Kelab Greenboc |
- Budak 13 Tahun Curi Bas Kilang, Rempuh 5 Kereta
- RM10 Juta Untuk Blogger Upahan UMNO Untuk Serang PR
- 2 Maut Sekembali Daripada Hantar Jenazah
- Turun Bendera Najib Simbolik Turun Najib Dari Terajui Putrajaya?
- [Video] Adam Adli, Mahasiswa Yang Turunkan Bendera Najib Nyaris Ditumbuk
- Ibu Rayu Ariff Alfian GAY... Pulang
- Isu Ludah: Mahasiswa Bangkit Pertahan Adam Adli, Naikkan Kain Rentang
- Kajian UM: Ramai Tidak Percaya Video Anwar, PAS Mampu Ganti UMNO
- [Video] Isu Turun Bendera Najib: Tiada Sebab Minta Maaf - SMM & BEBAS
- Nasib Si Penjual Kasut Curi, Terjual Kasut Kepada Pemilik Asalnya
Budak 13 Tahun Curi Bas Kilang, Rempuh 5 Kereta Posted: 20 Dec 2011 01:10 AM PST Seremban - Suasana malam di Taman Rasa Sayang di Senawang di sini yang lazimnya aman damai bertukar kecoh semalam apabila seorang budak lelaki bertindak mencuri dan memandu sebuah bas kilang sebelum melanggar enam buah kereta yang diletakkan di kawasan taman itu. Bunyi dentuman kuat akibat bas tersebut merempuh kereta milik penduduk pada pukul 12 tengah malam menyebabkan ramai penghuni yang sudah tidur terjaga. Mereka yang meninjau dari rumah masing-masing terkejut apabila ternampak bas tersebut dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang oleh seorang budak lelaki berusia 13 tahun. Suasana mencemaskan selama kira-kira 10 minit itu hanya berakhir selepas bas itu dikejar beberapa penduduk yang menunggang motosikal sebelum ia berhenti di sebuah kawasan rumah kedai di taman tersebut. Budak lelaki itu memandu bas tersebut sejauh kira-kira satu kilometer dari lokasi bas itu dicuri. Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifli berkata, ketika kejadian dia berada di sebuah masjid berhampiran sebelum terdengar bunyi satu dentuman kuat. Ketika dia menjenguk keluar dari masjid, dia terkejut melihat sebuah bas dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sambil dikejar beberapa penduduk. "Mereka lebih terkejut apabila melihat bas itu melanggar sebuah kereta penduduk yang diletakkan di bahu jalan. "Bas itu terus bergerak sebelum ia melanggar lima buah kereta lagi yang diletakkan di hadapan sebuah restoran di taman itu," kata Zulkifli ketika ditemui di sini semalam. -kosmo Budak nekad curi bas kilang |
RM10 Juta Untuk Blogger Upahan UMNO Untuk Serang PR Posted: 19 Dec 2011 10:55 PM PST Umno bayar blogger upahan RM10 juta, SKMM diarah tidak ganggu KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno didedahkan membayar RM10 juta kepada sekumpulan blogger sebagai kempen perang saraf menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad. Beliau berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno, turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 'tidak menggangu' blogger berkenaan. Berdasarkan maklumat diperolehnya, kata Nik Nazmi, kumpulan itu ditugaskan untuk menarik undi kaum Cina bagi menyokong Barisan Nasional, meskipun dengan cara memainkan sentimen perkauman. "Datuk Najib kian terdesak untuk meraih undi kaum Cina dan ini terbukti apabila beliau memperuntuk sekurang-kurangnya RM10 juta kepada sekumpulan wartawan dari media arus perdana untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum akan datang," "Malah, SKMM juga sudah diberi amaran agar jangan mengganggu blogger upahan ini walaupun tulisan mereka menimbulkan api perkauman dan agama," katanya kepada Keadilandaily.com. Beliau difahamkan, kumpulan blogger itu diketuai Setiausaha Media Najib, Tengku Sarifuddin dan bekas wartawan kanan The New Straits Times, Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rockybru. Menurutnya, peruntukan itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa dengan bloggers upahan ini akan mengeluarkan artikel bertujuan menaikkan imej Najib sebagai tokoh yang patut diundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina. Beliau bagaimanapun yakin, taktik kotor itu akan gagal malah memburukkan lagi imej Najib. "Rakyat bijak dalam menilainya dan masyarakat Cina saya yakin tidak terpengaruh dengan taktik kotor ini," katanya. -KD |
2 Maut Sekembali Daripada Hantar Jenazah Posted: 19 Dec 2011 10:07 PM PST Maut hantar jenazah RAUB: Dua lelaki yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Subang, Selangor, selepas menghantar jenazah ke Kuala Krai, Kelantan, terbunuh selepas van jenazah milik Masjid An-Nur Kampung Melayu, Subang, Selangor yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di kilometer 333, Jalan Raub-Lipis di sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, pemandu van, Zaini Tamsir, 42, dan penumpang belakang, Saffii Sajat, 61, masing-masing dari Kampung Melayu, Subang, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Dua lagi penumpang iaitu anak Zaini, Zulhilmie, 15, yang duduk di kerusi penumpang depan, cedera ringan di telinga manakala penumpang belakang, Amran Sewa, 38, dari Jalan Merbau, kampung sama, patah tangan kanan. Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah, Cif Inspektor Mohd Nazlan Othman berkata siasatan awal mendapati, ketika tiba di tempat kejadian Zaini dipercayai hilang kawalan menyebabkan van berkenaan terbabas ke kiri dan terbalik apabila termasuk ke dalam longkang. Menurutnya, akibat kejadian itu, Zaini dan Saffii meninggal dunia di tempat kejadian manakala Zulhilmie dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Raub (HR). Namun, Amran terpaksa ditahan di wad hospital berkenaan kerana patah tangan. Katanya, seorang daripada mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Raub yang mengambil masa beberapa minit. "Kami tidak menolak kemungkinan kemalangan dipercayai akibat pemandu mengantuk kerana ketika kejadian keadaan cuaca baik manakala permukaan jalan kering. "Jenazah mangsa sudah dituntut keluarga selepas bedah siasat selesai dijalankan di HR, petang semalam," katanya. Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -hm Ajal dalam van jenazah |
Turun Bendera Najib Simbolik Turun Najib Dari Terajui Putrajaya? Posted: 19 Dec 2011 08:30 PM PST Turun gambar Najib simbolik hilang percaya KUALA LUMPUR, 19 Dis: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini menjelaskan tindakan spontan seorang peserta protes Auku yang menurunkan gambar Datuk Seri Najib di hadapan ibu pejabat Umno di PWTC, Sabtu lalu adalah kerana terlalu kecewa dengan kepimpinan perdana menteri itu. Pengerusinya, Ahmad Syukri Ab. Razab berkata, tindakan itu juga sebagai simbolik hilangnya kepercayaan anak muda khususnya mahasiswa terhadap Najib selaku ketua kerajaan yang gagal melaksanakan transformasi yang dijanjikan. "Tindakan tersebut sebagai simbolik hilang percaya mahasiswa kepada kepimpinan negara khususnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib. "Segala agenda yang dicanang perdana menteri gagal diimplimentasi secara telus dan dilihat hanya sebagai gimik politik," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan China KL Selangor hari ini. Beliau mengulas insiden gambar Najib di PWTC yang diturunkan beberapa minit ketika ratusan mahasiswa berhimpun di situ bagi menyerahkan memorandum menuntut kebebasan akademik kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno. Dalam insiden itu, seorang mahasiswa didakwa bertindak spontan menurunkan gambar Najib dan menggantikannya dengan bendera 'Kebebasan Akademik' selama beberapa minit sebelum menaikkan semula gambar Najib. Tindakan itu bagaimanapun mengundang kritikan hebat khususnya oleh pimpinan dan ahli Umno. Terbaru, sekumpulan pemuda Umno Petaling Jaya Utara mengeluarkan kenyataan di Youtube yang mengugut mahu 'meludah muka' dan 'menampar' mahasiswa yang menurunkan bendera tersebut. "Ia diturunkan dan dinaikkan semula secara normal, tak ada lipat-lipat tak ada conteng-conteng. "Tak ada isu pun sebenarnya. Itu respons spontan mahasiswa," kata Ahmad Syukri. Turut serta pada sidang media itu termasuklah mantan Pengerusi SMM Shazni Munir Mohd Ithnin. Mengulas ugutan pemuda Umno itu, Shazni berkata pemuda Umno tersebut sepatutnya melihat perkara yang menjadi tuntutan mahasiswa bukannya mengalihkan isu terhadap gambar Najib itu. Beliau juga turut mempelawa pemuda Umno itu berbincang secara matang dengan mahasiswa. Sementara itu, mahasiswa akan membuat laporan di Ibu pejabat Polis Bukit Aman jam 2 petang ini berhubung ugutan Pemuda Umno itu. Dalam pada itu, sempena himpunan bersejarah Sabtu lalu, SMM juga akan mengisytiharkan setiap 17 Disember adalah Hari Kebebasan Akademik di negara ini. -HD Ulasan GB Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)berkata turunnya bendera Najib adalah simbolik hilang percaya anak muda khususnya mahasiswa terhadap Najib selaku ketua kerajaan yang gagal melaksanakan transformasi yang dijanjikan. Namun GB melihat dari sudut yang berbeza: bahawa kejayaan membawa turun bendera Najib itu adalah simbolik kepada bakal berakhirnya pemerintahan UMNO BN di Putrajaya. Masanya akan tiba juga. |
[Video] Adam Adli, Mahasiswa Yang Turunkan Bendera Najib Nyaris Ditumbuk Posted: 19 Dec 2011 06:50 PM PST Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris Adam Adli menjadi sasaran seorang yang marah dengan tindakan pelajar itu menurunkan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno Sabtu lalu. Gambar: Wajah rakaman pemuda yang cuba menumbuk Adam Adli Adam yang mengetuai Legasi Mahasiswa Progresif dilaporkan menurunkan bendera itu seketika Sabtu lalu sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Kekecohan berlaku petang tadi apabila Adam diiringi oleh wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, membuat laporan polis di Bukit Aman tiba-tiba diserbu oleh seorang yang tidak dikenali. Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis selepas mendakwa beliau menerima ugutan setelah insiden Sabtu lalu. Lelaki itu cuba menumbuk Adam tetapi beliau berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan mahasiswa itu. Apakah Bukit Aman tidak lagi aman? |
Ibu Rayu Ariff Alfian GAY... Pulang Posted: 19 Dec 2011 04:43 PM PST JKamariah Hashim, ibu kepada pelajar berusia 28 tahun, Ariff Alfian Rosli yang didakwa telah berkahwin dengan pasangan gay di Britain baru-baru ini, merayu anaknya supaya kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia. Ariff Alfian Rosli berangkat ke Ireland pada tahun 2003 untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di University College Dublin di bawah program penajaan Petronas. Dia dilaporkan hilang selepas menghentikan semua hubungan dengan keluarganya di Malaysia tiga tahun lalu dan dikatakan telah gagal untuk menamatkan pengajiannya. Pengerusi Persatuan Biro Pengaduan Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, ibu lelaki itu telah menulis surat kepada anaknya, meminta beliau bukan sahaja untuk kembali tetapi juga menyelesaikan pinjaman pendidikan sebanyak RM890, 000. "Saya akan menyampaikan surat itu kepada lelaki itu apabila saya pergi ke Britain pada 23 Disember ini kerana keluarganya sangat rindukan anak mereka. Keluarga Ariff masih lagi terkejut dengan berita perkahwinan anak mereka dengan pasangan gay dan masih tidak dapat menerimanya," katanya kepada akhbar The Star semalam. Datuk Muhd Khairun menyatakan bahawa beliau akan meminta Ariff untuk bertanggungjawab di atas hutang pinjaman pendidikannya dan membebaskan keluarga mereka daripada memikul hutang. "Adalah tidak adil bagi keluarganya untuk membayar balik pinjaman itu sedangkan Ariff masih wujud," katanya, sambil menambah bahawa keluarga Ariff datang ke biro itu Jumaat lepas. Pihak keluarga Ariff telah cuba untuk mencari lelaki itu lapan kali dalam dua tahun tetapi gagal menemui jejak Ariff. Rosli Haron, iaitu bapa Ariff pernah membuat laporan tentang kehilangan anaknya kepada pihak polis, Wisma Putra, kedutaan Ireland dan Malaysia di kedua-dua negara. Menurut laporan, Ariff dikatakan telah melangsungkan perkahwinan di luar negara dengan pasangan gay dengan berpakaian baju melayu tradisional, sampin dan bertanjak. Gambar-gambar perkahwinan mereka juga menggemparkan pengguna internet apabila telah dimuat naik di blog dan laman rangkaian sosial. klik untuk baca |
Isu Ludah: Mahasiswa Bangkit Pertahan Adam Adli, Naikkan Kain Rentang Posted: 19 Dec 2011 02:20 PM PST Kumpulan Umno ancam tampar, ludah Adam Adli Seorang pemimpin pemuda Umno mengancam untuk "meludah" dan "menampar" muka seorang pelajar yang telah menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat parti itu Sabtu lalu. Ketua penerangan pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha membuat ancaman itu ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube. "Jangan sampai satu hari kami jumpa kami ludah, kami tampar muka kau... Berani kau kurang ajar dengan kami? "Ini semua panglima perang tahu?," kata Armand sambil menunjukkan ke arah sebilangan pengikutnya dalam video berkenaan. Video yang dimuatkan dua hari lalu, mendapat perhatian meluas hampir 60,000 penonton yang rata-ratanya tidak menyukai video berkenaan. Armand yang juga bekas ketua pemuda PERKASA sebelum ini telah mengeluarkan ancaman serupa ke atas artis Namewee atas klip video kontroversi 'Negarakuku.' -mk Kenyataan Media Dari Pergerakan Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara Tindakan balas (segera) dari para Mahasiswa dan telah dinaikkan di IPT-IPT seluruh Negara Malaysia |
Kajian UM: Ramai Tidak Percaya Video Anwar, PAS Mampu Ganti UMNO Posted: 19 Dec 2011 07:30 AM PST Kajian UM di Perak: Video seks Anwar tidak dipercayai KUALA LUMPUR, 19 Dis: Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti responden mereka tidak percaya kepada video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 54 peratus respondan pula berkata, PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu. Kajian itu juga mendapati, tahap kepercayaan yang rendah terhadap media arus perdana dalam membuat laporan tentang politik. Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan mereka pada 23 - 30 Oktober 2011 di Perak. Ia melibatkan responden seramai 1304 orang dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik berstruktur. Demikian kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu kenyataannya hari ini. Kajian itu mendapati, hanya 18 peratus percaya kepada video seks itu, 46 peratus tidak percaya manakala 36 peratus lagi tidak pasti. Selain keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13 nanti. Persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN pula berada pada tahap yang tidak membanggakan. 45 peratus dari respondan tidak menyokong kenyataan BN telah menunjukkan prestasi yang baik di Perak, hanya 38 peratus bersetuju dan 17 peratus tidak pasti. PAS pula dilihat mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu. 54 peratus dari mereka bersetuju dengannya, manakala hanya 19 peratus kata PAS tidak mampu sementara 27 peratus tidak pasti. Mereka juga mendapati pendekatan program 1Malaysia masih belum mampu untuk meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak. Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu. -HD |
[Video] Isu Turun Bendera Najib: Tiada Sebab Minta Maaf - SMM & BEBAS Posted: 19 Dec 2011 05:29 AM PST Kami tidak akan minta maaf turun bendera Najib, kata SMM dan Bebas KUALA LUMPUR, 19 Dis — Kumpulan mahasiswa yang menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini kelmarin menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu. Sebaliknya, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum insiden itu berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf. "Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat" kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak ketika dihubungi The Malaysian Insider tengah hari ini. Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di pekarangan ibu pejabat Umno petang kelmarin. Sebelum itu, mereka menyerahkan memorandum kepada wakil Suhakam. Difahamkan insiden menurun dan menaikkan semula bendera wajah Najib terjadi sebelum majlis penyerahan memorandum kepada Saifuddin. Dalam kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi, Saifuddin mengulangi pendiriannya mengutuk perbuatan menurunkan bendera wajah Najib tetapi menegaskan, insiden itu tidak akan mengganggu komitmen kerajaan meminda AUKU. Saifuddin menambah, beliau membuat kenyataan ini bagi mengulangi dan menjelaskan pendiriannya seperti yang telah nyatakan dalam Twitter dan Facebook kelmarin bahawa insiden menurunkan bendera gambar Najib selaku Presiden Umno di PWTC adalah perbuatan terkutuk. "Dan bahawa pihak yang bertanggungjawab iaitu SMM dan Gerakan Bebas mesti meminta maaf," katanya lagi. Pemuda Umno juga mengecam insiden itu semalam. Saifuddin menambah: "Saya ingin menjelaskan bahawa kehadiran saya di tempat insiden itu hanyalah semata-mata untuk menerima Memorandum daripada SMM dan Bebas." Mengulas lanjut pendirian mereka, yang diputuskan malam tadi, Ahmad Syukri berkata tindakan menurunkan bendera, yang dipercayai dilakukan oleh seorang peserta demonstrasi, sebenarnya tidak menggugat kedudukan mana-mana pihak termasuk Najib sendiri. Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya ingin menyampaikan mesej yang jelas kepada Najib dan ahli-ahli politik supaya jangan membuat kenyataan bersifat retorik dan sandiwara semata-mata. "Kita telah melihat sandiwara politik sejak kebelakangan ini, bermula dari 16 September, bahawa ISA, peruntukan Akta Polis akan dimansuhkan bagi memberi kebebasan perhimpunan, tetapi lain yang berlaku. "Datuk Seri Najib kata mahu memansukan peruntukan dalam AUKU tetapi masih mahu membuat rayuan (berhubung kes empat pelajar UKM). Jadi, bagi kami ini semua satu sandiwara politik," kata beliau lagi sambil menambah, "mahasiswa mahu memberi amaran dan mesej yang jelas kepada kerajaan, kepada perdana menteri." "Insiden menurunkan bendera hanyalah ekspresi, luahan perasaan pelajar. Kalau retorik politik ini berterusan, mahasiswa akan menggerakkan seluruh tenaga pelajar untuk mengubah rejim semasa menerusi saluran demokrasi nanti," katanya lagi. Ketika ditanya apakah tindakan mereka enggan memohon maaf bertentangan dengan pendirian sederhana diperlihatkan oleh Saifuddin yang sanggup menerima memorandum mereka kelmarin, Ahmad Syukri berkata, pihaknya tidak melihat ia akan menjejaskan imej timbalan menteri itu. "Sebaliknya kami berharap Datuk Saifuddin akan lebih berani memperjuangkan keterbukaan dan kepentingan generasi muda," katanya lagi. -TMI 'Bendera Najib': Siswa enggan mohon maaf |
Nasib Si Penjual Kasut Curi, Terjual Kasut Kepada Pemilik Asalnya Posted: 19 Dec 2011 03:50 AM PST Kuala Terengganu – Helah seorang lelaki untuk mendapatkan wang dengan menjual kasut yang dicurinya tidak berjaya apabila tindakan jahatnya itu terbongkar apabila secara tidak sengaja menawarkan kepada pemilik asal kasut terbabit. Tertuduh, Samsu @ Shamsudin Musa, 41, berasal dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun mengaku bersalah melakukan perbuatan terbabit mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Pengakuan itu dilakukan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim dan pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Miky Dunstan Muda. Berdasarkan fakta kes, kira-kira jam 10.15 pagi pada 17 Disember lalu di Stesen Bas Kuala Dungun, seorang pemandu bas pelancong meninggalkan kasut jenama Rorine berwarna coklat miliknya di dalam bas dan memakai selipar untuk ke tandas. Ketika dalam perjalanan kembali ke bas, pengadu terserempak dengan suspek yang kemudian menawarkan untuk menjual kasut kepadanya. Bagaimanapun, mangsa dapat mengecam kasut itu adalah miliknya yang ditinggalkan di dalam bas berkenaan. Pengadu kemudian membawa suspek menaiki bas dan mendapati kasutnya lesap. Selepas disoal siasat, suspek mengaku mencuri kasut mangsa dan dia kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Abdul Hayyi menetapkan 16 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula untuk jatuh hukum di Mahkamah Majistret Dungun. Tertuduh bagaimanapun dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan