Sabtu, 10 Disember 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Pemuda MCA turut serta perhimpunan bantah Lynas

Posted: 09 Dec 2011 07:49 AM PST

BANTAHAN rakyat terutamanya penduduk Kuantan Pahang berhubung projek Lynas yang mengancam nyawa langsung tidak dipedulikan. Sebaliknya pelbagai alasan digunakan untuk membolehkan projek itu diteruskan.

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib berulang kali memberikan alasan supaya rakyat percaya bahawa projek Lynas yang memberikan keuntungan itu tidak berbahaya kepada kesihatan rakyat.

Sedang mereka sibuk cuba meyakinkan rakyat kononnya Lynas tidak berbahaya, rupa-rupanya salah satu parti komponen besar Barisan Nasional, MCA melalui divisyen pemudanya turut sama membantah projek Lynas.


Pemuda MCA Indera Mahkota, Pahang di dalam sebuah rakaman video turut sama menyertai demonstrasi yang dianjurkan oleh ratusan penduduk sebagai bantahan projek Lynas ini.

Mereka dengan tegas menaikkan banner bagi menunjukkan bahawa anak muda MCA turut membantah projek berbahaya itu.



Pemimpin BN yang lain boleh cakap pung pang pung pang konon Lynas tak merbahaya. Tapi pemuda MCA Indera Mahkota ini sedar, bila sisa radioaktif ini tersebar, mereka sendiri yang akan menerima akibat.

Politik-politik juga, takkan nak jadi pak turut sampai nyawa pun nak digadai beb!

ReJaM© "Demi keuntungan nyawa rakyat jadi taruhan..."

Tun Mahathir suruh Sharizat berundur sebelum dihalau

Posted: 09 Dec 2011 04:45 AM PST


TUN Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarganya, jika ia perlu bagi membantu partinya.

Bekas perdana menteri berkata, Ketua Wanita Umno (gambar) itu perlu meninggalkan sebelum "dihalau" keluar oleh partinya.

"Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa.

"Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri," kata beliau ketika ditanya sama ada menteri bertaraf senator itu wajar berundur ekoran isu berkenaan.


Sumber: [TMI]


ReJaM© "Duit rakyat RM250 juta jangan lupa pulangkan..."

Tiada ulasan: