GoMalaysian |
- Tempat duduk baru untuk Agen Pilihanraya
- [Harakah VS Hasan Ali] Harakah Daily Telah Mempertahankan Berita Mereka
- Hasan Ali Nafi Minta Maaf
Tempat duduk baru untuk Agen Pilihanraya Posted: 29 Dec 2011 07:27 PM PST Tempat duduk baru untuk Agen Pilihanraya New seating arrangement for election agents The Star By YUEN MEIKENG KUALA LUMPUR: In a bid to improve transparency, election agents in the coming polls will be seated in a way that they can completely see voters as they enter voting stations. This move is among several measures to be introduced in the voting process during the next general election, said Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, who heads the Parliamentary Select Committee on electoral reforms. "With the new seating arrangement, election agents will be able to have a full, frontal view of each voter as they come in," he told a press conference at the Parliament building here Thursday. "Previously, there were complaints that the agents could only see the voters' profile or backs," he said. Media representatives, who were present, were given a demonstration on how the new voting process would take place. It is learnt that an election officer will mark voters' fingers with indelible ink before they cast their ballot. Another election officer will monitor the voters to ensure that they drop the ballot papers in the correct box.
Berita dipetik daripada: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/12/29/nation/20111229152729&sec=nation |
[Harakah VS Hasan Ali] Harakah Daily Telah Mempertahankan Berita Mereka Posted: 29 Dec 2011 02:28 AM PST Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali... Harakahdaily pertahan berita, ini transkripnya Harakahdaily KUALA LUMPUR, 29 Dis: Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Sehubungan itu, kami menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa. Berikut adalah asas kepada berita berkenaan. Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember. Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik. Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf. Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah? Terimalah. Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru? JKR 10 Wartawan: Ustaz Nasha... Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai. Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap. Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru? Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah. Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini? Ada peluang apa lagi lah...baik. KLIK UNTUK VIDEO SIDANG MEDIA INI [ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!! [ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!! |
Posted: 28 Dec 2011 10:14 PM PST Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali menafikan dirinya memohon maaf kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya mengenai konsep Negara Berkebajikan... Hasan Ali nafi minta maaf pada Nik AzizPublished Free Malaysia Today PETALING JAYA: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali menafikan dirinya memohon maaf kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya mengenai konsep Negara Berkebajikan. Lidah rasmi PAS Harakahdaily semalam melaporkan Hasan dalam pertemuannya dengan Nik Aziz, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din, bekas Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa di Kota Bharu kelmarin menarik balik kritikannya mengenai Negara Berkebajikan dan meminta maaf kepada pimpinan parti. "Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali. "Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan," katanya dalam kenyataan hari ini. Katanya, beliau sebenarnya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah dengan tiga pemimpin terbabit di kediaman rasmi Nik Aziz di JKR 10 Kota Bharu. Menurut Hasan, antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu termasuklah hala tuju parti, persediaan PRU ke 13, dan perjalanan Harakah sebagai lidah rasmi parti. "Kami telah memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya. Nik Aziz dipetik Harakahdaily semalam berkata pihaknya yakin isu perbalahan antara pimpinan PAS kini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat. |
You are subscribed to email updates from GoMalaysian To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan