Jumaat, 23 Disember 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ibu BIar Anak Remaja Berkhalwat di dalam Rumah Sendiri

Posted: 23 Dec 2011 04:00 AM PST


Saya petik:

[SH] LEDANG – Seorang ibu tergamak menyembunyikan perbuatan anak perempuannya daripada ditangkap khalwat dalam satu serbuan oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang di sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Tangkak, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, tindakan wanita berusia 44 tahun itu yang mendakwa teman lelaki anaknya sebagai anak saudaranya dari Segamat terbongkar.

Ia berikutan anak perempuan wanita terbabit yang berusia 17 tahun mengaku lelaki berusia 16 tahun dan tidak bersekolah itu adalah teman lelakinya, selain bercadang untuk berkahwin pada Mac tahun depan.

Lebih malang, ibu remaja terbabit turut diarah hadir ke Pejabat Agama Daerah Ledang kerana didapati nikah tanpa kebenaran di Narathiwat, Thailand pada 2004.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa rumah tersebut.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita berbaju tidur membuka pintu.

"Pihak penguat kuasa terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum wanita berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

"Pemeriksaan lanjut menemui seorang remaja lelaki berseluar pendek tanpa memakai baju dalam sebuah bilik, manakala remaja perempuan sedang baring di atas katil," katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing," katanya.

Beliau berkata, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala ibu remaja perempuan terbabit diarahkan hadir ke Pejabat Agama Darah Ledang kerana bersubahat dan akan didakwa di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam kerana nikah tanpa kebenaran.


P/s Tak tahu nak kata apa!

Minta Suami Jaga Anak, Rupa-rupanya "Ehem-ehem" dengan Rakan Suami

Posted: 22 Dec 2011 11:00 PM PST


Saya petik:
[SH] GEORGETOWN – "Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya," rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.

Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin.

Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.

Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.

Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.

Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.

Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.

"Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan," katanya.

Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan.

Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran.

"Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap," katanya sambil mengesat air mata.

Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.

Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.

"Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya.

"Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar," kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa.


P/s: Bingai!

Khir Toyo Bersalah, PENJARA Setahun

Posted: 22 Dec 2011 10:30 PM PST


Saya petik:

[MK] Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.
Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

NONEKhir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

khir toyo mansion 060709 06Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut. 



P/s: "Setahun saja?" kata kawan saya. Saya kata, "Silap-silap, tak kena langsung. Baru Mahkamah Tinggi."




[Menarik] Malaysia Beli 2 Buah Kapal Selam RM6.7 Bilion, Indonesia Beli 3 Buah Kapal Selam Sekali dengan Teknologi RM3.4 Bilion

Posted: 22 Dec 2011 06:48 PM PST

Sebelum ini, saya ada tonjolkan pembelian 6 buah kapal selam jenis Kilo (Rusia) oleh Vietnam berharga RM6 bilion dan Malaysia dengan bangganya membeli 2 buah kapal selam jenis Scorpene dengan harga RM6.7 bilion di sini. Ironinya, kedua-dua jenis kapal selam itu mempunyai spesifikasi yang hampir sama. Artikel ringkas itu agak popular dipautkan di FB.

Hari ini, kandungan sebuah berita pertahanan yang disiarkan oleh AFP dan kemudiannya diterjemah dan disalin oleh pelbagai media amat menarik perhatian kita. Indonesia dilaporkan menandatangani perjanjian bernilai AS$1.1 bilion (RM3.48 bilion) dengan Korea Selatan untuk membekalkan tiga buah kapal selam kepada Indonesia.

Selain harga dan kuantiti, apa lagi yang menarik?
Pembelian kapal selam ini dilakukan secara tender TERBUKA. Dalam urus niaga ini, Korea Selatan berjaya mengalahkan pesaingnya, iaitu Perancis, Jerman, dan Rusia. Untuk pengetahuan anda yang masih tidak tahu, Malaysia membeli dua buah Scorpene "2nd hand" daripada Perancis bukan melalui tender terbuka. Alasan Malaysia berbuat demikian kerana kononnya takut rahsia negara diketahui umum. Walhal spesifikasi kapal selam ini bersepah di internet, malah bukan Malaysia sahaja yang memiliki kapal selam ini. Jangan gelak! Walaupun lucu, tetapi itulah jawapan yang diberikan oleh pihak terbabit di Parlimen. Oleh sebab tiada tender terbuka, maka wujudlah komisen dan yang paling lawak, dalam kes pembelian Scorpene, Malaysia menggunakan  khidmat penterjemah (Altantuya) yang akhirnya mati di tangan dua anggota elit polis yang ada kaitan dengan pembesar negara (takkan tak tahu kot?).Lagi pelik, tidak adakah pegawai kerajaan atau pegawai tentera yang boleh menjadi penterjemah selain Altantuya????

Apa yang menguntungkan Indonesia?
Media melaporkan pembelian 3 buah kapal selam ini, saya ulang 3 buah, turut menawarkan PERTUKARAN TEKNOLOGI. Agaknya, mungkin inilah sebab Korea Selatan berjaya memenangi kontrak tersebut mengalahkan negara-negara lain. Mungkin suatu hari nanti, Indonesia pula akan membekalkan kapal selam di rantau ini. 

Kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Hartind Asrin "Korea Selatan mempunyai teknologi terkini dan mereka bersifat terbuka untuk melakukan pertukaran teknologi sementara negara lain yang membida projek itu hanya berminat untuk menjual kapal selam.

Di bawah perjanjian itu, syarikat Indonesia, Penataran Angkatan Laut (PAL) akan dibenarkan memerhatikan bagaimana dua kapal selam berkenaan dibina dan memasang kapal selam ketiga di Indonesia. 

"Dua kapal selam akan dibina di Korea Selatan dan ketiga dibina di kilang PAL yang terletak di Surabaya di Jawa Timur," tambah Hartind.  

Apabila merujuk lebih lanjut di internet, kapal selam buatan Korea ini mempunyai berat 1 400 tan dan boleh membawa sekitar 40 krew serta mempunyai lapan tube senjata untuk melancarkan torpedo dan peluru berpandu.

Cuba lihat spesifikasi ringkas Scorpene yang saya peroleh di internet di bawah ini. Apa persamaannya dengan kapal selam buatan Korea? Cuba lihat kuantiti krew yang boleh menyelam bersamanya serta kemudahan senjatanya.


Kapal selam buatan Korea ini walaupun lebih ringan, namun boleh membawa sekitar 40 krew serta mempunyai 8 tube senjata berbanding dengan Scorpene yang boleh membawa 31 krew dan 6 tube senjata. Cuba lihat spesifikasi yang saya peroleh di Wiki di sini. Pada mata kasar, Kilo dan Scorpene mempunyai keupayaan yang hampir sama.

 Apa yang merugikan Malaysia?
Selain didakwa terpaksa membayar komisen hampir RM500 juta, mungkin dari segi spesifikasi kapal, Malaysia juga rugi dari segi pertukaran teknologi seperti yang diperoleh Indonesia.  Malah kapal selam Scorpene 2nd hand ini pernah dilaporkan tidak boleh menyelam dan mengalami masalah teknikal. Anda bayangkan kapal selam recon yang baru dibeli ini mempunyai masalah teknikal???!! Hal ini disahkan sendiri oleh Panglima Tentera Laut Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang menyatakan bahawa terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman.

Menyentuh soal kerosakan yang dialami kapal selam negara ini. Azmin Ali seperti yang dipetik oleh Keadilan Daily mempersoal "Akibat daripada proses yang tidak telus serta diselubungi pelbagai masalah, pembelian kapal selam Scorpene ini merupakan satu malapetaka bagi negara."

"Sudahlah kapal selam tersebut tidak dapat menyelam, sekarang ini negara dibebani dengan kos-kos tambahan atau kos-kos yang dipadamkan daripada kontrak asal atau bajet asal perolehan serta penyeliaan kapal selam tersebut."

Azmin berkata demikian sewaktu membahaskan Perbekalan Tambahan hampir RM500 juta yang diminta Kementerian Pertahanan, di Dewan Rakyat semalam.

Beliau mempersoal permohonan RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene dan RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).

Sedangkan sebelum ini, kata Azmin, kerajaan sudah membayar 999.15 juta Euro kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002. -DCM



P/s: Artikel ini hanya serkap jarang. Saya tiada kepakaran dan sudah tentu tiada masa untuk mengkajinya sebelum mengutarakannya di sini. DCM tidak bersifat begitu. DCM hanya menyentuh sesuatu secara spontan.

Anda boleh tembak dan gebang saya daripada pelbagai segi. Namun, fikirlah, adakah Indonesia dan Vietnam sanggup memperjudikan keselamatannya untuk membeli kemudahan pertahanan yang jauh ketinggalan daripada negara-negara lain? Dalam satu hal, lihatlah bagaimana pemimpin memperjudikan keselamatan negara untuk...?


Tiada ulasan: