Muslimeen United |
- Isu Lembu Fidlot: Perwakilan Pahang Minta Pemimpin UMNO Jangan Cetus Kontroversi
- Indeks Persepsi Rasuah negara terus merudum
- Pakatan Rakyat Bakal Tumbangkan Bn di Pahang, Johor dan Melaka!
- Kes Lembu NFC: PKR Pertikai Kenyataan Awal Polis "Bersihkan" Imej UMNO
Isu Lembu Fidlot: Perwakilan Pahang Minta Pemimpin UMNO Jangan Cetus Kontroversi Posted: 02 Dec 2011 12:05 AM PST Jangan buat kontroversi, susah kami nanti' KUALA LUMPUR: Pemimpin atasan Umno diingatkan supaya mengelakkan diri daripada dibelenggu pelbagai kontroversi. Perwakilan Umno Pahang Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata keadaan itu akan menyusahkan pemimpin di peringkat Bahagian sepertinya untuk menjelaskan perkara sebenar kepada ahli bawahan yang lain. Katanya, ini termasuk skandal projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Kepada pemimpin tolong jangan buat kontroversi. Kami yang dibawah ni payah nak jawab. Salah satunya isu NFC…..sudah cukuplah sampai sini," katanya ketika membahaskan usul ucapan Presiden di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Selain itu, beliau berpendapat Umno kini perlu menggunakan media baru sepenuhnya termasuk laman sosial Facebook dan Twitter untuk menyebarkan dakyah politik. Umno kini tidak lagi perlu terlalu bergantung kepada akhbar cetak untuk memainkan peranannya. Wan Amizan turut menyentuh isu Felda dengan membidas pembangkang yang memanipulasi isu nasib peneroka. Katanya, peneroka perlu bersyukur kerana dengan bantuan mantan Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang berjaya tingkatkan taraf hidup orang Melayu melalui Felda. Katanya, melalui kerajaan Umno-Barisan Nasional peneroka mampu mendapat keuntungan sehingga mencecah RM10,000 sebulan berbanding pada zaman 70-an yang hanya RM69.90. "Sekarang ni tanyalah di mana-mana, di setiap rumah peneroka sekurang-kurangnya lima daripada anak mereka memiliki Ijazah," katanya. -FMT Skandal NFC masih hantui Wanita, dakwa Shahrizat liabiliti Umno |
Indeks Persepsi Rasuah negara terus merudum Posted: 01 Dec 2011 07:26 PM PST KUALA LUMPUR, 2 Dis: Prestasi terburuk Malaysia selama 10 tahun dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah 2011 oleh Transparency International (TI) menggariskan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencapai matlamat anti-rasuah dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP). "Kegagalan untuk menangani gejala rasuah ini lantas akan membawa kepada kegagalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk mentransformasikan ekonomi Malaysia kepada sebuah ekonomi pendapatan tinggi menjelang 2020," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Menurutnya, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia telah menurun untuk tiga tahun berturut-turut, iaitu 4.3 bagi tahun ini berbanding 4.4 pada tahun lepas. Lebih teruknya, katanya kedudukan Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-56 daripada 178 negara pada tahun lepas. Pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri kelima, Malaysia berada di tangga ke-37 dalam kaji selidik tersebut yang merangkumi 146 negara. Kaji selidik TI ke atas 1,000 orang responden juga mendapati bahawa pihak polis dan parti-parti politik dilihat sebagai institusi-institusi yang paling korup dalam negara. Juga dilaporkan bahawa kebanyakan warga Malaysia percaya tahap rasuah tidak akan berubah dalam masa 3 tahun akan datang. Timbalan Presiden TI, Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana "unsur-unsur kerajaan" yang memudahkan "rasuah besar" masih lagi tersebar luas. "Dakwaan yang begitu berat oleh TI jelas menerangkan serangan ganas Umno terhadap DAP dalam Perhimpunan Agung Umno yang berkisar pada perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor. "Serangan Umno terhadap sasaran mudah seperti Kristian, Cina, Pengerusi Bersih S. Ambiga, dan DAP sebagai penindas orang Melayu yang kononnya hendak menguasai negara, sampai penyokong DAP dilabel sebagai bangsat, merupakan tindakan terdesak untuk mengalih perhatian daripada kegagalan Umno untuk menangani masalah-masalah seperti rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Tambahnya, tidak pula ada kritikan mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah mendedahkan terlebihan belanja sebanyak RM3.7 bilion oleh jabatan-jabatan kerajaan dan tidak pula disebut tentang skandal lembu dan kondo yang melibatkan keluarga seorang Menteri Persekutuan. Katanya, soalan patut ditanya kenapa pakcik biasa di kampung tidak pernah diberi peluang yang serupa. "Tidak pula disoal kenapa duit daripada pinjaman RM250 juta boleh diberi dua tahun sebelum perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. Menurutnya, setiap pemimpin Umno hanya ingin menutup skandal di mana duit yang sepatutnya digunakan untuk penternakan lembu telah digunakan untuk membeli bukan sebuah tetapi dua buah kondominium mewah. Rakyat Malaysia, ujarnya menginginkan integriti dan bukan rasuah, tender terbuka dan bukan rundingan terus, tiada kenaikan tol dan bukan kenaikan tol yang membawa manfaat kepada syarikat-syarikat pengendali tol, kebebasan dan bukan penindasan, serta keluhuran undang-undang dan bukan ketidakadilan. "Harapan untuk membasmi rasuah tidak akan tercapai selagi kita tidak mengambil langkah untuk menanganinya. "Rasuah akan menjadi isu utama dalam pilihan raya umum yang akan datang, di mana rakyat boleh memilih sama ada untuk menyokong BN yang telah mencuri masa depan kita selama 54 tahun atau untuk menolak BN untuk mencegah masa depan anak-anak kita daripada dilenyapkan," katanya. -Hrkh |
Pakatan Rakyat Bakal Tumbangkan Bn di Pahang, Johor dan Melaka! Posted: 01 Dec 2011 07:25 PM PST Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB KUALA LUMPUR: Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menjangkahkan Umno- BN bakal hilang penguasaan di tiga negeri dalam pilihan raya ke-13 (PRU13) akan datang.Bercakap baru-baru ini, Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Pengajian Media di Universiti Malaya (UM) berkata, terdapat banyak faktor yang mendorong ke arah jatuhnya tiga kerajaan itu ke tangan pembangkang Pertamanya, peralihan sokongan golongan anak muda bukan Melayu dan kecenderungan golongan ini untuk mendaftar sebagai pengundi dapat dilihat perkembangan ke arah itu, katanya. Sementara, kemasukan maklumat alternatif yang dimainkan oleh media baharu dan media alternatif seperti Harakah menyumbang kepada kesedaran golongan di bandar dan meresap ke kawasan berhampiran, katanya. Beliau yakin dengan permasalahan besar yang dihadapi kerajaan hari ini, sementara tekanan ekonomi amat dirasai rakyat, tiga negeri BN ini bakal dikuasai pembangkang dengan peralihan undi seperti pada tahun 2008. Ditanya mengenai sebarang kemungkinan negerinegeri yang dikuasai Melayu seperti Kelantan dan Kedah akan berlaku perubahan, Dr Abu Hassan menyatakan PAS akan terus menerajui Kelantan kerana imej kepimpinan yang sangat memberi keselesaan kepada rakyat. "Saya yakin, PAS akan terus berjaya mempertahankan Kelantan, jika mood yang ada hari ini kekal sehingga pilihan raya umum akan datang" katanya. |
Kes Lembu NFC: PKR Pertikai Kenyataan Awal Polis "Bersihkan" Imej UMNO Posted: 01 Dec 2011 02:44 PM PST KUALA LUMPUR – PKR mendakwa polis bertindak membersihkan imej bagi pihak Umno ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar tiada unsur pecah amanah dalam skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) setakat ini. "Mengapa mengeluarkan kenyataan (sedemikian) ketika siasatan masih dijalankan. Dan, ketika perhimpunan utama Umno sedang berlangsung?" kata Naib Presiden PKR N. Surendran dalam satu kenyataan hari ini. Beliau mempersoalkan kenyataan Khalid itu sedangkan pihaknya masih belum memanggil Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang keluarganya diberikan projek itu, untuk diambil kenyataan. -TMI Setakat Ini Tiada Unsur Pecah Amanah Dalam NFC - TKPN |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan