Sabtu, 31 Disember 2011

Era Pasca

Era Pasca


Ucapan Tahun Baru Untuk lembUMNO

Posted: 31 Dec 2011 01:00 AM PST

Aku mengucapkan selamat terus membodohkan diri pada tahun 2012 kepada lembUMNO sekelian yang masih bodoh tak sudah sudah...


Kepada Panglima Ludah berantai dan konco konconya... Selamat meludah demi KETUANAN MELAYU.. 


Tidak ketinggalan para beruk beruk upahan yang sentiasa melalak lalak terlompat lompat nakkan pisang...


dan HERO KETUANAN MELAYU TERAKHIR.... yang ekzosnya hebat hingga tiada melayu lain sehebat ekzos miliknya... 


OOoooohh yeeee.. Tidak lupa juga pada seekor.... bukan lembu, bukan beruk... tapi GORILLA yang dibela puak puak ni.. yang hobinya suka layan bende LUCAH... 


Rasenye cukup laaaaaaaa.. pada yang xde tu jangan kecik hati... ok? eeeeeekekekeeee..



panas! video seks najib monggolia telah tersebar!

Posted: 31 Dec 2011 12:16 AM PST

500 siswa UiTM Melaka diupah RM500 seorang untuk jadi pengundi Umno di Bukit Katil

Posted: 30 Dec 2011 05:09 PM PST

Kira-kira 500 mahasiswa UiTM Kampus Bandaraya Melaka dikenal pasti telahpun didaftar sebagai pengundi di Parlimen Bukit Katil dengan upah RM300 setiap seorang, lapor Gazebodaily.net.

Menurut sumber, insiatif tersebut didalangi oleh Umno negeri sendiri.

"Segala pertukaran alamat adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Mereka diberi pilihan sama ada mahu mendaftar ahli UMNO atau membuat pertukaran alamat mengundi.

"Pertukaran alamat didalangi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ketua Menteri Melaka (Tan Sri Mohd Ali Rustam) dan beberapa agensi lain yang terlibat. Buat masa ini 500 orang pelajar telah didaftarkan dan berkemungkinan lebih daripada itu.

"Ketua Menteri bimbang akan kedudukan Parlimen Bukit Katil yang bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan menjadikan mahasiswa UiTM sebagai 'pengundi tambahan' mereka," jelas sumber.

Portal bebas kendalian mahasiswa itu mendakwa ketirisan maklumat sulit berkenaan dipercayai daripada beberapa orang yang berkhidmat dalam Jabatan Ketua Menteri dan juga ahli UMNO.

Perkembangan terbaru itu dijangka bakal menarik perhatian pihak oposisi yang ketika ini giat memerangi penyelewengan dalam daftar pemilih sebelum menempuhi musim pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada awal tahun depan. -END


Reezal Merican Ugut Keluarga Adam Adli

Posted: 30 Dec 2011 04:13 AM PST

Anak kelahiran Pulau Pinang bernama Adam Adli Abdul Halim (kanan) mengecam tindakan Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican kerana mengugut ibu bapanya demi memperbaiki imej Umno BN yang kian dipersoal oleh rakyat belakangan ini.

Ugutan itu, menurut mahasiswa tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkenaan gara-gara beliau menurunkan bendera muka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan PWTC pada 17 Disember lepas.

Beliau berkata Reezal bertindak demikian selepas gagal memujuk keluarganya untuk memberi tekanan psikologi kepadanya.

"Selepas saya menerima banyak ugutan daripada samseng-samseng Umno, tidak mungkin ibu bapa saya menerima ugutan Reezal Merican (supaya) saya minta maaf secara terbuka kepada Umno.

"Saya tak buat salah, buat apa saya minta maaf. Saya bukannya buat salah. Kalau nak anggap ini (turun bendera) biadap, mereka lebih biadap (kerana) fitnah saya guna (akhbar) Utusan (kononnya) saya koyak bendera (muka Najib) dan dedah (gambar) gay mirip muka saya di internet lebih biadap," ujarnya semalam di Komtar, George Town.

Beliau berkata, polis sendiri menyaksikan aksi beliau menurunkan bendera muka Najib tetapi tidak menangkapnya kerana perbuatannya itu bukanlah suatu jenayah.

"Tanya pada polis kerana saya tidak dihalang sebab saya tidak melakukan jenayah ketika itu," tegasnya,

Beliau yang juga anak kelahiran Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi kecewa kerana Reezal (atas) yang juga pemimpin Umno tempatan, di sini, sanggup mengugut beliau sekeluarga.

Pendedahan terbaru itu disuarakan selepas Solidariti Mahasiswa Untuk Kebebasan Akademik (Bebas) menyerahkan Memorandum 6 Tuntutan Mahasiswa kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dalam perkembangan yang sama, beliau mengecam tindakan gerombolan samseng yang dikaitkan dengan Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida Malaysia) dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) menyerbu van yang dinaiki mereka sehingga menggagalkan rapat umum mahasiswa di 'Sudut Pidato' dekat Padang Kota Lama, George Town tengah hari semalam.

"Ini (Umno) bukan parti politik, ini parti samseng. Kami mahasiswa, kami bukan samseng. Mahasiswa dan rakyat elok tolak budaya samseng parti ini," tegas beliau.

Tuntas dari itu, Adam Adli menyeru seluruh rakyat khususnya mahasiswa yang benci dengan politik samseng supaya menolak Umno BN di pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada awal tahun depan.


Tiada ulasan: