Ahad, 11 Disember 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Lagi selebriti bertudung selepas bergelar Hajjah, alhamdulillah ... Yang sekoq tu bila lagi?

Posted: 11 Dec 2011 10:58 PM PST

Korang agak-agak la minah sekoq tu nak bertudung macam Abby ni tak?

KUALA LUMPUR – Ramai pihak yang memuji perubahan imej oleh pengacara terkenal, Abby Fana, yang kini mengenakan pakaian busana muslimah sekembalinya dari menunaikan haji di Mekah pada bulan lalu.

Sebuah blog hiburan yang diminati ramai, Izyan.com, perubahan yang dilakukan oleh Abby Fana amat tepat dan wajahnya dilihat semakin berseri-seri sejak mengenakan tudung litup dikepala.

"Wah selepas balik dari menenunaikan ibadah haji beberapa bulan yang lalu, Abby Fana kini kelihatan berseri-seri. Almaklumlah dia dah tunaikan ibadah haji, dan kini dah boleh digelar hajjah. Perubahan yang Abby lakukan amatlah berpatutan, kini dia dah bertudung," kata pemilik blog tersebut.

Selain itu, Izyan.com turut mengharapkan agar ramai lagi selebriti dan personaliti industri hiburan tanahair mengikut jejak langkah Abby Fana itu.

Pengacara terkenal di stesen radio no.1 tanahair Sinar FM ini muncul dengan imej bertudung menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 baru-baru ini.

Alhamdulillah! Ramai pelakon, selebriti, personaliti televisyen dan ikon di dalam industri hiburan tanahair yang melakukan perubahan terhadap penampilan diri masing-masing ke arah yang lebih Islamik.

Mynewshub.my turut berkongsi kegembiraan tersebut dan mengharapkan agar ramai lagi yang akan sama-sama 'berhijrah' dengan Abby Fana, Sham Kamikaze, Catriana Ross, Jojie (kakak Ella), Lah VE, dan ramai lagi.

Bagaimanapun, penghijrahan tersebut hendaklah selari dengan kehendak Islam dan janganlah terlampau taksub sangat seperti segelintir selebriti yang berhijrah politik namun mengaku melakukan penghijrahan ke arah Islam.

Jika tidak kena dengan gaya, ada pula golongan artis yang berhijrah ini yang menuduh rakyat sebagai 'murtad' hanya kerana tinggal di Ulu Tiram, Johor, yang berulang-alik bekerja di Singapura!

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Hudud : Pelakon 'Porno' ni angkuh

Posted: 11 Dec 2011 10:40 PM PST

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkankan keengganan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek memohon maaf ekoran kritikannya terhadap cubaan melaksanakan hudud di Malaysia sebagai "angkuh" dan bersikap "tertutup".

Kesal dengan perkara itu, Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Rahim (kanan, bersongkok) berkata, tindakan Chua mempertahankan kenyataannya menunjukkan kecetekan kefahaman walaupun telah ditawarkan penjelasan akademik.

"Walaupun menjunjung tinggi kebebasan bersuara yang dianjurkan menerusi lunas-lunas demokrasi, namun ia tidak memberikan ruang yang seluas-luasnya untuk pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyinggung sensitiviti agama - dalam konteks ini, umat Islam secara keseluruhan - yang menjamin kestabilan dan keharmonian politik di negara ini," katanya.

Chua semalam mempertahankan pendirian bahawa beliau berhak mempersoalkan hudud versi PAS serta kesannya pada bukan Islam dan dalam masa yang sama Abim juga berhak menuntutnya memohon maaf.

Jelasnya, Abim juga harus mengiktiraf hak MCA sebagai parti politik dan forum berkaitan yang dianjurkan parti itu sepakat bahawa hudud PAS akan memberikan kesan kepada bukan Islam.

"Kamu mesti tetapkan, ia hudud PAS dan bukan hanya hudud," katanya selepas program di Pelabuhan Klang semalam sambil menyifatkan "biggest nonsense" (amat karut) untuk mengatakan bukan Islam tiada hak membicarakan hudud.

Dalam kenyataannya semalam, Mohamad Raimi berkata, umat Islam sebagai teras "hasrat politik" di negara ini perlu dihormati dan tindakan Chua didakwa menyentuh bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong.

"Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan ini, ABIM menggesa hudud tidak dipermainkan sebagai instrumen populariti politik Datuk Seri Chua Soi Lek dan pihak-pihak yang berkepentingan!" kata Mohamad Raimi.

Kronologi perbicaraan Fitnah II - Umno campur tangan, Najib hina Mahkamah

Posted: 11 Dec 2011 09:35 PM PST

12.30 tengah hari: Persoalan kedua yang perlu diberi perhatian oleh Hakim Zabidin, kata Karpal, adalah keterangan pembelaan yang dibuat Anwar dari kandang tertuduh. Menurutnya, ia perlu diambil kira dalam penghakiman kerana ia mengandungi rujukan terhadap bukti-bukti yang dibentangkan di mahkamah sepanjang perbicaraan.

12.43 tengah hari: Karpal menyifatkan Saiful ibarat seekor kambing yang menurut sahaja semua arahan yang kononnya datang daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat. Menurutnya, Saiful mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian. Justeru, mahkamah perlu mengkaji semula kredibiliti Saiful sebagai saksi, kata Karpal.
"Kredibiliti SP1 (Saiful Bukhari) perlu dikaji semula oleh mahkamah kerana ia amat penting dalam keseluruhan kes," kata Karpal.

12.25 tengah hari: Karpal turut menarik perhatian mahkamah kepada Saiful yang berulang kali memfitnah kononnya beliau diliwat secara paksa namun, kata Karpal, keterangan beliau di mahkamah membuktikan sebaliknya.

Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat, kononnya kejadian berlaku untuk menyelamatkan diri, katanya.

12.17 tengah hari : Karpal berkata antara persoalan utama yang perlu diambil kira Hakim Zabidin dalam penghakimannnya kelak adalah kesaksian tertuduh, Saiful Bukhari Azlan. Ini kerana, saksi kedua pembela, Dr Mohd Osman Abdul Hamid mengesahkan Saiful pernah memasukkan objek plastik keras ke duburnya sendiri.

12.10 tengah hari: Peguam Karpal Singh memulakan hujah penggulungan. Menurutnya, ulasan Najib terhadap keterangan Anwar dari kandang tertuduh pada Perhimpunan Agung Umno lalu adalah campur tangan berat terhadap proses keadilan. Najib, kata Karpal, perlu didakwa kerana menghina mahkamah.

12.07 tengah hari: Mahkamah mula bersidang.

12.04 tengah hari: Ketua AMK, Shamsul Iskandar dan penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di galeri awam mahkamah. Mahkamah padat dengan orang ramai.

11.55 pagi: Galeri awam hampir penuh dengan wartawan, ahli-ahli politik Pakatan Rakyat dan orang awam.

11.50 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di mahkamah dengan pakaiaan lengkap Parlimen diiringi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Turut tiba pada masa yang sama adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. Tiba lebih awal adalah Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, dan Naib Presiden N Surendran.

Ko belanja apa duit dana khas RM11 bilion tu Mat Said?

Posted: 11 Dec 2011 08:18 PM PST

Abdul Wahid Endut berkata, beberapa projek yang menggunakan dana khas itu menimbulkan tanda tanya.

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin pembangkang bertanya bagaimana kerajaan BN Terengganu membelanjakan wang dana khas hampir RM11 bilion sejak 2005.

Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beberapa projek yang menggunakan dana khas itu menimbulkan tanda tanya.

Beliau menyebut projek pembesaran lapangan terbang dan pembelian stesen radio Manis FM.

"Apa faedah beli stesen radio tersebut? Saya tidak mendengar negeri-negeri lain mempunyai stesen radio," katanya.

'Negeri kaya, rakyat miskin'

Ketua penerangan PKR negeri, Faris Musa berkata, rakyat bercakap ke mana habisnya wang sebanyak hampir RM11 bilion itu.

Katanya, tidak nampak sebarang projek yang dibuat untuk faedah rakyat Terengganu.

"Saya bimbang wang itu dibelanjakan untuk projek-projek yang tidak berfaedah tetapi yang mendapat keuntungan ialah kroni Umno.

"Sudah menjadi perbualan umum mengenai Terengganu iaitu negeri kaya tetapi rakyat miskin," tambahnya.
Menurut Fariz, banyak pembaziran berlaku apabila BN merampas semula kerajaan dari PAS dalam piluhan raya umum 2004. - FMT

Janda ditipu Awang 'Black' RM4.5 juta

Posted: 11 Dec 2011 06:28 PM PST

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Seorang janda berusia 56 tahun hanya mampu menangis apabila menyedari dia menjadi mangsa kasanova 'Awang Hitam' yang memperdayakannya melalui cinta siber menyebabkan dia kehilangan wang simpanan berjumlah RM4.5 juta dalam sekelip mata.

Seorang lelaki dipercayai warga Afrika mengambil kesempatan memikat mangsa yang merupakan seorang akauntan melalui laman sosial Facebook dengan menyamar sebagai jejaka Inggeris setelah mengetahui wanita itu janda dan kesunyian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, mangsa berkenalan dengan suspek Ogos lalu dan memperdayakan wanita itu setelah mendapat kepercayaannya.

Beliau berkata, mangsa yang jatuh cinta telah digula-gulakan suspek dengan kiriman bungkusan kononnya mengandungi hadiah sebagai tanda kasih sayang.

"Biarpun baru berkenalan, 'teman lelaki' yang berlagak budiman memaklumkan ada mengirim kiriman bungkusan kepada kekasihnya itu melalui seorang teman yang berada di Malaysia.

"Mangsa kemudian diminta menemui rakannya yang merupakan seorang lelaki warga Afrika di ibu negara dan ditunjukkan bungkusan kononnya berisi wang berjumlah AS$5 juta dolar (RM15.752 juta)," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Perdana, di sini.

Syed Ismail berkata, mangsa yang percaya wang ditunjukkan tulen diminta supaya membuat pembayaran bagi pelepasan keselamatan diplomatik untuk membolehkannya membawa pulang wang tersebut.

Menurutnya, mangsa yang tidak menyedari dia sudah terperangkap dalam sindiket 'black money' diarahkan memasukkan wang tersebut ke dalam tiga akaun berlainan kononnya milik tiga syarikat berdaftar di negara ini.

Katanya, mangsa kemudian pulang untuk menyediakan wang bagi membolehkannya mendapatkan 'hadiah' dikirim oleh teman lelakinya itu dan tidak teragak-agak membuat tiga kali pembayaran berjumlah RM4.5 juta ke dalam tiga akaun yang diberikan sebelum itu.

"Dalam tempoh tiga bulan berkenalan, mangsa sudah menyerahkan wang RM4.5 juta kepada sindiket terbabit dan mangsa hanya menyedari ditipu apabila teman lelaki itu masih lagi menghubunginya meminta wang sedangkan bungkusan dijanjikan belum diterima," katanya.

Syed Ismail berkata, mangsa yang tersedar sudah dipermainkan akhirnya tampil membuat laporan polis pada November lalu dan polis yang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berusaha menjejaki kumpulan sindiket berkenaan

Isu Lembu Shahrizat : Lagi pemimpin BN mahu Shahrizat letak jawatan

Posted: 11 Dec 2011 03:07 AM PST

Seorang lagi pemimpin BN hari ini menggesa Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan kontroversi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal berdepan pilihan raya umum ke-13.

"Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang," katanya.

Ghapur diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai kanak-kanak kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai di Kg Pasir Putih, di Tawau.

Ditanya jika Shahrizat masih mendapat sokongan Pergerakan Wanita Umno, Ghapur berkata, "Ini bukan soal sokong-menyokong tetapi ini soal keseluruhan parti. Bila kita buat salah, kita mesti bertanggungjawab".

Menurut Ghapur di negara maju seperti Amerika Syarikat jika sesuatu isu atau skandal menimpa seseorang pemimpin, pemimpin yang terlibat akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

"Kita juga perlu tahu bahawa bukan pembangkang yang bongkar isu ini tetapi ia didedahkan oleh Ketua Audit Negara," tambah Ghapur.

- BernamaSeorang lagi pemimpin BN hari ini menggesa Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan kontroversi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal berdepan pilihan raya umum ke-13.

"Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang," katanya.

Ghapur diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai kanak-kanak kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai di Kg Pasir Putih, di Tawau.

Ditanya jika Shahrizat masih mendapat sokongan Pergerakan Wanita Umno, Ghapur berkata, "Ini bukan soal sokong-menyokong tetapi ini soal keseluruhan parti. Bila kita buat salah, kita mesti bertanggungjawab".

Menurut Ghapur di negara maju seperti Amerika Syarikat jika sesuatu isu atau skandal menimpa seseorang pemimpin, pemimpin yang terlibat akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

"Kita juga perlu tahu bahawa bukan pembangkang yang bongkar isu ini tetapi ia didedahkan oleh Ketua Audit Negara," tambah Ghapur.

- Bernama

Pesanan untuk rakyat Malaysia yang selalu ke Thailand

Posted: 11 Dec 2011 12:22 AM PST

Rakyat Malaysia Masuk Ke Thailand Dinasihati Ambil Insurans Kesihatan


SONGKHLA: Rakyat Malaysia yang memasuki Thailand dinasihati mengambil insurans kesihatan bagi mengelakkan risiko dikenakan caj yang tinggi apabila menerima rawatan di negara gajah putih itu.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, selama ini ramai rakyat Malaysia mengambil risiko dengan memasuki Thailand tanpa mengambil insurans kesihatan. Bercakap kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Sempadan Perlis, Ahmad Bakri Ali di sini Ahad, beliau berharap rakyat Malaysia tidak bersikap ambil mudah terhadap soal kesihatan mereka apabila berada di Thailand.

Menurutnya, ada kes seorang rakyat Malaysia dikenakan caj rawatan perubatan sehingga lebih RM90,000 selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Thailand akibat kemalangan tidak lama dulu.

"Mereka minta bantuan pejabat konsulat untuk menyelesaikan tuntutan kos itu tapi kami tidak dapat membantu bab kewangan seperti itu," katanya.

Mohd Aini berkata, ada yang menganggap memasuki Thailand hanya memadai dengan menyediakan dokumen perjalanan atau insurans kenderaan tetapi mereka jarang memikirkan kemungkinan perlu menjalani rawatan di hospital.

Beliau berkata, caj rawatan di hospital di luar negara adalah tanggungjawab individu dan sebagai persediaan mereka perlu mendapatkan insurans kesihatan sebelum melawat negara lain.

Katanya, jumlah rakyat asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia di Thailand juga banyak tetapi bukan semua kes perkahwinan dapat didaftarkan di pejabat Konsul Jeneral. Menurutnya, pihaknya tidak dapat mendaftar perkahwinan yang meragukan dan sebagai contoh ada lelaki warga asing datang terus dari negara kelahirannya untuk berkahwin dengan wanita Malaysia di Thailand.

Sementara itu, Ahmad Bakri berkata, Perlis dan wilayah-wilayah selatan Thailand terutama Songkhla dan Satun saling menyuburkan hubungan silatulrahim melalui pelbagai kegiatan dua hala.

Katanya, selain perbincangan di peringkat pegawai, hubungan Perlis dengan wilayah selatan Thailand itu turut disuburkan melalui kegiatan sukan sempadan yang diadakan setiap tahun.

Yang terbaru ialah program sukan sempadan membabitkan beberapa acara sukan termasuk bola sepak yang berlangsung di wilayah Satun Jumaat lalu.

Menurutnya, program sukan itu bukan untuk memburu kejuaraan tetapi yang lebih utama ialah menyuburkan keharmonian yang terjalin di kawasan sempadan.

Selain bersukan, satu mesyuarat kerjasama dua hala Perlis-Satun turut berlangsung bagi membincangkan aspek pembangunan yang perlu dilaksanakan di sempadan Malaysia-Thailand pada Jumaat lepas.

Pada mesyuarat yang berlangsung di pejabat Gabenor Wilayah Satun itu, delegasi Perlis diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu manakala wilayah Satun diketuai Pemangku Gabenor Nueachai Jirahapirak.

Mesyuarat itu bersetuju untuk menghidupkan semula cadangan memajukan Bukit Batu Puteh berhampiran Kuala Perlis sebagai pintu sempadan yang baru yang menghubungkan Perlis dan Wilayah Satun.

Cadangan memajukan Bukit Batu Puteh pertama kali dicadangkan kedua-dua pihak pada 1996 tetapi usaha merealisasikan cadangan itu terhenti beberapa tahun kemudian disebabkan beberapa masalah teknikal. - BERNAMA

Tiada ulasan: