Selasa, 27 Disember 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Demer dah gelabah. Usah komer percaya dan terpedaya!!

Posted: 27 Dec 2011 05:24 AM PST


Batang serai akar lengkuas
Masuk dalam si asam pedas
SMS fitnah tersebar luas
Petanda 'mereka' sedang cemas


SHAH ALAM , 27 DISEMBER : Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail kesal dengan tindakan fitnah serta berniat jahat Umno berhubung kenyataan dari pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa beliau mengarahkan seluruh penyokong gerakan reformasi keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Telah sampai kepada pengetahuan saya, bahawa terdapat mesej-mesej pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggota KEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur." kata beliau

Katanya dalam sms tersebut, beliau menggesa supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara," kata Saifuddin dalam kenyataan medianya.

Menurut Saifuffin wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa Umno.

Pada 9 Januari nanti,hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka akan mengumumkan nasib Anwar Ibrahim berhubung kes Fitnah Liwat 2 yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang itu.-TVS NEWS

Tiada ulasan: