Kelab Greenboc |
- Abang Terkejut ‘Beruk’ Adik Buat Maksiat Dengan Minah Indon Di Rumah Sewa
- Seorang Anggota Polis Wanita Dera & Toreh Kemaluan Anak Angkatnya
- [INGATAN] Saman Tak Guna Talipinggang Belakang Bermula Esok
- Aziz Bari Sedia Tanding Pilihanraya Wakili Pakatan
- [Video] Kemalangan Babitkan 40 Buah Kenderaan, 2 Maut & 61 Cedera
- Kes Kematian Rozana Ditikam 35 kali: Tiga Pemuda Ditahan
- [Video] Musnahnya Sebuah Sejarah Warisan Di Sura Jetty
- Kes NFC: Ini Wayang Ke Apa? Boleh Tersenyum Girang Bila Kena Dakwa?
- Tindakan Jamil Khir & MAIWP Khianati Golongan Asnaf Tidak Berakhlak
- Kes Ujian Dara: Samira Bongkar Rahsia Tentera Mesir
Abang Terkejut ‘Beruk’ Adik Buat Maksiat Dengan Minah Indon Di Rumah Sewa Posted: 31 Dec 2011 01:35 AM PST Melaka: Seorang adik sanggup menjadikan rumah sewa di Taman Selendang, Batu Berendam, di sini, yang dikongsi bersama abangnya sebagai 'lubuk maksiat' apabila 'menyeludup' teman wanitanya ke kediaman berkenaan bagi melampiaskan nafsunya. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, lelaki berusia 28 tahun itu terpinga-pinga apabila sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) memeriksa rumah itu selepas mendapat aduan seorang wanita bukan muhrim dilihat masuk ke kediaman berkenaan. Pemeriksaan di dalam bilik adiknya berusia 22 tahun itu menemui teman wanitanya yang juga seorang warga Indonesia berusia awal 20-an menyorok di dalam tandas dalam keadaan bogel. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata berdasarkan maklumat sepasukan anggotanya ke lokasi berkenaan dan setibanya di kediaman terbabit, mereka mengetuk pintu sebelum dibuka oleh abang suspek. Katanya, pemeriksaan lanjut di tingkat atas anggotanya mendapati sebuah bilik yang bertutup dan ia dibuka seorang lelaki separuh bogel dan yang hanya memakai tuala paras pinggang. "Pemeriksaan lanjut menemui ada seorang wanita berada di dalam tandas dalam keadaan mengaibkan dan soal tanya mendapati kedua-duanya bukan muhram. "Pasangan terbabit terus ditahan untuk siasatan lanjut dan abang kepada suspek berkenaan turut terperanjat kerana mendakwa langsung tidak mengetahui adiknya menyembunyikan teman wanitanya di biliknya," katanya, di sini, semalam. Rahimin berkata, soal siasat mendapati pasangan terbabit mengakui sudah terlanjur ketika berdua dalam rumah berkenaan beberapa kali selain memberitahu baru saja selesai melakukan hubungan seks. Katanya, kedua-dua mereka adalah pekerja industri di kilang sama dan sudah berkenalan kira-kira tiga bulan lalu sebelum menjalin hubungan. "Kedua-dua pasangan berkenaan ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhram. "Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya. -hm |
Seorang Anggota Polis Wanita Dera & Toreh Kemaluan Anak Angkatnya Posted: 30 Dec 2011 11:55 PM PST Didera ibu angkat ALOR SETAR - Penderitaan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai didera ibu angkatnya sejak empat bulan lalu berakhir apabila dia diselamatkan polis Rabu lepas. KESAN lebam yang terdapat pada perut mangsa (gambar kecil) ketika ditemui di Alor Setar semalam. Perkara itu terbongkar selepas seorang jiran membawa mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk diperiksa selepas mendapati badan dan mata kiri kanak-kanak itu lebam-lebam. Lebih tragis kemaluan kanak-kanak itu mempunyai kesan torehan. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan memberitahu, sebelum kejadian, mangsa ditinggalkan ibu angkatnya untuk dijaga oleh jiran di Taman Derga Jaya, Jalan Datuk Kumbar di sini pada pukul 4.30 petang Rabu lalu. Katanya, wanita itu meninggalkan mangsa sementara di situ kononnya kerana hendak ke Kelantan. "Jiran mangsa yang berusia 39 tahun kemudian terperanjat apabila menemui kesan lebam dan torehan pada badan mangsa ketika hendak memandikannya sebelum membawanya ke hospital. "Polis kini mencari ibu angkat mangsa berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak," katanya. -kosmo Kemaluan mangsa dera ibu angkat kena toreh |
[INGATAN] Saman Tak Guna Talipinggang Belakang Bermula Esok Posted: 30 Dec 2011 10:54 PM PST Kuala Lumpur: Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang. Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012). Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa. "Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan. "Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar. "Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhinya," katanya. "Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali pinggang mulai esok," katanya. -hm |
Aziz Bari Sedia Tanding Pilihanraya Wakili Pakatan Posted: 30 Dec 2011 08:42 PM PST Aziz Bari tawar diri sebagai calon Pakatan KUALA LUMPUR, 30 Dis — Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat. Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau "tidak ghairah" tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus. "Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka," katanya kepada The Malaysian Insider melalui kiriman emel. Beliau mengesahkan menerima tawaran "tidak rasmi" dari semua parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP namun berkata "masih terlalu awal untuk membuat keputusan" parti mana yang akan ditandinginya. Abdul Aziz (gambar) menambah beliau tidak memilih tentang bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan "semua parti komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan ia pentung bagi mewujudkan sistem dua parti." Namun bekas pensyarat Universiti Islam Antarabangsa ini berkata keputusannya adalah untuk terlibat dalam politik dan berminat menyertai pilihan raya dan bukan sebagai anggota parti yang disifatkan tidak mempunyai "stamina" melakukannya. "Ini adalah perkara yang dihalang untuk dilaksanakannya. Menyertai politik bukan bermakna terlibat dalam politik parti. "Apa pun dalam politik, seperti kerjaya dalam akademik atau NGO, ia hanya platfom untuk perubahan. Tidak kisah apa pun saya terlalui tua untuk menjadikan politik sebagai kerjaya. Jika saya berumur 40 tahun ia berbeza tapi saya akan mencecah 53 tahun," tambahnya. Abdul Aziz terlebih dahulu digantung tugas dari UIA kerana mengkritik campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam negeri itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Beliau dilaporkan memperhatikan kerusi Parlimen Sabak Bernam yang dipegang Abdul Rahman Bakri, yang dijangka akan dibicarakan pada Jun kerana didakwa membuat sembulan tuntutan palsu. Pensyarah kontroversi ini berdepan dengan siasatan dalaman oleh UIA kerana mengkritik Sultan Selangor. Selain itu Abdul Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. -TMI |
[Video] Kemalangan Babitkan 40 Buah Kenderaan, 2 Maut & 61 Cedera Posted: 30 Dec 2011 07:30 PM PST New orleans, Amerika Syarikat - Dua lelaki mati dan 61 lagi cedera kelmarin menjelang subuh dalam nahas yang melibatkan 40 buah kenderaan, kata polis. Nahas yang turut melibatkan kereta dan van itu berlaku ketika pemandu memandu dalam keadaan kabus tebal yang membataskan penglihatan di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans. Menurut beberapa orang yang melalui tempat kejadian, mereka mendengar mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut meminta pertolongan. "Anda baru mendengar semua bentuk panggilan dan orang ramai menjerit meminta pertolongan," kata seorang pemandu trak tunda, Wesley Ratcliff kepada stesen televisyen tempatan WWL-TV. Menurutnya, dalam tempoh 13 tahun kerjayanya bertindak balas dengan nahas, kemalangan tersebut adalah yang paling buruk pernah dilihatnya. Seorang jurucakap polis, Garry Flot tidak bercakap mengenai kemungkinan punca nahas. Menurutnya, seorang mangsa yang mati itu merupakan pemandu sebuah trak pikap. Dia berkata, seorang lagi mangsa yang mati ialah seorang penumpang sebuah trak pikap lain yang berusia 54 tahun. Beberapa pemandu yang melalui lebuh raya itu ketika nahas menyatakan, mereka tiba-tiba berada dalam kegelapan dan tidak dapat melihat cahaya lampu kereta. "Saya berpendapat ia kabus tetapi suami saya menganggap ia merupakan asap," kata seorang saksi, Stacie Williams kepada stesen televisyen WWL-TV. - Agensi/Kosmo |
Kes Kematian Rozana Ditikam 35 kali: Tiga Pemuda Ditahan Posted: 30 Dec 2011 06:30 PM PST Kekasih muda kena tahan GOMBAK: Seorang remaja berusia 19 tahun dipercayai teman lelaki kerani bank yang dibunuh kejam minggu lalu ditahan semalam bersama dua lagi rakan bagi membantu siasatan kes itu. CEKUP...tiga suspek ditahan seminggu bagi membantu siasatan. Polis turut menemui komputer riba milik Rozana Mohd Yusak, 35, yang ditikam 35 kali dalam kejadian di rumah sewanya di Jalan Puncak Desa, Kepong di sini pada 22 Disember lalu. Difahamkan, ketiga-tiga lelaki terbabit berusia 19 dan 20 tahun itu menjual komputer riba berkenaan kepada wanita yang dikenali mereka dengan harga RM600. Menurut sumber, perbuatan kejam mereka ini terbongkar apabila polis Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengadakan serbuan berasingan di Pantai Dalam dan Kampung Datuk Keramat, malam kelmarin. "Polis yang menemui bukti baru pembabitan ketiga-tiga lelaki terbabit termasuk seorang daripadanya adalah teman lelaki mangsa selepas penemuan pisau yang digunakan menikam Rozana. "Difahamkan, pisau itu ditemui di dalam longkang berhampiran kediaman mangsa kelmarin," katanya. Sumber berkata, dalam serbuan pertama jam 8 malam, polis menahan teman lelaki mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam bersama seorang lagi suspek berusia 19 tahun. "Hasil serbuan pertama itu polis mengesan seorang lagi suspek di rumah di Kampung Datuk Keramat kira-kira jam 1 pagi. -hm
klik untuk baca |
[Video] Musnahnya Sebuah Sejarah Warisan Di Sura Jetty Posted: 30 Dec 2011 04:09 PM PST Teluk Lipat – Pepatah Melayu mengatakan, 'sekali ombak menghempas, sekali pantai berubah', inilah realiti berlaku terhadap pantai peranginan Teluk Lipat yang menjadi kebanggaan warga Dungun susulan tragedi ombak besar sejak beberapa hari lalu yang disifatkan tsunami kecil itu. Penduduk yang menyaksikan peristiwa itu bagaimanapun terpaksa akur dengan fenomena alam yang melumpuhkan hampir keseluruhan sistem lanskap sebagai penyeri kepada keinda-han pantai yang menjadi daya tarikan pelancongan di daerah ini sejak lebih suku dekad lalu. Setiausaha Persatuan Sejarah Melayu Terengganu cawangan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah menyifatkan, tragedi ombak besar itu sepatutnya menjadi iktibar kepada semua pihak untuk mengambil insiatif awal memelihara khazanah alam yang amat berharga agar tidak terus musnah sehingga boleh menjejaskan ekosistem, budaya serta tidak mustahil memberi kesan kepada ekonomi masyarakat tempatan. Katanya, dalam konteks warisan, keaslian pantai Teluk Lipat atau nama sejarahnya Sura Jetty sudah lenyap dari pandangan dan tidak boleh dikembalikan semula biarpun usaha untuk memulihkannya semula dilakukan. "Biarpun jutaan kos dikeluarkan untuk membentuk semula struktur landskap Teluk Lipat yang musnah akibat hakisan ombak itu, namun ia gagal mengembalikan nostalgia asalnya yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi itu. "Bagi mereka yang pernah menyaksikan peristiwa kegemilangan pelabuhan Sura Jetty, visual tersebut hanya satu kenangan dan sedikit sisa-sisa sejarah yang ada gagal disaksikan kerana kegagalan kita menyemalatkan warisan kita sendiri yang amat berharga ini,"katanya. -SH |
Kes NFC: Ini Wayang Ke Apa? Boleh Tersenyum Girang Bila Kena Dakwa? Posted: 30 Dec 2011 10:30 AM PST Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC Seorang ahli peniagaan didakwa bergelar "Datuk", hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya. Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibunegara pada jam 6 petang 20 November lepas. Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 6 Disember lepas. Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman oleh polis dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan pada 22 Disember. Shamsulbahrin yang kelihatan ceria ketika dibawa ke mahkamah hari ini berdepan hukuman sebat, denda serta penjara antara satu hingga sepuluh tahun sekiranya didapati bersalah. Tidak bayar jamin Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh juga diarahkan untuk menyerahkan pasport beliau. Ketua pengarah eksekutif Shamsulbahrin Ismail Resources Sdn Bhd itu tidak dapat membayar jaminan tersebut hari ini. Mahkamah turut menetapkan kes berkenaan untuk disebut semula pada 31 Januari. Tertuduh yang kini masih dalam siasatan polis – dilaporkan disiasat untuk 10 kes penipuan berasingan. Peguam J Rao memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana aset tertuduh telah dibekukan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 pada 23 Disember. Aset berkenaan juga mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 pada 27 Disember. -mk
Ulasan GB Pendakwaan yang dilakukan ke atas "Datuk" Shamsulbahrin Ismail sungguh menimbulkan prasangka dan pelbagai spekulasi dari rakyat. Pertama, kerana tertuduh lansung tidak menampakkan sebarang riaksi takut, cemas atau resah sewaktu dibawa ke mahkamah, sebaliknya tersenyum girang malah boleh melambai-lambai tangan kepada pihak media sekalipun tangannya bergari. Sesuatu senario yang amat jarang berlaku terhadap mana-mana kes yang seumpama. Apakah skrip yang disediakan terlupa untuk mengarahkan "datuk" berkenaan supaya berlagak seperti orang salah? Kedua, yang disuruh siasat oleh rakyat sebelum ini ialah suami Shahrizat, iaitu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. Tetapi lain pula yang disiasat dan orang lain pula yang didakwa. Shamsubahrin dikatakan menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya dan didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta. Seolah-olah kini polis dan SPRM bertindak bagi pihak NFC dan Mohamad Salleh dengan mendakwa dan membuat tuduhan kepada Shamsubahrin. Shamsubahrin memang sudah ada rekod penipuan. Apakah beliau kini dipergunakan untuk menjadi "kambing hitam" bagi menyelamatkan NFC dan suami Shahrizat? Tidak mengapa. Tuhan ada. Kita serahkan kepadaNya untuk mendedahkan kebenaran dan keadilan". Allah itu Hakim Yang seadil-adilnya. Justeru perbanyakkanlah berdoa seperti yang selalu GB nukilkan di blog ini: Kita sebagai rakyat terbanyak hanya mampu terus berdoa kepada Allah s.w.t. اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ 1) Allahumma arinaal haqqa haqqaan, warzuqnattiba'ah, wa arinaal bathila bathilaan, warzuqnajtinaabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya. رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathil innal bathila kaana zahuuqa Ya Allah, masukkanlah kami dengan cara yang benar dan keluarkanlah(pula) kami dengan cara yang benar dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya: Firman Allah bermaksud, Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81) semacam menjadi kenyataan klik untuk baca |
Tindakan Jamil Khir & MAIWP Khianati Golongan Asnaf Tidak Berakhlak Posted: 30 Dec 2011 05:20 AM PST Jamil Khir khianati golongan asnaf SHAH ALAM: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam dalam tempoh 48 jam terhadap tindakannya yang didakwa menyeleweng wang zakat untuk kepentingan diri. Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafi Muhammad dalam sidang media berkata Jamil menghina hukum Islam apabila menyalah guna kuasa dan mengkhianati golongan asnaf yang lapan dengan membiayai kos guaman untuk kepentingan peribadi. Maka beliau mendesak Jamil yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam memohon maaf dan sekiranya gagal, mereka akan membawa isu tersebut untuk perkenan Yang Dipertuan Agong. "Tindakan beliau (Jamil) tidak berakhlak termasuklah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain yang menggunakan wang zakat untuk kepentingan diri. "Jingga 13 meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat secara terperinci penyalahgunaan kuasa dilakukan Menteri serta dua individu lain tanpa prejudis. "Jamil bukan sahaja tidak layak menjadi Menteri manguruskan hal ehwal agama tetapi wajar meletakkan jawatan andai beliau seorang yang berakhlak dan bermaruah. Ini termasuk Che Mat dan Shamsuddin," katanya selepas membuat laporan penyelewengan tersebut di pejabat SPRM di sini pagi tadi. Semalam FMT melaporkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Muhammad Yamin Ismail menyatakan pembiayaan kos guaman Jamil Khir dan dua lagi pegawai kanan agensi itu dalam menghadapi kes permohonan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan. Sebelum ini Laporan Audit Negara mengesahkan sebanyak RM63,650 telah dikeluarkan daripada dana zakat MAIWP bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk ketiga-tiga mereka. -FMT Zakat: Jingga 13 mahu Agong pecat Jamil Khir jika tidak minta maaf |
Kes Ujian Dara: Samira Bongkar Rahsia Tentera Mesir Posted: 30 Dec 2011 03:34 AM PST Kaherah: Seorang wanita Mesir yang menuduh tentera mencabul kehormatan tahanan wanita di penjara kini dianggap 'hero' kaum Hawa di negaranya selepas mahkamah mengarahkan tentera menghentikan amalan itu yang dilabel 'ujian kononnya untuk menentukan seseorang masih dara atau tidak.' Kes itu difailkan Samira Ibrahim (gambar), 25, yang mendakwa dipaksa tentera untuk menjalani ujian itu pada 9 Mac lalu selepas dia ditahan semasa menyertai protes di Dataran Tahrir. "Kes ini adalah untuk semua wanita Mesir, bukan saja saja. Saya rasa amat kecewa. Saya dicederakan dan tidak menyangka askar boleh bertindak begitu. Satu perkara yang diberitahu ayah saya ialah hanya undang-undang akan membantu kamu," katanya. Pengurus pemasaran itu mendakwa menerusi video YouTube dikenakan kejutan elektrik atas tuduhan menjadi pelacur. Dia diarah menanggalkan pakaian di depan askar dan diperiksa oleh lelaki di hadapan sekumpulan anggota tentera yang mentertawakannya. Doktor tentera yang menjalankan ujian itu kini berdepan dengan perbicaraan pada 3 Januari depan di mahkamah tentera, menurut stesen televisyen kerajaan. Jeneral yang memerintah menafikan anggota tentera menjalankan ujian itu dan tidak meminta maaf. Ketua perundangan tentera, Jeneral Adel el-Mursi, berkata penghakiman itu tidak boleh dilaksanakan kerana tentera tidak menjalankan ujian dara secara paksa, menurut laporan agensi berita MENA. Seorang lagi jeneral yang enggan disiarkan namanya dipetik sebagai berkata ujian itu dijalankan hanya untuk melindungi tentera daripada tuduhan merogol. Minggu lalu, tentera mengumumkan penyiasatan terhadap insiden itu. Organisasi hak asasi manusia pula percaya, banyak lagi ujian seumpama itu dilakukan askar. "Mahkamah mengarahkan pelaksanaan prosedur ujian dara terhadap gadis dalam tahanan tentera dihentikan," kata hakim Mahkamah Pentadbiran Kaherah, Aly Fekry sambil disambut tepukan gemuruh orang awam yang mendengar keputusan itu. Samira adalah seorang daripada tujuh wanita yang mendakwa mereka diarah menjalani ujian itu selepas ditahan tentera. Pengurusan jeneral ketenteraan dalam kerajaan peralihan negara itu mengundang kritikan hebat daripada aktivis hak asasi tetapi laporan layanan buruk wanita di tangan askar ketika ditahan meningkatkan kemarahan rakyat Mesir. Antara contoh kekerasan terhadap wanita berlaku baru-baru ini apabila tentera dirakam menarik rambut seorang wanita tidak bersenjata, memukulnya hingga menyebabkan colinya kelihatan. – Reuters/Agensi |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan