Kelab Greenboc |
- Antara Turunkan Bendera Najib Dan Kencing Gambar Pemimpin PR
- Hassan Ali Memang Harap Dirinya Dipecat Dari PAS Bagi Beliau Sertai UMNO
- 3 Bulan Tidur Kepala Ke Bawah Untuk Dapat Anak
- Ramai Bela Tindakan Adam, Sokongan Dalam FB Kini Lebih 20 Ribu
- Kerani Perempuan Ditikam 35 Kali Di Rumah Sewanya
- Pemuda Umno Guna Gangster Ugut Mahasiswa
- Masih Tiada Tindakan Sekalipun Hassan Ali Isytihar Perang Ke Atas Parti?
- Gadis IPTA Dicekup Dalam Serbuan Di Hotel Bajet Dungun
- Pemuda PAS Pusat Laksanakan Kepimpinan Melalui Lakonan?
Antara Turunkan Bendera Najib Dan Kencing Gambar Pemimpin PR Posted: 22 Dec 2011 01:34 AM PST Petaling Jaya: Tidak semena-mena nama seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli menjadi sebutan gara-gara tindakan beliau menurunkan bendera bergambar Najib di hadapan PWTC Ahad lalu. Tindakan yang dilakukannya dalam demontrasi sekumpulan kira-kira 100 mahasiswa bagi mendesak Auku dimansuhkan itu akhirnya telah mengakibatkan tindakan balas keras oleh penyokong-penyokong Umno. Selain hampir ditumbuk oleh seorang lelaki yang marah dengan tindakan itu, Ketua Wira Perkasa yang juga ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara Armand Azha Abu Hanifah, turut mengancam untuk menampar dan meludah ke muka Adam Adli sekiranya beliau berpeluang bertemu mahasiswa terbabit. Bagaimanapun, tindakan menurunkan bendera Najib tidaklah dapat menandingi perbuatan tiga penyokong BN yang kencing pada gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu kempen pilihan raya kecil tidak berapa lama dahulu. Apatah lagi, ketika menurunkan bendera itu Adam dikatakan melakukannya dengan tertib serta hormat dan hanya mengambil masa kira-kira lima minit sahaja sebelum dinaikan semula. Umumnya, selain dianggap sebagai ahli politik dalam PAS, Nik Aziz dan Hadi juga dianggap sebagai golongan ulama. Penglima Ludah Umno Semalam, mengulas dua kejadian tersebut, dalam satu entri blog amenoworld.blogspot telah mencabar Armand yang lebih popular di alam siber dengan gelaran Panglima Ludah Umno itu agar menjelaskan pendirian beliau mengenai isu ini. Malah pengendali blog tersebut turut melontarkan cabarannya kepada blogger pro Umno, menteri-menteri Umno-BN termasuklah Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican. "Benda yang sama ditujukan kepada blog BN dan Umno, menteri-menteri Umno dan BN termasuklah Reezal yang pong-pang dalam Utusan kelmarin, aku ingin sangat melihat apa pendirian kamu dalam isu ini," tulisnya. Tindakan Adam menurunkan bendera pemimpin Umno di bangunan ibu pejabat mereka dianggap sebagai satu penghinaan terhadap parti itu. Dalam peperangan, menurunkan bendera lawan dan menggantikan dengan bendera lain memberi maksud kawasan tersebut telah berjaya ditawan oleh lawan. Dalam pilihan raya di negara ini, BN juga dikatakan sering memberi upah yang tinggi kepada pihak yang sanggup menaikkan poster BN di kawasan bilik gerakan parti lawan dalam memberikan mesej kekuatan BN sekaligus satu penghinaan kepada lawan mereka. -FMT |
Hassan Ali Memang Harap Dirinya Dipecat Dari PAS Bagi Beliau Sertai UMNO Posted: 21 Dec 2011 11:59 PM PST Hasan Ali tak kisah jika digugur KUALA LUMPUR, 22 Dis — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata, beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata: "Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja." "Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang," katanya dalam program Soal Jawab TV3 malam tadi. Ia merupakan temu bual pertama bersama stesen televisyen milik Umno itu sejak beliau mengecam PAS secara terbuka sejak kebelakangan ini. Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Hasan sudah mula mengisytiharkan perang ke atas partinya apabila mula mempersoalkan keputusan dan dasar parti. Menyentuh mengenai PAS, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulama yang kini hanya 35 peratus. Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulama sebagai barisan kepimpinan parti. Ini adalah kerana golongan ulama dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya dipetik Bernama Online. Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: "Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja. -TMI Hasan akui ada persamaan dengan Zul Noordin Ulasan GB Jika demikian kenyataan Hassan Ali, maka mudah untuk kita faham mengapa beliau bertindak mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyerang PAS dan kepimpinannya. Sememangnya beliau menunggu dirinya dipecat. Enggan keluar secara sukarela kerana terikat dengan bai'ah. Dan Zulkifli Noordin difahami menjadi "broker" untuk Hassan Ali mengambil sikap sedemikian. Hassan Ali telah lama menjadi "duri dalam daging" bagi PAS. Justeru, jika PKR telah tegas memecat Zulkifli Noordin sebelum ini, PAS juga perlu tegas juga memecat Hassan Ali. |
3 Bulan Tidur Kepala Ke Bawah Untuk Dapat Anak Posted: 21 Dec 2011 09:14 PM PST Coventry: Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil sehingga menyebabkan dia berulang kali mengalami keguguran, akhirnya melahirkan anak selepas baring dengan kepala di bawah dan kaki di atas selama tiga bulan. Ketika hamil lima bulan, Donna Kelly, 29, diberitahu, kandungannya hanya satu inci dari bahagian atas serviksnya dan ia terdedah kepada keguguran. Doktor menasihatinya baring di atas katil yang kepala direndahkan 45 darjah bagi mengurangkan tekanan. Donna terpaksa berada di atas katil itu sepanjang hari, dan bangun hanya untuk ke tandas. Donna yang kemudian melahirkan anak, Amelia, berkata: "Pada mulanya ia membuat saya sakit dan saya mengalami pening kepala yang amat sangat. "Tetapi selepas beberapa hari, tubuh saya sudah boleh menerimanya dan saya sudah biasa dengan keadaan itu. "Saya menggunakan beberapa bantal dan penghadang sekeliling katil itu menghalang saya daripada jatuh. "Saya terpaksa mengiring untuk makan dan ini menyebabkan saya selalu mengalami kebas pada sebelah tangan selepas setiap kali makan," katanya. Donna yang berasal dari Coventry mengalami masalah kelemahan serviks sejak melahirkan anaknya yang pertama, Joshua, kini berusia empat tahun. Dia mengalami dua keguguran selepas itu, pertama pada minggu ke 19 dan kemudian pada minggu ke 23. - Agensi |
Ramai Bela Tindakan Adam, Sokongan Dalam FB Kini Lebih 20 Ribu Posted: 21 Dec 2011 07:08 PM PST Pak Samad, Aziz Bari dan Hishamuddin Rais membela Adam Adli Meskipun dibanjiri tohmahan dan ugutan lantaran daripada tindakan menurunkan bendera berwajah Presiden UMNO Najib Razak, namun tindakan kontrovesi Adam Adli ini dibela oleh Sasterawan Negara A.Samad Said, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari dan aktivis sosial Hishamuddin Rais, hari ini. Abdul Aziz Bari, Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, mengajak orang awam untuk lihat isu ini dalam konteks dan kerangka di mana kita hidup dalam sebuah negara demokrasi. "Jawabnya, dalam konteks itu, apa salahnya tindakan mahasiswa itu? Apalagi flip-flop yang Perdana Menteri tunjukkan dalam isu kebebasan akademik, khususnya hak mahasiswa dan lain-lain?" persoalnya. Beliau menyambung, "Kita kena banding dengan negara demokrasi; jangan bandingkan kita dengan Korea Utara atau Zimbabwe. Mereka yang mengugut dan lain-lain itu mungkin mereka ingat Malaysia sama dengan negara-negara itu." Kelmarin, Adam Adli, penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) membuat laporan polis di Bukit Aman, mengadu bahawa dirinya menerima ugutan maut melalui perkhidmatan pesanan ringkas (sms), setelah dirinya menurunkan bendera berwajah Najib di ibu pejabat UMNO pada Sabtu lalu. Malah, sidang media siswa semalam di depan balai nyaris menyaksikan pertembungan fizikal, apabila seorang lelaki bernama Roslan Mokthar (gambar kanan), mendakwa dirinya ahli UMNO, cuba "mengajar" budak yang "kurang ajar" itu. "Mereka kena ingat apa yang PM dan UMNO buat selama ini kepada demokrasi umumnya dan mahasiswa khususnya. Kalau kita ingat ini apa yang mahasiswa buat itu tak ada benda. Ugutan dan lain-lain itu menunjukkan betapa UMNO masih dilanda pemikiran feudal yang kolot; mereka fikir mereka saja yang betul dan berhak untuk memerintah. Orang lain kena dengar apa kata mereka," ulas Abdul Aziz Bari. Adakah PM beradab? Ketika diajukan soalan bahawa sesetengah menyifatkan bahawa tindakan Adam itu "biadap", Abdul Aziz Bari sebaliknya mempersoalkan, "Adakah selama ini PM dan kerajaan yang dipimpinnya beradab?" Beliau memetik contoh, "Misalnya sikap biadab mereka kepada Agong yang mahukan himpunan BERSIH diselesaikan dengan cara baik. Najib sembur air gatal, malah hospital pun ditembaknya," sebelum beliau mengingatkan, "Dan jangan lupa sikapnya kepada mahasiswa. Kononnya nak beri kelonggaran supaya mahasiswa boleh berpolitik tapi tetap buat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan." Malah Abdul Aziz Bari (gambar kiri) menyimpulkan, "Jadi sebelum juak-juak PM minta orang lain beradab dan berbudi bahasa PM kena tunjuk contoh. Jangan jadi ketam yang mahu anaknya jalan betul!" Beliau merujuk kepada kes rayuan yang dikemukakan kerajaan setelah Mahkamah Rayuan membuat penghakiman bahawa Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan. Rayuan ini dibuat tatkala kerajaan yang sama menjanjikan pindaan AUKU untuk membenarkan siswa yang berumur 21 tahun ke atas terlibat dalam parti politik. A.Samad: Anak muda bukan bodoh Ketika ditemuramah MerdekaReview, A.Samad Said menyanggah tuduhan bahawa tindakan Adam Adli itu biadap, sebaliknya beliau menganggap ia harus dilihat sebagai protes untuk menyatakan ketidaksenangan golongan siswa dalam isu kebebasan akademik. Malah, Sasterawan Negara ini mengingatkan bahawa bendera yang diturunkan adalah bendera berwajah Najib, bukan bendera negara. "Sesiapa pun boleh bikin bendera wajahnya," kata A.Samad Said (gambar kanan), sempat untuk mengimbas ingatannya bagaimana seorang wartawan Utusan Melayu pernah memijak-mijak bendera Indonesia, ketika zaman konfrontasi Indonesia. Untuk beliau, tindakan memijak bendera negara yang sedang kita konfrontasi adalah tindakan yang tidak wajar. Beliau ketika diminta mengulas kenyataan Puteri UMNO yang menyifatkan tindakan Adam sebagai "tidak matang", A. Samad Said dengan nada menyindir mencadangkan mereka mengulas isu lembu dan kondominium. Bagaimanapun, berbalik kepada isu, A. Samad Said menganggap isu ini harus diambil sebagai bayangan keresahan yang tulen di kalangan anak muda. "Anak muda kita bukan bodoh, tetapi pandai," tegasnya. Hishamuddin Rais: Hishamuddin Rais (ganbar kiri) pula dengan sinisnya, menyindir bahawa "matang pun tak ada gunanya kalau bodoh macam langau di buntut gajah - apa kata pemimpin semua mengangguk kepala?". Beliau memuji tindakan mahasiswa sebagai "tindakan yang radikal dan cool". "Ini mencerminkan langkah anak muda. Inilah seharusnya menjadi contoh keberanian anak muda, bukan memakai baju batik lengan panjang," kata bekas pemimpin gerakan siswa pada zaman 1970-an ini. Tindakan Adam Adli menurunkan bendera berwajah Najib Razak di PWTC ketika sekumpulan siswa-siswi berarak untuk menyerah memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah, telah mencetus kontroversi. Memorandum tersebut menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Satu klip video telah dimuat naik dalam youtube, menyaksikan sekumpulan lelaki dengan bendera UMNO mengugut untuk menampar dan meludah pada muka Adam. Sementara itu, satu laman facebook ditubuhkan menuntut Adam memohon maaf kepada Perdana Menteri, disertai lebih 1,000 orang sehingga kini. Bagaimanapun, satu laman facebook yang menyokong tindakan Adam telah menghampiri 10 ribu peminatnya, dalam masa 24 jam ditubuhkan. *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia. |
Kerani Perempuan Ditikam 35 Kali Di Rumah Sewanya Posted: 21 Dec 2011 04:33 PM PST Kuala Lumpur: Dalam kesengsaraan dan berlumuran darah selepas ditikam 35 kali di seluruh tubuh, seorang wanita masih mampu mengesot lima meter untuk meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap rumah sewanya di Jalan Puncak Desa, Kepong, awal pagi semalam. Bagaimanapun, Rozana Mohd Yusak, 35, yang dihantar ke Hospital Selayang oleh jiran, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital jam 2.10 pagi. Sebelum itu, pada jam 1.30 pagi, mangsa yang juga kerani bank ditikam dengan objek tajam 35 kali di seluruh tubuh termasuk lengan kiri, paha, bahu, rusuk dan belakang badan di dalam rumah sewanya ketika dia bersendirian. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan ada seorang wanita berlumuran darah akibat kesan tikaman di sebuah rumah kedai pada jam 1.55 pagi. Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa ditikam di ruang tamu rumah sewanya dan mengesot ke arah tingkap untuk meminta pertolongan. -hm Gambar kecil, Mohd Yusak, reda.
|
Pemuda Umno Guna Gangster Ugut Mahasiswa Posted: 21 Dec 2011 02:20 PM PST Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam tindakan Pemuda Umno menggunakan gangster untuk mengugut ibu bapa Adam Adli di Pulau Pinang. Pertubuhan itu mendakwa Umno turut membuat demonstrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendesak Adam dibuang pengajian. SAMM kata pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin menyatakan solidariti bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memperjuangkan kebebasan akedemik. "Kita secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun, siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa," katanya. SMS dan panggilan telefon Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata, Adam diugut dalam media baru termasuk SMS dan panggilan telefon. "Setelah berjumpa Adam, saya menasihatkan Adam membuat laporan polis," katanya. Beliau berkata, tunjuk perasaan mahasiswa pada Sabtu lalu adalah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini. Katanya, jika Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk perasaan tersebut pasti tidak berlaku. Katanya, kehadiran kumpulan lebih 400 mahasiswa selepas mereka menghantar memorandum di Suhakam selepas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka. -FMT |
Masih Tiada Tindakan Sekalipun Hassan Ali Isytihar Perang Ke Atas Parti? Posted: 21 Dec 2011 07:40 AM PST Mahfuz anggap Hasan isytihar perang terhadap PAS Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganggap tindakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan konsep negara kebajikan anjuran parti itu seperti mengisytiharkan perang terhadap parti Islam itu. Mahfuz berkata, konsep negara kebajikan telah dipersetujui dalam muktamar tahunan parti itu dan oleh itu, ia tidak harus dipersoalkan sekarang. azlankatanya, jika Hasan mempersoalkan konsep itu sekarang, ia nampak seperti exco kerajaan Selangor itu mengisytiharkan perang terhadap PAS kerana adalah tidak wajar untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat dalam muktamar. Mahfuz bertanya sama ada apa yang PAS lakukan salah kerana Islam juga menganjurkan konsep negara kebajikan. Mahfuz, bagaimanapun, tidak menggesa Hasan meninggalkan parti itu, tetapi berkata beliau (Hasan) boleh menentukan sendiri masa depannya dalam PAS. Maka, katanya, adalah tidak perlu untuk beliau memberi apa-apa nasihat kerana Hasan yang merupakan seorang penceramah motivasi terkenal. Tetapi, tambahnya, jika beliau dalam kedudukan Hasan, "saya akan angkat kaki". -mk Kecaman Terbuka Hasan Ali, Tunggu Apa Lagi Baru Nak Bertindak?
|
Gadis IPTA Dicekup Dalam Serbuan Di Hotel Bajet Dungun Posted: 21 Dec 2011 06:01 AM PST Sewa bilik RM50 untuk maksiat DUNGUN – Tindakan seorang gadis sunti yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara bersama pasangannya membawa padah apabila bilik penginapan mereka diserbu pihak berkuasa, awal pagi kelmarin. Menyedari bilik mereka didatangi tetamu tidak diundang kira-kira jam 1.50 pagi itu, teman lelakinya yang juga seorang rakan sekolej dikatakan nekad terjun melalui tingkap lalu terjatuh di atas bumbung sebuah kenderaan yang di letakkan di ruang letak kereta di bangunan terbabit sebelum berjaya melarikan diri. Siasatan awal ke atas gadis terbabit mendapati, dia mendaftar masuk ke bilik hotel yang disewa dengan kadar RM50 itu kira-kira jam 5 petang selepas turun dari bas ekspres di tempat hentian bas berdekatan. Ketika ditemui, gadis berasal dari Klang, Selangor itu memberitahu, dia menyewa bilik hotel murah itu untuk bertemu teman lelakinya. Gadis berusia 19 itu turut mengakui dia mula menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya yang melarikan diri dari bilik hotel itu sejak dua tahun lalu dan sempat melakukan adegan panas bersama pasangannya sebelum bilik mereka diserbu pihak berkuasa. Katanya, dia sama sekali tidak menyangka kali pertama menginap di hotel terbabit akhirnya memerangkap dirinya setelah dicekup pihak berkuasa jabatan agama. "Saya terkejut apabila bilik saya tiba-tiba diketuk pada waktu awal pagi, tak sangka pula diserbu pencegah maksiat, saya ingat hotel itu selamat, "Bagaimanapun ketika berada di bilik itu, saya sempat melakukan beberapa adegan panas, dan nyaris melakukan hubungan seks dengannya, nasib baik saya sempat menolak keinginannya untuk menodai saya," katanya yang merupakan penuntut semester empat Diploma Perakaunan di sebuah IPTA. Ketika ditanya mengenai nasibnya selepas pihak pengurusan IPTA mendapat tahu kes membabitkan dirinya, remaja terbabit memberitahu dia kini buntu memikirkan perkara itu, apatah lagi dia hanya menunggu dua semester lagi untuk memastikannya mendapatkan segulung diploma seperti yang dicita-citakan. "Saya tidak berniat untuk melakukan perkara sumbang. "Saya benar-benar menyesal, jika diberi peluang, saya bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi, berilah saya peluang terakhir," katanya. Dia dibawa ke pejabat Unit Penguat kuasa Syariah untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan selepas dijamin oleh ibu bapanya. Anak sulung daripada dua beradik itu bagaimanapun bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan khalwat mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 manakala teman lelakinya yang berjaya melarikan diri itu sudah dikenal pasti identitinya dan kini sedang diburu pihak penguat kuasa syariah untuk tindakan selanjutnya. -SH Ulasan GB begitu mudah dan begitu murah anak gadis Islam sekarang. Inilah hasil "tarbiyah" daripada sistem pendidikan yang tidak mempunyai nilai-nilai moral dan keagamaan. GB dimaklumkan bahawa sebuah IPTA di Dungun kini sedang giat mempromosikan kehidupan pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan di dalam kampus yang "diilhamkan" sendiri oleh pihak pengurusan tertinggi IPTA berkenaan. Mungkin kejadian yang dilaporkan di atas adalah hasil dan impak daripada promosi kehidupan neo-jahiliyah berkenaan. |
Pemuda PAS Pusat Laksanakan Kepimpinan Melalui Lakonan? Posted: 21 Dec 2011 02:58 AM PST Kos RM3,000, shooting 2 jam, Oley ditonton lebih 180,000 KUALA LUMPUR, 20 Dis: Klip video atau Filem pendek berjudul 'Oley' hanya memakan belanja RM3,000 sahaja dan mengambil masa penggambaran 2 jam, tetapi memberikan kesan cukup besar bagi aktiviti dakwah. Ini kerana, klip video terbitan sebuah NGO, Solidariti Muslim Prihatin ini sehingga kini ditonton lebih 180,000 orang dalam jangka masa 5 hari setelah disiarkan. Dengan 'view' yang sedemikian tinggi, sambutan orang ramai terhadap filem tersebut ternyata menyamai filem trailer hebat keluaran Hollywood. Berdasarkan mutunya yang sedemikian hebat dan sambutan orang ramai yang sebegitu baik terhadap filem tersebut, banyak pihak beranggapan belanja yang dikeluarkan oleh pihak penerbit dalam usaha penerbitan filem itu pasti tinggi. "Namun, jangan terkejut jika saya jelaskan, belanja untuk membuat filem itu sebenarnya hanya sebanyak RM3,000 sahaja, manakala masa keseluruhan yang kami gunakan untuk penerbitannya pula hanya 3 jam setengah sahaja. "Dari masa 3 jam setengah itu, 2 jam untuk shooting dan 1 jam setengah lagi untuk proses editing bagi membolehkan ia disiarkan ke dalam Youtube untuk tontonan orang ramai," jelas Pengerusi Solidariti Muslim Prihatin, Nurul Islam Mohamed Yusoff. Ketika dihubungi Harakahdaily di sini hari ini, beliau menjelaskan, pada dasarnya untuk menghasilkan filem tersebut pasti memerlukan belanja yang besar, tetapi ia menjadi murah di sebaliknya disebabkan banyak faktor. Antara faktor utamanya kerana kesemua pelakon penting di dalam filem tersebut enggan menerima sebarang bayaran, tetapi hanya berlakon secara percuma demi kepentingan dakwah. "Begitu juga dengan pengarah dan penulis skrip bagi filem itu. Mereka juga hanya membuat kerja-kerja mereka secara percuma sahaja," jelasnya. Belanja yang dikeluarkan oleh pihaknya bagi penerbitan filem itu hanyalah bagi urusan-urusan teknikal, manakala sebahagian lagi bayaran kepada sebahagian pelakon tambahan. Nurul Islam, 29, menjelaskan, Oley merupakan sebuah filem pendek yang terhasil khusus buat menjawab segala tohmahan mengenai hukum Islam yang dipersendakan oleh filem pendek "Bicara Rakyat" yang dihasilkan dengan penuh kebencian dan kenistaan terhadap hukum hudud oleh pihak tertentu. Dengan penghasilan 'Oley' bererti Solidariti Muslim Prihatin melangkah setapak lagi ke hadapan dalam menyampaikan mesej bermaklumat kepada masyarakat dengan cara baru. Lebih menarik apabila 'Oley' turut dilakonkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan; Nik Mohd Abduh dari ILMAM; Riduan Mohd Nor yang juga Ahli Jawatankuasa MuslimCare; penceramah selebriti yang sedang meningkat naik, Ustaz Syed Kadir Hussin Al Joffre serta pendakwah bebas, Ustaz Imran Al-Malizi. Filem tersebut turut menampilkan pengacara, penulis lirik dan pelawak terkenal, Bob Lokman; vlogger Youtube terkenal, Mat Lutfi dan Man John dengan lakonan watak menarik mewakili segmen anak-anak muda pelbagai latar belakang yang mendambakan pengetahuan sebenar mengenai Islam. Oley adalah sebuah klip video yang dihidangkan dalam bentuk 'santai' dan simple tetapi menepati citarasa dan selera anak muda, dengan para pelakonnya berdialog dengan gaya selamba, bersahaja tetapi penuh dengan mesej bermakna. Melalui kaedah soal jawab yang pasti boleh membuka mata dan telinga masyarakat yang jahil terhadap hukum Islam, khususnya mengenai hukum hudud, sehingga boleh menimbulkan keinsafan kepada para penontonnya. Setelah diterbitkan 15 Disember lalu, video tersebut telah ditonton oleh sejumlah 154,687 kali dan mendapat likes sebanyak 8729 dan dislikes hanya sebanyak 72 kali, berbanding dengan video pendek bertajuk sembang rakyat yang telah mengundang kritikan dan pertikaian pelbagai pihak kerana didakwa sengaja menimbulkan prejudis terhadap Islam. Angka tersebut dapat dilihat melalui jumlah likes sebanyak 57 kali dan dislikes sebanyak 3048 kali semalam, manakala hari ini pula jumlahnya terus meningkat kepada lebih 180,000 orang penonton. Filem tersebut turut disiarkan menerusi slot video Harakahdaily dengan jumlah penonton sebanyak lebih 21,000 sehingga jam 4.30 petang ini sejak dimuatnaik 15 Disember lalu. Penerimaan baik daripada orang ramai mengenai filem pendek itu sebagai indikator bahawa anak-anak muda tidaklah bencikan hukum Islam, sebaliknya menerima hukum Allah dengan baik. Malah anak muda memberi kepercayaan kepada golongan yang ingin memperjuangkan hukum Islam berbanding mereka yang menentangnya. -HD Ulasan GB Akhirnya masyarakat dunia melihat: Barisan pemimpin Pemuda PAS berlakon. Klip videonya ditontoni lebih 180,000 orang kata penulis artikel berkenaan, lebih hebat dari trailer keluaran hollywood! Baca dua lapis. Maaf cakap: Bahawa pemimpin-pemimpin Pemuda PAS Pusat yang dikenali sebagai penyokong kua gagasan UG itu lebih layak diiktiraf sebagai pelakon bukan pejuang. Ada harapan dicalonkan sebagai penerima Anugerah Skrin nanti? Atau jika niatnya jujur dan ikhlas di dalam medan dakwah, maka, memang bidang lakonan sesuai untuk mereka, tetapi bukan kepimpinan. Rasulullah sendiri bukan seorang "pelakon", tak pernah melakonkan sebarang watak lain kecuali diri baginda sendiri di dalam menjalankan dakwah. Dan baginda adalah uswatun-hasanah - contoh tauladan terbaik. Memang ada penyajak, memang ada penyair di zaman baginda - dan baginda tidak melarangnya - tetapi mereka itu bukan contoh yang perlu diteladani. Bayangkan jika pemimpin PAS Pusat juga menyertai bidang lakonan yang dibuat oleh Pemuda PAS Pusat, TG Haji Hadi, Mohd Sabu, Tuan Ibrahim, Harun Taib dan sebagainya, pasti berjuta hits di youtube. Selepas ini mungkin pemuda PAS boleh memujuk beberapa orang pemimpin PAS Pusat untuk turut sama dalam lakonan mereka, setidak-tidaknya untuk watak orang tua atau tok lebai. Jangan lupa jemput idola pemuda, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor untuk turut serta. Sekarang pilihlah diantara dua, wahai pemimpin pemuda PAS, kamu mahu serius di dalam perjuangankah atau sekadar ingin berlakon? http://www.blogger.com/img/blank.gif Kerana dipandang dari sudut dunia professionalisma pun, ia memerlukan anda untuk "mengkhusus" di dalam bidang yang kamu ceburi. Tidak kedua-duanya sekali. Jika bidang lakonan menjadi pilihan kamu, tiada siapa yang halang. Dan hukum kebenaran akan mencampakkan kamu keluar dari saf kepimpinan. Kerana di dalam Islam, tiada pelakon, kesemuanya pemimpin tulen belaka. p/s Sebelum ini GB pernah ulas bahawa Pemuda PAS Tiba-tiba Sudah Jadi "Hantu Bonceng" Kepada Penerbit Filem? |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan