Sabtu, 17 Disember 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


TIDAK SABAR MENANTI DR HASSAN ALI UMUM KELUAR PAS

Posted: 17 Dec 2011 04:17 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS



BERBAGAI usaha telah dibuat oleh Umno untuk menarik minat PAS bersatu dengan parti sekular tersebut walaupun di dalam masa yang sama bergegar di dewan PWTC baru-baru ini mereka melaungkan PAS parti ajaran sesat.

Jenis muka yang tidak tahu malu ini tidak pernah berputus asa asalkan cita-cita mereka untuk membunuh politik PKR terutamanya. Objektif mereka mudah, jika PAS berjaya ditarik masuk ke dalam `1lubang dubur' Sepol yang selama ini tempat mereka bergantung, maka jangka hayat PKR terutamanya akan berakhir. Alhamdulillah, segala usaha mereka tidak berjaya kerana mana mungkin PAS boleh berkongsi dengan Umno di dalam `lubang dubur' budak muda yang tidak mencuci dubur selama 2 hari itu?

Walaupun demikian, apabila Dr Hassan Ali kembali membuka ruang `bicara' Kerajaan Perpaduan yang telah ditutup serapat-rapatnya oleh PAS, maka Umno kembali merasakan mereka masih berpeluang untuk mempengaruhi PAS. Tertarik dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut;

"Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu temual dengan Harakah dan Harakahdaily hari ini menyifatkan Hasan sebagai 'terperangkap' dengan egenda Umno untuk memecah belahkan parti. Ianya termasuk kenyataan Hasan yang secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno

Mengulas lanjut Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau juga perlu merujuk kepada pemimpin parti di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komen berhubung perkara tersebut.

"Saya bukan orang negeri Selangor, saya duduk di peringkat atas. "Setakat ni saya belum mengetahui lagi berhubung perkara itu, jadi kena tanya PAS Selangor," ujarnya."

Begitulah berhemahnya Mursyidul Am PAS di dalam mengulas isu bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu walaupun Tuan Guru Nik Aziz terkenal amat lantang di dalam menghalang Kerajaan Perpaduan atau penyatuan dengan Umno atas dasar penyatuan Melayu semata-mata.

Sekiranya Mursyidul Am PAS boleh begitu berhemah terhadap Dr Hassan Ali, bagaimana pula sikap Dr Hassan Ali terhadap PAS? Beliau menyebut akan bersedia menyertai mana-mana parti yang berjuang untuk agama, Melayu dan Raja-Raja. Apakah selama ini Dr Hassan Ali masih tidak tahu parti mana yang beliau berada sekarang?

Sebelum menyertai PAS, apakah beliau tidak tahu dasar dan perjuangan PAS? Adakah beliau hanya tersedar apabila beliau telah kehilangan sokongan di kalangan ahli-ahli PAS tetapi mendapat publisiti meluas di dalam media-media Umno?

Jika saya berada di tempat Dr Hassan Ali, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Buat apa mahu berahsia lagi, tunggu apa lagi di dalam PAS jika masih kabur dengan dasar dan perjuangan PAS? Sukar sangatkah untuk mengistiharkan diri keluar dari PAS untuk menyertai parti yang sesuai dengan jiwa beliau? Mungkinkah beliau mahu menunggu terlebih dahulu namanya tercalon atau tidak di dalam PRU nanti kemudiannya baru mahu berbuat sesuatu? /wfauzdin.blogspot.com

IGP: Senjata ‘Steyr’ kes samun bank dipercayai milik anggota tentera

Posted: 17 Dec 2011 02:53 AM PST

SELATAN ONLINE


KUALA LUMPUR — Senjata jenis "Steyr" yang digunakan dalam cubaan melarikan wang tunai RM253,000 di sebuah bank di Taman Muda, Ampang, Selasa lepas, dipercayai milik seorang anggota tentera berpangkat pegawai.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (gambar) berkata perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa tentera.

"Kami telah memberitahu kepada Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) mengenai perkara itu untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman di sini hari ini.
Dipetik Bernama Online, Ismail berkata polis percaya terdapat suspek lain yang terlibat dalam insiden itu dan sedang mengesan individu terbabit.
Polis menemui senjata tersebut pada suspek yang ditembak mati seorang pengawal keselamatan dengan "pump gun" ketika hendak melarikan diri.
Dalam perkembangan lain, polis mengesahkan sedang mengesan seorang suspek berhubung kes kehilangan Timbalan Presiden Komuniti Sukan Korea Selatan di Malaysia, Kim Chong Yong, yang dilapor hilang sejak hujung Oktober dan dipercayai dibunuh.
"Polis sudah mengenal pasti identiti suspek yang kini berada di luar negara. Kita minta bantuan polis antarabangsa (Interpol) untuk mengesan suspek yang juga ada hubung kait dengan mangsa," katanya.
Menurutnya, polis kini giat mengesan bukti selain mencari mangsa.
Pada Khamis, polis mengesan isyarat telefon bimbit Kim, 53, yang juga ahli perniagaan, di sekitar kawasan hutan antara Batu 14 hingga Batu 25 Jalan Gombak-Bentong dekat sini

Latar Belakang KD TUN RAZAK.

Posted: 17 Dec 2011 02:51 AM PST

shahril shaid

alt

KD TUN RAZAK - Dinamakan bersempena nama Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein sebagai mengenang jsa negarawan ulung itu di atas sumbangan beliau kepada kemerdekaan,pemodenan,pentadbiran dan pembangunan Negara.


Lambang

alt

Lambang

Langit Biru Muda

sentiasa berwaspada terhadap semua ancaman termasuklah dari udara dalam menjaga keselamatan perairan Negara

Ombak Putih

Cabaran,keazaman dan semangat kental yang perlu dilalui serta dimiliki oleh setiap warga Kapal Selam semasa melaksanakan tugas mereka.

Laut Biru Tua

Beroperasi di lautan samudera yang luas tanpa had batasan demi menjaga keselamatan dan kedaulatan Negara.Ianya melambangkan kecekalan dan ketabahan warga kapal selam dalam melaksanakan tugas dengan risiko yang amat tinggi.

Ikan Lumba Lumba warna kuning

lambang kepakaran anggota kapal selam yang berkeupayaan melaksanakan sebarang tugas dengan penuh tanggungjawab,efisien dan bijaksana demi menjunjung kedaulatan Negara

Fin kapal selam di permukaan

Mempamerkan keupayaan kapal selam sebagai aset martim yang paling digeruni.Ianya juga melambangkan keupayaan kapal selam beroperasi secara senyap dan penuh muslihat serta sukar dikesan pihak musuh.

Latar Belakang KD Tun Razak

Perolehan kapal selam telah meningkatkan kemampuan Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM)secara keseluruhannya kerana ia mempunyai faktor cegah rintang dan force multiplier.mengambil kira kepentingan ini,keperluan kapal selam telah didaftarkan oleh TLDM sejak sekian lama

sebagai persiapan awal ke arah penubuhan angkatan kapal selam,TLDM telah menghantar beberapa Pegawai dan anggota mengikuti kursus dan latihan kelayakan kapal selam di beberapa buah negara seperti Australia,Turki dan Perancis sejak tahun 80-an lagi.inisiatif ini sejajar denganb hasrat TLDM mewujudkan tenaga pakar dalam bidang kapal selam.namum begitu,hasrat ini tidak menjadi kenyataan kerana beberapa kekangan yang dihadapi pada masa tersebut.

projek kapal selam telah diberi nafas baru apabila pihak kerajaan pada 3 Mei 2000 memutuskan agar kajian kesesuaian ke atas beberapa buah kapal selam dilaksanakan oleh kementerian pertahanan.

17 April 01

pasukan kajian tawaran kapal selam ditubuhkan untuk menilai setiap tawaran yang diterima.

05 jun 02

kerajaan Malaysia telah menandatangani kontrak perolehan 2 buah kapal selam jenis SCORPENE bersama pakej latihan dan bantuan logistik bersepadu(ILS)dengan konsortium bernama ARMARIS yang dianggotai oleh syarikat DCNS,Perancis dan syarikat NAVANTIA,Sepanyol.

25 Okt 02

kontrak ini mula berkuatkuasa.

21 Feb 03

titik bersejarah dalam pembinaan KD TRZ bermula dengan upacara pemotongan besi pertama.

24 Jul 07

Upacara penyambungan kedua dua bahagian kapal selam di limbungan Navantia,cartagena sepanyol telah disempurnakan oleh mantan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali.

8 Okt 08

Upacara pelancaran dan penamaan KD TRZ di limbungan Navantia,Cartagena sepanyol telah disempurnakan oleh Seri Paduka Naginda(SPB)Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

4 Nov 09

KD TRZ telah diserahkan seara rasmi kepada Kerajaan Malaysia.

5 Nov 09

KD TRZ telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM dengan kekuatan anak kapal seramai 32 pegawai dan anggota lain lain pangkat.majlis pentaulihan disempurnakan oleh panglima Tentera Laut Ybhg Laksmana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar.

19 Feb 10

Pelayaran dari cartagena,Sepanyol ke Toulon Perancis sebagai persediaan pelayaran pulang dan juga rutin senggaraan Assisted Maintenance Period(AMP)pertama.

30 April 10

KD TRZ telah memulakan pelayaran sulang dari Toulon Perancis.Pelayaran memakan masa selama 72 hari dengan persinggahan di 4 buah pelabuhan bagi tujuan ulang bekal iaitu di Iskandariah Mesir,Jeddah Arab Saudi,salalah Oman dan Cochin India serta Tambatan Pangkalan TLDM Lumut(TPL)sebelum tiba di pangkalan TLDM Kota Kinabalu(PTKK),Sabah.

2 Jul 10

Sambutan Ketibaan KD TRZ Di Lumut.DYMM sultan Perak,Sultan Azlan Muhibbiddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussof Izzuddin Shah telah berkenaan berangkat ke majlis tersebut.DYMM Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj Ibni Al Marhum Sultan,Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad an PTL,Laksmana Tan Sri Abdul Aziz Shah Hj Jaafar telah bersama sama belayar dengan KD TRZ dari perairan Pulau Jarak menuju ke TPL,DYMM Sultan Selangor turut berkenan menguji keupayaan Kapal untuk menyelam di kedalaman terhad di sekitar peraiaran Pangkor.

15 Jul 10

KD TRZ tiba di PTKK disambut meriah Oleh Yang Dipertua Negeri Sabah,Tun Ahmad Shah Abdullah.ketibaan ini melengkapkan Pelayaran pulang KD TRZ dari Perancis ke Malaysia.

25 Jul 11

kunjungan kedua DYMM Sultan Selangor ke kapal,bagina telah berkenan bersantap bersama warga kapal.

Spesifikasi Kapal

alt

  1. panjang keseluruhan 67.56 Meter
  2. Lebar keseluruhan 8 Meter(termasuk Hydroplane)
  3. Lebar Pressure Hull 6.2 meter
  4. Draught Purata 5.4 Meter
  5. Sesaran Permukaan 1599 tan
  6. Sesaran selaman 1758 tan
  7. Reserved Bouyancy 9 peratus
  8. Kelajuan Maksima 20 Knots(menyelam),12 Knots(permukaan)
  9. krew 35 Krew
  10. ketahanan operasi 45 hari

Visi


Pencegah rintangan Maritim yang efektif dan kredibel

Misi


mencegah rintangan ancaman terhadap keaulatan dan kepentingan Maritime Malaysia.

PRU13 selepas 9 Januari? - Anwar dakwa takkan Mengalah.

Posted: 17 Dec 2011 02:49 AM PST

Radhi Razak

alt


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Daituk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan beliau akan didapati bersalah atas pertuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya. Ianya bukan disebabkan beliau mengiyakan perlakukan tersebut, akan tetapi ianya adalah Konspirasi jahat bagi menghalang beliau menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional.

Ketua Umum PKR itu turut berikrar akan berjuang menumbangkan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib waimah dipenjarakan atas pertuduhan tersebut.

Anwar akan meneruskan penguatkuasaan kesatuan Pakatan untuk mengaplikasi perjuangan reformasi beliau walaupun pada ketika itu beliau menjangkakan akan dipenjarakan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut walaubagaimanapun tidak berminat untuk mempersoalkan tindakan bekas Pembantu beliau Saiful Bukhari, akan tetapi musykil dengan tarikh yang dipilih bagi membuat keputusan kes beliau itu.

Anwar mendakwa tarikh 9 Januari tersebut merupakan akan disusuli dengan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU13 diadakan. [VIDEO DISINI]

Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak

Posted: 16 Dec 2011 11:50 PM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mesti bertindak kepada individu yang dikaitkan dengan video klip Sembang Rakyat yang menghina hukum hudud.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Noh tidak boleh melepaskan diri dalam isu ini kerana individu yang sama yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang, laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, di samping blog Pena Noh.

"Beliau mesti menunjukkan sikap tegas membenteraskan golongan yang menghina hukum Allah.

"Bukankah sekarang Umno Selangor begitu tegas "memelihara akidah" rakyat Selangor," kata Idris dalam kenyataannya.

Beliau mengulas kenyataan Noh Omar yang menafikan beliau terlibat dengan pembikinan video klip dalam Sembang Rakyat itu.

Baru-baru ini, Harakahdaily menyiarkan laporan satu video klip yang menunjukkan bukti-bukti kaitan antara video Sembang Rakyat dengan Noh Omar.

Email penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan video menghina hudud itu juga email yang tertera sebagai pengendali laman web rasmi Noh iaitu Pena Noh dan laman web Umno Bahagian Tanjung Karang yang diketuai Noh.

Email itu juga didapati ada kaitan dengan laman web Puteri Umno Selangor, menurut klip video yang diterbitkan oleh Malaysianews.

Harakahdaily menyiarkan berita ini 14 Disember lepas di bawah tajuk Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar? tentang isu ini.

Idris memberikan ingatan, agar Noh Omar jangan lupa pula bahawa mereka yang menghina hukum Allah boleh terbatal akidah, bukan sahaja mereka yang tukar agama sahaja.

Jika Noh Omar lupa perkara ini, beliau boleh merujuk Kitab Mastika Hadis jilid pertama keluaran Jabatan Perdana Menteri halaman 225-229, kata Idris (gambar).

Di dalam kitab tersebut menjelaskan dengan ditil perkara yang membatalkan akidah, beritahu Idris.

Bagi beliau, Noh perlu menunjukkan sikap tegas dan bertindak kepada pembuat video klip ini jika benar seperti yang dituduh.

Jika beliau tidak bertindak maka beliau redha dan restu terhadap perbuatan tersebut, katanya.

Idris memberikan ingatan azab Allah pedih dan kekal selama-lamanya bagi mereka yang terlibat.

"Janganlah kerana politik maka sanggup menghina Allah dengan tukaran dunia yang murah," katanya lagi.

Sekarang, kata Idris, terbukti siapa yang menghina hukum Allah, sebelumnya Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang begitu lantang menghina hukum Allah, Noh Omar dan pemimpin Umno menikus tidak menegur tindakan Presiden MCA.

LAPORAN BERKAITAN

Noh nafi ada kaitan video hina Hudud

Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar?

‘Kamu boleh hina Anwar di Malaysia, tidak di dunia’

Posted: 16 Dec 2011 11:46 PM PST

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mahu rakyat terus bangun dan berani melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa memperhitungnya dirinya ke penjara atau tidak selepas keputusan kesnya.

Ketua pembangkang di parlimen itu berkata, perubahan kerajaan itu sangat penting demi survival kehidupan rakyat yang lebih baik apabila Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah berkuasa terutama bagi menangani masalah yang sedang mencengkam hidup rakyat pada masa ini.

"Kita memberi jaminan sebaik saja PR menang, dalam tempoh 24 jam harga minyak akan turunkan, kadar elektrik juga diturunkan kerana selama ini harga tinggi dua sumber tenaga ini menyebabkan melambungnya harga barang.

"Gaji minima kakitangan kerajaan dan swasta akan ditetapkan sebanyak RM1,100 dan kita lihat kerajaan yang ada tidka berani menetapkan gaji minima," katanya ketika berucap dalam majlis Minum & Sembang Petang Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shakira Cafe, Batu 1, dekat sini petang semalam.

Lebih 500 hadir mendengar ucapannya yang singgah dalam perjalanan untuk berceramah di Kuantan.

Anwar berkata, kerajaan PR akan memecahkan monopoli kroni untuk mengembalikan hak rakyat seperti kilang gula dan permit teksi.

"Dulu apabila Robert Kuok memegang konsesi gula, bahan itu tidak ketara sangat naik tetapi apabila diserah kepada kroni Umno, gula sampai empat kali naik.

"Kita tengok pemandu teksi berhempas pulas mencari rezeki, tetapi sesetengah Ketua Umno bahagian ada beratus-ratus permit teksi. Jadi salah guna kuasa dan kronisme yang telah berakar umbi seperti inilah yang akan kita ubah," katanya.

Anwar berkata, perkara seperti ini kadang-kadang gagal dilihat oleh orang Melayu di kampung-kampung apabila propaganda Umno setiap hari dimainkan kononnya Cina memonopoli kekayaan dalam negara.

"Kenapa disalahkan Cina? Wakil rakyat Melayu, pegawai daerah Melayu, Menteri Besar Melayu. Jadi kenapa orang Melayu semakin miskin?

"Negeri Pahang ini sendiri kaya, tengok balak dah hampir 50 tahun terus dikeluarkan. tetapi kenapa kekayaan itu tidak melimpah kepada rakyat?" soalnya.

Mengenai kesnya yang akan diputuskan pada 9 Januari nanti, beliau yakin akan dibebaskan jika tanpa campur tangan politik.

"Sembilan haribulan depan saya akan dijatuh hukum. Tetapi sudah ada dua jemputan menanti iaitu cucu pejuang India Mahatma Gandhi, Raj Mohan iaitu pelawa datang ke Bombay dari 9 hingga 11 Januari untuk lancarkan kempen besar-besaran menentang rasuah di India.

"Pada 12 haribulan Januari pula saya dijemput berucap di pejabat Perdana Menteri Turki Recep Erdogan di Istanbul. Jadi kamu boleh hina Anwar di Malaysia tetapi tidak di mata dunia," katanya merujuk kepada Umno.

Suhakam sambung siasatan kes Bersih 19 Disember

Posted: 16 Dec 2011 11:44 PM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan meneruskan Siasatan Awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 lalu.

Kali ini Suhakam akan memanggil anggota polis dan pegawai perubatan yang merawat Mohamad bin Sabu dan Hanafi bin Hawari, satu kenyataan media yang dikeluarkan Suhakam hari ini.

Ia akan diadakan selama dua hari iaitu 19 dan 20 Disember mulai jam 9.30 pagi Bilik Siasatan, Tingkat 13, Pejabat Suhakam Menara TH Perdana, 50250 Kuala Lumpur.

Sehingga kini, Suruhanjaya telah mengadakan lima sesi pendengaran awam melibatkan sebanyak 14 orang saksi telah memberi keterangan.

Bagi sesi pendengaran awam berikutnya, enam orang saksi lagi dijangka hadir bagi memberi keterangan di hadapan Panel Inkuiri.

Panel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suruhanjaya Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi b Haji Abdul Majid dan Encik Detta Samen.

Kemelut Felda usaha BN untuk dapatkan wang

Posted: 16 Dec 2011 11:43 PM PST

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Kemelut yang berlaku dalam Felda memberikan bukti jelas bahawa Kerajaan BN kini ketiadaan wang, walaupun cuba disembunyikan oleh para pemimpin Umno.

Untuk mendapatkan wang terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Kerajaan BN terpaksa memanfaatkan Felda dengan pelbagai tindakan, sehingga sanggup mengenakan pelbagai tekanan kepada para peneroka dan pemimpin-pemimpin badan itu yang bertanggungjawab.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, arahan bercuti keluar negara ke atas Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jelas merupakan campur tangan politik terhadap badan tersebut yang tidak seharusnya berlaku.

Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan disebabkan motif tertentu bagi membolehkan pihak kerajaan melaksanakan perancangannya bagi mendapatkan wang melalui badan itu tanpa halangan daripada para pemimpin Felda.

Katanya, realiti itu lebih terserlah apabila diteliti alasan arahan bercuti ke atas Dzulkifli selama lapan bulan ke London sejak 25 November lalu, bagi membolehkan beliau mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan untuk meningkatkan prestasi bagi melakukan tranformasi Felda.

"Tindakan ke atas Datuk Duzulkfli itu adalah cadangan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melalui surat yang dihantar kepada Datuk Seri Najib bertarikh 21 November, manakala arahan bercuti pula dikeluarkan menerusi surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri bertarikh 25 November lalu.

"Prestasi Datuk Dzulkifli sudah diakui oleh pelbagai pihak. Orangnya diketahui umum cukup bertanggungjawab, berwibawa dan berintegriti. Alasan yang diberikan itu ternyata tidak masuk akal dan memang boleh dibaca dengan mudah mesej di sebaliknya oleh orang ramai," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, semalam.

Kemelut yang berlaku dalam Felda berpunca dari perancangan Isa dengan sokongan para pemimpin Umno BN untuk memetrai perjanjian pajakan tanah selama 99 tahun antara Felda dan Felda Global Vantures Sdn Bhd.

Tindakan tersebut ternyata akan menggelapkan masa depan Felda dan para peneroka, apatah lagi akan disusuli dengan perancangan Isa selanjutnya untuk menyenaraikan Felda ke dalam Bursa Saham Malaysia yang ternyata akan mendatangkan kesan buruk amat besar terhadap badan itu sendiri.

Katanya, namun Perdana Menteri, Isa dan para pemimpin Umno BN tidak mempedulikan itu semua. Perkara yang penting bagi mereka adalah untuk membolehkan mereka mendapatkan wang, walaupun akan mengorbankan kepentingan rakyat khususnya masa depan para peneroka di seluruh negara.

"Untuk membolehkan perancangan mereka itu berjalan lancar, Perdana Menteri juga bukan sekadar bertindak sedemikian terhadap Datuk Dzulkifli, tetapi juga ternyata tidak langsung menghormati Ketua Peneroka Kebangsaan, Shamsuddin Othman.

"Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin Umno sanggup mengenepikan begitu sahaja segala pandangan Pak Sham yang begitu dihormati oleh para peneroka, sesuai dengan kebolehan dan kedudukan Pak Sham sebagai orang yang bertanggungjawab, berwibawa dan cukup faham dengan segala perjalanan Felda," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Lebih jauh dari itu, tegasnya, Perdana Menteri turut melakukan tindakan yang sama terhadap para peneroka lain di seluruh negara, dengan mengenepikan segala pandangan dan desakan mereka agar menarik balik arahan bercuti ke atas Dzulkifli dan menggugurkan jawatan Isa bagi kepentingan Felda.

"Saya yakin, untuk mengambil hati para peneroka, Kerajaan BN pasti akan memberikan wang kepada peneroka dengan jumlah yang besar nanti atas nama tertentu, kononnya dengan alasan keuntungan awal Felda terutama atas tindakan terkininya," katanya.

Sekiranya benar pemberian itu atas keuntungan Felda ekoran langkah-langkah terkini yang dilakukan, tambah beliau, semua itu sebenarnya hanyalah keuntungan untuk jangka masa pendek sahaja.

"Untuk jangka masa panjang, segala langkah yang ingin dilakukan itu pasti akan merugikan badan itu sendiri. Ini termasuklah cadangan untuk pajakan tanah dan penyenaraian Felda ke dalam Bursa Saham Malaysia.

"Kalau langkah penyenaraian itu menguntungkan, ia diyakini hanya untuk peringkat awal bagi jangka masa pendek sahaja, tetapi untuk jangka masa panjang, ia pasti akan menyebabkan Felda punah-ranah nanti," tegas beliau.

6 juta dijangka lawat Kelantan tahun depan

Posted: 16 Dec 2011 11:41 PM PST

Rizal Tahir

(MB Kelantan lancarkan TMK@12 semalam)


KOTA BHARU: Seramai enam juta orang pelancong dalam dan luar negara bakal mengunjungi Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) tahun hadapan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sasaran itu dibuat berdasarkan peningkatan pelancong yang begitu mendadak tahun ini seramai 5.3 juta orang sehingga Oktober tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pra pelancaran TMK@12, disebuah hotel di sini petang tadi.

Menurutnya, jumlah pelancong dijangka meningkat akhir tahun ini seramai 5.8 juta orang.

"Dengan promosi yang dilakukan di peringkat antarabangsa kita yakin jumlahnya akan bertambah 6 juta pelancong tahun hadapan,"ujarnya.

Bagaimanapun, tambahnya Membangun Bersama Islam diharap menjadi dasar TMK.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata rakyat akan mendapat manfaat besar hasil program TMK.

Sambungnya, sebagai contohnya TMK yang diadakan pada tahun 2008, pendapatan pelbagai sector mencecah RM1.8 bilion, manakala tahun 2010, sebanyak RM1.84 bilion.

Pelbagai acara menarik diadakan sempena pelancaran ini, persembahan silat, dikir barat bertemakan TMK.

Pemuda Melayu 'kahwin' lelaki?

Posted: 16 Dec 2011 11:36 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE



KUALA LUMPUR - Seorang pemuda Melayu mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.

Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis 'perkahwinan' itu berlangsung.

Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar 'suami-isteri'.

Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.

Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.

Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.-Utusan

Satu dekad yang telah hancur dek korupsi

Posted: 16 Dec 2011 11:34 PM PST

Lim Guan Eng


Rakyat Malaysia kehilangan "satu dekad yang telah hancur dek korupsi", di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari tahun 2000 hingga 2009. Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.

RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan lima negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.

Laporan terkini GFI yang bertajuk "Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009" telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa. Mengikut penulisnya, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.

Mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan "ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai." Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara.

Ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula. Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi.

Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita. Projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal "lembu dan kondo" RM250 juta NFC, "komisyen" setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos "overrun" atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban, termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram.

Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri. CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana "unsur-unsur kerajaan" yang memudahkan "rasuah besar" masih lagi tersebar luas.

Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia. DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij. Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung DAP, merangkap ahli parlimen Bagan.

Menangani masalah kemiskinan bandar dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi nasional

Posted: 16 Dec 2011 11:31 PM PST

Azrul Azwar


Seperti kebanyakan negara membangun yang lain, Malaysia telah mengalami proses urbanisasi pesat, salah satu faktor yang banyak membantu melayakkan Malaysia menjadi negara berpendapatan pertengahan atas (upper middle-income) pada hari ini. Ini adalah kerana di kawasan bandarlah selalunya aliran pengetahuan, ilham, bakat, pelaburan dan sebagainya berada pada tahap paling optimum bagi sesebuah negara, suatu pra-syarat penting bagi mencetus innovasi, kreativiti dan semangat keusahawanan sekaligus membantu memacu pertumbuhan ekonomi.

Dianggarkan lebih kurang 72.2% rakyat Malaysia menetap di kawasan bandar pada 2010 dan nisbah ini dijangka mencecah 76% menjelang tahun 2015 berdasarkan satu unjuran yang dibuat oleh United Nations (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Menurut unjuran PBB juga, penduduk bandar dijangka tumbuh pada kadar 2.4% secara purata di antara 2010 dan 2015, jauh lebih pesat berbanding 1.5% yang diunjurkan bagi pertumbuhan purata populasi Malaysia.

Sebenarnya, pembentukkan "urban agglomerations" atau kelompok-kelompok bandar adalah penting dan selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi ekonomi maju, berpendapatan tinggi kerana salingkait yang tinggi di antara kepesatan proses urbanisasi dengan peningkatan pertumbuhan ekonomi, produktiviti, kemewahan dan kemajuan secara keseluruhan. Maka, tidaklah menghairankan apabila "Greater Kuala Lumpur" atau Lembah Kelang yakni Kuala Lumpur dan bandar-bandar satelit di sekitarnya telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada 12 National Key Economic Areas (NKEAs) di bawah "New Economic Model" atau Model Ekonomi Baru kerana ia dianggarkan menyumbang hampir satu pertiga kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Tahap urbanisasi di Malaysia adalah berbeza-beza mengikut:

•Negeri, dari serendah 35% sehingga 90% bagi negeri maju seperti Selangor
•Kumpulan etnik di mana majoriti kesemua kumpulan etnik berada di kawasan bandar kecuali Bumiputera lain (other Bumiputera)

Walau bagaimanapun, dalam keghairahan kita mengejar pembangunan bandar sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan, kita sering terlepas pandang kesan-kesan sampingan akibat proses urbanisasi yang tidak terkawal. Tanpa suatu pelan induk atau rangka kerja jangka panjang yang holistik, kepesatan proses urbanisasi tanpa kawal bakal mengundang pelbagai permasalahan terutamanya berkaitan sosio-ekonomi seperti migrasi luar bandar ke bandar dan kebanjiran pekerja warga asing untuk mencari peluang pekerjaan yang mengakibatkan meningkatnya kepadatan penduduk bandar dan kemunculan kawasan setinggan atau penempatan daif, sekaligus memberi tekanan kepada prasarana-prasarana awam, pasaran buruh, pasaran barangan dan perkhidmatan terutamanya bagi keperluan utama, bekalan perumahan, alam sekitar dan sebagainya di kawasan bandar.

Fenomena seperti ini mengakibatkan kenaikan harga yang mendadak dan persaingan melampau di kawasan bandar sehingga terbentuknya suatu situasi "inequality" atau ketidaksamaan di kalangan penduduk bandar dalam pelbagai segi terutamanya peluang pekerjaan, pendapatan dan pengumpulan kekayaan, selanjutnya melebarkan jurang di antara yang kaya dan yang miskin di bandar.

Kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya warga kota merasakan bahawa perangkaan inflasi rasmi yang diterbitkan oleh Jabatan Statistik tidak mencerminkan gambaran sebenar betapa hebatnya kenaikan kos sara hidup sejak separuh tahun kedua 2009 akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan terutamanya berkaitan dengan makanan, tenaga, perumahan, pendidikan, pengangkutan dan penjagaan kesihatan. Sebagai contoh, menurut Indeks Kos Sara Hidup terkini yang diterbitkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU), kedudukan Kuala Lumpur di kalangan bandaraya termahal di dunia naik 15 anak tangga ke tempat 86 pada akhir Jun 2011 berbanding tahap 101 dua tahun yang lalu. Kajian setiap dua tahun ini yang menjadikan New York sebagai penanda aras membandingkan 400 harga individu bagi lebih 160 barangan atau perkhidmatan, menunjukkan bahawa Tokyo merupakan bandaraya termahal manakala bandaraya termurah adalah Karachi.

Berdasarkan data tahun 2009, kategori 40% isirumah terbawah (bottom 40%) yang berpendapatan kasar kurang daripada RM2,300 sebulan (berbanding pendapatan kasar bulanan purata sebanyak RM4,025 bagi seluruh Malaysia iaitu RM4,705 di bandar dan RM2,545 di luar bandar) terdiri daripada 2.4 juta isirumah yang mana:

•1.8% dalam golongan miskin tegar (yakni isirumah yang berpendapatan kasar bulanan kurang daripada RM440 secara purata bagi seluruh Malaysia)
•7.6% dalam golongan miskin relatif (yakni isirumah yang berpendapatan kasar bulanan kurang daripada RM800 secara purata bagi seluruh Malaysia)
•90.6% dalam golongan berpendapatan rendah

Pada tahun 2009, lebih kurang 51.4% daripada 40% isirumah terbawah tinggal di kawasan bandar yang mana 59.1% adalah di kalangan Bumiputera, 29.2% masyarakat Cina dan 11.4% kaum India. Memandangkan bahawa jumlah warga bandar di kalangan 40% isirumah terbawah adalah lebih besar daripada di kawasan luar bandar (48.6%), semua pihak yang berkenaan sama ada di peringkat Kerajaan Pusat, kerajaan-kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan perlu duduk semeja dan bekerjasama untuk menggariskan suatu kerangka ekonomi spesifik yang mementingkan pembangunan saksama dan inklusif untuk merapatkan jurang di antara kaya dan miskin bandar serta menangani isu kemiskinan bandar kerana kehidupan golongan miskin bandar adalah jauh lebih mencabar berbanding golongan miskin luar bandar. Sebagai contoh, jika golongan miskin luar bandar masih berpeluang mencari makan dengan memancing atau bercucuk tanam sendiri, peluang sebegini hampir tidak wujud bagi golongan miskin bandar.

Menurut Jabatan Statistik, isirumah bandar di Malaysia memerlukan sekitar RM2,500 sebulan secara purata untuk cukup membiayai kos sara hidup berdasarkan harga pada tahun 2010.

Berikut adalah antara beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan untuk meningkatkan penglibatan golongan miskin bandar dalam ekonomi dan menaikkan pendapatan kasar purata golongan 40% isirumah terbawah melebihi RM2,500 sebulan supaya cukup untuk menampung kos sara hidup bagi isirumah bandar:

• Memastikan akses kepada pendidikan hingga ke peringkat tertinggi bagi anak-anak golongan miskin bandar memandangkan hubungkait terbalik di antara kemiskinan dan pencapaian akademik.
• Menyediakan peluang kepada pendidikan seumur hidup, latihan dan penambahbaikan kemahiran bagi golongan miskin bandar untuk meningkatkan keupayaan dan daya tarikan mereka supaya mudah mencari peluang pekerjaan yang lebih baik terutamanya yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan.
• Menyediakan program perumahan mampu milik yang berkualiti di kawasan bandar di lokasi yang tidak terlalu jauh daripada nukleus aktiviti ekonomi; dihubungkan dengan sistem pengangkutan awam yang murah, cekap, mudah akses, mampan dari segi alam sekitar, selamat dan boleh diharap; skim pembiayaan pembelian berdasarkan syarat-syarat munasabah yang tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana di bandar pada kemudian hari kelak terutamanya bagi pembeli rumah buat pertama kali; keprihatinan kepada warga emas, golongan kurang bernasib baik seperti orang kurang upaya atau yang mempunyai keperluan khas, ibu tunggal dan sebagainya.
• Memupuk minat keusahawanan di kalangan 40% isirumah terbawah di kawasan bandar untuk menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan terutamanya berasaskan kemahiran sebagai satu cara menambah pendapatan melalui:

i. kemudahan untuk memulakan perniagaan dengan menyemak semula keperluan perlesenan yang membebankan oleh pelbagai pihak berwajib atau agensi kerajaan

ii. pelbagai insentif percukaian dan bukan cukai khusus bagi syarikat-mikro atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bandar

iii. program latihan teknikal dan keusahawanan merangkumi semua aspek perniagaan seperti pengurusan kewangan, pengurusan operasi, teknik jualan dan pemasaran,
dan sebagainya

iv. program pembiayaan mikro atau skim permodalan lain yang direkayasa khusus untuk memudahkan pengumpulan modal permulaan atau sebagai modal kerja bagi perniagaan milik golongan miskin dan sederhana bandar

v. inisiatif-inisiatif lain seperti mentor-mentee, syarikat induk dan sebagainya

Ketidakseragaman atau kepelbagaian kumpulan di kalangan 40% isirumah terbawah merentasi kaum, agama dan beberapa aspek latar belakang lain di bandar memerlukan pendekatan yang berbeza dalam usaha kita menangani isu "inequality" atau ketidaksamaan. Dalam usaha menangani masalah kemiskinan bandar dan mempertingkatkan mobiliti sosial ini, apa yang penting adalah kita berikan mereka joran untuk memancing ikan dan bukannya ikan semata-mata. Maka, untuk mencapai cita-cita menjadi negara maju, berpendapatan tinggi yang inklusif dan menitikberatkan keadilan sosial sejagat, kita memerlukan suatu pelan tindakan bagi "affirmative action" atau tindakan afirmatif yang mampan dan menyeluruh.

Berbincang mengenai tindakan afirmatif atau diskriminasi positif (positive discrimination) di Malaysia, kita tidak boleh lari daripada berdebat tentang New Economic Policy (NEP) atau Dasar Ekonomi Baru (DEB), diperkenalkan oleh Barisan Nasional sebagai polisi tindak balas selepas peristiwa 13 Mei 1969 dengan strategi serampang dua mata, yakni "mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum" dan "mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi, seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi dan aktiviti ekonomi ke arah mengukuhkan perpaduan negara".

Persoalannya, di manakah silap kita sekiranya meskipun sudah 40 tahun tindakan afirmatif tajaan Barisan Nasional ini dilaksanakan sejak 1971 dalam pelbagai nama dan bentuk, bermula dengan DEB (1971-1990), diikuti oleh National Development Policy atau Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan National Vision Policy atau Dasar Visi Nasional (2001-2010), kaum Bumiputera masih gagal mencapai sasaran pegangan ekuiti korporat sekurang-kurangnya sebanyak 30%. Sedarkah kita sebenarnya pegangan ekuiti oleh pelabur asing yang melonjak kepada 37.9% daripada milikan saham keseluruhan pada tahun 2008 (2006: 30.1%) merupakan antara penyebab utama pegangan saham Bumiputera kekal rendah pada paras 21.9% (2006:19.4%) sedangkan pegangan saham bukan Bumiputera telah merosot kepada 36.7% (2006: 43.9%)?

Sebenarnya, obsesi kerajaan Barisan Nasional pada nombor ajaib 30% dalam pegangan saham Bumiputera sebagai "ultimate target" menyebabkan kita lupa dan leka sebenarnya terdapat banyak isu kemiskinan, ketidaksamaan dan ketidakseimbangan lain yang lebih mendesak dan perlu diatasi segera seperti yang berikut:

• Jurang pendapatan mutlak antara "quintile" isirumah terbawah dan teratas telah melebar hampir 93% dalam masa 20 tahun kepada RM8,000 pada 2009 berbanding RM4,150 pada 1989 berdasarkan paras harga 2009.

• Penambahbaikan yang kecil dalam masa 20 tahun kepada pekali Gini, satu kayu ukur ketidaksamaan, kepada 0.473 pada 2009 berbanding 0.482 pada 1989 bagi Malaysia secara keseluruhan. Malah, jika dibandingkan dengan paras 0.471 pada tahun 2007, ketidaksamaan bertambah teruk di Malaysia.

• Kadar kemiskinan keseluruhan di Malaysia meningkat ke paras 3.8% pada 2009 berbanding 3.6% pada 2007, jauh daripada sasaran Rancangan Malaysia Kesembilan untuk turun ke paras 2.8%. Malah, kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera lain (bukan Melayu) juga meningkat mendadak ke paras 17% pada tahun 2009 berbanding 14% pada 2007.

• Jumlah isirumah hidup dalam kemiskinan (di bawah paras pendapatan garis kemiskinan) meningkat 8.7% kepada 228,000 pada 2009 berbanding 210,000 pada 2007.

Fokus yang berlebihan Barisan Nasional terhadap agenda mengurangkan ketidaksamaan antara kumpulan etnik (inter-ethnic groups) telah mengakibatkan jurang yang semakin melebar di kalangan suatu kumpulan etnik (intra-ethnic groups) itu sendiri. Semakin jelas hari ini bahawa belenggu kemiskinan, kesempitan hidup dan ketidaksaksamaan dalam peluang dirasai oleh semua kaum dan lapisan masyarakat di Malaysia meskipun 73% di kalangan 40% isirumah terbawah merupakan kaum Bumiputera berdasarkan pada statistik bagi tahun 2009.

Untuk memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil dan perkongsian pembangunan ekonomi yang lebih saksama ke arah keterangkuman dan keadilan sosial untuk semua tanpa menjejaskan daya saing negara di peringkat global, sudah tiba masanya Malaysia beralih kepada polisi tindakan afirmatif mesra pasaran yang baharu, berdasarkan keperluan dan meritokrasi, bukannya kaum untuk memperbetulkan ketidaksamaan secara keseluruhan dengan menyasarkan beberapa kumpulan spesifik di kalangan 40% isirumah terbawah seperti berikut:

• Orang Asal di Semenanjung dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak terutamanya kumpulan etnik minoriti.
• Pekerja estet atau mereka yang tinggal di kawasan ladang kelapa sawit atau getah, kebanyakkannya terdiri daripada kaum India.
• Peneroka Felda yang rata-ratanya terdiri daripada kaum Melayu.
• Petani, peladang dan nelayan persendirian di luar bandar yang diwakili oleh hampir kesemua kumpulan etnik di Malaysia.
• "Urban settlers" atau peneroka bandar yang meliputi hampir kesemua kaum terutamanya masyarakat Melayu, Cina dan India.
• Penduduk di perkampungan baharu Cina, kebanyakannya kaum Tionghua.

*Azrul Azwar ialah ahli Lawyers For Liberty (LFL).

GAMIS: 800 ribu hektar tanah bakal diperjudikan

Posted: 16 Dec 2011 11:29 PM PST

GAMIS


Kemelut yang berlaku di dalam Federal Land Development Authority (FELDA) sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Makin banyak pendedahan tentang penyelewengan yang berlaku khususnya yang menjadi mangsa adalah warga peneroka. Isu penyelewengan gred sawit, bantuan penanaman semula dan pelbagai lagi isu yang tidak diselesaikan hingga membawa kepada perbicaraan di mahkamah. Mahasiswa cukup dekat dan prihatin dengan isu yang membelenggu warga FELDA, kerana mereka merupakan warga dan rakyat yang mencari hak dan keperluan hidup di tanah air mereka sendiri.

Isu yang melibatkan lebih 112,000 buah keluarga FELDA ini sangat mencuri tumpuan dan menagih simpati setiap inci rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang ideologi politik. Pengumuman yang dibuat oleh Najib Abdul Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 lalu untuk menyenaraikan FELDA Global Venture Holding Sdn. Bhd. (FGVHSB) sebuah anak syarikat milik penuh FELDA dalam Bursa Saham Malaysia baru-baru ini cukup merunsing kita. Cadangan ini secara langsung telah menggantikan hasrat Mahathir yang dibatalkan ekoran daripada bantahan peneroka FELDA pada tahun 2004 untuk menyenaraikan Felda Holding Berhad.

Kita melihat bahawa akan berlaku kesan manopoli dan wujudnya ruang untuk kapitalisme berleluasa. Apabila syarikat utama ini disenaraikan dalam bursa saham, ia bakal memperjudikan lebih 800,000 hektar tanah peneroka di seluruh Negara yang diuruskan oleh FELDA Global Venture Bhd. Tanah yang disebutkan ini sepatutnya menjadi hak milik rakyat yang bekerja untuk membangunkannya dan bukan untuk digadai kepada golongan kapitalis.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) merasakan ada agenda yang tidak baik di atas cadangan penyenaraian syarikat berkenaan dalam Bursa Saham yang dijangka dibuat pada pertengahan tahun hadapan. Kita risau dan bimbangkan nasib peneroka dan generasi baru FELDA, di mana mereka ingin lari dan tinggal jika tanah mereka digadaikan di pasaran terbuka berkenaan. Apa yang cukup menyedihkan kita juga ialah, maklumat sebegini sengaja tidak disampaikan kepada seluruh warga peneroka menyebabkan ada yang masih tidak sedar akan hal ini.

Agenda yang tidak baik itu juga makin jelas bila keluarnya arahan bercuti keluar negara ke atas Pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF), Dzulkifli Abd Wahab yang telah berkhidmat selama 35 tahun oleh Perdana Menteri. KPF yang sebelum ini sangat cemerlang dengan integriti dan kemampuan memacu industri pertanian dan dapat menambahkan pendapatan Negara dibawah kepimpinan Dzulkifli dipercayai juga timbul usaha untuk menggantikan tempat beliau oleh individu yang bukan ahli.

KPF secara langsung melanggar undang-undang tubuh KPF itu sendiri. Ini sangat meragukan kita kerana ia seolah-olah dirancang bertepatan pula dengan pencapaian KPF yang cukup membanggakan juga dalam keadaan FELDA bakal digadaikan dengan pelbagai rancangan dan program yang akan dilaksanakan.

Mahasiswa dengan tegas mendesak agar ditarik balik cadangan penyenaraian FGVHSB di Bursa Saham Malaysia dengan kajian serta kesan mendatang secara terperinci. Kita juga mendesak supaya sebarang penyelewengan terhadap peneroka diperbetulkan dan dijalankan secara telus khusunya dalam soal potongan tabungan penanaman semula serta nilaian Grad hasil Sawit dan Getah. Pihak bertanggungjawab juga mesti memberikan penjelasan sekiranya benar berlaku penipuan melalui campuran pasir ke dalam Baja yang diimport dari German kepada peneroka sehingga membawa kesan kepada hasil tanaman. Masa depan generasi baru FELDA bergantung kepada bagaimana kita mempertahankan tanah-tanah yang dimiliki hari ini daripada agenda jahat yang bakal menghancurkan tempat tinggal kita pada masa hadapan.

*Kenyataan media oleh Akram Ikrami bin Taib Azamudden (gambar kanan) selaku Presiden GAMIS.

Ahli parlimen PKR Ampang cabar ketua Umno cermin muka

Posted: 16 Dec 2011 11:26 PM PST

Bagaimanapun, Ismail membalas dengan meminta pemimpin pembangkang itu memberikan bukti.



PETALING JAYA: Banyak masalah di Ampang yang ditinggalkan BN telah berjaya diselesaikan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat, kata ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Zuraidah yang kali pertama menjadi ahli parlimen Ampang mendakwa masalah-masalah di Ampang dilakukan oleh ketua Umno bahagian Datuk Ismail Kijo.

"Baru tiga tahun menjadi wakil rakyat, kami telah menyelesaikan masalah-masalah yang gagal dibuat oleh ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo.

"Ismail menjadi Adun Lembah Jaya selama tiga penggal tetapi meninggalkan najis-najis (kotoran).

"Sepanjang sembilan tahun pentadbirannya, beliau dan Umno Ampang tidak lebih hanya menambah masalah kerana mereka mendahulukan kepentingan peribadi dan memburukkan lagi keadaan sehingga membebankan rakyat.

"…tanah kubur dikebas, sekolah agama digadai, peniaga Melayu ditipu dengan projek water front, masalah setinggan, masalah sijil kelayakan menduduki flat kos rendah, pampasan setinggan Sungai Purun, Berembang, Kampung Perak dan sebagainya," katanya dalam respons kepada dakwaan Ismail semalam yang mengatakan Zuraidah dan Adun Bukit Antabangsa Azmin Ali tidak melakukan apa-apa di Ampang.

`Kubur mana?'

Zuraida yang juga ketua Wanita PKR meminta Ismail mencermin muka dan mengukur baju di badan sendiri.

Ketika diminta mengulas dakwaan tersebut, Ismail berkata, beliau mencabar pemimpin wanita PKR itu menunjukkan bukti beliau melakukan perkara-perkara tersebut.

"Tanya Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), sekolah agama rakyat mana yang saya jual?

"Kubur mana yang terjual? Berapa juta, siapa yang beli? .

"Mana satu setinggan yang tidak dapat duit. Tunjukkan bukti.

"Saya nak tanya, bolehkah wakil rakyat jual tanah orang?" katanya ketika dihubungi hari ini.

1,000 peneroka Felda berdemo sokong Najib, Isa Samad

Posted: 16 Dec 2011 11:18 PM PST

Mereka melaungkan "Hidup Felda", "Hancur PAS" sambil memegang sepanduk, selain turut menyanyikan lagu patriotik 'Inilah Barisan Kita'.

VIDEO INSIDE



KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 peneroka Felda hari ini berdemo di depan Ibu Pejabat Felda di sini bagi menyatakan sokongan terhadap program transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Kumpulan tersebut yang hadir dengan puluhan bas mula berkumpul di bangunan Anjung Felda kira-kira pukul 11 pagi tadi sebelum mula berarak kira-kira 200 meter ke ibu pejabat.

Sepanjang demontrasi itu mereka melaungkan "Hidup Felda", "Hancur PAS" sambil memegang sepanduk, selain turut menyanyikan lagu patriotik 'Inilah Barisan Kita'.

Suasana di luar ibu pejabat Felda kelihatan agak kecoh dengan reaksi beberapa peneroka yang emosi mengutuk Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman, namun berjaya dikawal polis.

Kumpulan tersebut yang diwakili beberapa badan bukan kerajaan termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Felda, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), dan Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN, dan Pemuda Umno Selangor kemudiannya menyerahkan memorandum kepada pegawai Felda.

Sementara itu, Perkasa Felda mengutuk golongan yang menjadi gunting dalam lipatan menghalang Transformasi Najib memajukan Felda, namun tidak menyatakan nama individu yang terlibat.

Duri dalam daging

Menurutnya, wujud individu yang menjadi duri dalam daging serta mempunyai agenda peribadi bersekongkol dengan pembangkang menentang kepimpinan Najib dan Isa secara senyap.

"Kami menyokong penuh Datuk Dzulkifli Abdul Wahab dihantar bercuti bagi menambah ilmu pengetahuannya.

"Kami yakin tindakan ini tepat pada masanya dan sudah tentu tindakan ini tlah difikir semasak-masaknya oleh Perdana Menteri," kata Perkasa Felda dalam memorandum terbabit.

Sementara itu, Presiden MBFM Anuar Abdul Manaf berkata pihaknya turut membantah campur tangan Anak yang didakwanya telah memecah-belahkan masyarakat Felda dan mempolitikkan isu Felda setelah 50 tahunmasyarakat itu hidup dalam aman dan harmoni dibawah payung Felda.

"Kami juga sepakat menyokong penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd ke Bursa Malaysia yang mana ianya akan memberikan kebaikan kepada warga Felda dan negara," katanya.

Sebelum itu, difahamkan MBFM pagi tadi bersama kira-kira 800 orang menghantar memorandum mengecam campur tangan Anak dalam isu Felda di Ibu Pejabat Pas namun gagal bersua dengan Mazlan.

'Tiada etika'

Kelmarin, Anak dan kira-kira 50 penyokongnya turut mengadakan demonstrasi aman serta menghantar memorandum menyatakan sokongan mengekalkan Dzulkifli sebagai Pengarah Besar Felda.

Mazlan dalam memorandumnya mendakwa Dzulkifli sepatutnya 'direhatkan' selama enam hingga sembilan bulan bagi mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan untuk meningkatkan lagi prestasi beliau dalam Program Transformasi Felda bermula 25 November lalu.

Namun Dzulkifli didapati telah bercuti 14 hari lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan Isa melalui surat kepada Perdana Menteri pada 21 November lalu.

"Ini proses penyingkiran kepada seseorang yang dilihat tidak mengikut telunjuknya.

"Adalah menyedihkan seorang Pengarah Besar diperlakukan begitu hina.

"Tiada etika dan biadap terhadap Ketua Eksekutif Kumpulan yang mempunyai 23,000 kakitangan," tegas Mazlan dalam memorandum itu.

Mazlan mendakwa, semua ini berpunca apabila Dzulkifli tidak mampu bekerjasama bagi merealisasikan impian Isa untuk melihat Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd (FGVH) tersenarai dalam Bursa Malaysia.

Khir Toyo, Muhd Taib tidak boleh di barisan depan

Posted: 16 Dec 2011 11:16 PM PST

Dr Mohd Khir dan Muhamad Taib perlu menjadi pembantu sahaja, kata ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo.



PETALING JAYA: Dua bekas menteri besar Selangor – Dr Mohd Khir Toyo dan Tan Sri Muhamad Muhd Taib – tidak perlu lagi berada di barisan depan Umno dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Gesaan itu dibuat oleh ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo sambil menambah kedua-dua mereka hanya perlu berada di belakang tabir.

"Dr Mohd Khir dan Muhamad Taib perlu menjadi pembantu sahaja," katanya.

Menurutnya, Selangor kini berada dalam kepimpinan yang baru di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak perdana menteri dan presiden Umno.

Ismail bekas Adun Lembah Jaya selama tiga penggal berkata, kemasukan bekas orang kuat PKR ke dalam Umno telah memperkuatkan parti itu.

Bekas pemimpin PKR

Beliau menasihatkan orang Umno sedia ada supaya tidak bimbang dengan kemasukan bekas pemimpin PKR itu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Senator Ezam (Mohd Noor), Lokman Noor Adam dan Hamidzun Khairuddin kerana telah memberi kekuatan kepada BN.

"Mereka membawa peluru untuk menembak musuh-musuh kita. Merekalah yang lebih tahu mengenai PKR, ini memberi kelebihan kepada kita" kata Ismail lagi.

Dr Mohd Khir ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas saranan ketua Umno Ampang itu.

‘NFC memikul biawak hidup, bukan Shahrizat’

Posted: 16 Dec 2011 11:14 PM PST

Ketua Umno bahagian Cheras menjelaskan bahawa beliau menggunakan simpulan bahasa dalam isu NFC itu.



PETALING JAYA: Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee hari ini menafikan beliau menggelar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil sebagai biawak.

"Saya tidak berkata begitu," kata Syed Ali ketika mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di pejabat Umno beliau semalam yang disifatkannya sebagai salah faham.

"Mereka mendakwa diri mereka sebagai ahli NGO telah datang ke sini. Menurut mereka, bahawa saya menggelar Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Shahrizat Jalil sebagai biawak.

Sementara itu, Syed Ali dalam blognya menjelaskan beliau telah menggunakan kata 'memikul biawak hidup' terhadap isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi perbualan umum dan bukannya ditujukan kepada Shahrizat.

Ketua Umno bahagian Cheras itu merupakan antara pemimpin Umno akar umbi yang lantang mendesak Shahrizat meletakkan jawatan berikutan tercetusnya skandal NFC.

Minta Shahrizat letak jawatan

Pada hari Selasa lalu, Syed Ali berkata kebisuan pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang juga suami Shahrizat untuk menjelaskan isu NFC ketika berhadapan dakwaan parti pembangkang boleh mengelirukan orang ramai.

Justeru itu beliau meminta Shahrizat meletakkan jawatan.

Syed Ali turut berkata beliau akan membuat kenyataan berkenaan perkara ini akan dikeluarkan oleh pucuk pimpinan Umno tertinggi dalam masa terdekat.

Isu NFC timbul berikutan pendedahan kegagalan projek tersebut seperti dilaporkan dalam laporan ketua Audit Negara pada bulan Oktober.
Isu ini kemudiannya dibangkitkan oleh parti pembangkang termasuk PAS dan PKR.

Aziz Bari tak minat politik, bimbang tak diterima

Posted: 16 Dec 2011 11:11 PM PST

"Kalau saya masuk politik saya tak boleh tengking, marah".



KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari menyatakan beliau enggan terjun dalam dunia politik walaupun selepas meninggalkan jawatannya sebagai pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Malah dirinya tidak pernah berniat untuk menjadi ahli politik dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 memandangkan bidang itu tidak ada dalam jiwanya walaupun sebelum ini banyak mengkritik tentang corak politik tempatan.

"Kalau saya masuk politik saya tak boleh tengking, marah.

"Saya juga dah tak boleh dilayan sebagai profesor yang lantang memberikan pendapat," katanya dalam Wacana Kebebasan Akademik dan Mansuh Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH), di sini malam semalam.

Beliau berkata dirinya mungkin sukar diterima jika beliau masuk politik dan menjadi ahli parti kerana khuatir kelantangannya itu akan menjejaskan kepimpinan tertinggi parti.

"Kalau jadi ahli politik kena masuk parti. Kalau cakap lebih takut nanti akan melebihi suara ketua pula," katanya.

Sehubungan itu, dalam masa terdekat ini beliau hanya akan memberikan tumpuan kepada beberapa projek penyelidikannya dan menerima jemputan diskusi ilmiah.

Surat tunjuk sebab

Aziz Bari mengambil keputusan meninggalkan UIA pada awal Disember namun sehingga sekarang masih belum mendapat maklum balas daripada pejabat naib Canselor berhubung permohonannya itu.

Menurut beliau, UIAM juga tidak memberi respon terhadap jawapannya kepada surat tunjuk sebab yang diserahkan kepada pihak universiti pada 24 Oktober lalu.

"Sudah sebulan lebih saya tunggu reaksi mereka. Sehingga hari ini tiada jawapan," katanya lagi.

Krisis antara Abdul Aziz dan UIA semakin parah apabila beliau menerima surat tunjuk sebab pada 19 Oktober lalu ekoran kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Sementara itu, beliau menyelar pindaan AUKU kerana baginya perkara itu tidak perlu dijadikan isu memandangkan jumlah mahasiswa yang terlibat adalah kecil dan tidak akan membawa sebarang masalah besar.

Katanya, unsur politik Umno-Barisan Nasional (BN) sudah lama masuk kedalam kampus dan mempengaruhi mahasiswa namun tidak pernah dijadikan isu.

"Putera Umno, Puteri Umno masuk universiti boleh…ini sikap hipokrasi Hal Ehwal Pelajar (HEP)," katanya.

Nasrudin: Orang muda tolak demonstrasi, ceramah PAS

Posted: 16 Dec 2011 11:09 PM PST

Ketua Pemuda PAS berkata, mereka lebih gemar dengan teknologi internet.



PETALING JAYA: Pemuda PAS mula menggunakan teknologi maklumat termasuk filem pendek dalam internet bagi menggantikan demontrasi dan protes jalanan atas alasan kurang mendapat sambutan.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, anak-anak muda kurang hadir ceramah PAS kerana mereka lebih gemar dengan teknologi internet.

Beliau menambah mutakhir ini, penganjuran demonstrasi tidak menarik jumlah yang diharapkan kecuali Bersih mansuhkan ISA dan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Demonstrasi bantah kezaliman di keduataan Syria, Libya dan Mesir sebelum ini pun hanya dihadiri sekitar ratusan para peserta tegar demonstrasi. Begitu juga himpunan aman membantah isu Mykad juga tidak mencapai angka yang diharapkan "…. saya akui demonstrasi mempunyai impaknya yang tersendiri, cuma kalau terlalu kerap di adakan, nanti yang hadir hanya seribu dua, kemudian selepas demo dan meluahkan bantahan, semua pulang dan berakhir begitu sahaja.

"Hanya sekadar mampu menunjukkan perasaan marah dan benci terhadap perbuatan menghina hukum Allah, namun pihak berkuasa tetap degil dan enggan bertindak, masyarakat pula masih terlalu ramai yang terperangkap dalam kejahilan yang mengepung mereka," katanya.

Nasrudin berkata, pengunaan filem pendek ini mendapat tempat di hati anak-anak muda, filem Oley hitnya melebihi 15, 000 penonton dalam tempoh 24 jam.

Pengecut dan taliban

Katanya, bukan mudah untuk mengadakan demonstrasi yang disertai 15, 000 orang.

Bagaimanapun, menurut Nasrudin ada pihak yang tidak suka pendekatan baru itu dan menganggap tidak menganjurkan demonstrasi ini sebagai pengecut.

"Mereka kata saya ketua Pemuda (PAS) paling pengecut! Letak jawatan sahaja lah! Saya hanya tunduk diam sambil menahan dan mengawal emosi.

"Menidakkan saya dan menggelarkan saya sebagai pengecut kerana semata – mata tidak menganjurkan demonstrasi adalah tidak benar.
"Usah dihitunglah berapa kali saya menyertai dan menganjurkan demonstrasi sebelum ini termasuklah keluar masuk lokap dan mahkamah.

"Isunya bukan saya takut …. tetapi isunya ialah pendekatan dan imej. Kerana kekerapan demonstrasi ini jugalah ada pihak termasuk pengamal media menggelarkan Pemuda PAS Taliban," kata beliau lagi.

Umno buka ‘pintu’ untuk Hasan Ali, Nasha

Posted: 16 Dec 2011 11:06 PM PST

Kami harap baik Hasan Ali mahupun Nasharudin boleh isi borang tersebut, kata ketua penerangan Umno Selangor.



PETALING JAYA: Umno tiada halangan menerima exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyertai parti itu, malah mengalu-alukan penyertaan mereka.

Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berkata, keputusan untuk menyertai parti itu disifatkan tepat kerana PAS kini sudah tidak lagi memperjuangkan Islam yang sebenar.

Abdul Shukor menegaskan, baik Hasan mahupun Nasharudin kedua-dua pemimpin PAS itu dianggap bijak untuk membuat keputusan dan masih belum terlambat untuk berbuat demikian.

"Hasan Ali adalah seorang yang bijak untuk melihat sendiri siapa yang memperjuangkan Islam. Umno memimpin parti berbilang kaum dan meningkatkan martabat Islam jauh dari parti-parti lain.

"Hanya orang buta tidak nampak perjuangan Umno dan Islam. Jika boleh Hasan Ali dan Nasharudin menilai perkara ini.

`Hanya topeng'

"Malah pilihan menyertai Umno adalah tepat kerana Umno yang memperjuangkan Islam. PAS hari ini bukan perjuangkan Islam tetapi hanya mahu kekal berkuasa dengan bersekongkol dengan DAP. Perjuangan Islam oleh PAS hanya topeng," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Katanya jika kedua-dua pemimpin tersebut berminat menyertai Umno, prosedur biasa perlu dilalui dengan mengisi borang yang akan diproses oleh Majlis Tertinggi parti itu.

"Umno terbuka kepada orang Melayu tidak kira nama atau rakyat biasa.Tiada halangan untuk sesiapa sahaja. Kami harap baik Hasan Ali mahupun Nasharudin boleh isi borang tersebut.

Abdul Syukor membidas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam, sambil menegaskan Umno itu telah membawa kesejahteraan dan berada landasan benar.

Mustafa dilaporkan berkata dua pemimpin parti itu sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Track record

"Jerat Umno bawa kesejahteraan dan kita berada dilandasan benar. Ini terbukti dengan 'track record' kami untuk memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.

"PAS sanggup gugurkan agenda dari negara Islam kepada negara kebajikan," kata Abdul Syukor.

Isu itu tercetus apabila Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib dilaporkan berkata, Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man menafikannya dan berkata, perkara itu belum muktamad.

Hasan turut membuat pendirian bahawa akan tetap kekal bersama parti, malah PAS Selangor juga yakin beliau akan kekal menjadi ahli.

Kebebasan akademik sudah mati

Posted: 16 Dec 2011 11:03 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Hanya dengan memansuhkan AUKU, budaya ketakutan yang sudah berakar umbi di universiti-universiti negara kita dapat diatasi.



PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Rayuan November lalu bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan merupakan satu keputusan yang benar-benar bersejarah.

Di dalam responsnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Seksyen 15 AUKU akan dipinda untuk membenarkan mahasiswa aktif di dalam parti politik.

Namun dalam ucapan yang sama, Najib mengumumkan bahawa politik tetap akan diharamkan daripada kampus, demikian menurut kenyataan media bersama daripada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad semalam.

Malangnya menurut mereka, cadangan pindaan AUKU ini nampaknya sama seperti kegagalan agenda transformasi Najib selama ini seperti yang kita lihat dalam reformasi ISA dan Akta Perhimpunan Aman.

"Pengumuman yang nampak berani pada mulanya tetapi apabila diteliti secara dekat sebenarnya meneruskan dasar-dasar lapuk yang sedia ada.

"Kita lihat sahaja kekeliruan respons terhadap isu ini sendiri oleh anggota kabinet Najib sendiri serta pentadbir-pentadbir universiti yang berakhir dengan penangkapan 15 mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia yang mengadakan 'flash mob' di KL Sentral Rabu lalu bagi membantah AUKU," kata mereka.

PKR dijemput untuk turut serta dalam Sidang Meja Bulat mengenai pindaan AUKU yang dianjurkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah dan akan diwakili oleh Nik Nazmi.

Menurut mereka, Seksyen 15 sebenarnya hanya merangkumi kebebasan berpersatuan mahasiswa.

Tetapi, seksyen-seksyen lain yang sebenarnya membolehkan pemusatan kuasa pentadbiran universiti di Malaysia, termasuk pelantikan naib-naib canselor oleh Menteri; mengadakan prosedur disiplin yang tidak adil bagi kesalahan-kesalahan di bawah AUKU; dan menyekat kuasa Majlis Perwakilan Pelajar.

Kebebasan akademik sudah mati selama empat puluh tahun di Malaysia. Hanya dengan memansuhkan AUKU, budaya ketakutan yang sudah berakar umbi di universiti-universiti negara kita dapat diatasi.

Keazaman politik

Najib mesti menunjukkan keazaman politik jika beliau benar-benar serius tentang kebebasan dan kecemerlangan akademik dengan memansuhkan AUKU keseluruhannya dan memperkenalkan undang-undang baru yang menjamin otonomi universiti, pensyarah dan mahasiswa.

"Pada masa yang sama, kami mahukan negeri-negeri Pakatan Rakyat yang menguasai universiti dan kolej tertentu untuk menunjukkan komitmen yang lebih mendalam kepada kebebasan akademik.

Mahasiswa kritikal dalam cara kerajaan negeri Kedah menghadapi isu Kolej Universiti Insaniah dan bagaimana Selangor tidak mengambil tindakan terhadap cadangan menjadikan Universiti Selangor sebagai institusi bebas-AUKU dari segi semangatnya.

"Komitmen kita untuk memansuhkan AUKU dan mengembalikan kebebasan akademik sudah wujud sejak sekian lama dan terkandung dalam Buku Jingga.

Kita harus berbuat demikian di negeri-negeri Pakatan dan terus mendesak perkara yang sama daripada pentadbiran Najib sehingga universiti-universiti kita benar-benar bebas dan menjadi simbol kecemerlangan seperti suatu ketika dahulu," tegas mereka.

Mampukah Shamsul sahut cabaran TT?

Posted: 16 Dec 2011 10:58 PM PST

Blog Tukar Tiub mempunyai pengaruh kuat dalam membangkitkan semangat melawan anak muda bagi menumbangkan kerajaan Umno-BN.



Blogger Tukar Tiub (TT) yang sebelum ini memperlihatkan sikap meragui kemampuan Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam mengepalai agenda perubahan anak muda baru-baru ini telah melontarkan cabaran terbarunya kepada Shamsul.

Blog Tukar Tiub (TT) yang dikendalikan oleh aktivis bebas terkenal, Hishamuddin Rais merupakan antara blog yang menduduki carta teratas selama beberapa tahun dalam kedudukan blog yang mempunyai capaian tertinggi.

Selain itu, blog tersebut dikatakan mempunyai pengaruh kuat dalam membangkitkan semangat melawan anak muda bagi menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya penuh dengan ketidakadilan.

Adakah Shamsul mampu membuktikan bahawa beliau sebagai Ketua AMK yang memiliki aura kekuatan dan pengaruh terhadap anak-anak
muda khususnya mereka yang berada di dalam AMK?

Kemampuan pesaing beliau dalam perebutan jawatan Ketua AMK sebelum ini kerap kali terbukti akan kemampuannya menarik sokongan anak muda dari akar umbi dan orang ramai dalam rapat-rapat umum termasuk demonstrasi dan program-program mendekati anak muda yang tersusun.

Kemampuan beliau itu bukanlah hanya terletak kepada aura atau kekuatan pengaruhnya, tetapi yang lebih penting kemampuan beliau mengatur susun gerak kerja, strategi dan menggerakkan jentera untuk memobilisasi anak-anak muda.

Kini, mampukah Shamsul membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin anak muda dalam AMK yang mempunyai aura, kebijaksanaan mengatur strategi dan gerak kerja yang tersusun?

Adakah Shamsul mampu mempamirkan kekuatan AMK untuk menggempur musuh agar digeruni lawan dan memilik pengaruh terhadap anak-anak muda khususnya terhadap golongan akar umbi dalam AMK sendiri?

Kikis persepsi 'kaki menempel'

Shamsul harus mengikis persepsi bahawa beliau bukanlah seorang anak muda 'kaki menempel' pemimpin tertinggi PKR mahu pun anak manja dalam parti itu dengan menunjukkan daya usaha beliau sendiri menggerakkan anak muda tanpa mengharap aura pemimpin tertinggi parti.

Menggerakkan beberapa kerat penyokong yang terdiri dari orang-orang kanannya dalam AMK adalah tidak memadai dan tidak membawa apa-apa makna kepada anak-anak muda di peringkat akar umbi.

Umumnya tentu setuju bahawa perkara ini tidak wajar dianggap sebagai satu pertandingan atau perbandingan antara Shamsul dengan bekas pesaingnya itu.

Bagaimanapun, Shamsul bertanggungjawab untuk meneruskan imej yang telah menjadi tradisi AMK selama ini yang dipandang sebagai kumpulan 'hard core' anak muda yang sama-sama berhujan, berpanas dan berlumpur dengan anak-anak muda di akar umbi.

Sikap suka 'menempel' kepada pemimpin tertinggi PKR akan hanya menyebabkan ketua AMK dipandang berada dalam golongan elit parti itu.

Shamsul harus membuktikan AMK di bawah pimpinannya mampu mengekalkan perbezaan antara AMK dengan anak muda dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pergerakan Pemuda Umno dan pergerakan pemuda lain-lain organisasi.

Jesteru itu, lontaran cabaran TT itu memang tepat pada masanya dan Shamsul tidak harus mempunyai rasa ragu-ragu kemampuan diri untuk menyambut cabaran tersebut.

Pada 9 Januari nanti, satu lagi peluang untuk Shamsul membuktikan bahawa beliau mempunyai keupayaan menarik ribuan anak muda dari akar umbi yang tentunya keupayaan beliau diyakini ramai.

Jika semalam hampir seribu mak cik-mak cik Felda yang menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad turun berdemonstrasi di hadapan ibu pejabat Felda walau dengan apa cara sekalipun, bagaimana pula kemampuan Shamsul sebagai ketua AMK yang dianggap sebagai golongan 'hard core'?

Najib umum RM5 juta untuk penulis muda

Posted: 16 Dec 2011 10:54 PM PST

MALAYSIA KINI

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM5 juta yang disalurkan melalui Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bagi penerbitan buku terutamanya karya asli penulis muda.

Perdana menteri berkata peruntukan itu akan disalurkan secara berperingkat dalam tempoh dua tahun dan yakin karya asli penulis dapat diterbitkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Katanya bagi merealisasikan matlamat itu secepat mungkin, ITBM akan ditingkatkan mandatnya untuk menerbitkan karya asli penulis selain berfungsi sebagai agensi teraju dalam bidang penterjemahan.

"Ini turut melibatkan penjenamaan baru institut itu kepada ITBM (asalnya Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut hadir Pengerusi PENA Dr Mohamad Saleeh Rahamad dan Pengarah Urusan ITBM Khair Ngadiron.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk menaik taraf Rumah Pena.

Majlis itu turut menyaksikan penganugerahan Tokoh PENA kepada bekas Presiden PENA Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain sebagai menghargai sumbangannya semasa menerajui persatuan itu.

Dalamm ucapannya, Najib juga meminta penulis muda mencorak minda masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap Malaysia melalui sastera berasaskan kepelbagaian 1Malaysia.

"Usia yang muda bukanlah alasan untuk mengecilkan diri atau berasa rendah diri, jadikan peluang yang ada sebagai aset utama untuk melaksanakan tugasan tersebut.

"Anda (penulis muda) mempunyai kudrat yang kuat, masa masih panjang dan pemikiran yang meluas. Hadapilah cabaran di hadapan dengan penuh semangat, visi yang jelas dan kesungguhan tidak terbatas," katanya.

Beliau berkata selepas Merdeka, sasterawan berperanan melakukan transformasi pemikiran masyarakat dengan idea yang menyuburkan pembangunan, perpaduan kaum dan pembebasan daripada penjajahan mental.

Najib berkata peranan sasterawan penting dalam merealisasikan perencanaan kerajaan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan kemajuan negara tidak sahaja diukur daripada segi kebendaan semata-mata.

"Pencapaian dalam bentuk pemikiran, persuratan dan kebudayaan juga menjadi salah satu pengukur penting dalam kemajuan itu sendiri.

"Kita tidak mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju daripada segi kebendaan semata-mata tetapi miskin akal budi. Kalau itu terjadi kita tidak ubah seperti pohon yang tiada akar, sekali bertiup pasti menyembah bumi," katanya.

Beliau mengangap sasterawan merupakan "mata dan suara hati" rakyat yang melihat kepincangan dalam masyarakat lalu menyisipkan idea dan pedoman bagi membentuk keperibadian bangsa bagi menghadapi cabaran zaman.

"Sasterawan terdahulu melalui penulisan mereka telah meniup semangat yang meresap ke dalam jiwa masyarakat sehingga membentuk gelombang kebangkitan nasionalisme yang berupaya mengubah lanskap politik negara.

"Memang benar ahli politik dilihat pelaksana perubahan namun nyalaan semangatnya tetap datang daripada buah filiran yang disemai secara halus serta tersirat oleh penulis serta pengarang sastera tanah air," katanya. Bernama

Interlok ditarik balik dari sukatan

Posted: 16 Dec 2011 10:50 PM PST

MALAYSIA KINI

Hampir setahun selepas kontroversinya muncul, kerajaan membuat keputusan akan menarik balik novel Interlok daripada sukatan pelajaran di sekolah menengah.

Presiden MIC G Palanivel berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat kabinet sebelum ini dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.

"Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor. Kaum India berterima kasih terhadap keputusan itu," kata Palanivel kepada Malaysiakini malam tadi.

Novel karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain itu sebelum ini mendapat tentangan beberapa kumpulan masyarakat India yang tidak senang dengan banyak perkara, terutamanya penggunaan perkataan "paria".

Pengumuman itu dilihat mengejutkan kerana kerajaan sebelum ini memutuskan meminda beberapa bahagian sahaja dalam novel itu.

DAP selar 'media penggelap' berita

Posted: 16 Dec 2011 10:48 PM PST

MALAYSIA KINI

Ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang menyelar media kawalan kerajaan yang didakwanya gagal melaporkan perkembangan besar, terutama berkaitan rasuah dalam tempoh beberapa hari sebelum ini.

Beliau merujuk kepada tuntutan NGO antarabangsa supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud ekoran ditahan ekoran dakwaan rasuah dan pendedahan pemantau antarabangsa bahawa Malaysia antara negara tertinggi di dunia berlaku aliran keluar wang haram.

"Media kawalan BN terus merosot untuk menjadi 'media penggelap' (berita)," katanya dalam kenyataan semalam tanpa menyebut jelas media itu.

Taib dan keluarganya didakwa terlibat dengan rasuah oleh 17 NGO daripada enam negara, termasuk Greenpeace melalui surat pada Selasa.

Dan pada Khamis, Global Financial Integrity meletakkan Malaysia di tempat kelima negara paling teruk dalam masalah pelarian modan pada 2009, sama seperti kedudukan sebelumnya.

Tiada ulasan: