Ahad, 4 Disember 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Penasihat Agama MB T'Ganu Hina Islam? Ustaz Azhar Tolong Tibai Makhluk Ni!

Posted: 04 Dec 2011 08:56 AM PST


Kamal Saidin merupakan ULAMA UMNO yang dipuja oleh UMNO kerana beliau seorang Ulama yang pandai putar belit fakta dan menggunakkan ayat Quran untuk menyokong tindakkan UMNO dan pemimpinya

Beliau berasal dari Kedah , sekarang menjadi Penasihat agama MB Terengganu.

Perhimpunan Agong UMNO Kali ini nama beliau naik sebab beliau petah berhujjah , tetapi sayang hari ini secara jelas beliau mempertikai hukum Allah dan putar belit agar hudud tidak dilaksanakan di Malaysia , inilah ulama yang merupakan syaitan yang berselindung dengan hujjah agama

Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin hari ini mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

Bercakap pada forum berjudul 'Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia' di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

"Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam.

"Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun."

Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan.

"Dalam Islam, ini sepatutnya haram."

Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam.

Menurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa.

"Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil."

PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka.

“Pulangkan bahan makanan 1Malaysia untuk dapatkan semula wang”

Posted: 04 Dec 2011 02:56 AM PST

PETALING JAYA, 4 DIS – Pakatan Rakyat mahu Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai membuat pengumuman meminta semua pengguna yang telah membeli bahan makanan termasuk susu yang mengandungi bakteria E.Coli supaya mengembalikannya ke Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) untuk mendapatkan kembali wang mereka.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Liow pula perlu disiarkan dalam semua media arus perdana untuk memastikan setiap pengguna yang telah membeli produk-produk berkenaan dapat memulangkannya segera.

"Inilah serba sedikit yang boleh dilaksanakan oleh Menteri kepada rakyat, jika beliau telah membuat keputusan untuk tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap pembekal produk yang membahayakan kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengesahan Liow tentang kewujudan bakteria E.Coli dalam susu segar 1Malaysia telah membuktikan kebenaran terhadap kebimbangan wakil-wakil rakyat Pakatan.

Beliau menambah, semuanya itu telah terbukti jelas sejak beberapa hari lalu, termasuk melalui dialog Kementerian Kesihatan dengan beliau bersama Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Bagaimana pun, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara kesal kerana Liow cuba masih cuba menutup isu dengan mendakwa kononnya kebanyakan daripada 13 produk yang dijual di KR1M tidak membahayakan kesihatan, dan produk-produk tersebut ditarik balik kerana masalah "label".

Pua menjelaskan, senarai produk yang dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan termasuk isu mutu bahan atau produk yang gagal memenuhi syarat Peraturan Makanan 1985, iaitu susu segar, aiskrim, susu sejat, krimer pemanis, minyak sapi, jem buah-buahan, sos tiram, sardine dan kari ayam dalam tin.

Tambahnya, Liow telah dipetik oleh akhbar The Star milik MCA sebagai berkata, "the products were removed due to non-compliance with food regulations such as incomplete labelling, he said, stressing that it was not due to food safety matters."

(Terjemahan: Produk-produk itu ditarik balik kerana tidak mematuhi peraturan makanan seperti pelabelan tidak lengkap, katanya, menegaskan bahawa ia bukan kerana perkara yang melibatkan keselamatan makanan)

"Malah, yang amat mengejutkan ialah The Star langsung tidak menyebut tentang penemuan bakteria E.Coli.

"Pelbagai jenis kuman bakteria E.Coli atau Escherichia coli menghasilkan toksin (racun) bahaya yang mengakibatkan penyakit yang biasa dikaitkan dengan makanan seperti cirit-birit, dan jika terlalu teruk kesannya, telah pun mencatatkan kematian," ujarnya.

Pua berkata, Liow yang juga Timbalan Presiden MCA mengambil sikap tidak bertanggungjawab kerana enggan memberi amaran atau bertindak tegas terhadap pembekal bahan-bahan makanan yang berbahaya itu.

Tambahnya, antara tindakan yang boleh diambil terhadap pembekal telah dinyatakan dalam Akta Makanan 1983 di mana pihak yang bersalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 dan/atau penjara tidak lebih 10 tahun.

Sebaliknya, beliau berkata, Liow bertindak membebel terhadap wakil-wakil rakyat Pakatan kerana mendedahkan skandal bahan makanan KR1M.

"Menteri perlu sedar bahawa adalah menjadi tugasnya untuk menguatkuasakan keselamatan makanan dan mutu bahan makanan yang dijual di kedai, dan itu bukan tugas wakil-wakila rakyat pembangkang.

"Hakikat bahawa kedai-kedai yang menjual produk-produk tersebut sejak enam bulan lalu membuktikan Menteri telah gagal dalam tugasnya, tambahan pula semua produk ini dijual atas jenama 1Malaysia yang hebat dipromosikan oleh Perdana Menteri dan kerajaan pusat BN," katanya. – Roketkini.com

Ajak debat penakut tapi burukkan Pulau Pinang di AGM Umno’

Posted: 04 Dec 2011 12:37 AM PST

(Oleh: Nazar Hashim)

PULAU PINANG: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang menyifatkan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin sebagai penakut apabila tidak pernah menyahut cabaran debat mereka di Pulau Pinang selama ini.

Sebaliknya, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang itu hanya sekadar berani memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu.

"Pada 7 Mac 2010, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencabar Pemuda Umno Pulau Pinang untuk memperdebatkan 'Isu Melayu-Islam P.Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran' tapi sehingga jam 12 malam, mereka tidak juga kunjung tiba di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
"Umno Pulau Pinang juga tidak berani, takut dan gentar untuk menerajui kerusi Ketua Menteri semasa era pemerintahan mereka walaupun mempunyai majoriti kerusi," kata Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali.

Shaik Hussein dalam Perhimpunan Agung Umno lalu menghamburkan kata-kata kesat dan melabelkan KEADILAN, Pas dan penyokong DAP sebagai 'bapok', 'pondan', 'bangsat' dan 'barua'.

Mengulas lanjut, Amir berkata Pakatan Rakyat Pulau Pinang tiada masa untuk melayan kerenah Umno BN yang gelojoh mahu merampas kuasa dari kerajaan negeri.

"Biarlah rakyat Pulau Pinang sendiri menilai prestasi, prinsip perjuangan, idealisme dan kredibiliti PR selama lebih tiga tahun memerintah negera ini.

"Walaupun Umno dan BN berkokok siang dan malam, memainkan isu rasis, porno dan lucah, rakyat sedar mereka penuh bergelumang dengan pelbagai masalah sejak dulu, kini dan selamanya," tambahnya lagi.



Indeks Rasuah, BN Ibarat Burung Unta Benam Kepala

Posted: 04 Dec 2011 12:29 AM PST

Malaysiakini

DAP hari ini menempelak sikap hiprokrasi dan dwi standard kerajaan BN kerana menolak kajian Indeks Persepsi RasuahTransparency International (TI) yang menunjukkan kedudukan negara yang merudum, tetapi pada awal tahun ini menyambut baik Indeks Daya Saing Global (GCI).

"Kerajaan Persekutuan BN jelas mengamalkan 'double-standards' dengan menolak laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dihasilkan oleh Transparency International (TI) sebagai subjektif kerana ia memberi pandangan yang negatif tetapi menerima Indeks Daya Saing Global (GCI) oleh World Economic Forum sebagai objektif kerana gambaran lebih positif yang diberikan," kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kenyataan menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semalam yang berkata bahawa kedudukan CPI Malaysia yang menurun adalah "subjektif" dan "boleh dipersoal". Ahmad Husni juga berkata bahawa kaji selidik yang berdasarkan persepsi tidak seharusnya digunakan sebagai kaedah penilaian.

"Kenapa GCI tidak dikatakan sebagai satu kaedah penilaian yang subjektif? Kenapa kaedah penilaiannya tidak dipersoal?

"Adakah begitu kerana laporannya memberi gambaran yang lebih positif?" soal Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut beliau, sikap tidak sedar diri ini amat jelas apabila "kerajaan BN memuji diri" kerana kedudukan Malaysia telah meningkat lima tangga dari 26 kepada 21 dalam Indeks Daya Saing Global (GCI) World Economic Forum pada tahun ini.

Menurutnya, kerajaan masih cuba menafikan amalan rasuah yang berleluasa di negara ini meskipun menghadapi skandal seperti isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Ini adalah satu contoh penafian oleh kerajaan persekutuan BN yang tidak ingin mengaku bahawa keadaan rasuah semakin teruk walaupun perdana menteri telah menjalankan pelbagai program seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.

"Kerajaan BN tidak seharusnya bersikap seperti burung unta yang membenamkan kepala dalam tanah tetapi mengaku bahawa negara kita sedang mengalami masalah rasuah yang serius," katanya.

Menurut Lim, keengganan seorang "pakar ekonomi yang terpelajar" seperti Ahmad Husni untuk menghadapi hakikat menunjukkan bahawa tidak ada harapan untuk membasmi rasuah selagi negara berada di bawah pemerintahan Umno dan BN yang sanggup menggadaikan prinsip untuk kepentingan politik.

Dalam laporan TI, CPI Malaysia bagi tahun 2011 menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3 mata dan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding dengan tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Lebih teruk, laporan yang mengkaji selidik seramai 1,000 responden itu juga mengenal pasti bahawa pihak polis dan parti-parti politik merupakan institusi-institusi yang dilihat sebagai paling korup di negara ini.

Umno Hendak Meniru Pas

Posted: 03 Dec 2011 07:57 PM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar

Betulah seruan yang dibuat oleh Pas, Pas Ganti Umno. Perubahan dan keperluan Pas untuk menggantikan Umno itu banyak alasan dan hujahnya. Bukan saja kerana kedudukan dan kegahan Umno akhir-akhir sudah merudum tetapi banyak idea yang diceduk dan hendak ditiru oleh Umno apa yang Pas lakukan.

Baguslah akhirnya Umno insaf dan memperakui akan kebenaran dilakukan Pas yang selama ini mereka cemuh dan keji dengan pelbagai kata-kata nesta dan sumpah seranah.

Misalnya kerajaan Pas Kelantan memperkenalan cuti bersalin sampai sebulan kepada isteri, cuti awam dua hari Sabtu dan Jumaat, kerajaan Pusat pimpinan Umno juga berbuat demikian. Kerajaan Kelantan melancarkan ar-rhnu kerajaan pusat juga mengarahkan bank dan institusi kewangan memperkenalkan ah-rhnu tetapi dengan nama lain.

Terbaru yang juga hendak menjadi ikutan Umno ialah supaya calon yang bertanding dalam pilihan raya mengadakan ba'iah untuk mengelakan calon melakukan sebotaj. Seorang perwakilan dari Terengganu, Kamaruddin Omar mencadangkan supaya Umno mengadakan bai'ah dengan bersumpah walahi, wabilahi dan wathalhi... mengaku taat setia kepada calon.

Sebelum ini Umno mempersendakan akan kaedah Pas dalam ikhtiar menjamin agar ahli taat setia dan tidak menyusahkan parti dengan sebotaj dan berpaling tadah dengan melakukan bai'ah - perjanjian untuk setia dengan parti. Macam-macam dituduh terhadap tindakan Pas itu sebagai tidak demokratik, bidaah dan sebagainya.

Tetapi hari ini setelah Umno sudah hilang kepercayaan kepada ahlinya, bimbang ahlinya akan melarikan diri maka kaedah (ikrar) itu juga dicadangkan diperkenakan. Menariknya semasa perwakilan itu mencadangkan demikian para himpunan melaung berkata setuju, setuju.

Persoalannya kini apakah bai'ah itu boleh berlaku di dalam Umno. Umno adalah parti sekular dan liat untuk mematuhi saranan ayat-ayat Quran dan menggunakannya sebagai hujah dan panduan dalam pentadbiran dan kepimpinan. Kalau mereka guna pun sekerat ayat sahaja, dipilih ayat-ayat yang sesuai dan cocok dengan jiwanya saja. Pada saya kalau Umno tidak kembali keseluruhan kepada Quran, bai'ah atau ikrar itu tidak akan membawa hasilnya.

Ikrar seperti dicadangkan itu bukan saja tidak akan dihormati tetapi ia juga akan diragui seperti mana sumpah laknat dilakukan oleh beberapa orang pemimpin Umno dalam menyakinkan orang ramai terhadap hujah dan apa yang dikatakan.

Pernah terjadi ada pemimpin Umno yang melakukan sumpah laknat, bersumah dengan versi disebutkan Kamaruddin Omar itu, tetapi ia tidak memberi kesan. Orang ramai tidak percaya kerana sudah mengenali akan kemunafikan dan kebejatan sosial mereka selama ini.

Jadi kalau orang-orang seperti mana tokoh itu diminta bersumpah, berikrar mereka akan bokeh bersumpah 10 kali sehari bukan di dalam masjid hatta di atas kubah masjid sekalipun dia sanggup tetapi sejauh mana sumpah dan ikrarnya akan dipatuhi sukar untuk dipercayai.

Sebenarnya sumpah dan ikrar itu hanya berlaku kepada orang beriman yang sudah sedia kuat pegangan dan ketauhidannya kepada Allah s.w.t. Sebebab itu di dalam ayat-ayat berhubung dengan perintah Allah disebut, wahai orang-orang beriman. Ertinya orang yang tidak beriman atau beriman sepenuhnya tidak terkena perintah dan arahan yang dimaksudkan ayat-ayat itu

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: