Ahad, 25 Disember 2011

dollah yankee

dollah yankee


Selamatkan Malaysia !

Posted: 25 Dec 2011 08:42 PM PST

dollah yankee -
Ayuh ! Kita kena ubah untuk selamatkan Malaysia. Perdana Menteri untuk Anwar Ibrahim !

26 Disember 2004,Aceh berduka

Posted: 25 Dec 2011 05:00 AM PST

Esok 26 haribulan Disember, maka genap lah sudah 7 tahun tragedi Tsunami di Aceh yang telah menyebabkan sebahagian Aceh telah menjadi padang jarak,padang terkukur.

Apa kah bencana itu merupakan satu bencana alam yang semulajadi atau bencana alam jadi-jadian yang merupakan satu gelombang bom nuklear yang sengaja telah di-ledakan di bawah laut bagi menguji kekuatan dan keberkesanannya??

TV Al'Jazeera pernah menyiarkan rencana tentang Tsunami di Aceh itu dengan mengatakan bencana itu bukan lah di sebabkan olih Tsunami sebenar tetapi di-sebabkan olih 'Bom Helium' yang bersifat halus tetapi kesan dan gelombangnya cukup-cukup dasyat.

Dan kenapa pula sebelum kejadian itu pihak Amerika telah memberi mengeluarkan 'Travel warning' kepada warganya agar tidak berkunjung ke Indonesia? Dan juga kenapa pula ketika Amerika mengeluarkan 'travel warning' itu kepada warganya sedangkan pada masa dan ketika yang sama sebuah kapal perang induk Amerika, USS Abraham Lincoln dengan kekuatan 15,500 anggota berada hampir dengan tempat itu??

dollah yankee -
Kalau rajin, tanya lah Pak Haji Googles dan lihat lah, kebanyakan kejadian gempa itu berlaku pada 26 haribulan. Apa kah 26 haribulan tu 'Earthquake Day'??

BPR orang tak percaya,SPRM pun orang tak percaya !

Posted: 25 Dec 2011 12:52 AM PST

Sebelum kena gasak dengan rakyat SPRM dah cakap awal lagi yang mereka tak akan siasat kes NFC. Tetapi selepas di-gasak hebat olih rakyat jelata, SPRM buat pusingan-u dan telah mengumumkan yang mereka telah menubuhkan satu 'team' khas untuk siasat kes itu.

Melihat kepada rekod-rekod dan sejarah-sejarah SPRM sebelum ini, gurkah-gurkah politik di'port' dan sekalian rakyat jelata rata-rata cukup tidak yakin yang SPRM mampu nak buat siasatan kes lembu 250 juta ini sampai ke lubang cacing.

Sampai hari ini Najib tetap jadi macam orang yang bisu, tak bercakap langsung, ukk tidak ekk pun tidak, baik pekara NFC atau pun tentang perkara Sharizat. Jadi bila SPRM kata mereka dah tubuh 'team' khas untuk kes ini, maka lagi bisu lahh Najib.

Gurkah-gurkah di'port' pun tertanya-tanya juga apa yang menyebabkan Sharizat Jalil pada 17 haribulan hari itu pernah kata pada satu program di Ampang yang, "pemimpin-pemimpin UMNO tidak ada masalah langsung dengan kes NFC ini, dan mana ada pemimpin dalam UMNO yang tiada ber'masalah??". Aikk!Pelik sangat bunyi nya.

Ada kah sebab itu Najib terus menerus membisu??

dollah yankee -
SPRM jangan nga-nga, jangan tidoq, kalau aku jadi Chief SPRM, aku akan panggil Sharizat dan tanya dia kenapa kata Pemimpin dalam UMNO tiada masalah dengan kes NFC ini dan juga kenapa dia kata yang mana ada pemimpin dalam UMNO yang tiada masalah??

 

Tiada ulasan: