DUNIACACAMARBA |
- Che Det Sedia Bersumpah Nafi Dakwaan Tulis Surat Rayu Bank Dunia
- Sinar Harian Dakwa Berjaya Rakam Imej Langsuyar
- Maklumat tentang Diri Ariff Alfian (Gay Melayu) & Berita "Kehilangan"nya
- Budak Rentung di dalam Tempayang
- [Gambar] Gay Melayu KAHWIN Gay Mat Salih
Che Det Sedia Bersumpah Nafi Dakwaan Tulis Surat Rayu Bank Dunia Posted: 17 Dec 2011 07:03 AM PST [SH] TASEK GELUGOR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup bersumpah di mana-mana masjid untuk membuktikan beliau tidak pernah menulis surat memohon bantuan Bank Dunia untuk mengatasi kemelut ekonomi dan kewangan negara sepanjang pemerintahannya. Malah, beliau mencabar bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tampil menunjukkan surat itu jika benar beliau ada berbuat demikian bagi mengelak sebarang kekeliruan. "Saya cabar Anwar kemukakan surat itu kerana tidak mahu dituduh yang bukan-bukan. Saya bersedia bersumpah untuk membuktikan apa yang dicakapkannya itu merupakan pembohongan semata-mata. Sudahlah, hentikan sifat pembohongan itu kerana ia tidak baik dijadikan amalan," katanya. Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar dalam satu ceramah politik di Selangor beberapa hari lalu kononnya beliau memohon bantuan Bank Dunia untuk mengatasi kemelut kewangan yang melanda negara ketika itu. Tuduhan Anwar itu turut disiarkan dalam portal Malaysia.kini yang menggambarkan Dr Mahathir tidak cekap mentadbir negara hingga memaksanya untuk meminjam, khususnya ketika krisis kewangan melanda seluruh dunia sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. "Saya menafikan dakwaan itu. Langkah tidak memohon bantuan itu merupakan tindakan terbaik bagi mengelak Malaysia dari terus menjadi pak turut dan mengikut telunjuk bank itu. Apa gunanya erti kemerdekaan jika negara kita masih berada di bawah kawalan bank berkenaan hingga terpaksa mengikut semua kehendak mereka. Sekarang, terbukti tindakan saya itu betul berbanding dengan negara lain yang meminjam daripadanya," katanya. Menurutnya, Anwar sebenarnya yang beria-ia ingin Malaysia meminjam dari Bank Dunia kerana mempunyai muslihat tertentu termasuk ingin menggadai negara ini. Penafian Dr Mahahir mengenai permohonan mendapatkan pinjaman itu disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang yang turut hadir dalam sidang media berkenaan. "Ketika itu saya masih bekerja dengan Bank Negara apabila dua kakitangan Bank Dunia datang bertemu dengan Tun Mahathir untuk menawarkan pinjaman bagi mengatasi kemelut kewangan. Tun yang ketika itu lebih arif mengenai ekonomi Malaysia menghalau keluar dua kakitangan bank berkenaan dan mengatakan negara ini akan bangun semula selepas menggunakan pendekatan sendiri untuk menanganinya. Tidak perlu pinjaman atau bantuan luar," katanya. P/s: Memang stail UMCO, sikit-sikit bersumpah! | ||
Sinar Harian Dakwa Berjaya Rakam Imej Langsuyar Posted: 16 Dec 2011 09:00 PM PST Saya petik: [SH] HI-TECH - Misteri lembaga putih dipercayai langsuir yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip air di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab apabila imej objek putih yang sedang terbang berjaya dirakamkan Sinar Harian kira-kira jam 2.45 pagi semalam. Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan orang ramai mengenai kewujudan makhluk itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit berdekatan sebelum bertenggek di atas paip air. Ketika imej berkenaan dirakam, keadaan di sekitar kawasan itu gelap dan hujan renyai. Sebelum penggambaran dibuat, perkhidmatan pengamal perubatan tradisional terdiri dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina turut digunakan untuk memastikan lembaga yang selama ini menghantui tempat itu dirakamkan. Selain kemenyan dan setanggi, beberapa peralatan lain turut digunakan. Malah, pengamal perubatan Cina yang hanya mahu dikenal sebagai Tan turut menjalankan upacara pemujaan di lokasi terbabit dan ini adalah hari ketiga cubaan untuk merakamkan imej lembaga itu. Sebelum imej berjaya dirakamkan, terdapat beberapa gangguan berlaku seperti salakan anjing yang kuat dan sayup serta bau bunga kemboja yang sering ditemui di tanah perkuburan. Perasaan seram sejuk semakin kuat dan menyebabkan dua daripada empat orang yang berada di lokasi mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan itu. Daripada pengamatan dibuat pada imej lembaga berkenaan, ia tidak bermata dan badannya putih seakan-akan dibalut dengan sesuatu. Ketika rakaman dibuat, lembaga itu terbang dengan keadaan mukanya menghadap ke hadapan di belakang wartawan Sinar Harian yang sedang duduk di tepi pembahagi jalan. Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu yang dikenal dengan nama Rosli berkata, terdapat lima lembaga sekitar kawasan itu dan imej yang berjaya dirakamkan adalah yang ketiga. Menurutnya, sebelum ini, pokok besar dan hutan tebal di sekitar kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka, tetapi setelah ia diteroka bagi tujuan pembangunan, makhluk ini terus mendiami tapak lamanya. "Makhluk halus, jin, iblis dan syaitan memang wujud dan kita harus mempercayainya. Mereka muncul setelah diseru dan dipuja. "Kita boleh berkomunikasi dengan mereka jika kita mempelajari ilmu tertentu. Selain itu, makhluk ini turut mengenali dan akan membenci individu yang tahu asal-usul mereka," katanya. | ||
Maklumat tentang Diri Ariff Alfian (Gay Melayu) & Berita "Kehilangan"nya Posted: 16 Dec 2011 06:00 PM PST Saya petik: [UM] KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu. Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut. Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001. Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK). "Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja. "Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). "Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit. Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya. "Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas. "Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya. Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama. "Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya. Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad. Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu. P/s: Saya simpati dengan keluarga gay ini. | ||
Budak Rentung di dalam Tempayang Posted: 16 Dec 2011 05:00 PM PST Saya petik: [HM] LIMBANG: Dua kanak-kanak menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila masing-masing ditemui terduduk dalam tempayan bilik mandi dan rentung dalam bilik tidur selepas Rumah Panjang Lembung, Kuala Medalam, Entakong Medamit dekat sini, yang didiami 200 penghuni musnah dalam kebakaran, malam kelmarin. Tragedi memilukan berlaku ketika kanak-kanak malang, Sofizza Camella anak Abang, 6, dikatakan terperangkap dalam kebakaran dan cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi dalam tempayan berisi air, sebelum ditemui dalam keadaan menyedihkan termasuk kesan melecur pada seluruh badannya. Seorang kanak-kanak lelaki, Alexiss Jipo anak Juli berusia 32 bulan pula ditemui rentung dalam bilik tidurnya selepas gagal diselamatkan jiran yang terdengar kanak-kanak itu menangis dalam kejadian yang memusnahkan rumah panjang 33 pintu, jam 10.30 malam. Ketika kejadian, Alexiss tidur dalam bilik, manakala Sofizza ditinggalkan bersama neneknya berusia 60-an selepas ibu bapa kanak-kanak malang terbabit keluar menziarahi penduduk rumah sama yang sakit. Sebelum kejadian, Sofizza Camella dan Alexiss berada di rumah masing-masing, yang jaraknya dipisahkan beberapa pintu rumah, dikejutkan dengan tangisan seorang kanak-kanak sebelum api menjulang dari rumah nombor 12. Difahamkan, tangisan Alexxis didengari seorang jiran, Satie anak Barol yang mendiami rumah bersebelahan sebelum bergegas keluar bagi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, tetapi tidak berjaya. Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, Sofizza dikatakan berjaya diselamatkan neneknya sebelum ditempatkan di bahagian ruai rumah panjang berkenaan. Beliau berkata, sejurus menyelamatkan kanak-kanak itu, warga emas terbabit masuk semula ke rumah ketika api sedang marak bagi menyelamat beberapa dokumen penting tanpa menyedari cucunya itu mengikut dari belakang.
Lanjut di sini. | ||
[Gambar] Gay Melayu KAHWIN Gay Mat Salih Posted: 16 Dec 2011 04:00 PM PST Cerita fasal mamat yang dikatakan Ariff Alfian ini sedang meletop di blog dan di FB. Saya yakin rata-rata pembaca sudah tentu maklum bahawa lelaki Melayu ini berkahwin dengan pasangannya, gay yang dikatakan bernama Jonathan di Dublin Ireland. Menurut beberapa blog, maklumat lanjut tentang mamat yang melakukan perkara dilaknati Allah ini boleh didapati di Wiki. Namun selepas diselidik, maklumat tersebut telah dipadamkan. Yang diperihalkan di blog-blog, mamat ini dikatakan bekas pelajar tajaan Petronas di University College Dublin. Ada yang mendakwa mamat ini masih menuntut di kolej itu. Selain itu, ada blog yang menulis bahawa keluarganya di Malaysia baru-baru ini membuat laporan bahawa Ariff hilang. Rupa-rupanya hilang dalam dunia yang sesat lagi menyesatkan. Nauzubillah! Kalau sudah berkahwin dengan kaum sejenis, maka sudah tentu juga akidah dan pegangan agamanya turut boleh dipersoalkan. Sudahlah mengundang laknat Allah, si Ariff ini menghina pakaian tradisional orang Melayu apabila mengenakan pakaian itu lengkap dengan tengkolok ketika berkahwin dengan kekasihnya. P/s: GILA!!! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan