DIALOG RAKYAT |
- Akta Himpunan menyalahi Deklarasi Hak Asasi Manusia – Law Asia
- Ucapan Perwakilan Umno Tidak Berasas – AMK Selangor
- MB : Pertahan Usaha Bantu Rakyat
- Skim TAWAS Diperluas
- Skim Ceria Fasa Dua Beri Manfaat Kepada Lagi Ramai Pangsapuri dan Flat
- KJ: Buat sesuatu atau hilang nikmat pemerintahan
- Presiden MTUC akui sistem kontraktor pekerja boleh hakis undi BN
- Interlok: NIAT buat laporan polis ke atas Muhyiddin, lima lain
- Isu NFC: Bung Moktar ulang gesa Shahrizat letak jawatan
- Anak sokong Pak Sam saman Isa Samad
- Himpunan: BN ikut kejatuhan rejim Timur Tengah
- Fidlot: Kenyataan polis tak mampu selamatkan Umno
- Polis halang Pak Samad baca puisi di KLCC
- Keahlian 3 juta lebih dalam Umno?
- Wakil S’gor perlekeh program MES
- MPEM tolak campur tangan Umno dalam GLC
- Perwakilan dicadang sumpah bai'ah tak sabotaj calon
- Hisham: Rakyat akan putuskan Shahrizat liabilti atau tidak
- 200 kereta tenggelam dalam banjir di Kajang
- Arahan tarik balik laporan naib presiden 'sedia undur'
- Dr M: Saya sokong Najib, beliau yang terbaik
- SHAHRIZAT - DALAM DEWAN BELIAU HEBAT, LUAR DEWAN JADI BISU
- Indeks Rasuah, Kosmo bodohkan rakyat guna perkataan pelik
- Ahmad Maslan Tempah Keranda Untuk UMNO
- Panas: Ramai Kecewa, Pegawai Kewangan Negeri Pahang Anugerah Projek "Tender Kantin" Secara Runding Terus Kepada "Proksi" Isteri Mudanya !
Akta Himpunan menyalahi Deklarasi Hak Asasi Manusia – Law Asia Posted: 03 Dec 2011 02:36 AM PST KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Persatuan Undang-Undang Asia dan Pasifik (Law Asia) menyifatkan Akta Himpunan Aman 2011 sebagai bercanggah Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia. "Akta itu melanggar norma hak asasi manusia secara langsung dan tidak langsung, yang dinyatakan melalui Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat – Setiap individu mempunyai hak kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan," kata Presidennya, Malathi Das. Menurut Malathi, Law Asia membantah undang-undang tersebut kerana ia mengekang himpunan aman yang menjadi amalan biasa di negara-negara bertamadun yang lain. "Law Asia mendapati akta ini memberi sekatan teruk dan ini tidak dapat diterima negara-negara bertamadun ekoran sekatan terhadap demonstrasi jalanan, mengambil kira had umur peserta yang menghadiri perhimpunan. Malah prosedur membebankan termasuk perlu mendapatkan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan," katanya. Tambahnya kerajaan Malaysia turut meluluskan akta perhimpunan amam ini diluluskan dengan tergesa-gesa serta dibahaskan di Parlimen dengan masa yang singkat. "Kerajaan hanya memberikan sedikit masa bagi ahli-ahli parlimen masih belum membiasakan diri dalam dengan kekangan terhadap kebebasan berhimpun yang masih boleh dibahaskan dengan masa yang tidak cukup bagi berunding dengan orang ramai." "Perhimpunan aman melalui jalan perarakan boleh dilaksanakan di Malaysia tanpa memerlukan akta yang menyekat seperti Akta Perhimpunan Aman," kata Malathi. Akta Himpunan Aman 2011 diluluskan pada 29 November 2011 oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional walaupun pada masa sama Majlis Peguam diiringi lebih 1,000 peguam berarak ke Parlimen bagi membantah akta tersebut. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga turut keluar dewan rakyat beramai-ramai kerana keengganan kerajaan menarik balik RUU tersebut. Tindakan keluar dewan itu diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akta itu sebelum ini menetapkan notis 30 hari perlu diberikan kepada polis sebelum sebarang himpunan aman berlangsung. Namun, selepas mendapat tekanan dan bantahan dari rakyat, keperluan memberi notis itu dipinda kepada 10 hari sahaja. Mereka yang terlibat dalam himpunan aman itu pula boleh didenda sehingga RM10,000 seorang. | ||
Ucapan Perwakilan Umno Tidak Berasas – AMK Selangor Posted: 03 Dec 2011 02:31 AM PST KEADILAN DAILY
SHAH ALAM : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyifatkan perbahasan dari wakil Selangor Datuk Johan Abdul Aziz kononnya pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor lemah dan terdapat pelbagai penyelewengan di Perhimpunan Agung Umno semalam sebagai tidak berasas malah fitnah semata-mata. Timbalan Ketua AMK Selangor, Muhammad Najmi Samsudin menjelaskan Umno sebenarnya sudah kehabisan isu besar untuk menawan balik Selangor pada pilihanraya nanti. "Bagi saya apa yang dikatakan oleh Johan itu tidak berasas malah tiada bukti langsung serta bersifat fitnah semata-mata, "Apa yang dikata oleh beliau amat berbeza sekali dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat disini, banyak kebaikan yang telah berjaya dilakukan terutama agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor." "Mereka cuba diungkit kembali isu lama sedangkan kita tahu rakyat sudah mula menolak Umno-Barisan Nasional apatah lagi setelah berlaku skandal isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC)," jelasnya kepada keadilandaily. Beliau juga menambah Umno dilihat menyebar fitnah dengan memutarbelit tentang pemberian lesen pusat hiburan kononnya Pakatan Rakyat menjadikan Selangor sebagai pusat maksiat. "Saya selaku Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ingin menekankan angka-angka yang beliau katakan itu tidak benar dan apa yang diketahui sehingga sekarang tiada lesen hiburan terbaru dikeluarkan. "Malah pusat hiburan yang sedia ada semuanya diluluskan semasa Umno-BN memerintah, angka empat ribu pusat hiburan itu tidak tepat dan hanya fitnah jahat Umno. "Penguatkuasaan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan pusat hiburan berlesen beroperasi mengikut arahan dan yang tidak berlesen disita sepenuhnya," sambungnya lagi. Najmi juga Ahli Majlis Pimpinan AMK Pusat menambah, perwakilan Umno di sepanjang persidangan seolah-olah tidak membincangkan perkara serius mengenai agenda membangunkan rakyat dan hanya sibuk menyerang Pakatan Rakyat "Selain Umno bersikap rasis perkauman kita juga melihat mereka memainkan isu Pakatan Rakyat tidak menghormati Sultan dan semua ini hanyalah untuk menarik orang Melayu mengundi mereka. Beliau memberitahu jika Umno membesarkan isu perkauman bersifat rasis sehingga menyebabkan timbul ketidak puashatian dari kaum lain dan menyebabkan berlaku sesuatu yang tidak diingini maka Umno perlu dipertanggungjawabkan dan jangan cuba menuduh Pakatan Rakyat. "Saya cabar Johan tampil secara berdepan dan kemukakan bukti jika apa yang beliau katakan itu benar, AMK Selangor sedia berhadapan dengannya dengan bukti-bukti bahawa apa yang dikatakannya semuanya menipu dan fitnah," katanya. | ||
MB : Pertahan Usaha Bantu Rakyat Posted: 03 Dec 2011 02:29 AM PST Oleh Afix Redzuan HULU KLANG, 3 DIS: Tugas dan tanggungjawab yang dipikul dalam mentadbir negeri Selangor yang memiliki hasil negeri yang besar dengan jumlah penduduk seramai 5 juta orang bukanlah perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Demikian coretan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap dihadapan hampir 400 penduduk setempat di Dewan Serbaguna Taman AU2 bersempena dengan lawatan kerja sehari ke Daerah Gombak semalam. Katanya, pengorbanan besar perlu beliau lakukan dalam memastikan hasil negeri dapat ditadbir dengan baik selain berdepan cabaran musuh politik demi memastikan rakyat dibawah dibela dengan sewajarnya selain membuktikan Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan berbanding pemerintah terdahulu. "Saya ada bilik kecil yang saya simpan barang-barang golf. Saya minat main golf di seluruh negara yang saya pergi. Oleh sebab itu, dalam bilik golf saya ada 25 beg. "Saya beritahu isteri saya, bilik ni kena kunci dan saya tidak boleh bermain lagi. Rakyat sudah memilih saya, maka saya kena bekerja untuk membantu mereka," katanya. Dalam ucapannya turut memaklumkan, Pembentangan Belanjawan Berimbang 2012 dengan jumlah RM1.6 billlion dengan tambahan Geran Selangorku berjumlah RM300 merupakan bukti ketelusan dan komited Pakatan mentadbir demi keselesaan rakyat. Ujar Abdul Khalid, pemberian air percuma 20 meter padu kepada rakyat yang dipertahankan selama ini sebenarnya telah mendidik rakyat supaya mengetahui hak sebenar yang patut mereka perolehi selama ini. "Dua sebab kita berikan air percuma. Satu kerana saya rasa kita sudah silap dalam perjanjian dengan syarikat konsesi air. Kita bagi pada orang yang silap. "Kedua, kalau saya tidak melakukan perkara ini rakyat tidak akan diberitahu mengenai hak mereka sebab perjanjian yang dibuat oleh kerajaan terdahulu, harga setiap tiga tahun naik. "Tahun 2008, dia (syarikat konsesi) ingin menaikkan (harga) sebanyak 30 peratus. Jadi saya protes," katanya. Beliau menambah, kerajaan negeri dalam usaha membuka peluang kepada semua rakyat supaya dapat meningkatkan pendapatan bagi mengelakan berlakunya salahguna kuasa dan rasuah terutamanya kakitangan awam. Katanya, rakyat sudah matang dan boleh menilai sendiri prestasi yang ditunjukkan pemimpin negeri sejak mengambilalih Selangor dari Barisan Nasional. | ||
Posted: 03 Dec 2011 02:27 AM PST Oleh Sheridan Mahavera GOMBAK : Kanak-kanak yang lahir di Selangor mulai 1 Januari 2008 layak untuk mendaftar dengan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) walaupun telah mencapai umur melebihi setahun pada hari pendaftaran. Ketika ini, pendaftaran TAWAS hanya boleh dibuat sebelum kanak-kanak ini menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kelonggaran ini dibuat bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak yang lahir di Selangor mendapat manfaat daripada kekayaan negeri. "Kita melonggarkan syarat ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak di Selangor mendapat faedah hasil pelaburan dengan TAWAS. "Kita tidak mahu ada sekatan kepada kanak-kanak untuk mendapat manfaat hasil kekayaan negeri yang sepatutnya dinikmati oleh semua rakyat di Selangor," katanya pada Majlis Dialog Bersama Rakyat di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak sempena Program Khas Mesra Rakyat Daerah Gombak, semalam. Kerajaan Selangor menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM100 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, mereka ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS. Sehingga September 2011, Kerajaan Negeri telah mengagihkan peruntukan lebih RM2.7 juta kepada 27,212 kanak-kanak yang telah telah mendaftar dengan TAWAS. Pada dialog itu, Menteri Besar menegaskan beliau akan menghentikan projek pembangunan yang sedang dalam pembinaan jika didapati pemaju yang sama telah gagal menyiapkan projek terdahulu atau projek yang telah siap itu tidak sempurna sehingga menimbulkan masalah kepada pembeli. Katanya, Kerajaan Negeri sekarang tidak lagi 'pejam mata' jika pemaju dengan sengaja telah gagal mematuhi syarat perjanjian seperti yang berlaku ketika pentadbiran kerajaan yang terdahulu. "Kita tidak akan membenarkan pemaju-pemaju yang bermasalah berurusniaga di Selangor kerana kebajikan rakyat menjadi keutamaan kepada pentadbiran kerajaan sekarang," katanya. Menteri Besar sebelum itu merasmikan Skim Ceria Fasa 2 di Flat Taman Samudera yang bertujuan memberikan imej lebih ceria dan tempat tinggal selesa kepada penghuni-penghuni rumah kos rendah. Beliau juga menghadiri Kenduri Rakyat di Masjid Zakaria, Gombak, selepas menunaikan Solat Jumaat. | ||
Skim Ceria Fasa Dua Beri Manfaat Kepada Lagi Ramai Pangsapuri dan Flat Posted: 03 Dec 2011 02:26 AM PST Oleh Lizawati Madfa BATU CAVES : Rakyat Selangor terus berpeluang menikmati keuntungan dan kelebihan hasil inisiatif kerajaan menaikkan kualiti dan taraf hidup rakyat dengan pelancaran Program Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA) fasa kedua. Majlis pelancaran program CERIA ini dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Flat Samudera, Taman Samudera dengan dihadiri oleh penghuni flat dan tetamu-tetamu kehormat lain. "Tujuan konsep perkongsian ini adalah untuk menggalakkan penyertaan penghuni secara langsung seterusnya menimbulkan rasa penghargaan dan pemilikan kepada usaha dan sumbangan mereka sendiri dalam skim seumpama ini," ujar Abdul Khalid. "Jika usaha kerjasama ini berjaya bermakna tercapailah konsep 'Selangorku' kerana negeri Selangor ini milik rakyat. Maka rakyat perlu mengambil sikap berkongsi dengan kerajaan bagi bersama-sama membangunkan negeri ini." Program ini telah melepasi fasa pertama yang melibatkan 18 kawasan sebelum ini manakala fasa kedua akan melibatkan 45 kawasan perumahan. Sewaktu ucapan pembukaan majlis, EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad menjelaskan bahawa melalui program ini, kerajaan memperkenalkan sistem 'perkongsian kos' antara rakyat dan kerajaan dimana 20 peratus ditanggung oleh rakyat manakala 80 peratus lagi ditanggung kerajaan. "Konsep 80-20 ini merupakan nisbah yang rendah dan kita juga telah menerapkan konsep ini kepada pangsapuri-pangsapuri kos sederhana dengan nisbah 60-40. "Jika bandingkan skim ini dengan kerajaan pusat yang turut menggunakan skim ini, skim yang kerajaan negeri amalkan ini jauh lebih rendah dan menguntungkan rakyat berbanding kerajaan persekutuan yang mengenakan konsep 50-50," Iskandar berkata. Dalam pada itu, Pengerusi Flat Taman Samudera, Mohd Kori Ab Rahman turut menyatakan kegembiraan menerima skim CERIA ini dan berterima kasih dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri. Beliau juga berharap kerajaan negeri meneruskan usaha murni sebegini kerana bukan sahaja dapat mencantikkan kawasan malah boleh mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. "Lapan belas tahun duduk dekat sini dan ini kali pertama dan ucap terima kasih dan kalau boleh longkang-longkang juga dapat dibersihkan dan saya amat genbira dan mengucapkan terima kasih", kata seorang lagi penduduk Norzaliza Mohd Khalid.Kos keseluruhan bagi mengecat dan mencantikkan Flat Samudera berjumlah RM360,000 iaitu meliputi 6 blok bangunan bersamaan 600 unit rumah. Bagaimanapun, Ahli Jawatan Kuasa Zon 11 telah menyumbang sebanyak RM16,900 bagi mengurangkan beban penduduk dan penghuni flat hanya perlu membayar 5 peratus dari jumlah itu iaitu RM16,900 bersamaan dengan RM29 setiap keluarga. | ||
KJ: Buat sesuatu atau hilang nikmat pemerintahan Posted: 03 Dec 2011 02:06 AM PST Jimadie Shah Othman Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengingatkan parti itu supaya berbuat sesuatu jika tidak mahu "nikmat" pemerintahan terus berada di pihaknya. "Jika kita tidak buat sesuatu, nikmat pemerintahan yang diberikan kepada Umno, nikmat kemajuan dan kesejahteraan tidak akan kekal jika kita tidak berbuat sesuatu," katanya. Dalam sesi penggulungan di perhimpunan agung Umno hari ini, bagaimanan berkata, setakat ini respons yang diterima terhadap usaha tranformasi perdana menteri disambut baik. Menyentuh soal calon boleh menang, Khairy berharap selepas ini perbincangan itu hendaklah ditamatkan dan menerima siapa sahaja calon yang dinamakan Datuk Seri Najib Razak. "Selepas ini tak payah lagi cakap. Cukup dengan ikrar kita akan menyokong siapa saja yang presiden pilih sebagai calon boleh menang," katanya. Beliau juga berkata, selain calon boleh menang, jentera juga mesti berjalan supaya Umno menjadi parti boleh menang bagi menyokong calon terpilih. "Sekarang ini PM boleh menang kita sudah ada," katanya sambil menegaskan keperluan gandingan orang lama dan baru dalam menghadapi pilihan raya. | ||
Presiden MTUC akui sistem kontraktor pekerja boleh hakis undi BN Posted: 03 Dec 2011 02:03 AM PST Khalid Atan berkata, lazimnya pekerja-pekerja mengharapkan perlindungan daripada kerajaan dan oleh itu, jika ada apa-apa penggubalan ataupun pindaan menjejaskan kepentingan mereka, ia akan mengganggu sokongan atau undi ketika pilihan raya. "Mungkin, mungkin ada," kata beliau ketika ditanya mengenai kesan sokongan para pekerja, yang dianggarkan lebih lima juta orang merupakan pengundi jika kerajaan enggan memenuhi desakan MTUC agar jangan meneruskan pindaan Akta Kerja. Rang Undang-undang Kerja 2011 sudah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu tanpa mempedulikan piket kongres itu tiga hari sebelum itu. Ia kini menunggu giliran untuk diluluskan di Dewan Negara. Ketika ditanya sama ada MTUC akan membincangkan syor agar badan induk kesatuan sekerja itu mengisytiharkan perang ke atas kerajaan BN jika Rang Undang-undang Kerja diluluskan juga, Khalid berkata, "saya tidak boleh membuat keputusan seorang diri." "Bagaimanapun jika dibawa ke majlis am, MTUC akan membincangkan, kita serah kepada majlis am," katanya lagi sambil menambah, ini bukan keputusan individu. Beliau juga menekankan MTUC merupakan sebuah badan yang tidak memihak mana-mana parti politik. Perhimpunan membantah pindaan Akta Kerja hari ini, yang disertai lebih 1.000 pekerja dari Kuala Lumpur dan Selangor, turut disertai wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Zuraida Kamaruddin dan Abdullah Sani masing-masing Ahli Parlimen Ampang dan Kuala Langat. Pada 27 November lalu, Setiausaha Kewangan MTUC Alias Awang Ibrahim menegaskan, badan induk pekerja itu akan mengisytihrkan perang ke atas kerajaan BN jika Rang Undang-undang Kerja 1955 dipinda di Dewan Negara kelak. MTUC sebelum ini membantah pindaan terbaru yang menyediakan peruntukan kontroversial sistem kontraktor bagi tenaga kerja. Alias Awang berkata, badan induk itu yang dianggotai 390 kesatuan akan menyokong mana-mana parti politik yang berjanji akan meminda pindaan-pindaan dibawa ke atas Akta Kerja sekarang. "Jika ia diluluskan di Dewan Negara maka MTUC akan mengisytiharkan perang ke atas mereka (kerajaan). Tiada ruang untuk berkompromi," kata beliau. MTUC telah menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi belum ada perkembangan positif setakat ini. Ketika ditanya sama ada MTUC mahu mengadakan piket kedua di pekarangan Parlimen menjelang pembentangan di Dewan Negara, Khalid berkata, ia juga akan diputuskan oleh majlis am kelak. "Piket ini sama ada perlu atau tidak akan diputuskan oleh majlis am," katanya dan menjelaskan mesyuarat badan tertinggi MTUC belum diputuskan. Pada perhimpunan pekerja peringkat Selangor dan Wilayah Persekutuan hari ini, peserta berikrar bahawa "MTUC menentang sepenuhnya pindaan Rang Undang-undang Kerja yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2011, sehingga pindaan ini ditarik balik dari Dewan Negara supaya ia tidak boleh dilaksanakan." Mereka juga berikrar untuk memberi sokongan kepada parti-parti politik yang sanggup menolak pindaan ke atas Akta Kerja dan yang menyokong perjuangan pekerja. "Dengan ini kami tetap teguh dan terus berjuang dengan tegas menentang mereka yang menzalimi kaum pekerja serta menuntut supaya dikembalikan hak pekerja seadilnya," bunyi ikrar itu. | ||
Interlok: NIAT buat laporan polis ke atas Muhyiddin, lima lain Posted: 03 Dec 2011 01:53 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Susulan gesaan selama 10 bulan tidak menemui hasil diharapkan, Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) hari ini membuat laporan polis terhadap enam pihak termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran berhubung kontroversi penggunaan novel itu sebagai teks sastera tingkatan lima. Laporan dibuat di ibu pejabat polis Dang Wangi mendakwa enam pihak yang dinamakan telah menyalah guna kuasa mereka dan mengelirukan orang ramai dengan memberi maklumat tidak tepat. Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia, S Barathidasan berkata, laporan itu turut membabitkan presiden tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) MIC, MCA dan Gerakan serta Dewan Bahasa dan Pustaka dan anggota panel yang mengkaji semula kandungan novel berkenaan. Hadir sama membuat laporan polis ialah Pengerusi NIAT Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim. Persatuan itu merupakan salah satu pertubuhan bukan kerajaan menganggotai NIAT. "Aduan ini dibuat kerana mereka terlibat secara langsung dalam memberi maklumat palsu mengenai Interlok kepada rakyat Malaysia bahawa versi baru Interlok adalah bersih," katanya. Bagaimanapun katanya, novel itu masih memperlekehkan kaum-kaum di Malaysia dan tidak sesuai untuk digunakan di sekolah. "Timbalan Perdana Menteri telah mengelirukan negara dan juga Parlimen. Kami mahu polis menyiasat salah guna kuasa oleh Timbalan Perdana Menteri dan pihak-pihak lain," katanya lagi. Awal bulan ini, NIAT menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong agar campur tangan membolehkan novel Interlok yang kontroversi ditarik balik daripada silibus sekolah. Novel itu, yang baru-baru ini diterbitkan dalam versi baru, digunakan di sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan. Bagaimanapun salah seorang anggota panel kajian itu awal minggu ini mendakwa versi baru ada pindaan tetapi tidak semurni yang diharapkan. NIAT memulakan kempen menggesa Putrajaya agar menarik balik penggunaan novel Interlok sejak awal tahun ini walaupun Kabinet memutuskan ia akan terus digunakan dengan dibuat beberapa pindaan. Akhir Januari lalu, Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, mengumumkan Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah. Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220. | ||
Isu NFC: Bung Moktar ulang gesa Shahrizat letak jawatan Posted: 03 Dec 2011 01:49 AM PST TERKINI KUALA LUMPUR — Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan. Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu. Katanya: "Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu." "Ini kerana tiada perwakilan yang dengan jelas menyatakan sokongan, sokongan bagi parti, ya ada, saya tahu," kata beliau ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini hari ini. Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno. "Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti," katanya. Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik. "Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan. "Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana publik menerimanya," kata Bung Moktar lagi. Bung Moktar berkata menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu. "Jadi, saya sudahkan pun menyatakan pendirian saya. Saya meminta beliau mempertimbangkan (keputusan agar letak jawatan)... disebabkan seorang individu, sebahagian terlibat," kata beliau lagi. Pertengahan bulan lalu, Bung Moktar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri Kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan. Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012. "Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab. "Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya. Ketika itu wakil rakyat tersebut tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan. Tetapi kemudian Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. | ||
Anak sokong Pak Sam saman Isa Samad Posted: 03 Dec 2011 01:45 AM PST
| ||
Himpunan: BN ikut kejatuhan rejim Timur Tengah Posted: 03 Dec 2011 01:44 AM PST
| ||
Fidlot: Kenyataan polis tak mampu selamatkan Umno Posted: 03 Dec 2011 01:43 AM PST
| ||
Polis halang Pak Samad baca puisi di KLCC Posted: 03 Dec 2011 01:23 AM PST
| ||
Keahlian 3 juta lebih dalam Umno? Posted: 02 Dec 2011 10:56 PM PST Viktor Wong, Malaysia Chronicle Baru-baru ini, setiausaha agung Umno telah mengumumkan bahawa keahlian parti itu kini telah mencapai lebih daripada 3 juta ahli dan Umno negeri Sabah adalah merupakan penyumbang terbesar keahlian dengan lebih daripada 480,000 orang ahli. Begitu bangganya Umno dengan jumlah keahlian parti yang begitu besar. Negeri Sabah pula adalah merupakan penyumbang terbesar keahlian parti tersebut pada hari ini. Betulkah keahlian Umno ini begitu ramai? Adalah perlu diingati bahawa mempnyai jumlah keahlian parti yang begitu besar sekali di negara ini tidak semestinya akan dapat menghasilkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berintegriti, bermaruah tinggi dan berkualiti. Kalau benar-benar Umno mempunyai lebih daripada 3 juta orang ahli parti, maka bolehlah ditafsirkan parti-parti lain seperti PKR, PAS, PRM, KITA, DAP dan sebagainya telahpun menjadi tin kosong. Ataupun bolehkah kita katakan keahlian Umno sekarang mungkin merangkumi orang-orang yang tidak sepatutnya wujud, seperti orang-orang Indonesia, Bangladesh, Bansa Moro Filipina, Pakistan, Rohingya Myanmar, Afghanistan, mat-mat rempit, peragut-peragut, banduan-banduan penjara dan berkemungkinan juga terdapat ramai ahli-ahli yang telahpun meninggal dunia. Negeri Sabah diragui Jumlah keahlian Umno di negeri Sabah sememangnya patut diragui dengan angka lebih daripada 480,000 orang ahli seperti yang didakwa mereka, ekoran terdedahnya satu skandal di negeri tersebut. Kita telahpun mengetahui bahawa Sabah yang kini diperintah oleh Umno sedang menghadapi persoalan yang paling serius berikutan timbulnya skandal Projek IC baru-baru ini, yang mana ramai pihak telah mengadu ramai pendatang asing tanpa izin telah diberi kewarganegaraan agar mereka dapat mengundi pada pilihanraya umum dan negeri. Bukan sahaja parti-parti pembangkang di Sabah yang mengadu dan meminta agar siasatan dijalankan dengan segera, malah parti-parti komponen BN (kecuali Umno) turut mengadu masalah tersebut telah hilang kawalan dan menjadi serius. Parti-parti komponen BN yang lantang menggesa agar skandal Projek IC ini disiasat dengan lebih mendalam adalah PBRS, LDP, Upko dan PBS. Sebelum ini, SAPP turut menggesa agar kes tersebut disiasat dan dilanjutkan ke peringkat suruhanjaya diraja. SAPP telahpun keluar daripada BN ekoran daripada masalah tersebut yang semakin berlarutan dan ini bergerakan sebagai parti pembangkang di negeri tersebut. Dalam pada itu, Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi Pembaharuan Pilihanraya yang turut mengadakan suatu seesi dialog dengan rakyat di Sabah baru-baru ini turu mengesyorkan kepada kerajaan pusat agar dibentuk satu suruhanjaya diraja untuk menyiasat dengan lebih mendalam skandal tersebut yang telah berlarutan selama lebih sepuluh tahun. Duit rakyat habis dibolos, subsidi pun hilang Jika sekiranya keahlian Umno yang kini telah menjangkau lebih 3 juta ahli itu adalah benar, bolehlah juga kita katakan bahawa ianya adalah salah satu daripada penyumbang kepada kekeringan dana kerajaan dan bertambah teruknya siri-siri penyalahgunaan kuasa dan kewangan kerajaan yang semakin ketara. Ini terbukti dengan laporan tahunan Ketua Audit Negara baru-baru ini yang telah mendedahkan puluhan ribuan bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam jentera kerajaan yang dikuasai oleh Umno, kontrak-kontrak yang diberikan kepada kontraktor-kontraktor Umno yang kebanyakan tidak mempunyai sebarang kepakaran di dalam kerja-kerja yang ditawarkan, mereka-mereka yang hanya mengalibabakan kerja-kerja kontrak itu kepada pihak-pihak lain dan sebagainya. Beginilah cara duit rakyat habis dibolos oleh kroni-kroni Umno ini dan akibat daripada itu, dana kerajaan menjadi semakin tenat, terpaksa meminjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), UEM Corporation, MRCB, YTL, Petronas, CIMB, Maybank dan sebagainya melalui pinjaman dan jaminan-jaminan bon yang besar. Oleh kerana beban-beban pinjaman yang terpaksa diambil kerajaan BN, beberapa jenis subsidi-subsidi yang bertujuan untuk membantu rakyat meringankan bebanan inflasi, seperti makanan dan beberapa jenis kemudahan asas ditarik balik sepenuhnya. Akibatnya, rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mendadak beberapa jenis barangan keperluan asas. Masyarakat Melayu terus miskin Jika sekiranya ada lebih daripada 3 juta ahli Umno sekarang, persoalannya adalah kenapa sehingga pada hari ini, masih terdapat puluhan ribu orang-orang Melayu yang masih hidup dalam keadaan daif, miskin, buta huruf, tidak mendapat pendidikan dan pekerjaan yang sempurna, mengalami pelbagai jenis penderitaan, banyak kampung-kampung Melayu di kawasan pendalaman yang masih tidak mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik, jalanraya, telefon dan sebagainya? Kenapa dengan adanya lebih daripada 3 juta ahli dalam Umno, orang-orang Melayu masih lagi terpinggir dan hidup melarat seperti yang didakwa oleh beberapa perwakilan di dalam perhimpunan agung Umno yang kini sedang berlangsung? Kenapa pula dengan adanya lebih daripada 3 juta ahli dalam Umno, parti tersebut masih tidak berdaya untuk membantu orang-orang Melayu yang menderita serta bermasalah dan kenapa pula dengan kuasa mutlak yang Umno nikmati sekarang masih juga tidak berdaya untuk mengeluarkan orang-orang Melayu daripada kongkongan kemiskinan yang teruk dan membawa mereka ke alam pembangunan dan arus kemajuan yang telahpun banyak dikecapi oleh kebanyakan orang-orang bukan Melayu? Ini adalah tanda tanya dan persoalan yang masyarakat Melayu pada keseluruhannya perlu kaji sama ada Umno ini benar-benar membantu mereka ataupun sebaliknya, sama ada keahlian dalam Umno ini benar-benar terdiri daripada orang-orang Melayu sahaja ataupun sebaliknya, sama ada jika Umno tidak lagi berkuasa, maka orang Melayu akan lenyap dari bumi ini, dan akhirnya, sama ada orang-orang Melayu benar-benar memerlukan Umno untuk meneruskan hidupan harian mereka ataupun sebaliknya. Yang peliknya adalah, apabila Pakatan Rakyat menerajui beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, timbul pula yang kononnya Pakatan Rakyatlah yang menyebabkan orang-orang Melayu jatuh miskin, menderita dan terpinggir, sedangkan Umno telahpun memerintah negara ini lebih daripada lima puluh tahun dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mereka anjurkan sejak tahun 1970an sehingga bagi membantu orang-orang Melayu untuk membangun? Sedarlah, bahawa Umno ini hanyalah suatu penipuan yang maha besar rupanya. | ||
Wakil S’gor perlekeh program MES Posted: 02 Dec 2011 10:49 PM PST Pemimpin Pakatan Rakyat negeri itu gemar menonjolkan diri dengan menyatakan usaha mereka memberi manfaat kepada rakyat dari segi ekonomi, kata Budiman Mohd Zohdi. Perhimpunan Agung Umno 2011 KUALA LUMPUR: Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), program ekonomi bersepadu kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, menjadi sasaran kritikan ketika sesi perbahasan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Wakil Selangor, Budiman Mohd Zohdi mendakwa para pemimpin Pakatan negeri itu gemar menonjolkan diri dengan menyatakan usaha mereka memberi manfaat kepada rakyat dari segi ekonomi menerusi program MES. Tetapi sebaliknya tindakan Pakatan itu katanya, hanya untuk menutup mata rakyat berhubung segala usaha yang dilaksanakan Umno- Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu, sebelum ini. "Dulu kerajaan Pakatan kata mereka yang pertama membawa kebaikan dan faedah dari segi ekonomi kepada rakyat. Tapi saya lihat di Selangor tiada banner 1Malaysia pun sampai ke Sabak Bernam. Mereka takut sampai ke Sabak Bernam agaknya," katanya. Katanya, walaupun Pakatan Rakyat Selangor menganggap Belanjawan 2012 mereka sebagai yang terbaik, namun ia tidak meliputi semua golongan masyarakat secara keseluruhannya. Budiman mempertikai usaha kerajaan negeri Selangor memperkenalkan gaji minimum sebanyak RM1,500 yang hanya melibatkan penjawat awam yang bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sahaja. "MES bagi gaji minimum RM1,500…..bagaimana pula dengan nasib 19,000 penjawat awam yang lain? Sedangkan mereka (kerajaan negeri) hanya beri kepada GLC sahaja. Kenapa nak bezakan di antara penjawat awam GLC dengan penjawat awam yang lain?," soal beliau. "Pakatan Selangor sedia geran RM300 juta. Kalau setiap rakyat diberi RM55, nilai itu sama dengan harga pergi urut kaki di rumah-rumah urut yang banyak di Selangor," katanya dengan nada sinis. Sementara itu, perwakilan dari Pahang Dato' Rosni Zahari pula mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mana-mana GLC di negara ini dipilih dari kalangan orang Umno. Cadangan itu katanya bagi memastikan usaha untuk meningkatkan ekonomi Bumiputera dapat dilaksanakan dengan jayanya. "Saya cadangkan agar jawatan CEO GLC diberi kepada mereka yang berkelayakan dan CEO ini perlu dari kalangan orang Umno. Jika CEO bukan dari kalangan Umno, mereka tidak faham tentang semangat Umno untuk bantu Bumiputera," katanya. | ||
MPEM tolak campur tangan Umno dalam GLC Posted: 02 Dec 2011 10:30 PM PST Presidennya Tan Sri Rozali Ismail berkata beliau bimbang jika peneraju itu tidak mampu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam syarikat kerana terlalu aktif berpolitik. KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (MPEM) hari ini menolak cadangan supaya jawatan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) diberikan kepada orang Umno. Presiden MPEM Tan Sri Rozali Ismail berkata beliau bimbang jika peneraju itu tidak mampu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam syarikat kerana terlalu aktif berpolitik. "Dalam syarikat mesti ada 100 peratus perhatian," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Rozali yang juga pengerusi eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata pihaknya masih berpegang dengan penetapan syarat kelayakan untuk menjadi peneraju GLC dan GLIC selain pengetahuan dan pengalaman. Rozali berkata, apa yang penting peneraju sedia ada hanya perlu "ditiupkan roh kesedaran" untuk mempertingkatkan ekonomi Melayu. Namun beliau tetap tidak menafikan kepentingan penglibatan golongan bumiputera dalam memainkan peranan membantu ekonomi orang Melayu. Umno bantu Melayu "Kita tidak boleh melupakan tanggungjawab membantu Melayu dan bumiputera yang masih ketinggalan," katanya. Ketika perbahasan usul ekonomi dalam perhimpunan agung Umno semalam, beberapa wakil negeri menuntut supaya GLC diterajui orang Umno. Sementara itu, wakil Umno Pahang Datuk Rosni Zahari semalam dalam hujahnya berkata ahli Umno lebih memahami apa yang diperjuangkan oleh parti selain mempunyai semangat untuk memantapkan ekonomi Melayu. Beliau turut mempersoalkan bagaimana bumiputera, satu kelompok kaum terbesar di negara ini namun gagal menguasai ekonomi sedangkan pelbagai pelan diwujudkan untuk membela nasib mereka. Rosni juga berharap satu pelan transformasi yang lebih efektif mampu menangani kemelut ekonomi masyarakat berpendapatan rendah khususnya Melayu dapat dibentangkan menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju). | ||
Perwakilan dicadang sumpah bai'ah tak sabotaj calon Posted: 02 Dec 2011 10:24 PM PST Abdul Rahim Sabri Dakwaan sumpah Bai'ah di kalangan pemimpin PAS turut menarik perhatian seorang perwakilan Umno yang membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini. Perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan kepada pucuk kepimpinan juga mengadakan sumpah bai'ah di kalangan perwakilan untuk mengelak parti disabotaj oleh 'pengkhianat' dalam pilihan raya umum. "Pembangkang membuat bai'ah juga," tambahnya. Bercakap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial, Komaruldin berkata ia juga sebagai bukti bahawa Umno tidak pernah mengetepikan perjuangan agama yang berlandaskan Al-Quran dan Al Sunnah. | ||
Hisham: Rakyat akan putuskan Shahrizat liabilti atau tidak Posted: 02 Dec 2011 05:24 PM PST Jimadie Shah Othman Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussin menyerahkan kepada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka menganggap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil satu liabiliti atau tidak. Di akhirnya, tegas beliau, rakyat yang akan memutuskan nasib Umno (berhubung perkara itu). "Di akhirnya, rakyat akan memutuskan nasib Umno, bukan orang yang bercakap sama ada ia liabiliti atau tidak." Beliau memberitahu demikian ketika ditanya sama ada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dikaitkan dengan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) merupakan liabiliti kepada Umno. Sementara itu, Hishammuddin berkata, beliau amat berbangga kerana perwakilan dalam perhimpunan hari ini memberikan mandat kepada tranformasi yang mahu dijayakan Datuk Seri Najib Razak. Menyentuh soal calon boleh menang, Hishammudin berkata ia bukan sahaja isu Umno tetapi BN secara keseluruhannya. Naib presiden Umno itu berkata, isu tersebut harus juga mengambil kira kerusi boleh menang "Bermaknanya tak semestinya kawasan Umno itu tetap Umno, kawasan Gerakan tetap Gerakan kerana kita mahu kerusi yang boleh menang," katanya. | ||
200 kereta tenggelam dalam banjir di Kajang Posted: 02 Dec 2011 05:23 PM PST MALAYSIA KINI Kira-kira 200 buah kereta ditenggelami banjir yang melanda bandar Kajang petang tadi. | ||
Arahan tarik balik laporan naib presiden 'sedia undur' Posted: 02 Dec 2011 05:20 PM PST MALAYSIA KINI Namun tidak semua pertubuhan berita mematuhi arahan dari Putrajaya itu supaya tidak menyiarkan berita berkenaan. Ia berhubung reaksi tiga naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap ucapan dasar presiden. Pada ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak, semalam, beliau berkata calon boleh menang akan diletakkan pada pilihan raya umum akan datang dan meminta semua ahli mendahulukan kepentingan parti daripada peribadi. Pada sidang media kemudiannya, ketiga-tiga naib presiden berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang. Lewat petang semalam, agensi berita kerajaan, Bernama mengeluarkan notis kepada pelanggan memaklumkan bahawa artikel yang disiarkan telah dikemaskini. "Nota kepada editor: Sila abaikan berita bertajuk Umno-Naib Presiden (calon) yang dihantar sebelum ini. Berita baru akan menyusul," petik notis itu. Berita baru yang menyusul bagaimanapun tidak melaporkan ketiga-tiga mereka akan berundur bagi memberi laluan kepada ahli lain diletakkan sebagai calon, tetapi sebaliknya memetik mereka mendesak orang lain berbuat demikian. | ||
Dr M: Saya sokong Najib, beliau yang terbaik Posted: 02 Dec 2011 04:16 PM PST MALAYSIA KINI Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi satu tip politik yang ringkas dan padat bagi pengundi rakyat Malaysia. Sambil memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana "membetulkan kesilapan" dalam sistem politik, beliau berkata Najib perlu diberi peluang untuk memimpin negara. "Beliau semakin popular, beliau membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh pengganti saya. "Saya sokong Najib, beliau adalah yang terbaik, beliau layak diberi peluang," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di New Delhi, hari ini. Negarawan yang berumur 86 tahun itu berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak tahunan pemimpin Hindustan Times di mana beliau menyampaikan ucaptama. Dalam ucapannya, beliau memberi amaran terhadap pemimpin global untuk memerhatikan perubahan besar yang sedang berlaku - kegagalan rancangan ekonomi pusat, pengaruh media sosial dan kerancakan orang ramai menyeberangi sempadan. "Ini merupakan perubahan radikal yang berlaku dalam abad ke-21. Semua ini akan memberi kesan terhadap apa yang kita lakukan, bidang politik, ekonomi, sosial atau kewangan. "Jika kita enggan mengakui perubahan ini, kita tidak akan mampu menghadapi cabaran-cabaran ini," katanya. Dalam ucaptamanya bertemakan "Cabaran Perubahan Dalam Abad Ke-21", beliau berkata demokrasi bukan satu sistem yang buruk tetapi bukan satu penyelesaian bagi semua kelemahan politik. "Demokrasi merupakan satu bentuk terbaik sesebuah kerajaan, bukan mudah untuk mentadbir kerana rakyat tidak faham mengenai batas-batas demokrasi," katanya.- Bernama | ||
SHAHRIZAT - DALAM DEWAN BELIAU HEBAT, LUAR DEWAN JADI BISU Posted: 02 Dec 2011 04:11 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS ISU Feedlot yang melibatkan Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil tidak akan terhenti setakat Timbalan Ketua Polis Negara berkata siasatan awal menunjukkan tiada penyelewengan atau pecah amanah di dalam isu NFC tersebut. Kenyataan dari pihak Polis tersebut memang dijangka ramai kerana kenyataan seperti itu sudah seperti menjadi kelaziman apabila adanya kes terhadap Menteri, namun kita masih berharap dengan siasatan yang masih belum selesai itu pihak Polis akan `dibukakan hati' dan menjumpai sesuatu yang `tersembunyi' dan akhirnya ada sedikit keberanian pihak Polis untuk menyatakan yang benar. Pada ucapan Shahrizat di hadapan perwakilan Wanita Umno baru-baru ini, umpama `lembu betina yang baru lepas beranak' gelagatnya dengan garang dan emosi sekali. Apabila beliau menyentuh isu NFC, Ketua Wanita Umno ini menyinsing lengan bajunya menampakkan aurat beliau sekadar untuk menunjukkan betapa beliau seorang Ketua Wanita yang hebat, garang dan berani. Katanya, beliau tidak takut dengan isu NFC yang dicanangkan oleh Pembangkang kerana beliau tidak tiada kaitan dengan NFC. Nampaknya, melepaskan diri dari `beban' yang ditanggung oleh suaminya di dalam isu tersebut bagi Shahrizat adalah suatu contoh isteri yang `Solehah'. Keberanian Shahrizat sehingga mengenggam penumbuk di atas pentas ternyata dapat memperdayakan semua kaum Hawa di dalam Dewan tersebut. Mereka bertepuk tangan dan bersorak kerana rasa mereka amat bertuah memiliki Ketua Wanita seberani dan sehebat Shahrizat, calon Umno yang tewas di Parlimen Lembah Pantai di tangan Nurul Izzah itu. Namun demikian, apa yang berlaku di luar Dewan? Malaysiakini melaporkan, "Dalam satu sidang akhbar hari ini selepas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan agung parti itu, Shahrizat ditanya sama ada beliau turut terbabit dalam keputusan kabinet meluluskan projek NFC. Shahrizat mengangkat keningnya, menggelengkan sedikit kepalanya serta menggerakkan tangan kanannya tanda beliau tidak mahu menjawab soalan itu." Itulah `kehebatan' Shahrizat yang dibanggakan oleh Wanita Umno itu. Kononnya berani, tidak takut dengan isu yang bakal menggoncang keluarganya, hakikatnya beliau terlalu takut. Bagaimana beliau mahu menjawab soalan mengapa suaminya mendapat projek sebesar itu ketika beliau berada di dalam Kabinet? Mampukah Shahrizat menjawab dengan fasih dan lancar, mengapa pinjaman dibuat atas nama projek lembu secara tiba-tiba bertukar menjadi pembelian kondo? Itu hanya dua soalan yang terlalu mudah tetapi teramat payah untuk dijawab oleh orang yang `biasa menipu'. Amat menyedihkan, meskipun terang dan nyata perangai insan seperti ini ditunjukkan namun masih ada golongan Hawa yang bertempik sorak menyokongnya. Lebih malang lagi, yang paling kuat bertempik sorak itu usahkan dapat menternak seekor lembu, mahu memakan daging lembu sebulan sekali pun susah. Apa pun, satu kejayaan buat Shahrizat apabila Pihak Polis `pantas' bertindak dengan mengumumkan peringkat awal `tiada yang pelik dan salah'nya di dalam isu NFC itu. Saya keliru, yang mana satu `lebih lembu dari lembu'? /wfauzdin.blogspot.com | ||
Indeks Rasuah, Kosmo bodohkan rakyat guna perkataan pelik Posted: 02 Dec 2011 04:04 PM PST Oleh Milo Suam AKHBAR Kosmo yang diwujudkan bagi menampung kerugian Utusan Malaysia yang tak laku kerana terlalu banyak cerita bohong dilihat mengikut perangai Utusan Malaysia. Meskipun Kosmo dilihat lebih mirip cara laporannya seperti Harian Metro yang mengutamakan cerita seks dan kontroversi atas dasar keuntungan, dari segi propaganda politik, akhbar itu masih sama dengan Utusan. Terbaru, berita kejatuhan indeks persepsi rasuah Malaysia yang diumumkan oleh Transparency Internasional, TI iaitu sebuah badan dunia yang mengkaji tahap rasuah antarabangsa diputar belit sampai jadi berita sampah. Di bawah ini berita yang dimaksudkan [Kosmo]. Inilah cara media propaganda menipu orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng supaya tak faham berita yang dilaporkan. Beritanya mudah iaitu "Indeks Persepsi Rasuah Malaysia terus merudum" namun bahasa-bahasa pelik digunakan. Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana media jahanam ini berjaya menukar berita negatif jadi berita positif. Tahap rasuah di Malaysia semakin teruk, tapi kosmo putar belit laporkan berita dengan tajuk "CB (Corruption Barometer) di Malaysia bertambah baik". Mereka mahu rakyat fikir ini berita positif. Ini taktik menipu orang kampung, menipu rakyat! Sama seperti perkataan "rasionalisasi subsidi" yang bermakna pemotongan subsidi yang akan menyebabkan barang naik harga. Kalau sebut "pemotongan subsidi" rakyat akan naik darah, akan marah maka mereka cipta perkataan baru untuk mengelirukan rakyat. Supaya rakyat tak faham dan tak jadi marah. Kini perkataan baru dicipta lagi, iaitu "CB di Malaysia bertambah baik" yang bermaksud "rasuah di Malaysia semakin buruk". ReJaM© "Bukan aku takut bini, tapi bini yang tak takut aku..." | ||
Ahmad Maslan Tempah Keranda Untuk UMNO Posted: 02 Dec 2011 04:01 PM PST Blog Addin Kenyataan menggemparkan Dato Ahmad Maslan yang dengan semborono menuduh DAP sebagai agen Kristianiti (menyebarkan agama kristian) disifatkan banyak pihak sebagai berunsurkan perkauman yang salah untuk diucapkan oleh orang biasa sekalipun, apatah lagi bagi seorang Timbalan Menteri sepertinya. Tidak cukup dengan itu, Ahmad Maslan turut menuduh DAP sebagai anti raja dan anti Islam. Penulis berpendapat, kenyataan Ahmad Maslan itu adalah hasil 'asuhan' UMNO dimana dia sendiri dilantik sebagai Ketua Penerangannya. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, apa yang disebut Ahmad Maslan ini ialah bukti sebenar prejudis UMNO terhadap kepelbagaian agama di Malaysia ini – hakikat yang sering dinafikan pucuk kepimpinan parti tersebut. Tuduhan DAP sebagai agen kristian ini adalah satu lagi salah tanggap yang sedang bermain dikalangan masyarakat melayu di negara ini terhadap parti tersebut. Salah tanggap yang pertama ialah DAP hanya mengutamakan kaum cina sedangkan perlembagaan DAP jelas menyatakan bahawa ia adalah parti untuk semua kaum. Semua ini bermula dari isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Damansara Utama Methodist Church (DUMC) pada Ogos lepas. Tindakan kepimpinan DAP yang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membantah serbuan JAIS itu disalah ertikan sebagai DAP menyokong kristianiti dan cubaan memurtadkan orang Islam. Walaupun sudah dijelaskan dengan panjang lebar bahawa bantahan itu tidak ada kena mengena dengan sokongan DAP kepada cubaan murtad sebaliknya terhad kepada tindakan JAIS menyerbu kawasan gereja yang berada diluar skop penguatkuasaannya, ia masih tidak mampu menghentikan penyelewengan fakta mengenai DAP. Dengan pendedahan yang dibuat Ahmad Maslan, sekarang tahulah kita dalang sebenar disebalik penyebaran maklumat salah mengenai DAP. UMNO sedar sekarang bahawa ia sudah hilang peluang dikalangan orang bukan melayu yang secara total memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat, maka itu ia perlu mengeluarkan kenyataan yang sedemikian bagi menjamin undi melayu kepadanya. DAP perlu menghentikan tuduhan tidak berasas ini dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Maslan. Penulis yakin, seperti mana kenyataan kontroversi berbaur perkauman UMNO yang lain, Ahmad Maslan akan menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang sedemikian tapi dengan kerjasama portal berita yang mendedahkannya, penulis tidak nampak ada sebarang masalah kenapa tindakan undang-undang tidak boleh diambil. Penulis takut jika tindakan lambat diambil, ia boleh menyebabkan sokongan orang melayu terhadap PKR dan PAS akan turut terjejas kerana kedua parti tersebut mempertaruhkan nasib parti masing-masing dikawasan majoriti orang melayu./suaraPR | ||
Posted: 02 Dec 2011 03:21 PM PST PAHANG DAILY Difahamkan, semua tender kantin sudah pun tamat pada tahun ini dan sepatutnya MUIP seperti biasa akan membuka tender baru untuk dipohon oleh kontraktor-kontraktor terbabit. Namun, anehnya pada kali ini "tender dibuat secara runding terus" oleh Pejabat Kewangan Negeri Pahang. Difahamkan sebelum ini MUIP hanya mengeluarkan hebahan dan tender sebaliknya peruntukan diperolehi daripada Kerajaan Negeri sendiri. Namun, kali ini ia agak mengejutkan bilamana tender tidak lagi dikeluarkan sebaliknya pejabat Kewangan Negeri mengawal proses tersebut. Daripada sumber maklumat yang diperolehi, terdapat campurtangan yang begitu jelas oleh Pegawai Kewangan Negeri Pahang sendiri iaitu Dato' Norzan Bin Hj.Ahmad (foto) yang dipercayai menganugerahkan "tender runding terus" kepada proksi-proksi "isteri muda"nya. Menurut seorang saksi, beliau amat kecewa dengan senario yang berlaku ini. Ia jelas menggambarkan betapa teruknya sikap pegawai kerajaan menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat. "Sudahlah tender dibuat secara runding terus kali ini, malah harga tender juga dinaikkan secara tidak munasabah (RM2.00 satu kepala). Bayangkan berapa ratus ribu pelajar-pelajar sekolah agama di seluruh negeri Pahang ini?. Semuanya dikontrol oleh mereka. Sedangkan jika kami masuk tender sekali pun, mereka mahu agar harga direndahkan .. tiba-tiba tender runding terus mereka naikkan harga sedemikian rupa. Ini jelas satu lagi bukti penyelewengan yang nyata sebenarnya", kata kontraktor itu. Kemungkinan satu laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat oleh mereka terhadap dakwaan ini. [Difahamkan, banyak syarikat yang mendapat projek tender tersebut secara "runding terus" adalah dimiliki oleh proksi isteri beliau. Jika sebelum ini, rakyat melihat Rosmah Mansor mengawal projek-projek kerajaan pusat. Kini ia menular pula ke negeri Pahang, hingga projek tender kecil seperti ini pun mahu dikawal oleh mereka yang berkuasa. MUIP digesa mengambil tindakan segera untuk memberi hak kepada semua kontraktor masuk tender secara terbuka. Pegawai Kewangan Negeri Pahang tidak wajar campurtangan dalam hal ehwal yang membabitkan sekolah agama seperti ini. Malah difahamkan antara syarikat yang dipercayai mendapat tender runding terus itu ialah NS Jaya Enterprise yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan isteri pegawai terbabit. Hak rakyat tidak wajar dinafikan, dan mereka tidak perlu menunjukkan kuasa walau pun mereka ada kuasa. Justeru itu, diharapkan agar perkara ini diselesaikan dengan segera sebelum laporan lanjut yang lebih panas menyusul. Sudah tiba masanya rakyat mengetahui kebenaran daripada terus takut dibelenggu penyelewengan oleh mereka yang "gila berkuasa"]. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan