Era Pasca |
- Panas!! Terengganu Tidak Cukup Wang..??
- Asalkan Bukan Umno bergema lagi..!!
- Terkini!! Rosmah kembali lagi: Kali ini dengan kek harijadi yang besar..!!
- Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak..!!
- Lebih RM1,000 Billion Wang Negara Lesap Dibawah BN. Mahu Pilih Mereka Lagi?
- Panas !! Bukti Mahathir Pernah Minta Bantuan Bank Dunia..!!
- Terkini!! Skandal NFC: Umno mula bercakaran sesama sendiri..!!
Panas!! Terengganu Tidak Cukup Wang..?? Posted: 17 Dec 2011 01:37 AM PST TERENGGANU dikenali dengan negeri yang kaya raya. Wang royalti minyak tidak habis dimakan. Kerana terlalu banyak wang ada projek-projek yang tidak memberi keuntungan kepada rakyat dilaksanakan dan masih diteruskan sampai ke hari ini tanpa pemantauan jitu. Walaupun kerajaan bekas MB pimpinan Idris Jusoh dikecam sebagai boros dan rakus tetapi kerajaan selepas Idris Jusoh dua kali lima sahaja. Apakah Terengganu memerluan seorang pemimpin yang bukan saja tahu mengurus tetapi bijak mengurus wang rakyat. Tidak cukup untuk sesebuah negeri kalau pemimpinnya dikenali sebagai baik dan mesra rakyat, sampai masuk ke kandang kambing. Pemimpin bukan saja hanya perlu takut membeli kambing, tetapi lebih dari itu. Paling penting mengawal perbelanajan negeri dan meletakkan wang yang Allah berikan itu kepada kepentingan rakyat. Saya tidak tahu apakah kerajaan UBN Terengganu hari ini pandai menguruskan kewangan. Telah meletakkan wang yang melimpah itu ke atas tempat sebenarnya. Ataupun wang itu digunakan untuk membuat projek yang sedap didengar saja seperti Monssoncup dan Pulau Warisan itu? Atau pun apakah wang itu digunakan untuk membangun projek yang boleh membawa kesejahtraan dunia dan akhirat? Terbaru saya dengar ada sebuah jambatan akan di bina di kuala merentangi laut Cina selatan untuk menghubungi Seberang Takir. Nilainya banyak ratuan juga dengar khabar. Siapakah yang mendapat untung di sebalik pembinaan jambatan itu? Apakah rakyat atau kontrektor. Pembinaan khabarnya akan bermula pada tahun depan. Saya sedang mengumpul maklumat berhubung pembinaan jambatan yang berupa lebih untuk dijadikan legasi seseorang. Rakyat Terengganu perlu memantau pembinaan jambatan baru itu supaya ia memberi kebaikan kepada rakyat. Jangan saja bina kemudian jadi gajah putih seperti beberapa pusat sukan yang dibina hanya untuk kegunaan sekejap saja kemudian runtuh dan timpa kepala rakyat sampai pecah bersembur. Kalau runtuh jambatan teruk sedikit... bukan setakat pecah rakyat boleh hanyut. Berbalik kepada penggunaan wang tadi, saya ada singgah di pantai Batu Buruk. Hajat hati hendak lepaskan penat selepas jauh berjalan. Pantai biasanya memberi suasana yang tenang dan damai. Itu fikir saya. Sebaiknya apa diharapkan meleset sama sekali. Tidak tergamak untuk saya katakan tempat yang saya singgah itu pantai yang terletak di tengah pusat bandar. Ia penuh dengan sampah sarap bergelimpangan. Apakah Terengganu tidak ada peruntukan untuk uruskan sampah di pantai ataupun sekali algi kewangan disalah gunakan. Atau pun kerajaan UBN Terengganu mengira sampah bukan masalah mereka, atau pun sudah mangli dengan sampai bersepah. Harapnya kalau saya singgah sekali lagi di pantai Batu Buruk wajah pantai itu tidak menjadi buruk seperti mana yang saya tenguk hari itu. Wang banyak apa salah perbaharuilah wajah pantai anda agar senang mata memandang. Wajah pantai adalah gambaran samada wajah sesebuah kerajaan itu comot, lunyai atau pun bersih dan licin. MSO |
Asalkan Bukan Umno bergema lagi..!! Posted: 17 Dec 2011 12:20 AM PST Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang menjadi sebutan menjelang pilihan raya 2008 kembali meraih perhatian dalam acara sulungnya di tapak markas tarbiah PAS, Taman Melewar malam tadi. Sebelum ini, ABU hanya dikenali melalui contengan grafiti di dinding dan tembok sekitar Kuala Lumpur dan juga cakap-cakap di kedai kopi. Ceramah pertama yang dijalankan malam tadi bagaimanapun mula menampakkan bentuk "Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN" ini. Program ceramah rakyat itu membariskan wakil daripada golongan masyarakat yang rata-ratanya menyuarakan kekecewaan terhadap Umno dan BN serta menyeru supaya parti berkenaan tidak lagi dipilih dalam pilihan raya akan datang. Bekas pemimpin muda PKR, Badrul Hisham Shaharin yang bertindak sebagai pengerusi ceramah berkata, ABU bukanlah satu pergerakan politik tetapi satu "semangat dan iltizam rakyat untuk menghumbankan Umno." "Ia bukan milik sesiapa," katanya lagi yang menambah, gerakan itu juga tidak mempunyai pemimpin tapi bergerak atas semangat sama untuk mengundi selain Umno dan BN. Antara pemimpin politik yang ditampilkan dalam ceramah berkenaan ialah naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, presiden Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim, setiausaha agung PSM, S Arutchelvan dan juga wakil SAPP, Benny Loh. Mahfuz dalam ucapannya di ceramah berkenaan berkata, kempen ABU itu membawa semangat sama yang menghumbankan parti Liberal Democratic Party di Jepun pada pilihan raya di negara berkenaan dua tahun lalu. ABU seperti di Jepun Katanya, LDP tidak ubah seperti Umno yang membentuk kerajaan secara berterusan di negara berkenaan selama 54 tahun. Anehnya, ramai yang memilih untuk tidak menyokong LDP pada pilihan raya 1999 berbuat demikian tanpa mengetahui dasar dan juga tawaran oleh parti alternatif – Democratic Party yang baru dibentuk setahun sebelum itu. "Bila ditanya (sebab undi Democratic Party), pengundi kata 'oh asalkan bukan LDP," kata Mahfuz lagi. Beliau turut menyeru supaya para hadirin berkenaan tidak termakan dengan kebimbangan yang ditimbulkan Umno bahawa Malaysia akan hilang kemajuan sekiranya kerajaan berubah. Katanya, ekonomi Jepun yang jauh lebih maju daripada Malaysia tidak terjejas walau kuasa politik itu berubah kepada parti baru. "Takkanlah mereka tidak terfikir bahawa mereka akan hilang kemajuan jika buat perubahan," soalnya lagi. Bagaimanapun, fokus utama program itu ialah luahan perasaan daripada rakyat biasa yang diangkat ke pentas ceramah berkenaan, kata Badrul Hisham. Antaranya ialah seorang pekerja kilang, Zuraidi Abdullah yang membangkitkan mengenai masalah yang dialami oleh pekerja industri yang tidak dilindungi gaji minimum dan juga manipulasi oleh majikan dalam kontrak kerja. "Gaji RM600 memang tak cukup untuk tampung kos sara hidup hingga pekerja terpaksa kerja lebih masa. Mereka akan berada lebih 12 jam di tempat kerja," katanya pemuda dari Melaka itu lagi. 'Akta tak bermaruah' Isu berkenaan turut diulas oleh seorang aktivis pekerja, Jaafar Malik yang mempertikaikan langkah kerajaan untuk membiarkan majikan menetapkan gaji pekerja mengikut harga pasaran. "Harga pasaran itu apa? Adakah kita ini sama dengan kobis? Sama dengan cili? Sama dengan lembu?," katanya yang disambut gelak ketawa daripada lebih 700 orang yang hadir. Setidak-tidaknya kerajaan perlu merangka dasar gaji minimum sekiranya tidak mampu untuk membuat akta khusus, kata Jaafar (foto kiri). "Tapi ini dasar pun tak boleh diwujudkan," tambahnya yang memuji langkah Selangor berhubung penetapan takah RM1,500 untuk gaji minimum kakitangan kerajaan negeri itu. Anggota exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia itu juga menyamakan langkah kerajaan untuk memperkenalkan sistem kontraktor tenaga kerja melalui pindaan Akta Kerja 1955 dengan sistem dalam industri seks. "Strukturnya mudah. Ada bapa ayam dan ada anak ayam, itulah dia kontraktor pekerja. "Anak ayam yang kerja dan bapa ayam dapat hasil, jadi memanglah akta ini tak bermaruah," katanya lagi yang mahu pekerja mengadakan demonstrasi besar pada Februari depan untuk membantah pindaan berkenaan. 'Hancurkan Umno' Turut mencuri perhatian ialah seorang kontraktor binaan, Yusof Tapa, yang mendakwa telah menghadapi masalah untuk mendapatkan kontrak apabila tidak lagi bersama Umno. "Orang Umno ini tak boleh tengok orang senang," katanya yang mendakwa telah disenarai hitam daripada menerima projek sejak tiga tahun lalu. Namun, beliau tetap berjaya mendapatkan dua projek melalui lesen kontraktor rakan-rakannya dan akan menyelia projek di jalan-jalan berkenan. Perkara itulah yang menimbulkan kemarahan pihak tertentu yang menimbulkan pertanyaan: "Apa pasal Yusof Tapa duduk tepi jalan, dia dapat kerja ke?" Sedangkan, beliau mendapat projek berkenaan melalui saluran yang betul, kata bekas pemimpin di satu bahagian Umno Negeri Sembilan itu. Perkara itu menunjukkan bahawa pemimpin berkenaan Umno, yang juga menjawat jawatan dalam perbadanan negeri, bukanlah berjuang untuk kepentingan Melayu tetapi untuk kepentingan kroni mereka sendiri, kata Yusof. "Jadi kalau ada yang masih dengan Umno kita tinggalkanlah. Kita sertai Pakatan Rakyat, kita kempen untuk hancurkan Umno," katanya lagi. |
Terkini!! Rosmah kembali lagi: Kali ini dengan kek harijadi yang besar..!! Posted: 16 Dec 2011 10:05 PM PST Rosmah sudah kembali lagi. Setelah selesai mengerjakan haji dan agak sepi semasa perhimpunan agung UMNO, wanita pertama Malaysia, atau lebih dikenali dengan nama FLOM sudah siap sedia untuk menyerlah, dan kenapa tidak? Jika ramalan pemerhati politik tepat tentang suaminya yang bakal dijatuhkan, iaitu Najib Razak, dia akan langsung dipinggirkan dari golongan atasan. Mereka berdua akan dipulaukan seperti penyakit berjangkit dan Najib juga akan kehilangan jawatan sebagai presiden UMNO pada pemilihan parti tahun 2012 yang akan datang. Ini akan menjadi tamparan yang maha hebat buat Rosmah. Kek bersaiz gergasi Pada 10 Disember yang lalu, sahabat dan pencacainya telah mempersembahkan wanita berusia 60 tahun ini dengan sebuah kek harijadi yang amat besar, hampir sebesar sebuah meja. Tidak seperti saiz dan rupa pelik yang dipersembahkan oleh pemimpin UMNO Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng, kek Rosmah yang berwarna putih dan pastel begitu cantik. Kek itu sudah semestinya dipersembahkan pada pembukaan Ekspo PERMATA 2011 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Melihat kepada gambar yang tersebar di alam maya, sememangnya Rosmah sendiri terpegun dengan saiz kek yang besar itu. Bukankah itu memang padan dengan orangnya? Ramai yang berfikir, berapakah kos kek tersebut dan adakah pemberinya mengharapkan pulangan dari FLOM? Jika ia sebenarnya dibuat untuk meraikan kejayaan kumpulan kebajikan PERMATA kenapa tidak tertulis, "Selamat ulangtahun ibu PERMATA" diatasnya? Bukankah Rosmah sepatutnya meraikan harijadi di dalam parti tertutup dan menggunakan duitnya sendiri untuk membuat persediaan itu? Walhal itu adalah harijadinya. Apa pun, bermula dengan parti kecil yang ditaja ini Rosmah seakan-akan memberitahu semua bahawa setelah perhimpunan agung UMNO, dia sudah kembali dengan penuh gaya. Menang atau kalah, keluarga Najib akan keluar dari Putrajaya, tiada majlis meriah meraikan mereka. Walaupun begitu, mereka akan tetap pergi dengan segala kemewahan yang telah diikaut sementara rakyatlah yang sengsara membayarnya. Kisah cinta dan perkahwinan Sebagai bekas pegawai bank, Rosmah sememangnya jauh lebih bijak dari rakan-rakan yang lain. Dia telah berjaya menawan hati bakal perdana menteri dan ini telah membuktikan kelicikkannya. Lahir dalam keluarga yang sederhana, dia berjaya memasuki Kolej Tunku Kursiah, seterusnya Universiti, mengahwini personaliti tv, mengadakan hubungan sulit dan seterusnya berkahwin dengan Najib. Najib yang merupakan anak sulung perdana menteri kedua Abdul Razak Hussien telah pun mendirikan rumah tangga dan merupakan menteri pendidikan sewaktu mereka mula berkenalan. Namun, percintaan mereka lebih hebat dari ikatan perkahwinan masing-masing dan mereka kemudiannya meninggalkan pasangan mereka untuk bersama. Bagi membuktikan bahawa dia layak untuk pengorbanan yang dibuat, Rosmah membiarkan dirinya dibelakang tabir, dan menjadi seorang isteri yang taat, penyayang dan memberikan sokongan penuh kepada suami. Dia telah berjaya melindungi sikap sebenarnya yang dikatakan pengkritik sebagai seorang yang bercita-cita besar dan boros. Tidak sabar untuk menggantikan Jeanne Abdullah Mungkin Rosmah merasakan bahawa dia telah lama bersabar dan tidak mampu menunggu lagi untuk menjadi isteri perdana menteri sehinggakan didalam perbualannya dengan rakan-rakan rapat, mengejek Tun Jeanne Abdullah sebagai tidak layak untuk anugerah tersebut. Apabila sampai masa Najib mengambil alih kediaman rasmi perdana menteri, Rosmah telah menempah kelengakapan dalam rumah yang mewah dan baru berharga mencecah RM65 juta. Tapi, pada malam 9 Disember 2006, dalam majlis makan malam rasmi yang meraikan penabalan YDA ke 12, dia telah menunjukkan belangnya apabila mengarahkan majlis ditamatkan pada pukul 10 malam. Dengan satu arahan keras, Rosmah telah memendekkan majlis lebih awal 2 jam yang telah menyekat YD Agung untuk bermesra dengan tetamu yang datang dari dalam dan luar negara. Cintakan Bollywood Kerenah besar kepala yang ditunjukkan oleh Rosmah adalah kerana semata-mata mahu menghadiri majlis penuh glamor, iaitu Global India Film Awards [GIFA BOLLYWOOD] yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Disana, Rosmah dengan beraninya meninggalkan rombongan termasuk suaminya dan beberapa kenamaan yang juga dipaksa balik untuk menonton dirinya bermesra dengan artis Bollywood tanpa segan silu. Pada ketika itu, belang sebenarnya nampak satu persatu. Skandalnya tidak mengenal batasan, dari penglibatannya dalam komisyen kapal selam Scorpene, yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, keakrabannya dengan golongan antarabangsa yang kaya dan mewah, berbelanja dengan boros dan pembelian barangan peribadi dari beg tangan Birkin yang bernilai RM100 000 sehinggalah ke cincin berlian biru yang berharga RM73 juta. Tabiat borosnya telah menjadikan rakyat miskin semakin geram dengan perempuan yang melantik dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia ini. /MC |
Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak..!! Posted: 16 Dec 2011 09:00 PM PST KUALA LUMPUR- Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mesti bertindak kepada individu yang dikaitkan dengan video klip Sembang Rakyat yang menghina hukum hudud. AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Noh tidak boleh melepaskan diri dalam isu ini kerana individu yang sama yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang, laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, di samping blog Pena Noh. "Beliau mesti menunjukkan sikap tegas membenteraskan golongan yang menghina hukum Allah. "Bukankah sekarang Umno Selangor begitu tegas "memelihara akidah" rakyat Selangor," kata Idris dalam kenyataannya. Beliau mengulas kenyataan Noh Omar yang menafikan beliau terlibat dengan pembikinan video klip dalam Sembang Rakyat itu. Baru-baru ini, Harakahdaily menyiarkan laporan satu video klip yang menunjukkan bukti-bukti kaitan antara video Sembang Rakyat dengan Noh Omar. Email penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan video menghina hudud itu juga email yang tertera sebagai pengendali laman web rasmi Noh iaitu Pena Noh dan laman web Umno Bahagian Tanjung Karang yang diketuai Noh. Email itu juga didapati ada kaitan dengan laman web Puteri Umno Selangor, menurut klip video yang diterbitkan oleh Malaysianews. Harakahdaily menyiarkan berita ini 14 Disember lepas di bawah tajuk Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar? tentang isu ini. Idris memberikan ingatan, agar Noh Omar jangan lupa pula bahawa mereka yang menghina hukum Allah boleh terbatal akidah, bukan sahaja mereka yang tukar agama sahaja. ika Noh Omar lupa perkara ini, beliau boleh merujuk Kitab Mastika Hadis jilid pertama keluaran Jabatan Perdana Menteri halaman 225-229, kata Idris . Di dalam kitab tersebut menjelaskan dengan ditil perkara yang membatalkan akidah, beritahu Idris. Bagi beliau, Noh perlu menunjukkan sikap tegas dan bertindak kepada pembuat video klip ini jika benar seperti yang dituduh. Jika beliau tidak bertindak maka beliau redha dan restu terhadap perbuatan tersebut, katanya. Idris memberikan ingatan azab Allah pedih dan kekal selama-lamanya bagi mereka yang terlibat. "Janganlah kerana politik maka sanggup menghina Allah dengan tukaran dunia yang murah," katanya lagi. Sekarang, kata Idris, terbukti siapa yang menghina hukum Allah, sebelumnya Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang begitu lantang menghina hukum Allah, Noh Omar dan pemimpin Umno menikus tidak menegur tindakan Presiden MCA. |
Lebih RM1,000 Billion Wang Negara Lesap Dibawah BN. Mahu Pilih Mereka Lagi? Posted: 16 Dec 2011 06:45 PM PST RM1,077 bilion wang negara dibawa lari, lapor GFI KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia kehilangan "satu dekad yang telah hancur dek korupsi", di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9. Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja. RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh 9 tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan 5 negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar. Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan medianya hari ini. Menurut Lim, laporan terkini GFI yang bertajuk "Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009" telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa. Mengikut penulisnya, kata Lim Guan Eng, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia. Kata Lim, mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan "ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai. Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara, katanya. Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula. "Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi. "Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita," tegas Lim. Antaranya, projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal "lembu dan kondo" RM250 juta NFC, "komisyen" setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos "overrun" atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban. Ia termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram, tambahnya. "Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri. "CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana "unsur-unsur kerajaan" yang memudahkan "rasuah besar" masih lagi tersebar luas," katanya. Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia. "DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij. "Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini," tegas beliau. Satu dekad yang telah hancur dek korupsi |
Panas !! Bukti Mahathir Pernah Minta Bantuan Bank Dunia..!! Posted: 16 Dec 2011 05:40 PM PST Dalam usaha membuang gelaran "agen AS" terhadapnya, Anwar (bawah) berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan. Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu. Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman. Beliau mendedahkan perkara itu ketika menyampaikan ucap utama dalam dalam majlis makan malam membincangkan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) malam tadi yang antaranya turut dihadiri wakil kedutaan asing. Mahathir mengaku hanya jadi pak turut semasa menjadi PM - Malaysiakini Selama ini ramai rakyat Malaysia mengagumi kepimpinan Tun Mahathir sepanjang beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia paling lama dalam sejarah. Banyak keputusan-keputusan yang dibuat olehnya dilihat sebagai keputusan yang bijak demi kebaikan negara. Namun begitu buku terbaru hasil tulisannya menggambarkan perkara sebaliknya. Adakah keterlaluan jika dirumuskan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak kuasa selama 22 tahun menjadi perdana menteri? Kesimpulan ini mungkin boleh dibuat berasaskan nilai "pengakuan" beliau sendiri dalam buku kisah hidupnya, "A doctor in the house: The memoirs on Tun Dr Mahathir Mohamad". Atau, adakah Dr Mahathir berbuat demikian untuk menutup pekung di dada dan menghalalkan segala penyelewengan kuasa, pemborosan dan rasuah dan kronisme yang mewarnai pemerintahan beliau? Bersandarkan buku "A doctor in the house" dan pengakuan Dr Mahathir sendiri, mantan perdana menteri itu mahu rakyat percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988. Malah beliau juga tidak bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih 100 aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987. Dalam buku nukilannya, Dr Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada Almarhum Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar. Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh. Gadaikan negara Selain itu Dr Mahathir, mengikut pengakuannya sendiri, terpaksa akur desakan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar untuk melancarkan Ops Lalang. Mungkin perlu ditambah kepada pendedahan Dr Mahathir itu adalah tema yang sering dikitar oleh beliau, bahawa bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya "menggadaikan" negara apabila berurusan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF. Dr Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya. Sebenarnya Dr Mahathirlah yang meminta bantuan IMF di kala krisis kewangan dunia sedang memuncak, dan mustahil Anwar tidak mengetahui segala tindak-tanduk Mahathir hinggalah kedua-duanya berbalah dan karier politik Anwar berakhir di Sungai Buloh pada 1998. Dr Mahathir juga mahu kita mempercayai bahawa beliau tidak sama sekali mengarahkan Petronas menggunakan hasil minyak untuk membeli kapal-kapal tangki bernilai lebih RM1 bilion untuk menyelamatkan anaknya Mirzan ketika kemelesetan ekonomi 1997. Begitu juga dengan keputusan Petronas untuk membiayai projek-projek seperti pembinaan Putrajaya, Lapangan Terbang KLIA dan sebagainya. Semua pelaburan berjumlah lebih RM100 bilion ringgit itu itu adalah berasaskan keputusan dibuat oleh pengurusan Petronas sendiri dan bukan atas kehendak Dr Mahathir. Jadi rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumuskan Dr Mahathir adalah seorang perdana menteri yang mengaku dirinya sebagai tidak mempunyai kuasa dan hanya mentadbir di bawah telunjuk pihak lain. Selasa lalu, ketika melancarkan buku itu, Dr Mahathir berkata beliau mengambil masa lapan tahun menulisnya dan menunggu masa sesuai sebelum melancarkan buku itu. Amat mendukacitakan Almarhum Sultan Mahmud sudah mangkat dan tidak dapat membela diri terhadap tuduhan Mahathir bersabit pemecatan Salleh Abas. Pemecatan beliau bersama lima hakim kanan yang lain masih menjadi detik hitam dalam sejarah perundangan negara. Dr Mahathir mengelak daripada memikul tanggungjawab mencalar dan menghakis kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi sebaliknya menyalahkan seorang sultan yang sudah mangkat. Dalam kes Anwar, Dr Mahathir mengelak untuk memberi keterangan di mahkamah, tetapi beliau melontarkan fitnah dan tuduhan dan berlindung di bawah payung Umno yang melihat Anwar sebagai musuh politik utamanya. Mungkin kini sudah sampai masanya pihak Istana menegur Dr Mahathir kerana sifat celuparnya mengheret keluarga diraja Johor semata-mata untuk menghalalkan tindakannya memecat Salleh Abas demi menyelamatkan diri beliau dan Umno pada tahun 1988. Dan, mungkin sampai masa Dr Mahathir sedar bahawa lebih banyak beliau bercakap, lebih terserlah pembohongannya. Mahathir's Roasting From the Economist MALAYSIA'S prime minister, Mahathir Mohamad, generally takes some pride in bucking conventional wisdom. The result, he says, has been "to make Malaysia stable politically and successful in its . . . economic development." Perhaps. But even businessmen in Kuala Lumpur, traditionally among Dr Mahathir's greatest fans, fear his unorthodox approach might now bring political uncertainty and financial disaster. They are not alone. Worries that their country may be the next Thailand are shared by businessmen in neighbouring countries, especially those already suffering Thai contagion through a loss of confidence in their currencies and markets. So far, pragmatic U-turns have limited the damage of some of Dr Mahathir's heresies. More, however, are probably needed. Dr Mahathir might have been expected to have learned his lesson. When, last month, he responded to a slump in the stockmarket by introducing a ban on certain types of trading, the market fell sharply, and the ban had to be lifted. But, with the eyes of the financial world upon him at this week's meetings of the World Bank and IMF in Hong Kong, it was perhaps too much to expect Dr Mahathir not to steal the show. He coupled his, by now familiar, attack on currency speculators, notably America's George Soros, with a threat to ban dealing in the Malaysian currency, the ringgit, for purposes other than trade. When the foreign exchanges opened two days later, the ringgit predictably fell to a new low, some 19% lower against the dollar than it had been in early July. Dr Mahathir's deputy and probable successor, Anwar Ibrahim, was left to make what he called a "tricky clarification": that his boss had not really meant what he said. While reassuring in itself, Mr Anwar's spin-doctoring fostered the impression of a policy disagreement at the top. The political stability of which Dr Mahathir has so often boasted since taking office in 1981 looked less solid. After all, for years the only significant questions in Malaysian politics have been whether the prime minister will hand over to Mr Anwar, and when. But in Malaysia, even those who agree with Mr Soros that Dr Mahathir has become "a menace to his own country" believe he is still safe in his job. Dr Mahathir remains in control of his political party, the United Malays National Organisation (UMNO), which dominates the ruling coalition. At times, Mr Anwar and some of his backers have seemed impatient to take over, but they now seem content to wait at least until the next election for the UMNO leadership, which is due in 1999. "Just think what damage he can do by then," laments one gloomy analyst, alarmed at Dr Mahathir's influence on economic policy. In the past, the central bank and foreign ministry have been far more conventional. Now, however, Dr Mahathir is seen as an obstacle to the type of unpleasant policy adjustments needed to stop the slide in the economy. Thailand has been obliged to adopt drastic measures by an IMF bail-out. The other countries most affected, the Philippines and Indonesia, have likewise introduced tough austerity measures and tight monetary policies - unnecessarily tight in the view of some economists. Dr Mahathir has, reluctantly, agreed to postpone some of the grandiose projects that formed part of his vision of an industrialised Malaysia by 2020: the huge and controversial Bakun dam, a new airport, and part of a new administrative capital, for example. But so far interest rates have been kept low, so as not to strangle high growth rates. The worry is that this policy will lead to a continued fall in the ringgit. The stockmarket has already lost 40% of its value this year. Banks, which have lent heavily to finance share purchases and a glutted property market, might find themselves in big trouble. Malaysia has relatively little foreign debt compared with Thailand, but the total volume of bank lending, at about 160% of GDP, is similarly huge. On September 24th and 25th, jitters led to a nationwide run on deposits at MBf, Malaysia's largest finance company, sparked by rumours - denied by both the company and the central bank - about its liquidity, and the health of its founder. Dr Mahathir tends to see apocalyptic warnings of a Thai-style catastrophe as the prophecies of international conspirators bent on thwarting Malaysia's modernisation, and on subverting his authoritarian style of rule. He is not alone in South-East Asia in blaming foreigners, but in Thailand, the Philippines and Indonesia such views are more tactfully expressed. What seems obvious to so many western policymakers=97that there is, in fact, a shared interest in the region's well-being=97is not universally believed. As the effects of the economic downturn begin to be felt more acutely by South-East Asians, the political temptations of xenophobic nationalism will rise. The task for those trying to persuade countries such as Malaysia to make painful policy changes is to convince them there is no international conspiracy. Rather, Dr Mahathir has lost the plot. |
Terkini!! Skandal NFC: Umno mula bercakaran sesama sendiri..!! Posted: 16 Dec 2011 04:30 PM PST KUALA LUMPUR: Skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil jelas memberi tekanan kepada Umno- Barisan Nasional. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, parti itu kini dilihat bercakaran sesama sendiri apabila ada antara pemimpinnya turut mendesak Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. "Jelas menunjukkan bahawa isu lembu ini bukan direka-reka oleh KEADILAN dan kita juga nak mematahkan hujah Shahrizat yang kata kononnya kita tidak ada kerja lain," "Dakwaan KEADILAN jelas bukan fitnah, dan buktinya apabila pemimpin atasan Umno dan pemuda MCA pun pernah menyentuh hal ini. Dalam parti mereka sebenarnya ada rasa tidak puas hati kerana skandal (NFC) ini sampaikan antara mereka bercakaran," kata Johari. Semalam, sekitar 80 orang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan menyerbu pejabat Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkaitan kenyataan beliau yang mengumpamakan Shahrizat dan keluarganya "biawak hidup," Antara mereka hadir ialah wakil Persatuan Gabungan NGO Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia, National Women Entrepreneurs of Malaysia (Nawem) dan Kelab Sahabat Kebajikan Nusantara. Shahrizat sebelum ini turut mendapat tekanan dari Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mendesak beliau untuk berundur dari jawatannya. Malah Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut membuat kenyataan serupa dalam media tempatan. Skandal NFC mencetuskan kontroversi kepada negara apabila KEADILAN mendedahkan banyak penyalahgunaan wang dari dana RM250 juta yang dilaburkan dalam projek lembu tersebut. NFC merupakan syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki keluarga Shahrizat yang didakwa mengalami kerugian dalam operasinya namun pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah. Lebih mengejutkan, NFC didedahkan membeli kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca GROUP To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan