dollah yankee |
Posted: 20 Dec 2011 06:11 AM PST Dah banyak kali dahh dok dengar kata Khazanah nak jual Proton ini. Tapi tak laku-laku juga. Sebelum ni pun memang betul pun yang dah ada empat atau lima kompeni dari luar yang turun bercakap (sambil pekena kopi 'o' dengan cucuq kodok) dengan Khazanah bab nak beli Proton ini. Tapi tak berapa nak menjadi, pasal 'Bapa Proton' ni iaitu Tun Mahathir macam tak berapa nak berkenan nak jual. Yang sebenarnya 'deal' dengan empat lima kompeni dari luar tu memang berjalan lancar, cantik, ikut 'law' punya. Tapi bila sampai 'time' nak 'cap jari', Tun Mahahthir akan kata "tak payah lagi kot,sayang sangat harta ni!". Sikit punya bengang dua,tiga orang dalam Khazanah dengan Mahathir ni (bengang laa..sebab komisyen terlepas!). Apa nak buat!. Khazanah nak jaga hati Tun Mahahthir punya pasal, tak jadi jual! Jadi, Khazanah pun terpaksa juga 'maintaine' Proton ni dalam keadaan 'piston' yang dah pecah. Bila berjalan asap penuh keluar dari 'exzos' paip, sampai ada orang kata ... tu diaaa..kereta isap rokok! Kah..Kah..Kah.. Tapi last sekali Khazanah dapat juga jual Proton ini selepas dapat lampu hijau dari Tun. Tun sendiri yang kata "ok boleh jual, tapi dengan syarat kena jual kat sahabat saya Syed Mokhtar Al'Bukhary". Bila dah Tun sendiri dah kata macam tu, memang sahih sekali ini yang Proton ini akan di-jual. Dollah Yankee - Patut pun 'share' Proton dok bergerak cantik punya dua tiga hari ni. Sebab spekulasi dok kata Proton ada orang nak beli. |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan