DIALOG RAKYAT |
- Gaji kurang RM5,000 dapat caruman baharu
- Seperti harimau melindungi anak, Sharizat akan lawan dan pasti menang
- Perhimpunan tanpa permit di 12 lokasi
- AWER: Kerajaan mesti berkeras lindungi kepentingan rakyat
- Wang zakat: Jamil Khir terus membisu
- Anwar, Ambiga dan Rosmah jadi sebutan pada 2011
- Hormati penjawat awam melalui SBPA
- ANAK buat aduan kedua isu pelantikan Isa Samad
- Dan Newsmaker bagi 2011 ialah...
- Anwar jelajah semenanjung sebelum keputusan Liwat II
- KDN panggil Nanyang berhubung logo kalimah 'Allah'
- Nga terima ugutan bunuh, peluru melalui pos
- Aspan Alias Tidak Yakin Najib & Pemimpin Negara Akan Ketepikan Shahrizat
- LAJIM, DARI SAMPAH KEPADA SAMPAH?
- PAS Johor Kurangkan Bilangan Kerusi Ditandinginya
- Pelatih PLKN Boleh Lapor Diri Lewat Jika Terlibat Dengan Banjir
- Jabatan Narkotik Sita RM62.4 Juta Harta Pengedar Dadah Tahun Ini
- Surat Terbuka Mahasiswa Membenci UMNO BE END?
- Banjir di Rompin: Tv 3 bohong!
- Bina Semula Papan Tanda: Simbolik Kepada Angkara Khianat
- PRU-13, Shahidan atau Isa Sabu bakal tersungkur
- Umno sebenarnya ancaman kepada orang Melayu
- Krisis PAS Selesai - Hasan Ali jumpa Nik Aziz Mohon Maaf.
- ' Ambil tindakan elak revolusi’
- Rakyat bayar cukai, kenalah bantu!
Gaji kurang RM5,000 dapat caruman baharu Posted: 28 Dec 2011 03:52 PM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan sehingga RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar carumanan berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa Januari 2012. Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus akan memberikan faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP. Bagaimanapun, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus, katanya dalam kenyataan Selasa. Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus. "Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan ini semasa Ucapan Bajet 2012 sebagai langkah untuk menangani masalah ketidakcukupan pendapatan semasa bersara yang dihadapi pesara kini," katanya. Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun dari mula mereka bersara dan masalah ini akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia. Sehubungan itu, katanya KWSP menghargai tindakan segera kerajaan dalam menangani masalah ini kerana tambahan satu peratus caruman berserta dengan dividen tahunan akan meningkatkan lagi simpanan persaraan rakyat Malaysia. - BERNAMA |
Seperti harimau melindungi anak, Sharizat akan lawan dan pasti menang Posted: 28 Dec 2011 03:48 PM PST Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Senator Umno Shahrizat Jalil adalah seorang wanita yang sedang berada dalam keadaan kecewa dan marah. Dalam keadaan ini seseorang boleh bertindak mengikut perasaan. Ini biasanya berlaku apabila sesuatu musibah berlaku. Apabila suaminya Salleh Ismail serta anak-anak telah dianugerahkan projek NFC bernilai RM250 juta itu, prospek diberikan amanah menjaga sejumlah wang yang sangat besar amatlah berat. Kelaurga Shahrizat sememangnya tidak menduga untung yang mereka dapat – ia umpama telah menangi wang loteri yang amat banyak. Sapu habis?
Sejurus selepas itu, tanpa banyak berfikir suaminya bergegas mewujudkan pengurusan pasukan yang dengan sepantas kilat terdiri daripada anak-anaknya. Walhal, mereka terlupa bahawa mereka tidak pernah menjalankan apa-apa perniagaan pun seumur hidup mereka , waima menjual nasi lemak di bahu jalan ! Tanpa ragu-ragu, Ismail Salleh sepatutnya melantik Ketua Pegawai Eksekutif profesional yang berpengalaman dan berkelayakan untuk mengurus operasi NFC dan bukan cuba untuk menjalankannya sendiri. Walau bagaimanapun melihat struktur yang sedia ada pada NFC dan kawasan penternakan itu, Salleh sememangnya telah mendapatkankhidmat beberapa perunding untuk menubuhkan projek itu tetapi hanya untuk sementara waktu. Dia mungkin bimbang akan terpaksa membayar mereka wang yang banyak. Pasti dia telah menjadi tamak. Mengapa tidak "sapu habis" atau menyapu bersih pinjaman RM250 juta kerajaan itu untuk menjalankannya sendiri? Disinilah dimana segalanya bermula. Daripada menumpukan perhatian kepada pembangunan ladang-ladang satelit untuk Perbadanan Fidlot Nasional, yang bertujuan untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan daging lembu yang murah harganya, beliau mula mencari jalan untuk membawa wang itu keluar. Pada fikirannya NFC itu tiada kena mengena dengan dirinya, dan dengan apa-apa cara pun, wang itu mesti dimiliki oleh keluarganya. Inilah caranya untuk 'melindungi' keluarganya. Dan sepertimana yang kita sudah tahu, selebihnya sudah menjadi sejarah. Nasib malang
Bagi Shahrizat, dia sama ada tidak sedar langsung atau benar-benar yakin bahawa musibah itu tidak akan terdedah dan mengapa tidak? Ini adalah kerana NFC tidak pernah diaudit sejak penubuhannya sehingga 2010. Walau bagaimanapun, sebagai seorang pemimpin UMNO dan kenalannya, keseluruhan skandal masih boleh disembunyikan. Tetapi nasib tidak menyebelahinya seperti yang kita semua tahu sekarang. Semua pemimpin UMNO tahu bahawa skandal ini akan menjejaskan UMNO dan ramai berpendapat bahawa UMNO mesti memutuskan hubungan dengan Shahrizat secepat mungkin tanpa mengira apa pun.Shahrizat tidak berkata benar dan tidak memberitahu mereka sejauh mana parahnya keadaan di NFC, ia seperti tidak dapat dielakkanakan dan bakal ada lebih banyak lagi pembongkaran yang akan diketahui. Kedua,dengan PRU ke-13 yang begitu dekat, dan kedua-dua belah bahagian parti bertungkus –lumus untuk pemilihan, ia adalah mustahil untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa yang terdekat. Tambahan pula, dengan perbalahan dalaman UMNO yang semakin menjadi-jadi, tidak mungkin ramai yang akan membela Shahrizat . Kebanyakan penyokong-anaknya sudah menjauhkan diri dari dia. Bagi mereka, masanya sebagai seorang ahli politik sudah tamat. Skandal terbaru melibatkan Awang Adek, yang didapati telah menerima wang yang juga diakuinya, sudah mula terbongkar. Malah apabila ia meletus nanti, ia tidak akan dapat menyelamatkan Shahrizat dari dibuang dari dunia politik mahupun keluarganya dari pemerhatian rakyat dakwaan atas salah laku. Wanita degil keras kepala
Walaupun cuba diselindung, sebab utama untuk masalah ini adalah perbalahan dalaman UMNO di peringkat tertinggi dan Shahrizatlah yang akan menjadi si kambing hitam . Selepas enggan mempedulikan nasihat untuk meletak jawatan, ternyata Shahrizat akan terpaksa untuk berbuat demikian dan dengan cara yang mungkin teruk atau lebih dramatik daripada yang dijangkakan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berhenti dari mempertahankannya, dengan hanya menyatakan bahawa dia belum menerima surat meletak jawatan dari Sharizat dan bahawa dia telah mengarahkan SPRM untuk melakukan siasatan besar-besaran ke dalam NFC. Namun, Shahrizat adalah seorang wanita yang degil dank eras kepala. Tidak mahu dikalahkan oleh musuh-musuhnya dalam parti sendiri. Malah, dia bertekad untuk menjatuhkan mereka juga jika mereka terus memberontak.Ini adalah jelas kerana baru-baru ini dia mendakwa, tunjukkan mana pemimpin BN yang tiada masalah. Ini bukanlah cakap-cakap sahaja tetapi ancaman sebenar kepada musuhnya. Sebenarnya, Shahrizat mungkin telah menerima tekanan jauh lebih banyak daripada apa yang didakwa keatasnya. Bagi pihak yang satu lagi, SPRM - yang berat sebelah, seperti biasa -telah membuat pusingan U secara tiba-tiba dengan mengumumkan bahawa tidak ada unsur rasuah dalam serbuan besar-besaran setelah serbuan besar-besaran pada NFC yang mendapat publisiti itu. Ia memang bertujuan untuk memalukanShahrizat dan terus memaksanya meletakkan jawatan.Tetapi ia juga cara Najib menyelamatkan diri sendiri. Malah, ramai mengesyaki Najib telah memainkan peranan dalam mendedahkan Shahrizat untuk mengimbangi kuasa-kuasa dalam Umno ini termasuk puak Mahathir Mohamad dan kumpulan Muhyiddin Yassin. Tiada pilihan terpaksa bertindak
Shahrizat tiada pilihan tetapi terpaksa berjuang untuk pilihan raya umum seperti yang dirancang sebelum ini tetapi menentang puak Najib – yang dikatakan termasuk Raja Nong Chik yang nampaknya cenderung untuk menjatuhkan keluarga Sharizat. Ketua Wanita UMNO terperangkap bersama keluarganya, reputasi mereka, impian perniagaan dan semua yang mereka telah korbankan, usahakan nampaknya telah diburuk-burukkan dan dipijak-pijak dikhalayak ramai. Namun Sharizat sepatutnya lebih memahami mainan politik UMNO. Lihatlah bagaimana Mahathir 'menyelesaikan' masalah ketua pemabangkang, Anwar Ibrahim. Juga, perhatikan bagaimana Najib yang dahulunya meletakkan dirinya sebagai orang kanan Anwar yang pada masa itu timbalan perdana menteri yang cuba mencabar Mahathir yang menikamnya dari belakang dengan membuat sandiwara Liwat pada tahun 1998 yang kembali semula pada tahun 2008. Sharizat sudah ditinggalkan oleh penyokongnya yang pasti sudah beralih ke pihak yang satu lagi untuk mendapatkan kesejahteraan karier politik mereka sendiri. Tindak balas dalam UMNO yang sebegini telah bermula dan nampaknya sayap Wanita adalah yang pertama akan tumbang sebelum semua sayap yang lain hancur dek korupsi yang sudah menjadi periuk nasi mereka. 'Datuk yang akan betulkan' muncul lagi
Tiba-tiba, media BN menyebarkan berita tentang seorang Datuk yang terlibat dalam menjadi boneka skandal NFC. Dia yang juga cuba merasuah pihak SPRM adalah seorang kambing hitam yang kebiasaannya akan muncul dalam sandiwara UMNO. Ada beberapa sebab kenapa si Datuk muncul dalam skrip UMNO ini. Dia mungkin akan digunakan untuk menyelamatkan pihak Najib dan bukan penyelamat Sharizat serta keluarganya. Ada kemungkinan, dia akan digunakan untuk memberi keterangan untuk mensabitkan Sharizat serta keluarganya jika Sharizat dan keluarganya tidak memberi kerjasama. Mereka bersedia untuk melakukan apa saja untuk menjatuhkan Sharizat. Sememangnya ini semua untuk menyelamatkan UMNO, tapi jika ini benar, orang SPRM sepatutnya menjalankan siasatan terhadap Najib yang sememangnya bergelut skandal dan juga Mahathir dan juga penyokong setianya Rafidah Aziz. Satu perkara yang penting adalah mereka yang tidak berpihak kepada Najib yang akan cuba untuk menyebelahi Sharizat untuk menarik Najib sekali. Ini adalah sesuatu yang harus PM yang agak lembap ambil perhatian. Seakan-akan filem "Ransom" Mel Gibson Dalam keadaan yang terdesak untuk menyelamatkan suami dan anak-anak, Sharizat cuba untuk mempelawa sesiapa saja untuk memberi sokongan padanya. Malah, lebih ramai, lebih baik. Dia mungkin akan mendapat kelebihan berbanding Najib sendiri. Ini mungkin ada persamaan dengan filem lakonan Mel Gibson, "Ransom" dimana dia telah menawarkan wang ganjaran lebih banyak kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya ketua penculik anaknya. Sharizat akan menggunakan semua kuasa yang ada pada dirinya dan orang dalam untuk menggertak musuh Najib dan pihak pembangkang untuk menang dalam pergelutan ini. Perlu diingatkan bahawa Sharizat bukan sahaja berjuang demi karier politiknya, dia juga ibarat harimau betina tercedera yang dan cuba melindungi anak-anaknya dari bahaya. Bagi Najib pula, dia akan berada dalam situasi yang agak tidak menentu. Sekali lagi, dia telah membuktikan dirinya bodoh. Sekarang, ada kemungkinan dia akan merasa tekanan berbanding Sharizat. Jika dia kalah dalam perebutan kuasa ini, dia akan menjadi sejarah seperti UMNO juga. Ia akan menjadi kesempatan terakhir buat ahli UMNO yang jemu dengan kepimpinannya yang lemah dan tidak berpendirian tetap. Agak mustahil jika musuhnya untuk tidak mengambil kesempatan yang diadakan oleh Najib sendiri. Satu lagi tindakan bodoh oleh personaliti angkuh ini. Najib yang malang- lagi kutukan
Mereka yang bersimpati dengan Najib akan memujuk diri mereka dengan menganggap Najib seorang yang tidak bernasib baik. Di sebalik skandalnya dan yang dibuat oleh isterinya sendiri, Najib telah dapat bertahan. Dalam skandal NFC pula, apabila dia cuba membongkar perbuatan bekas perdana menteri, Abdullah Badawi, ketua pemuda, Khairy Jamaluddin dan timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin dalam kesilapan memberi projek ini kepada keluarga Sharizat, rupanya ia telah memakan dirinya sendiri. Jika tidak diselesaikan secara berhemah dengan sikap bertolak ansur, Sharizat berkemungkinan akan memusnahkan karier politik Najib. Jika tidak, Sharizat akan mengamuk dan si tertekan, Najib akan bergegas untuk menyelamatkan keadaan sebelum menjadi bertambah buruk dan akan kehilangan sokongan orang UMNO. Nampaknya, dia sudah kalah dan akan dipaksa untuk menutup malu. Ternyata, Sharizat akan dipaksa meletak jawatan tapi masih boleh menyelamatkan anak-anaknya. Keseluruhan skandal telah tidak boleh dikawal lagi. NFC bukan sahaja mengugat NAjib tapi menarik UMNO ke bawah sekali. Najib mesti ada pelan B. Mungkin dia sudah ada tapi persoalannya adakah ia akan berhasil dan lebih baik dari pelan A? Pelan B
Ada yang mendakwa "Datuk" merupakan pelan B. Jika benar, ia sudah gagal. Sebaik sahaja keluar laporan mengenai Datuk ini, ramai terkenang semula skandal yang ditimbulkan oleh Datuk T, ternyata mencurigakan dan aneh. Dia akan menjadi korban Sharizat dan keluarganya, wayang NFC, Najib dan UMNO. Seperti Altantuya, si bernasib baik dan tidak baik (bergantung kepada dari sudut mana yang dilihat) "Datuk" ini akan 'di C4'kan juga nanti. Sudah pasti, seekor kambing hitam sahaja tidak cukup untuk menyakinkan semua rakyat. Rakyat Malaysia boleh menjangka bahawa Kementerian Kewangan dan kementerian yang lain akan diperangkap sama sebagai saksi atau kambing yang bakal dikorbankan. Sudah ada pun 27 orang didalam senarai mereka. Ini sememangnya kerja puak elit UMNO yang terperangkap dalam dunia mereka yang bergelumangan dengan dosa dan nista tapi masih boleh berada dalam keadaan selesa bila mana rakyat terpaksa melepaskan diri dari rantaian keji dan penindasan yang membelenggu itu.Malaysia Chronicle |
Perhimpunan tanpa permit di 12 lokasi Posted: 28 Dec 2011 03:46 PM PST Meskipun Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman telah diluluskan parlimen, namun sekumpulan warga yang enggan akur telah melancarkan gerakan "civil disobedience", dengan penampilan dalam warna kuning di 12 lokasi tanpa permit polis pada 24 Disember 2011. |
AWER: Kerajaan mesti berkeras lindungi kepentingan rakyat Posted: 28 Dec 2011 03:42 PM PST Persatuan Penyelidikan Air dan TenagaMalaysia (AWER) ingin mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Tenaga kerana mengambil langkah berani untuk membuka bidaan terbuka bagi menggantikan PPA generasi pertama. |
Wang zakat: Jamil Khir terus membisu Posted: 28 Dec 2011 03:41 PM PST Datuk Mat Zain Ibrahim mempertikai kenapa wujud kes dwi-standard berhubung penyalahgunaan wang zakat. PETALING JAYA: Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara hari ini membangkitkan kes dwi-standard berhubung penyalahgunaan wang zakat. Pertama, penyalahgunaan wang zakat sebanyak RM63,650 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kedua, kes Redzuan Mohd Said, bekas Imam di Kulaijaya, Johor, yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini. Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya. Laporan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Anwar. Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini, isu ini juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Katanya, Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar. "Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010. Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010," kata Nik Nazmi. Katanya lagi, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat. MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyak RM700,000. Namun MAIWP hanya membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada Disember 2010, katanya. "Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain? "Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah Jawi?," soal Nik Nazmi yang juga ahli dewan undangan negeri Seri Setia. Tegas beliau, Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam di negara ini. |
Anwar, Ambiga dan Rosmah jadi sebutan pada 2011 Posted: 28 Dec 2011 03:37 PM PST Politik negara terus memanas dengan pelbagai rentetan peristiwa yang menenggelamkan yang lain. PETALING JAYA: Isu politik menguasai tahun 2011 yang akan berakhir tiga hari lagi. Ia sangat menarik perhatian semua rakyat terutama yang berlaku dalam parti gabungan Pakatan Rakyat. Ada beberapa individu politik yang sangat popular tahun ini. Mereka tidak syak lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S Ambiga, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Rosmah Mansor, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan beberapa yang lain. Selain kes liwat Anwar, negara dikejutkan dengan video seks pemimpin popular pembangkang itu yang dianggap perang saraf untuk menambahburukkan tokoh tersebut. Namun kelihatan tidak berkesan kerana ramai mempertikaikan ketulinannya walaupun PDRM mengesahkannnya. Sehingga ini kes itu berlalu begitu sahaja. Ambiga popular kerana perhimpunan Bersih bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. Beliau juga menyokong seksualiti merdeka yang menyebabkan ratusan laporan polis terhadapnya. Cincin Rosmah Muncul Datin Seri Rosmah Mansor sebagai yang menjadi sebutan di kalangan peminat politik terutama generasi muda. Isteri perdana menteri itu dipalikan dengan pelbagai tuduhan terutama oleh sekelompok pemimpin muda PKR. Antaranya beg tangan mewah dan cincinnya yang dikatakan bernilai juta ringgit. Muncul tuduhan pihak tertentu kononnya Najib bermasalah dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung konsep 1Malaysia ciptaannya. Shahrizat juga menjadi perhatian kerana terbabit dalam isu penyalahgunaan dana RM250 juta pusat fidlot nasional (NFC) milik suaminya, Datuk Mohamed Salleh Ismail. Menteri dan ketua Wanita Umno itu menafikannya tetapi pemimpin Umno dan pembangkang berulang kali mendesak beliau bertanggungjawab dan meletakkan jawatan. Perhimpunan agung Umno dan muktamar PAS serta kongres nasional PKR dingin. Kecuali kemenangan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden PAS, perhimpunan ketiga-tiga parti majoriti orang Melayu sepi. Perhimpunan MCA juga tidak menarik minat kecuali beberapa kenyataan presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek dengan bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat. Selain itu berlaku juga perang mulut Dr Chua dengan pemimpin PAS dalam isu hudud. Parti Gerakan yang kelihatan tenang tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 kelak. Di akhir tahun, muncul pertelagahan dalaman dalam PAS dan DAP. PAS membabitkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa dengan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali. DAP pula antara tokoh veteran Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, P Ramasamy. Tindakan ahli Parlimen PKR N Gobalakrishnan meninggalkan parti tidak meninggalkan sebarang kesan. Bagaimanapun, parti itu berdebar menunggu keputususan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah terhadap tuduhan liwat Anwar 9 Januari depan. Nyawa PKR khususnya terletak pada Anwar. Separuh kekuatan Pakatan Rakyat pula bergantung kepada Anwar. Perkasa lantang Di kalangan NGO, Perkasa muncul antara yang paling lantang dengan isu-isu Melayu dan Islam. Tidak ketinggalan NGO bernama Himpun yang membuat penampilan sulung di Shah Alam Julai lalu mahu mempertahankan agama Islam tetapi beberapa kerat sahaja yang menyokongnya. NGO Anak yang diketuai pemimpin PAS Mazlan Aliman hanya popular di kalangan peneroka Felda. Akhir sekali mahasiswa dan politik merupakan dua entiti yang tidak dapat dipisahkan. Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diumumkan perdana menteri baru-baru ini menguntungkan mahasiswa tetapi mereka mahu lebih dari itu. Akibatnya ratusan pelajar berarak dari Dataran Merdeka ke ibu pejabat Umno di PWTC untuk menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. Malangnya tercetus insiden seorang mahasiswa mencabut bendera yang memaparkan gambar Najib menyebabkan laporan polis dibuat terhadap Adam Adli pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Perak. |
Hormati penjawat awam melalui SBPA Posted: 28 Dec 2011 03:33 PM PST Menurut Nurul Izzah Anwar, penyisihan, pengkelasan dan 'penswastaan' peranan sektor awam mewujudkan perbezaan di antara dua atau lebih tepat - empat darjat. PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata peranan penjawat sektor awam sebagai tunjang perkhidmatan dan penggerak pembangunan negara bukan sahaja dihargai tetapi kebajikan serta suara mereka mesti diberikan ruang dan dihormati. "Salah satu bukti sektor ini dihormati dan dihargai adalah dengan memelihara maruah para penjawat melalui pendekatan musyawarah di mana, sebagai 'stakeholder', pandangan dan pendapat mereka diutamakan serta diambil kira secara tulus. "Lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkara paling asas lagi penting, iaitu Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bukan sahaja dari aspek perundangan malah dari sudut Islam sebagai 'aqad' pekerjaan tidak boleh diperkecilkan sehingga kelihatan seperti diperlekehkan," kata Nurul yang juga naib presiden PKR dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut Nurul, penyisihan, pengkelasan dan 'penswastaan' peranan sektor awam mewujudkan perbezaan di antara dua atau lebih tepat – empat darjat. Darjat pertama sanggup mengorbankan segala etika dan peraturan pentadbiran dengan alasan 'saya yang menurut perintah' untuk memenuhi kemahuan ahli politik yang lazimnya merugikan rakyat. Darjat kedua mendapat kontrak kerja mewah untuk hanya menjadi orang tengah dan mandur melakukan kerja yang mampu dilakukan setaraf malah lebih baik oleh profesional penjawat awam seperti yang disaksikan dalam Pemandu. Darjat ketiga seperti dalam JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) mendapat kelebihan yang melebihi penjawat awam lain. Dan darjat keempat adalah majoriti berjiwa rakyat yang melakukan kebanyakan tugas dalam diam tetapi diurus dan dimandurkan oleh ketiga-tiga darajat atasan tadi. Oleh itu katanya, atas semangat solidariti dan 'yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing' kami dari Pakatan Rakyat menuntut hak asasi semua penjawat awam dipulangkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Hak asasi penjawat awam ini termasuk menangguhkan pelaksanaan SBPA; memulakan perbincangan ikhlas dan menyeluruh untuk merangka SBPA secara adil dan saksama, tanpa campurtangan pihak-pihak yang berkepentingan serta mereformasikan amalan mendarajatkan penjawat awam, kata Nurul. |
ANAK buat aduan kedua isu pelantikan Isa Samad Posted: 28 Dec 2011 03:30 PM PST Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini mengemukakan satu lagi aduan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berhubung pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB). |
Dan Newsmaker bagi 2011 ialah... Posted: 28 Dec 2011 03:27 PM PST MALAYSIA KINI Sejak lebih 10 tahun yang lalu, Malaysiakini akan memilih seorang newsmaker setiapkali tibanya bulan Disember menjelang berlabuhnya tirai pada setiap tahun. Newsmaker ditakrifkan sebagai "seseorang yang tindakannya menjadi tajuk berita, yang memberi kesan pada wacana awam dan membawa impak - baik atau buruk - kepada politik Malaysia". Bagi tahun 2011, kami telah memutuskan untuk memecah tradisi kami sejak sedekad lalu, dan sebaliknya menyerahkan kepada pembaca Malaysiakini membuat pilihan mereka daripada senarai tujuh calon. Seperti yang diduga, pemilihan pembaca membabitkan persaingan sengit antara dua calon. Satu merupakan seorang individu yang dilihat ramai sebagai wajah satu gerakan, manakala yang satu lagi adalah 50,000 orang, yang mengharungi jalan di Kuala Lumpur di tengah-tegah tembakan air berkimia serta gas pemedih mata pada bulan Julai lalu apabila rakyat bangun untuk mengatakan 'tidak' kepada penipuan pilihan raya. Semalam, pembaca Malaysiakini memilih gerakan BERSIH sebagai berita utama 2011. Maka, tidaklah mengejutkan apabila pilihan bagi newsmaker bagi tahun ini adalan antara penyelaras BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan dan penyokong BERSIH - rakyat Malaysia yang menyorang gerakan yang menakjubkan itu. Dan pemenang bagi newsmaker tahun 2011 ialah penyokong BERSIH! Daripada 1,222 pembaca Malaysiakini yang mengambil bahagian dalam tinjauan selama lima hari itu, 491 memilih penyokong BERSIH, manakala 305 memilih Ambiga. 'Wanita Pertama' Datin Rosmah Rosmah Mansor di tempat ketiga dengan 181 undi, mungkin dibantu oleh banyak dakwaan yang menyelubungi dirinya - yang terbesar ialah dakwaan memiliki cincin berlian bernilai RM24 juta. Ini merupakan tahun kedua anugerah newsmaker dimenangi oleh kumpulan rakyat dan bukan individu. Pada tahun 2008, Malaysiakini menamakan 'anda' sebagai newsmaker kerana mencetuskan tsunami politik yang melanda negara ini sewaktu pilihan raya umum pada tahun berkenaan. Persoalan pentingnya ialah: Adakah 'anda' akan sekali lagi menjadi newsmaker pada tahun 2012? Pilihan pembaca - 10 berita utama tahun 2011 Newsmaker sebelum ini: 2010 - Ibrahim Ali 2009 - Teoh Beng Hock 2008 - ANDA 2007 - VK Lingam 2006 - Mahathir Mohamad 2005 - anugerah Bersama - Rafidah Aziz dan Mahathir Mohamad 2004 - S Samy Vellu 2003 - Husam Musa 2002 - Zainuddin Maidin 2001 - Rais Yatim |
Anwar jelajah semenanjung sebelum keputusan Liwat II Posted: 28 Dec 2011 03:24 PM PST MALAYSIA KINI Menjelang keputusan perbicaraan kes Liwat II pada 9 Jan, jadual ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim padat dengan acara ceramah.Beliau akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut. Tempoh berkenaan, antara 3 hingga 8 Januari diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin. Anwar dipetik AFP sebagai berkata, ramai yang mendoakan supaya beliau dibebaskan daripada tuduhan tersebut. Beliau juga akan menggunakan peluang dalam siri ceramah berkenaan untuk menjelaskan bahawa beliau tidak bersalah. Sekiranya didapati bersalah, bekas timbalan perdana menteri itu dijangka berdepan dengan hukuman penjara sedangkan pilihan raya umum dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi. Walau "optimis" dengan peluangnya untuk dibebaskan, Anwar berkata beliau bersedia untuk menghadapi keadaan yang paling buruk. |
KDN panggil Nanyang berhubung logo kalimah 'Allah' Posted: 28 Dec 2011 03:23 PM PST MALAYSIA KINI Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil ketua pengarang Nanyang Siangpau hari ini berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam bentuk logo dalam dua artikel yang disiarkan oleh akhbar harian berkenaan. Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Timbalan Ketua Setiausaha (keselamatan) KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, pemaparan kalimah Allah tersebut bertentangan dengan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. "Pihak Nanyang Siangpau diberi surat tunjuk sebab atas tindakan memuatkan kalimah Allah ini di dalam akhbar tersebut. "Ini adalah kerana ianya menyentuh sensitiviti umat Islam dan boleh mengakibatkan ketegangan dan kekeliruan di kalangan masyarakat umum di negara ini," kata Rahim. Dua artikel yang memuatkan kalimah Allah dalam bentuk logo itu bertajuk 'Hukum Hudud Jadi Isu Kontroversi' di muka surat A8 keluaran 27 Disember 2011, dan artikel bertajuk 'Hukum Hudud Membimbangkan Kaum Bukan Islam 'di muka surat A8 keluaran 28 Disember 2011. "Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana akhbar yang melakukan kesalahan ini pada masa hadapan berdasarkan peruntukan di dalam akta tersebut," tegas Rahim. |
Nga terima ugutan bunuh, peluru melalui pos Posted: 28 Dec 2011 03:21 PM PST Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini menerima sampul surat yang mengandungi ugutan bunuh dan sebutir peluru, yang dikirimkan ke rumah ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak. Sambil menggelar Nga sebagai "cina kurang ajar Yeop" dalam loghat tempatan, pengirimnya memberi "tiga pilihan", iaitu: Mampus cepat dengan peluru; Mampus lambat simbah dengan asid kat muka; dan Mampus lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda. "Ini amaran dari orang Melayu - jangan kurang ajar," bunyi surat tersebut,di mana peluru diletakkan dan dibalut dengan kertas tisu. "Ini sudah melampau... tak boleh diterima langsung," kata Nga ketika dihubungi, sambil menambah bahawa ibu bapanya yang sudah tua, amat terkejut dengan kejadian itu. "Kami dalam politik, kami boleh berdepan dengan tekanan sebegitu, tetapi tidak ahli keluarga kami," katanya. Menurut Nga, sampul surat itu telah dikirim melalui pos dan ibu beliau yang menerimanya. "Saya tinggal di Ipoh, saya telah menghantar seseorang untuk mengambil kandungannya dari ibu saya. Saya akan buat laporan polis selepas saya menerimanya, "katanya. Nga, yang juga setiausaha DAP Perak, menjadi perhatian umum minggu lalu berikutan dakwaan seorang penulis blog yang beliau mempunyai peranan dalam pemberian kontrak menjahit kepada syarikat, di mana isterinya adalah "rakan kongsi tidak aktif". Nga dan syarikat yang didakwa itu, telah menafikan dakwaan rasuah dan mencabar penulis blog tersebut supaya membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). |
Aspan Alias Tidak Yakin Najib & Pemimpin Negara Akan Ketepikan Shahrizat Posted: 28 Dec 2011 04:39 AM PST KELAB GREENBOC
Berdayakah Najib dan pimpinan mengenepikan Sharizat? Saya rasa susah. Isu Sharizat dan NFCnya masih tidak terlerai dan tidak ada apa-apa keputusan. Ia tidak akan terlerai dalam masa yang singkat ini kerana yang terlibat ialah seorang Menteri kabinet kerajaan persekutuan. Di Malaysia seorang menteri itu bukan senang hendak diketepikan kerana menteri itu merupakan orang yang sangat besar dalam masyarakat kita terutamanya orang kita Melayu ini. Etika kepimpinan kita sangat rendah dan moral kepimpinan memang tiada. Lima tahun dahulu seorang ahli kabinet Britain, Blankett ,telah hilang jawatannya semata-mata kerana beliau telah mempercepatkan proses permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk 'maid'nya. Beliau telah dikatakan telah menggunakan kuasanya sebagai menteri bertanggungjawab kepada permit pekerjaan mempercepatkan pemohonan teman wanitanya yang memerlukan permit kerja untuk 'maid'nya itu. Apabila diketahui umum, maka beliau telah meletakkan jawatan kerana beliau telah bertindak secara tidak beretika dalam meluluskan permohonan permit itu. Itu sahaja sebabnya. Begitulah tingginya etika kepimpinan di negara itu. Sebaliknya di negara kita perkara-perkara yang tidak beretika itu berlaku tanpa hadnya dan jika semuanya mengambil tindakan ke atas mereka yang melakukan kerja-kerja yang tidak beretika itu hari ini, tidak ada seorang pun yang kekal dalam Kerajaan Persekutuan pada hari ini. Kes NFC dengan Sharizat tidak langsung menjadi apa-apa kepada Sharizat. Tetapi sebaliknya beliau masih berada di dalam kabinet sehingga hari ini, malah beliau telah menyatakan bukan beliau sahaja yang bermasalah dalam UMNO, semua menteri-menteri lain pun juga bermasalah. Maksud Sharizat itu jelas. Maksud beliau kenapa beliau sahaja yang hendak dimangsakan, bagaimana dengan yang lain? Saya tidak nampak Sharizat akan dikeluarkan oleh Najib dari kabinet kerana masing-masing ada rekod yang sama. Jamil Khir, seorang Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama telah terlibat dengan menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam saman Anwar Ibrahim dalam kes Qazaf, ketua umum PKR itu yang juga ketua pembangkang. Saya tidak nampak yang kes ini termasuk dalam aznaf yang lapan itu kerana beliau adalah seorang Menteri. Wang zakat hanya boleh digunakan jika ianya termasuk dalam aznaf yang lapan itu. Kita tidak layak untuk menasihati Jamil Khir kerana beliau adalah seorang yang mengetuai agama dan dibanggakan oleh Najib kerana telah memberikan khutbah dalam bahasa arab mewakili seluruh umat Islam di musim haji baru-baru ini. Tetapi apa yang dilakukannya amat mengelirukan orang ramai. Apakah beliau mempunyai 'immunity' dari dosa dan noda kepada agama dan Tuhannya. Kalau pemimpin yang mengetuai agama melakukan kerja hina ini, pada siapa lagi dalam UMNO yang kita boleh yakini lagi? Ini kah kumpulan pemimpin yang berucap dengan berlakon dengan hebat dengan mengatakan agama kita akan tercemar jika PR memerintah negara kita? Saya ingin memberi nasihat kepada Jamil Khir, dari saat ini janganlah kamu bercakap tentang agama lagi dan mengaku sebagai pejuang agama di dalam kabinet kerajaan pada hari ini. Mungkin ini semualah yang dikatakan oleh Sharizat yang tidak ada pemimpin yang tidak bermasalah itu. Pada pertengahan tahun sembilan puluhan dahulu, Pemimpin Utama negara telah menggunakan wang rakyat untuk membiayai untuk melaksanakan 'bail-out' terhadap anaknya yang telah kerugian besar dalam perniagaannya. Jumlah wang rakyat yang digunakannya melebihi satu setengah billion ringgit. Sekarang ahli perniagaan itu telah membeli kilang arak yang terbesar di rantau ini di Filipina. Sebelum itu Pemimpin Utama ini juga telah membuatkan Bank Negara kerugian sebanyak RM36 billion dalam pasaran wang antarabangsa. Saudara Nor Mohamad Yakcop yang ketika itu menjadi Ketua Jabatan Treasury Bank Negara telah melaksanakan urusan jual beli wang antarabangsa yang akhirnya telah merugikan negara sebayak RM36 billion. Akhirnya BNM terpaksa menjual harta bagi mengurangkan angka kerugian bank pusat itu dan BNM akhirnya telah mengumumkan kerugian itu hanyalah RM9 billion. Nor Mohamad Yakcop akhirnya di lantik sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan setelah melakukan tindakan yang merugikan negara itu dan sekarang ini menjadi Menteri Kanan dalam Kerajaan Persekutuan kita. Awal tahun lepas setiausaha politiknya pula tertangkap dengan tunai sebanyak RM2 million di rumahnya di P Pinang. Tetapi Nor Mohamad Yakcop masih di dalam kabinet persekutuan kita. Di mana kah etika kepimpinan kita? Apa semuanya ini? Pemimpin ini selalu mengkritik orang Melayu kerana Melayu hanya mampu jika diberikan tongkat untuk berjaya. Katanya selalu, orang Melayu tidak pandai memajukan diri kalau tidak ada tongkat. Tetapi orang yang berfikir suka hendak bertanya, bagaimana dengan anak-anak beliau yang terpaksa menggunakan wang rakyat untuk merawat kegagalan dalam perniagaannya. Seperti yang saya sebutkan di atas tadi pengaruh politiknya dalam negara inilah yang membolehkan menggunakan berbillion ringgit wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anaknya. Oleh yang demikian apa yang di sebut oleh Sharizat itu ada benarnya: tidak ada pemimpin UMNO yang tidfak bermasalah. Kenapa hanya tumpukan kepada isu beliau? Bezanya Sharizat dengan pemimpin lain yang sama rekodnya ialah, Sharizat tidak pandai menyorokan kesalahannya dan kesalahan keluarganya. Yang lain pandai menyorokan kesalahan mereka. Pak Lah pandai menutup apa yang beliau lakukan, Muhyiddin pandai menutupi apa yang beliau lakukan semasa menjadi MB Johor misalnya. Namakan yang lain dan pasti senarainya amat panjang. Tetapi mereka pandai menutupnya sedangkan Sharizat tidak pandai menutup perlakuan sumbangnya. Itulah sebabnya susah bagi Najib atau sesiapa pun untuk mengambil keputusan tegas terhadap Sharizat. Masing-masing ada lubang besar untuk ditutup. Oleh kerana semuanya bermasalah maka tidak ada siapa di kalangan pimpinan boleh bertindak terhadap Sharizat dengan mudah. Yang boleh bertindak dengan mudah ialah rakyat. Jika rakyat yang bertindak, bukan sahaja Sharizat akan mampu di ketepikan malah seluruh jemaah yang menyeleweng semasa mentadbir kita akan dapat di ketepikan. Rakyat kini mahu hidup denagn selesa tanpa dikelirukan oleh pihak yang memerintah. Cukuplah dengan apa yang dilakukan oleh BN khususnya UMNO selama ini. Isu Sharizat ini merupakan cebisan dari cerita besar penglibatan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita selama ini. Rakyat sudah terhidu segala-galanya. Sampai masanya terbongkarlah segala-galanya. -aspanalias |
LAJIM, DARI SAMPAH KEPADA SAMPAH? Posted: 28 Dec 2011 04:36 AM PST JANANG Gayuh, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin yang pernah mengkhianati perjuangan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk membolehkan UMNO memerintah Sabah mungkin bakal ditimpa 'Hukum Karma' kerana akan dipinggirkan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang; ibarat kata bidalan, 'Dari Sampah Kepada Sampah!'
Jasa Lajim terhadap UMNO semakin sirna bagaikan ombak yang berarus deras tetapi hancur ketika menghempas pantai kerana khidmatnya tidak diperlukan lagi di era Najib menjadi Perdana Menteri, disebabkan 'Transformasi' adalah kata kunci yang mencipta kejayaan.
Walaupun saya berbangsa Bisaya, tetapi tidak boleh dijinakkan oleh Lajim yang menggunakan Persatuan Bisaya untuk kepentingan politik beliau, sedangkan masa hadapan kami terus diperjudikan di kasino.
Sebagai pemilih berdaftar, saya tidak boleh tidur lena selepas membaham 'ambuyat' (kanji daripada sagu rumbia) kerana di hadapan mata saya Beaufort bakal menjadi 'Bandar Transformasi' termaju di Sabah mengalahkan POIC di Lahad Datu kerana sejumlah RM45 Bilion dilabur di Projek Bersepadu Minyak dan Gas di Kimanis. Apalah sangat Projek Gula Sabah jika dibandingkan dengan projek mega ini.
Pelaburan ini adalah 10 peratus daripada Keluaran Negara Kasar Negara (GDP) dan Beaufort memerlukan seorang pemimpin yang dinamik, berintegriti, berdaya tahan dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk memastikan Pelan Transformasi Ekonomi mencipta ruang dan peluang kepada penduduk Beaufort yang terketinggalan serba serbi.
Cukuplah peluang yang diberikan kepada Lajim selama ini kerana beliau hanyalah seorang 'Desperado' yang menubuhkan Persatuan Bisaya untuk menonjolkan diri sebagai Pemimpin Agung yang menunggu peluang untuk dipanggil Ketua Menteri atau Ketua Menteri dengan pujukan dan tawaran; sebagaimana sejarah pengkhianatan beliau terhadap PBS pada 1994. Impian Desperado ini tidak mungkin berulang!
Dengan pelaburan Projek Gas Bersepadu bernilai RM45 Bilion di Kimanis dan Beaufort; Lajim tidak mampu mengikut jejak langkah 'Aman Bersaudara', Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Seri Anifah Aman yang menjadi 'arkitek' dan memacu pembangunan pesat di Bandar Transformasi ini melalui SEDIA dan SDC.
Kehebatan Anifah Aman sebagai Pengerusi Task Force Projek Gas di Kimanis telah berjaya menjinakkan Petronas yang sebelum ini bagaikan 'Anjing Liar' yang suka merebut segala harta kepada penjaga harta dan memulangkan kembali kepada rakyat Sabah dalam bentuk pembangunan berkala yang berkekalan.
Sebagai pendesak berintegriti, Anifah telah berjaya memujuk Petronas agar prihatin dengan nasib dan masa hadapan rakyat Sabah terutama di Kimanis dan Beaufort yang selama ini bagaikan anak ayam kehilangan ibu; semata-mata pemimpinnya terlalu berpolitik daripada bekerja.
Walaupun Perdana Menteri telah memaju ekonomi Malaysia melalui pelbagai Pelan Transformasi Ekonomi dan Sabah mencatat Bajet tertinggi dalam sejarah; namun pemimpin berideologi lama seperti Lajim tidak dapat mengejar kemajuan dan gagal menjadi pencetus idea baru untuk menjadikan Beaufort sebagai Bandar Transformasi di Sabah.
Kini tibalah masanya Lajim berundur daripada politik atau menghabiskan sisa usianya dengan kesihatan yang dikurniakan Illahi, untuk meneruskan perjuangan sebagai NGO dan meninggalkan hasratnya untuk memimpin Sabah People Front (SPF) yang diwar-warkan sejak seminggu lalu.
Lajim sewajarnya memberi peluang kepada pemimpin pelapis menggantikan beliau dan menghargai jasa UMNO dengan membantu 'Aman Bersaudara' memajukan Sabah, sekalipun beliau banyak mendapat projek NKRA daripada 'Mentor' Beliau, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. |
PAS Johor Kurangkan Bilangan Kerusi Ditandinginya Posted: 28 Dec 2011 04:35 AM PST MSTAR ONLINE JOHOR BAHARU: PAS Negeri Johor memutuskan untuk mengurangkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Timbalan Persuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad berkata, mereka "menyerahkan" lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada pilihan raya umum lalu kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Kesemua kerusi DUN dan Parlimen di Johor yang diserahkan PAS kepada DAP dan PKR itu merupakan kawasan campuran berdasarkan kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan di kawasan terbabit," katanya kepada Bernama, hari ini. Katanya, PAS Johor membuat keputusan untuk bertanding di lapan kawasan Parlimen dan 28 kawasan DUN pada PRU13, berbanding sembilan Parlimen dan 33 DUN pada PRU 2008. Menurut Dzulkefly, pada 2008 PAS Johor bertanding di banyak kawasan kerana menyedari PKR Johor pada ketika itu tidak mempunyai kekuatan dan disebabkan kerana enggan memberi kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN). Pada PRU 2008, PAS Johor memenangi dua kerusi DUN iaitu di Maharani dan Sungai Abong. Mengenai peluang PAS Johor pada PRU13, Dzulkefly meramalkan dengan suasana politik negara pada ketika ini yang memberi kelebihan kepada PR, ia mampu membuat kejutan dengan "memecah kubu BN" di Johor. "Kita berkeyakinan jika 'gelanggang pertandingan adalah sama rata,' Pakatan Rakyat Johor mampu memenangi sekurang-kurangnya 29 kerusi DUN untuk memperolehi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri," katanya. Johor yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN. Kata beliau, senarai calon-calon PAS Johor yang akan bertanding pada PRU13 telah pun siap, tetapi ia perlu diperakui oleh kepimpinan parti pada peringkat pusat. - BERNAMA |
Pelatih PLKN Boleh Lapor Diri Lewat Jika Terlibat Dengan Banjir Posted: 28 Dec 2011 04:34 AM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 9/2012 dibenarkan melapor lewat di pusat -pusat berkumpul sekiranya kawasan mereka terlibat dengan banjir. Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), pelatih berkenaan boleh berbuat demikian dengan mendapatkan surat pengesahan daripada Pusat Pemindahan Banjir atau mana-mana bilik gerakan banjir. Pelatih yang terlibat dengan bencana banjir juga dibenarkan untuk menukar kumpulan kepada kumpulan 2 atau kumpulan 3 bagi tahun ini, kata JLKN dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 9/2012 perlu melapor diri di pusat-pusat berkumpul mulai 1 hingga 3 Jan depan. Untuk maklumat lanjut, pelatih boleh menghubungi Call Center Jabatan Latihan Khidmat Negara di talian 03-40274747. - BERNAMA |
Jabatan Narkotik Sita RM62.4 Juta Harta Pengedar Dadah Tahun Ini Posted: 28 Dec 2011 04:03 AM PST MSTAR ONLINE KUALA TERENGGANU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menyita dan merampas harta milik pengedar dadah bernilai lebih RM62.4 juta hasil operasi agresif yang dijalankan jabatan bagi tempoh Januari hingga November lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Nor Rashid Ibrahim berkata, bagi tempoh yang sama jabatan itu berjaya merampas dadah bernilai RM216.52 juta. Beliau berkata, tindakan itu merupakan salah satu pendekatan yang dilakukan oleh pihak Narkotik bagi mengekang masalah pengedaran dadah di negara ini. "Kita percaya bahawa dengan harta yang dimiliki inilah mereka mudah dapat menjalankan kegiatan secara berterusan dan dengan tindakan penyitaan dan rampasan yang dilakukan oleh pihak polis, kita berjaya melumpuhkan aktiviti mereka," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. Katanya, dalam tempoh yang sama pada tahun lepas, JSJN berjaya menyita lebih RM64.81 juta harta milik pengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM254.56 juta. Beliau berkata, untuk mengatasi masalah pengedaran dadah di negara ini bukan satu perkara yang mudah kerana aliran dadah yang keluar masuk amat aktif disebabkan Malaysia dijadikan sebagai negara transit oleh pengedar-pengedar dadah dari luar. Sementara itu, Nor Rashid meminta kontinjen polis di tiga negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan, yang merupakan antara negeri paling tinggi menjadi tumpuan kegiatan pengedaran dadah, supaya menjalin kerjasama erat bagi membanteras kegiatan itu.. Katanya, beliau yakin menerusi kerjasama erat dan proaktif, aktiviti pengedaran dadah di Pantai Timur. "Hendak mencapai dadah sifar memang agak mustahil, namun pihak polis akan sentiasa berusaha untuk mengurangkan masalah pengedaran dan penagihan dadah bukan sahaja di tiga negeri berkenaan, namun juga di seluruh negara," katanya. Katanya, berdasarkan statistik kes pengedaran dan penagihan dadah menunjukkan peningkatan yang ketara dengan kebanyakan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA |
Surat Terbuka Mahasiswa Membenci UMNO BE END? Posted: 28 Dec 2011 04:00 AM PST Blog Tentera Semut Mahasiswa Kepada Pemimpin UMNO dan juga penyokong UMNO Jika tiada insiden menurunkan gambar DS Najib oleh Adam Adli, pastinya suara mahasiswa melalui BEBAS tidak disahut oleh masyarakat. Terima kasih tidak terhingga kepada abang "Ludah" dari UMNO Petaling Jaya Utara, video sarkas anda berjaya menghangatkan lagi perhatian masyarakat. Juga penghargaan kepada media UMNO termasuk cybertrooper mereka, anda secara tak langsung menjadi stimulus kepada kebangkitan mahasiswa. Dan nampaknya, pemimpin UMNO sangat sensitif dengan "kebiadaban" mahasiswa ini sehinggakan isu ini diulas oleh hampir semua wakil pergerakan sayapnya (walaupun boleh jadi hanyalah gimik membodek). Maka, kami mahasiswa ada jawapan untuk pemimpin-pemimpin UMNO. Saya adalah seorang mahasiswa. Pendapat saya ini bukanlah suara seluruh mahasiswa secara rasmi, tapi saya yakin ramai rakan-rakan mahasiswa lain senada dengan saya. Sebagai permulaan, saya berani nyatakan bahawa majoriti mahasiswa sudah muak dan jelik dengan UMNO secara keseluruhannya dan bersedia menolak UMNO/BN dalam PRU 13 nanti. Saya akan detailkan kenapa. Yang Pertama, Mahasiswa tak suka dikongkong. AUKU benar-benar telah menjadi hantu yang sentiasa merayau-rayau menyekat kebebasan mahasiswa menyuarakan pendapat. Ugutan berpanjangan menjadikan segelintir mahasiswa bukan sahaja takut untuk berdaftar sebagai pemilih, malah nak bercakap isu-isu politik pun menjadi sesuatu yang janggal. Mungkin UMNO rasa tindakan ini berjaya mengendurkan keinginan politik mahasiswa. Tapi nyata mereka silap. Air yang disekat dari mengalir telah pun tepu. Ia akan pecah dan mampu menghasilkan tsunami besar. Mungkin tidak ramai mahasiswa yang berani suarakan secara terbuka seperti di PWTC yang lepas, tapi kebencian pada kongkongan ini kami pendam dalam hati. Nantikan tsunaminya pada kertas undi nanti. Sikap mengongkong ini sangat jauh dengan semangat kemahasiswaan kami. Yang Kedua, Mahasiswa tak akan terumpan dengan wang. Kami acap kali diingatkan supaya terus menyokong UMNO kerana kerajaan sudah bagi peluang belajar di universiti. Kami yang mendapat biasiswa JPA, MARA dan sebagainya lebih-lebih lagi diingatkan supaya bersyukur dengan pemberian kerajaan. Kami juga sering diingatkan supaya focus pada pelajaran sahaja dan jangan sibuk dengan politik. Wahai pemimpin UMNO, ini jawapan kami. Sebenarnya, kami mahasiswa sudah muak dengan "ayat hafalan" pemimpin UMNO ini. Bila berdepan dengan mahasiswa, inilah mentera yang akan diulang-ulang hingga kami hampir termuntah mendengarnya. Kami reti membezakan antara apa itu UMNO dan kerajaan. Biasiswa kami bukan daripada duit yuran keahlian jutaan ahli UMNO, tapi biasiswa kami adalah duit negara hasil titik peluh ibu bapa kami. Kontrak kami dengan JPA ataupun MARA bukanlah kontrak untuk kami mengampu UMNO, tapi untuk berkhidmat balik kepada rakyat. Kami dihantar ke universiti bukan untuk menjadi hamba buku akademik semata, kami adalah pewaris politik Negara. Ilmu politik tidak diajar dalam buku teks kejuruteraan dan perubatan, tapi ketololan kamu telah mengajar kami erti politik yang sebenar. Wahai pemimpin UMNO, kami bukannya lembu fidlot yang boleh ditarik hidung bila dihulurkan rumput, tapi kami adalah legasi Nabi Musa yang akan bangkit menentang Firaun yang angkuh dan zalim walaupun Nabi Musa A.S sendiri diibesarkan oleh Firaun sejak kecil. Yang ketiga, Kami Mahasiswa generasi facebook dan internet. Kami ingin ingatkan pada pemimpin UMNO, mahasiswa sudah bosan dengan media arus perdana. Kebetulan sekarang ini tiada keperluan untuk kami menonton televisyen. Maklumlah, filem, ceramah, maklumat, hiburan dan lain-lain boleh dimuat turun terus dari internet. Apabila melihat akhbar dan televisyen terutama di musim dekat pilihanraya ini, perasaan muak dan jijik kami semakin membuak-buak. Buletin Utama TV3 patut ditukar nama kepada Buletin UMNO. Setiap minggu, isu-isu baru sentiasa timbul dan akan diulang-ulang setiap hari di akhbar tempatan. Boring!. Andainya kami dibenarkan berijtihad, pastinya fatwa kami adalah hukumnya makruh membaca Utusan Malaysia dan haram membelinya. Wahai pemimpin UMNO, jujurlah dengan situasi sekarang. Log in facebook, dan nilai mode orang-orang muda di facebook. Jika kamu jujur, pastinya kamu tak lena tidur! Yang keempat, Mahasiswa dahagakan keadilan dan kebebasan. Pembangunan material bukan lagi kegilaan kami. Kamu tawarkanlah bangunan sebesar gunung Kinabalu sekalipun, kami tak akan mabuk dengan arak pembangunan. Kami inginkan pembangunan agama. Kami ingin kebebasan, tiada lagi sekatan-sekatan pada program dakwah. Kami ingin lihat rakyat miskin terbela, bukan tauke melayu elit yang kaut harta Negara. Kami ingin kepala-kepala rasuah dihukum, bukan ikan bilis kerani pejabat yang dikambing hitamkan. Kami inginkan subsidi rakyat diutamakan, bukannya menyuruh rakyat tanam ubi kayu di belakang rumah. Wahai pemimpin UMNO, disebabkan betapa banyak korupsi yang kamu lakukan, apa sahaja kebaikan yang kamu buat pasti dipandang sinis. Kamu buat projek-projek besar untuk rakyat tapi akhirnya terkantoi kroni yang dapat projek. Kamu bertanding jawatan ketua UMNO bahagian pun untuk berebut tender rakyat. Kamu bahagi duit untuk pelajar RM100 seorang, tapi kami tahu kamu telah bertahun-tahun makan jutaan ringgit wang rakyat. Kalau tak percaya, sila tanya Taib Mahmud budak Sarawak. Akhir kata, Pemimpin UMNO harap sudah bersedia dengan air mawar dan batu nisan di sisi katil, kami mahasiswa sudah bersedia dengan dengan jentolak untuk menggali kubur UMNO. Semoga bersemadi dengan selamat ya! Daripada: Iskandar Kamrul Amin, Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan. |
Banjir di Rompin: Tv 3 bohong! Posted: 28 Dec 2011 03:58 AM PST Blog selamatkanpahang Selama ini orang ramai menganggap TV3 hanya berbohong dalam soal-soal politik pembangkang sahaja, rupa-rupanya dalam hal banjir pun mereka nak pekenakan penonton. PAS Rompin hari ini menempelak siaran berita Buletin Utama TV 3 yang menyiarkan kononnya Tanjong Gemok, Rompin kini lumpuh disebabkan banjir sebagai penipuan besar. Pengarah PAS Dun Tioman, Mohd Fadzli Ramli, berkata sebenarnya tidak ada langsung air di atas jalan di Tanjong Gemok (jeti untuk ke pulau Tioman) dan berita tersebut jelas menipu serta tidak bertanggungjawab. "Dalam dua, tiga hari lepas pun air pasang dekat menara jam saja di situ, nampok beno nipunya...," cekasnya dalam facebooknya. Sementara pengomen-pengomen posting berkenaan kesal kerana "berita pasal banjir pun nak tipu jugak ker". Sementara yang lain mengatakan mungkin selama ini televisyen berkenaan berbohong dalam soal politik bagi menyokong Umno, tetapi mereka tidak faham bagaimana dalam hal banjir pun TV3 mahu menipu. Sedangkan cerita tidak benar itu boleh menimbulkan kekeliruan dan huru-hara. |
Bina Semula Papan Tanda: Simbolik Kepada Angkara Khianat Posted: 28 Dec 2011 03:56 AM PST Oleh Ibn_bacoks PONTIAN - PAS Dun Benut mengambil pendekatan pro aktif dengan tidak melatah berikutan papan tanda pada salah sebuah cawangan PAS di Kampung Permatang Duku, Benut telah disabotaj pihak tertentu beberapa bulan lalu, kata Sdr. Saiful Amri A. Suloh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian. Sebaliknya, sebagai sebuah parti yang berpengalaman menghadapi provokasi pihak lawan ujarnya ternyata tidak memberi kesan sedikitpun dengan permainan kotor dan tindakan tidak bertamadun seperti itu. Malah, pihaknya bersama ahli cawangan lain telah membinanya semula dan telah didirikan bersebelahan papan tanda yang telah disabotaj dengan harapan orang yang lalu lalang di kawasan tersebut boleh menilai baik dan buruk daripada perbuatan sebegitu. "Singboard Pas Cawangan yang baru dinaikkan semalam. Singboard di bawah telah dicat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semua politik budaya mafia mereka telah buat di Parlimen Pontian langsung tiada (beri) kesan kepada kami. Kami (akan) terus fokus (kerja-kerja) bagi menumbangkan kezaliman BN," terangnya dalam satu kenyataan semalam. Menurutnya lagi, perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan sebagai tindakan balas terhadap PAS yang berjaya menubuhkan dua buah cawangan baru iaitu di Kampung Permatang Duku dan Parit Betak pada awal bulan ogos yang lalu. Tambahan pula dengan kehadiran Ir. Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak beberapa bulan dari penubuhan rasmi cawangan itu semakin memberi tamparan hebat menyebabkan pihak tersebut menjadi gelabah sehingga mencetuskan perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dalam negara ini. "Waktu Ir. Nizar datang, sekali lagi mereka buat sabotaj dengan gantung kain rentang provoke supaya majlis tersebut tidak mendapat sambutan," katanya lagi. Untuk rekod, Kampung Permatang Duku adalah pemenang Kampung Tercantik peringkat kebangsaan dan menjadi kebanggaan kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Semalam, acara mendirikan papan tanda baru telah dilakukan dengan dihadiri Hj. Ahmadi Arjoh, Ketua Cawangan PAS Kampung Permatang Duku, Sdr. Mohd. Rosdi Mohd. Noh, Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Permatang Duku dan sebahagian besar ahli cawangan tersebut. |
PRU-13, Shahidan atau Isa Sabu bakal tersungkur Posted: 28 Dec 2011 02:51 AM PST Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB Perlis bukan sebuah negeri yang memiliki keluasan yang besar seperti Pahang mahupun Sarawak.Kedudukan Perlis di hujung sempadan antara Malaysia-Thailand sedikitpun tidak memberi kelebihan kepada pintu masuk Malaysia itu untuk berkembang pesat sebagai pengkalan darat. Namun Perlis pernah mencatat sejarah politik yang menggemparkan negara semasa bantahan sebilangan pihak ke atas pelantikan Dato' Seri Dr Mohd Isa Sabu selaku Menteri Besarnya selepas pilihan raya umum 2008.Bantahan dipercayai dilakukan oleh pihak bekas Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim yang disokong oleh jentera BN di peringkat pusat. Sejak pelantikan Isa Sabu menerajui Perlis, negeri itu tidak sunyi daripada isu-isu politik membabitkan MBnya mahupun bekas MB. Ketika itu ramai yang meramalkan, Isa Sabu mendapat tentangan hebat dalam melaksanakan tugasnya kerana 'bayang-bayang' Shahidan tetap menghantuinya. Perlis hanya memiliki tiga kawasan Parlimen dan 15 Dewan Undangan Negeri (Dun), namun berantakan kes Isa Sabu- Shahidan mampu menerobos hingga ke Kuala Lumpur malah ke Putrajaya. Rakyat Perlis sendiri bingung kerana anyak perkara yang dilakukan oleh Md Isa dibandingkan dengan bekas Menteri Besar Perlis itu. Seperti diketahui umum, Shahidan bukan orang baharu menerajui Umno dan BN di Perlis.Pengalaman menerajui BN selama tiga penggal menjadi Menteri Besar menjadikan Shahidan sebagai 'orang kuat' BN di Perlis. Isa Sabu sebelum ini bukanlah 'permata' bagi memimpin BN di sana, malah namanya cukup tidak popular walaupun telah menjadi Adun beberapa kali. Shahidan punyai pengaruh dalaman Umno dan juga melestarikan benih persahabatan dengan beberapa Mufti terdahulu termasuk dengan Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta Dr Juanda Jaya. Ramai yang ragu dengan keupayaan Md Isa menerajui Perlis kerana MB Perlis itu bukanlah seperti 'super star' Umno Perlis antaranya, Dato' Seri Azmi Khalid; Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Shahidan sendiri. Mereka bertiga (Shahidan, Azmi dan Radzi) cukup lama, dan sudah membina proksi politik yang cukup ramai di peringkat negeri dan pusat. Radzi seperti diketahui umum adalah orang kepercayaan Tun Abdullah Ahmad Badawi sementara Azmi sangat berpengalaman menerajui beberapa kementerian dan kini menjadi Pengerusi Jawankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC). Kemudian populariti Azmi ditambah dengan penikahan bersama Pengacara Popular TV3, Datin Seri Normala Shamsuddin. Shahidan pula cukup aktif dalam lapangan sukan termasuk menerajui Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) selain seorang pemimpin yang cukup lantang menerjah pembangkang. Cerita-cerita kehebatan Azmi, Shahidan dan Radzi membayangi kisah hidup Md Isa yang jauh tenggelam dan sangat tidak dikenali.Malah hingga kini, Md Isa bukanlah seorang MB yang menjadi bualan umum. Nama Adun Bintongan ini hanya dikenali kerana kontroversi pelantikan MB yang menyebabkan beliau 'berlaga' dengan Shahidan yang tidak terpilih. Menjelang pilihan raya umum ke-13, politik Perlis dikatakan semakin rancak dengan pertembungan antara kelompok yang mewakili individu yang disebutkan tadi. Jika sebelum Mac 2008, hanya ada kelompok Shahidan, Azmi dan Radzi, kini muncul satu lagi kelompok iaitu 'kumpulan Md Isa'. Sebagai MB, Md Isa sendiri pastinya mahu mempertahankan kedudukannya ditakhta tersebut memandangkan ia adalah kemuncak kejayaannya sepanjang bergelar wakil rakyat. Sementara jawatan itu adalah jawatan yang sangat dikehendaki wakil-wakil rakyat Umno-BN kerana ia mendatangkan 'keuntungan' jika mereka mampu menggunakan kedudukan itu sebaik mungkin. Jika tidak, masakan berlaku krisis antara Md Isa dan Shahidan semasa pemilihan MB selepas Mac 2008? Perlis sebenarnya tiada sumber yang besar yang membolehkan seseorang MB-nya meratah kekayaan kerana setiap tahun negeri sekecil sebuah daerah Baling di Kedah. Perlis juga tidak memiliki 'emas di perut bumi' (petroleum) yang ingin direbutkan oleh mana-mana wakil rakyat yang berhasrat menjadi Menteri Besar. Namun, menjadi Menteri Besar bagi seseorang wakil rakyat Umno-BN adalah peluang yang besar sebesar namanya untuk mengaut laba dari jawatan tersebut. Pergolakan politik Perlis tidak akan sekecil keluasan tanah negeri ini, kerana semakin dekat tarikh pilihan raya, semakin sengit permainan antara kelompok yang wujud di sana. Pastinya penyokong disetiap kelompok akan menuruti sahaja apa yang disuarakan ketuanya yang akan menyaksikan perpecahan mengikut ketua masing-masing berlaku di negeri kecil itu. Malah lebih parah lagi, rencah perpecahan yang sebenarnya sudah lunak di peringkat Umno-BN pusat antara Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantu perpecahan di Perlis. Umno Perlis sebenarnya tidak memiliki kekuatan untuk melakar apa sahaja pelan perubahan di Pusat kerana Perlis hanya ada tiga bahagian Umno sahaja yang juga Parlimen. PAS telah berjaya menembusi dua kubu kuat Umno di Bahagian Arau iaitu di Dun Simpang Empat (Ruslee Eizan) dan Dun Sanglang, (Ustaz Hashim Jasin). Kejayaan PAS ini sebenarnya merisaukan Md Isa dalam berdepan pilihan raya umum ke-13.Meskipun kejayaan PAS hanya tipis di Sanglang dan Simpang Empat, namun gelodak percakaran antara kelompok di Perlis melemaskan perpaduan Umno. Md Isa bukanlah orang yang mampu menjernihkan percakaran yang sebenarnya menjadi hangat kerana kehadirannya selaku MB selepas PRU-12. Apakah, percakaran itu bakal menenggelamkan kapal layar Umno yang bertahan sejak 12 pilihan raya lalu di Perlis, ianya mungkin kini menjadi 'sebuah mimpi negeri' dalam setiap lena Md Isa Sabu. Jika Perlis tumbang ke tangan Pakatan Rakyat, Md Isa adalah orang yang bakal di serang Shahidan mahupun Azmi atau Radzi kerana kegagalan itu |
Umno sebenarnya ancaman kepada orang Melayu Posted: 28 Dec 2011 02:38 AM PST Oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT SAYA ingin berpesan kepada setiap ahli PAS supaya sentiasa bersedia untuk pilihan raya setiap saat. Pilihan raya bukan sahaja antara PAS dengan Umno, pilihan raya ini empat, lima tahun sekali, tapi sebenar pilihan raya adalah pilihan antara nafsu dan akal hari-hari. Pilihan antara syaitan dengan malaikat, nak sembahyang atau tak sembahyang, nak bayar hutang atau tak nak bayar, makan kedai kopi nak bawa balik ke anak isteri atau habis di kedai. Orang yang bayar hutang bererti dia telah pangkah benda wajib, tak bayar hutang ertinya orang yang pangkah tidak wajib.Bila dia pilih tidak bayar bererti dia pangkah yang salah. Oleh demikian, pilihan raya bukan antara PAS dengan Umno sahaja, tapi antara nafsu dengan akal. Di antara agama de ngan tidak ingat agama. Bukan empat tahun sekali tetapi setiap saat, setiap detik. Pilih hendak ke syurga atau neraka, nak ke syurga hutang kena bayar, sampai waktu sembahyang kena sembahyang, sampai waktu puasa kena puasa, sampai waktu tinggal rokok tinggal rokok. Saya di Kelantan saya sebut lama dah, nak jadi wakil rakyat mesti orang tidak merokok. Yang merokok saya tidak pilih, itu pandai-pandai dialah. Dalam Perhimpunan Agung Umno mereka mainkan emosi untuk lawan kita, sedangkan perpecahan antara Muhyiddin dengan Najib begitu ketara. Najib mahu letak calon boleh menang iaitulah calon pilihannya, kroninya. Dengan serangan hebat dibuat atas kita, macam mana Tok Guru simpulkan PAU itu? Umno (sebenarnya) ancaman bagi orang Melayu, sebab itu 60 tahun hidup orang Melayu tidak ke mana. Umno sebut Melayu tiada kuasa sekarang, siapa jaga Melayu, kalau tidak Umno? Bila PAS guna Islam, maka sebanyak mana dikehendaki golongan kebangsaan ada belaka dalam Islam, sebanyak mana dikehendaki ekonomi ada belaka dalam Islam. Banyak mana yang jaga Melayu ada belaka dalam Islam. Jadi mengapanya ambil Melayu sahaja, ambil Islam mencakupi segala- galanya. Ekonomi ada dalam Islam, jaga bangsa ada dalam Islam, sosial ada dalam Islam. Dalam pimpinan politik ini, Tok Guru paling utama Umno serang. Tok Guru disuruh berhenti dan sebagainya. Macam orang nak main bola dengan 'Red Warrior' (Kelantan) tapi Apek tak boleh jadi 'golkeeper'. Nak lawan apa, kalau nak lawan biarlah Apek jadi 'golkeeper'. Bubarlah pasukan kamu tu. Tiada arah kecuali Islam. Islam ini baru betulbetul arah. Tak pasal-pasal Umno tolak Islam pilih kebangsaan. Arah tuju kita orang Islam nak masuk syurga. Arah tuju orang Umno nak jadi kaya. Kontrak sana sini, tak dapat kontrak, dia rasuah. Syurga neraka dia tidak fikir kerana tiada Islam, Islam hanya jadi tradisi. Umno tiru Eropah, bukannya tiru Nabi Muhammad. Macam Eropah nak kaya jajah negeri sana, jajah sini, bunuh orang, tidak padan dengan negeri dia datang negeri orang. Kerana hendak kaya saja, syurga neraka bukan dia peduli. PAS tonjolkan syurga neraka, tonjolkan dosa pahala, tonjolkan nafsu amarah syaitan iblis, tapi Umno tidak tonjolkan ini. Sedangkan inilah kelainan antara sekular dengan agama. Orang sekular tak tonjol lang sung syurga neraka, tonjolnya hanya pembangunan. Misalnya begini, pengajian matematik sains benda ni tak payah mari dari langit, tak payah wahyu dari langit kerana manusia ada otak. Otak ni dah cukup untuk manusia faham teknologi, sains, matematik ni. Sebab itu kalau kita pergi mengaji matematik di Russia, dua kali dua sama empat. Pergi Amerika, dua kali dua sama empat juga. Kerana ini semua boleh guna otak. Bahkan Russia yang kata tiada Tuhan, dia lebih terkehadapan dari segi ilmu angkasa. Kapal Soyuz tu, Amerika pun tumpang. Maknanya, komunis lebih terkehadapan untuk naik ke bulan, hal angkasawan. Ini cukup dengan otak sahaja. Tetapi bila mari wahyu ertinya beri pada kita ilmu yang otak kita tak sampai hendak fikir. Dosa pahala mana orang hendak reti, syurga neraka mana orang nak faham, iblis nafsu di mana orang hendak tahu melainkan dengan wahyu. Umno tidak tonjol benda ni. Kalau Umno tonjol benda ni, semua rakyat jadi PAS. Kerana syurga neraka ini bukan projek PAS, bukan projek kerajaan, tapi projek Allah. Allah yang buat bumi, Allah yang buat langit, Allah itu juga akan buat kiamat, akan buat azab kubur. Oleh yang demikian, kalau Umno tak tunjuk benda ni ertinya Umno telah potong 50 peratus daripada ajaran ilmu wahyu. PAS tonjol benda ni hingga Umno kata susah Nik Aziz ni kata syurga neraka. Dah memang agama ni begitu. Syurga neraka ni barang ada, kita terima memang dia ada, kita tak terima pun dia ada, jadi baik kita terima. Hari ini orang Eropah pun sudah boleh sistem ke wangan Islam selepas keruntuhan dan krisis ekonomi Amerika dua tahun lepas. Sistem perbankan Islam mula berkembang sekarang. Itu baru ekonomi Islam, insya-Allah sikit lagi akidah Islam juga dunia akan terima. Sekarang ini banyak bank Islam walaupun masih ada kelemahankelemahannya, tapi orang boleh terimanya. Hari ini walaupun tiada krisis ekonomi tapi (berlaku) hutang atas hutang. Hutang ini bukan apa, dipanggil 'al-gharar' iaitu spe kulasi. Islam akan diterima dunia. |
Krisis PAS Selesai - Hasan Ali jumpa Nik Aziz Mohon Maaf. Posted: 28 Dec 2011 02:30 AM PST Radhi Razak
BACHOK - Isu panas yang dihadapi PAS baru-baru ini selesai setelah Bekas Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali secara sukarela menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat semalam bagi mencari jalan merapatkan kembali hubungan yang semakin renggang melibatkan beliau dan beberapa pimpinan tertinggi Parti. Hassan turut dengan rasa rendah diri membuat permohonan maaf kepada semua pihak dalam Parti dan menarik semula kesemua kenyataan yang bersifat negatif terhadap PAS.
Turut hadir menemui Nik Aziz termasuklah bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Timbalan Mursyidul Am PAS Prof. Datuk Dr. Harun Din. Menurut Menteri Besar Kelantan yang mengesahkan hal berkenaan, Hasan telah melakukan satu perkara yang boleh dijadikan contoh buat semua pihak dalam PAS dan sikapnya itu turut membanggakan beliau selaku Mursyidul Am.
"Saya juga berharap orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Hasan," jelas Nik Aziz kepada media selepas selesai sessi lawatan beliau di Bachok, di sini hari ini. Beliau turut akan mengadakan kenduri kesyukuran tanda terima kasih kepada Allah atas penyatuan semula pimpinan PAS yang sekian lama diuji dengan pelbagai cabaran memecahbelahkan parti. |
' Ambil tindakan elak revolusi’ Posted: 27 Dec 2011 09:22 PM PST Perkasa mahu polis ambil tindakan terhadap penganjur, peserta kempen 901 Bebaskan Anwar kerana cuba mencetuskan revolusi. KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mahu tindakan diambil terhadap Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim berikutan kempen 901 Bebaskan Anwar yang didakwanya cubaan memulakan revolusi di Malaysia. 901 merujuk kepada tarikh penghakiman kes liwat Anwar di Mahkamah Tinggi. "Mereka dah mulakan perhimpunan di Pulau Pinang. "Mereka mahu bangkitkan revolusi seolah-olah di Dataran Tahrir, Mesir seolah-olah Anwar tidak bersalah. Ibrahim berkata demikian mesyuarat majlis tertinggi Perkasa di sini semalam. "Justeru itu Perkasa minta pihak keselamatan terutamanya polis agar dapat mengambil langkah pencegahan (preemptive measures) yang menjurus kepada revolusi." Jangan kompromi Beliau turut menambah langkah membuat perhimpunan akan menyebabkan nama Malaysia tercemar. "Kita desak kerajaan agar tidak kompromi walau seinci pun." Tambah beliau, sekiranya Anwar didapati bersalah beliau masih boleh membuat rayuan. "Kenapa mahu bawa kes kepada rakyat? Ini penghinaan terhadap mahkamah." Ibrahim menambah bahawa tindakan Anwar menjadikan umum sebagai hakim kesnya adalah bersamaan "tindakan mencabul dan menodai perlembagaan." Akta Hasutan Sementara itu, Ibrahim turut mendesak kerajaan agar mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Eu Hong Seng. "Kita desak agar Eu ditahan dan dibicara di bawah Akta Hasutan." Eu yang dilaporkan menyeru agar umat Kristian menyebarkan ajaran Kristian. Beliau turut dilaporkan sebagai berkata umat Kristian dipinggirkan. "Ini provokasi yang dibuat secara tidak bertanggungjawab. "Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sudah jelas. Ia kontrak sosial yang tidak boleh dipersoal." Beliau menambah kenyataan Eu boleh digunakan untuk menghasut golongan muda dan bukan Islam. "Nampak sangat mereka nak bermusuh dengan orang Melayu-Islam. |
Rakyat bayar cukai, kenalah bantu! Posted: 27 Dec 2011 09:20 PM PST Sebagaimana semua rakyat di negara ini wajib membayar cukai kepada kerajaan tanpa mengira fahaman politik, begitu juga bantuan harus disalurkan tanpa mengira fahaman politik. Manfaat dari pemberian RM100 bagi setiap anak-anak yang bersekolah dalam Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah pun diterima oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah bagi sesi 2012. Selepas ini, tentunya ramai yang tertunggu-tunggu pula tarikh 16 Januari ini untuk mengetahui samada layak atau tidak untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 untuk setiap keluarga seperti mana yang disebut dalam bajet yang sama. Sekonyong-konyong, timbul suara-suara yang menyindir kelompok masyarakat yang dianggap sebagai penyokong pembangkang apabila mereka turut berada dalam barisan untuk mengambil peruntukan RM100 untuk anak bersekolah dan mengambil borang BR1M itu. Sindiran-sindiran di beberapa laman sosial itu hanya membuatkan saya terfikir, alangkah dangkalnya pemikiran mereka berhujah, dengan menjadikan alasan tidak mengundi Barisan Nasional (BN) sahaja sudah cukup untuk tidak melayakkan seseorang menerima bantuan tersebut. Sebelum ini pun telah kerap kali kita mendengar cerita permohonan tanah, pinjaman Tekun dan sebagainya dibakul sampahkan disebabkan bukan ahli parti dalam komponen BN. Tidakkah mereka ini terfikir bahawa wang pemberian itu datangnya dari dana yang dikumpulkan dari cukai-cukai termasuk cukai pintu, cukai tanah, cukai eksais, cukai pendapatan dan sebagainya yang datangnya dari semua rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik. Bayar gaji menteri Dari cukai yang dikumpulkan itu jugalah digunakan untuk disalurkan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk dan juga membiayai pentadbiran negara termasuk membayar gaji menteri-menteri berperut boroi. Seperti mana rakyat negara ini diberikan tanggungjawab untuk membayar cukai kepada kerajaan tanpa mengira fahaman politik, begitu juga sebaliknya dengan peruntukan yang disalurkan kepada rakyat harus diberi tanpa mengira fahaman politik. Sekiranya hak mereka dinafikan atas sebab mereka tidak menyokong BN, maka mereka juga berhak untuk menuntut agar mereka diberikan pengecualian cukai, sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Lainlah sekiranya para pengundi parti-parti pembangkang negara ini dikecualikan membayar cukai sekaligus menjadikan mereka tidak layak sama sekali menerima apa-apa peruntukan dari kerajaan termasuklah seperti mana yang disebut dalam Bajet 2012 lalu. Tentulah langkah mengecualikan cukai kepada pengundi yang mengundi parti pembangkang dalam pilihan raya adalah sesuatu yang mustahil berlaku. Tambah pula, menyuarakan pendirian masing-masing termasuk dalam pilihan raya merupakan hak setiap warganegara yang dijamin dalam perlembagaan negara. Maka kesimpulan mudahnya, seperti mana para penyokong pembangkang diwajibkan membayar cukai yang sama seperti penyokong BN, maka hak mereka untuk menerima apa-apa peruntukan yang disediakan oleh kerajaan adalah sama taranya dan hak ini tidak berkurang sedikit pun berbanding penyokong BN. Tiada dakwa-dakwi. * Penulis adalah penulis/wartawan bebas. Selain di FMT artikel lain beliau boleh dicapai di bedukcanang.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan