Kelab Greenboc |
- Pemuda PAS Sabah Tetap Mahu Dakwaan Shahrizat Tentang Pemimpin UMNO Disiasat
- Tarikh PRU-13: Bubar 17 Februari, Pengundian 11 Mac 2012?
- Aspan Alias Tidak Yakin Najib & Pemimpin Negara Akan Ketepikan Shahrizat
- Tipu Suami Kerana Mahu Berasmara Dengan Bangla
- Jamil Khir & 2 Lagi Sepatutnya Ditangkap Dan Didakwa Di Bawah Seksyen 403
- Gerakan Mahasiswi Turut Kecam Tindakan LPF Mahu Lepas Tangan
- Prof Aziz Bari Mungkin Bertanding Di Parlimen Sabak Bernam
- RM2.7b Untuk Rampas Selangor Dengan Cetuskan Provokasi Burukkan PR
- Berbaring Lentuk Atas Peha Teman Lelaki Dalam Kereta
Pemuda PAS Sabah Tetap Mahu Dakwaan Shahrizat Tentang Pemimpin UMNO Disiasat Posted: 28 Dec 2011 12:50 AM PST Siasat segera dakwaan Shahrizat - Pemuda Sabah KOTA KINABALU, 27 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mendesak Polis dan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera membersihkan kepimpinan negara daripada sebarang salah laku rasuah, korupsi dan salah guna kuasa. Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, pendedahan terbaru yang dibuat oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil telah mengundang pelbagai andaian negatif rakyat terhadap integriti pemimpin kerajaan sedia ada. "Jika benar dakwaan Shahrizat, polis dan SPRM perlu segera membuat siasatan rapi terhadap sebarang salahlaku tidak kira kepimpinan peringkat negara mahupun negeri. "Sangat malang jika wujud pemimpin yang makan rasuah, hipokrit dalam memimpin, salah guna kuasa dan kedudukannya," jelasnya. Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu pada 25 Disember lalu yang mempersoalkan "siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah", yang dilihat seperti ada sesuatu yang tidak kena. Shahrizat berkata demikian bagi membela dirinya yang sedang ditekan ekoran skandal Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC). Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berpendapat, bukan Shahrizat sahaja yang salah dalam hal ini tetapi yang lebih bersalah adalah bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika projek itu diberikan, Tan Sri Muhyidin Yassin. "Seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh beliau. "Maklumlah, beliau sedang terpalit dengan 'projek lembu kondo' dan ramai rakan-rakannya yang mendesak beliau meletak jawatan. Takkan beliau seorang yang ada masalah," kata Lahirul lagi. Sementara itu, rakyat juga ujarnya tidak perlu berasa senang hati dengan tindakan ke atas Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah baru-baru ini oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Baginya, itu hanya kes terpencil malah yakin banyak lagi kes yang lebih besar yang sepatutnya diambil tindakan. "Banyak lagi skandal Menteri Besar, Ketua Menteri, Bekas Menteri dan sebagainya. "Ini perlu dibersihkan dan dihadap ke muka pengadilan dengan kadar segera," ujarnya. -HD klik untuk baca |
Tarikh PRU-13: Bubar 17 Februari, Pengundian 11 Mac 2012? Posted: 27 Dec 2011 11:10 PM PST Pemerhatian penulis ke atas beberapa akhbar berbahasa cina kebelakangan ini menyaksikan wujudnya persaingan hebat dalam meramal tarikh sebenar pembubaran parlimen dan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan. Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press sebagai contoh meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012. Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum. Lebih menarik, akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu). Namu berdasarkan trend semasa tarikh yang lebih logik ialah pada 17 Februari 2012 iaitu pada hari Jumaat kerana Jumaat dianggap hari yang lebih afdal selain menjadi trend semua Perdana Menteri Malaysia yang menganggap Jumaat adalah hari bertuah untuk mengumumkan sebarang acara besar. No 11 adalah nombor yang dikatakan menjadi kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sering dikaitkan dengan elemen tuah. Justeru tarikh pengundian pada Sabtu dilihat akan memberi kelebihan kepada BN berbanding jika diadakan pada 12 Mac (Ahad) kerana penganut Kristian akan mudah dipengaruhi untuk menentang kerajaan ketika mereka bersembahyang di gereja pada hujung minggu. Menurut akhbar tersebut, selain sumber dalaman daripada pihak polis, semua maklumat ini juga dikatakan diperolehi daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri. Atas sebab-sebab tertentu, akhbar-akhbar tersebut tidak pula menyatakan badan pemikir mana yang menyalurkan maklumat tersebut kepada mereka. Dalam perkembangan yang sama, sumber lain pula memaklumkan kepada penulis bahawa Barisan Nasional (BN) akan memberi penumpuan kepada 190 buah kerusi parlimen dan dari jumlah tersebut, BN yakin akan menawan sejumlah 170 buah kerusi. Indikasinya, BN kini kembali bernafsu untuk mendapat semula majoriti 2/3 yang hilang dalam PRU12 pada 2008. Tapi dalam masa yang sama, temubual eksklusif Sin Chew dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula membayangkan sebaliknya. Nazri membayangkan BN akan mengalami kesukaran untuk kembali menguasai majoriti 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang. Alasannya ialah, Malaysia sedang melangkah menjadi negara maju dan dengan itu rakyat juga menjadi lebih 'sofsikated' dalam menentukan pilihan masing-masing di peti undi. Pada pendapat penulis keghairahan akhbar-akhbar cina ini adalah semata-mata untuk melariskan jualan akhbar masing-masing kerana umum mengetahui majoriti masyarakat cina memang taksub dengan 'ramalan' yang telah menjadi hampir sebahagian daripada kehidupan mereka, walaupun dizaman moden hari ini. Bagaimanapun, suatu yang pasti ialah, akhbar berbahasa cina jarang menampilkan maklumat dari sumber yang tidak kuat. Justeru untuk menolak bulat-bulat maklumat ini juga boleh menjurus Pakatan Rakyat kepada kesilapan dalam membuat perhitungan dari segi kos dan merangka strategi pilihanraya yang berkesan. Oleh itu penulis beranggapan, tidak salah untuk pimpinan Pakatan Rakyat mengkaji semua kemungkinan termasuk ramalan-ramalan sedemikian dalam menyediakan parti berhadapan dengan BN dalam pilihanraya umum akan datang. Paling penting mengenal pasti 190 kawasan-kawasan parlimen yang disebut akan menjadi fokus BN dan merencana strategi yang betul, daripada calon dan parti yang akan bertanding, sehinggalah kepada persiapan logistik yang bersesuaian. -suarapakatanrakyat Pilihan raya umum Mac depan? |
Aspan Alias Tidak Yakin Najib & Pemimpin Negara Akan Ketepikan Shahrizat Posted: 27 Dec 2011 09:20 PM PST Berdayakah Najib dan pimpinan mengenepikan Sharizat? Saya rasa susah. Isu Sharizat dan NFCnya masih tidak terlerai dan tidak ada apa-apa keputusan. Ia tidak akan terlerai dalam masa yang singkat ini kerana yang terlibat ialah seorang Menteri kabinet kerajaan persekutuan. Di Malaysia seorang menteri itu bukan senang hendak diketepikan kerana menteri itu merupakan orang yang sangat besar dalam masyarakat kita terutamanya orang kita Melayu ini. Etika kepimpinan kita sangat rendah dan moral kepimpinan memang tiada. Lima tahun dahulu seorang ahli kabinet Britain, Blankett ,telah hilang jawatannya semata-mata kerana beliau telah mempercepatkan proses permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk 'maid'nya. Beliau telah dikatakan telah menggunakan kuasanya sebagai menteri bertanggungjawab kepada permit pekerjaan mempercepatkan pemohonan teman wanitanya yang memerlukan permit kerja untuk 'maid'nya itu. Apabila diketahui umum, maka beliau telah meletakkan jawatan kerana beliau telah bertindak secara tidak beretika dalam meluluskan permohonan permit itu. Itu sahaja sebabnya. Begitulah tingginya etika kepimpinan di negara itu. Sebaliknya di negara kita perkara-perkara yang tidak beretika itu berlaku tanpa hadnya dan jika semuanya mengambil tindakan ke atas mereka yang melakukan kerja-kerja yang tidak beretika itu hari ini, tidak ada seorang pun yang kekal dalam Kerajaan Persekutuan pada hari ini. Kes NFC dengan Sharizat tidak langsung menjadi apa-apa kepada Sharizat. Tetapi sebaliknya beliau masih berada di dalam kabinet sehingga hari ini, malah beliau telah menyatakan bukan beliau sahaja yang bermasalah dalam UMNO, semua menteri-menteri lain pun juga bermasalah. Maksud Sharizat itu jelas. Maksud beliau kenapa beliau sahaja yang hendak dimangsakan, bagaimana dengan yang lain? Saya tidak nampak Sharizat akan dikeluarkan oleh Najib dari kabinet kerana masing-masing ada rekod yang sama. Jamil Khir, seorang Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama telah terlibat dengan menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam saman Anwar Ibrahim dalam kes Qazaf, ketua umum PKR itu yang juga ketua pembangkang. Saya tidak nampak yang kes ini termasuk dalam aznaf yang lapan itu kerana beliau adalah seorang Menteri. Wang zakat hanya boleh digunakan jika ianya termasuk dalam aznaf yang lapan itu. Kita tidak layak untuk menasihati Jamil Khir kerana beliau adalah seorang yang mengetuai agama dan dibanggakan oleh Najib kerana telah memberikan khutbah dalam bahasa arab mewakili seluruh umat Islam di musim haji baru-baru ini. Tetapi apa yang dilakukannya amat mengelirukan orang ramai. Apakah beliau mempunyai 'immunity' dari dosa dan noda kepada agama dan Tuhannya. Kalau pemimpin yang mengetuai agama melakukan kerja hina ini, pada siapa lagi dalam UMNO yang kita boleh yakini lagi? Ini kah kumpulan pemimpin yang berucap dengan berlakon dengan hebat dengan mengatakan agama kita akan tercemar jika PR memerintah negara kita? Saya ingin memberi nasihat kepada Jamil Khir, dari saat ini janganlah kamu bercakap tentang agama lagi dan mengaku sebagai pejuang agama di dalam kabinet kerajaan pada hari ini. Mungkin ini semualah yang dikatakan oleh Sharizat yang tidak ada pemimpin yang tidak bermasalah itu. Pada pertengahan tahun sembilan puluhan dahulu, Pemimpin Utama negara telah menggunakan wang rakyat untuk membiayai untuk melaksanakan 'bail-out' terhadap anaknya yang telah kerugian besar dalam perniagaannya. Jumlah wang rakyat yang digunakannya melebihi satu setengah billion ringgit. Sekarang ahli perniagaan itu telah membeli kilang arak yang terbesar di rantau ini di Filipina. Sebelum itu Pemimpin Utama ini juga telah membuatkan Bank Negara kerugian sebanyak RM36 billion dalam pasaran wang antarabangsa. Saudara Nor Mohamad Yakcop yang ketika itu menjadi Ketua Jabatan Treasury Bank Negara telah melaksanakan urusan jual beli wang antarabangsa yang akhirnya telah merugikan negara sebayak RM36 billion. Akhirnya BNM terpaksa menjual harta bagi mengurangkan angka kerugian bank pusat itu dan BNM akhirnya telah mengumumkan kerugian itu hanyalah RM9 billion. Nor Mohamad Yakcop akhirnya di lantik sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan setelah melakukan tindakan yang merugikan negara itu dan sekarang ini menjadi Menteri Kanan dalam Kerajaan Persekutuan kita. Awal tahun lepas setiausaha politiknya pula tertangkap dengan tunai sebanyak RM2 million di rumahnya di P Pinang. Tetapi Nor Mohamad Yakcop masih di dalam kabinet persekutuan kita. Di mana kah etika kepimpinan kita? Apa semuanya ini? Pemimpin ini selalu mengkritik orang Melayu kerana Melayu hanya mampu jika diberikan tongkat untuk berjaya. Katanya selalu, orang Melayu tidak pandai memajukan diri kalau tidak ada tongkat. Tetapi orang yang berfikir suka hendak bertanya, bagaimana dengan anak-anak beliau yang terpaksa menggunakan wang rakyat untuk merawat kegagalan dalam perniagaannya. Seperti yang saya sebutkan di atas tadi pengaruh politiknya dalam negara inilah yang membolehkan menggunakan berbillion ringgit wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anaknya. Oleh yang demikian apa yang di sebut oleh Sharizat itu ada benarnya: tidak ada pemimpin UMNO yang tidfak bermasalah. Kenapa hanya tumpukan kepada isu beliau? Bezanya Sharizat dengan pemimpin lain yang sama rekodnya ialah, Sharizat tidak pandai menyorokan kesalahannya dan kesalahan keluarganya. Yang lain pandai menyorokan kesalahan mereka. Pak Lah pandai menutup apa yang beliau lakukan, Muhyiddin pandai menutupi apa yang beliau lakukan semasa menjadi MB Johor misalnya. Namakan yang lain dan pasti senarainya amat panjang. Tetapi mereka pandai menutupnya sedangkan Sharizat tidak pandai menutup perlakuan sumbangnya. Itulah sebabnya susah bagi Najib atau sesiapa pun untuk mengambil keputusan tegas terhadap Sharizat. Masing-masing ada lubang besar untuk ditutup. Oleh kerana semuanya bermasalah maka tidak ada siapa di kalangan pimpinan boleh bertindak terhadap Sharizat dengan mudah. Yang boleh bertindak dengan mudah ialah rakyat. Jika rakyat yang bertindak, bukan sahaja Sharizat akan mampu di ketepikan malah seluruh jemaah yang menyeleweng semasa mentadbir kita akan dapat di ketepikan. Rakyat kini mahu hidup denagn selesa tanpa dikelirukan oleh pihak yang memerintah. Cukuplah dengan apa yang dilakukan oleh BN khususnya UMNO selama ini. Isu Sharizat ini merupakan cebisan dari cerita besar penglibatan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita selama ini. Rakyat sudah terhidu segala-galanya. Sampai masanya terbongkarlah segala-galanya. -aspanalias |
Tipu Suami Kerana Mahu Berasmara Dengan Bangla Posted: 27 Dec 2011 06:50 PM PST Seorang isteri sanggup menipu suaminya dengan menyatakan dia pulang ke kampung sempena cuti Krismas kelmarin, namun sebaliknya mengikut seorang lelaki warga Bangladesh untuk berasmara di sebuah hotel di Shahab Perdana sebelum dicekup berkhalwat. Wanita berusia 49 tahun berasal dari Pulau Pinang dipercayai sudah mengenali pasangannya berusia 44 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di pulau berkenaan. Bagaimanapun, perbuatan mereka dikesan ketika operasi khas sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat pemeriksaan di hotel murah berkenaan jam 12.20 tengah malam. Ketua Operasi Jaik, Mat Nasir Md Dali berkata, selepas pintu diketuk dan diberi salam, seorang wanita yang hanya berkemban kain batik membuka pintu terkejut sebelum merayu sambil meminta maaf berulang-kali ketika anggota mahu melakukan pemeriksaan. Menurutnya, disebabkan curiga dengan perbuatan wanita itu, anggotanya kemudian memeriksa bilik berkenaan dan menemui seorang lelaki warga Bangladesh sedang tidur di tepi katil dengan memakai seluar pendek paras paha dan bersinglet. "Hasil soal siasat mendapati pasangan berkenaan bukan suami isteri kerana wanita terbabit mengaku lelaki itu hanya rakannya yang datang dari Pulau Pinang dan menyewa di bilik hotel untuk bertemu. "Wanita yang mempunyai anak lelaki tunggal berusia 23 tahun itu mengaku masih bersuami dan menipu suaminya yang dia pulang ke kampung, tetapi tidak menyangka dicekup berkhalwat, " katanya. Pasangan itu mendakwa datang ke bandar raya ini dengan menaiki bas sebelum menyewa di bilik hotel murah. -hm |
Jamil Khir & 2 Lagi Sepatutnya Ditangkap Dan Didakwa Di Bawah Seksyen 403 Posted: 27 Dec 2011 04:40 PM PST Jamil Khir melakukan kesalahan dibawah Seksyen 403 - Mat Zain Dalam satu e-mail yang dikirimkan kepada Ketua Polis Negara, bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim menegaskan "Pembayaran semula setiap sen wang zakat yang telah disalahguna tidak boleh dijadikan alasan untuk membersihkan sesiapapun dari rekod salahlaku atau mengecualikan seseorang dari tindakan ungang-undang. Oleh itu beliau menggesa supaya Jamil Khir dan dua lagi kawan-kawannya dikenakan tindakan undang-undang kerana telah menyalahgunakan wang zakat untuk membayar yuran guaman mereka. Menurut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang berkaitan menyalahgunakan harta dengan curang, memperuntukkan bahawa 'Barangsiapa dengan curangnya menyalahgunakan atau menjadikan bagi kegunaannya sendiri atau menyebabkan mana-mana orang melupuskan apa-apa harta hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun dan dengan sebat dan bolehlah juga dikenakan denda. Kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang tidak perlu diambil dari pemilikan mangsa, cukup sekadar harta itu telah disalahgunakan dengan curang oleh penjenayah. Oleh itu, perbuatan menyalahgunakan harta dengan curang merujuk kepada perlakuan menggunakan harta yang bukan harta kepunyaan sendiri malah harta orang lain untuk faedah dan kegunaan sendiri. Perkataan 'harta' di sini menurut Akta Intrepetasi mencakupi harta alih dan juga harta tidak alih. Mat Zain: Charge Jamil, two others for alleged zakat abuse |
Gerakan Mahasiswi Turut Kecam Tindakan LPF Mahu Lepas Tangan Posted: 27 Dec 2011 02:48 PM PST LPF mahu lepas tangan KUALA LUMPUR: Sinergi Gerakan Mahasiswi (Sigma) menyifatkan keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk tidak lagi menapis filem-filem yang disiarkan di Malaysia adalah keputusan yang tidak wajar dan bersikap lepas tangan. Gambar: Pengerusi & Timbalan Pengerusi SIGMA Melalui satu kenyataan media hari ini, pengerusi Sigma Rohayu Rusli mendesak agar LPF menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem yang akan berkuatkuasa tahun depan. Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam minggu lalu berhubung dengan tiada lagi penapisan filem oleh LPF. "Apatah lagi beliau (Mahmood Adam) juga menyebut bahawa segala urusan perfileman adalah di bawah tanggungjawab pengarah dan penerbit filem tersebut, termasuk masalah-masalah yang berbangkit di kemudian hari. "Saya melihat tiada satu jaminan yang kukuh di peringkat Kementerian berhubung perkara ini dan mahasiswa sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat menilai filem-filem di Malaysia sekarang ini banyak berunsur negatif dan tidak membina," tegas beliau. Festa filem hantu, lucah Menurut Rohayu, dalam tahun 2011 ini sahaja Malaysia seolah-olah meraikan festa filem hantu dan lucah kerana banyak cerita-cerita hantu dan lucah yang memenuhi pawagam sepanjang tahun." "Apabila melihat tujuan LPF, badan ini jelas ditubuhkan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia," katanya. Beliau menerangkan bahawa LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971) dengan tujuan untuk menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daripada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif. "Dari sisi pandang masyarakat yang menilai, apabila sesebuah filem itu melalui LPF ianya sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat." "Sigma juga meluahkan kebimbangan terhadap keputusan LPF dengan senario masyarakat kita yang mudah terpengaruh. Apatah lagi filem-filem tempatan dan barat banyak memberi pengaruh besar kepada perkembangan anggota masyarakat terutama golongan muda. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Sigma, Nur Syazwani Aziz berkata, beliau mendapati banyak pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan LPF, seperti Presiden Persatuan Pena Nasional, Saleeh Rahamat dan Presiden Persatuan Veteran RTM, Helan Adam. "Keputusan LPF ini menimbulkan banyak kerisauan dan kami berharap LPF mengambil sikap bertanggungjawab dan tidak berlepas tangan," katanya. -FMT klik untuk baca |
Prof Aziz Bari Mungkin Bertanding Di Parlimen Sabak Bernam Posted: 27 Dec 2011 07:37 AM PST Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari mungkin bertanding di kawasan parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang, seandainya terdapat permintaan dan sokongan agar beliau bertanding di situ. MerdekaReview dimaklumkan sumber bahawa ada tanda-tanda Aziz Bari bertanding di kawasan parlimen tersebut, melihat kepada kekerapan beliau kembali ke kampungnya di situ kebelakangan ini. Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari enggan mengulas panjang, tetapi berkata, "Kalau ada sokongan, kena fikirkanlah juga, untuk perubahan..." Dalam PRU 11 pada tahun 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari UMNO dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi. Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan sehingga 1,335 undi dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat 10,720 undi. Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25% adalah Melayu, 13.61% adalah Cina, 5.12% adalah India dan 0.02% lain-lain. Menurut seorang sumber maklumat yang enggan mendedahkan identitinya, tinjauan mendapati kawasan Sabak Bernam mungkin ditembusi Pakatan Rakyat pada PRU akan datang. Sumber berkata, PKR sepatutnya telah menembusi kawasan itu dalam PRU 12 yang lalu, namun berlaku "politiking" dalaman sehingga calon PKR tewas tipis dengan perbezaan 1,335 undi. Meskipun mengakui bahawa Badrul Amin juga seorang pemimpin yang baik, namun sumber tersebut mendakwa bahawa "politiking" yang berlaku di PKR Cabang Sabak Bernam menyebabkan akar umbi gagal disatu-padukan. Menurut sumber lagi, seandainya Aziz Bari direstui pimpinan tertinggi PKR untuk bertanding di Sabak Bernam, beliau yakin bahawa kemunculan Aziz Bari mampu "meneutralkan" keadaan yang sedia ada. Sumber yang dekat dengan parti komponen Pakatan Rakyat ini berkata, penampilan Aziz Bari mampu menyuntik keyakinan agar PR menawan kerusi Sabak Bernam. Badrul Amin juga mantan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), terlibat dalam gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun, bersama Tian Chua, Hishamuddin Rais, Saari Sungib, Mohd.Ezam Mohd Nor dan lain-lain. Aziz Bari mencetus kontroversi apabila mendakwa "tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim", ketika ditemuramah Malaysiakini. Kenyataan pakar perlembagaan ini dibidas dalam Utusan Malaysia, malah ada yang membuat aduan polis terhadap Abdul Aziz Bari dan Malaysiakini. Ekoran daripada itu, Abdul Aziz Bari dan wartawan Malaysiakini disoal-siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 17 Oktober 2011. Jawatan Aziz Bari digantung, dan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada UIAM pada 19 Oktober 2011. Siswa-siswi dan orang awam bangkit mempertahankan Aziz Bari, mengutuk tindakan mencabul kebebasan akademik. Keputusan penggantungan tersebut ditarik balik kemudian lantaran desakan umum, namun Aziz Bari akhirnya memilih untuk meletak jawatan. *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia. |
RM2.7b Untuk Rampas Selangor Dengan Cetuskan Provokasi Burukkan PR Posted: 27 Dec 2011 06:08 AM PST Selepas Dapat RM2.71b, Umno-BN Cuba Cetus Huru-Hara SHAH ALAM, 26 DIS : Demontrasi penduduk menuntut janji Adun dan Ahli Parlimen berhubung penyelesaian masalah banjir yang dialami mereka sejak sekian lama didakwa didalangi pihak berkepentingan yang sengaja ingin mencetuskan provokasi, jelas Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud. Pada 24 Disember lalu, Akhbar kawalan Umno, melaporkan sekurang-kurangnya 50 penduduk kampung Batu 5, Jalan Kota Kemuning menuntut janji Ahli Parlimen dan Adunnya segera menyelesaikan masalah banjir. Tindakan penduduk tersebut ekoran peruntukan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merangkap Perdana Menteri telah menyumbang RM2.71 bilion kepada Umno-BN untuk menawan kembali Selangor. Mengulas lanjut perkara ini, Mariah berkata peruntukan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencetuskan onar dengan memburuk-burukan pentadbiran Pakatan rakyat Khususnya di negeri Selangor seperti apa yang berlaku dikawasannya. "Selama tiga tahun (pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor) ini adalah pertama kali berlaku perkara seumpama ini di kawasan saya, rakyat tahu bahawa kita peka dengan sebarang aduan dan segera turun menyelesaikan masalah,"katanya. "Ini jelas satu pembohongan sekirannya mereka katakan kami gagal turun padang, tiada sebarang aduan bagaimana pihak kami sedia maklum untuk turun melihat masalah penduduk,"katanya. "Tidak pernah ada aduan dan rungutan, tiba-tiba muncul provokasi tuntut pihak kami kotakan janji. Bila saya semak kepada Ahli Majlis dan JKKK terbukti tiada sebarang aduan,"jelas Mariah ketika dihubungi TVSelangor. Mengulas lanjut, Mariah pecaya apa yang berlaku ini berkait rapat dengan demam pilihanraya yang dijangka semakin dekat. Mariah menambah, pihaknya percaya provokasi seperti ini bukan sahaja berlaku dikawasanya malah ia akan diteruskan ke kawasan lain di negeri Selangor sebagai usaha jahat memburuk-burukan pentadbiran Pakatan Rakyat. Dalam pada itu kejadian banjir berlaku di seluruh negara disebabkan musim tengkujuh. Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Abdul Razak menyeru kepada pemimpin Umno Selangor untuk bekerja keras bagi menawan negeri itu menerusi apa jua cara sekalipun. Kenyataan tersebut dikuatkan lagi dengan pendedahan terbaru bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Selangor dengan memperuntukan RM2.71 bilion yang bertujuan mencetuskan ketegangan antara rakyat dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. -tvsnews Dana Rakyat RM2.71b Untuk bolehkan BN Tawan Selangor klik untuk baca |
Berbaring Lentuk Atas Peha Teman Lelaki Dalam Kereta Posted: 27 Dec 2011 04:20 AM PST Seorang remaja perempuan menggunakan alasan sakit kepala ketika dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Dia dicekup akibat berkelakuan tidak sopan di tempat awam dengan baring di atas paha teman lelakinya. "Kami tidak buat apa-apa ustaz, saya hanya baring di pahanya kerana sakit kepala," katanya memberi alasan ketika ditanya penguat kuasa. Kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an itu dicekup ketika bermesra-mesraan di sebuah hentian rehat di negeri ini. Ketika menjalankan pemeriksaan, mendapati kereta pasangan berkenaan diletakkan di bahagian bahu jalan dengan keadaan yang agak gelap walaupun terdapat lampu beberapa meter dari kawasan itu. Agak lama juga kenderaan JAIPP berada bersebelahan dengan kereta itu bagi memerhatikan gelagat pasangan muda berkenaan. Lebih teruk apabila sebuah lagi kereta yang dimiliki sepasang kekasih lain berada di hadapan kereta pasangan yang dicekup JAIPP itu masih tidak berganjak walaupun terlihat anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan. Lelaki yang ditahan JAIPP itu turut memberikan alasan duduk di tempat yang cerah bukannya gelap gelita. Namun, penguat kuasa memberitahu ia tetap satu kesalahan kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali. Kedua-dua remaja itu turut diarahkan keluar dari kenderaan mereka bagi membuat pemeriksaan. Hairannya setelah ditanya kali kedua, si gadis menafikan pula dia sakit kepala sehingga ditegur penguat kuasa kerana memberikan kenyataan berbeza. Si lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia sudah bertunang dengan teman wanitanya itu. "Saya sudah bertunang dan sedang merancang untuk berkahwin," katanya. Namun, Ketua Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan menasihatkan supaya kedua-duanya segera melangsungkan pernikahan bagi mengelakkan sebarang perkara maksiat. "Jika sekarang sudah bertunang, cepat-cepatlah melangsungkan perkara yang wajib bagi mengelak maksiat," katanya. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan