Selasa, 20 Disember 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Kantoi lagi! Kondo mewah keluarga Shahrizat di Singapore!

Posted: 19 Dec 2011 10:00 PM PST



TIDAK cukup dengan pelbagai skandal yang didedahkan sebelum ini terhadap syarikat lembu NFC (sebut National Family Corruption) milik keluarga Shahrizat Jalil, kali ini satu lagi skandal didedahkan.

Rupa-rupanya, lembu NFC bukan sahaja tinggal di kondo mewah One Menerung, malah lembu-lembu NFC begitu dimanjakan sehingga ada juga kondo tempat tinggal mereka di Singapura [Twitter].



Sebuah kondominium mewah beralamat di 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010 (Sumber: Land Authority Singapore).

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.

Harga kondo mewah tersebut dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran mata wang semasa.

Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.


ReJaM© "Bukti-bukti dakwaan ini akan didedahkan selepas ini tunggu!"

Harga kapal peronda RM6 bilion sudah jadi RM9 Bilion!

Posted: 19 Dec 2011 03:18 AM PST

UTUSAN pada 5 Feb lalu melaporkan bahawa kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion untuk membina 6 buah kapal peronda generasi kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh TUDM.

Ini bermakna harga purata bagi sebuah kapal peronda tersebut adalah RM1 bilion. Rujuk keratan laporan Utusan di bawah [Utusan].



Dalam hal pembelian enam Kapal Peronda ini, pada awalnya Kerajaan Malaysia telah mengumumkan sejumlah RM6 Billion diperuntukkan untuk pembinaan kapal tersebut.

Tetapi Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd dilaporkan oleh The Edge, telah menerima 'Letter of Award' dari Kementerian Pertahanan bernilai RM9 Billion [The Edge].

Kenapa ada lebihan RM3 Bilion? Komisyen untuk siapa pula?



Kita tunggu model negara mana pula akan dibunuh di dalam hutan Puncak Alam. Kita tunggu siapa pula yang akan bersumpah di masjid untuk menafikan bahawa dia terlibat membunuh si mati.

Seperti biasa duit rakyat dibantai sesuka hati, rakyat pula ditipu bulat-bulat oleh pemimpin yang berpura-pura telus dan amanah. Nantikan juga alasan-alasan teknikal dan bahasa-bahasa pelik diguna untuk menipu orang kampung ayam itek lembu dan kambeng.


Sumber: [Anak Sungai Derhaka]

ReJaM© "Projek pertahanan negara tempat ahli politik makan duit..."

Turun Bendera Najib, kami tidak akan minta maaf!

Posted: 19 Dec 2011 01:40 AM PST





KUALA LUMPUR, 19 Dis — Kumpulan mahasiswa yang menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini kelmarin menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu.

Sebaliknya, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum insiden itu berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

"Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat" kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak ketika dihubungi The Malaysian Insider tengah hari ini.

Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di pekarangan ibu pejabat Umno petang kelmarin.
Sebelum itu, mereka menyerahkan memorandum kepada wakil Suhakam.

Difahamkan insiden menurun dan menaikkan semula bendera wajah Najib terjadi sebelum majlis penyerahan memorandum kepada Saifuddin.

Dalam kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi, Saifuddin mengulangi pendiriannya mengutuk perbuatan menurunkan bendera wajah Najib tetapi menegaskan, insiden itu tidak akan mengganggu komitmen kerajaan meminda AUKU.

Saifuddin menambah, beliau membuat kenyataan ini bagi mengulangi dan menjelaskan pendiriannya seperti yang telah nyatakan dalam Twitter dan Facebook kelmarin bahawa insiden menurunkan bendera gambar Najib selaku Presiden Umno di PWTC adalah perbuatan terkutuk.

"Dan bahawa pihak yang bertanggungjawab iaitu SMM dan Gerakan Bebas mesti meminta maaf," katanya lagi.

Pemuda Umno juga mengecam insiden itu semalam.

Saifuddin menambah: "Saya ingin menjelaskan bahawa kehadiran saya di tempat insiden itu hanyalah semata-mata untuk menerima Memorandum daripada SMM dan Bebas."

Mengulas lanjut pendirian mereka, yang diputuskan malam tadi, Ahmad Syukri berkata tindakan menurunkan bendera, yang dipercayai dilakukan oleh seorang peserta demonstrasi, sebenarnya tidak menggugat kedudukan mana-mana pihak termasuk Najib sendiri.

Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya ingin menyampaikan mesej yang jelas kepada Najib dan ahli-ahli politik supaya jangan membuat kenyataan bersifat retorik dan sandiwara semata-mata.

"Kita telah melihat sandiwara politik sejak kebelakangan ini, bermula dari 16 September, bahawa ISA, peruntukan Akta Polis akan dimansuhkan bagi memberi kebebasan perhimpunan, tetapi lain yang berlaku.

"Datuk Seri Najib kata mahu memansukan peruntukan dalam AUKU tetapi masih mahu membuat rayuan (berhubung kes empat pelajar UKM). Jadi, bagi kami ini semua satu sandiwara politik," kata beliau lagi sambil menambah, "mahasiswa mahu memberi amaran dan mesej yang jelas kepada kerajaan, kepada perdana menteri."

"Insiden menurunkan bendera hanyalah ekspresi, luahan perasaan pelajar. Kalau retorik politik ini berterusan, mahasiswa akan menggerakkan seluruh tenaga pelajar untuk mengubah rejim semasa menerusi saluran demokrasi nanti," katanya lagi.

Ketika ditanya apakah tindakan mereka enggan memohon maaf bertentangan dengan pendirian sederhana diperlihatkan oleh Saifuddin yang sanggup menerima memorandum mereka kelmarin, Ahmad Syukri berkata, pihaknya tidak melihat ia akan menjejaskan imej timbalan menteri itu.

"Sebaliknya kami berharap Datuk Saifuddin akan lebih berani memperjuangkan keterbukaan dan kepentingan generasi muda," katanya lagi.

Sumber: [TMI]

Tiada ulasan: