Kelab Greenboc |
- Gadis IPTA Ditemui Tersandar Di Hotel Bajet Dengan Kesan Pendarahan
- Najib Enggan Sahut Cabaran Nurul Izzah, Tetap Mahu Bertanding Di Pekan
- Isu Turunkan Bendera Najib: Bukan Satu Kesalahan Tapi Sedia Mohon Maaf - BEBAS
- Skandal NFC: Tun M Perlu Desak Najib Arah Muhyiddin Undur
- MPV Jatuh Gaung, Empat Terbunuh
- Sumpah Laknat: Apabila Mahathir Menyamakan Tarafnya Dengan Saiful..
- Lagi Kes Bapa Jadikan Anak Tempat Melampias Nafsu
- Mahathir Lupa Atau Buta Anaknya Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Arak San Miguel?
Gadis IPTA Ditemui Tersandar Di Hotel Bajet Dengan Kesan Pendarahan Posted: 19 Dec 2011 01:05 AM PST Bandaraya Melaka - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini ditemui tersandar di dinding sebuah hotel bajet di Kampung Hulu, di sini dalam keadaan berdarah, petang kelmarin. Mangsa berusia 20 tahun itu dipercayai dirogol teman lelakinya yang berusia 22 tahun selepas kedua-duanya dikesan mendaftar masuk ke hotel berkenaan yang terletak di belakang sebuah stesyen minyak, kira-kira 6.30 petang. Menurut sumber, lelaki dikenali mangsa itu sejak dua tahun lalu dilihat berlari keluar dari hotel berkenaan sebelum mangsa juga keluar dalam keadaan menangis selang beberapa minit kemudian. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pelajar berkenaan ditemui anggota polis yang melalui kawasan berkenaan dalam keadaan bersandar di dinding hotel tersebut. "Ketika ditemui kira-kira 7 petang, terdapat darah di bahagian bawah pakaian mangsa menyebabkan anggota polis segera menghubungi ambulans untuk dibawa ke Hospital Melaka, di sini bagi mendapatkan rawatan. "Siasatan awal mendapati mangsa sebelum kejadian keluar bersama tiga lagi rakan yang lain sebelum rakan-rakannya ke tempat lain dan dia menemui suspek," katanya. Menurut Raja Shahrom, mangsa dipercayai panik berikutan kejadian menimpanya, selain mengalami pendarahan dan kini masih lagi trauma dengan kejadian tersebut. "Kami belum lagi dapat meneruskan siasatan beriku-tan mangsa yang berada di hospital masih trauma dan siasatan diteruskan sebaik saja keadaannya kembali stabil. "Bagaimanapun, kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. |
Najib Enggan Sahut Cabaran Nurul Izzah, Tetap Mahu Bertanding Di Pekan Posted: 19 Dec 2011 12:10 AM PST Azam Najib, 'hidup mati saya di Pekan, bukan di tempat lain' KUALA LUMPUR, 19 Dis — Datuk Seri Najib Razak berazam untuk terus membangunkan Pekan, Pahang, kawasan Parlimennya, serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan. Perdana Menteri berkata, beliau akan terus berbakti kepada penduduk Pekan dalam apa jua keadaan, "senang dan susah, pahit dan getir serta 'goge' (kecoh) atau 'libang libu', tapi saya beriltizam, hidup mati saya di Pekan dan bukan di tempat lain. "Justeru itu saya bersikap 'babey' (degil) bila berdepan dengan suasana sedemikian. Biarpun orang suruh saya pindah, saya bersikap 'babey' kerana saya nak buktikan bahawa orang Pekan tetap menyokong saya dan Alhamdulillah kita telah buktikan," katanya. Beliau (gambar) berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri yang dihadiri hampir 6,000 warga Pekan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi. Majlis itu dianjurkan Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) sempena ulang tahun kesepuluh penubuhan kelab itu. Najib berkata walaupun beliau tidak dapat melayan setiap kehendak peribadi penduduk Pekan, namun beliau tetap akan mengabdikan diri untuk terus membina masyarakat Pekan. Dipetik Bernama Online, beliau berkata, segala kemajuan yang dikecapi Pekan pada masa ini tidak mungkin menjadi realiti sekiranya beliau tidak mendapat sokongan yang padu daripada masyarakat Pekan. Perdana Menteri juga berharap warga Pekan akan terus membantu beliau sebagai Ahli Parlimen dan ketua kerajaan untuk melakukan perubahan yang besar kepada daerah yang mereka cintai itu. "Saya harus sifatkan analogi atau ibarat saya macam pokok yang rendang dan bila pokok yang rendang ini mengeluarkan hasil dalam bentuk buah maka buah itu akan gugur ke bawah. "Tidak ada buah yang gugur ke atas atau gugur ke tempat lain ... ia mesti gugur ke bawah. Bila ia gugur ke bawah maknanya orang Pekanlah dapat rahmat dan manfaat daripada kepimpinan saya sebagai ahli Parlimen atau atas apa jua jawatan yang saya sandang. "Sama ada sebagai timbalan menteri dulu, lepas itu jadi menteri besar, menteri dan kini sebagai ketua kerajaan. Saya berasa amat bersyukur, bukti sokongan ini dalam pilihan raya yang lalu berkat sokongan tuan-tuan saya telah mendapat undi majoriti ahli Parlimen Barisan Nasional yang tertinggi iaitu 26,464 undi," katanya. Najib berkata banyak perubahan yang sedang giat dijalankan di daerah itu, termasuk pembinaan Lebuhraya Pekan-Kuantan dan penaiktarafan Pekan Waterfront serta Muzium Pekan. "Pekan sebagai salah satu hab pendidikan di mana daripada taraf sebuah universiti sampailah ke sebarang bentuk institusi pendidikan telah dapat kita wujudkan di sini. "Ini tidak termasuk projek yang akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat seperti projek agropolitan umpamanya yang sudahpun siap dan ada yang saya akan lancar yakni di Pulau Serai bulan ini," katanya. -TMI Ulasan GB Demikian riaksi Najib yang kita tunggu-tunggukan. Terbukti Najib tidak berkeupayaan untuk membuktikan bahawa beliau seorang pemberani atau seorang negawaran. Beliau hanya berani untuk bertanding di Pekan tetapi tidak di kerusi-kerusi yang masyarakatnya berbilang kaum. Sebelum ini GB sudah memberikan ulasan. Petikan: Benar kata Nurul Izzah, Najib perlu buktikan kata-katanya, perlu terjemahkan segala wawasannya dengan tindakan - tentang transformasi dan imej berbilang bangsa di Malaysia - dengan bertanding di kawasan yang masyarakatnya berbilang bangsa terutama di Wailayah Persekutuan, bukan terperuk di Pekan Pahang. klik untuk baca |
Isu Turunkan Bendera Najib: Bukan Satu Kesalahan Tapi Sedia Mohon Maaf - BEBAS Posted: 18 Dec 2011 09:45 PM PST Bendera Najib: Bebas anggap bukan satu kesalahan, tapi sedia mohon maaf KUALA LUMPUR, 18 Dis — Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tiada masalah untuk memohon maaf berhubung insiden menurun dan menaikkan semula bendera Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini, petang semalam. Bagaimanapun ketua Bebas menegaskan, pihaknya tidak melakukan apa-apa kesalahan besar sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak termasuk kononnya menghina Najib. Ketika dihubungi Safwan Anang berkata, pemimpin Bebas akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam menentukan tindakan susulan. Insiden itu terjadi sebelum Saifuddin tiba untuk menerima memorandum daripada mereka di pekarangan Menara Dato' Onn. "Sebenarnya, saya tidak melihat tindakan menurunkan bendera yang tertera wajah (Presiden Umno) Datuk Seri Najib Razak ini sebagai satu kesalahan besar... ada seorang peserta menurunkan bendera dan apabila ditegur oleh pengawal keselamatan, ia dinaikkan dengan segera," katanya sambil menambah, tidak berlaku apa-apa perbuatan menghina bendera Najib sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. "Tetapi jika ada yang merasakan perbuatan menurunkan bendera dan menaikkan semula satu kesalahan, kami sedia meminta maaf. Lagi pun kami menghormati teguran pengawal keselamatan ketika itu, bukan tidak patuh arahan," katanya. "Sebenarnya, bendera itu berkibar dengan lebih megah selepas dinaikkan semula, jadi saya tidak melihat menurun dan menaikkan semula bendera ini satu kesalahan... tapi jika masih mahu kami meminta maaf, kami bersedia, tiada masalah. "Kami sedang berusaha untuk menghubungi Datuk Saifuddin bagi mengadakan perbincangan dan menyelesaikan isu ini dengan baik," katanya. Dalam satu mesej Twitter yang dikeluarkan malam tadi, Saifuddin menyifatkan tindakan menurunkan bendera adalah perbuatan terkutuk. "Perbuatan menurunkn gambar DSN (Najib) ini adalah terkutuk. Anda mesti minta maaf!" kata Saifuddin dalam mesej sebagai respons kepada akaun @MahasiswaMsia. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga mengeluarkan pendirian yang sama. "Saya hormat hak dan kebebasan bersuara tapi tindakan menurun bendera PM adalah biadap. Harap penganjur mohon maaf," katanya dalam mesej balas kepada Saifuddin dan gerakan itu. Bebas mengadakan demonstrasi di ibu negara petang semalam dengan mendapat kerjasama daripada polis. Selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Suhakam, kumpulan dalam sekitar 100 orang peserta demonstrasi bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyerahkan memorandum kepada Saifuddin. Saifuddin yang dihubungi pagi tadi memberitahu beliau menunggu tindakan susulan Bebas. "Saya tunggu kenyataan mereka," katanya kepada The Malaysian Insider. Malam tadi, Saifuddin berkata mahu mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak-pihak terbabit berhubung dakwaan bahawa bendera gambar Najib. "Insiden turun naik bendera gambar DSN (Datuk Seri Najib Razak) di PWTC petang tadi. Saya telah hubungi penganjur minta keterangan. Saya juga hubungi pihak PWTC," kata Saifuddin, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, menerusi mesej Twitter malam tadi. Mesej akaun Twitter di bawah akaun @MahasiswaMsia dengan merujuk kepada isu Himpunan Bebas itu berkata, "sejarah tercipta! Demonstrasi hingga ke bangunan Umno di PWTC dan sejarah itu dicipta oleh Mahasiswa! Bangkit Mahasiswa!" Mesej susulannya berbunyi, "17 Disember '11 — hari bersejarah negara." Katanya, mahasiswa berdemonstrasi dan dapat menawan ibu pejabat Umno di PWTC dengan membawa satu tuntutan iaitu kebebasan akademik. Bagaimanapun mesej seterusnya memaklumkan Saifuddin bahawa kejadian itu memang bukan sesuatu yang dirancang. "Insiden ini bukan perancangan kami, di luar kawalan. "Isu turun bendera gambar DS @NajibRazak Ia di luar kawalan penganjur. Koalasi Bebas pandang serius dan akan bincang perkara ini," kata dua mesej yang menyusul sekitar 9 malam tadi. -TMI klik untuk baca |
Skandal NFC: Tun M Perlu Desak Najib Arah Muhyiddin Undur Posted: 18 Dec 2011 07:40 PM PST PAS menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Datuk Seri Najib Razak agar mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil yang terpalit dengan skandal RM250 juta Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Tun M yang juga bekas perdana menteri diyakini sangat tahu tentang kerakusan pemimpin di dalam Umno yang mengambil wang rakyat untuk untuk kepentingan peribadi termasuk dalam isu NFC. "Mahathir perlu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta barisan kabinetnya agar mengarahkan Muhyiddin dan Shahrizat meletak jawatan. "Jika beliau ingin Najib lakukan tranformasi, maka skandal tersebut perlu disiasat secara telus tanpa ada sebarang perlindungan," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai mengulas skandal projek NFC bernilai RM250 juta yang diberikan kepada syarikat suami Shahrizat yang sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dari pihak kerajaan. Selain Shahrizat, ianya juga didakwa membabitkan Muhyiddin selaku menteri pertanian ketika projek itu diluluskan. Sementara itu, Dzulkefly juga turut membidas kenyataan Tun yang mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999. Katanya, cabaran Tun itu tidak lebih dari cuba mengalihkan isu skandal NFC dari diperkatakan oleh rakyat khususnya berdepan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. "Saya tidak pasti tujuan sebenar dan mungkin ia ingin mengalihkan perhatian rakyat dari isu lembu kepada desakan tersebut. "Ini adalah cara Umno sebenar bila terdesak mereka akan mengalihkan isu, bagi saya isu tersebut sudah lama," katanya. -HD klik untuk baca |
MPV Jatuh Gaung, Empat Terbunuh Posted: 18 Dec 2011 05:31 PM PST Kota Tinggi: Mereka baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bersama-sama meninjau peluang melanjutkan pengajian di pameran pendidikan dan kerjaya di Johor Bahru. Bagaimanapun, semua harapan itu terkubur apabila empat daripada enam remaja yang menaiki Toyota Innova terbunuh selepas kenderaan pelbagai guna itu melanggar bucu penghadang jalan serta papan tanda lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 90 meter. Lebih mengerikan, bumbung kenderaan itu terkopak menyebabkan seorang mangsa tercampak keluar dalam kejadian jam 5.30 petang di Kilometer 33.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, dekat sini, kelmarin. Empat yang maut ialah Ng Sin Yun, 17, dari Jalan Kelu Ramu, Kota Kecil; Winnie Ng, 18, dari Jalan Moi Hiang, Kota Kecil; Tey Jia Xin, 17, dari Kampung Lukut Cina serta Ching Hui Sean, 18. Ng yang duduk di tempat duduk penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan itu dan mati di tempat kejadian. Pemandu, Victor Ng Wee Tai, 17, cedera dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT) sebelum dirujuk ke hospital swasta di Johor Bahru atas permintaan keluarga. Rakan mangsa, Tee Heng Chong, 17, berkata keenam-enam rakannya itu baru selesai menduduki SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar di sini. "Kami mengunjungi pameran pendidikan dan kerjaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor Bahru dan ketika kejadian, dalam perjalanan pulang. "Kami pergi dengan menaiki Innova berkenaan manakala yang lain menaiki bas," katanya ketika ditemui di Unit Forensik HKT. Menurut Tee, dia baru tiba di rumah apabila dimaklumkan kejadian itu dan amat sedih kerana apabila kehilangan empat rakan baik sekali gus. "Keempat-empatnya bercita-cita tinggi dan semuanya mahu berjaya dalam pelajaran serta kerjaya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Cik Mahazan Cik Aik, berkata seorang daripada mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala tiga lagi mati ketika dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT). "Semua mangsa mati akibat kecederaan pada badan dan kepala. Dua lagi mangsa masih dirawat dan keadaan mereka stabil. "Kejadian berlaku ketika cuaca baik dan setakat ini siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan," katanya. Menurut beliau, pihaknya juga masih menunggu untuk merekodkan kenyataan daripada mangsa terselamat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan. |
Sumpah Laknat: Apabila Mahathir Menyamakan Tarafnya Dengan Saiful.. Posted: 18 Dec 2011 03:31 PM PST Tun Mahathir cuba alih isu KUALA LUMPUR, 18 Dis: Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila tindakan beliau meminjam dari Bank Dunia sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya. Ketika dihubungi harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999. "Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan krtika itu. "Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain," katanya. Tambahnya lagi pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri. Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet. Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek "Malaysia Education Sector Support Project", "Malaysia Social Sector Support Project" dan "Malaysia Year 2000 Technicial Assistance Project" manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan". "Dulu beliau cuba tunjukkan dirinya sebagai 'hero' yang tidak akan tunduk kepada Bank Dunia yang bersikap 'kapitalis'. "Tetapi sekarang segalanya terbukti bahawa Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat sendiri boleh melihat sikap berpura-puraan dan berbohong Mahathir hanya untuk kepentingan sendiri. Katanya, dalam isu itu Mahathir yang sepatutnya perlu bersumpah bukan Anwar, dan seluruh rakyat sedang menunggunya. "Beliau sepatutnya bersumpah yang beliau tidak pernah memohon bantuan dari Bank Dunia, dan jika laporan tersebut itu tidak benar maka beliau perlu mengambil tindakan undang-undang. "Tapi adakah beliau seberani itu untuk bertindak, yang saya pasti beliau akan terus menyerang Anwar kerana baginya isu Bank Dunia sewaktu Anwar berada dalam kabinet beliau," kata Mahfuz. KEADILAN dedah bukti Dr M buat 38 pinjaman Bank Dunia Dr M cabar Anwar tunjuk surat pinjaman Bank Dunia Ulasan GB Bagi UMNO, sumpah dijadikan mainan bibir. Semata-mata untuk meyakinkan orang lain terhadap sesuatu perkara. Sumpah laknat sudah banyak kali diulas oleh ramai ulamak sebelum ini dan yang jelas: di dalam Islam, sumpah tidak boleh dipermain-mainkan. Apabila keadaan cukup terdesak, dengan tujuan untuk berlindung dari terbuka keaiban, kini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mendedahkan dirinya seorang yang setaraf Saiful yang pernah melafazkan sumpah laknat - yang mana di dalam kes Saiful, akhirnya laknat itu menimpa dirinya apabila pertunangannya terputus dan kes hubungan intimnya dengan peguam Pendakwa Raya Farah Azlina terbongkar. Kesan sumpah laknat Saiful BELUM BERAKHIR. Begitu juga sumpah laknat Datuk T. Kini Tun Mahathir pula mengekorinya. Berlagak semacam terlalu pandai agama, mencabar orang lain bersumpah laknat di Masjid dengan al-Quran, sedangkan ajaran Al-Quran sendiri ditinggalkan malah ditentang. Jangan lupa bahawa Mahathir telah banyak kali menghentam hukum dan undang-undang Islam, malah menghina sunnah Rasululah saw. Sebelum ini kita telah mendedahkan bahawa beliau terlupa dan buta bahawa anaknya yang bernama Mirzan adalah seorang ahli lembaga pengarah syarikat arak. Seorang bapa yang membenarkan anaknya bergelumang dengan puca rezeki yang haram di sisi agama. Orang sebegitu hendak dilayan bersumpah dengan Al-Quran? klik untuk baca |
Lagi Kes Bapa Jadikan Anak Tempat Melampias Nafsu Posted: 18 Dec 2011 07:07 AM PST Jadi mangsa nafsu bapa KULIM - Haruan makan anak. Begitulah yang dapat digambarkan perlakuan jijik seorang bapa yang sanggup menjadikan anaknya tempat pelepas nafsu. Sikap terlalu memanjakan anak perempuannya itu yang berusia 14 tahun terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan bapanya yang sering memaksa melakukan hubungan seks. Mangsa yang tinggal bersama keluarganya di sebuah taman perumahan di sini terpaksa menyembunyikan perbuatan sumbang bapanya itu kerana takut dan malu sekiranya diketahui oleh orang lain. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh mengesahkan laporan dibuat remaja terbabit. Menurutnya, dalam laporan dibuat, mangsa memaklumkan perbuatan terkutuk berkenaan sudah berlanjutan selama dua tahun iaitu sejak mangsa berusia 12 tahun lagi. "Kejadian terakhir berlaku di bilik bapa mangsa beberapa hari lalu. "Mangsa diminta tidak memaklumkan perbuatan itu kepada ibunya kerana ia akan menjejaskan hubungan mereka suami isteri," katanya. Bagaimanapun, isteri suspek curiga dengan sikap suaminya yang terlalu memanjakan mangsa sedangkan pasangan itu memiliki anak perempuan lain. "Isteri suspek berasa pelik dan curiga kerana apa sahaja yang dilakukan oleh mangsa, tidak akan ditegur suaminya walaupun perbuatan itu salah. "Berikutan itu, dia tergerak hati menyoal anaknya jika ada perkara yang tidak baik dilakukan suaminya itu," katanya. Ghuzlan berkata, curiga si isteri terjawab apabila anaknya membongkar perbuatan terkutuk suaminya. Dia kemudiannya membawa mangsa membuat pemeriksaan di Hospital Kulim. Katanya, perlakuan seks yang melibatkan remaja bawah umur, diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perbuatan itu. "Remaja sering menjadi mangsa perbuatan terkutuk ini, lebih menyedihkan ia dilakukan oleh ahli keluarga mereka sendiri. "Anak-anak sepatutnya disayangi dan dibimbing, bukan dilakukan sebegitu rupa," katanya. |
Mahathir Lupa Atau Buta Anaknya Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Arak San Miguel? Posted: 18 Dec 2011 05:00 AM PST Lihat siapa pemilik San Miguel' sebelum cabar Anwar, PKR gesa Mahathir KUALA LUMPUR, 18 Dis — PKR menggesa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat dahulu siapa pemegang saham dalam syarikat arak San Miguel sebelum mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menunjukkan surat didakwa ditulisnya kepada Bank Dunia meminta bantuan semasa krisis kewangan 1997/98. Semalam, Dr Mahathir mencabar Anwar, Ketua Pembangkang dalam isu itu sambil menegaskan beliau orang yang menolak pinjaman Bank Dunia pada masa itu. "Beberapa hari lalu Dr Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al-Quran. "Sewajarnya sebelum bekas perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al-Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel," kata PKR dalam satu kenyataan hari ini. Laporan media ini pernah mengaitkan pegangan saham dalam San Miguel, syarikat dari Filipina, dengan anak lelaki Dr Mahathir iaitu Mirzan. Kenyataan PKR itu menambah, sewajarnya dinyatakan tatkala masih menyandang jawatan Menteri Kewangan, Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu. "Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul," kata kenyataan itu yang menyertakan pautan laman web menunjukkan Dr. Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau sendiri. Katanya, jika diteliti, ia jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Dr. Mahathir. Dalam satu reaksi semalam, Dr Mahathir berkata, "saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian." "Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di masjid dengan al-Quran. "Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan," katanya lagi. Dr Mahathir memecat Anwar sebagai dari jawatan kerajaan pada awal September 1998 dan sebagai timbalan presiden Umno serta dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa. Malah semalam, Dr Mahathir berkata Anwar terkenal sebagai orang yang memperkenalkan cara-cara Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada masa itu. "Saya biasa cakap kepada dia (Anwar), kalau kita buat pinjaman kepada Bank Dunia, kita tidak akan ada gaji yang cukup untuk bayar kepada pegawai-pegawai kita. "Tetapi dia telah ikut cara-cara bank dunia sampai rosak fikirannya," katanya. Kenyataan PKR hari ini juga berkata, sekian lama Anwar telah ditohmah dengan pelbagai tuduhan, antaranya kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan IMF. "Tuduhan ini direkayasa semenjak 1998 lagi lantaran komitmen Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban. "Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98," katanya lagi. Ia menambah, lantaran ketegasan Anwar, Dr. Mahathir merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara. "Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan Umno serta juak mereka. "Pimpinan Umno mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus," kata kenyataan itu dan menegaskan, pimpinan Umno dan Dr. Mahathir tidak sedari yang rakyat tidak lagi senang diperbodohkan. "Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang," katanya. Malah tegas kenyataan itu, tohmahan Dr. Mahathir bahawa Anwar adalah ejen Barat, IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan perdana menteri tersebut. "Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Dr. Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan (bekas) Presiden Amerika Syarikat George W. Bush. "Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan perdana menteri itu sembrono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekali gus ejen Barat," katanya lagi PKR dedah pautan bantuan Bank Dunia pada Dr M |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan