Rabu, 28 Disember 2011

dollah yankee

dollah yankee


Yang perlu kita ushar pada tahun 2012 !

Posted: 28 Dec 2011 05:18 AM PST

- Biarpun Lim Guan Eng dan Pakatan Rakyat negeri Pulau Pinang masih berbelah bagi dan masih belum mengambil kata putus dan keputusan muktamad, sama ada mahu mengikut Najib dan Persekutuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi laluan untuk Piliharaya Negeri serentak dengan PRU-13, namun tidak dapat di-ragui dan tidak dapat di-sangkal lagi bahawa Pakatan Rakyat akan masih di-beri kepercayaan olih rakyat Pulau Pinang untuk memimpin mereka bagi penggal yang ke-dua.

Yang perlu kita ushar ialah ... apa lah nasib UMNO Pulau Pinang tahun 2012 nanti ??

- Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pula kata... jika PRU-13 di-panggil sebelum bulan Jun 2012, Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak akan ikut Najib untuk bubarkan DUN dan mereka akan mengadakan pilihanraya negeri pada hari dan waktu yang lain. Ini kerana memandangkan yang Selangor ada lah 'Lubuk Duit', dan UMNO sanggup lakukan apa saja secara elok atau secara tak elok untuk mengambil semula Selangor, maka Khalid Ibrahim akan merealisasikan terlebih dulu Bajet 2012 negeri Selangor yang di-bentangkan tempohari sebelum memanggil Pilihanraya Negeri.

Yang perlu kita ushar ialah ... Hassan Ali nak bawa bendera mana ?? Kah..Kah..Kah..

- Nak pinjam kata-kata Mat Sembab ... "PRU-13, ada lah ibu kepada segala Pilihanraya".
Biarpun PRU-13 tak perlu di-buat sehingga 2013 (seperti yang Tun Mahathir selalu dok cakap dekat kat Najib), namun Najib seperti tak sanggup nak tunggu, sebabnya lagi lama di-biarkan lagi teruk dia akan di-gasak, di-belasah olih pelbagai pihak, dalam negeri dan juga dari luar negeri.

Yang perlu kita ushar ialah ... apa kah blogger Tukar Tiub Hisham akan berhenti belasah Najib dan Rosmah bila mereka sudah tiada ?? Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
Apa pun, yang penting untuk kita ushar pada 2012 ialah pada 9 Januari.
Apa nasib Pakatan Rakyat jika tanpa Anwar Ibrahim ??

Tiada ulasan: