Sabtu, 17 Disember 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Sketsa UMNO menjelang PRU13

Posted: 16 Dec 2011 09:15 PM PST


Semakin dekat dengan pilihan raya, maka pesta masuk UMNO secara beramai-ramai akan diadakan.

Berduyun-duyun orang PAS akan masuk UMNO. Kalau macam tu habislah PAS!! Kelantan akan dikuasai oleh UMNO kerana PAS sudah tidak mendapat sambutan lagi di Kelantan.

Justeru itu, habislah Tok Guru Nik Aziz!! Jawatan MB akan dirampas oleh Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Ho ho ho ho... presenting in advance, the MB of Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Husin!!!

Kah kah kah kah kah kah....

Jangan berebut dengan Stopa Mamat dah...

120 PAS masuk UMNO???

Entah ya... entah tidak. Usah komer percayaler... Itu cuma sketsa UMNO jer!!

20 anggota PAS Bachok sertai Umno

11:47AM Dis 17, 2011

Seramai 120 penyokong PAS di Kampung Beoh di Bachok mengumumkan mereka secara beramai-ramai keluar parti itu dan berhasrat menubuhkan cawangan baru Umno di kampung berkenaan, hari ini.

Borang penyertaan mereka diserahkan ketua kumpulan berkenaan Mohd Nor Jusoh, 54, kepada Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan disaksikan hampir 300 penduduk setempat.

"Dulu, saya menyokong PAS 100 peratus kerana terpengaruh dengan dasar Islamnya tapi dukacita kerana PAS hanya menjadikan Islam sebagai slogan semata-mata," kata Mohd Nor kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Beliau berkata penyertaannya dalam Umno kerana inginkan perubahan memandangkan PAS ternyata gagal melakukannya walaupun diberi peluang memerintah Kelantan hampir 22 tahun.

Mohd Nor berkata ramai lagi individu akan mengikuti jejak kumpulan itu.

Sementara itu, Awang Adek berkata permohonan mereka akan diproses segera bagi membolehkan mereka menubuhkan cawangan baru yang diberi nama cawangan Umno Redang.

Ia bakal menjadikan jumlah cawangan dalam bahagian itu 151 buah.

- Bernama

Ayoyo... Undi MIC in jeopardy

Posted: 16 Dec 2011 07:34 PM PST


Kah kah kah kah kah...

Perkasa sudah marah sama MIC. MIC banyak 'busar kapla'!!

Melayu punya orang, jangan kasi pangkah MIC punya calon dalam PRU13 nanti. Kasi hajar sama dia orang.

Ini kali Melayu punya orang, misti dengar itu Perkasa punya cakap!! Hajar sama itu MIC!!

Ayoyo... Ini macam kalu, Najib punya kapla lagi fenin oooo...

Hoit...!! Lu orang jangan main-main sama itu Perkasa. Dia punya kapla lagi busar dari lu orang punya kapla.

Kah kah kah kah kah...

PERKASA: K'jaan lemah pada tekanan si 'besar kepala'

8:07AM Dis 17, 2011

PERKASA menyatakan kekesalannya terhadap keputusan kerajaan menarik balik novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain sebagai teks sastera di sekolah atas desakan "minoriti" yang didakwa "besar kepala".

Setiausaha agung kumpulan pendesak Melayu itu Syed Hasan Syed Ali berkata, ia melambangkan kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan karya itu.

Beliau juga mendakwa tindakan itu dibuat atas kehendak "biadap" MIC demi menagih undi dalam pilihan raya.

"Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina," katanya.

Sebagai bantahan, tambahnya, orang Melayu tidak akan sesekali memberikan undi kepada calon MIC atau calon India yang anti-Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

"Apa yang tertera dalam buku novel tersebut adalah fakta. Bukan niat menghina," katanya sambil menegaskan penggunaan perkataan paria masih berlaku di negara India dan tergambar dalam filem-filemnya.

"Perkasa membantah keputusan ini. Minoriti sudah besar kepala!" kata Syed Hasan dalam kenyataannya malam tadi.

Ketika kehangatan novel itu berlangsung, PERKASA sebelum ini antara kumpulan yang tampil mempertahankan karya Abdullah. NGO itu malah memberikan anugerah khas kepada penulis.-Mkini

Aku jatuh.. kau pun tersungkur??

Posted: 16 Dec 2011 04:45 PM PST


Suara luar sudah berbunyi menggesa kita ambil tindakan terladap 'lanun darat' Sarawak. Malangnya, SPRM hingga ke hari ini tak habis-habis siasat lagi.

Kata... SPRM professional, tapi tak pro pun. NATO jer... No action but taaalk only. Common la... malu ler sikit dengan negara luar. Just because dia 'lanun' yang dilantik secara
sah melalui perlembagaan, maka susah sangat ke nak menyiasat kerja-kerja lanun dia.

Atau, mungkinkah SPRM tak berani nak 'usik' si 'lanun darat' Sarawak ni kerana ada pihak di Putrajaya yang takut 'rahsia' besar mereka terbongkar dan rakyat semua tahu. Sebab tu, si 'lanun darat' besar kepala dan bikin nehen jer.

Hahahaha... I help you, You help me. Itu janji kita.

Kalau aku tenggelam.... kau akan tenggelam sama. Kalau aku lemas.... kau mampus sama. Kalau aku jatuh... kau tersungkur!!

Itulah persepsi umum, mengapa SPRM dililat begitu 'takut-takut' dan 'malu-malu' untuk menyiasat kes rompakan hasil mahsul rakyat Sarawak oleh si 'lanun darat' ini.

Kita tunggu dan lihat sampai bila SPRM akan tunggu untuk selesaikan kes ini??


SPRM berdiam terhadap status siasat Taib Mahmud

S Pathmawathy
12:18PM Dis 16, 2011

Pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas berhubung status siasatan terhadap dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ironinya, pegawai itu - ketua bahagian siasatan MACC Azmi Mohd - melakukannya dalam forum anjuran badan pemerhati rasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) untuk membincangkan amalan rasuah dalam pengurusan hutan dan pembangunan mapan semalam.

Ditanya Malaysiakini berhubung status siasatan SPRM terhadap Taib semasa sesi soal jawab, Azmi tampil berkata beliau sudah memaklumkan kepada peganjur bahawa beliau tidak akan menerima soalan yang "terlalu terperinci".

Azmi menambah, beliau bukan orang yang tepat untuk dibangkitkan soalan itu. Beliau bagaimanapun mengangguk apabila ditanya sama ada Taib masih disiasat.

Pada Jun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed mengesahkan bahawa SPRM sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib membabitkan kes konsesi pembalakan di Sarawak.-Mkini

Anak Daddy

Posted: 16 Dec 2011 02:30 PM PST


Anak daddy nak bertanding lagi.
Anak daddy nak sambung legasi daddy

Tak kira ler..
Di Jerlun atau pun di Langkawi
Asalkan anak daddy bertanding lagi

Kalau menang nak jadi besar punya menteri
Di negeri Jelapang padi

Tentu gumbira hati daddy
Anak daddy jadi Embi

Ala Najib....
Kasik ler peluang anak daddy
Bertanding dalam PRU kali ini

Boleh kan... kan.. kan...

[Ceritanya di sini]

Tiada ulasan: