Ahad, 18 Disember 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Lu langsi... Lu Mati

Posted: 18 Dec 2011 08:54 AM PST


Lu langsi dengan kakitangan awam kerajaan, lu mati dalam PRU13 nanti.

Kah kah kah kah kah....

SBPA: Jangan cetus 'perang' dengan kakitangan awam, Cuepacs beri amaran


Oleh G Manimaran
December 18, 2011

KUALA LUMPUR, 18 Dis ― Isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) turut menjadi perhatian perhimpunan membantah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) petang ini, dengan pemimpin kanan Cuepacs memberi kerajaan amaran - jangan mencetuskan "perang" membabitkan kakitangan awam yang rata-rata tidak puas hati dengan sistem gaji baru ini.

Pelaksanaan SBPA dilihat akan menjadi satu lagi ujian kepada pentadbiran Najib menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail berkata, pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, sudah pun mencetuskan rasa tidak senang di semua lapisan perkhidmatan awam khususnya mereka dalam Kumpulan Pelaksana.

Kumpulan Pelaksana sebelum ini dikenali sebagai kakitangan Kumpulan Sokongan I dan II.

"Saya minta kerajaan jangan cetuskan perang, kakitangan awam ada 1.4 juta orang, saya berharap kerajaan jangan wujudkan pertikaian dengan melaksanakan SBPA," kata beliau yang menimbulkan isu NFC, projek ternakan lembu yang dikaitkan dengan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Ketua Wanita Umno, dalam ucapannya.

Kemudian ketika ditemui The Malaysian Insider, Zainal yang juga pemimpin kanan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berkata, ramai beranggapan bahawa projek NFC yang menggunakan RM250 juta dana awam itu sebagai satu pembaziran.

"Mengapa RM250 juta boleh dibazirkan dalam projek lembu, kata nak keluarkan lembu dalam setahun dalam sekian-sekian jumlah, tetapi tak jadi, gagal," soal beliau yang menyamakan mengapa kerajaan tidak boleh memberi manfaat lebih baik bagi kakitangan awam menerusi SBPA.

Masalah dan kegagalan projek NFC ditimbulkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Kerajaan kata gunakan hampir RM3 bilion untuk melaksanakan SBPA, siapa rasai jumlah yang besar? (Difahamkan) seramai 36 penjawat Kumpulan Premier dapat bahagian peruntukan (dalam bentuk perubahan gaji) hampir RM200 juta, hanya sekitar RM300 juta bagi Kumpulan Pelaksana," katanya lagi. [teruskan membaca di sini]

Jom Khhakk Ptuuii Panglima Perang UMNO!!

Posted: 18 Dec 2011 06:56 AM PST



Uuuuuu.... marahnya dia. Nak ludah muka mahasiswa, yek??

Kah kah kah kah kah....

Kengkawan.... ayuh kita lancarkan kempen men-KHAAKK PTUUUI-kan anak-anak lembu, Panglima Perang UMNO ni!!

Khaakk Ptuuii lah kita, sebelum kita di kahaak Pttuuii-kan!!!

Kah kah kah kah kah....

PAS sudah lari daripada prinsip perjuangan??

Posted: 18 Dec 2011 04:40 AM PST


Weh... tak habis-habis lagi nak beralasan. Cemoih aku!!

Ini kesalan dan keluhan serta tuduhan Nasha terhadap PAS...

He lamented that PAS was no longer seen as having a "consistent" Islamic image and that it could not afford to chop and change "terminologies" to suit its political direction.

"As an Islamic organisation, PAS has to be consistent with an Islamic face. Do not abandon the party's principles based on Al-Quran and Hadith over the issue of 'maqasid' (goals) and 'maslahah' (problems).

"Politics is coloured by perception and this has to be dealt with carefully. The general perception right now is that PAS is 'loose' in several aspects, which is dangerous," he said.

Ater... sebab itu ke beriya-iya benor dia nak PAS berkahwin dengan UMNO. Apa... UMNO 'Islamik' bebenor ke?? UMNO memperjuangkan Islam lebih dahsyat daripada PAS ke??

Ater... dulu PAS dah pernah berkahwin dengan UMNO. Syair Islam di negara ni... dimartabatkan dan didaulatkan ke?? Weh... habuk pun tarak!! Islam rupa tu juga. Pi mai... pi mai... tang tu jugak. Yang terima padah akhirnya ialah PAS. PAS kena main jer weh... Bila demer dah kuat semula, PAS diterajang keluor macam anjing kurap. Jangan lupa tu....

Malas nak cakap banyak-banyak. Tapi... kalau kita nak Islam dimartabatkan di bumi Malaysia yang warganya terdiri pelbagai pelbagai kaum dan agama, maka kita kena bijak dan sabar. Orang bukan-Islam mesti diberi kefahaman terlebih dahulu tentang Islam yang sebenarnya. This takes time...

Apabila mereka sudah paham.... baru kita boleh laksanakan dasar-dasar Islam tanpa banyak bantahan. Kita tak boleh paksa mereka... Ini akan menakutkan mereka. Apabila berasa takut dan tergugat, mereka akan menentang. Jadi, kita kena bijak dan banyak bersabar...

PAS tak seperti UMNO. UMNO mengaku memperjuangkan Islam tapi at the same time mereka kelirukan orang bukan-Islam tentang Islam. Mereka beri gambaran yang salah tentang Islam. Mereka cakap tak serupa bikin tentang Islam.

Apa yang menyedihkan lagi... mereka sendiri yang mempersendakan Islam. Mereka bersekongkol dengan rakan bukan-Islam mereka untuk memburukkan imej Islam. Mereka very selective tentang dasar-dasar Islam. Perjuangan mereka terhadap Islam sangat superficial.... tak menyeluruh, ikut kepentingan politik mereka saja.

Sebaliknya, Pas terus istiqamah dengan perjuangan Islamnya. PAS bukan tidak konsisten dalam perjuangannya.... tapi strategi perjuangan, kena sesuai dengan masa dan kedaaan. Rakyat bukan-Islam, kita jadikan kawan dan kita jangan putus asa dalam memberikan kefahaman tentang Islam kepada mereka. Itu juga, salah satu perjuangan penting PAS. Pahamkan bukan-Islam tentang Islam. Serlahkan kecantikan Islam. Tarik sokongan bukan-Islam melalui kecantikan Islam.

Malangnya, penghalang utama kita dalam perjuangan ini ialah UMNO. UMNO yang kononnya parti Melayu yang memperjuangan agama orang Melayu iaitu Islam. Hahahaha... UMNO memperjuangkan Islam?? Khakk Ptuui!!

UMNO tak mahu rakyat bukan-Islam terdedah kepada 'kecantikan' Islam. UMNO laknat ni, lebih cenderung menakut-nakutkan mereka. Mereka cukup takut sekiranya rakyat bukan-Islam tertarik dengan 'kecantikan' Islam. Sebab.... jika ini berlaku, maka 'kiamat'-lah UMNO dari bumi Malaysia.

Lantas... itu menjadikan UMNO musuh utama kita. Sebab itu... kita kena jatuhkan musuh durjana ini terlebih dahulu. Apabila UMNO mampus dan kuasa beralih kepada tangan kita, insyaAllah dengan kefahaman yang telah kita berikan kepada rakan-rakan kita, banyak yang boleh kita lakukan demi memartabatkan dan mendaulahkan syiar Islam.

Tapi... nak melaksanakan dasar-dasar Islam secara drastik adalah mustahil. Itu tak realistik namanya. Kita buat satu langkah, demi satu langkah terlebih dahulu. Dan... kita perkemas setiap langkah yang kita dah laksanakan nanti, bagi mengukuhkan lagi keyakinan rakyat bukan-Islam terhadap Islam.

Hanya dengan kuasa dan kefahaman rakyat bukan-Islam terhadap Islam, insyaallah.... barulah kita boleh wujudkan sebuah negara yang berteraskan Islam tanpa meminggirkan dan menganiaya hak-hak budaya dan agama kaum-kaum lain. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang mendapat barakah Allah SWT.

So.... back to our ex-Timbalan Presiden PAS punya kenyataan, nampaknya dia ini sudah terkeliru. PAS sekali-kali tidak lari, tergelincir daripada landasan perjuangannya, malah... jauh sekali telah menggadai prinsip perjuangannya. Tetapi... PAS cuma telah mengambil approach serta mengguna pakai strategi yang lebih asertif dan dinamik untuk mencapai matlamat perjuangannya.

Alhamdulillah.. ia telah menampakkan kesan yang amat baik dan memberangsangkan. Aha, inilah yang telah menakutkan UMNO. UMNO mula dipinggirkan dan bukan-Islam mula mendekati PAS. Hancuss UMNO jika ini dibiarkan berterusan.

Kerana inilah Nasha dan Hassan Ali diumpan dan dijerat. Apabila mereka berasakan UMNO kini dalam bahaya... maka, PAS dilamar untuk berkahwin dengan UMNO. Namun Allah SWT maha berkuasa, perancangan jahat mereka terbongkar. Dan... sejak itulah jemaah parti hilang kepercayaan terhadao kedua-dua malaon ini. Maka... tak tentu arahlah mereka, bak cacing kepanasan.

Well... jika strategi dan approach PAS, sudah menjadi masalah kepada mereka dan jika dia berasakan yang PAS sudah lari daripada landasan perjuangannya, maka lebih afdal ler jika dia pergi saja meninggalkan PAS. Dan... jika dia berasakan yang UMNO menyediakan landasan yang kukuh untuk dia memartabatkan Islam, well.... UMNO-lah tempat yang sesuai untuknya.

Weh.... setia kepada PAS saja tak cukup. Selagi kamu menjadi duri dalam daging kepada PAS.... selagi itulah PAS akan 'sakit' dan jika PAS 'sakit'.... susah ia nak berjuang untuk menyungkurkan musuh nombor 1 kita iaitu UMNO.

Jadi... tepuk dada dan tanya selera. Sayonara...!!

[Sumber]

Tony Pua bertanya, tembolok yang jawab

Posted: 18 Dec 2011 02:40 AM PST


Tony pua bertanya...

Mengapa berlakunya peningkatan kos 50 peratus atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 bilion pada Februari kepada RM9 bilion pada bulan ini?

Tembolok menjawab... "Aku mahu diisikan!! Aku mahu diisikan!! Kasi kembong maa..!!

Tembolok siapa??

Lu pikirlah sendiri..

Hangus lagi duit rakyat!!

Kenapa kos kapal perang baru meningkat RM3b?

8:58AM Dis 18, 2011

DAP menuntut kerajaan menjelaskan sebab berlakunya peningkatan kos 50 peratus atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 bilion pada Februari kepada RM9 bilion pada bulan ini.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard di Bursa Malaysia berhubung nilai kontrak baru itu amat mengejutkan.

"Menteri perlu menjelaskan kepada harga setiap kapal meningkat RM500, sekali gus melebihi jumlah yang diterima sebelum ini," katanya.

Dalam kenyataan semalam, Pua berkata, sebagai contoh, perkara yang perlu dijelaskan, adakah spesifikasi kapal 'dipertingkat'.

Sedangkan, tambahnya, menteri pertahanan memberitahu parlimen bahawa ia sudah dilengkapi dengan teknologi canggih kapal peronda.

Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard semalam dilaporkan berkata berkata mereka memenangi perjanjian RM9 bilion daripada Putrajaya untuk membekalkan enam kapal laut yang dibangunkan oleh pengilang Perancis DCNS.

Menurut AFP, Boustead Naval Shipyard berkata, mereka diberikan surat tawaran oleh Kementerian Pertahanan untuk membina dan menghantar enam kapal yang dinamakan "second generation patrol vessels littoral combat ships".

Penghantaran pertama dijangka dibuat pada 2017 diikuti setiap enam-Mkini

Tembelang pecah!! Buuusssyuuukkk!!

Posted: 18 Dec 2011 12:44 AM PST


Kah kah kah kah...

Mahathir marah
Mahathir gelabah
Tembelang sudah pecah
Suruh orang bersumpah

Adey... Poodddaaahh!!


PKR dedah pautan bantuan Bank Dunia pada Dr M


1:22PM Dis 18, 2011

PKR hari ini terus mempertahankan pendiriannya bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah terlibat dengan bantuan Bank Dunia semasa era pemerintahannya.

Dalam kenyataan hari ini, parti itu malah mendedahkan pautan ke laman Bank Dunia yang dikatakan "jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia".

Kedua-dua pautan ituboleh dilayari di alamat http://go.worldbank.org/U29R77EBX0 dan http://www.worldbank.org/projects/searchlang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=.

"Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu," demikian menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir semalam mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikannya pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

Sehubungan itu, PKR dalam jawapan balasnya itu turut membangkitkan isu lain membabitkan kepentingan dalam syarikat arak.

"Sewajarnya sebelum mantan perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel," katanya.-Mkini

Anak muda akan sungkurkan Najib

Posted: 17 Dec 2011 11:02 PM PST


Dalam banyak-banyak bendera... bendera Najib yang derang turunkan.

Kah kah kah kah...

Awatnya??

Anak-anak muda yang bebas minda mereka sudah amat benci sama Najib. He's no good for the country. Macam-macam dia cuba bodek anak-anak muda dan para belia. Yang kena 'control'... dia boleh makan ler. Tetapi... anak-anak muda yang cerdik... bolayan rayuan dan bodek-kan dia. Itu semua umpan pilihan raya. Umpan untuk selamatkan diri sendiri. Umpan untik masukkan rakyat ke dalam 'neraka'

Pemimpin yang pacu negara ke arah sistem kuku besi, sapa nak sokong?? Kalau sokong.... akibatnya anak-anak muda kita akan jadi lembu ler.... Weh, kita mahu anak-anak muda yang berano serta dinamik minda mereka bukan yang boleh dicucuk hidung macam lembu.

Komer nak jadi lembu??

Tak nak , bukan??

Sebab tu.... anak-anak muda kena bangun dengan turun
beramai-ramai mengundi. TOLAK NAJIB@UMNO dalam PRU13 nanti. Ayuh... kita sungkurkan dia!!

Cerita berkaitan di sini.

Tiada ulasan: