Ahad, 11 Disember 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Sultan Selangor Dukacita Utusan Politikkan Isu Pemberian Pingat Kepada Hassan Ali

Posted: 11 Dec 2011 01:32 AM PST

Sultan Selangor dukacita anugerah pingat jadi isu politik

SHAH ALAM, 11 Dis ― Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana mendapati ada pihak cuba mempolitikkan isu pemberian darjah kebesaran sempena hari keputeraan ke-66 baginda.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata Sultan Selangor meneliti 2,068 permohonan yang diterima tahun ini, dengan keutamaan kepada pegawai kerajaan, polis dan tentera.

Beliau berkata daripada jumlah itu, hanya 113 penerima akan dianugerahkan darjah dan bintang kebesaran, yang terdiri daripada sembilan dari istana, 82 penjawat awam, lima dari badan bukan kerajaan dan 17 dari sektor swasta.

"Ketiadaan penerima daripada orang politik disebabkan mereka belum memenuhi syarat untuk dikurniakan darjah dan bintang kebesaran negeri," katanya dipetik Bernama Online.

Katanya tidak ada calon daripada pakatan pembangkang atau Barisan Nasional yang akan dianugerah darjah dan bintang kebesaran kecuali satu anugerah kepada anggota Exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali dari parti PAS.

"Penganugerahan kepada Hasan disifatkan memberi keadilan kepada parti komponen PR (Pakatan Rakyat) kerana Selangor ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang mengandungi tiga parti komponen iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS," katanya.

Pada 2009, Sultan Selangor mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mewakili PKR, dan darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim pada 2010.

Tahun ini, Sultan Selangor berkenan menganugerahkan DPMS kepada Hasan. -TMI

Sultan Selangor dukacita anugerah Hasan

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi menjelaskan penganugerahan darjah kebesaran Selangor kepada exco kerajaan negeri Datuk Hasan Mohamed Ali adalah sebagai memberi keadilan kepada parti komponen Pakatan Rakyat negeri itu.

Beliau yang dipertik Bernama berkata, pemberian anugerah itu bukan atas kapasiti Hasan sebagai ahli politik tetapi atas kapasitinya sebagai seorang penjawat awam.

"Penganugerahan kepada Hasan (tengah) disifatkan memberi keadilan kepada parti komponen Pakatan kerana Selangor ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang mengandungi tiga parti komponen iaitu PKR, DAP dan PAS," katanya yang dilapor agensi berita itu.

Pada 2009, Sultan Selangor mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (atas, kiri) yang mewakili PKR, dan darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim pada 2010 mewakili DAP.

Tahun ini, Sultan Selangor berkenan menganugerahkan DPMS kepada Hasan.

Sehubungan itu kata Khusrin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana mendapati ada pihak cuba mempolitikkan isu pemberian darjah kebesaran Selangor sempena hari keputeraan ke-66 baginda itu.

Permainan Utusan

Penjelasan itu sekaligus menolak telahan kolumnis tetap akhbar Umno Utusan Malaysia, Zaini Hassan yang membuat andaian anugerah kepada Hasan itu perlu dilihat sebagai satu usaha untuk mengahwinkan PAS dan Umno demi perpaduan umat Islam.

Zaini dalam tulisannya yang disiar di akhbar itu 7 Disember lalu mendakwa Hasan sangat diperlukan untuk memainkan peranan "melakukan perkahwinan" antara PAS-Umno.

Nama Hassan sering dikaitkan oleh Utusan sebagai orang "penting" dalam mewujudkan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS selepas pilihan raya umum 2008.

Dalam kolumnya itu, Zaini berhujah bahawa di Selangor, faktor Dr Hasan masih lagi penting kerana pengikutnya di dalam PAS sangat besar dan pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar.

Perkembangan itu, menurut Zaini, memberikan kelebihan kepada Dr Hasan bertindak sebagai pemangkin kepada perkahwinan PAS dan Umno. -HD





Ulasan GB

Sultan Selangor tidak sebut "siapa" yang mempolitikkan isu berkenaan.

Yang nyata, titah Sultan Selangor tersebut ditujukan kepada Utusan Malaysia kerana akhbar berkenaanlah yang paling awal mempolitikkan isu pengurniaan pingat tersebut.

Lagi Banyak Wang Diberi Kepada SPRM, Lagi Banyak Rasuah Dirasakan Berlaku…

Posted: 10 Dec 2011 11:30 PM PST

Kuala Lumpur – Apabila lebih besar peruntukan dan lebih ramai kakitangan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, nampaknya negara menjadi lebih korup.

Di mana perginya peruntukan berbilion ringgit yang diberikan oleh kerajaan, hasil kutipan wang cukai rakyat dan hasil sumber negara, kepada SPRM, dan sebelum itu Badan Pencegah Rasuah, sejak 1994?

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sempena Hari Anti-Rasuah Antarbangsa pada hari ini.

Peruntukan kewangan tahunan untuk BPR/SPRM (RM)












































































TahunPeruntukan
199428.6 juta
199529.9 juta
199629.5 juta
199732.4 juta
199832.2 juta
199928.2 juta
200041.8 juta
200263.8 juta
200367.7 juta
200470.4 juta
200576.4 juta
200699.1 juta
2007148.1 juta
2008146.7 juta
2009162.1 juta
2010156.8 juta
2011211.2 juta


Menurut Kit Siang, apabila Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri pada April 2009, beliau mengumumkan Pelan Transformasi 1Malaysia, termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang mahu memberi keutamaan kepada usaha membasmi rasuah sebagai satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Beliau menjelaskan bahawa 'kejayaan besar' pentadbiran Najib amat mengecewakan rakyat kerana:

Menduduki tangga paling buruk dalam sejarah kedudukan Indeks Persepsi Korupsi (CPI) yang dianjurkan oleh Transparency International (TI) dalam tempoh 17 tahun, iaitu di tangga ke-60 daripada 183 negara dengan markah 4.3 daripada 10 mata penuh;

Kegagalan teruk SPRM, yang menggantikan BPA pada 2009, dalam usaha membasmi rasuah walau pun telah diberi peruntukan tahunan yang besar;

Terhakisnya imej wibawa SPRM dengan dua kematian misteri di premis SPRM – Teoh Beng Hock pada Julai 2009 dan Ahmad Sarbaini Mohamed pada April 2011;

Hanya empat ahli politik ditahan atas tuduhan rasuah pada 2010 berbanding 23 orang pada 2009.

"Apa yang telah terjadi kepada Pelan Integriti Nasional yang dilancarkan pada 2004 yang bermatlamat mahu meletakkan Malaysia menduduki sekurang-kurangnya di tangga ke-30 dalam CPI T dengan markah 6.5 menjelang 2008?

"Parlimen telah meluluskan peruntukan RM202.2 juta kepada SPRM pada 2011 dan apa yang mampu ditunjukkannya? Kedudukan negara paling teruk dalam CPI TI," kata Kit Siang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mahu Najib menjelaskan kepada rakyat tentang fenomena ganjil ini yang menyebabkan kerajaan beliau dilihat sebagai yang paling korup dalam sejarah Malaysia berbanding zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Najib masih berdiam diri dengan pendedahan CPI TI itu kerana sudah diketahui umum jika kedudukan Malaysia lebih baik, tentu Perdana Menteri akan berkokok berderai-derai melalui media massa yang dikuasai kerajaan Barisan Nasional.

Katanya Najib dan kabinetnya serta SPRM perlu menjelaskan kepada rakyat, mengapa selepas mendapat peruntukan yang begitu besar termasuk untuk tahun 2021 dengan RM211.2 juta, tidak ada hasil yang boleh dibanggakan sama sekali.

Malah, menurutnya, kedudukan Malaysia dalam menangani rasuah kini sedang disaingi oleh negara-negara yang sebelum ini turut bermasalah dalam korupsi seperti negara-negara Asia yang lain, negara-negara Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) dan negara-negara benua Afrika.

Semua ini menunjukkan usaha membanteras rasuah melalui NKRA Najib sejak 32 bulan lalu telah gagal dan rakyat perlu membuat perubahan untuk mengatasi masalah itu, tambahnya. – Roketkini

[Video] 13 Terbunuh Pesawat Jatuh Atas Sekolah

Posted: 10 Dec 2011 08:53 PM PST

Manila: Sekurang-kurangnya 13 maut, termasuk dua kanak-kanak apabila sebuah pesawat ringan terhempas ke atas bangunan sebuah sekolah berhampiran ibu negara Filipina semalam selepas juruterbangnya memohon melakukan pendaratan kecemasan sejurus berlepas.

Gambar: ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menjalankan tugas di tempat nahas pesawat ringan terhempas di Manila, semalam. - Foto AFP

"Pesawat malang itu terbakar selepas terhempas", kata Datuk Bandar Paranaque, Florencio Bernabe.

Tiada kelas diadakan ketika kejadian tetapi pegawai masih menentukan berapa ramai mangsa di darat yang cedera atau terbunuh.

Barnabe berkata pasukan bomba melaporkan pihaknya menemui mayat rentung maut termasuk juruterbang dan pembantunya. Bagaimanapun, kedua-dua mereka berada dalam pesawat.

Inspektor Kanan Polis, Dennis Sirilan, berkata api merebak dengan cepat ke rumah setinggan berhampiran sekolah selepas pesawat dua enjin itu terhempas.

Sirilan berkata, beliau melihat pesawat itu berlegar di udara sebelum terjunam ke atas Sekolah Rendah F Serrano, yang rosak teruk akibat kebakaran.

Pasukan bomba lambat tiba di tempat kejadian berikutan keadaan jalan sempit. Kesan kebakaran masih dapat dilihat di kawasan itu selepas api berjaya dikawal tiga jam kemudian.

Setiausaha Agung Pertubuhan Palang Merah Filipina, Gwen Pang, berkata seorang bayi dan seorang kanak-kanak antara yang terkorban.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 10 mangsa dibawa ke hospital, termasuk lima yang mengalami kebakaran teruk.

Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Ramon Gutierrez, berkata pesawat Beechcraft Queen Air yang mempunyai enam hingga lapan tempat duduk itu melakukan panggilan kecemasan sejurus berlepas dari Manila ke Pulau Mindoro. Ia terhempas sebelum sempat pulang ke lapangan terbang. – AP/BH



Guan Eng Bidas Zahid Putarbelit Hal Sebenar Mengenai Scorpene

Posted: 10 Dec 2011 07:20 PM PST

Kapal selam: Jangan percaya putar belit media BN

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Menyelam dalam Kapal Selam KD Tun Razak 21 buan selepas cabaran dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahan dan juga sama ada ia berbaloi berdasarkan harga pembeliannya RM3.68 bilion untuk dua kapal selam.

"Bagaimanapun, dua fakta penantian 21 bulan dan keperluan pembelian dengan harga yang tinggi tidak diketengahkan oleh media utama dari Utusan Malaysia hingga ke Bernama, sebaliknya, pihak tersebut tidak malu memfokuskan kenyataan saya yang ingin mengesahkan pembelian dua kapal selam yang mahal," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Katanya, rakyat Malaysia tidak seharusnya percaya laporan media BN yang mana diputarbelit dan dirosakkan untuk membetulkan fakta penipuan bagi membantu BN berhadapan dengan pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang juga ingin mengulangi soalan sebelum ini berhubung pemberian kontrak perkhidmatan atau "komisyen" kepada Perimekar Sdn Bhd.

"Zahid telah mencabar saya di Parlimen pada 17 Mac 2010 untuk menyelam di dalam kapal selam tersebut bagi membuktikan bahawa ia (kapal selam) dapat menyelam apabila beliau tidak dapat memberikan jawapan terhadap desakan saya bahawa Kerajaan telah memulangkan kapal selam tersebut kepada pengeluar untuk digantikan dengan yang baru," katanya.

Hakikatnya, kata beliau apabila seseorang membeli kereta baru dan mendapati ia terdapat kecacatan, anda akan bawa kereta tersebut ke pusat pembelian dan pohon yang baru.

Bagaimanapun, jelasnya Zahid enggan menerima cadangannya dan mencabar untuk menyelam bersama kapal selam berkenaan.

Katanya, beliau dengan segera menerima jemputan tersebut tetapi tanpa disedari ia perlu mengambil masa 21 bulan untuk Zahid memenuhi cabarannya.

Menurutnya, sama ada kelewatan 21 bulan tersebut adalah disebabkan oleh kecacatan teknikal yang tidak dimaklumkan.

Tambahnya, tiada pertikaian profesionalisme, kepakaran dan pengorbanan pasukan tentera laut kita di sini, termasuk pasukan kapal selam Malaysia.

"Semua ketidakgembiraan kami adalah mengenai harga, PR dan rakyat Malaysia inginkan yang terbaik untuk pasukan tentera laut kita dan tidak pernah mempersoalkan perkhidmatan cemerlang pasukan terbabit kepada negara," katanya.

Beliau berkata, Zahid tidak menyelam bersamanya sebagaimana dijanjikan ekoran beliau menyatakan bahawa terdapat tugas rasmi lain bersama Sultan Johor.

Guan Eng dimaklumkan bahawa tiada blogger lain yang dibawa bersama.

Pada awalnya, kata beliau blogger Papagomo sepatutnya dibawa bersama, tetapi beliau membantah.

Ini, katanya kerana beliau tidak ingin berada di dalam kapal selam sama bersama seorang penipu yang membuli anak-anak muda, yang mana membuat kenyataan palsu seksual terhadap anak lelakinya berusia 15 tahun mencabuli rakan sekelasnya.


"Saya tidak pernah berjumpa papagomo dan Zahid telah berjanji bahawa Papagomo akan dikeluarkan. Semasa menyelam, saya ternampak dua krew TV3 dan seorang wartawan Bernama," ujarnya.

Tambahnya lagi, Zahid sepatutnya menjelaskan bahawa tidak menipunya dan juga pihak media.

Bagaimanapun, katanya ekoran penglibatan wang awam sebanyak RM4.23 bilion di dalam pembelian dan penyelenggaraan 2 kapal selam tersebut, persoalan terus kekal berhubung kos pembelian tinggi dan pemberian kontrak perkhidmatan kepada syarikat yang tidak mempunyai rekod ataupun pengalaman di dalam membaiki dan menyelenggara kapal selam.

Katanya, kerajaan BN perlu sedar bahawa ia bukan hanya membabitkan wang awam yang banyak berjumlah RM4.23 bilion, sebaliknya, keselamatan kelasi adalah amat penting bagi memastikan standard tertinggi atau keselamatan dan kawalan adalah diselenggara oleh pakar syarikat perpengalaman dengan trek rekod terbukti. -HD

Guan Eng slams Zahid: Don't try to cover up Scorpenes high cost and commission

Diving with the Scorpene submarine KD Tun Abdul Razak 21 months after challenge was issued by Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi does not dispute the fact that the submarine could not dive upon delivery nor whether it was value for money for the purchase price tag of RM3.68 billion for two submarines.

However these 2 points of waiting 21 months and the necessity for such a high price tag were not highlighted by the BN mainstream media from Utusan Malaysia to Bernama which instead shamelessly focused on my so-called admission justifying the purchase of the two expensive submarines. Malaysians should not trust such BN media reports which are distorted, twisted and corrupted into outright lies to help BN face the coming general elections.

Commission to Perimekar

I would also like to reiterate my previous questioning of awarding a RM534 million service contract or "commission" given to Perimekar Sdn Bhd. Zahid had challenged me in Parliament on 17 March 2010 to go for a submarine ride to prove that the submarine could dive when he could not answer my insistance that the Government return the vessel to the manufacturer to be replaced with a new one.

After all if one buys a new car, and there is a defect, you take it back to the showroom and ask for a new one. However Zahid refused my suggestion and challenged me to take a dive with the submarine. I had accepted immediately but did not realise that it would take 21 months for Zahid to fulfil his challenge. Whether this long 21 months delay was due to some technical defect was not made known?

There is no disputing the professionalism, expertise and sacrifice of our navy boys, including Malaysia's submariners. Whatever our unhappiness with the price tag, PR and Malaysians want what is best for our navy boys and has never questioned their excellent service to the nation.

Stop telling lies

Zahid did not dive with me as promised as he said he had other official duties with the Johor Sultan. I was informed that no other blogger was on board. Initially blogger Papagomo was supposed to be on board but I had objected as I refused to be in the same submarine with a liar bullying young kids, who made false allegations against my 15 year old son of sexually molesting his classmate. I have never met Papagomo and Zahid had promised that Papagomo would be removed. During the dive, I saw two TV3 crew members and one Bernama reporter. Zahid should clarify that he had not lied to me and the press.

However as huge public funds of RM4.23 billion is involved in the purchase and servicing of the 2 submarines, questions remain about the controversy of the high cost of purchasing the submarine and awarding the service contract to a company that had no previous track record or experience in servicing and maintaining submarines.

The BN government must realise that not only huge sums of public funds amounting to RM4.23 billion are involved but the safety of sailors are at stake to ensure that the highest standards or safety and security are maintained by experienced and expert service companies with a proven track record. -Malaysia-Chronicle


Ulasan GB

Sepertimana kata Lim Guan Eng, Zahid tidak dapat lagi menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu memang tidak dapat menyelam semasa penyerahannya kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak lama dulu.

"Pada masa sama, rakyat Malaysia masih lagi menunggu jawapan kepada soalan-soalan tentang kos pembelian yang tinggi dan penganugerahan kontrak perkhidmatan yang kini juga terlibat dalam kes saman di negara asing.

"Zahid juga tidak menjawab soalan-soalan mengenai kos pembelian sebanyak RM3.68 bilion dan kontrak perkhidmatan atau "komisyen" sebanyak RM534 juta.

"Adakah pembetulan kecacatan teknikal itu mengambil masa begitu lama?"

Kemudian, isu Papagomo.

Yang nyata Zahid memang berniat jahat apabila menjemput papagomo ikut-serta di dalam penyelaman tersebut kerana semua orang tahu papagomo adalah diantara blogger UMNO yang memfitnah Lim Guan Eng dengan isu "pelajar raba buah dada".

Mengapa menjemput papagomo? Untuk terus menyebarkan fitnah terhadap KM Pulau Pinang itu?

Anehnya pihak polis sendiri sehingga hari ini membiarkan papagomo memfitnah secara bermaharajalela tanpa sebarang tindakan. Malah ada pihak mendakwa pihak polis sendiri menggunakan "perkhidmatan" papagomo di dalam beberapa isu seperti isu viodeo seks dan seumpamanya.

Ada konspirasi terlindung diantara mereka.

Satu hari kebenaran akan trerdedah jua. Konspirasi mereka akan binasa - itu hukum kebenaran dan keadilan. Depan Tuhan ke mana anda semua mahu lari?

Tradisi Bebalkan Mahasiswa Lahirkan Pemimpin Bebal Diteruskan Oleh HEP UM Yang Bebal

Posted: 10 Dec 2011 04:53 PM PST

Siswa kecewa program debat diganggu atas arahan HEP

Program debat Mahasiswa di Universiti Malaya yang diadakan pada 9 Disember yang berkisar tentang AUKU dan Autonomi Mahasiswa berjalan lancar pada awalnya sehingga beberapa pengawal keselamatan dan "Special Branch" di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar menyerbu masuk kedewan tempat berlangsungnya debat.

Debat anjuran bersama Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) ini mendapat respon yang baik daripada Mahasiswa sekitar Lembah Klang. Diberitakan 300 orang Mahasiswa/i turun padang bagi menyokong debat tersebut.

Namun begitu, mahasiswa begitu terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik ini diganggu oleh pengawal keselamatan dan "special branch" ketika debat di antara Ahmad Shukri Che' Ab. Razab (Mantan Aktivis Pro-M) serta Syamsul Salleh (Mantan YDP MPP UPM) sedang rancak berjalan pada pusingan kedua. Beberapa Pengawal Keselamatan dan "special branch" telah menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya perdebatan dihentikan dengan segera. Ketika itu juga, lampu telah ditutup beberapa kali namun pengajur masih meneruskan debat sehingga memaksa YDP MPMUM Mohd Syahid untuk keluar berunding. Setelah rundingan dilakukan beberapa minit, akhirnya pihak keselamatan memberitahu arahan tersebut datang daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM, Rohana Yusof.

KAMI di pihak Mahasiswa ingin mempersoalkan apakah rasionalisasi bagi gangguan tersebut? Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM bertindak seolah-olah Mahasiswa sedang melakukan sesuatu yang mengacam keselamatan kampus sedangkan perdebatan sihat ini bersifat ilmiah. Tindakan ini kami kira sesuatu yang tidak relevan malah bakal melahirkan lebih ramai graduan yang lemah serta menyemarakkan api "bebalisme" dalam kalangan Mahasiswa. Mahasiswa lihat bahawa kebebasan akademik dalam negara ini masih berada di tahap paling corot. Apa yang mereka takutkan sebenarnya?

Mahasiswa sudah mulai bosan dengan karenah birokrasi pihak HEP yang mengekang program ilmiah yang diadakan oleh Mahasiswa. Mahasiswa bukan pelajar sekolah, lagi disekat lagi memberontak. Jadi, kami kira HEP sudah tidak relevan dan harus dimansuh. Apakah maknanya memegang gelaran Mahasiswa tetapi masih perlu mengikut telunjuk dan menjadi "yes man" sahaja ?

Dalam debat sebentar tadi, AhmadShukri Che Ab. Razab dalam hujahnya membuat kesimpulan bahawa Pro Mahasiswa berpegang pada prinsip bahawa AUKU perlu dimansuhkan secara holistik dan autonomi kebebasaan di universiti diberikan di samping menuntut supaya Minggu Haluan Siswa dikembalikan nafasnya seperti zaman sebelum terciptanya AUKU iaitu melibatkan politik kampus dan kebebasan autonomi universiti. Sementara itu, Syamsul Salleh di perwakilan aspirasi tidak bersetuju dengan pemansuhan AUKU disebabkan politik yang dianggapnya kotor ketika ini akan menular dalam kalangan Mahasiswa. Namun begitu, beliau menyokong penuh dengan pindaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Bagi KAMI pindaan sahaja tidak mencukupi untuk mengembalikan zaman kegemilangan universiti. KAMI rasa pihak HEP UM perlu selak semula Sejarah UM itu sendiri di mana program-program yang bersifat Mahasiswa bebas dijalankan di dalam kampus suatu ketika dahulu itulah menjadi punca kejayaan universiti Malaya.

Selain itu, mahasiswa juga menuntut supaya dikembalikan kesatuan pelajar (Student Union) bagi memimpin Mahasiswa dan bukannya di bawah telunjuk HEP. Oleh itu, Mahasiswa berpegang teguh dengan prinsip bagi memansuhkan AUKU secepat mungkin bagi membebaskan cengkaman dan mengembalikan "roh" universiti itu sendiri.

*Kenyataan media oleh Khairul Naim selaku Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Menteri kecewa HEP UM halang debat mahasiswa

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) kesal dengan tindakan pentadbiran Universiti Malaya (UM) yang memberhentikan debat pelajar yang berlangsung di Fakuliti Undang-undang kampus itu malam tadi.

Menzahirkan rasa kecewa itu melalui laman twitternya, Saifuddin berkata, beliau sedang mendapatkan maklumat untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

"Saya dukacita debat AUKU di UM malam tadi terbatal ketika ia sedang diadakan. Saya sedang menyiasatnya," tulisnya ringkas.

Dalam kejadian malam tadi, debat anjuran Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu diganggu oleh pengurusan UM dan terpaksa dibatalkan ketika sedang memasuki pusingan kedua.

Menurut Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) Khairul Naim berkata, pihaknya begitu terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik ini diganggu oleh pengawal keselamatan dan "special branch".

Debat malam tadi mempertemukan Ahmad Shukri Che' Ab. Razab yang merupakan bekas aktivis Pro-Mahasiswa dan Syamsul Salleh iaitu bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia.

Debat itu berkisar tentang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Autonomi Mahasiswa.

Menurut Khairul, beberapa pengawal keselamatan dan "special branch" telah menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya perdebatan dihentikan dengan segera.

"Ketika itu juga lampu telah ditutup beberapa kali, namun pengajur masih meneruskan debat sehingga memaksa Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Mohd Syahid untuk keluar berunding.

"Setelah rundingan dilakukan beberapa minit, akhirnya pihak keselamatan memberitahu arahan tersebut datang daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM, Datuk Rohana Yusof," kata beliau lagi. -HD

Isa Samad Tunjuk Hero Depan Warga FELDA, Arah Datuk Dzulkifli Cuti 8 Bulan

Posted: 10 Dec 2011 02:30 PM PST

Pengarah Besar Felda Dzulkifli diarah cuti lapan bulan

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Felda yang menjadi perhatian sejak beberapa bulan lalu disebabkan isu kepimpinan dan penyenaraian, dijangka berhadapan dengan kontroversi baru ekoran arahan agar Pengarah Besarnya Datuk Dzulkifli Abd Wahab (gambar) bercuti selama lapan bulan.

Dzulkifli menerima surat berkenaan keputusan itu petang semalam.

The Malaysian Insider difahamkan arahan itu dikeluarkan di sebalik dakwaan bahawa Dzulkifli, yang dilantik ke jawatan itu dua tahun lalu, tidak sehaluan dengan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dalam banyak perkara kontroversi, yang mendapat protes peneroka.

Antara perkara itu termasuklah proses penyenaraian Felda Global Ventures yang akan dilaksanakan tahun depan, isu perjanjian pajakan tanah dan kepimpinan Isa sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) sendiri.

Beberapa sumber rapat dengan Felda mengesahkan perkara tersebut sambil mendakwa ia memang mengejutkan banyak pihak.

Kata mereka, perkembangan itu akan merumitkan lagi dilema yang menyelubungi para peneroka.

"Saya dimaklumkan malam tadi bahawa Datuk Dzulkifli telah diarah bercuti selama lapan bulan, Datuk Dzulkifli terima surat petang semalam," kata sumber itu.

"Saya juga ada bercakap dengan Datuk Dzulkifli, saya pun dapat maklumat yang sama," kata satu lagi sumber yang percaya ia satu langkah awal mahu menyingkirkan beliau dari Felda selain menyisihkan peranannya dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Penyenaraian itu akan menyebabkan 360,000 hektar tanah milik Felda Plantations dipajakkan. Proses itu juga akan melibatkan peranan KPF.

Bagaimanapun Dzulkifli yang dihubungi pagi ini enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Tiada komen," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau memberi jawapan yang sama apabila ditanya mengenai tindakan susulannya ekoran perkembangan tersebut.

"Saya tidak mahu komen," katanya lagi.

Dzulkifli yang telah 30 tahun berkhidmat di Felda sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Besar (Perusahaan Perladangan dan Pembangunan Kebun) agensi pusat itu.

Sumber juga memberitahu, Isa yang mengetuai Felda sejak awal tahun ini telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar campur tangan dalam 'kontroversi' semasa agensi berkenaan dan permintaan itu telah diluluskan.

"Maklumat yang saya terima menunjukkan surat mengenai arahan bercuti dikeluarkan menerusi setiausaha sulit kanan perdana menteri, sebab Felda terletak di bawah penyeliaan Jabatan Perdana Menteri," kata sumber itu dan menambah bahawa surat arahan itu walaupun dikeluarkan semalam tetapi bertarikh 21 November lalu.

"Bermakna tarikh kuat kuasa surat telah dipercepatkan, proses penyenaraian akan dijalankan semasa beliau bercuti" katanya lagi.

Proses penyenaraian di Bursa Saham dijadual akan dilaksanakan pertengahan tahun depan.

Isu terbaru ini muncul kira-kira dua minggu selepas Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Shamsuddin Othman meminta Isa memohon maaf atas alasan telah menghina beliau pada satu majlis terbuka.

Isa menegaskan beliau tidak akan meminta maaf.

Shamsudin, 59, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka Wilayah Johor Bahru, merupakan satu-satunya wakil peneroka yang berada dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Konfrontasi antara peneroka dengan Pengerusi Felda bermula apabila Isa didakwa dilantik secara 'kontroversi' menjadi pengerusi KPF dengan mengetepikan Zulkifli dan perkembangan itu menyebabkan kepimpinan Felda terpecah dua kepada dua kelompok.

Sebelum ini, Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) melancarkan kempen mendakwa Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli KPF dan keahliannya dalam koperasi adalah bertentangan dengan undang-undang disebabkan jawatan beliau sebagai pengerusi koperasi hanya bertaraf kontrak.

Undang-Undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF ialah peneroka Felda, isteri dan anak-anak dan juga kakitangan Felda yang berstatus tetap.

Anak telah membawa kes berkenaan ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia. -TMI

RUU Perhimpunan Aman Terus Dibantah Sekalipun KLCC Tegah Flashmob

Posted: 10 Dec 2011 07:05 AM PST

Kira-kira seratus orang peserta perhimpunan flashmob hari ini berjaya menyatakan mesej mereka di Suria KLCC walau ditegah oleh pengurusan gedung membeli-belah itu.

Perhimpunan hari ini merupakan susulan kepada satu perhimpunan sama, dua minggu lalu, untuk membantah rang undang-undang kontroversi yang kini menunggu kelulusan Dewan Negara.

Selain menyanyikan lagu Krismas dan Negaraku, kumpulan berbaju kuning itu antara lainnya turut melaungkan slogan "hapuskan rang undang-undang" (kill the bill) ketika berhimpun selama kira-kira 25 minit di ruang utama di dalam kompleks berkenaan.

Kumpulan "Flashmob 1000 Malaysians Apreciate Christmas Tree' itu turut mengambil gambar dengan hiasan perayaan hari natal di ruang berkenaan.

Selain itu, peserta flashmob berkenaan turut mengumpulkan resit pembelian mereka dari premis perniagaan dalam gedung berkenaan sebagai tanda bahawa kehadiran mereka bukanlah untuk menimbulkan kekacauan.

Seorang daripada peserta berkenaan, Fahdiah Nadwa Fikri berkata perhimpunan berkenaan akan diteruskan selagi kerajaan tidak menarik balik Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat akhir bulan lalu.

Ketika ditemui, beliau yang menunjukkan sebuah buku bernilai RM55.50 yang baru dibelinya sebelum itu di satu kedai buku popular di kompleks berkenaan.

Salah seorang penganjur acara tersebut, Vienna Looi berkata mereka berbuat demikian untuk menunjukkan bahawa kegiatan itu tidak akan menjejaskan perniagaan di situ.

"Flashmob seperti ini tidak membahayakan, kita hanya datang ke sini untuk menyanyi dan lain-lain tapi mereka rasa diancam," kata pelajar undang-undang itu ketika ditemui.

Katanya lagi, langkah itu juga sebagai reaksi kepada injuksi yang dikemukakan oleh pengurusan Suria KLCC yang mahu acara berkenaan dihentikan atas alasan kegiatan berkenaan akan menyebabkan peniaga di kompleks tersebut menanggung kerugian.
Resit yang dikumpul daripada peserta berkenaan akan dimuatkan di laman Facebook kumpulan tersebut, katanya yang menambah, mereka akan menganjurkan acara sama di situ, Sabtu depan.

Selain Looi, turut menerima notis melalui Facebook itu ialah aktivis Wong Chin Huat, Hew Li Huang, Chom Lee, Jason Tan, Ducky Charis Siah dan Aduka Seri Perkasa.

Surat guaman oleh Kuala Lumpur City Park Bhd, KLCC Urusharta Sdn Bhd dan Suria KLCC Sdn Bhd itu diserahkan kepada individu berkenaan di laman tersebut melalui firma Zul Rafique & Partners, yang mewakili ketiga-tiga syarikat berkenaan. -mk

No flashmob but protest against Bill continues

Organisers of campaign against the Peaceful Assembly Bill defy threat of legal action to gather peacefully at KLCC

KUALA LUMPUR: About 100 people gathered peacefully at Kuala Lumpur City Centre (KLCC) today despite the threats of legal action from the shopping mall's management.

The organisers of the campaign against the Peaceful Assembly Bill were forced to switch plans from holding a flashmob to shopping for yellow items instead.

The KLCC management said opponents of the Bill had on two previous occasion disrupted business operations of the tenants in KLCC and threatened legal action to stop them today.

Renamed, 'Malaysians Can Go Shopping & Pose with X'mas Trees without Police Permit', today's gathering saw many in yellow outfits congregating in front of huge Christmas trees on display at the centre of the mall.

Some were also seen displaying receipts of their purchases made in the mall to show that the assembly also benefited businesses in the premises.

Sporting no banners or placards, the group snapped pictures and chanted, "Kill The Bill", "Happy Human Rights Day" under the watchful eyes of security personnel.

The protesters also sang songs including a Christmas carol, "Jingle Bells", "Happy Birthday" to a participant celebrating his birthday today and the national anthem "Negaraku".

Human Rights lawyer, Fadiah Nadwa Fikri who was one of the protesters said that the gathering was to show the public what it meant to assemble peacefully.
"We are here to show our resistance to the repressive Bill. We are here to show that we can practice our rights peacefully.

"We have the right to be here…we are showing the public that this is what peaceful assembly means," she said.

'A leaderless movement'

The KLCC management, had on Thursday, urged the organisers to discourage 3,555 people who were invited via Facebook from gathering today.

They threatened the organisers with an injunction, seven of whom were named in the legal letter, including activist Wong Chin Huat.

Wong, however was not seen today. Vienna Looi, one of the organisers of the event, said that she was tied-up with training programme today.

Asked if she was a disappointed for not being able to join the gathering, she said that the movement need not have a 'clear leader'.

"It is a people's movement, a leaderless movement. We don't want to have a ring-leader. We merely want to make this a persistent movement," said the first-year law student.

She added the movement wanted to illustrate to the public that a peaceful assembly can take place regularly and wanted to make it a new trend in Malaysia.

Commenting on the threat of legal action, she said that she did not think the management of KLCC were behind the legal notice.

"There are other parties pushing for this," she said without elaborating.

Today, coincidentally, is International Human Rights Day. -FMT




Shahrizat Perlu Ditangkap Dan Disiasat, Agih RM2 Juta Kepada Beberapa Penyelaras BN

Posted: 10 Dec 2011 06:07 AM PST

Kenapa Shahrizat agih RM2 juta melalui BN?

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius pendedahan pengerusi MIC bahagian Batu, Ramanathan Chinnu di akhbar The Star semalam berhubung tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyerahkan dana RM2 juta kepada penyelaras BN bagi setiap kawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat.

"Ini adalah satu penyelewengan yang nyata oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri yang bertanggungjawab kerana dana berkenaan seharusnya diserahkan oleh pegawai kerajaan dari kementeriannya terus kepada rakyat bukan melalui penyelaras BN," kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily.

Katanya, Barisan Nasional telah kalah 9 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12 lepas, dan mereka sewajarnya akur dengan keputusan rakyat.

Tegasnya, sesiapa pun yang memerintah di peringkat Persekutuan wajib menghormati pilihan rakyat itu.

Shahrizat, ujarnya antara pemimpin BN yang kalah dalam pilihanraya lalu tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil wang rakyat untuk kegunaan BN, apalagi jika tujuannya adalah atas kepentingan politik.

Sepatutnya, tambah beliau dana itu diberikan kepada ahli parlimen yang menang untuk diagihkan kepada rakyat, bukan kepada orang-orang yang sudah kalah dan ditolak rakyat.

"Jika dalam Perhimpunan Agung Umno yang lepas Shahrizat mengatakan isu National Feedlot Centre (NFC) tiada kaitan dengannya, kali ini MIC Batu mengesahkan isu terbaru ini memang ada kaitan dengan beliau," katanya.

Justeru, tegasnya DPPWP mahu Shahrizat menjawab, bagaimana penyelaras BN Parlimen Batu, Yahaya Mat Ghani mendapat kuasa untuk menguruskan dana RM2 juta bagi parlimen itu.

Beliau mempersoalkan adakah Yahaya kakitangan kementerian dan ke mana dana RM2 juta itu dibelanjakan.

"Diharap Shahrizat boleh kemukakan segala resit dan bukti agihan yang dibuat atas nama kementeriannya atau berdepan dengan tindakan undang-undang oleh Pakatan Rakyat," katanya. -HD

Batu MIC: Cash aid meant for the poor not given out

BATU MIC members are questioning the mysterious disappearance of funds that should have been distributed to the Indian community during Deepavali.

They claim that Barisan Nasional coordinator Datuk Yahaya Mat Ghani had earlier promised to hand out the money to eligible applicants who were Batu voters.

The aid was given by the Community Welfare and Development Council (Mayang) under the Women, Family and Community Development Ministry.

All BN coordinators were allocated RM2mil each to be distributed to the poor.

During a meeting in September with MIC, Indian Progressive Front (IPF) and Makkal Sakthi, Yahaya had handed out forms to the respective leaders for aid to be given out to needy Indians.

Batu MIC division chairman, Ramanathan Chinnu said they had submitted 207 forms to be checked by the Batu Umno secretariat and 43 were rejected because they were not registered Batu voters.

He said Yahaya had promised to hand out the money to eligible applicants during a Deepavali open house organised by MIC Batu on Oct 22.

However, at the eleventh hour, Ramanathan and his members were informed that only 70 people would receive the aid.

"When we found out we were taken aback because we realised something was wrong.

"Everybody thinks MIC is behind the disappearance of the money as we handed out the forms with our stamp," said Batu MIC Youth chief D.R. Pala Kumaran.

"No money was also given to MIC to organise the event. To make matters worse, no Umno representative turned up for the event except for the individual who brought the aid for the 70 people."

According to Ramanathan, something similar had occurred during a Tamil New Year celebration in April last year.

Yahaya had promised to hand out RM200 to poor Indians during a special ceremony that was organised at the Sri Athieswaran temple.

However, there was only RM100 in the envelope.

Ramanathan said when questioned, Yahaya had said the welfare department had not given out the money yet.

However, he said a check with Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil revealed the money for the New Year celebration was handed out. The case has not been solved till today.

Ramananthan said they had sent out letters to top BN leaders but they had not received any feedback.

"Voters are unhappy. Despite all this we have been going to the ground to meet Indian voters to gain their trust," he added.

Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik said he had not heard of the missing funds.

"If this is true, they should make a formal complaint and we will investigate. There must be proof.

"Maybe there is some miscommunication.

"I am sure they will eventually get it," he said.

When contacted, Yahaya said he was aware that some people did not receive the allocation and there would be a second round of payment soon.

"So far we have disbursed a total of RM1.6mil to about 8,000 people in Batu through the respective component parties of Umno, MCA, MIC, PPP and Gerakan,'' he said.

"The second round of payment from the Mayang funds will be made once the funds have been released by the Welfare Department.

"Don't worry, once we get the funds we will give to the MIC,'' Yahaya said, adding the funds must be given out by Dec 31.
-thestar


Aziz Bari Sudah Hantar Surat Letak Jawatan, Tunggu Respon UIA

Posted: 10 Dec 2011 03:25 AM PST

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari menegaskan beliau masih belum mendapat maklum balas daripada pejabat Naib Canselor berhubung permohonannya untuk meninggalkan universiti tersebut.

Susulan itu, Abdul Aziz berkata, beliau sukar untuk menjelaskan statusnya di universiti tersebut kerana tiada 'hitam putih' dikeluarkan sehingga ke hari ini.

"Apa yang boleh saya katakan...saya masih lagi bersama UIAM. Namun tiada sebarang maklum balas diterima daripada universiti mengenai status saya lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

Menurut beliau, UIAM juga tidak memberi respon terhadap jawapannya kepada surat tunjuk sebab yang diserahkan kepada pihak universiti pada 24 Oktober lalu.

"Sudah sebulan lebih saya tunggu reaksi mereka. Sehingga hari ini tiada jawapan diberikan," katanya lagi.

Abdul Aziz menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti tersebut pada 19 Oktober lalu ekoran kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Sementara itu, Abdul Aziz menegaskan tindakan meninggalkan universiti itu tidak akan memberi apa-apa kesan kepada dirinya.

"Jika tidak bekerja di sini, saya ada kerja lain. Jadi saya tiada masalah sekiranya meninggalkan UIAM," katanya.

Dalam pada itu, peguamnya, Dr Dzulkarnain Lukman mengesahkan Abdul Aziz telah menghantar surat peletakan jawatan kepada universiti tersebut baru-baru ini.

Dzulkarnain berkata, Abdul Aziz ada menyuarakan rasa kecewa terhadap konflik yang menimpanya kerana tidak diselesaikan sehingga hari ini.

"Tiada hitam putih dikeluarkan...hanya kelabu," katanya berseloroh.

Pada Khamis, sebuah akhbar tempatan melaporkan Abdul Aziz mengambil keputusan untuk meninggalkan UIAM kerana merasakan dirinya tidak lagi sesuai berkhidmat di universiti tersebut.

Beliau berkata, persekitaran di universiti tersebut menyebabkan niatnya untuk menjadi ahli akademik yang prihatin dengan masalah masyarakat dianggap sesuatu yang ganjil.

"Saya terpaksa tinggalkan UIAM kerana dalam keadaan sekarang, tiada ruang sesuai untuk saya terus berkhidmat di situ mahu pun institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain," katanya. -mstar

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Most of his songs are happily themed, a definite plus
for any exercise-motivating soundtrack. It's fun, easy to dance to, and addicting to jam to in the car. Was Disney able to revitalize a 20-year-old classic.

Also visit my homepage - daft punk random access memories free download