Jumaat, 9 Disember 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Lagi banyak wang diberi kepada SPRM, lagi banyak rasuah dirasakan berlaku…

Posted: 09 Dec 2011 04:42 AM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Apabila lebih besar peruntukan dan lebih ramai kakitangan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, nampaknya negara menjadi lebih korup.

Di mana perginya peruntukan berbilion ringgit yang diberikan oleh kerajaan, hasil kutipan wang cukai rakyat dan hasil sumber negara, kepada SPRM, dan sebelum itu Badan Pencegah Rasuah, sejak 1994?

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sempena Hari Anti-Rasuah Antarbangsa pada hari ini.

Peruntukan kewangan tahunan untuk BPR/SPRM (RM)

1994 28.6 juta

1995 29.9 juta

1996 29.5 juta

1997 32.4 juta

1998 32.2 juta

1999 38.2 juta

2000 41.8 juta

2002 63.8 juta

2003 67.7 juta

2004 70.4 juta

2005 76.4 juta

2006 99.1 juta

2007 148.1 juta

2008 146.7 juta

2009 162.1 juta

2010 156.8 juta

2011 202.2 juta

2012 211.2 juta

Menurut Kit Siang, apabila Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri pada April 2009, beliau mengumumkan Pelan Transformasi 1Malaysia, termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang mahu memberi keutamaan kepada usaha membasmi rasuah sebagai satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Beliau menjelaskan bahawa 'kejayaan besar' pentadbiran Najib amat mengecewakan rakyat kerana:

  • Menduduki tangga paling buruk dalam sejarah kedudukan Indeks Persepsi Korupsi (CPI) yang dianjurkan oleh Transparency International (TI) dalam tempoh 17 tahun, iaitu di tangga ke-60 daripada 183 negara dengan markah 4.3 daripada 10 mata penuh;
  • Kegagalan teruk SPRM, yang menggantikan BPA pada 2009, dalam usaha membasmi rasuah walau pun telah diberi peruntukan tahunan yang besar;
  • Terhakisnya imej wibawa SPRM dengan dua kematian misteri di premis SPRM – Teoh Beng Hock pada Julai 2009 dan Ahmad Sarbaini Mohamed pada April 2011;
  • Hanya empat ahli politik ditahan atas tuduhan rasuah pada 2010 berbanding 23 orang pada 2009.

"Apa yang telah terjadi kepada Pelan Integriti Nasional yang dilancarkan pada 2004 yang bermatlamat mahu meletakkan Malaysia menduduki sekurang-kurangnya di tangga ke-30 dalam CPI T dengan markah 6.5 menjelang 2008?

"Parlimen telah meluluskan peruntukan RM202.2 juta kepada SPRM pada 2011 dan apa yang mampu ditunjukkannya? Kedudukan negara paling teruk dalam CPI TI," kata Kit Siang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mahu Najib menjelaskan kepada rakyat tentang fenomena ganjil ini yang menyebabkan kerajaan beliau dilihat sebagai yang paling korup dalam sejarah Malaysia berbanding zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Najib masih berdiam diri dengan pendedahan CPI TI itu kerana sudah diketahui umum jika kedudukan Malaysia lebih baik, tentu Perdana Menteri akan berkokok berderai-derai melalui media massa yang dikuasai kerajaan Barisan Nasional.

Katanya Najib dan kabinetnya serta SPRM perlu menjelaskan kepada rakyat, mengapa selepas mendapat peruntukan yang begitu besar termasuk untuk tahun 2021 dengan RM211.2 juta, tidak ada hasil yang boleh dibanggakan sama sekali.

Malah, menurutnya, kedudukan Malaysia dalam menangani rasuah kini sedang disaingi oleh negara-negara yang sebelum ini turut bermasalah dalam korupsi seperti negara-negara Asia yang lain, negara-negara Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) dan negara-negara benua Afrika.

Semua ini menunjukkan usaha membanteras rasuah melalui NKRA Najib sejak 32 bulan lalu telah gagal dan rakyat perlu membuat perubahan untuk mengatasi masalah itu, tambahnya.

TIPU PERDANA!!! Hanya satu masjid dibina di Kelantan adalah berita bohong Utusan Meloya

Posted: 09 Dec 2011 04:29 AM PST

PASPB


Banyak masjid dibina semasa PAS perintah Kelantan.. depa cerita 1 saja, mampoih menatang Utusan Haramjadah Yahudi




RANTAU PANJANG: Agak mengejutkan apabila lain yang dicakap lain pula dilaporkan agensi berita milik kerajaan, seperti disiarkan beberapa akhbar utama hari ini.




Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun berkata, ketika berbual dengan wartawan agensi terbabit semalam beliau menceritakan kehebatan Masjid Beijing yang menjadi tumpuan pelancong sekarang.

"Saya sebut masjid tersebut dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri membabitkan kos kira-kira RM9 juta tanpa melibatkan sumbangan pihak lain.

"Itulah satu-satunya masjid dibiayai sepenuhnya kerajaan di kawasan parlimen Rantau Panjang. Manakala masjid lain diberi sumbangan mengikut keperluan.

"Saya tidak sebut Masjid Beijing satu-satunya masjid dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri di Kelantan. Ini sudah jauh menyimpang," katnya di sini.

Abdul Fatah (gambar) menjelaskan perkara itu ekoran Utusan Malaysia dalam laporan muka hadapan hari ini mendakwa kononnya hanya satu masjid dibina kerajaan PAS sepanjang 20 tahun.

Malah berita sama turut disiarkan beberapa lagi akhbar lain.

Sebelum itu Abdul Fatah hadir pada majlis penyampaian geran tanah kepada 200 penduduk di Kampung Bukit Tandak disampaikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Rantau Panjang meluahkan rasa kesal di atas laporan terbabit yang jelas menyimpang daripada maksud asal.

Difahamkan juga beberapa akhbar milik Umno hari ini cuba mengeksploitasi berita berkenaan dengan mencari pandangan daripada pelbagai pihak bagi menghodohkan kerajaan negeri.

Abdul Fatah berkata, berita seumpama itu tentunya ditertawa orang kerana banyak masjid dibina kerajaan negeri dalam tempoh begitu lama.

Contohnya Masjid Sultan Ismail Petra di Kubang Kerian disiapkan kerajaan sekarang selepas terbengkalai begitu lama di bawah kerajaan dahulu.

Selain itu Masjid Jubli Perak ada di Pulai Chondong, Paloh dan Lojing. Masjid Kota Darulnaim, Masjid Baarah dan banyak lagi.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, laporan dibuat media milik Umno secara jelas semata-mata bagi memburukkan Kelantan dengan berita berbentuk propaganda murahan.

"Konsep yang ditekankan di Kelantan memastikan rakyat juga mengambil bahagian dalam pembinaan masjid, bagi memastikan mereka juga ada saham di akhirat.

"Apa yang lebih penting mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah dan majlis-majlis ilmu," katanya.

Beliau juga berkata, Lajnah Penerangan PAS Kelantan menerbit risalah khas dikenali sebagai Purnama yang membuatkan pelbagai isu semasa.

Katanya, sebanyak 10,000 naskah dicetak, diterbit setiap Jumaat diberi percuma bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat semasa.

Edisi pertama berada di pasaran minggu lepas. Dan esok pelancarannya akan diadakan di Medan Ilmu disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

PEGUAMCARA SAIFOL LETAK JAWATAN!!! Lantiklah Zol Nordin jadi pengantinya

Posted: 09 Dec 2011 04:26 AM PST

PASPB


Isnin dan Selasa depan - tarikh yang ditetapkan untuk mendengar hujah perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim - dijangka merupakan penampilan terakhir Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara.

NONEDifahamkan, Yusof, 56, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima. Sumber-sumber memberitahu yang Jabatan Perkhidmatan Awam telah dimaklumkan mengenainya.

Yusof (kanan) adalah orang yang ketiga paling kanan di Pejabat Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguamcara Datuk Idrus Harun. Hari terakhir beliau bertugas dijangka sama ada pada 1 Januari atau 1 Februari depan.

Walaupun tarikh 1 Januari atau 1 Februari disebut sebagai hari terakhirnys, tetapi sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mempunyai banyak cuti tertunggak dan beliau hanya datang ke pejabat sekali-sekala.

"Apa pun keputusan perbicaraan kes liwat tersebut, Datuk Yusof dijangka tidak akan lagi mengetuai pasukan pendakwaan apabila keputusan diumumkan," tambah sumber tersebut.

"Beliau akan mengetuai pihak pendakwaan untuk kali terakhir sewaktu penghujahan perbicaraan kes liwat itu pada hari Isnin dan Selasa, dan ia dijangka menjadi penampilan terakhir beliau," kata sumberitu kepada Malaysiakini.

Difahamkan beliau telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009.

Kedua-dua permohonannya itu ditolak, dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut.

Wacana Perdana: Sejauh Mana Mencapai Matlamat?

Posted: 09 Dec 2011 04:25 AM PST

MSO


MALAM ini saya terpaksa menekuni mengikuti Wacana Perdana yang disiarkan secara langsung oleh TvKelantan. Wacana itu berlangsung di Balai Islam Lundang, Kota Bharu. Diam tidak diam rupanya wacana sebegitu sudah beberapa siri diadakan.

Wacana malam ini menampilkan empat panelis, dua ahli politik, Saifuddin Nasution Ismail (PKR) dan Saifuddin Abdullah (Umno), manakala dua ahli akdemik yang tidak asing lagi Dr Abu Hassan Hasbullah dan Samsul Adabi Mamat.

Saya kurang cerat untuk mengatakan atau membuat penilaian apakah wacana pada malam ini terbaik atau tidak, mencapai matalamat atau sebaliknya berbanding dengan wacana sebelum ini, yang juga telah mengemukakan panalis dari berbagai bidang dan profesional masing-masing. Sebabnya bukan semua wacana itu saya berkesemapatan mengikutinya.

Berbicara mengenai wacana ini ada beberapa perkara yang hendak saya sebutkan. Pertama ialah dari wacana ini yang turut mengundang tokoh atau pemimpin Umno menunjukkan keterbukaan kerajaan Pas di Kelantan. Kerajaan Pas pimpinan Nik Aziz Nik Mat bukan jumud dan menutup pintu perbincangan (berjemak berkira) hatta dengan parti lawan.

Kalau hendak dikatakan dinamik inilah sikap dinamik sebuah kerajaan yang diingini oleh rakyat. Cara kerajaan Pas membuktikan ia sebuah kerajaan yang tidak menutup minda rakyat dengan kain hitam atauu kelir putih. Sesuatu tindakan yang perlu dipuji dan dicontohi.

Apa lagi kalau dibandingkan dengan sikap dan perangai Umno yang tidak memberi peluang sedikitpun untuk tokoh-tokoh Pas, PKR atau DAP tampil dalam media yang menjadi penjilat buntut mereka, kecualilah bila ada isu yang diperhatikan oleh dunia antarabangsa barulah media UBN bergegas mencari tokoh pembangkang untuk menjadi ahli panel dalam apa-apa forum di tv.

Kalau untuk membincangkan topik-topik seperti malam ini PRU: BN atau PKR jauh panggang dari api. Media milik UBN tidak berani untuk memberi peluang seadilnya untuk membentangkan hujah masing-masing. Rasa tidak salah kalau UBN meniru pendekatan kerajaan Kelantan ini. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Saifuddin Abdullah yang menjadi ahli panel boleh menceritakan hal ini kepada induknya di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan Samsul Adabi Mamat bolehlah bercerita sejujurnya didalam bilik kuliyah macam mana keterbukaan kerajaan negeri kelhirannya.

Itu perkara pertama yang hendak saya react yang kedua ialah mengenai sejauh mana wacana seperti itu memberi manfaat untuk Pas sendiri. Apakah Pas atau Urusetia Kerajaan Negeri yang menjadi pengajurnya ada membuat kajian mengenai untung dan rugi. Kalau ia boleh mencambahkan minda sejauh manakah percambahan itu akan membawa politik baru di Kalantan khasnya.

Mendengar sorakan dan suara mengejek para penonton terhadap isu-isu yang dibangkitkan panelis Umno yang tidak serasi dengan mereka, saya kira maksud politik terbuka itu masih belum tercapai lagi. Walaupun penonton sukar untuk disiplin tetapi dengan sudah berlangsung beberapa siri wacana sedemikian seharusnya sikap negatif itu tidak berlaku lagi.

Sesudah menontonnya saya mengirimkan SMS kepada Dr Mohamed Fadzli Hassan selaku Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi yang bertanggungjawab mengawal dan menguruskan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Saya minta beliau membuat kajian mengenai pencapaian wacana berkenaan dalam beberapa aspek. Pertamanya sejauh mana ia memberi keuntungan politik kepada Pas. Kerana saya tengok ada jawaban dan kupasan dari wakil Umno boleh memerangkap Pas.

Keduanya golongan atau kelompok mereka yang hadir itu. Apakah ianya terdiri dari orang atas pagar, Umno atau 90 peratus adalah orang Pas. Kalau golongan kehadiran ini tidak pernah berubah dari wacana pertama hingga kini rasanya program itu tidak banyak memberi input dan boleh mengubah minda politik sebalik ianya hanya mampu mepamirkan keterbukaan kerajaan Pas saja.

Begitu perlu ada kajian terhadap mereka yang hadir itu dari segi takah usia dan juga apakah mereka terdiri dari agen parti yang boleh mengutip apa-apa maklumat dari forum tersebut dan disebarkan ke bawah.

Apa yang saya bimbangkan wacana itu boleh mengelirukan para pendengar. Mislanya penutupan dibuat oleh moderator Dr Mohamad Agus Yusuf kurang menyenangkan apabila beliau cuba menyimpulkan yang Pakatan Rakyat masih belum mampu untuk membentuk kerajana pada pilihan raya ke 13 berdasarkan beberapa fakta yang diberikan.

Penutup atau key word seperti itu tidak memberi kebagusan kepada Pas apa lagi pandangan itu dari seorang ahli akademi yang bergelar Prof Madya seperti Agus.

Justeru satu kajian atau soal selidik boleh dilakukan oleh pihak Urustia Penerangan Kerajaan Kelantan atau apa-apa unit terhadap beberapa aspek yang disebut tadi untuk menilai sejauh mana keberkesanan, untung dan rugi wacana seperti itu. Tidak ada guna ia hanya indah di mata tetapi tidak memberi banyak manfaat.

Apapun wacana berkenaan saya lihat satu program baru Pas Kelantan dalam memberi maklumat kedua belah pihak oleh kerajaan Kelantan. Wacana itu bersifat adil dan telus yang diserahkan kepada rakyat (pendengar) untuk menilainya. Yang kena disoalkan apakah pendengar sudah matang untuk menilainya atau pun terus menelan apa yang diberikan.

Atas adanya pembaharuan ini menerusi prgoram ini diucapkan tahniah kepada Pas kerana sekali lagi kerajaan Kelantan mendahului negeri-negeri lain yang dikatakan lebih berkemapuan untuk mengadakan program seperti itu. Tahniah sekali lagi kepada Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi dan Dakwah Dr Mohamed Fadzli Hassan dan pengarah wacana Bhaiqi Atikullah.

ND Lala Disamun Mat Rempit

Posted: 09 Dec 2011 04:23 AM PST

KELAB GREENBOC


Penyanyi ND Lala yang popular dengan lagu PM Kita kerugian RM2,500 apabila telefon bimbit dan kunci kereta miliknya dirampas sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang di sini semalam.

Gambar: Bulatan menunjukkan lokasi ND Lala disamun di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang semalam.

Kejadian mencemaskan pada pukul 3.40 pagi itu berlaku ketika ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh berhenti di stesen minyak itu untuk ke tandas.

Selepas keluar dari tandas, artis yang berusia 50 tahun itu masuk semula ke dalam kereta BMW miliknya.

Ketika sedang menyemak khidmat pesanan ringkas (SMS) pada telefon bimbit, bapa kepada naib juara program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua, Sheila Amzah tiba-tiba dikerumuni sekumpulan sepuluh hingga 15 lelaki yang menunggang 10 buah motosikal.

Sumber berkata, salah seorang daripada suspek itu bertindak memecah cermin sebelah pemandu menggunakan topi keledar.

"Selepas itu, suspek-suspek terbabit dipercayai kumpulan pelesit rempit merampas telefon bimbit jenis iPhone 4 dan kunci kereta mangsa," kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam. -kosmo

UiTM Shah Alam Dilanda Banjir Kilat

Posted: 09 Dec 2011 04:15 AM PST

KELAB GREENBOC


Shah alam: Beberapa kenderaan milik pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, yang diletakkan berhampiran pintu masuk belakang kampus itu mengalami kerosakan akibat dimasuki air selepas dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat, semalam.

Gambar: KEADAAN banjir kilat yang berlaku di sekitar di UiTM Shah Alam. Foto: Mohamad Naufal Mohamad Idris

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, hanya kawasan sekitar pintu masuk ke di UiTM International Centre (UIC) yang dinaiki air sedalam 0.5 meter sebelum air surut dua jam kemudian.

Beberapa pelajar semester lima dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik yang meletakkan kenderaan mereka di pintu masuk belakang di UIC mengalami kerosakan.

"Saya letak kereta saya dekat UIC sebab saya ke Port Dickson untuk lawatan sambil belajar dengan menaiki bas tetapi apabila saya pulang ke sini, enjin kereta sudah tidak boleh dihidupkan," kata seorang pelajar yang enggan dikenali.

Seorang lagi pelajar berkata, dia juga seperti rakannya meletakkan motosikal di UIC kerana mengikuti program lawatan sambil belajar di Port Dickson.

"Apabila saya pulang ke UIC, saya cuba hidupkan enjin motosikal saya tetapi gagal. Ekoran itu, saya terpaksa menghubungi mekanik untuk membaiki motosikal saya," katanya.

Pelajar lain, Asraf Thaqib, 22, berkata air mulai membanjiri kawasan itu sekitar jam 12.30 tengah hari.

"Saya selalu menggunakan laluan pintu belakang UiTM untuk ke kelas dan agak terkejut kerana tiba-tiba hari ini (semalam) banjir yang mana air naik hingga ke paras lutut," katanya. -hm

Umno Sebenarnya Tak Percaya Kepada Prinsip 1Malaysia

Posted: 09 Dec 2011 04:10 AM PST

KELAB GREENBOC


Perhimpunan Umno yang baru selesai minggu lepas adalah bukti jelas bahawa pemimpin parti itu sebenarnya tidak ikhlas dengan prinsip 1Malaysia yang diperjuangkan presidennya.

Malah, menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor Khalid Samad, president Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri "cakap tak serupa bikin" apabila dia melaungkan dasar masyarakat majmuk tetapi dalam masa yang sama merasmikan majlis NGO pro-ketuanan Melayu.

Khalid berkata kesimpulan yang cuba disampaikan Umno adalah mereka satu-satunya parti yang memperjuangkan hak dan kedaulatan Melayu sedangkan transformasi yang dilaung-laungkan oleh Najib meliputi rakyat majmuk yang berbilang bangsa.

Dalam sidang media yang diadakan di sini pagi tadi, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, mendakwa selepas perhimpunan Umno Najib telah merasmikan perhimpunan agung Pekida, sebuah badan yang memperjuangkan semangat ke-Melayuan yang ekstrem.

Di dalam ucapannya di dalam perhimpunan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Najib dilihat sengaja membakar semangat nasionalisme Melayu, Khalid berkata.

"Umno tidak lagi boleh memimpin negara Malaysia kerana ia telah menjadi ultra-Malay. Pekida ini satu persatuan yang selama ini Umno sendiri pun tidak berani dekati secara rasmi kerana imejnya yang 'ultra right-wing'.

"Tetapi oleh kerana stance Najib sudah berubah kepada ultra-Malay, maka dia sanggup merasmikannya dan ucapannya mengapi-apikan semangat nasionalisme Melayu dengan bermacam-macam tuduhan yang tidak berasas."

Menurut Khalid, tindakan-tindakan seperti itu sama sekali tidak dapat diterima oleh golongan bangsa Melayu yang waras akalnya apatah lagi oleh yang bukan Melayu.

"Dengan tindakan sebegini, konsep transformasi sudah gagal begitu juga dengan konsep wasatiyah atau kesederhanaan sudah dipinggirkan mereka," ujar Khalid.

Sehubungan itu, beliau berkata corak dan budaya politik tanah air seharusnya berubah menjadi lebih adil, bersih dan bertujuan membela keseluruhan anggota masyarakat tanpa mengira kumpulan atau bangsa tertentu.

"Masalah politik negara adalah dominasi Umno yang mebolehkannya mendominasi parti lain, bangsa lain, mahupun bangsa Melayu itu sendiri sehingga akhirnya Melayu terpaksa redha dengan penyelewengan dan sebagainya," kata Khalid lagi.

Khalid turut menyifatkan sokongan Wanita Umno terhadap Ketua mereka, Datuk Seri Sharizat Jalil sebagai sesuatu yang menyedihkan kerana pemimpin yang korup terus diberi sokongan semata-semata kerana khuatir kononnya dominasi Melayu dalam politik hilang.

"Sedangkan penyelewengan ini bukan didedahkan oleh Pas atau PKR, sebaliknya disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara tentang RM250 juta duit rakyat yang disalahgunakan,"jelasnya lagi. -tvsnews

Norish nafi ada anak luar nikah

Posted: 09 Dec 2011 04:08 AM PST

KL POS.COM



Pelakon Norish Karman (gambar) yang lama menghilangkan diri daripada dunia seni kerana dikatakan hamil luar nikah akhirnya muncul dengan menafikan khabar angin itu.Pelakon drama Spa Q ini berkata dia enggan mengambil tahu berita sensasi itu sebaliknya lebih menyibukkan dirinya dengan kerja dan anak-anaknya.

"Saya tidak mengambil tahu tentang gosip-gosip di akhbar mengenai hal itu kerana sangat sibuk dengan kerjaya dan anak-anak.

"Tetapi saya ada mendengar cerita-cerita kelakar ni. Pada saya, banyak perkara lain yang saya boleh fikirkan. Biarlah mereka (media) nak cakap apa, saya tidak kisah.

"Yang penting, siapa nak jumpa saya, boleh…tapi kita borak pasal kerja sahaja," katanya.

Pada Rabu lalu, pihak media yang menanti kemunculan Norish pada Festival Monodrama di Istana Budaya, Kuala Lumpur hampa kerana pelakon itu tidak muncul bagi mendapatkan komennya berhubung desas-desus itu.

Tambahnya lagi: "Suka hati mereka nak cakap apa (larikan diri). Saya sedang sibuk dengan penggambaran drama rantaian Anakku Sazali di bawah arahan Bade Azmi.

"Kenapa semua orang nak kejar saya. Saya bukan popular dan cantik. Ramai lagi yang boleh dikejar…

"Apabila orang menonton saya di Festival Monodrama itu nanti, mereka dapat menilai sendiri sama ada khabar angin itu benar atau tidak. Secara logiknya, tiada siapa yang akan mengambil pelakon yang berbadan dua untuk berlakon di atas pentas."

Dalam pada itu, Norish turut menjelaskan sebab dia menyepikan diri dalam industri adalah kerana sibuk menjadi juri Pilih Kasih musim ketiga di Pulau Pinang dan berbincang dengan komposer untuk menyiapkan album pertamanya.

Festival Monodrama akan di pentaskan di Istana Budaya pada 13 dan 14 Disember ini yang turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Jasmin Hamid dan Misha Omar.

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia dilancarkan

Posted: 09 Dec 2011 04:07 AM PST

KL POS.COM



Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan hari ini, menawarkan barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayuran pada harga rendah sehingga 40 peratus berbanding harga pasaran.Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif berkata kedai inisiatif Restoran Ikan Bakar Sekinchan (RIBS) itu harus dicontohi pihak swasta lain dalam membantu kerajaan meringankan beban rakyat.

"Kerajaan akan membantu pihak swasta dalam hal ini seperti mendapatkan bekalan pada harga yang berpatutan melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan," katanya selepas pelancaran kedai yang terletak di Plaza Centrum, Setiawangsa, di ibunegara.

Katanya kementerian juga akan sentiasa memantau kualiti produk di kedai itu yang turut memasarkan barangan industri kecil dan sederhana.

Sementara itu, pemilik RIBS dan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Datuk Jamal Yunos berkata pihaknya mensasarkan untuk membuka 33 cawangan kedai itu di seluruh negara, termasuk tiga yang akan dibuka dalam masa terdekat di Bandar Mahkota Cheras, Setapak dan Bandar Tasik Permaisuri.

"Walaupun kami menawarkan barangan pada harga jauh lebih murah, kualitinya akan tetap dijaga. Setiap hari kami akan pastikan barangan jualan adalah segar," katanya.

Kedai itu beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 10 malam, katanya.

Zaid saman fitnah Buletin Rakyat

Posted: 09 Dec 2011 04:04 AM PST

KL TODAY .COM



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim memfailkan saman fitnah berjumlah RM30 juta terhadap seorang penulis, pengarang dan penerbit akhbar Buletin Rakyat berhubung penerbitan satu artikel.Zaid, yang kini Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), memfailkan saman itu menerusi Tetuan Bashir & Co pada 21 Nov lalu di Mahkamah Tinggi di sini.Beliau menamakan penulis artikel Mohd Sayuti Omar, pengarang akhbar Norzah Kepol dan penerbit yang juga pemilik akhbar itu, Kantung Network Sdn Bhd, sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zaid mendakwa penerbitan artikel bertajuk "Zaid Terus Hanyut Dalam Keegoannya" telah memfitnah dan membawa maksud bahawa beliau memiliki moral politik yang rendah, seorang yang ego, bersikap autokratik, menggunakan kekayaan untuk memaksa orang tunduk kepadanya dan tidak memiliki ketinggian budi pekerti.

Fail injuksi

Zaid menuntut satu perintah menghalang kesemua defendan daripada menerbitkan kata-kata fitnah berkenaan di dalam akhbar dan internet, satu perintah supaya defendan mengambil langkah menarik balik atau memadamkan kata-kata fitnah itu dan defendan perlu menerbitkan atau menyiarkan permohonan maaf di akhbar itu secara berterusan selama dua bulan atau tempoh yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Beliau turut menuntut ganti rugi am RM10 juta daripada setiap defendan, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Selain itu, pada tarikh yang sama Zaid turut memfailkan satu injunksi untuk menghalang ketiga-tiga defendan daripada menerbitkan kata-kata fitnah tersebut dan memohon perintah interim supaya defendan mengambil langkah menarik balik atau memadam kata-kata berkenaan yang terdapat di akhbar dan internet dengan serta merta.

Sementara itu hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof yang mendengar kes itu di dalam kamar menetapkan 14 Disember untuk pengurusan kes.

Tabung Budi Tak Beretika Punca Syabas Tarik Balik Saman

Posted: 09 Dec 2011 04:02 AM PST

Oleh Naeem Raffi


SHAH ALAM : Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menarik balik samannya terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mempertikaikan program Tabung Budi anjuran syarikat bekalan air itu.

Syarikat bekalan air itu mengambil keputusan menarik balik saman tersebut pada Isnin lalu, selepas perbicaraan berjalan selama dua hari iaitu pada 25 November 2011 dan 5 Disember 2011 dimana empat saksi SYABAS telah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata insiden ini jelas membuktikan pertikaiannya terhadap program tersebut selama ini adalah benar.

"Saya menyeru kepada SYABAS supaya menghentikan operasi tabung tersebut kerana perbuatan mereka adalah salah dan tidak beretika," kata Abdul Khalid menerusi satu kenyataan media kepada TVSelangor.

Tabung Budi dilancarkan pada Ogos 2010 untuk membolehkan rakyat Selangor yang enggan menerima air percuma, memulangkan semula bayaran yang telah dibuat Kerajaan Negeri sebanyak RM11.40 kepada SYABAS.

SYABAS kemudiannya menggunakan duit ini untuk membayar tunggakan air yang tidak mampu dibayar oleh keluarga miskin termasuk membayar kos penyambungan semula bekalan air.

Program ini dilancarkan kononnya adalah sebagai skim kebajikan untuk membantu keluarga miskin melunaskan tunggakkan bil air mereka.

Sumbangan untuk Tabung Budi pada mulanya hanya untuk kakitangan SYABAS tetapi dibuka kepada orang ramai bermula Oktober 2010.

Mahkamah juga diberitahu PEKA terpaksa meminda perlembagaan persatuan bagi membolehkan khidmat kebajikan diperluaskan kepada masyarakat luar susulan penubuhan Tabung Budi. Bagaimanapun, Mahkamah diberitahu pindaan itu hanya diluluskan pada Ogos 2011.

"Ketika perbicaraan berlangsung, Mahkamah diberitahu bahawa Tabung Budi ditubuhkan oleh Persatuan Pekerja SYABAS atau PEKA.

"Bagaimanapun, dana akaun dan operasi diuruskan sekretariat berasingan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS, Dato' Roslan Hassan,"jelas Abdul Khalid.

Abdul Khalid diwakili oleh peguam Christopher Leong, Edmund Bon dan Firdaus Husni dari firma guaman Chooi and Co.


Isu Pembangunan Kg Seri Aman Ijok Selesai

Posted: 09 Dec 2011 04:00 AM PST

Oleh Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM : Kerajaan Selangor sudah mempunyai pelan perancangan tersendiri untuk penyelesaian menyeluruh isu hak milik tanah dan penempatan penduduk di Kampung Seri Aman di Ijok dengan pembangunan lebih teratur dan selamat,kata Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim.

"Kerajaan Negeri perlu memastikan pemberimilikan tanah memenuhi keperluan dan perancangan pembangunan yang ditetapkan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dengan mengambil kira keselamatan, kesihatan, bencana alam dan untuk kepentingan ramai," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Dato' Menteri Besar.

Justeru,tegas beliau ia menyangkal dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kerajaan negeri lepas tangan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Abdul Khalid menjelaskan bahawa penyelesaian isu ini tertangguh ekoran kes ini sedang dalam proses pembicaraan di mahkamah.

"Pada 15 Julai 2008, Westmine telah menyaman Kerajaan Negeri kerana membatalkan projek penswastaan. Kes saman ini telah memberi kesan kepada Kerajaan Negeri kerana kerja pembangunan tidak dapat dijalankan," katanya.

Menurut beliau lagi, pada 5 Disember 2005, UPEN telah menulis surat kepada Pentadbir Tanah Selangor memberitahu bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 26 Oktober 2005 telah menarik balik kelulusan pembangunan penswastaan kepada Westmine.

Tetapi pada 18 Oktober 2006, MMKN mengubah keputusan dengan membenarkan Westmine meneruskan kerja dan pentadbir tanah menyelesaikan masalah 27 setinggan yg terlibat dengan pembangunan Fasa 1. Manakala pemaju diberi tempoh 3 bulan untuk menyelesaikan masalah setinggan.

Pada 2007, Kerajaan Negeri sekali lagi mengubah keputusan dengan membatalkan projek pembangunan penswastaan kepada Westmine sebaliknya meluluskan pemberimilikan tanah kepada 169 pemohon di kawasan tersebut. Bagaimanapun, notis 5A untuk pemilikan tanah tidak dikeluarkan kepada mereka.

Kerajaan Negeri hanya dapat meneruskan pembangunan tanah tersebut apabila pada 27 Oktober 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memerintahkan saman tersebut dibatalkan.

Abdul Khalid juga mendakwa ada pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengapi-apikan penduduk.

"Lebih malang, individu yang membuat kecoh ketika majlis dialog pada 4 Disember lalu tidak tersenarai sebagai pemilik tanah," katanya.

Menurut beliau lagi, kerajaan negeri telah menawarkan kepada 111 penduduk Kampung Sri Aman sebuah unit rumah teres 2 tingkat dengan keluasan 20′ x 60′ dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang dijual pada harga subsidi iaitu RM70,000 berbanding harga pasaran sekitar RM120,000.

Sekiranya penduduk tidak berminat dengan tawaran pembelian ini atau tidak layak mendapat pinjaman bank atau pembiayaan, kerajaan negeri akan memberi jaminan (underwrite) kepada penduduk untuk membeli semula unit tersebut pada harga RM110,000 sekaligus memberi keuntungan RM40,000 apabila unit tersebut dijual.

"Jika penduduk lebih berminat untuk memiliki tanah sedia ada tanpa pembangunan, penduduk terlibat perlulah menanggung kos kerja-kerja tanah dianggarkan sejumlah RM2 juta bagi memastikan kemudahan infrastruktur dapat disediakan untuk penduduk," katanya.

Abdul Khalid menegaskan, penyediaan perumahan yang selesa kepada penduduk menjadi agenda penting dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Pemaju bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah setinggan dengan tawaran bahawa satu rumah kos rendah berharga RM35,000 , Elaun perpindahan berjumlah RM2,000 dan setinggan fasa 1 diberi pilihan samada pindah ke rumah sementara atau menerima elaun sewa RM500 sebulan.

"Walaupun masalah-masalah ini ditinggalkan kerajaan negeri terdahulu, kerajaan negeri yang ada sekarang akan menyelesaikan masalah ini demi kepentingan rakyat," katanya.

Warga Malaysia Belanja Purata RM46 Sebulan Bagi Internet Mudah Alih

Posted: 09 Dec 2011 03:57 AM PST

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia membelanjakan purata AS$15 (RM46) sebulan bagi Internet mudah alih, satu segmen yang telah berkembang lebih daripada sekali ganda sejak tahun lepas dengan pertumbuhan dijana terutamanya oleh pengguna dalam golongan usia 15-25 tahun.

Empat kegiatan utama berkaitan mudah alih yang paling digemari oleh rakyat Malaysia ialah menghantar emel, mengakses laman perangkaian sosial, memuat turun nada dering dan menghantar mesej segera, demikian menurut kaji selidik tahunan Indeks Net 2011 Yahoo! pada Jumaat.

"Penggunaan telefon bimbit yang ada ciri pintar dan pelan data termampu, ciri-ciri canggih seperti fungsi panggilan dan teks, capaian kepada laman web mudah alih dan ciri-ciri multimedia memang lumrah di kalangan rakyat Malaysia," kata kaji selidik itu.

DiGi adalah penyedia perkhidmatan telefon pintar dan mudah alih paling terkemuka di Malaysia dan menguasai 47 peratus pasaran, diikuti oleh Maxis (32 peratus dan Celcom (lapan peratus).

Ia juga berkata berbanding negara-negara Asia Tenggara lain, rakyat Malaysia cenderung memiliki telefon bimbit mahal termasuk telefon pintar.

Menurut tinjauan itu lebih daripada 60 peratus pengguna mudah alih di negara ini memiliki telefon bimbit bernilai US$100 (RM312) dan hampir seperempat memiliki telefon bimbit yang berharga lebih daripada US$300 (RM937) berbanding telefon berciri harga rendah yang digunakan dengan meluas di Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Berbeza dengan pasaran Asia Tenggara laindi mana Nokia merupakan pengeluar dominan, Malaysia adalah satu-satunya pasaran yang didominasi oleh Sony Ericsson dengan penguasaan pasaran sebanyak 39 peratus, diikuti oleh Nokia (26 peratus)serta Blackberry dan Apple (masing-masing enam peratus). - BERNAMA

Aziz Bari Masih Tunggu Jawapan Surat Peletakan Jawatannya Dari UIAM

Posted: 09 Dec 2011 03:55 AM PST

PETALING JAYA: Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari menegaskan beliau masih belum mendapat maklum balas daripada pejabat Nai Canselor berhubung permohonannya untuk meninggalkan universiti tersebut.

Susulan itu, Abdul Aziz berkata, beliau sukar untuk menjelaskan statusnya di universiti tersebut kerana tiada 'hitam putih' dikeluarkan sehingga ke hari ini.

"Apa yang boleh saya katakan...saya masih lagi bersama UIAM. Namun tiada sebarang maklum balas diterima daripada universiti mengenai status saya lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

Menurut beliau, UIAM juga tidak memberi respon terhadap jawapannya kepada surat tunjuk sebab yang diserahkan kepada pihak universiti pada 24 Oktober lalu.

"Sudah sebulan lebih saya tunggu reaksi mereka. Sehingga hari ini tiada jawapan diberikan," katanya lagi.

Abdul Aziz menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti tersebut pada 19 Oktober lalu ekoran kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Sementara itu, Abdul Aziz menegaskan tindakan meninggalkan universiti itu tidak akan memberi apa-apa kesan kepada dirinya.

"Jika tidak bekerja di sini, saya ada kerja lain. Jadi saya tiada masalah sekiranya meninggalkan UIAM," katanya.

Dalam pada itu, peguamnya, Dr Dzulkarnain Lukman mengesahkan Abdul Aziz telah menghantar surat peletakan jawatan kepada universiti tersebut baru-baru ini.

Dzulkarnain berkata, Abdul Aziz ada menyuarakan rasa kecewa terhadap konflik yang menimpanya kerana tidak diselesaikan sehingga hari ini.

"Tiada hitam putih dikeluarkan...hanya kelabu," katanya berseloroh.

Pada Khamis, sebuah akhbar tempatan melaporkan Abdul Aziz mengambil keputusan untuk meninggalkan UIAM kerana merasakan dirinya tidak lagi sesuai berkhidmat di universiti tersebut.

Beliau berkata, persekitaran di universiti tersebut menyebabkan niatnya untuk menjadi ahli akademik yang prihatin dengan masalah masyarakat dianggap sesuatu yang ganjil.

"Saya terpaksa tinggalkan UIAM kerana dalam keadaan sekarang, tiada ruang sesuai untuk saya terus berkhidmat di situ mahu pun institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain," katanya.

HARAMKAH DAP LETAK CALON DI KAWASAN MELAYU?

Posted: 09 Dec 2011 03:53 AM PST

Oleh : AZMAN ARIFFIN


PERSOALAN sama ada DAP wajar atau tidak meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti kaum tersebut nampaknya menjadi berita utama beberapa media arus perdana negara kita. Tidak kurang juga yang memetik kenyataan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dari PAS berhubung persoalan tersebut.

Seperti biasa, penulis sentiasa ragu-ragu dengan kebenaran berita yang ditulis lebih lagi oleh media yang diketahui sangat condong atau menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional terutama apabila mereka memetik kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat – sama ada kenyataan tersebut disalah tafsir atau dipetik diluar konteks.

Tapi isu ini timbul dikala ada kebimbangan bahawa pola pengundian orang Melayu sudah tidak lagi menyebelahi Pakatan Rakyat berikutan dakwaan Pakatan Rakyat (terutama DAP) gagal membela nasib orang Melayu, mengambil contoh apa yang berlaku di Pulau Pinang, maka penulis merasakan persoalan itu memang ada kewajarannya.

Penulis melihat begini, pemimpin PAS kelihatannya terlalu takut dan tidak yakin dengan kekuatan sendiri, walhal PAS mempunyai asas dan tapak yang paling kukuh diantara komponen Pakatan Rakyat diperingkat akar umbi seperti mana yang dibuktikan dalam beberapa kempen pilihanraya kecil terdahulu.

PAS perlu sedar di kalangan orang Melayu, UMNO dan BN memainkan kempen perkauman yang pekat dengan menuduh DAP sebagai parti cauvanis cina, anti raja dan anti Islam. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, persepsi itu sudah menusuk tebal dikalangan orang Melayu, kecuali segelintir Melayu bandar yang lebih liberal dan terbuka pandangannya.

Sebagai sebuah parti untuk semua kaum, DAP memang tidak berat kepada mana-mana kelompok kaum seperti mana didakwa. Cuma kerana keengganan orang Melayu menyertai parti tersebut secara besar-besaran telah menyebabkan saf kepimpinan mereka dipenuhkan dengan kaum-kaum lain terutama Cina dan India.

Ini bagaimanapun tidak menjadikan DAP sebagai parti Cina tapi apa yang boleh penulis katakan bahawa DAP menjadi mangsa keadaan sebenarnya.

Lagipun, ini bukan kali pertama DAP bertanding dan meletakkan calon di kawasan Melayu. Dalam pilihanraya umum 2008, DAP meletakkan Abu Bakar Bin Lebai Sudin sebagai calonnya di Raub (54% Melayu) untuk menentang Menteri Pelancongan Datuk Dr. Ng Yen Yen. Walaupun tewas, Abu Bakar berjaya mengurangkan majoriti Dr. Ng kepada sebanyak 2,000 undi sahaja.

DAP juga telah mencalonkan Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Bin Ton di Parlimen Tanjung Piai dan DUN Pekan Nenas Johor tetapi kalah. Kedua kawasan tersebut juga adalah kawasan majoriti Melayu.

Penulis melihat PAS tidak perlu gusar dengan perkembangan ini. Kalau benar DAP akan menambah calonnya di kawasan majoriti Melayu, pertukaran itu hanya akan berlaku di antara DAP dan PKR sahaja.

Lagipun berapa ramai sangat calon DAP sehingga mendatangkan gentar kepada PAS tu? Setakat yang penulis selidik dan kaji, besar kemungkinan hanya 9 orang calon sahaja, diketuai Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim, Zairil Khir Johari (Setiausaha Politik Ketua Menteri, Lim Guan Eng) dan beberapa orang lain yang memegang jawatan dalam DAP kebangsaan dan Negeri.

Di pengakhirannya, penulis menggesa agar kepimpinan PAS tidak terlalu cepat melatah dan menggunakan platform dalaman Pakatan Rakyat untuk menyuarakan sebarang rasa sangsi dan meleraikan segala persoalan.

Mencari media arus perdana yang sentiasa dahagakan skop-skop berita yang menjurus kepada perpecahan dalam Pakatan Rakyat untuk mengadu nasib, bukan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan akan menambah kepada kekusutan sedia ada.

LONGGARKAN SYARAT PETANI MOHON BANTUAN

Posted: 09 Dec 2011 03:52 AM PST

LONGGARKAN ....Masiung cadang longgarkan syarat kepada pemilik tanah yang sudah dibawa mesyuarat LUC.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI


SEWAJARNYA permohonan tanah yang diusahakan Anak Negeri Sabah yang sudah dibawa ke mesyuarat LUC di Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), diberikan kelonggaran syarat, termasuk untuk mendapatkan bantuan daripada agensi Kerajaan seperti FELCRA, RISDA, Jabatan Pertanian dan agensi berkaitan.

Dengan kaedah dan sistem sebegini yang dilaksanakan oleh agensi-agensi yang disebutkan itu, akan menjurus kepada peningkatan usaha para petani dan pekebun kecil; sama ada dalam perkebunan kelapa sawit mahupun getah agar mereka juga sama-sama menikmati bantuan yang disalurkan oleh agensi-agensi berkenaan.

"Apa yang kita difahamkan sekarang, agensi-agensi berkenaan hanya memberi keutamaan kepada para petani pekebun kecil yang mempunyai geran sahaja".

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah ketika berucap di majlis perjumpaan dengan para pemilik tanah di Kampung Karamuak, Kuamut, kelmarin.

"Sebagai Wakil Rakyat Kuamut, saya amat mengalu-alukan usaha murni dan inisiatif agensi-agensi berkenaan agar memberi ruang seluas-luasnya dalam pengagehan bantuan seperti baja, bibit anak sawit, bibit anak pokok getah, bibit pelbagai jenis buah-buahan kepada para pemilik tanah khususnya para pekebun-pekebun kecil," ujar Masiung.

Katanya, dengan adanya bantuan-bantuan sedemikian boleh menggalak dan menyuntik semangat para petani dan pekebun kecil untuk terus menggembleng tenaga mereka untuk memajukan tanah-tanah yang sudah diusahakan atau yang baru memulakan mengusaha tanah mereka.

Ditanya Sabahkini.net mengenai isu tanah seluas 7,230 ekar yang membabitkan 482 keluarga Masiung menjelaskan;

"Saya berharap tiada lagi isu tanah tersebut dibangkitkan oleh orang kampung sebab saya sudah menjelaskan dengan terperinci melalui ucapan-ucapan saya pada majlis perjumpaan di Kampung Entilibon dan Kampung Sogo-Sogo, berhubung kedudukan sebenarnya tanah-tanah mereka.

"Kalau adapun isu-isu mengenai tanah-tanah tersebut yang masih dibangkitkan, hanya datangnya daripada parti pembangkang yang sengaja membuat propaganda untuk mencetuskan hura-hara di kalangan penduduk-penduduk setempat," tegasnya.

PKR LAPOR POLIS SALAHLAKU JENAYAH TYT SABAH

Posted: 09 Dec 2011 03:41 AM PST

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

PARTI Keadilan Rakyat Sabah, sebentar tadi membuat laporan polis terhadap Tuan Yang terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan mendesak polis membuka kembali fail jenayah serangan bersenjata yang dilakukan oleh Juhar dan sekutunya pada 1986.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi yang menghubungi Sabahkini.net sebaik sahaja selesai membuat laporan polis di Balai Polis Kunak memberitahu beliau turut menyerahkan beberapa dokumen untuk membantu siasatan polis.

"Kita percaya prinsip rukun negera terutama Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan. Kita yakin tidak ada pihak yang boleh mengatasi undang-undang, terutama sekali dalam kes jenayah dan kekerasan," kata Citra yang agak kesal kerana sistem penyampaian PDRM masih lembab dan beliau terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuat laporan polis.

Menurut Citra, beliau tidak ingin mengulas terhadap lebih 10 laporan polis yang dibuat terhadap Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Haji Hamzah Abdullah yang semakin hangat kerana didakwa menghina Juhar dan institusi istana.

Bagaimanapun kata Citra, laporan yang dibuatnya tidak ada kena mengena dengan laporan yang dibuat terhadap Haji Hamzah, atau sebagai membalas laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat Sabah; sebaliknya dibuat secara kebetulan setelah beliau membaca komen seorang Blogger yang menggunakan nama Ahli UMNO di artikel bertajuk 'Police Report Over Insult Of TYT'.

"Blogger berkenaan mendedahkan terlalu banyak rahsia yang disimpan PDRM selama ini terutama serangan bersenjata yang didakwa dilakukan oleh Tun Juhar dan rakannya seramai 50 orang. Semua kenyataannya benar kerana setelah saya semak, memang jenayah berkenaan didedahkan oleh seorang Jurnalis, Khusairie Talib," kata Citra lagi.

Setelah menyemak buku bertajuk, 'PBS Keluar Membela Maruah' tulisan Khusairi yang dipinjam daripada rakannya, Citra merasakan adalah menjadi tanggung jawabnya untuk membuat laporan kerana dakwaan di buku tersebut adalah serius dan mengancam keselamatan negara.

"Kita ingin PDRM siasat bagaimana kes berkenaan ditutup begitu sahaja sedangkan pelakunya kini telah dilantik sebagai TYT. Adakah kerana dia TYT dan kini berpangkat Tun, maka beliau kebal daripada tindakan undang-undang?," tanya Citra yang mendesak polis memanggil penulis buku berkenaan.

Hasil risikan beliau, kata Citra, Datuk Khusairie Talib kini merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim, merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (Adun Slim).

Citra turut mendesak PDRM menyiasat dakwaan Khusairie berhubung pengundi hantu dan pemberian kad pengenalan projek kepada pendatang asing tanpa izin.

SEDUTAN....Sedutan daripada buku PBS Keluar membela Maruah.

Dalam laporan polisnya, KNK/RPT/2698/2011, Citra mendakwa bahawa;

"PADA lebih kurang jam 1.45 petang, ketika melayari internet di pejabat saya, saya terbaca satu komen di ruangan Disquss oleh Ahli UMNO di artikel 'POLICE REPORT OVER INSULT OF TYT' (8 Disember 2011) yang disiarkan di Portal Sabahkini.net yang berbunyi;

"Saya ada baca buku tulisan Khusairie Talib, pasal sejarah Tun Juhar dan Pandikar Amin, Speaker Parlimen sekarang. Muka surat 152 dalam buku itu, sejarah mencatatkan bahawa Pandikar Amin dan Tun Juhar (semasa memimpin AKAR) telah mengetuai beberapa orang pengikut mereka membuat serangan bersenjata terhadap majlis ceramah PBS di Ranau, pada 1986. Ada satu kes lagi di Hotel Perkasa, gerombolan Pandikar Amin dan Tun Juhar yang turut disertai oleh Saman Gulam dengan lebih 70 orang anggota AKAR, telah menyerbu hotel tersebut dengan beberapa orang membawa senjata merbahaya (muka surat 155). Mereka menyerbu Hotel Perkasa kerana terdapat pimpinan PBS menginap di situ. Mujur ketika itu OCPD ASP Yahya Awang Husssin tiba di Hotel Perkasa dan menempatkan tiga anggota polis di hotel tersebut. Tun Juhar juga dikatakan terlibat dgn tragedi hitam di Kg. Waang yang berakhir selama 5 jam! Hj. Hamzah, sila dapatkan buku tersebut di kedai buku atau perpustakaan KK!"

Sehubungan itu, saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM menyiasat dan membuka kembali kes jenayah yang didakwa dilakukan oleh TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan rakannya; serta menyiasat kandungan buku 'PBS Keluar Membela Maruah' yang ditulis oleh Datuk Khusairie Talib, yang kini adalah Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim, merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (Adun Slim).

Di muka surat 106, buku setelah 216 muka surat yang diterbitkan oleh Goldana Corporation pada 1991 turut menyatakan bahawa akibat daripada penipuan terancang, Miyong tewas di Kinabatangan dengan majoriti tipis, hanya 165 undi. Calon Barisan Nasional, Haji Juhar Mahiruddin memperolehi 5,473 undi dan miyong mendapat 5,308 undi. Kemenangan Haji Juhar itu banyak dibantu oleh para pengundi yang memegang 'Kad Pengenalan Biru Kilat' di kawasan DUN Sekong, sementara Miyong menang di dua lagi kawasan DUN yang berada di dalam Parlimen Kinabatangan, iaitu Kuamut dan Sukau.

Sehubungan itu, saya menggesa agar PDRM menjalankan siasatan bagaimana kes jenayah Tun Juhar boleh ditutup begitu sahaja dan terlepas saringan ketika memilih beliau sebagai TYT."

Pengerusi MIC Batu Dedahkan Shahrizat Salah Guna Dana Rakyat Untuk Kepentingan BN

Posted: 09 Dec 2011 03:10 AM PST

Oleh Kamaruzaman Mohamad


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius pendedahan pengerusi MIC bahagian Batu, Ramanathan Chinnu di akhbar The Star semalam berhubung tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyerahkan dana RM 2 juta kepada penyelaras BN bagi setiap kawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Ini adalah satu penyelewengan yang nyata oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri yang bertanggungjawab kerana dana berkenaan seharusnya diserahkan oleh pegawai Kerajaan dari Kementeriannya terus kepada rakyat bukan melalui penyelaras BN.

Barisan Nasional telah kalah 9 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya lepas, dan mereka sewajarnya akur dengan keputusan rakyat. Sesiapa pun yang memerintah diperingkat Persekutuan wajib menghormati Pilihan rakyat ini. Shahrizat antara pemimpin BN yang kalah dalam pilihanraya lalu tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil wang rakyat untuk kegunaan BN. Apalagi jika tujuannya adalah atas kepentingan politik. Sepatutnya dana itu diberikan kepada ahli parlimen yang menang untuk diagihkan kepada rakyat, bukan kepada orang-orang yang sudah kalah dan ditolak rakyat.

Jika dalam Perhimpunan Agung Umno yang lepas Shahrizat mengatakan isu National Feedlot Centre (NFC) tiada kaitan dengannya, kali ini MIC Batu mengesahkan isu terbaru ini memang ada kaitan dengan beliau.

DPPWP mahu Shahrizat menjawab, bagaimana penyelaras BN Parlimen Batu, Yahaya Mat Ghani mendapat kuasa untuk menguruskan dana RM 2 juta bagi parlimen itu. Adakah beliau kakitangan Kementerian? Ke manakah RM 2 juta itu dibelanjakan? Diharap Shahrizat boleh kemukakan segala resit dan bukti agihan yang dibuat atas nama kementeriannya atau berdepan dengan tindakan undang-undang oleh Pakatan Rakyat.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Kewibawaan PAS Johor, Tidak Boleh Lagi Dipertikai- Mazlan Aliman

Posted: 09 Dec 2011 03:07 AM PST

Oleh Ibn_bacoks


imagePAS negeri Johor dibawah kepimpinan Dato' Dr Mahfodz Mohammed semakin terserlah kewibawaannya setelah berjaya memenangi dua buah kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor iaitu DUN Maharani dan DUN Sungai Abong, kata Sdr. Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat.

Katanya lagi, UMNO-Barisan Nasional Johor sudah tidak boleh berbangga dengan kedudukannya sekarang sedangkan pencapaian PAS pula dilihat terus naik mendadak ekoran keghairahan rakyat yang mahukan perubahan sudah tentu dengan menafikan kehadiran PAS sebagai pesaing paling dekat bagi UMNO adalah suatu yang tidak munasabah.

"Hari ini, setelah ada dua kerusi. Orang tak boleh perlekeh PAS. Ertinya peningkatan ada," ujarnya lagi.

Mazlan berkata antara resepi 'peningkatan' itu adalah kerana para pendokongnya telah mempamerkan tahap pengorbanan yang tinggi dan jarang sekali memikirkan soal kepentingan peribadi.

Menurutnya amal dan tarbiah merupakan dua elemen yang wajar diperkemaskan dan sentiasa ada penambahbaikan dari masa ke masa bagi mendapat pertolongan Allah swt.

"Amal dan tarbiah, nak kita kena perkemaskan. Munajat kepada Allah, bagaimana solat kita untuk dapat kekuatan. Kesungguhan (melakukan amal dan tarbiah) itu (perlu di) kekalkan (supaya) ada (kekuatan) pada kita. Yakinlah dengan pertolongan Allah, " tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau menambah lagi dengan katanya kemenangan boleh berlaku apabila ahli PAS memberikan komitmen yang tinggi kepada perjuangan disamping berjuang dengan penuh keikhlasan.

"Ini jati kita sebagai pejuang agama Allah. Berilah lebih (komitmen) untuk berjuang. (memang) kita semua ada masalah sebab (itu) kita (kena) tolong agama Allah. Allah beri kemenangan pada mereka yang ikhlas dan patuh.

"Saya yakin. (sebarang) tentangan, apa pun yang mereka buat kena yakin. Sebagai jatuhnya Firaun.

"Hari ini, lihat tokoh-tokoh (besar) kecundang. Jatuhnya Mubarak dengan gelombang perubahan rakyat. Kalau ada kekuatan anak muda, tua dan wanita, insya Allah," terangnya lagi.

Keyakinan itu menurutnya lagi hasil kerjasama politik dengan DAP dan PKR bakal memberi kejutan kepada UMNO dalam Pilihan raya akan datang.

"Ketepikanlah masalah peribadi. Kita hanya tolong menolong. Insya Allah (kita sasarkan) 15 kerusi, (manakala) 12 (lagi) DAP, kita (Pakatan Rakyat) dah dapat simple majoriti (untuk) tegakkan kebenaran (capai kemenangan) di Johor," ujarnya lagi.

'Hadiah' Guan Eng: Pemuda Pas gesa mohon maaf

Posted: 09 Dec 2011 03:01 AM PST

'Hadiah' Guan Eng: Pemuda Pas gesa Umno Pulau Pinang mohon maaf SELATAN ONLINE


SHAH ALAM- Pemuda Pas menggesa Umno Pulau Pinang memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kakitangan kerajaan negeri itu di atas tindakan mereka menghadiahkan kek berupa najis manusia sempena hari kelahirannya.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan berkata, perbuatan 'biadap' dan tidak bertamadun itu dianggap menghina Guan Eng sebagai ketua menteri.

"Sebagai parti yang dikatakan mewakili orang Melayu Islam, tindakan menghadiahkan sesuatu di atas niat untuk menghina orang lain termasuk kepada orang yang bukan Islam adalah bersalahan dengan hukum agama apatah lagi dengan tata susila bangsa Melayu yang terkenal dengan baik pekerti dan halus budi.

"Kami cukup kecewa dengan tindakan tidak matang Umno Pulau Pinang yang masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Barisan Nasional (BN) telah kalah dan menjadi pembangkang di Pulau Pinang. Mereka umpama tidak keruan apabila tidak lagi mempunyai peluang untuk membolot harta kekayaan negeri. Tindakan mereka yang sentiasa cuba memfitnah kerajaan negeri sehingga kini telah menunjukkan 'rupa sebenar' Umno yang tidak dapat menerima kekalahan secara anak jantan dan berjiwa besar," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Selain itu, beliau juga meminta supaya Presiden dan Majlis Tertinggi Umno menasihat dan mengambil tindakan tegas terhadap Umno Pulau Pinang agar kejadian sama tidak berulang dan dapat menjadi ikhtibar kepada pemimpin Umno di negeri lain.

"Mereka juga telah memberikan imej buruk orang Melayu Islam sebagai orang yang lemah lembut, berbudi pekerti dan berjiwa besar kepada orang lain terutamanya kepada orang bukan Islam. Berpolitik biarlah dengan cara yang sihat dan bukan dengan dendam kesumat," ujarnya./Sinar Harian

Rafizi Sedia Berdebat Dengan Khairy Bila2 masapun Dan Di Bangunan UMNO Sekalipun Berkaitan Skandal National Fidlot Corporation (NFC).. Siapa Lebih Jan

Posted: 09 Dec 2011 02:48 AM PST


KUALA LUMPUR: Kecewa dengan penolakan Khairy Jamaluddin untuk berdebat pada 12 Disember, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mahu ketua pergerakan pemuda Umno itu sendiri memilih tarikh.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Rafizi berkata beliau bersedia berdebat berhubung skandal National Fidlot Corporation (NFC) bila-bila masa termasuk jika Khairy mahu debat itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekalipun.

"Saya sudi meluangkan masa pada mana-mana tarikh dalam tahun 2011 dan 2012 untuk memastikan debat tersebut dapat diadakan. Saudara Khairy hanya perlu memilih satu tarikh yang sesuai untuk beliau.

"Saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan di PWTC untuk memberi keselesaan dan ketenangan kepada Saudara Khairy apabila dilangsungkan di ibu pejabat Umno sendiri," katanya.

Menurutnya, permintaan sama turut dinyatakan kepada Khairy melalui satu surat balas yang dihantar hari ini kepada jawapan Khairy yang menolak untuk berdebat 12 Disember ini.

Sekiranya Khairy masih berdolak dalih walaupun diberi kelonggaran tersebut dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, beliau menyimpulkan Khairy tidak berani untuk berdebat isu NFC itu.

Beliau memberitahu surat penolakan itu diterima dua hari lalu yang memaklumkan Khairy tidak dapat menerima jemputan berdebat mengenai NFC pada tarikh asal 12 Disember 2011 kerana bertembung dengan program yang lain.

"Saya kesal kerana beliau mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun dipersetujui beliau," katanya mengulas surat jemputan yang telah dihantarnya pada 18 November lalu.

Beliau turut memaklumkan, PKR akan meneruskan juga sebuah debat membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011 dan turut mengalu-alukan penyertaan Khairy.

Umno sedia berperang pada bila-bila masa

Posted: 09 Dec 2011 02:45 AM PST

WARTA KERAJAAN RAKYAT






Kekuatan dan semangat lebih tiga juta orang UMNO kini berada dalam keadaan terbaik untuk 'berperang' dan memenangi peperangan pada PRU13.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, semangat dan kekuatan sebenar UMNO yang sebelum ini pudar, kini kembali menyala.

Bagaimanapun beliau tetap mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli UMNO agar menyelesaikan segala masalah dalaman jika masih ada agar 'kudis' politik itu tidak merebak menjadi kanser.



"Kesiapsiagaan kita kini berada di tahap optimum untuk 'berperang'. Semangat dan kekuatan ini semakin jelas pada perhimpunan agung kali ini dan ia dapat dilihat pada 'mood' perwakilan sejak hari pertama kita bersidang lagi.

"Tahap kesiapsiagaan ini akan berada pada kedudukan tertinggi dalam sedikit masa lagi jika semua masalah dalaman dapat diselesaikan," katanya kepada Utusan Malaysia di PWTC, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas 'mood' para perwakilan untuk berdepan PRU paling mencabar dalam sejarah parti, selepas empat hari Perhimpunan Agung UMNO 2011 berlangsung.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, para perwakilan pada perhimpunan kali ini juga dilihat begitu menghayati dan memahami ucapan dasar Najib yang mahu seluruh orang UMNO sayang dan cinta pada parti.

"Jurucakap yang mewakili negeri masing-masing nampaknya menghayati dan memahami ucapan dasar Presiden. Perwakilan juga memberi penghayatan yang sama dan ini perkembangan positif," katanya.

6 aktivis SMM ditahan di Speakers Corner UiTM

Posted: 08 Dec 2011 07:59 PM PST

Harakahdaily

SHAH ALAM: Enam aktivis mahasiswa ditahan polis bantuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam malam tadi ketika mereka sedang mengadakan sesi penerangan di Speakers Corner di kampus itu.

Program yang pada mulanya aman tiba-tiba bertukar kecoh apabila berlaku provokasi melampau oleh mahasiswa pro-aspirasi sehingga memaksa polis bantuan kampus itu campur tangan dan menahan keenam-enam aktivis mahasiswa itu.

Kesemua yang ditahan adalah dua dari UiTM, dua dari Universiti Malaya (UM) dan dua orang lagi masing-masing dari Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Razab yang juga salah seorang yang ditahan berkata, kesemua mereka ditahan kira-kira jam 9.30 malam dan dibawa ke pejabat polis bantuan di UiTM Shah Alam.

Katanya, alasan penahanan mereka adalah kerana masuk ke kampus itu tanpa kebenaran, manakala dua pelajar UiTM itu pula ditahan kerana menyertai Speaker Corner yang tidak mendapat kelulusan pihak universiti.

"Bagi saya tindakan UiTM keterlaluan dan sangat terkebelakang berbanding kampus-kampus lain.

"UiTM juga tidak seiring dengan keterbukaan kerajaan yang mahu memberi kebebasan kepada mahasiswa," katanya.

Menurutnya lagi, kesemua yang ditahan kemudian dibebaskan kira-kira sejam kemudian selepas melalui soal siasat biasa.

Mereka juga diberi amaran agar tidak meneruskan program itu dan diiring keluar dari kampus tersebut sejurus selesai soal siasat tersebut.

Bila tersepit, baru Umno ingat PAS

Posted: 08 Dec 2011 07:55 PM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Apabila orang Melayu mula menolak Umno, maka baru pemimpin Umno teringat bahawa PAS adalah parti orang Melayu.

"Selama ini mereka memandang PAS sebelah mata sahaja, seolah-olah PAS bukan parti Melayu.

"Sewaktu mereka kuat seolah-olah PAS ini, parti haram. Apa yang mereka tidak buat kepada PAS selama ini," ujar AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Justeru, tanya beliau, berapa ramai di kalangan pimpinan PAS yang ditangkap ISA, ditukar tempat kerja, diturun pangkat, diskriminasi bantuan, menganaktirikan Kelantan, menghalang ustaz-ustaz PAS daripada memberi ceramah agama.

Sekarang, ujarnya mereka cuba mengajak PAS bersatu atas nama perpaduan Melayu, kononnya Melayu terancam pada hal yang terancam ialah Umno.

Tambahnya, terbaru seruan Datuk Seri Najib Razak di dalam Persidangan Agung Umno supaya PAS meninggalkan DAP demi agama dan Melayu, dan menuduh PAS kuda tunggangan DAP.

Katanya, ketika mereka menuduh DAP mengancam Melayu, rakan sejawat mereka, MCA begitu biadap dengan Islam dan Melayu.

"Kenapa mereka tidak menegur keceluparan mulut Presiden MCA, Chua Soi Lek terhadap Islam?

"Cuba bayangkan jika ucapan itu keluar daripada pemimpin DAP," katanya lagi.

Semalam, kata beliau NGO pro Umno di Pulau Pinang menghadiahkan replika kek najis kepada Lim Guan Eng sempena ulang tahun ke-51.

"Ajaran mana yang mengajar sikap begini? Adakah ini yang dikatakan Islam wasatiah?" katanya.

Beliau menegaskan, semua tindakan itu memalukan Islam dan menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam yang harmoni dan mulia.

Justeru, beliau menggesa pemimpin Umno supaya menghentikan pelawaan untuk bersatu dengan PAS.

Jelasnya, PAS mempunyai jati diri dan tahu meletakkan kompas perjuangan.

Katanya lagi, PAS mendahulukan Islam daripada segalanya, walaupun apa cercaan yang diterima kerana itu adalah lumrah perjuangan.

"Perjuangan PAS semakin diterima, sentiasa segar di hati rakyat, ketika Umno sedang mengalami mimpi ngeri untuk mara ke hadapan," ujarnya.

Nenek 66 tahun mangsa cinta siber

Posted: 08 Dec 2011 07:53 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE



KUALA LUMPUR. - Walaupun usia sudah mencecah 66 tahun dan bergelar nenek, seorang ahli perniagaan wanita yang kaya-raya di Indonesia sanggup terbang jauh ke Malaysia semata-mata ingin bertemu kekasih siber bergelar 'Datuk' yang melamarnya untuk dijadikan isteri.

Bukan itu sahaja, wanita terbabit sanggup mengirim wang sebanyak AS$75,000 dolar (RM226,000) kepada kekasihnya itu sebagai modal untuk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan.

Namun, hajat nenek itu untuk berkahwin dengan lelaki pujaannya tidak kesampaian kerana lelaki itu rupa-rupanya adalah kasanova 'Awang Hitam' yang bijak memperdayakan wanita kesunyian melalui Internet.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, wanita warga Indonesia itu berkenalan dengan suspek menerusi laman sosial Facebook sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, ketika berkenalan, suspek menggunakan nama lelaki Melayu mendakwa dia ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dari Malaysia.

"Setelah beberapa bulan berkenalan, suspek mempelawa wanita itu untuk menjadi rakan kongsinya.

"Tanpa berfikir panjang, mangsa bersetuju dan hubungan mereka bertambah 'serius' apabila suspek melamarnya menjadi isteri. Ini menyebabkan mangsa tidak teragak-agak mengirim wang AS$75,000 kepada teman lelakinya itu untuk membeli barang- barang berniaga," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Bukit Perdana di sini hari ini.

Syed Ismail berkata, walaupun mangsa diarah memasukkan wang ke dalam akaun milik individu lain, namun wanita itu langsung tidak menyedari ditipu dan sanggup datang ke Malaysia untuk bertemu kekasihnya itu apabila diminta berbuat demikian.

Beliau berkata, sebaik sahaja tiba di ibu negara, mangsa tidak sempat bertemu dengan teman lelakinya kerana suspek hanya menghantar seorang rakan iaitu seorang lelaki warga Afrika untuk menemuinya berhampiran sebuah hotel di Bukit Bintang.

Menurutnya, dalam pertemuan itu, lelaki Afrika terbabit telah menunjukkan bungkusan berisi kertas berwarna hitam dan sejenis cecair.

"Lelaki Afrika itu memaklumkan kertas hitam itu adalah wang AS$2.4 juta dan ia akan bertukar kepada wang asli jika dicuci dengan cecair yang dibawa.

"Suspek bagaimanapun tidak menyerahkan barang-barang itu kepada mangsa dengan alasan dia perlu membuat sejumlah pembayaran terlebih dahulu," katanya.

Syed Ismail berkata, mangsa yang tidak menyedari sudah terjerat dengan sindiket black money pulang semula ke Indonesia bagi menyediakan wang tanpa menemui kekasihnya.

Beliau berkata, teman lelaki mangsa berterusan menghubunginya meminta segera menyediakan wang untuk mendapatkan barang-barang ditawarkan rakannya itu dan pada masa sama mengajak wanita itu berkahwin segera kononnya dia sedang sakit dan merancang mewasiatkan semua harta kepada bakal isterinya itu jika meninggal dunia.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu dan membuat laporan polis pada November lalu, apabila sekali lagi datang ke Malaysia tetapi teman lelaki masih enggan berjumpa dengannya-Utusan

Tiada ulasan: