Jumaat, 2 Disember 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Umno parti perkauman (rasist) kata Tun Mahathir (Video)

Posted: 02 Dec 2011 01:49 AM PST

PERDANA Menteri, Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mengeluarkan kenyataan lunak menafikan bahawa parti itu sebagai parti rasis (perkauman).

"Umno bukan parti rasis tapi parti yang mendakap demokrasi" kata Najib seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.


Sekarang kita lihat apa kata orang yang telah menjadi presiden Umno selama lebih 20 tahun?

Tun Mahathir secara jelas mengatakan bahawa Umno sebuah parti rasis, iaitu parti perkauman macam mana Najib boleh kata Umno bukan parti perkauman?



ReJaM© "Umno Parti Perkauman, tanya kambeng, kambeng pun tau..."

Perhimpunan bantah pindaan akta kerja pukul 5 petang ini!

Posted: 01 Dec 2011 04:46 PM PST

GOLONGAN pekerja akan mengadakan perhimpunan sekali lagi bagi membantah pindaan akta pekerja 1955 pada pukul 5 petang ini di dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam.

Maklumat diperolehi dari laman facebook Pak Syed Shahir [facebook].


Semua orang yang merasakan dirinya sebagai pekerja dijemput hadir beramai-ramai bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955 berhubung "kontraktor tenaga kerja" yang akan menghancurkan masa depan golongan pekerja.

Khabarkan kepada semua rakan-rakan, saudara mara, sahabat handai, orang kampung, orang bandar, ayam itek, lembu dan kambeng! Jangan biarkan golongan pekerja dizalimi!

ReJaM© "Bertindak jika tak mahu dipijak!"

Update:

Bagi sahabat pembaca yang tak faham mengapa dikatakan pindaan Akta Kerja 1955 ini menzalimi pekerja, rujuk sini [Akta Kerja 1955]

Tiada ulasan: