kali ini salah lagi, salahkan diri sendiri UMNO mengakui yang pilihan raya kali ini merupakan ibu kepada semua pilihan raya. UMNO menganggap ia sebagai ibu kepada semua PRU kerana UMNO menganggap pertukaran pemerintahan dari mereka kepada pihak lain itu merupakan satu jenayah dan tidak boleh dan tidak patut berlaku. Kepada negara-negara lain yang mengambil demokrasi sebagai cara politik mereka, pertukaran pemerintah itu adalah perkara biasa dan ianya adalah hak rakyat ramai untuk menentukkan kepada siapa yang mereka hendak berikan mandat untuk mentadbir mereka. Di antara parti buruh dan konservatif di Britain tidak tahu berapa kali pertukaran pemerintahan di antara kedua-dua parti itu dan sekarang pula adalah kerajaan campuran konservatif dengan liberal demokrat. Di negara kita lain pula keadaannya. Pada UMNO rakyat mesti mendengar semua cakap dan arahan mereka. Hak rakyat hanyalah untuk pergi ke peti undi dan pangkah lambang dacing sahaja…. tidak payah berfikir dan tidak payah membuat penilaian terhadap mereka. Rakyat hanya diarah untuk jadi burung balam sahaja… mengangguk walaupun tidak bersetuju. Jika ada rakyat yang berbeza pendapat atau pun menyebelahi parti-parti lain rakyat ini akan dikatakan pengkhianat, pembelot, anti-Melayu, anti-Islam, DAP mengkristiankan orang Melayu, DAP nak jadikan negara ini negara republik dan sebagainya. Walaupun DAP parti halal, siapa yang menyertainya adalah pengkhianat dan pembelot seperti yang diungkapkan oleh Muhyiddin Yassin. Saya tidak tahu parti halal itu adalah parti pembelot. Rakyat, khususnya orang Melayu ditakut-takutkan oleh UMNO yang Melayu akan hilang di dunia ini dan hanya UMNO sahajalah yang berkebolehan untuk menyelamatkan orang Melayu…. seolah-olah tidak ada elemen-elemen lain yang boleh menyelamatkan bangsa yang dipimpinnya seperti kehendak tuhan dan afa'al tuhan. Pemimpin-pemimpin UMNO pergi sejauh menuduh DAP sebagai pencetus 13 Mei dan isu inilah yang ditimbulkan setiap kali pilihan raya tiba. Pemimpin mereka akan berkata yang UMNO sahaja yang boleh memberi mereka makan. UMNO sahajalah yang boleh melanggar undang-undang kerana pengaruh UMNO boleh memberikan 'immunity' kepada penjenayah kolar putih. Hanya UMNO yang boleh memberikan pinjaman ratusan juta jika isteri atau suami mereka berada di dalam kabinet. Jika Shahrizat Jalil itu hanya seorang bidan di klinik desa, suaminya tidak akan dapat mendapatkan pinjaman RM250 juta dan membelanjakan wang hasil pinjaman mudah dengan kadar faedah hanya 2 peratus itu untuk membeli kondominium, dua lot tanah di Putrajaya, kereta Mercedez dan bercuti ke luar negara serta mengerjakan Umrah. Hebat betul bila dapat jadi menteri walaupun mengikut jalan belakang. Hanya UMNO boleh melanggar undang-undang dan perjanjian dan hanya UMNO boleh memasukkan atau mengeluarkan sesiapa dari penjara. Hanya UMNO boleh melakukan penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu seperti yang berlaku pada tahun 1993 dahulu yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohammed. UMNO merupakan satu 'tool kit' untuk sesiapa yang memegang parti ini tetapi sekarang ini sudah terlalu banyak trend yang membuktikan rakyat sudah berani menentang 'hegemony' UMNO ini. Kenapa rakyat sudah berani? Jawapannya ialah kerana rakyat sudah tahu rupa-rupanya negara ini mereka yang punya, bukannya kepunyaan UMNO seperti yang mereka sebut dari dahulu hingga sekarang. Rakyat sudah insaf yang segala yang UMNO katakan itu kebanyakannya merupakan tindakkan menyesatkan pemikiran mereka. Rakyat baru sedar sekarang ini UMNO hanya mempunyai 56 kerusi parlimen di Semenanjung dan 13 lagi kerusi di Sabah dan jumlahnya hanyalah 69 kesemuanya. Rakyat sudah mulai sedar yang UMNO bukanlah parti yang memimpin parlimen itu dalam erti kata yang hakiki. UMNO hanyalah parti yang sudah begitu kecil penyertaan dan Dewan parlimen jika dibandingkan dengan masa-masa yang lalu. UMNO sekarang sudah menjadi parti yang menadah tempurung untuk mendapatkan lanjutan kuasa yang mereka telah alami sejak dulu lagi. Rakyat sudah sedar yang rupa-rupanya UMNO bukanlah parti yang 'invincible' dan boleh diketepikan oleh rakyat apatah lagi dalam keadaan UMNO yang paling lemah dalam sejarah 23 tahun kewujudan parti itu. Baru sekarang UMNO hendak mencari calon-calon boleh menang tetapi sayangnya ia dilakukan semasa parti itu sudah tidak 'winnable' lagi. UMNO sesungguhnya sedang menghadapi krisis keyakinan yang paling teruk dalam sejarahnya. Sebagaimana yang saya katakan tadi, di Semenanjung UMNO hanya mempunyai 56 kerusi dan ditambah dengan 13 kerusi dari Sabah yang belum tentu dapat bertahan atau tidak ke mana. Rupa-rupanya UMNO hanya mempunyai 20% suara dalam parlimen dan tahulah kita sekarang kenapa pemimpinnya bercakap bergegar-gegar dalam semua perjumpaan dalam persediaan menghadapi rakyat dalam tempoh yang terdekat ini. Barulah rakyat sedar yang BN selepas pilihan raya ini hanya ada satu parti di Semenanjung ini kerana MCA dan Gerakan sudah hampir pupus dari senario politik perdana negara ini. MCA di bawah kepimpinan CSL yang terkenal itu merupakan zaman yang paling getir dalam sejarah parti itu. Dijangkakan hampir semua saki-baki kerusi MCA itu akan hilang dan parti itu tidak akan lagi menjadi parti yang mempunyai apa-apa 'consequence' selepas ini. Jika UMNO keseluruhan hilang 10 lagi kerusi kali ini ianya memberi makna yang UMNO sudah sampai ke penghujung hayatnya. Kalau UMNO mendapat kurang dari jumlah kerusi yang mereka menangi di dalam pilihan raya dahulu, waimma dengan hanya satu kerusi tambahan UMNO sudah boleh kita anggap secara 'conclusive' yang parti itu sudah mati dari segi hakikatnya. Kalau keadaan itu berlaku keyakinan ahli-ahli UMNO sendiri akan menurun, apatah lagi bagi Melayu atau rakyat yang tidak menyertai mana-mana parti. UMNO sudah hilang kelayakan untuk memimpin BN kerana parti yang angkuh ini hanya mempunyai 23% perwakilan di parlimen. Apabila BN kehilangan komponen yang kedua terbesar dalam BN iaitu MCA maka BN tidak lagi mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin komponen yang suatu ketika dahulu gagah dan perkasa. UMNO tidak akan lagi dihormati dan disegani oleh parti-parti komponen yang berada di dalam BN keseluruhannya. Itulah sebabnya saya pernah berkali-kali mencadangkan supaya negara ini mempunyai politik yang baru. Kita terpaksa mencari seorang pemimpin Melayu yang dihormati oleh semua kaum sama ada Cina, India mahu pun semua bangsa di Sabah dan Sarawak. Kita terpaksa memulakan keadaan politik baru yang dipimpin oleh seorang yang berpengalaman untuk berbincang dengan ketua-ketua semua kaum seperti yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dahulu. Dalam proses ini maka terpaksalah setengah pihak untuk berkorban bagi menjamin kestabilan politik negara pada masa-masa yang akan datang. Pengorbanan boleh dilakukan dengan pengunduran pemimpin-pemimpin parti yang menjadi isu terbesar yang menyebabkan komponen yang memimpin negara tidak diyakini rakyat lagi. Latar belakang politik hari ini tidak membolehkan lagi UMNO menjadi tunjang kepimpinan negara. UMNO seperti yang berlaku di Selangor hanya menjadi penghasut dengan mencari-cari siapa yang mahu berhadapan dengan kamera TV untuk membuat bantahan kepada perkara dan isu yang kecil terhadap kepimpinan Khalid Ibrahim. Di P Pinang, pemimpin umno sudah bermain dengan 'tahi' (gambar kiri), di Kedah dan Kelantan hanya UMNO dan pemimpin mereka, mencari kesalahan-kesalahan pentadbiran negeri pimpinan PR itu seperti orang mencari kutu. UMNO dan BN tidak pula membuat demonstrasi terhadap parti dan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kerugian PKFZ yang melibatkan RM12 billion. PKFZ merupakan ibu kepada segala skandal pemimpin menjahanamkan wang rakyat. Skandal yang begitu besar skalanya ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA, termasuk melibatkan PM semasa itu yang begitu lalai dan tidak bertangjawab terhadap kos pembelian tanah yang begitu tinggi. Ahli-ahli UMNO serta pemimpin UMNO Selangor yang tidak terlibat dengan skandal ini untuk berdemonstrasi besar-besaran jika benar ahli-ahli UMNO benar-benar hendak mencari ketelusan dan kejujuran pimpinan semasa BN berkuasa itu. Oleh itu rakyat Selangor terutamanya wajar membawa kes ini ke mahkamah rakyat dan membuat keputusan yang jelas di dalam pilihan raya yang akan datang. Jika UMNO hilang 10 kerusi parlimen dan MCA kehilangan keseluruhan kerusi-kerusi yang berbaki sebanyak 15 lagi itu, maka BN akan berhadapan dengan akhir kalam politik mereka. Tetapi itu adalah biasa sebagai sebuah negara demokrasi. UMNO boleh duduk di kerusi-kerusi pembangkang di dalam semua Dewan Undangan Negeri-negeri dan Persekutuan. Apa salahnya duduk di bangku pembangkang pula kali ini. Kalau kita main gasing kedua-dua belah pihak mesti mengambil giliran untuk memusing gasing dan memangkah gasing-gasing itu. BN selama ini hanya di pihak yang memangkah, kali ini BN patut bersetuju untuk memusing pula. Itulah demokrasi. Kita tengok pula, jika Pakatan Rakyat memimpin Putrajaya, berlakukah atau tidak pinjaman mudah sebesar RM250 juta dari kerajaan untuk memelihara lembu seperti yang dilakukan oleh BN yang sedang mentadbir Putrajaya sekarang ini. Kalau PR memerintah adakah kejadian seperti membeli peralatan ketenteraan yang digandakan harganya berlipat kali untuk kepentingan syarikat kroni seperti yang berlaku sekarang ini? Jika pihak PR menjadi PM akan adakah PMnya menggunakan harta rakyat dalam jumlah berbillion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang kerugian besar dalam perniagaan perkapalannya seperti yang pernah berlaku beberapa tahun dahulu? Agak-agaknya kalau pemimpin PR menjadi Menteri Besar mana-mana negeri, adakah agaknya MB itu tertangkap menghantar wang sebanyak RM10 juta keluar negara secara haram melalui penggurup wang yang 'dubious' seperti yang dilakukan oleh seorang MB tidak berapa lama dahulu? Banyak lagi persoalan tetapi masa dan ruang tidak memberikan saya peluang untuk menyenaraikannya satu persatu. Tetapi secebis yang di sebutkan itu sudah cukup untuk membuat keputusan secara 'conclusive' dalam pilihan raya yang akan datang. Yang penting, keputusan kita mestilah satu keputusan yang akan dapat menghindar apa yang saya sebutkan tadi berulang lagi. Jika mereka yang melakukan itu masih mendapat mandat jangan bersungut lagi. Salahkan diri sendiri. - Aspan Alias |
'Kaitan dengan Pekida bukti Najib ultra-Melayu' Posted: 08 Dec 2011 08:00 AM PST PAS Selangor mengecam sokongan terbuka Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai bukti bahawa beliau adalah seorang ultra-Melayu dan mengetepikan prinsip wasathiyah (kesederhanaan) dan retorik 1Malaysia anjurannya. PAS Selangor mengecam sokongan terbuka Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai bukti bahawa beliau adalah seorang ultra-Melayu dan mengetepikan prinsip wasathiyah (kesederhanaan) dan retorik 1Malaysia anjurannya. PAS Selangor mengecam sokongan terbuka Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai bukti bahawa beliau adalah seorang ultra-Melayu dan mengetepikan prinsip wasathiyah (kesederhanaan) dan retorik 1Malaysia anjurannya. PAS Selangor mengecam sokongan terbuka Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai bukti bahawa beliau adalah seorang ultra-Melayu dan mengetepikan prinsip wasathiyah (kesederhanaan) dan retorik 1Malaysia anjurannya. Timbalan pesuruhjayanya, Khalid Samad medakwa, Pekida adalah sebuah organisasi yang meragukan sehinggakan pernah Umno sendiri pun tidak berani menjalin hubungan rasmi dengannya. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Khalid turut mengecam apa yang didakwanya sebagai pendirian keras yang diperlihatkan dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini. Katanya, mereka cuba memberitahu orang Melayu bahawa jika Umno dicabar, ia bermakna orang Melayu dicabar dan bahawa Melayu adalah Umno dan Umno adalah Melayu. Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata cabaran kepada Umno bukan sebenarnya cabaran kepada orang Melayu, tetapi satu usaha untuk meningkatkan kedudukan kaum tersebut. Sebaliknya, tambah beliau, pihaknya bukan cuba untuk menjatuhkan struktur politik Melayu, tetapi hanya berharap untuk menurunkan kepimpinan korup Umno dan menggantikannya dengan pemimpin Melayu yang bersih dan berkemampuan. Isnin lalu, Najib merasmikan sesi bertemu perdana menteri anjuran Pekida dan dihadiri oleh kira-kira 12,000 ahlinya. Dalam ucapannya di majlis tersebut, Najib menyambut baik sokongan Pekida kepadanya dan BN dalam pilihanraya umum akan datang, dan sebagai balasan, beliau berjanji untuk 'membantu' pertubuhan tersebut. -M'kini |
Mohd Sabu Tetap Saman Semula Utusan Malaysia Posted: 08 Dec 2011 07:58 AM PST Peguam mewakili Mohamad Sabu, Mohamed Hanipa Maidin sedang menimbang sama ada akan membuat rayuan atau memfailkan semula saman anak guamnya terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor. Ianya ekoran saman tersebut dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam kerana ketiadaan butir-butir yang mencukupi berhubung penerbitan yang didakwa berunsur fitnah bagi menyokong tuntutan saman itu. Hanipa berkata, rayuan atau memfail semula boleh dibuat kerana saman tersebut dibatalkan kerana masalah teknikal, bukan merit kes. "Kita mempunyai dua pilihan samaada nak buat rayuan atau nak fail semula kerana saman ini dibatalkan kerana hakim kata ada masalah prosedur," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Semalam, Hakim Datuk John Louis O'hara berkata, Mohamad perlu mengesahkan butiran penerbitan yang mencukupi dalam samannya seperti yang diperlukan di bawah undang-undang. Katanya, kenyataan sokongan itu merupakan satu keperluan serta membentuk prasyarat yang dikehendaki di bawah Aturan 78 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dalam writ saman fitnah. Hanipa berkata, beliau menunggu kata putus daripada Mohamad untuk tindakan seterusnya. "Saya sedang berbincang dengan Mohamad Sabu dan menunggu kata putus daripada beliau samaada nak buat rayuan atau nak fail semula," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. Keputusan hakim semalam dibuat ketika membenarkan permohonan yang difailkan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan penerbit akhbar tersebut untuk membatalkan saman dan pernyataan tuntutan Mohamad. Utusan Melayu dan Aziz yang diwakili dua peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Datuk Mohd. Hafarizam Harun pada 27 Oktober lalu telah memfailkan permohonan membatalkan saman Mohamad terhadap mereka yang dinamakan sebagai pihak defendan. Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 14 September lalu. Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, pihak defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos lalu dan dua bahan terbitan pada keesokan harinya yang berbaur fitnah. Penerbitan ketiga-tiga artikel terbabit adalah berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor. Mohamad mendakwa, penyiaran bahan-bahan tersebut telah secara tidak langsung menggambarkan bahawa beliau penyokong pengganas komunis, telah terkeluar daripada ajaran Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera. -Hrkh |
JAWAPAN TUAN GURU NIK AZIZ KEPADA FITNAH PUTAR BELIT UMNO MENGENAI SAMAKAN DIRINYA DENGAN NABI Posted: 08 Dec 2011 01:10 AM PST Sehari dua ini, hangat juga cerita Ustaz Budak yang didakwa berceramah dan mengaitkan saya, kononnya saya "Nabi." Ada pihak pula yang 'putar' dalam internet tentang ceramah itu. Justeru ada bemacam-macam ulasan. Saya turut menjawab perkara ini bila ditanya wartawan. Di sini saya ulangi: "Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan Nabi adalah kufur. Sama juga, orang Islam tolak Islam, ia kufur. Sama ada tolak Islam itu diganti dengan demokrasi atau kebangsaan. Serupa jugalah." |
Wang Royaltinya Kamu Rompak, Kini Kamu Burukkan Kelantan Hanya Bina Sebuah Masjid Posted: 08 Dec 2011 01:09 AM PST PAS akui hanya bina sebuah masjid di K'tan Kerajaan PAS Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di Rantau Panjang daripada wang sendiri tanpa bantuan kerajaan pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas. Gambar: MASJID Jubli Emas Sultan Ismail Petra yang terletak di Rantau Panjang, Kelantan. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata masjid lain di seluruh negeri dibina oleh kerajaan pusat. "Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan PAS ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari kerajaan pusat," katanya kepada Bernama hari ini. Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian. Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan, bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, PAS tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu. Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh kerajaan persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990. Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Emas yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu. - Bernama "PAS akui hanya bina sebuah masjid di K'tan" Begitulah tajuk jahat dari Bernama. Cuba merendah-rendah dan memburukkan kerajaan negeri Kelantan apabila mengulas mengenai kewujudan Masjid Jubli Emas atau Masjid China yang dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari kerajaan pusat. Memang Kelantan hanya membina sebuah masjid. Kerana wang royalti milik Kelantan telah dirompak oleh kerajaan UMNO pusat. Setelah wang milik Kelantan kamu rompak kini kamu hinakan kerajaan Kelantan kononnya hanya mampu dirikan sebuah masjid sahaja. Begitulah teruknya perangai yang dibawa oleh penulis berita BERNAMA ini. Kita ingin nyatakan, biar masjid yang dibina itu cuma satu, tetapi ia dibina berasaskan taqwa dan masjid itu diimarahkan daripada mempunyai beratus masjid tetapi terbina di atas dasar bermegah kemudian terkunci rapat tanpa jemaah sepertimana berlaku di kebanyakan masjid di negara ini. Di dalam Al-Quran, tiada arahan untuk mendirikan masid sebaliknya terdapat banyak arahan supaya mendirikan solat! Mendirikan masjid belum tentu mendirikan solat, tetapi mendirikan solat dengan sendirinya masjid akan terdiri sekalipun tanpa bangunan. -GB |
Kenapa PAS Tidak Bergabung Dengan UMNO Posted: 07 Dec 2011 03:14 PM PST Soalan keempat dari mahasiswa yang tidak sempat dijawab sewaktu Forum di UIAM bersama Ust Fathul Bari Mat Jahya dan Dr. Roslan Mohd Nor tempohari. Soalan itu berbunyi : Kenapa PAS Tidak boleh bergabung dengan UMNO. Jawapannya : 1. Penyatuan secara asasnya adalah suci malah dituntut. Tiada siapa yang mahu berpecah dan berpisah tanpa sebarang sebab atau alasan yang kukuh. 2. Namun .... sungguhpun Islam menggalakkan malah menyuruh supaya ummatnya bersatu padu, Islam meletakkan syarat serta garis panduan yang jelas bagaimana penyatuan itu wajar dilakukan atau sebaliknya. Antaranya Firman Allah: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ ۚ وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوَٰنًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ Wahai orang - orang yang beriman, bertaqwalah kamu dengan sebenar - benar taqwa dan jangan kamu mati melainkan kamu tunduk menyerah diri kepada Allah swt. dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah dan jangan sekali - kali kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika dulunya kamu saling bermusuhan maka Allah telah menyatukan hati - hati kamu, lalu dengan nikmat Allah itu kamu bersaudara sedang kamu telah berada di jurang api neraka, lantas Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah dijelaskan oleh Allah kepada kamu ayat - ayatNya, mudah - mudahan kamu beroleh petunjuk. Surah Aali Imran 103 3. Ayat di atas jelas meletakkan syarat utama untuk tidak berpecah belah ialah berpegang teguh dengan Tali Allah iaitu Al Quran atau Al Islam bukan bangsa atau warna kulit jauh sekali harta benda, pengaruh dan pangkat. Lantaran penyatuan manusia adalah melibatkan penyatuan hati dan hati tidak boleh dijinakkan dengan harta benda dunia. Firman Allah swt : وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا مَّآ أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ Dialah [Allah] yang telah menyatukan antara hati - hati mereka. sekiranya engkau membelanjakan keseluruhan apa yang ada di atas muka bumi ini, nescaya engkau tidak boleh menyatukan hati - hati mereka akan tetapi Allah swt telah menyatukan antara mereka sesungguhnya Ia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Surah al Anfaal 63 4. Islam adalah asas penyatuan. Tanpa Islam bagaimana mungkin penyatuan itu boleh direalisasikan. Sementara kebajikan dan taqwa pula menjadi objektif utama kepada penyatuan yang dianjurkan oleh syariah. Firman Allah swt : ۘ وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara yang membawa kepada kebajikan dan taqwa dan jangan kamu bertolong bantu dalam perkara yang mengundang dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah swt sesungguhnya balasan Allah sangat dahsyat. Surah al Maaidah 2 5. Ayat di atas pula bukan sahaja menyuruh kita bertolong bantu, bekerja sama dan bersatu padu untuk melakukan amal kebajikan dan bertaqwa kepada Allah [ dengan melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah swt dan meninggalkan apa jua yang telah dilarang oleh Allah swt.] tetapi nas di atas juga melarang sebarang kerjasama dan penyatuan yang menumbuhkan bibit dosa serta menyuburkan permusuhan sesama ummat manusia. 6. Demikian asas yang perlu difahami oleh semua mengenai konsep perpaduan. Apabila ditanya mengenai penggabungan antara PAS dan UMNO, maka saya harap semua dari kalangan kita merujuk kepada prinsip dan konsep yang telah saya jelaskan di atas dengan jujur dan adil. 7. ...... pun begitu, untuk aman, damai, sejahtera, harmoni dan sebagainya buat masa ini, jika UMNO mahu terus kekal dengan dasar partinya hari ini, maka PAS dan UMNO terus menjadi parti yang berbeza lalu wujudkan suasana check and balance. 8. Keperluan utamanya ialah kematangan dalam berpolitik. Elakkan politik fitnah dan adu domba. Begitu juga dengan politik dedah aib dan politik caci maki. Sebaliknya amalkan politik yang diperkaya dengan akhlak. Politik berteraskan hujjah dan fakta. Politik yang matang dan berhikmah. 9. Saya mengharapkan generasi muda hari ini boleh memulakan politik jenis ini. Politik baru ke arah masa depan negara dan ummah yang lebih bertamadun. Hentikan persengketaan dengan menamatkan pencabulan dan penindasan. 10. Sebagai satu contoh mudah, Kerajaan persekutuan yang ditulang belakangkan oleh UMNO mestilah mengembalikan semula royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu dan Kelantan kerana ini antara punca persengketaan antara UMNO dan PAS. Lebih klasik, persengketaan antara PAS dan UMNO ialah pada perbedaan dasar dan manhaj perjuangan. Maka janganlah UMNO mempersendakan hasrat PAS untuk melaksanakan syariat Islam khasnya di Kelantan. |
Shahrizat makin terdesak, cuba lepas diri. Posted: 07 Dec 2011 03:08 PM PST (Oleh: Nazar Hashim) PULAU PINANG 7 Dis: Wanita KEADILAN Pulau Pinang menyifatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semakin terdesak berhubung skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan yang dimilik keluarganya. Ketuanya, Norhayati Jaafar berkata, lantaran itu, Shahrizat cuba mengalih perhatian dengan menyerang pimpinan Pakatan Rakyat pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno minggu lalu. "Beliau bukan saja cuba mengheret Wanita Umno melindungi hipokrasi yang ada, malah berusaha untuk menukar isu ini menjadi persoalan peribadi dengan membuat pelbagai serangan peribadi terhadap kepimpinan Keadilan seperti YB Saifuddin Nasution, YB Zuraida Kamarudin dan Rafizi Ramli. "Usaha terdesak seperti cuba memalitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr.Wan Azizah juga merupakan satu lagi taktik melepaskan diri dari kemelut yang sedang dihadapi oleh beliau membabitkan NFC, " ujarnya dalam sidang media yang diadakan di Yayasan Aman, Penanti, petang semalam. Menurut Norhayati, Wanita KEADILAN juga kesal dengan ucapan begitu emosional oleh Shahrizat yang tidak sedikit pun menggambarkan keperibadian pemimpin wanita Islam. Jelasnya lagi, pendedahan yang dibuat Ketua Audit Negara melalui laporannya terhadap penyelewengan dana RM250 juta oleh NFC bukan dongengan atau palsu, tetapi merupakan fakta. "Penyalahgunaan dana rakyat ini adalah suatu penyelewengan, penipuan dan kezaliman terhadap rakyat yang mengharapkan pembelaan dari kerajaan yang memerintah. "Menyedari hakikat ini, sekiranya Shahrizat berasa bertanggungjawab dalam isu yang telah mencalarkan nama beliau sebagai menteri kabinet yang dipertanggungjawabkan, seharusnya beliau segera melepaskan jawatan, agar tidak menjadi liabiliti kepada rakyat dalam negara ini," tambahnya lagi. |
Dasar Selangor Banyak Ditiru BN - MB Selangor Posted: 07 Dec 2011 03:07 PM PST Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat mengangkat taraf hidup rakyat Selangor diakui berkesan hinggakan Barisan Nasional meniru program-program yang tersedia, menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Ada program jom shopping dengan warga emas. Seratus ringgit kita bagi kepada warga emas, bersama-sama wakil kerajaan negeri membeli-belah di gedung membeli-belah. Mereka rasa seronok dan terbela bila kita bersama-sama mereka." "Kerajaan Persekutuan pun nak tiru. Dia kumpulkan orang untuk diberi hamper. Saya periksa melalui rakan-rakan dalam pengurusan pusat beli-belah. Kerajaan Persekutuan belanja RM200 untuk beri hamper bernilai RM100 ringgit. Kalau itu yang berlaku dalam Jom Shopping, saya pecat pegawai tu. Itu cara mereka, cara yang kita hendakkan adalah dari duit RM100 itu, kita dapat belanja seperti RM200,"katanya. Abdul Khalid berkata demikian di program Rapat Rakyat di Shah Alam, 4 Disember lepas. Beliau menjelaskan sikap boros Barisan Nasional ini antara faktor mengapa kemewahan negeri Selangor tidak dapat diagihkan kepada rakyat dengan lebih meluas. Beliau juga melahirkan rasa marah kerana Barisan Nasional tetap membelanjakan wang rakyat sewenang-wenangnya. "Itu sebab terpaksa berhutang sebab tak tahu jaga duit. Ini duit rakyat, dan duit rakyat harus diurus dengan cermat supaya ia 100% sampai ke tangan rakyat," jelasnya. Dilancarkan pada 15 Julai tahun ini, program Jom Shopping membolehkan warga emas membeli barangan keperluan untuk kesejahteraan dan keselesaan keluarga dan diri sendiri. Dengan peruntukan kira-kira RM10 juta ringgit, program ini sebahagian dari agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor. Di majlis tersebut, Khalid berkata beliau tidak mahu membazirkan masa memarahi Umno-Barisan Nasional kerana Pakatan masih mempunyai banyak gerak-kerja reformasi yang perlu diuruskan. "Kita ada program Ceria, dimana kita mengecat semula rumah pangsa lama supaya ia lebih selesa untuk didiami. Di satu rumah pangsa Samudra di Batu Caves, BN pun bergegas turun kata nak cat rumah pangsa itu selepas mendengar program kita ini. Perdana Menteri Najib Abdul Razak kata dia peruntukkan RM1.5 juta untuk projek itu. Saya terkejut, kerana perkiraan kita hanya memerlukan RM400,000",katanya. Apa yang lebih mendukacitakan, sikap boros Barisan Nasional ini dikhuatiri meneruskan amalan memperkayakan kroni. "RM400,000 bandingkan dengan RM1.5 juta...RM1.1 juta pergi ke mana? Rakyat dah bangun dari mimpi. Kita mengigau sudah lama,"jelasnya lagi. -tvsnews |
Mahasiswa demo bantah akta perhimpunan aman di putrajaya Posted: 07 Dec 2011 03:05 PM PST HARI ini kira-kira 50 orang wakil mahasiswa mengadakan satu demonstrasi di Putrajaya bagi menyatakan bantahan terhadap akta perhimpunan aman yang diluluskan di parlimen baru-baru ini. Inilah wajah-wajah pemimpin masa hadapan, ini wajah-wajah orang bijak pandai yang bakal diberi amanah memimpin negara pada masa hadapan. Bila orang bijak dipijak, mereka akan bangkit mereka akan bangun dan lawan! Lihat pemimpin negara yang hadir hari ini. Mereka menjana pengalaman dari zaman kampus. Lihat Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan lain-lain, mereka pemimpin pelajar suatu masa dahulu. Kini mereka yang asalnya memimpin pelajar, sudah menjadi pemimpin hebat di kalangan masyarakat. Namun kerajaan zalim hari ini cuba "memenjarakan" mahasiswa daripada berpolitik. Ini kerja gila! Tahniah dan salute kepada mahasiswa yang berani! ReJaM© "Mahasiswa dihalang berpolitik, maka lembu-lembu akan berkuasa..." |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan