MiLo SuaM |
- Lucu! Bik Mama jadi bahan lawak Afdlin Shauki!
- Tujuh peserta konvoi Kelantan bermalam di lokap malam ini
- Penduduk kesal projek kerajaan negeri Selangor disabotaj
Lucu! Bik Mama jadi bahan lawak Afdlin Shauki! Posted: 30 Dec 2011 01:43 PM PST SEBELUM ini dalam episod Maharaja Lawak Mega 2011 yang sudah, Pelawak terkenal tanah air, Afdlin Shauki pernah mencuit hati dengan gaya ala Rosmah Mansor sedang bersenam. Dalam rancangan siaran langsung pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, malam tadi Adflin Shauki nampaknya mengutuk Bik Mama secara terus dan "All Out" tiada tapis-tapis lagi. Beliau dengan gaya rambut serta lenggok Bik Mama, malam tadi menyelitkan lawak cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik. Bukan itu saja, malah beliau turut mencuit hati penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah. Di bawah ini rakaman video antara babak-babak yang jelas memerli Bik Mama. ReJaM© "Ingat bik mama yang buat persembahan! Sebijik! kah kah kah..." |
Tujuh peserta konvoi Kelantan bermalam di lokap malam ini Posted: 30 Dec 2011 06:30 AM PST MAKLUMAT yang baru diterima dari Ahli Parlimen Tanah Merah, YB Amran memaklumkan bahawa jaminan polis ke atas 7 peserta konvoi jelajah Kelantan telah ditarik balik kerana mendapat tekanan dari pihak atasan (IPK). Ketujuh-tujuh peserta konvoi jelajah Kelantan itu ditahan petang tadi difahamkan ketika sedang mengedarkan risalah keterangan tentang perbicaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan ditentukan pada 9 Jan 2012. Gambar berikut menunjukkan sebahagian isi kandungan risalah yang disebarkan oleh para peserta konvoi jelajah Kelantan yang ditahan petang tadi rujuk sini [Konvoi]. Apa yang menghairankan, pihak Polis begitu cepat menahan para peserta konvoi yang melakukan sebaran maklumat begini sebaliknya, pengedar vcd lucah di dalam masjid dan sekolah sebelum ini masih bebas sehingga kini. Adakah kesalahan menyebarkan risalah penerangan ini jauh lebih besar dari kesalahan menyebarkan vcd lucah di masjid dan sekolah? ReJaM© "demi mengekalkan kuasa, mereka sanggup jadi orang gila, tahi jadi nasi, nasi jadi tahi..." |
Penduduk kesal projek kerajaan negeri Selangor disabotaj Posted: 30 Dec 2011 02:56 AM PST KERAJAAN Negeri Selangor telah melancarkan program membaik pulih perumahan murah dan sederhana bagi seluruh negeri Selangor yang dinamakan sebagai "Program Ceria". Secara ringkasnya, ia adalah program perkongsian kos antara pemilik rumah dengan kerajaan negeri di mana kerajaan negeri akan menanggung kos 20%. Tiba-tiba di Gombak Setia, Penyelaras DUN Gombak Setia Barisan Nasional memberitahu Kerajaan Barisan Nasional akan menanggung kos sebanyak 100% bagi flat Taman Samudera. Dikatakan Barisan Nasional akan membelanjakan duit rakyat sebanyak RM1.2 juta bagi pembaik pulihan flat Taman Samudera. Di sini saya ingin mempersoalkan: 1.0 Mengapakah pembaikpulihan ini tidak dilakukan oleh Barisan Nasional 4 tahun dahulu sewaktu UMNO/BN memerintah Selangor? Flat Taman Samudera ini terbiar begitu rupa akibat sikap Kerajaan Barisan Nasional yang tidak peka rakyat. 2.0 Adakah peruntukan ini hanya untuk Flat Taman Samudera sahaja ataupun untuk semua perumahan murah dan sederhana seluruh Selangor? 3.0 Mengapa sengaja diwar-warkan peruntukan untuk flat Taman Samudera sahaja dan tidak untuk flat-flat yang begitu banyak seluruh Selangor? Bagi saya sebagai rakyat Selangor melihat tindakan Barisan Nasional ini hanya gimik politik untuk memalukan Kerajaan Negeri Selangor semata-mata. Kalau setakat membiayai kos untuk satu flat sahaja (flat Taman Samudera) tidak perlulah UMNO berkokok seluruh kampong. Kerajaan Negeri terpaksa memikirkan kebajikan dan pembaikpulihan semua perumahan2 murah dan sederhana seluruh Selangor termasuk di kawasan2 pendalaman seperti Sabak Bernam dan Sepang. Yang lebih menghairankan, UMNO berbelanja lebih RM1.2 juta untuk projek itu. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pula berbelanja RM360k sahaja untuk membaik pulih Flat Samudera. Mengapa Barisan Nasional terpaksa menanggung kos yang berlipat2 ganda seperti itu, saya pun tak paham. (Rujuk pada http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7314-cat-flat-samudera-pakatan-belanja-rm360-ribu-sahaja) Pokoknya, kalau setakat satu flat sahaja, simpanlah niat tu. Tak perlu beritahu orang ramai. Tak perlu juga cuba untuk menghina kerajaan Negeri Selangor yang berhempas pulas menjaga kebajikan rakyat Selangor yang selama ini terbiar di bawah Barisan Nasional/UMN O. Masa berkuasa dahulu, Barisan NAsional bebas membela nasib rakyat susah ini, tapi peluang itu tidak digunakan oleh mereka. Janganlah pula cuba mensabotaj orang lain yang ikhlas cuba membela nasib mereka yang tidak bernasib baik. RAKYAT SELANGOR PRIHATIN ReJaM© "surat ini dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan