Ahad, 25 Disember 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Wanita Penjual Kueh Pau Dicekup Berkemban Di Rumah Mat Indon

Posted: 25 Dec 2011 12:36 AM PST

KELAB GREENBOC



G
una alasan ambil telefon

LEDANG – "Saya mahu ambil telefon bimbit," itu helah seorang wanita untuk melepaskan diri daripada ditahan ketika dicekup berkhalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) di sebuah rumah di Parit Bunga di sini, awal pagi kelmarin.

Ketika serbuan dibuat kira-kira jam 3.30 pagi itu, wanita berusia 23 tahun terbabit dan pasangannya warga Indonesia ditahan kerana didapati berdua-duaan dalam bilik di rumah berkenaan.

Lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh binaan sudah setahun setengah berhijrah ke negara ini dan baru sebulan mengenali wanita itu ketika membeli pau di gerainya yang terletak kira-kira 15 meter dari rumahnya.

Sejak itu, mereka saling bertukar-tukar nombor telefon bimbit dan wanita itu sering dilihat penduduk berhampiran datang ke rumah lelaki terbabit pada awal pagi untuk bersembang.

Kadi Daerah Ledang, Su­laiman Maidin berkata, berda­sarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Pe­­gawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran dan dibantu penduduk kampung memeriksa rumah tersebut.

Menurutnya, PPADL terpaksa memecahkan pintu rumah itu apabila pasangan terbabit enggan membuka pintu setelah memberi salam dan menunggu kira-kira 15 minit.

"Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tidak berbaju dan berkemban sedang sembunyi dalam bilik.

"Manakala pasangannya tidak berbaju dan berseluar berada di dapur dan dipercayai cubaan untuk melarikan diri setelah menyedari kehadiran penguat kuasa,"
katanya.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hu­bun­gan mahram atau suami isteri.

"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing," katanya.

Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dike­nakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya. -sh

Bila Pula SPRM Hendak Panggil Awang Adek?

Posted: 25 Dec 2011 12:20 AM PST

MSO


AKHIRNYA SPRM telah pun panggil pengerusi NFC Dr Mohamad Salah Ismail yang juga laki Shariat Abdul Jalil untuk diambil keterangan mengenai kontroversi projek lembu gemuk yang didedahkan kononnya salah guna wang dengan membeli kondo di Bangsar.

Kata pihak SPRM Sallah dipanggil untuk memberi kerjasama berhubung isu itu. Selepas ini hendaknya kontroversi mengenai projek lembu gemuk (NFC) itu akan selesai. Sekiranya SPRM mendapati atau unsur-unsur rasuah, mereka bertanggungjawab akan segera didakwakan.

Kesegeraan pendakwaan perlu bagi mensucikan Sharizat Jalil yang dikaitan secara tidak langsung sebab projek itu dikendali lakinya dan anak beranaknya.

Sekiranya SPRM mendakawa Salleh apakah Sharizat sedia untuk melepas jawatan? Setakat ini menteri wanita itu tidak ada tanda-tanda untuk sedia melepas jawatan walaupun banyak pihak suruh dia letak jawatan. Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad juga turut sama meminta Sharizat secara diplomasi agar melepas jawatan. Manakala bekas PM Abdullah Badawi pula bermati-matian membela Sharizat Jalil. Kenapa, apakah projek itu ada kena mengena dengan menantunya yang tidak ada kuasa itu?

Kalau hendak ikut logiknya bukan sahaja Sharizat perlu melepas jawatan berhubung dengan penyelewengan dalam projek itu, tetapi bekas menteri pertanian dan industri asas tani yang memperkenalkan slogan Pertanian Sebagai Perniagaan, Udin anak Yassin juga perlu melepas jawatan sama.

Tidak adil kalau hanya desak Sharizat tetapi tidak sama desak Udin anak Yassin yang tahu sangat di sebalik projek berkenaan kerana 'kelulusan peruntukan khas sebanyak RM250 juta semasa Udin anak Yassin menjadi menteri.

Rewel dan naif sangatlah kalau Udin anak Yassin mengatakan dia tidak tahu menahu. Udin anak Yassin tidak akan dapat melepas tangan dari menerima tanggungjawab apabila isu itu dihumbankan ke atas batu jemala Sharizat Jalil.

Sementara orang ramai sedang menanti apakah hasil siasatan SPRM berhubung penyelewengan dana projek lebu gemuk itu, orang ramai juga sedang menaruh minat besar untuk tenguk apa jadi ke atas timbalan menteri kewangan Awang Adek Hussein yang mengakui menerima sumbangan wang ke dalam akaun peribadinya. Jumlah yang disebut RM100,000 tetapi ramai yang tidak percaya kalau angka itu setakat itu saja. RM100,000 kecil jika dibandingkan dengan kedudukan dan pangkat Awang Adek Hussein.

Bekal bakal MB Kelantan itu juga seharusnya dipanggil untuk mengetahui untuk apakah wang derma yang dimasukkan khas ke dalam akaun peribadinya yang dikendalikan oleh pegawainya itu. Ketiga pegawai Awang Adek Hussein, Rosli, Ramli dan Nik Yahaya perlu tampil untuk memberi penjelasan siapa yang memasukkan wang ke dalam akaun peribadi Awang Adek itu dan atas alasan apa.

Rasa sayalah perlu juga ada laporan dibuat berhubung pengakuan Awang Adek itu. SPRM boleh membuat siasatan berpandukan pengakuan Awang Adek itu kalaupun tidak ada apa-apa laporan dari mana-mana pihak dibuat. Ini kerana apa yang berlaku itu boleh menimbulkan keraguan dan ada sangkut paut dengan kepentingan awam.

Bagaiman pun kalau SPRM atau polis tidak mahu mengambil inesiatif untuk menyiasat berdasarkan pengakuan ikhlas Awang Adek Hussein itu perlu ada mana-mana pihak membuat laporan polis dan SPRM. Dalam hal ini orang atau puak paling afdal membuat laporan kepada SPRM ialah Umno Bahagian Bachok kerana Awang Adek adalah ketua Umno Bahagian itu.

Laporan polis dan siasatan SPRM perlu untuk mengesahkan kedudukan Awang Adek Hussein. SPRM kena bersihkan nama Awang Adek Hussein sebelum pilihan raya tiba. Kalau nama Awang Adek tidak dibersihkan sebelum pilihan raya ini 'merohokkan' (menyukarkan) untuk Awang Adek memasuki pilihan raya.

Sudah tentu masa kempen pilihan raya nanti akan keluar sepanduk atau banting mengenai pengakuan Awang Adek Hussein itu di samping gambar ceruk sebesar kepala lutut dan juga tindakan Awang Adek yang satu masa lulus meluluskan lesen judi bola sepak. Musuh Awang Adek pastikan menjadikan tema kempen memburukan Awang Adek kali ini berbunyi; Judi, Ceruk dan Rasuah.

Jadi laporan polis dan siasatan SPRM ke atas Awang Adek Hussein penting

JPN perjelas SOP permohonan kad pengenalan anak Mufti Perlis

Posted: 25 Dec 2011 12:18 AM PST


KUALA LUMPUR — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan jabatan berkenaan hanya memerlukan ibu bapa mengemukakan salinan sijil nikah atau kahwin sekali sahaja untuk permohonan kali pertama bagi tujuan pengesahan status.

Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said, dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) jabatan berkenaan, prosedur terbabit adalah untuk permohonan kali pertama bagi tujuan pengesahan status sebelum kad pengenalan dikeluarkan.

"Prosedur yang berkuatkuasa pada 11 Jun 2009 ini adalah bagi Tatacara Pengendalian Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun yang mempunyai masalah taraf Kewarganegaraan bagi perkahwinan di antara lelaki bertaraf warganegara Malaysia dengan wanita bertaraf warganegara asing.

"Prosedur ini menuntut ibu bapa mengemukakan sekali sahaja sijil nikah dan sijil kahwin mereka, ia bertujuan untuk pengesahan status sebelum kad pengenalan dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

"Berdasarkan prosedur berkenaan, ketetapan dan keperluan bagi kes-kes sedemikian adalah perlu bagi tujuan penentuan dan pengesahan taraf kewarganegaraan anak," tambahnya lagi.

Jelas Jariah, berdasarkan kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam yang dilaporkan sebelum ini, isu yang timbul berhubung kait dengan kecuaian kakitangan kaunter untuk merujuk kepada pegawai atasan bagi kes yang meragukan.

Bagaimanapun jelasnya, dalam kes anak Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, pihaknya mengesahkan kad pengenalan anak kedua beliau sudah siap dan boleh dikutip di pejabat JPN.

"Kad pengenalan Sumaiyah Syahidah, anak kedua Dr Juanda Jaya telah pun siap untuk serahan dan sedia untuk kutipan di Pejabat JPN Kuching pada hari bekerja," jelasnya.

"Pengurusan JPN telah mengenal pasti masalah yang berbangkit dan segala usaha memperbaiki kelemahan telah diambil supaya semua pegawai bertugas di bahagian kaunter dapat melaksanakan tugas secara profesional dan sentiasa bersikap membantu pelanggan berurusan dengan JPN.

"Sehubungan dengan itu, JPN memohon maaf di atas segala masalah dan kesulitan yang dihadapi beliau ketika berurusan di kaunter JPN Kuching, Sarawak ekoran daripada kelemahan kakitangan kaunter dalam menerangkan prosedur jabatan," jelas Jariah lagi.

Menurutnya lagi, JPN juga tidak sesekali bermaksud untuk menafikan hak serta status kewarganegaraan anak beliau sebagai warganegara Malaysia.

Antara Adam Adli dan 'panglima ludah'

Posted: 25 Dec 2011 12:11 AM PST

Syad Adzman


Negara gempar dengan insiden 17 Disember, di mana seorang aktivis telah menurunkan bendera Perdana Menteri tatkala ratusan mahasiswa turun ke jalan raya bagi menjunjung prinsip kebebasan akademik.

Berkali-kali sahabat saya yang lain bertanya tentang isu ini, dan ini pendapat saya:

Pertama sekali saya ingin merakam tahniah di atas kejayaan mahasiswa yang berjaya membawa tuntutan mereka ke tengah untuk diberi perhatian yang lebih apabila berjaya menyerahkan dua memorandum – kepada SUHAKAM dan satu lagi kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri. Kesudian Timbalan Menteri untuk turun dan bertemu mahasiswa juga harus dipuji dan dihargai. Saya secara peribadi mengagumi cara dan toleransi yang ditunjukkan beliau, selain peribadi beliau yang berakhlak, beretika dan sifar skandal.

Namun isu yang lebih penting di sini ialah tindakan Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri sewaktu acara klimaks kepada program itu. Solidariti Mahasiswa Malaysia seperti yang dijangka telah menyokong sepenuhnya tindakan Adam dalam hal ini berdasarkan beberapa hujah.

Saya juga merasakan tidak ada masalah dengan tindakan itu. Hal ini kerana, bendera yang diturunkan langsung tidak dipijak,dikoyak atau diconteng. Bendera yang hanya diturunkan selama beberapa minit itu juga akhirnya dinaikkan semula ke tempat asalnya. Kita boleh katakan tindakan Adam sebagai kurang ajar jika dia menurunkan bendera Malaysia yang menjadi lambang kebanggaan dan imej negara kita. Dalam hal ini, Adam tidak berbuat demikian. Sebaliknya, Adam telah menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri dan bendera tersebut langsung tidak melambangkan imej negara kita. Maka, soal biadab atau kurang ajar langsung tidak wujud dalam polemik ini.

Teguran buat Adam

Sebagai teman mahasiswa, ingin saya ambil kesempatan ini untuk menegur Adam Adli dalam beberapa perkara. Pertama, jika ingin melakukan acara simbolik seperti menurunkan bendera, pastikan beliau membawa sendiri bendera yang ingin digunakan dalam acara simbolik tersebut. Adalah kurang manis sebagai orang luar yang datang ke PWTC untuk menceroboh bendera kepunyaan mereka.

Saya sertakan di sini satu analogi. Sewaktu kita berdemo menentang keganasan zionis dalam beberapa episod demonstrasi sebelum ini, kita telah mengekspreskan kemarahan kita dengan membakar bendera negara Israel dan sekutu mereka, Amerika Syarikat. Adakah para demonstran telah menurunkan bendera Amerika Syarikat yang terdapat di kedutaan mereka? Jawapannya tidak. Kita tidak menurunkan bendera yang ada di kedutaan Amerika Syarikat untuk acara simbolik membakar bendera sebaliknya membawa bendera Amerika Syarikat kepunyaan kita sendiri.

Itulah yang harus dilakukan Adam Adli agar tidak dilihat keterlaluan. Beliau perlu faham status PWTC yang merupakan 'rumah' UMNO. Apa yang dilakukan pada 17 Disember tempoh hari telah membuatkan beliau dilihat sebagai penceroboh dan bukannya orang yang menyatakan protes kepada kepimpinan sedia ada.

Teguran buat penyokong kerajaan

Sejurus selepas Adam Adli menurunkan bendera itu dan menaikkan bendera kebebasan akademik, maka ada pihak yang ingin menjuarai isu ini dengan kononnya menyatakan kemarahan kepada mahasiswa.

Saya langsung tidak peduli jika mereka ingin berasa marah atau apa sekali pun. Tetapi tindakan mereka yang mengugut dengan kekerasan langsung tidak mencerminkan keperibadian Melayu yang kononnya menjadi wadah perjuangan mereka selama berdekad-dekad. Sebaliknya, perangai mereka berani saya sifatkan sebagai samseng murahan dan terdesak untuk mencari perhatian!

Apakah wajar untuk seseorang yang tidak jelas jasanya kepada Melayu mengiktiraf diri mereka sendiri sebagai 'panglima'? Apakah wajar individu-individu sebegini berniat untuk meludah mahasiswa? Apakah mahasiswa ini hanya sekadar sampah-sampah picisan untuk diludah sesuka hati?

Jika benar Adam Adli telah melakukan sesuatu yang mereka kurang senang, tegurlah beliau dengan kaedah yang berhikmah. Hal ini tidak perlu saya ajarkan di sini memandangkan mereka lebih senior dan sepatutnya tahu cara untuk menegur Adam dan kami adik-adik mahasiswa dengan pendekatan yang baik dan rasional.

Tetapi sayang, golongan 'panglima' ini lebih berminat menggunakan 'ludah' berbanding teguran yang membina dan bermanfaat.

Ingin saya tinggalkan satu soalan kepada mereka, di mana mereka tatkala warga luar berpesta menghina negara kita dan menbakar bendera negara kita suatu masa dulu? Adakah sifat kejantanan dan kepahlawanan panglima-panglima ini hanya berkesan pada mahasiswa sahaja?

Moga semua pihak beroleh pengajaran daripada peristiwa 17 Disember 2011. Moga semua berada dalam perlindungan, petunjuk dan rahmat Allah.

Negara Berkebajikan: Mengada betul Umno

Posted: 25 Dec 2011 12:08 AM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Isu Negara Berkebajikan sering dijadikan turning point untuk menyerang PAS kononnya PAS telah tersasar dari landasan perjuangan asal iaitu Negara Islam.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, lalu Umno mendesak supaya PAS kembali menggunakan istilah Negara Islam bukannya Negara Berkebajikan.

Lebih menarik, katanya Umno juga menyatakan demikian sedang Umnolah antara yang paling kuat menentang hasrat PAS sewaktu PAS menggunakan istilah Negara Islam sebelum ini.

"Sekarang apabila PAS menggunakan istilah Negara Berkebajikan, mereka sibuk pula mendesak supaya PAS tukar kembali kepada istilah Negara Islam. Mengada-ngada betullah mereka ni!" kata kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa langkah dan usaha PAS Membangun Negara Berkebajikan adalah merupakan Fasa 2 pembinaan Negara Islam.

Tambahnya, setelah PAS menerbitkan dokumen Negara Islam tempoh lalu, maka ia seperti pelan induk bagi PAS menjayakan hasrat mendaulatkan syariat Allah SWT, itulah Fasa 1 projek PAS.

Beliau berkata, Fasa ke 2, PAS bergerak dengan lebih praktikal, bukan sahaja membentang plan induk (Fasa 1) yang lengkap dengan teorinya, kini PAS tampil dengan Negara Berkebajikan sebagai subtance kepada Negara Islam.

Jelasnya lagi, ia adalah pengisian dan perlaksanaan, sekaligus menjawab pelbagai tohmahan kononnya Negara Islam adalah negara hukum semata-mata atau juga ditohmah sebagai negara mullah.

"Negara Islam ialah negara yang dibina berasaskan bimbingan syariat Islam. Sementara elemen utama dalam Syariat Islam ialah adil, telus, integriti dan amanah selain ubudiyyah (pengabdian diri kepada Allah)," katanya.

Katanya, ia menepati pembentukan good governence yang menjadi sendi utama bagi Negara Berkebajikan yang mahu dibangunkan oleh PAS.

Menurutnya, menganggap PAS telah tersasar dari landasan asal perjuangannya adalah berpunca dari salah faham atau buat-buat tidak faham terhadap matlamat dan objektif perjuangan PAS.

Justeru, ujar beliau selayaknya mereka terlebih dahulu membuka dan melihat Pelan Lengkap Projek PAS bagi memahami keseluruhan fasa yang akan dibina oleh arkitek PAS.

"Negara Berkebajikan bukan krisis identiti tetapi ia adalah pengukuhan identiti.

"Justeru ia memantapkan lagi pengenalan dan jati diri PAS dengan usaha bina dan tawaran yang lebih praktikal, mudah dan boleh laksana," jelasnya.

Jaip siasat Bob Lokman ceramah di masjid

Posted: 25 Dec 2011 12:01 AM PST

Khairil Abdul Rahim


KUANTAN: Bekas pelakon dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman (gambar) yang pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor, semalam menerima notis daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Setiausaha Penerangan PAS Pahang, Youslydi Mohd Desa, berkata Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ditahan pegawai Jaip sebaik selesai menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini.

Katanya, selepas Bob Lokman berucap memberi beberapa nasihat, beliau didekati kakitangan Jaip lalu membawa Bob ke beranda masjid untuk disoal siasat.

"Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman pada ketika jemaah yang penuh sesak ketika itu menunaikan Solat Isyak dan Bob disiasat di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

"Bagaimanapun beliau tidak ditangkap malah Bob Lokman kemudiannya menyampaikan ceramah di Kampung Razali, Jalan Gambang," katanya.

Youslydi percaya, terdapat orang politik yang membuat bantahan terhadap majlis melibatkan Bob Lokman sehingga Jaip bertindak.

Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 ialah peruntukan bagi "Mengajar Ugama yang salah" di mana jika sabit kesalahan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Perkasa kecam pemimpin gereja kerana persoal perlembagaan

Posted: 25 Dec 2011 12:00 AM PST

"Nampaknya serangan terhadap Artikel 153 sudah di tahap kemuncak apabila ketua agama lain juga mempersoalkannya," kata Setiausaha Agung, Syed Hasan Syed Ali.



PETALING JAYA: Perkasa mengecam pemimpin tinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Rev Dr Eu Hong Eng kerana mempersoalkan perlembagaan persekutuan.

Dr Eu dilaporkan sebagai berkata, Artikel 153 perlembagaan persekutuan seperti membuli jika hanya melindungi hak satu kaum sahaja.

Beliau berkata demikian dalam majlis jamuan teh Krismas yang turut dihadiri Menteri Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail serta beberapa ahli politik BN dan Pakatan Rakyat .

Perkasa berpendapat paderi tersebut tidak faham apa Artikel 153 perlembagaan negara atau sengaja mahu menimbulkan ketegangan.

Setiausaha Agung, Syed Hasan Syed Ali berkata, imam Islam tidak pernah mengusik perlembagaan negara.

"Nampaknya serangan terhadap Artikel 153 sudah di tahap kemuncak apabila ketua agama lain juga mempersoalkannya.

"Lebih sedih ianya dipersoalkan dalam gereja oleh paderi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Fasa 153

Syed Hasan berkata, perkara begini tidak pernah berlaku dalam ucapan atau khutbah solat Aidilfitri mahupun Aidiladha.

Katanya, paderi sepatutnya menyampaikan ucapan yang sihat sesuai pada hari perayaan penganut Kristian dengan mengajak semua ke arah keharmonian bukan menegangkan suasana.

Beliau berkata, paderi itu perlu ingat mereka peganut Kristian boleh mengamalkan agama mereka tanpa ada rasa bimbang dalam negara ini kerana adanya Artikel 153.

"Negara ini aman kerana adanya Artikel 153 yang menjamin kepentingan kaum Bumiputera penduduk majoriti.

"Jika tiada Artikel 153 pastinya akan ada ketegangan. Peristiwa 13 Mei 1969 juga adalah berpunca dari Artikel 153 tidak dipratik dengan baik dan tegas," tambahnya.

JK pindaan Auku serah cadangan Februari depan

Posted: 24 Dec 2011 11:57 PM PST

MALAYSIA KINI

Jawatankuasa Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dijangka menyiapkan cadangan pindaan untuk diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi awal Febuari depan.

Pengerusi jawatankuasa itu Profesor Nik Ahmad Nik Mahmod berkata cadangan itu akan mengkaji dan mengambil kira maklum balas orang ramai berhubung kewajaran mahasiswa dibenar bergiat dalam politik kepartian.

Ia termasuk menganjurkan ceramah politik, merekrut pelajar sebagai anggota parti politik, mengedar risalah dan apa-apa aktiviti berkaitan parti politik, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklum balas boleh disalurkan ke e-mel rasmi aukuwg@mohe.gov.my, akaun laman sosial http://www.facebook.com/aukuwg dan melalui soal selidik di laman web http://www.mohe.gov.com.my.

Seksyen 15 AUKU secara amnya melarang sebarang bentuk kegiatan politik kepartian di kalangan mahasiswa sama ada di dalam atau di luar kampus.

Pada November lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan seksyen itu akan dipinda bagi membolehkan pelajar yang berumur 21 tahun menyertai parti politik.

Berikutan itu, satu jawatankuasa diwujudkan bagi mengemukakan cadangan berkaitan pindaan seksyen tersebut yang dianggotai 10 ahli akademik pelbagai universiti dan dipengerusikan Profesor Nik Ahmad, yang merupakan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Nik Ahmad berkata salah satu terma rujukan jawatankuasa itu ialah mendapatkan maklum balas pihak yang berkepentingan terutama warga kampus kolej dan universiti iaitu pelajar, tenaga akademik dan bukan akademik selain mengambil kira pandangan rakyat.

Proses pertama maklum balas adalah melalui arahan bertulis Kementerian Pengajian Tinggi kepada semua Institusi Pengajian Tinggi bagi mendapatkan pandangan warga kampus mengenai pindaan yang perlu dilakukan, katanya.

Beliau berkata peringkat kedua ialah soal selidik di laman web kementerian dan laman sosial http://www.facebook.com/aukuwg.

Peringkat ketiga pula melalui pendengaran awam di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu, katanya. Bernama

Misteri pertikaman lidah Hasan-Mustafa

Posted: 24 Dec 2011 11:53 PM PST

Fathi Aris Omar

Dikenali sebagai penceramah motivasi dan kem pelajar musim cuti sekolah sejak awal 1990-an, Hasan Ali kelihatan masih berpengaruh luar biasa dalam dan luar PAS.

Pengaruh inilah barang kali yang membimbangkan PAS untuk mengambil tindakan padanya walau bagaimana lantang beliau mengkritik dasar PAS dan pemimpin kanannya Mustafa Ali.

Dalam sidang media keduanya minggu ini (ketiga, sejak minggu lalu), beliau bukan sahaja bermain sorong tarik dengan idealisme baru 'negara berkebajikan' tetapi turut memulangkan paku buah keras terhadap setiausaha agung PAS.

Menyedari sudah tersilap mengungkit dasar (atau, nama?) baru PAS, Hasan kelihatan boleh menerima 'negara berkebajikan' tetapi dalam nafas yang sama terus mempersoalkan kenapa 'negara Islam' digugurkan semata-mata untuk projek merampas Putrajaya.

Tidak cukup dengan itu, yang boleh membayangkan kesilapan dan 'keinsafannya', Hasan mendakwa Mustafa lebih kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno!

Memakai kembali strategi Mustafa yang hanya mendedahkan beberapa maklumat asas -- selepas tarawih di Le Meredian -- Hasan juga enggan membongkar lebih lanjut kecuali terdesak.

Hasan dan Mustafa, bersama beberapa pemimpin kanan parti termasuk beberapa tokoh ulama popular dalam PAS, sering dikaitkan dengan projek kerjasama Umno-PAS atau istilah popnya fraksi 'kerajaan perpaduan'.

Jadi tidak hairan jika kedua-duanya pernah bertemu (berunding atau tidak --- itu soal kedua) dengan wakil-wakil Umno.

Namun babak terakhir dan mengejutkan muncul apabila Mustafa mendakwa Hasan terperangkap dalam mainan Umno; dan exco Selangor itu pula mendakwa bekas timbalan menteri berkenaan sendiri tidak lebih suci daripadanya.

Sekarang bola Hasan sudah jatuh ke gelanggang tokoh veteran, juga sering dianggap seorang ahli strategi PAS, dari Terengganu itu.

Apakah Mustafa sanggup diperkecilkan oleh tokoh motivasi yang baru menyertai PAS dalam sedekad ini dengan segala karenahnya?

Apakah Mustafa bersedia meneruskan permainan setelah diasak-asak oleh bekas pesuruhjaya Selangor yang kelihatan masih dipayungi beberapa tokoh ulama dalam parti dan kebal daripada tindakan disiplin?

Babak-babak mencemaskan dalam episod inilah yang menentukan sama ada Mustafa benar-benar ahli strategi yang pintar dan berpengalaman luas dalam mengemudi bahtera PAS.

Jika kenyataan Hasan pada Sabtu diambil kira, kelihatannya Mustafa sedang tercabar dengan tokoh baru dari Selangor itu. Mustafa sudah berjaya dipatahkan dan disudutkan.

Jika Mustafa mewakili parti, dan juga barisan pemimpin parti, Hasan kelihatan sudah menang -- dan terus berjaya menangkis asakan garangnya minggu pertama. Minggu kedua: Hasan 1, Mustafa 0.

(ii)

Hasan sendiri, di satu sisi, memang penuh paradoks. Beliau menganggap PAS tergelincir daripada landasan perjuangannya apabila melupakan 'negara Islam' dan kini mempromosikan 'negara berkebajikan'.

Bekas pegawai kanan kerajaan ini tidak dapat menerima hakikat itu. Baginya PAS sudah lari daripada asas Islam.

Beliau sendiri bagaimanapun berpegang teguh dengan konsep tiga R (race, religion dan royalty) atau dalam konteks semasa 'Melayu, Islam dan raja'.

Tiga R bukanlah 'negara Islam', syariah atau hudud yang selama ini menjadi idealisme PAS dan umumnya aktivis Islam.

Tiga R, bagi Hasan, lebih Islamik atau lebih dekat dengan idealisme PAS yang difahaminya. Sebab itulah beliau berasa partinya sudah menyeleweng; sedangkan dirinya sendiri tidak lari daripada Islam atau idealisme parti!

Tiga R, bagi PAS, tentulah konsep yang ganjil dan asing. Tiga R, walau didukung oleh PAS atas dasar menghormati Perlembagaan Persekutuan, tentulah datang bersama sejumlah curiga dan debat yang panjang.

PAS sendiri dalam sejarahnya sering mempermasalahkan 'Melayu' dan 'perjuangan Melayu' khususnya dalam konteks idealisme Umno.

Bagi parti ini, tiada yang konkrit dan sahih pada perjuangan bangsa -- jika baik ia menjadi semangat wataniah seperti dihurai dengan menarik oleh Hasan Albanna; tetapi jika tidak baik ia akan menjadi 'asabiyyah yang diperangi habis-habisan oleh parti itu.

Begitu juga sistem beraja. Jika ditelusuri dalam teks klasik politik Islam, seperti dikaji oleh tokoh-tokoh PAS, parti ini dalam idealismenya tidak melihat kesetiaan pada monarki atau dinasti sebagai satu-satunya model pemerintahan Islam.

Idealisme tertinggi politik Islam bukannya sistem beraja walau penyimpangan sejarah di tanah Arab dan tanah Melayu menghasilkan gejala politik seumpama itu.

Tiada aktivis Islam di serata dunia, termasuk PAS, akan melihat R (raja) sebagai puncak idealisme politik kecuali Hasan! Namun hari ini beliau mengajak PAS bersamanya dengan tiga R.

(iii)

Ada misteri yang belum terungkai dalam babak-babak mutakhir ini: apakah motif dan motivasi Mustafa serta beberapa pemimpin PAS untuk bergeser terang-terangan dengan Hasan?

Dan juga, apakah motif dan motivasi Hasan mempertikaikan parti yang pernah diterajuinya secara terbuka susulan kenyataan PAS Selangor berhubung ketiadaan pencalonan buatnya di Gombak Setia.

Walaupun pelbagai akhbar cuba mendabik dada bahawa merekalah yang mencetuskan episod ini tetapi hakikatnya berita tersebut bermula daripada laporan pertama Malaysiakini -- dua hari sebelum Utusan Malaysia dan Sinar Harian -- yang memetik ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Ketua penerangan PAS Selangor itu, yang tersingkir bersama timbalan pesuruhjaya Khalid Samad pada era kepemimpinan Hasan, kini turut terseret dalam pertikaman lidah Mustafa dan Hasan.

Saari ibarat pelanduk yang terjepit di antara dua ekor gajah PAS dan diminta tampil menjelaskan kenyataannya tersebut (termasuk mengesahkannya kepada beberapa media lain).

Jika benar sasaran Hasan hanya pada Saari dan PAS Selangor, kenapa tidak dari awal kenyataannya ditujukan kepada mereka -- bukan dasar 'negara berkebajikan'?

Jika kenyataan Hasan hanya sekadar 'ribut di dalam cawan' PAS seperti riuhnya isu kumpulan Erdogan bergeser dengan puak 'kerajaan perpaduan' sejak 2008, kenapa pula Mustafa mengaitkan Hasan dengan agenda Umno dan kemudiannya pertemuan tertutup di sebuah hotel terkemuka?

Jika isu asasnya soal Hasan tidak mendapat sokongan mencukupi untuk bertanding semula di Selangor, dan PAS pusat masih boleh campur tangan bagi memastikan beliau kekal bertanding sejak 1999, kenapa kini ribut di dalam cawan sudah bertukar badai?

Ada babak-babak lain dan watak-watak lain yang belum muncul setakat dua minggu ini. Ia menjadi satu misteri menjelang pilihan raya umum nanti.

Misteri inilah yang ingin diketahui pengamat PAS dan terus menjadi buruan semua media.

FATHI ARIS OMAR bertugas sebagai ketua pengarang di Malaysiakini.

Khir Toyo Dikorban Untuk ‘Wajarkan’ Anwar Ke Penjara?

Posted: 24 Dec 2011 04:16 PM PST

Oleh Suara PR


Khir Toyo Dikorbankan Untuk 'Wajarkan' Anwar Ke PenjaraKEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang menyabitkan kesalahan ke atas mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan sebuah hartanah dengan harga lebih rendah, membuktikan satu perkara yang pasti, Datuk Seri Anwar akan didapati bersalah dan dihumban ke penjara!!

Justifikasinya, dengan keputusan ini, UMNO/BN mengharap rakyat tidak akan mempersoalkan sistem keadilan negara bila Anwar kelak didapati bersalah dan dihantar ke penjara kerana pemimpin UMNO sendiri seperti Khir Toyo juga didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman.

Pendek kata, keputusan ke atas Khir Toyo hari ini adalah 'jawapan' UMNO/BN jika keputusan Anwar nanti dipersoalkan banyak pihak dari segi kebebasan hakim membuat keputusan.

Tapi penulis ingin mengingatkan kerajaan bahawa rakyat bukan bodoh. Dengan informasi dihujung jari pada hari ini, semua maklumat mudah didapati tidak seperti dahulu. Pendakwaan ke atas Khir Toyo ini sebenarnya terlalu 'ringan' kerana dia dituduh dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, bukan Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang lebih berat hukumannya.

Hukuman penjara pun maksimum 2 tahun sahaja selain denda.

Selain dari itu, maklumat yang penulis perolehi dari mereka yang arif dengan soal perundangan, Khir Toyo tidak mungkin didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas kerana satu faktor yang utama – nilai hartanah itu tidak ditentukan oleh Khir Toyo tetapi penilai hartanah yang bertauliah, Rahim & Co.

Justeru bila hakim Dato Mokhtarudin Baki masih mendapati Khir Toyo bersalah, penulis melihat adanya 'tangan-tangan ghaib' yang mempengaruhi hakim dalam membuat keputusan tersebut. Logik ini ada kerana campur tangan eksekutif dalam sistem perundangan dan kehakiman Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru.

Ia sudah menjadi rahsia umum sejak sekian lama dengan pertubuhan berkaitan keadilan seperti Majlis Peguam sendiri telah mengadakan beberapa siri bantahan menuntut proses kehakiman yang bebas daripada campur tangan eksekutif. Masalah ini telah mendapat perhatian antarabangsa dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik Pelapor Khas untuk memantau perjalanan sistem perundangan di Malaysia.

Satu ketika dahulu, Hakim Datuk Muhamad Kamil Awang pernah membuat pengakuan terbuka ada menerima panggilan telefon dari pihak yang tidak dinamakan yang mengarahkannya menggugurkan petisyen pilihanraya Likas yang didakwa dicemari pengundi hantu.

Jadi penulis tidak lihat keputusan mahkamah ini sebagai kebebasan sistem kehakiman yang diharapkan rakyat. Ia masih lagi percaturan politik bagi mewajarkan tindakan yang bakal dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan fitnah meliwat Saiful Bukhari.

Khir Toyo masih mempunyai ruang untuk merayu ke mahkamah yang lebih tinggi, ditambah dengan latar belakang kesnya yang lemah, tidak mustahil dia akan dibebaskan di peringkat rayuan besok.

Kantoi! Gambar gay Filipina diguna untuk fitnah Adam Adli!

Posted: 24 Dec 2011 04:11 PM PST

Oleh Milo Suam


TENTU anda sudah sedia maklum dengan fitnah terbaru blogger-blogger United Malays No Otak berhubung penyebaran gambar bogel yang didakwa sebagai gambar Adam Adli baru-baru ini.

Kita sedia maklum United Malays No Otak, Umno memang gemar memainkan politik lucah untuk menjatuhkan kredibiliti serta mengaibkan pihak lawan mereka.

Pelbagai fitnah direka supaya rakyat percaya mana-mana pihak lawan Umno terbabit dengan skandal seks, gay, zina dan sebagainya. Kalau kita lihat blog-blog United Malays No Otak tidak ubah seperti blog lucah tanpa sempadan.


Adam Adli yang menurunkan gambar Najib selama lima minit baru-baru ini tidak terlepas daripada fitnah mereka.

Malangnya fitnah mereka terbongkar apabila gambar yang disebarkan oleh blogger-blogger United Malays No Otak yang didakwa adalah gambar adam Adli sebenarnya merupakan gambar Gay Filipina.



Gambar tersebut telah dimuat naik ke internet sejak 2010, di salah sebuah blog Gay Filipina. Malah terdapat gambar lelaki ini yang menunjukkan kemaluan yang tidak bersunat (Link lucah tidak disediakan harap maklum).

Apa pun terima kasih kepada pakcik google kerana membantu ReJaM© menemukan "similar image" yang berjaya membongkarkan fitnah ini.

Sekiranya anda ada niat untuk menentang United Malays No Otak, Umno, maka bersedialah untuk difitnah dengan gambar-gambar bogel yang seiras dengan wajah anda. Sebarkan!


ReJaM© "Politik lucah taktik meraih sokongan rakyat kepada Umno"

Banjir : Kenyataan Pemimpin BN Diselar

Posted: 24 Dec 2011 03:36 PM PST

Oleh Ibn_bacoks


imagePONTIAN – Dr. Syed Husin Ali, bekas Timbalan Presiden PKR menyelar satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh seorang anggota Parlimen Barisan Nasional negeri ini berkenaan cara Kerajaan Johor menangani masalah banjir.

Katanya lagi, adalah suatu perkara yang janggal situasi banjir itu dikaitkan dengan bencana alam sedangkan masalah seperti itu boleh berlaku kerana kebanyakannya mempunyai kaitan dengan aktiviti manusia.

Dalam pada itu, beliau mempertikaikan persiapan atau dipanggil bantuan yang telah disediakan didakwa tidak sampai ke golongan sasar sebaliknya ada tangan ghaib yang mendahuluinya.

"Apa yang disebut YB BN, persiapan itu hanya hadapi bencana alam.

"Bila hujan datang, (berlaku) banjir. Dia siapkan bantuan seperti sampan, motorbot untuk pindahkan orang (supaya kerja-kerja pemindahan menjadi) senang.

"Kedua, bila ada bantuan mencurah, Sebahagian besar (agihan bantuan) akan pergi ke ketua kampung. Sampai ada ketua kampung terpaksa ditangkap (adakah) kerana gelapkan barang bantuan?," dakwa beliau lagi.

Malah, beliau turut mempersoalkan dimanakah kewajarannya membuat kenyataan seperti itu sedangkan perkara ini merupakan tanggung jawab sebuah kerajaan bagaimana mahu menguruskannya.

"Dia hanya (apabila) hadapi apabila bencana alam. Kerajaan manapun mesti buat. Bila jadi kerajaan, dia kena buat tanggung-jawab itu," jelasnya lagi ketika menyampai satu ceramah umum anjuran PKR Cabang Pontian di Dun Benut baru-baru ini.

Beliau menambah lagi dengan katanya akibat gagal mengurus agihan berupa barang bantuan maka beliau beranggapan bahawa kerajaan BN tidak melaksanakan tanggung jawab dengan betul.

"Ini bezanya ada kerajaan tak bertanggung-jawab. Seleweng bantuan dan kemudahan untuk kroni-kroni mereka. Cara manusia @ BN urus masalah negara.

"Tapi kerana rakus, tamak dan mahu cari kekayaan, kita terpaksa hadapi masalah," katany lagi.

Justeru, terangnya lagi kerajaan BN telah gagal menguruskan negara dengam baik dan kesilapan itu telah mendorong Pakatan Rakyat membongkar salah guna kuasa bagi menyelamatkan rakyat negara ini daripada dikuasai oleh pemimpin yang menyusahkan rakyat.

"Kita harus salahkan dasar-dasar bagaimana urus (tadbir). Kalau gagal di situlah berlakunya banjir.

Bukti dalam laporan Ketua Audit negara banyak penyelewengan. Kalau baca dalam media, kerajaan tak keluar," ujarnya lagi.

Tiada ulasan: