Kopitiam Bang Nan |
- Huh! Sib baik libatkan syarikat Perancis. Kalu BERNAS sampai kesudah kita x tau apa...Hehe!!
- Huh! Inilah hasil tarbiah UMNO selama lebih 54 tahun...
- Nak habaq kat Datuk Mohd Sabri...apalah lagi nak diharap pada Umno???
Huh! Sib baik libatkan syarikat Perancis. Kalu BERNAS sampai kesudah kita x tau apa...Hehe!! Posted: 04 Dec 2011 08:32 PM PST Straits Times: Bekas MB Perlis dikait skandal rasuah Alstom Oleh Debra Chong December 05, 2011 KUALA LUMPUR, 5 Dis — Ketika seorang pemimpin kanan Umno berhadapan dengan kontroversi projek ternakan lembu kendalian keluarganya, parti teras Barisan Nasional (BN) itu kini dihimpit dakwaan terbaru bahawa seorang bekas menteri besar pernah menerima habuan daripada syarikat kejuruteraan gergasi Perancis, Alstom bagi pembinaan loji elektrik di Perlis. Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh bekas Speaker Dewan Negara dan bekas menteri besar Perlis Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh. Akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak dua dekad lalu. Abdul Hamid dikatakan dibayar 7.5 juta franc Switerland (RM25 juta) untuk membantu Alstom mendapatkan satu kontrak membina loji tenaga elektrik di Perlis lewat 1990-an. Beliau merupakan menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995. Straits Times melaporkan kedua-dua Abdul Hamid dan bekas rakan kongsinya Ti Chee Liang telah disebutkan dalam saman jenayah terhadap Alstom. Menurut Straits Times, Alstom didenda €31 juta (RM128.77 juta) oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland dua minggu lalu kerana gagal mengadakan panduan yang sewajarnya untuk menghindari amalan rasuah di kalangan eksekutifnya di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Ia merupakan satu bentuk kesalahan di bawah undang-undang Switerland. Alstom merupakan pemain utama di Malaysia dalam bisnes tenaga dan diberi kontrak menyediakan peralatan bagi menjana tenaga elektrik 7.5 gigawatt, kata akhbar itu. Dengan merujuk kepada sumber-sumber yang rapat dengan siasatan, Straits Times melaporkan bahawa SPRM akan menyoal siasat eksekutif tempatan Alstom dalam beberapa hari lagi. |
Huh! Inilah hasil tarbiah UMNO selama lebih 54 tahun... Posted: 04 Dec 2011 04:01 AM PST As I said, bukan semua cina pandai. Cina paling bodoh ialah Presiden MCA sekarang. Dia bercakap tentang sesuatu yang dia tak tau apa-apa. Dia bangang. Dia jadi bangang hasil dari didikan Umno. Macam hantu raya, bila diajar makan telur. Bila telur tak cukup maka telur tuan dia (Umno) yang nak dimakannya. Umnopun tak boleh buat apa. Ekonomi negara jahanam sebelum ni pasal hukum hudud ke? Siapa uruskan ekonomi negara selama lebih 54 tahun? Bangang punya Soi Lek? Saya serulah kepada semua orang cina supaya keluar dari MCA yang dipimpin oleh pelakon cerita seks ini dan masuk DAP atau PKR. Janganlah buang masa. Orang melayupun dah tak nak Umno. Saya tak taulah apa perasaan wira-wira pejuang islam sejati dalam Umno? Presiden dan Naib Presiden PERKOSA macam mana? Soi Lek: Hudud akan musnah ekonomi Malaysia, bawa binasa diri http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/soi-lek-hudud-akan-musnah-ekonomi-malaysia-bawa-binasa-diri/Oleh Yow Hong Chieh December 04, 2011 KUALA LUMPUR, 4 Dis — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan 'kemusnahan diri' jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia. Beliau melahirkan pandangan terbaru ini ketika polemik mengenai sistem perundangan Islam itu masih berterusan. Dua bulan lalu ketika kepimpinan PAS merayu kepada umum agar diberi peluang untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai percubaan, Umno pula berkata kini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Dr Chua (gambar) berkata sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa. "Apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot. "Maka kita akan ada kesukaran untuk menarik pelaburan, malah pelabur-pelabur sedia ada juga kemungkinan keluar," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan forum mengenai hudud di Wisma MCA di sini. Bekas menteri kesihatan ini meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan. "Apabila kesemua sektor ekonomi berhadapan dengan kesan, semua rakyat Malaysia tidak kira agama akan mengalami kesannya," kata beliau lagi. Pemimpin MCA itu menambah, sementara pentadbiran Barisan Nasional (BN) tidak sempurna, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekurang-kurangnya ada visi yang jelas bagaimana untuk memperbaiki negara. Ini bercanggah dengan agenda hudud pembangkang, yang boleh membawa Malaysia ke arah "binasa diri", tegas Dr Chua. |
Nak habaq kat Datuk Mohd Sabri...apalah lagi nak diharap pada Umno??? Posted: 04 Dec 2011 03:39 AM PST Awatlah Datuk duduk dalam parti gembala lembu nu?? Berhijrahlah... Umno: Dari modal insan ke modal lembu — Sakmongkol AK47 http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/umno-dari-modal-insan-ke-modal-lembu-sakmongkol-ak47/ December 04, 2011 4 DIS — Apa sudah jadi kepada Umno? Mana parti yang di ransang oleh fikiran besar dan idealism? Mana parti yang di ransang oleh perjuangan emansipasi daripada belenggu penjajahan fisikal dan minda? Sayang seribu sayang, parti tersebut sudah jadi arwah dan sudah di talqinkan. Sebaliknya, ucapan yang berapi api dari pemimpin biasa sehinga pemimpin besar Umno di dengar sebagai jeritannyaring dan kasar pemimpin-pemimpin dari sebuah parti yang lebih mirip kepada kumpulan yang di pimpin oleh Benito Mussolini. Ini suara dari parti fasis! Ini pandangan saya mengenai Perhimpunan Agung Umno 2011. Ramai sudah pulang ke kampong halaman. Peniaga pun buat cheap sale saat akhir. Mungkin ada yang masih tingal di Kuala Lumpur sebab pemimpin mereka sudah bayar bilik dan beri duit belanja. Ini kelaziman para perwakilan. Apa sebetulnya yang mahu di cerna selama PAU 2011? Fikiran besar dan pengucapan yang bertanggung jawab? Pengucapan yang mengutamakan kesejahteraan negara keseluruhannya? Tidak ada benda2 ini. Yang ada yang di cernakan ialah perkara perkara yang menyeramkan orang Melayu. Para perwakilan Umno yang di sifatkan sebagai askar barisan depan Umno di tanam dengan rasa cemas dan ketakutan. Orang Melayu terancam, mereka tidak selamat, harta benda mereka akan di rampas, kuasa mereka akan hilang, lambing-lambang budaya Melayu seperti insitusi raja akan di basmikan dan seumpamanya. Apa objektif cara ini? Pengawalan dan pengekangan keatas minda bangsa Melayu melalui cerita seram dan takut adalah cara sebuah parti yang fasis ( fascist) mengekalkan sokongan dan kuasa. Ia bukan amalan parti yang demokratik. Inilah yang sekarang terjadi keatas Umno. The rise of Umno fascism. Perkara yang paling di fikirkan oleh pimpinan Umno ialah sama ada para perwakilan yang bermukim selama 4-5 hari di KL akan membawa api semangat yang dinyalakan selama mereka berkampung disini. Bolehkah rasa cemas yang di cipta selama 4-5 hari tersebut dan cerita-cerita yang menyeramkan mengenai ancaman terhadap bangsa Melayu, agama mereka dan rasa benci yang di di tanam, dapat mengekalkan momentum askar-askar barisan depan Umno tersebut? Pengekalan rangsangan emosi tersebut amat penting kepada pimpinan Umno. Jika api rasa cemas, terancam dan marah jadi pudar, Umno akan berada dalam bahaya. Jika perasaan itu terus membuak buak, maka Umno ada peluang terus hidup. Apakah yang akan di lakukan supaya perasaan tersebut di kekalkan? Umno ada Ahmad Maslan untuk menentukan program menanam rasa benci dan "siege mentality" Melayu berterusan. Maslan akan menjaja kesana sini bagaimana Islam terancam, orang Melayu berduyun duyun di kristiankan. Kesemua alatan media pandang dengar dan penulisan akan di gembelingkan untuk menanam rasa benci, cemas dan ketakutan di kalangan orang Melayu. Dalam bulan-bulan yang akan datang, kita akan lihat pimpinan Umno akan menjadi lebih bingung, bernada bermusushan dan rasis. Semua pemimpin Umno akan mengatakan orang Melayu berada dalam bahaya dan terancam. Musuh orang Melayu, bangsa bangsa lain di ketuai oleh komrad Lim Guang Eng and Lim Kit Siang, di sokong oleh Mullah Hadi dan Ayatullah Nik dengan kerjasama dari gay boy Anwar Ibrahim semua sedang berkonspirasi mengambil alih kuasa orang Melayu, merampas segala hak, menghapuskan budaya Melayu dan memurtadkan orang Melayu. Semua wanita akan di paksa membeli coli RM26 ribu, lembu-lembu di hantar mendiami One Menerung, atau the Troika di ibu kota. Untuk mengelak ini semua, Umno mesti mengekalkan kuasa mutlak bagi pihak orang Melayu! Kita akan lancarkan projek-projek raksasa untuk meningkatkan kemajuan ekonomi. Kita akan agihkan projek-prokek tersebut sesama sendiri supaya ianya kekal di kalangan baka Umno yang tulin. Apa ini semua? Ini cara kuasa fasis mengekalkan kuasa dan bukan cara negara yang bercakap besar mengenai mengujudkan demokrasi yang terbaik di dunia. Tapi apa sebenarnya bermain di benak para perwakilan dan para penyokong Umno yang datang berkelana dan bermukim di ibu kota seminggu yang lalu? Ada mereka fikirkan dan kisahkan apa yang di bahas dalam dewan? Rasanya mereka tak kisah pun. Beli belah saat akhir lagi penting. Malam akhir di ibu kota, mesti di manfaatkan semaksima mungkin. Tahun depan, kalau ada rezeki, boleh jadi perwakilan lagi. Kalau Umno tidak jadi kerajaan, PAU mesti di adakan. Masa itu perwakilan akan korbankan mereka yang di anggap telah menyebabkan kekalahan Umno. Bagaimana kita melihat PAU 2011? Impresi pertama, ialah Umno nampak dalam keadaan cemas. Apabila cemas, perbuatan dan pengucapan kita kurang sopan dan kemas. Almaklum sahajalah, emosi menguasai pemikiran perwakilan Umno. Seperti biasa, isu berat tidak mahu di bahas oleh perwakilan. Isu ekonomi apatah lagi- ianya pun ilmu yang dismal. Tak menyerlah bercakap mengenai perkara yang berfakta. Tak boleh nak memaki, membangsat, melaknat. Tidak boleh juga hendak memondan dan membapuk walaupun ada menteri yang di atas pentas itu menteri ow ow. Lebih baik bercakap apa yang mahu di dengar oleh para perwakilan. Perwakilan mahu dengar negara kita baik, kita pasti menang, kita bersih lagi maksum, Malaysia akan mati tanpa Umno dan sebagainya. Perwakilan nak dengar kita memukimak Lim Kit Siang, mempukimak Nik Aziz dan seumpamanya. Dan oh ya, tidak lupa juga orang mahu dengar harga coli Shahrizat dan membuat spekulasi besar mana tetek pembahas yang mengatakan colinya pasti lebih mahal, kerana teteknya lebih besar dari tetek Shahrizat. Jadi perbahasan wanita Umno 2011 ini ialah teknik dan cara mengukur saiz coli dan tetek. Kita jangan hairan lah dengan cakap besar dan bong ( kata orang Pahang) para pembahas Umno. Itu semua untuk konsumpsi dalam dewan. Dan apa hal pula tiba-tiba dengan baiah? Dengan bangganya, pimpinan Umno berkata ini bersejarah kerana kita buat baiah. Sebetulnya, apabila sudah sampai pada tahap kena berbaiah, itu adalah petanda tidak baik untuk Umno. Sebab ianya bererti dalam Umno sudah tidak ada lagi orang yang boleh di percayai. Tidak lah salah jika orang mengatakan sifat umum Umno ialah, ianya parti orang tidak boleh percaya lagi. Baiah apa yang digemburkan oleh Umno? Baiah yang berkesan hanya baiah yang ada gambar Seri Paduka Agung itu. itulah baiah ahli Umno. Orang yang tidak faham saikoloji orang Umno akan mentafsirnya, sebagai semua sudah kembali normal. Ini jauh dari kebenaran. Yang sebenar terjadi ialah, perwakilan Umno bersidang kali ini dengan rasa cemas. Panik di tunjukkan oleh Ketua Penerangan dan Timbalan Presiden Umno. Mereka bercakap macam orang sudah miring otak. Tidak masuk akal DAP mahu mengkristiankan orang Melayu sedangkan DAP pun bukan kristian. Apakah orang Melayu ini aqidah mereka terlalu rapuh, sehingga jika ada bangsa lain menjalankan dakwah mereka, maka orang Melayu bersusun susun murtad? Jika demikian, amat lemah sekali aqidah orang Muslim di negara ini dan jika aqidah mereka rapuh, yang mesti di persalahkan ialah institusi yang menjaga Islam dan mereka yang menjadi kepala agama Islam. Mengapa hal ini tidak di bahas? Islam sudah sempurna. Yang tidak sempurna dan mundur ialah kaum Muslim di Malaysia dan majoriti kaum Muslim di Malaysia ini ialah orang Melayu. Siapakah yang bertanggung jawab kepada orang Melayu selama ini? Jawabnya Umno. Mereka mendakwa mereka lah pelindung dan penjaga orang Melayu. Mengaku mesti datang dengan tanggung jawab. Maka jika orang Melayu ketinggalan dalam pelbagai bidang kehidupan, kesalahannya terletak kepada yang mengaku mereka penjaga harga diri dan kepentingan orang Melayu. Sejak bila peringkat tertinggi Umno pandai berbaiah? Main sumpah-sumpah ini berlaku di peringkat Umno bahagian. Boleh jadi wakil Ngganu kite, suke maing sumpoh sumpoh dok eh? Guana mu jadi gini awang wei? Brayuk mok! Dan apabila Umno sudah sampai kepada mesti berbaiah sesama sendiri — itu tanda Umno sudah tenat dan sudah tidak mempercayai satu sama lain. Keadaan ini macam orang bertanding pada peringkat jawatan dalam Umno bahagian. Untuk mengelak dari pembelotan, yang bertanding menyuruh pengikutnya, bersumpah pegang Quran dan junjung surah Yassin. Dan saya sudah menyaksikan dengan mata sendiri, kesan dari orang orang yang menjaja agama untuk kepentingan dunia. Ramai yang kecundang, dapat sakit dan ramai pula yang sudah meninggal dunia. Ucapan Timbalan Presiden Umno kali ini mengalahkan ucapan presiden PAS dengan selingan ayat-ayat Quran. Saya tanya ustaz yang menghadiri perasmian oleh Muhyidin, dia kata pembacaam Muhyidin tidaklah kemas. Adakah Muhyidin menjaja agama untuk mendapatkan dunia? Sebagaimana yang berlaku kepada tokoh Umno yang menggunakan agama untuk membeli dunia, kesan yang serupa akan melanda Umno. Sudahkah kita memikirkan kesan negative akibat bersumpah dan berbaiah dan menjaja agama untuk mendapatkan dunia? Ini sebetulnya bukti, Umno boleh di kalahkan. Pemimpin tidak percaya kepada penyokong. Penyokong sangsi kepada pemimpin. Orang Umno tidak percaya mempercayai satu sama lain. Saat kehancuran sudah hampir. Di luar dewan, sebaik sahaja sampai ke bahagian masing-masing, mereka akan bersekongkol dengan tauke cina untuk melanun wang rakyat. Dalam dewan bukan main handal menghentam semua orang. Kita semua dah tahu modus operandi mereka. Mereka bercakap terkeluar biji mata, bertegang urat leher memekik agenda Melayu — agenda sebenar yang mereka kejar ialah mengisi kantong mereka sendiri dengan wang rakyat. Ahli Umno dan orang Melayu bukan lah bodoh dan jahil lagi. Mereka tahu banyak perkara; Azeez Rahim yang turut merasa terhina sebab warna kulitnya sama macam kulit Zambry Kadir akan tertawa ke bank dengan kontrak membekal ambulans ke Kementerian Kesihatan. Itu dia dapat secara runding terus. Reezal Merican akan terus menikmati imbuhan daripada menjadi pemudah cara mengujudkan NFC. Ya tuan tuan, ramai mamat Umno yang terlibat dalam scam membela lembu ini. Sebab itulah ramai yang bermatian mempertahankan isu lembu ini. — sakmongkol.blogspot.com * Sakmongkol AK47 adalah nama pena Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. Beliau merupakan bekas Adun Pulau Manis (2004-2008). * This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified. |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan