Khamis, 1 Disember 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Penduduk Bantah Projek TNB Di Rawang.

Posted: 01 Dec 2011 03:59 PM PST

Oleh Hafizan Taib


RAWANG - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menangguhkan kerja pembinaan projek pengukuhan sistem Kawasan Tengah (CAR) di Kampung Sungai Terentang (KST) di sini hari ini berikutan surat arahan berbuat demikian yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Ini berikutan bantahan penduduk kampung tersebut yang tidak bersetuju projek pembinaan itu dijalankan di kawasan penempatan mereka.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen berkata, Kerajaan Negeri telah menjalankan perbincangan dengan MPS berhubung perkara itu dan keputusan dicapai untuk menangguhkan sementara pembinaan projek tersebut.

"Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) telah berhubung dengan YDP MPS mengenai perkara ini dan Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPS telah menghubungi pegawai TNB yang berada di sini dan menerusi perbualan telefon meminta kerjasama TNB untuk menghentikan kerja di mana MPS akan keluarkan satu surat penangguhan sementara kepada TNB supaya tidak menjalankan sebarang kerja pembinaan di sini pada hari ini.

"Kita harap TNB memberikan kerjasama untuk berhentikan kerja (projek ini) dan bersurai dengan aman," katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sebelum ini telah melantik perunding antarabangsa dan pihak tersebut telah mencadang pembinaan projek itu di kawasan lain yang tidak melibatkan kawasan penduduk.

"Kita menyeru kepada semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan kalau sebenarnya rakyat didahulukan gunakan alternatif (ini)," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei juga berkata, sepatutnya TNB menjalankan perbincangan terlebih dahulu dengan mengkaji cadangan dibuat oleh perunding antarabangsa demi memastikan keselamatan penduduk setempat.

Bagaimanapun apa yang berlaku, TNB menjalankan semula kerja pembinaan projek itu walau dibantah penduduk

Ketua Kampung KST, Goh Ah Kow mendakwa TNB sepatutnya menjalankan pembinaan projek itu di satu kawasan lain.

Katanya, pembinaan projek tersebut di kampung itu akan menyebabkan lebih kurang 60 buah rumah terlibat dan terpaksa dirobohkan.

"TNB mulakan kerja bukan di sini tetapi hujung sana. Bila TNB buat di sini ia akan merobohkan lebih kurang 60 buah rumah dan kita tidak boleh biarkan ini berlaku kerana kita ada geran rumah," katanya.

Difahamkan, kampung itu mempunyai penduduk hampir 6,000 orang dengan lebih kurang 500 buah rumah.

Sementara itu, TNB dalam kenyataannya menjelaskan kerja pembinaan projek CAR di kampung itu akan disambung semula hari ini selepas tertangguh empat tahun.

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pembangunan Aset, Bahagian Penghantaran TNB, Faezah Ahmed berkata, surat pemberitahuan mengenainya telah dihantar kepada Menteri Besar Selangor pada minggu lalu dan tiada sebarang maklumbalas diterima oleh pihaknya.

Menurutnya, projek itu hampir siap 100 peratus kecuali bahagian yang melibatkan lima buah menara monopole sepanjang satu kilometer di kampung tersebut.

Mengulas lanjut, katanya, seluruh kawasan tengah Semenanjung Malaysia berisiko akan bergelap sekiranya projek CAR tidak diteruskan kerana permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat di Lembah Klang dan sistem sedia ada sudah menjadi semakin sukar untuk menampung bekalan yang semakin meningkat.

Tambah Faezah, pada awal September lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah melantik perunding luar negara untuk mengkaji laluan alternatif yang dicadangkan oleh penduduk kampung di mana TNB dijanjikan tempoh sebulan oleh Kerajaan Negeri untuk memberi keputusan muktamad.

Namun sehingga kini setelah hampir tiga bulan tiada apa-apa maklumbalas daripada Kerajaan Negeri Selangor.

TV Selangor akan mendapatkan penjelasan lanjut dari kerajaan Selangor Esok.

Isu Kuil Akan Di Rujuk Kepada MB

Posted: 01 Dec 2011 03:56 PM PST

Oleh Afeeqa Afeera


SHAH ALAM : Isu perobohan kuil Sri Muneswarar di Persiaran Kerjaya (Glenmarie) oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 24 November lalu akan segera dirujuk kepada pimpinan kerajaan Selangor yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk siasatan lanjut.

Usaha itu dibuat bagi memberi kata putus kepada penganut agama Hindu di kawasan itu berhubung status dan punca sebenar kuil tersebut dirobohkan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa yang hadir meninjau kawasan tersebut berkata, isu berkenaan perlu dirujuk kepada Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan pihak MBSA terlebih dahulu sebelum tindakan susulan boleh diambil.

Ini kerana menurut beliau, perkara tersebut adalah serius dan sensitif memandangkan ia melibatkan kesucian institusi keagamaan masyarakat Hindu.

"Status quo ini sudah lama dan kalau boleh biarlah ia dikekalkan. Bagaimanapun, kita perlu merujuk perkara ini semula kepada Menteri Besar dan Exco untuk melakukan siasatan dan membuat keputusan yang bijak untuk masa hadapan tempat ini. Saya tidak mahu membuat sebarang keputusan kerana saya tiada kuasa."

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan mahupun kenyataan berhubung perobohan kuil itu seperti yang dilaporkan akhbar Nanban, iaitu akhbar bahasa Tamil.

Bahkan menurutnya, beliau hanya mengetahui isu perobohan kuil itu minggu lalu dan tidak pernah dimaklumkan tentang perkara berkenaan oleh mana-mana pihak.

"Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa saya akan menghantar surat untuk meminta akhbar Nanban memperbetulkan laporan mereka kerana dengan jelas mengatakan bahawa kuil ini dirobohkan atas arahan saya, sedangkan perkara ini tidak betul.

Saya hanya diberitahu tentang kejadian ini pada Jumaat lepas. Jadi saya minta Nanban membetulkan semula kenyataan tersebut atau tindakan undang-undang akan diambil."

Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar baharu-baharu ini memaklumkan bahawa kerajaan Selangor Negeri tidak mengiktiraf kuil Sri Muneswarar sebagai rumah ibadat rasmi kerana pembinaannya terletak di atas rezab jalan.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah melakukan beberapa sesi perbincangan dengan penganut hindu yang mengunakan rumah ibadat tersebut.

Bahkan tegasnya, kerajaan negeri turut menyimpan surat persetujuan daripada pengerusi kuil tersebut bahawa mereka bersetuju untuk beredar dari lokasi itu.

Jelas Dr Xavier, kerajaan negeri juga telah mengeluarkan surat kepada pengerusi kuil tersebut untuk segera berpindah dan dilarang membuat pembinaan baru.

Minggu lalu, laporan media mendakwa kerajaan negeri telah merobohkan sebahagian bangunan kuil tersebut yang dikatakan berusia 25 tahun.

Ekoran daripada kejadian itu, penganut di kawasan berkenaan mengesa kerajaan negeri supaya menjelaskan tindakan tersebut atau menghadapi protes selain meminta diberikan hak milik tanah di lokasi kuil Sri Muneswarar di Persiaran Kerjaya seluas satu ekar.

Amaran Nazri, nasib PRU 2008 ulang jika ahli Umno terus ‘gaduh’

Posted: 01 Dec 2011 03:52 PM PST


KUALA LUMPUR— Konflik dalam Umno untuk menjadi calon pilihan raya umum ke-13 boleh membawa kepada kemungkinan berulangnya nasib dialami parti itu tiga tahun yang lalu, kata seorang pemimpin kanannya hari ini.

Dalam amarannya menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011 yang bermula pagi ini, ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata, ahli-ahli Umno tidak belajar daripada kesilapan 2008 di mana rebutan dalaman dan sikap menikam dari belakang telah mengakibatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen selain kehilangan empat lagi negeri selain Kelantan.

Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendakwa ahli-ahli Umno enggan berkorban demi parti dan kepentingan nasional, sebaliknya tidak kisah untuk memastikan calon yang lain dipilih, bukannya mereka, kalah.

Nazri (gambar) berkata Perlis, Terengganu dan Sabah merupakan tiga negeri yang Umno menyaksikan wujudnya pertelingkahan sengit yang berterusan.

"Anda tahu, ia satu masalah yang tiada kesudahan setiap kali kami mendekati pilihan raya, akan ada saja masalah mengenai calon.

"Dalam pilihan raya, jika pembangkang menang kerusi, bukan mereka menang tetapi Barisan Nasional yang kalah. Bermakna tiada perpaduan di kalangan kita. Ada sabotaj dan jentera parti tidak boleh bergerak dengan baik dan kita akan kalah," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Najib gesa ahli Umno, ‘jangan tikam belakang, jangan pulak main belakang’

Posted: 01 Dec 2011 03:51 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR― Di sebalik spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan ahli-ahli Umno agar taat dan setia kepada parti, dan sama sekali "jangan tikam dari belakang dan jangan pulak main belakang."

Berucap menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2011 hari ini, Presiden Umno berkata, ahli-ahli Umno adalah mereka yang taat dan setia kepada parti dan tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.

"Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat. Dalam berijtihad pula, orang Umno harus mencipta kebaikan untuk parti," kata beliau dalam ucapannya dilihat mahu mempersiapkan ahlinya menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Najib (gambar) berkata beliau mahu ahli-ahli Umno menjadi pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa.

"Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang," katanya lagi.

"Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.

"Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang Umno," kata beliau sambil menambah, "bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya."

Panggilan bom ganggu perkhidmatan KTM Tapah Road-Tg Malim

Posted: 01 Dec 2011 03:49 PM PST

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

Suasana di stesen kereta api Tapah Road pagi tadi. - Foto ihsan Rao

IPOH― Kesemua perkhidmatan kereta api antara Tapah Road dan Tanjung Malim terganggu ekoran panggilan diterima polis awal pagi adanya bom di landasan kereta api.

Laporan media menyebut polis menerima panggilan kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek berkata seorang lelaki mendakwa bom diletakkan di bahagian bawah jambatan laluan kereta api antara Bidor dan Tanjung Malim.

Dipetik Star Online, kata beliau, polis telah menerima 16 daripada 21 jambatan antara stesen Tapah Road dan Tanjung Malim, sejak 3 pagi tetapi tidak menemui sebarang bahan yang meragukan.

Polis masih meneruskan pemeriksaan.

Dalam pada itu beberapa pengguna yang menghubungi The Malaysian Insider berkata KTM Berhad menyediakan perkhidmatan bas dari Ipoh ke Tanjong Malim untuk meneruskan perjalanan ke KL Sentral.

"Tetapi kami menunggu dari 6.30 pagi, cuma perkhidmatan ganti, bas disediakan untuk ke Tanjong Malim selepas 9.30 pagi, untuk meneruskan perjalanan ke KL Sentral," kata seorang pengguna yang menamakan dirinya Rao.

Dua skuad bom dihantar untuk mengadakan pemeriksaan sepanjang laluan 76km, satu bermula di Tapah dan satu lagi dari Tanjung Malim.

Laporan Star Online juga satu bonggol di celah-celah batu di KM259.25 laluan ke arah utara, terletak kira-kira 30km dari stesen Tapah Road.

Umno hancur jika enggan terima ‘game changer’, kata Najib

Posted: 01 Dec 2011 03:35 PM PST

TERKINI

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak, presiden Umno yang ketujuh, hari ini memberi amaran parti itu akan menempah tragedi dalam arena politik jika gagal menghayati 'game changer' atau peneraju cara gaya baru dalam persekitaran semasa.

Najib menegaskan keperluan itu ketika parti teras Barisan Nasional (BN) itu berhadapan dengan situasi kritikal mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13, selepas hilang majoriti dua pertiga kerusi Parlimen dan lima kerajaan negeri tiga tahun lalu.

Dengan menggariskan lima keperluan susulan kepada kemajuan sebelum ini, Najib yang juga Perdana Menteri berkata, ahli-ahli Umno mesti insaf dan jika masih gagal memahami dan menghayati faktor-faktor yang menjadi 'game changer' atau peneraju cara gaya baru kepada landskap politik nasional dan tidak pula mengambil langkah merangka semula 'game plan' yakni gerakan terancang, "maka kita namanya menempah tragedi untuk parti."

"Apakah yang dimaksudkan dengan 'game changer' ini? Pertamanya ialah realiti baru. Jika Umno tidak memahami realiti baru landskap politik nasional, bagaimana Umno dan BN mahu berjaya?

"Keduanya, media baru. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, Umno harus menguasai media baru kerana hari ini, detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan," kata beliau sambil menambah, "ia berupaya mendatarkan 'the playing field' atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara."

Oleh itu tegas beliau, orang Umno wajib mengetahui cara-cara untuk memanfaatkan media baru demi survival parti.

Kata Najib, memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, Umno selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, "kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini."

"Ketiga, Umno juga harus menghayati pemikiran baru yang ada di kalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka.

"Umno tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita," katanya lagi dalam ucapan dasar bertemakan "Umno Menjuarai Transformasi" pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 hari ini.

Beliau juga memberitahu bahawa selama hampir enam dekad, Umno telah menjadi parti teras yang menonggak kejayaan.

"Selama ini, rekod-rekod membuktikan bahawa, kita tidak pernah mendominasi atau sekalipun berniat untuk mendominasi parti-parti komponen seperti yang difitnah oleh pembangkang.

"Jauh sekali dari kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijma' dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata, setuju secara peribadi, Parti B kata, tidak sekali-kali, langkah mayat mereka dulu, Parti C pulak kata "kita tukar jadi negara kebajikan". Pening dan keliru rakyat dibuatnya," kata beliau dengan merujuk kepada PAS, DAP dan PKR.

Jelas Najib, sebagai 'game changer' yang kesebelas, kita mulakan dengan Program Transformasi Kerajaan bagi membaiki penyampaian sektor awam.

"Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta halatuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi. Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi menyeimbangkan antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu," katanya lagi

NFC: PKR pertikai kenyataan awal polis ‘bersihkan’ imej Umno

Posted: 01 Dec 2011 06:24 AM PST

TERKINI

KUALA LUMPUR – PKR mendakwa polis bertindak membersihkan imej bagi pihak Umno ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar tiada unsur pecah amanah dalam skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) setakat ini.

"Mengapa mengeluarkan kenyataan (sedemikian) ketika siasatan masih dijalankan. Dan, ketika perhimpunan utama Umno sedang berlangsung?" kata Naib Presiden PKR N. Surendran (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mempersoalkan kenyataan Khalid itu sedangkan pihaknya masih belum memanggil Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang keluarganya diberikan projek itu, untuk diambil kenyataan.

"Ia kelihatan Timbalan Ketua Polis Negara Khalid mengharapkan orang ramai agar percaya bahawa tiada salah guna jenayah oleh mana-mana orang, meskipun dana awam digunakan untuk membeli kondominium mewah, lawatan ke luar negara, kereta-kereta mewah dan tanah perdana," kata beliau.

Pagi tadi, Khalid berkata tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan sambil memberi jaminan proses itu akan dilakukan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

"Siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah. Namun, kita masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.

"Kita sudah panggil 74 individu untuk diambil keterangan setakat ini," katanya.

Adakah hendak lahirkan masyarakat gila seks?

Posted: 01 Dec 2011 06:09 AM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Berita pada tarikh 29 November di dada sebuah akhbar tempatan bertajuk Elak Kehamilan Tidak Dirancang pada bahagian keluarga agak menyentap kalbu para siswi.

"Sama ada mereka pandang ini adalah penyelesaian terbaik atau dari sudut pandang yang lain, ini akan menghancurkan martabat anak gadis remaja," ujar Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mohd Yusof Hadri dalam satu kenyataan.

Mengulas sedikit apa yang cuba untuk disampaikan dalam berita itu adalah kadar tinggi bagi kehamilan yang tidak terancang itu adalah bukti terdapat kekurangan maklumat dan pendidikan mengenai kesihatan seksual serta reproduktif bagi warga muda di Malaysia.

Melengkapkan para remaja dengan maklumat kesihatan reproduktif seksual di samping memberi inspirasi kepada mereka untuk membuat keputusan bijak merupakan isu penting yang perlu diberi perhatian serius.

Bila mana langkah penyelesaian bagi Kehamilan Tidak Dirancang sekadar memberi maklumat kesihatan reproduktif seksual ia adalah sangat tidak relevan.

"Adakah jalan penyelesaian sebegini mampu untuk mengurangkan masalah sosial masyarakat?

"Adakah kita yakin dengan pendekatan ini?" soalnya.

Mengulas dari sudut pandang Pengerusi Serikandi Gerakan Muslimat Muda (Sigma) Gamis, Rohayu Rusli berkata, pendekatan itu hanya menyelesaikan masalah supaya tidak terhasilnya kandungan walaupun melakukan seks secara selamat.

Tambahannya pula Islam ada cara yang lebih komprehensif, total dan praktikal dalam menangani punca dan simptom masalah gelojak syahwat sehingga ke arah pelakuan seks.

Memetik apa yang digariskan dalam buku Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut Islam tulisan Dr Abdullah Naseh Ulwan adalah berkahwin pada usia muda, menundukkan pandangan dari perkara yang haram, menjauhi perkara-perkara yang boleh merangsang keinginan seks dan menguatkan kesedaran agama

"Inilah langkah-langkah yang holistik yang sepatutnya diambil kerana ia melibatkan penjagaan maruah dan martabat wanita, kurangnya masalah sosial, kurangnya masalah seks bebas dan masalah buang bayi," katanya.

Cara ini dapat menyelesaikan banyak masalah berbanding dengan memberi maklumat pendidikan seksual. Selayaknya penyelesaian seperti ini memang khas kepada penggiat seks dan gila seks.

Adakah kita hendak melahirkan masyarakat yang gila seks?

Apakah yang akan terjadi kepada institusi kemasyarakatan dan keluarga dengan penyelesaian ini?

Negara tidak akan maju memiliki golongan pemuda dan pemudi yang gila seks walaupun dilakukan secara selamat.

Menurut berita lagi, satu program bertemakan One Voice, Prevention is Key, untuk pelajar muda berusia antara 18 hingga 23 tahun akan diberikan akses kepada satu siri maklumat mengenai isu kesihatan seksual dan reproduktif seperti kehamilan tidak terancang, melalui dua platform - satu pertandingan reka bentuk menggunakan aplikasi Facebook dan satu lagi ialah program di kawasan kolej.

Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia, Nikhilesh Kalra berkata, para remaja di Malaysia tidak menyedari risiko seks tanpa perlindungan ''Bagi melibatkan lebih banyak remaja, Durex akan mengunjungi lima kolej bagi meneruskan komitmennya ke arah memperkasa para pelajar.

Sepanjang program kolej tersebut, dinding yang dipenuhi maklumat akan didirikan dengan mempamerkan fakta-fakta Tahukah anda...?' mengenai seks dan poster-poster berkaitan dengan maklumat mengenai kesihatan seksual.

Program bergerak Durex One Voice, Prevention is Key telah dianjurkan di lima kampus kolej sepanjang bulan November, iaitu Taylors Lakeside Campus, Universiti Putra Malaysia, Raffles College of Higher Education, INTI International University, Nilai dan IACT College.

Menurut sisi pandang Timbalan Pengerusi Sigma, Nur Syazwani Abdul Aziz,mahasiswi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau sangat melarang program sebegini dilakukan di UPM.

"Ini adalah strategi mereka untuk mengelirukan mahasiswi. Saya sangat terkilan kenapa sasaran program ini adalah kepada mahasiswi?

Golongan terpelajar peringkat IPT?

Adakah ini menunjukkan mahasiswi Malaysia mudah diperkuda dan dibohongi atau sebagai saranan kepada mereka buatlah seks selamat?

Anda akan terjamin. Adakah golongan mahasiswi yang saya kira cukup tinggi inteleknya meletakkan maruah peribadi di tempat paling bawah.

"Saya yakin mahasiswi mampu berfikir, cuma saya takut dan bimbang, apabila ada satu kelompok cuba mengelirukan masyarakat kampus, berkemungkinan generasi akan datang adalah generasi seks selamat," ujarnya.

Adakah dakwat kekal digunakan pada PRU13?

Posted: 01 Dec 2011 06:05 AM PST

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan adakah kerajaan dan Suruhajaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum akan datang.

Anwar semasa membahas usul laporan dan cadangan bagi memastikan pilihanraya bebas dan adil di Parlimen hari ini juga berharap kerajaan tidak akan menggunakan alasan bagi melengah-lengah penggunaan dakwat kekal itu.

"Bila meneliti laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) saya melihat cadangan penggunaan dakwat kekal juga dicadangkan dan apa yang ini saya tekankan di sini adalah jaminan dari pihak kerajaan dan juga SPR.

"Kalau sebelum ini Peguam Negara mengatakan penggunaan dakwat bercanggah dengan perlembagaan tetapi sekarang mengatakan tidak, saya sendiri tidak pasti yang mana satu betul dan boleh diterima pakai.

"Malah kenyataan Ketua Polis Negara juga mengatakan dakwat kekal boleh jadi senjata, itu kenyataan yang karut sama sekali. Jadi di mana jaminan kerajaan," jelasnya.

Tambahnya lagi, intitusi-institusi di negara ini boleh dipermainkan semata-mata untuk melihat kepada sikap dan pendirian pemimpin politik.

"Sebab itu semasa membahaskannya pada peringkat awal saya syorkan bahawa isu pilihanraya bebas dan telus ini bukan sahaja SPR atau PSC tetapi ia ada komitmen politik pimpinan negara.

"Persoalan ketetapan yang dibawa oleh parlimen meluluskan beberapa cadangan dan bagaimana kita dapat pastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik sebelum pilihanraya umum nanti.

"PSC ini bersikap tegas memberi cadangan itu dan kita mahu ketetapan dari parlimen, pengeruis dan juga kabinet adakah ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat, ini yang perlu ditekankan," sambung Anwar lagi.

Beliau juga berharap perkara ini perlu disegerakan dan Peguam Negara tidak perlu mengambil masa dua bulan untuk membuat kelulusan jika ia tidak bersangkut paut dengan soal perlembagaan.

"Walaupun tidak semua tuntutan Bersih diterima tetapi sebahagian daripadanya telah dicadangkan oleh PSC tetapi mengulangi persoalan adakah ia dapat dilaksanakan segera.

"Kalau hanya menyatakan ia akan dilaksanakan sebelum pilihanraya itu bagi saya bukan satu jaminan dan apa yang kita inginkan adalah menyatakan tarikh bila ia berkuatkuasa.

"Penetapan tarikh ini akan mempermudahkan SPR mahu pun Peguam Negara membuat penetapan tanpa perlu dua bulan untuk kelulusan," jelasnya.

Awnar menekankan penetapan tarikh penting kerana tidak mahu pada saat akhir selepas tarikh pilihanraya diumumkan pelbagai alasan diberikan mengenai penggunaan dakwat kekal tidak dapat dilaksanakan.

"Kita mahukan tarikh perlaksanaan kerana tidak mahu mendengar alasan dari pihak kerajaan dalam menafikan penggunaan dakwat kekal itu.

"Kerajaan, SPR mahupun Peguam Negara malah Parlimen perlu nyatakan pendirian segera perlaksanaannya," ucap beliau lagi.

Sebelum itu Anwar menyambut baik tentang laporan yang dikemukakan oleh PSC dan berharap usaha baik cadangan tersebut disegerakan bagi memastikan pilihanraya akan datang lebih bersikap adil dan telus.

Selain itu juga beliau berharap peruntukkan tambahan serta penambahan kakitangan diberikan kepada SPR bagi melancarkan pelaksanaan tersebut.

"Selain menunaikan perlaksanaan itu saya menyeru jika kerajaan dan juga SPR ingin bersikap demokrasi maka pada pilihanraya nanti SPR perlu menjemput badan-badan bebas dari luar negara untuk menjadi sebagai pemerhati bebas semasa berlangsungnya pilihanraya nanti.

"Kita lihat negara-negara lain sudah menjemput pemerhati bebas tetapi negara kita belum lagi melaksanakannya dan harap ia dapat dilakukan," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Syor PSC perlu dilaksana pada PRU13

Posted: 01 Dec 2011 05:41 AM PST

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: PAS mahu kerajaan melaksanakan segala syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di Dewan Rakyat hari ini pada PRU13 nanti.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr. Mohd Hatta Ramli berkata, adalah sia-sia jika syor tersebut dibentang kepada kerajaan sekiranya ia dibakul sampahkan.

"Paling penting kita minta usul yang dibahaskan ini diguna pakai untuk pilihan raya umum ke-13.

"Kalau pilihan raya bulan depan, bulan depan lah syor ini dilaksanakan," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Krai kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau mengulas 10 syor PSC yang dibentang di dewan rakyat hari ini.

Syor tersebut antara lain mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminda segera peraturan pilihan raya agar dakwat kekal boleh digunakan pada PRU akan datang.

Selain itu, beberapa syor turut dikemukakan untuk menambahbaik sistem pengundian awal, pengundi tidak hadir luar negara, pengundi luar kawasan, penukaran alamat pusat mengundi, pembersihan daftar pemilih, pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan, ketelusan proses mengundi, proses ulang kira kertas undi, penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR.

Mengulas lanjut, Mohd Hatta yang juga salah seorang anggota PSC tersebut berkata, jika ia tidak dilaksana, bermakna reformasi pilihan raya yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya satu pembohongan.

"Kalau tidak dilaksana, maka kerja PSC yang dipilih oleh parlimen ini hanya sia-sia. Rakyat akan menilai ini semua.

"Kalau diluluskan tetapi tidak ada apa-apa tindakan, maknanya ini satu pembohongan kerajaan BN kepada rakyat," katanya.

Ukuran bakat dalam Pemuda Umno: Anak haram, pondan dan bapok

Posted: 01 Dec 2011 05:33 AM PST

Melissa Lee, Malaysia Chronicle

Media BN pasti mesti merasa bodoh. Hanya pada hujung minggu lalu,mereka bergegas menghentam PKR sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai isu relevan untuk bersaing dengan BN.

Malah, beberapa perwakilan Pemuda PKR telah muncul di khalayak ramai,menyuarakan kebimbangan mereka tentang kemampuan parti untuk seiring dengan momentum pertumbuhan. Mereka tidak perlu berbuat demikian. Untuk media Umno, walaupun semua dengan semua usaha mereka untuk memburukkan PKR, mereka telah sekali lagi mendedahkan segala-galanya melainkan yang benar.

Terdedah jua akhirnya

Dalam Perhimpunan Umno yang menjadi perhatian ramai, rakyat Malaysia telah disajikan dengan pratonton bakal pemimpin parti dan perdana-menteri. Mereka tidak dikecewakan.

Seperti yang dijangka, Pemuda Umno menempuh kegagalan yang teruk apabila ia mengesahkan tuduhan bahawa tiada seorang pun yang memiliki apa jua bakat patut menyertai parti seperti itu- di mana kumpulan seperti Perkasa dan pemimpin-pemimpin yang dicemari rasuah termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, Shahrizat Jalil danPresiden Umno sendiri, Najib Razak dilahirkan

Berucap dengan penuh bara api dan belerang, yang mereka bayangkan adalah lambang gerakan belia-walaupun hakikatnya ramai dikalangan pemimpin Pemuda Umno sendiri sudahpun bergelar datuk dengan perut buncit dan rambut semakin berkurang. Mereka bergilir-gilir menyerang Pakatan Rakyat, yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim .

Ketiadaan bakat

Mengapa bahasa yang paling keji digunakan? Tentu saja –untuk sebuah parti yang dikatakan pengkritik sebagai "tidak akan ragu-ragu melakukan penipuan besar-besaran dalam usaha untuk berpaut kepada kuasa pada pilihan raya umum" yang dijangka akan diadakan awal tahun depan.

"PKR dan PAS adalah bapok dan pondan kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mencabar DAP. Satu undi untuk DAP adalah undi untuk memusnahkan Islam, "kata Shaik Hussein Mydin, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, disambut dengan tepukan dan teriakan" PKR, PAS tak ada telur! "

Selain daripada memburukkan DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, mereka juga menuduh Pakatan secara sistematik menghakis hak-hak orang Melayu di negeri-negeri seperti PulauPinang dan Kedah.

Shaik mendakwa bahawa PKR dan PAS tidak akan dapat menghentikan DAP daripada membuli orang Melayu dan Islam apabila Pakatan berkuasa kelak.

Beliau menuduh DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu dan gerai-gerai makanan Melayu telah dirobohkan dan perniagaan Melayu terjejas sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Beliau mengulangi bahawa DAP mempunyai motif utama untuk menyebarkan agama Kristian.

"Dalam DAP, orang Melayu telah menjadi 'baruas' mereka. Saya tidak akan menapis kata-kata saya, kerana saya maksudkan apa yang saya katakan. Sesiapa sahaja yang menyokong DAP adalah 'bangsat' (bajingan), "kata Shaik Hussin

"Ini adalah realiti yang menyedihkan Pulau Pinang. Umno telah menggandakan usaha di sini! "

Khairy yang lemah dalam Pemuda Umno

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Azwan juga menyerang Ahli Parlimen DAP Taiping Nga Kor Ming keran menggelarkan Menteri Besar Zambry Kadir sebagai Menteri Besar 'logam hitam'.

"DAP bersifat perkauman. Jika mereka berkata Menteri Besar Perak 'hitam metalik haramjadah', maka DAP adalah ibu dan bapa 'haramjadah', " ujar Khairul.

Kor Ming telah memohon maaf kepada masyarakat India termasuk Zambry, manakala orang Kristian telah mula mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen BN tidak mengatakan apa-apa apabila ahli-ahli Umno mencemar nama baik agama mereka, seolah-olah mengucapkan agama Kristian adalah satu perkataan yang kotor.

"Kini rakyat Malaysia boleh melihat dan menilai untuk diri mereka sendiri dan orang-orang yang mengatakan bahawa Pakatan tidak boleh mentadbir. Sekarang, lihatlah kebenaran untuk diri mereka sendiri," kata naib presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Umno telah menghadapi ketandusan bakat selama beberapa dekad dan yang pasti, orang-orang yang mempunyai bakat walau sedikit sudah melompat ke Pakatan. Tiada siapa yang berfikiran waras mahu menyertai sebuah kapal lanun seperti Umno. Ini sudah tentu mengesahkan bahawa Umno di ambang keruntuhan dan ahli-ahlinya tidak akan mampu untuk menyelamatkannya. Ia adalah satu gambaran kelemahan Khairy Jamaluddin atas sayap yang dipimpin beliau. Malaysia Chronicle

Posted: 01 Dec 2011 05:31 AM PST

Satu contoh baik buat ahli Umno lain, kata Ahmad Zahid Hamidi.



Perhimpunan Agung Umno 2011

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang (PRU13).

Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pimpinan tertinggi parti mengenai keputusannya itu.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini..

"Saya menerima SMS daripada Idris Jusoh mengatakan beliau bersedia untuk tidak menawarkan diri pada pilihan raya akan datang," katanya.

Zahid berkata perkara itu merupakan satu contoh baik buat ahli Umno lain dan malahan ia secara tidak langsung memudahkan kerja Presiden parti dalam usaha untuk mengelak dari terguris hati.

"Lebih ramai lagi yang harus bersifat demikian serta harus muhasabah diri untuk melihat jika kita bukan calon yang boleh memberi kemenangan," katanya yang juga Menteri Pertahanan.

WP persoal sayap Umno tidak dapat peruntukan

Posted: 01 Dec 2011 05:29 AM PST

"Orang komplen kepada saya. Saya beritahu Setiauasa Agung DatukSeri Tengku Adnan Mansor.



KUALA LUMPUR: Umno Wilayah Persekutuan menegur ibu pejabat parti kerana tidak memberi peruntukan kepada sayap parti.

Setiausaha Umno negeri, Datuk Syed Ali Alhabsee berkata, ini menyebabkan Wanita, Pemuda dan Puteri gagal menjalankan aktiviti di peringkat bahagian dan cawangan.

"Orang komplen kepada saya. Saya beritahu Setiauasa Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

"Saya minta parti memandang serius perkara ini," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden di PWTC hari ini.

Revolusi Arab

Beliau menambah laporan yang dihantar bahagian kepada parti dapat dikaji supaya dapat memilih pemimpin demi kebaikan parti.

Sementara itu wakil Kedah Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mencetuskan revolusi Arab di negara ini.

Katanya selepas gagal misi 16 September, Anwar dengan sokongan media luar memburuk-burukkan Malaysia.

Najib beri bayangan PRU-13 tak lama lagi

Posted: 01 Dec 2011 05:27 AM PST


MALAYSIA KINI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan tidak lama lagi.

Najib, yang juga presiden Umno dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini, mengingatkan semua anggota parti supaya "merapatkan saf, menyalakan jamung dan menggigit sekuatnya perjuangan dengan geraham kita" bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba.

"Bingkaslah orang-orang Umno, kita turun ke medan bakti," katanya sambil melaungkan Hidup Umno yang disambut gemuruh 2,711 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Najib dalam amanatnya kepada perwakilan pada Selasa lalu mahu pimpinan parti di peringkat bahagian dan akar umbi bekerja secara luar biasa bagi menghadapi PRU-13 akan datang.

Perdana Menteri juga berpesan supaya para wakil bahagian parti jangan mengambil mudah PRU-13 kerana cabarannya pasti luar biasa dan yang paling getir bakal dihadapi oleh parti politik terbesar negara itu.- Bernama

AGM lulus tangguh pemilihan Umno

Posted: 01 Dec 2011 05:23 AM PST


Jimadie Shah Othman

Perhimpunan Agung Umno hari ini meluluskan usul menangguhkan pemilihannya di semua peringkat Majlis Tertinggi, bahagian dan cawangan.

Usul yang dibentangkan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu diluluskan sebulat suara melalui undi mengangkat tangan.

Tiada sebarang bantahan dibuat daripada 2,600 perwakilan yang hadir.

Tengku Adnan ketika membentangkan usul itu berkata, ia akan ditangguhkan tidak lebih 18 bulan dari tarikh sepatutnya, selaras dengan fasal 10(16) perlembagaan parti.

Pemilihan itu sepatutnya diadakan tahun ini.

Pemerhati politik berpendapat tindakan itu bagi mengelak kemungkinan berlaku perpecahan dalam parti di ambang pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Keahlian Umno capai 3,297,358 orang

Posted: 01 Dec 2011 05:22 AM PST

MALAYSIA KINI

Keanggotaan Umno mencecah 3,297,358 orang sehingga semalam, dengan Sabah mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 487,447 orang.

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Bahagian Silan di Sabah mempunyai anggota teramai 44,440 orang, manakala Felda Air Tawar 2 di Kota Tinggi, Johor mempunyai anggota peringkat cawangan paling ramai iaitu 1,631 orang.

Jumlah keseluruhan perwakilan Umno yang hadir pada perhimpunan kali ini ialah seramai 2,711 orang, katanya pada Perhimpunan Agung Umno 2011 hari ini.

Beliau berkata perhimpunan kali ini turut melibatkan 78 delegasi mewakili 26 parti dari 24 negara termasuk Bangladesh, Palestin, Singapura dan Indonesia, serta 64 perwakilan daripada 74 Kelab Umno Luar Negara.

Umno juga katanya menyebar luas penggunaan media baru melalui Facebook Media Plus Malaysia dan Twitter Umno Online dan juga informasi ringkas melalui SMS Plus.- Bernama

Umno kecam pihak mahu tulis semula sejarah

Posted: 01 Dec 2011 05:21 AM PST


MALAYSIA KINI

Umno hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang cuba menulis dan meriwayatkan semula sejarah negara.

NONEPresidennya Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan dasar pada perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini berkata tindakan tersebut dilihat cuba untuk memperlekehkan sumbangan para pahlawan negara.

"Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mengenang budi, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan sekali-kali membiarkan wirawan serta wirawati kita, tanpa pembelaan sewajarnya.

"Sesungguhnya, jasa dan bakti mereka akan terus malar serta segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia," kata Perdana Menteri.

Malah, Najib dalam pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lepas turut mengiktiraf sumbangan dan jasa pejuang negara dengan mengumumkan pemberian sumbangan RM3,000 secara 'one-off' kepada setiap bekas anggota keselamatan serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah 62,000 orang.

Pihak pembangkang pada Ogos lalu cuba mencetuskan kontroversi apabila mahu menulis semula sejarah Malaysia dengan alasan kononnya sejarah yang ada sekarang tidak menggambarkan hakikat sebenar.

pengukir nama johor mat sabu 050911Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah mendakwa Ahmad Indera atau Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.

Najib dalam ucapannya turut menyentuh mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), di mana katanya: " DEB sebenarnya telah mengasaskan kestabilan sosial kebangsaan yang membolehkan penciptaan kekayaan dan kemakmuran dinikmati oleh semua pihak."

"Berlawanan dengan tafsiran cetek sesetengah pihak, DEB sejelasnya tidak pernah merugikan orang-orang bukan Melayu," katanya.

Buktinya setelah dua dekad pelaksanaan DEB pada tahun 1990, orang bukan Melayu masih lagi memiliki ekuiti terbesar dalam kekayaan negara manakala pendapatan purata isi rumah mereka masih yang tertinggi di antara kaum di negara ini, tegasnya.

NONE"Diperakui, walaupun matlamat pemilikan ekuiti (orang Melayu) tidak tercapai sepenuhnya, paling terkesan ialah penciptaan kelas menengah Melayu yang besar, menjelang berakhirnya dasar ini," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata saiz kelas menengah ini meningkat tinggi dengan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional antara 1991 hingga 2000.- Bernama

Lagi dakwaan penipuan dalam daftar pemilih

Posted: 01 Dec 2011 05:19 AM PST


Elissa Helmy
Seorang lelaki yang berhasrat untuk mendaftarkan namanya sebagai pengundi terkejut apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan atas nama individu lain.

Lelaki berkenaan yang berusia 38 tahun dan kini menetap di Petaling Jaya, Selangor berkata, sebaik beliau melakukan semakan di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.

NONELebih menimbulkan tanda tanya apabila nama individu yang tertera dalam senarai itu, dipaparkan sebagai Zulkifly Mohamed Yusof dan turut meletakkan status jantinanya sebagai perempuan.

Perkara berkenaan didedahkan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, ekoran lelaki berkenaan ke Pejabat Pusat Perkhidmatan DAP Melaka berhubung masalah itu.

Menurut Khoo, ketika semakan pada laman rasmi SPR, didapati nombor kad pengenalan lelaki berkenaan didaftarkan sebagai seorang pengundi di Kuala Krai, Kelantan, dengan menggunakan nama 'Zulkifly Mohamed Yusof,' sedangkan lelaki itu mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.

"Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ini mungkin satu kesilapan.

"Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya juga turut didaftarkan atas nama orang berkenaan," katanya.

NONEKhoo berkata, satu aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan.

"SPR perlu menyiasat dan memperjelaskan bagaimana perkara ini boleh berlaku.

"Pada masa sama, saya juga menyarankan kepada semua pengundi berdaftar supaya memeriksa daftar pemilih yang terbaru bagi memastikan nama mereka masih ada," katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap SPR, ketika mengesahkan laporan berkenaan, berkata, satu siasatan akan dijalankan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

Di sebalik reform k'jaan, 'rasuah mega' berterusan

Posted: 01 Dec 2011 04:58 AM PST

Nigel Aw

Usaha baru dan berterusan kerajaan BN untuk memerangi gejala rasuah gagal menyaksikan negara daripada terus terjerumus dari tangga Indeks Persepi Rasuah (CPI) yang dikelolakan Transparency International.

Ini kerana Malaysia dikatakan gagal bertindak ke atas "rasuah besar".

Menurut badan integriti global itu antara punca kemerosotan adalah kerana amalan lazim dalam pemberian projek-projek mega tanpa tender terbuka, perolehan tentera yang melambung dan pertalian rapat antara ahli perniagaan dan ahli politik yang diselubungi rahsia.

Setiausaha Agung, Transparency International Malaysia (TI-M) Josie M Fernandez berkata meskipun pendakwaan dijalankan terhadap mereka yang terbabit namun "ikan besar" masih tetap bebas.

"Saya diberitahu betapa menyedihkan apabila ada beberapa pegawai kecil yang menerima jumlah wang yang kecil tetapi diheret ke mahkamah dan disiarkan di televisyen. Tetapi pegawai-pegawai atasan dengan gaya hidup mewah tidak diseret ke mahkamah," katanya.

Pemuda Umno tolak calon 'Si Kitol'

Posted: 01 Dec 2011 04:57 AM PST

MALAYSIA KINI

Pemuda Umno mahu pemilihan calon pilihan raya umum akan datang bersih daripada sindrom 'guna kabel', 'harap simpati', 'peras ugut' dan 'golden handshake' sebagai ganjaran bagi menghargai mereka yang kononnya telah berjasa.

Penolong Setiausaha pergerakan itu Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata Pemuda Umno akur dengan calon yang dipilih oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak namun calon-calon itu mestilah bebas daripada sindrom berkenaan.

"Pemuda akan akur dengan calon tak kira tua, muda, baru atau lama, yang dipilih oleh Presiden tetapi kita harap tak ada calon yang 'guna kabel', 'harap simpati' ,'peras ugut', serta calon daripada golongan 'golden handshake'," katanya ketika berucap menyokong usul ucapan dasar presiden di perhimpunan agung Umno 2011 hari ini.

Beliau berkata Pemuda Umno tidak mahu BN kalah dalam pilihan raya disebabkan pemilihan calon yang salah dan berharap senarai calon
boleh menang dimaklumkan awal supaya "tidak ada yang terluka sehingga berlaku perbuatan sabotaj".

Megat Firdouz juga mencadangkan supaya individu yang melakukan sabotaj kerana tidak terpilih sebagai calon, dikenakan tindakan keras.

"Pemuda cadang mana-mana pemimpin yang sabo, yang mengamalkan (pendekatan) "Si Kitol", mereka tidak dimasukkan dalam senarai calon selama dua penggal dan jika mereka ada jawatan dalam parti, dilucutkan jawatan serta merta.

"Kami tak rela Si Kitol jadi pemimpin akar umbi," katanya sambil menjelaskan perkara berhubung unsur sabotaj itu turut disebut oleh Najib semasa majlis Taklimat Presiden pada Selasa.

Terdahulu, ketika mencadangkan usul itu, timbalan ketua Umno bahagian Ketereh Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata anggota parti itu perlu menjadi benteng paling hadapan bagi mempertahankan maruah parti daripada segala tuduhan dan cercaan pihak pembangkang.

"Bila Umno dikutuk, dihentam dan digugat, kita mesti sensitif dan mesti mempertahankan Umno. Kita mesti bersatu tenaga kerana hari ini DAP, PAS dan PKR kata macam-macam mengenai Umno," katanya.

Md Alwi, yang juga ADUN Kok Lanas, meminta anggota parti itu supaya tidak mudah terpengaruh dengan mainan pembangkang yang menggambarkan parti Umno sebagai perkauman.

"Umno bukan parti rasis. Dalam berita baru-baru ini, pemimpin DAP (ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming) telah menggelar Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai orang yang berwarna hitam metalik. (Jadi) siapa yang rasis sebenarnya?," katanya.

Md Alwi turut menggesa semua kepimpinan parti mematuhi peringatan presiden yang mahu semua anggota parti merapatkan saf bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Semua ahli parti termasuk komponen Barisan Nasional perlu menyokong dan menerima saranan Presiden untuk bersikap terbuka, inklusif dan mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan lain dengan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon-calon yang mampu menang," katanya. - Bernama

'Ketegangan perasaan' dalam AGM Umno

Posted: 01 Dec 2011 04:52 AM PST

Dr Mohd Asri Zainul Abidin


ULASAN Saya pulang ke Malaysia untuk seketika. Jadi panel forum dan tetamu jemputan sempena Perhimpunan Agung Umno 2011. Saya rasa wajar saya hadir, sebab Muktamar PAS yang lepas saya telah hadir sebagai tetamu.

Menghadiri, mendengar secara langsung, merasai suasana, bertemu sahabat handal yang menjadi pimpinan parti-parti tersebut mempunyai 'sentimental values' yang tersendiri. Saya berterima kasih kepada kedua parti-parti tersebut yang masih sudi menerima saya sebagai sahabat.

Bahkan pada 27 November baru-baru ini saya juga dijemput oleh PKR untuk memberikan ucaptama Maal Hijrah sempena Kongres Nasional mereka. Namun saya tidak dapat hadir atas faktor masa. DAP juga pada tahun 2008 pernah menjemput saya semasa mensyuarat agung mereka untuk memberikan syarahan khas. Masa itu saya juga tidak dapat hadir atas sebab tertentu.

Secara umumnya, saya rasa parti-parti politik di Malaysia masih lagi mempunyai ruangan untuk pandangan pihak luar parti yang kadang-kala berbeza di sana-sini. Juga, mungkin saya boleh anggap itu sebagai satu pengiktirafan kepada pihak ketiga yang tidak terikat dengan parti tertentu. Bukan pengiktirafan peribadi, tetapi untuk semua pihak yang 'sealiran' di sudut ketidakterikatan dengan parti tertentu.

Pihak ketiga

Hal ini memang wajar, atas banyak sebab. Antaranya; pihak ketiga atau 'third force' dalam negara ini bertambah meningkat. Golongan yang tidak terikat dengan lambang parti mungkin melebihi 65 peratus dalam negara ini. Mereka ini biasanya terdiri dari golongan yang 'mesra' dengan dunia teknologi maklumat yang pelbagai dewasa ini.

Biasanya mereka terdiri dalam kalangan golongan muda yang sukar untuk digula-gulakan, atau diperbodohkan di segi maklumat. Sekeras mana regim-regim Arab pun telah tergugat dan tumbang akibat ledakan dunia komunikasi dan maklumat moden ini. Keadaan ini nampaknya diakui oleh ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dalam ucapan mereka di perhimpunan agung ini.

Saya melihat suasana perhimpunan Umno kali ini ada 'ketegangan perasaan' memandangkan pilihanraya ke-13 sudah hampir. Isyarat dalam banyak ucapan memberi tanda jika Umno gagal kembali menawan hati rakyat, tidak mustahil untuk berlakunya pertukaran kerajaan pusat.

Kebimbangan itu dilahirkan sama ada untuk menjadikan ahli-ahli Umno lebih bersungguh, ataupun sememang ada isyarat 'merah' yang telah dilaporkan oleh jentera-jentera parti tersebut. Cumanya, saya dapati penulis ucapan presiden kurang kemas dalam menyampaikan mesej sebelum pilihanraya itu. Tidak dari segi bahasa, tidak juga kekemasan di sudut isinya. Saya menjangkakan sesuatu yang lebih mantap daripada itu.

Harapan

Dalam artikel saya yang lepas saya telah sentuh satu faktor terpenting yang mempengaruhi seseorang yang berakal dalam mengundi. Faktor itu perlu disedari oleh semua parti. Faktor itu ialah 'harapan'. Seseorang yang berakal akan mengundi atau memilih parti yang paling dapat memberikan 'harapan' sebagai kerajaan yang akan memerintah.

Ini kerana politik adalah soal pengurusan kehidupan. Kita semua ini hidup atas 'harapan' yang ada dalam jiwa kita. Harapan terhadap masa depan diri sendiri, atau keluarga atau sesiapa yang kita cinta dan sayang menyebabkan kita terus berjuang untuk hidup. Bahkan, sehingga perjuangan kita merebut keredhaan Allah juga adalah atas harapan wujudnya rahmat Allah yang luas, keampunan dan syurga yang dijanjikan.

Maka agama menyuburkan harapan dalam jiwa insan. Para penyampai ajaran agama disuruh menanamkan harapan dalam jiwa setiap manusia. Ini jelas menerusi firman Allah: (maksudnya) "Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Surah al-Zumar: 53).

Justeru, sesiapa yang menyebabkan manusia putus harapan terhadap Tuhan maka dia akan dihukum. Dalam konteks itu Nabi s.a.w bersabda: "Jika seseorang berkata: binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa" (Riwayat Muslim). Maksud jika dia menyatakan bahawa sudah tiada rahmat atau keampunan untuk orang lain, maka dialah yang paling jauh dari rahmat dan keampunan.

Ini kerana, apabila manusia putus asa dari rahmat Allah maka dia akan terus menjadi pemaksiat atau penderhaka kepada Allah. Apa lagi yang hendak dilakukan apabila sudah tiada ruang keampunan dan kerahmatan melainkan meneruskan hidup 'menikmati' dosa. Maka, sesiapa yang menyebabkan orang putus asa, dia amat 'celaka'. Segala kerosakan akan berlaku akibat putus asa tersebut.

Dalam kehidupan duniawi, sesiapa putus harapan maka dia akan putus asa. Sesiapa yang putus asa sanggup melakukan apa sahaja bagi menamatkan kehidupan, atau menghidupkan harapan yang baru. Jangan hairan jika orang yang putus asa itu membunuh diri, atau meletupkan diri bersama orang lain, ataupun melakukan kerosakan yang dahsyat. Tiada apa yang hendak dibimbangkan lagi. Tiada apa yang hendak ditakutkan lagi. Itulah yang akan terjadi akibat putus harapan.

Harapan Politik

Dalam politik itulah kuncinya. Mana-mana pemerintah yang menyebabkan rakyat putus asa maka segalanya mungkin berlaku. Rakyat Arab yang melakukan 'Arab Spring' yang sanggup mati ataupun hancur negaranya hanyalah berpunca dari putus harapan. Walaupun kerajaan yang memerintah mereka memberitahu tentang bahaya tindakan mereka, namun apa yang hendak mereka endahkan.

Mereka sudah putus harapan. Sekurang-kurang dengan tindakan mereka yang mungkin dilihat lebih merbahaya bagi orang lain, tapi bagi mereka mungkin menghidupkan harapan baru. Bahaya atau lebih bahaya atau kurang bahaya hanyalah sama bagi sesiapa yang sudah tiada harapan.

Maka dalam pemilihan politik ataupun pilihan raya, kuncinya 'harapan'. Jika sesuatu kerajaan menguburkan harapan rakyat, maka kerajaan itu juga akan terkubur. Jika dia dapat menghidupkan harapan, maka kerajaan itu akan terus segar dan disokong.

Maka itu sebabnya Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa awal pemerintahannya memenangi pilihanraya dengan begitu besar dalam sejarah Umno, sebab harapan kepadanya semasa itu begitu besar. Namun, selepas beberapa tahun memerintah, harapan itu makin hancur, maka pada pilihan raya berikutnya tsunami politik pun berlaku.

Apabila Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri, maka beliau berusaha menghidupkan semula harapan yang makin pudar terhadap Umno. Cumanya, dalam menghidupkan harapan di sudut tertentu, kadangkala di dibunuh pula harapan yang lain atau oleh pihak yang lain. Dalam Umno sendiri ada penghidup dan pembunuh harapan.

Kemudian, perkataan 'harapan' itu sendiri begitu luas dan sangat relatif. Harapan rakyat setiap negara, generasi dan kumpulan itu berbeza. Kerajaan yang berjaya ialah kerajaan yang dapat menghidupkan setiap harapan ini. Parti politik yang gagal mengenali harapan rakyat, ia adalah politik yang tidak relevan untuk berkuasa atau dipilih. Kerencaman harapan itu memerlukan ketangkasan politik untuk mengenali dan berinteraksi dengannya.

Persaingan Harapan


Perbezaan harapan itu sangat penting untuk dikenali. Dalam negara seperti Malaysia yang sudah maju banyak langkah ke hadapan, harapannya bukan lagi seperti negara-negara miskin yang mengharapkan makanan dan tempat perlindungan untuk meneruskan hidup.

Bantuan wang dalam sampul, beras dalam kampit, gula dan teh yang dihulurkan oleh wakil rakyat bukan lagi menjadi harapan dalam banyak keadaan di negara seperti kita. Ramai yang sudah cukup dan melebihi cukup di sudut itu.

Harapan mereka mungkin beralih kepada hak-hak kerakyatan yang lain seperti kebebasan berpolitik, bersuara, kerajaan yang cekap dan telus, kesamarataan hak dan pelbagai lagi. Inilah kesan globalisasi. Mereka akan bandingkan diri mereka dengan tempat lain yang lebih baik.

Mereka hendakkan yang terbaik untuk mereka. Dalam era ini, jangan salah percaturan bahawa apabila rakyat cukup makan, maka mereka pun akan diam. Jika tidak, masakan negara mewah seperti Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain juga menghadapi ancaman kebangkitan rakyat. Semuanya, kerana harapan yang lebih besar berkembang selari dengan perkembangan sesebuah negara.

Dalam negara kita, persaingannya ia persaingan siapakah yang paling dapat memberikan harapan kepada rakyat. Mungkin rakyat belum putus harapan, tetapi mereka meneliti siapakah yang paling dapat memenuhi harapan.

Dengan rekod hampir tujuh dekad memerintah, dengan pelbagai jasa dan juga isu-isu yang mencontengi jasa, apakah Umno masih menjadi harapan rakyat?

Dengan perubahan 'harapan' bagi generasi baru, apakah Umno masih relevan untuk generasi kini menaruh 'harapan'?

Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh Umno pada hari ini. Rakyat yang mengundi parti lain, bukan semestinya bencikan Umno, tapi mungkin merasakan harapan mereka berada di pihak yang lain. Rakyat yang membenci Umno pula bukan semestinya menyokong parti lain, tetapi mungkin kerana merasakan Umno telah menghancurkan harapan mereka.

Rakyat yang menghargai jasa Umno yang lalu bukan semestinya akan mengundi Umno pada masa ini kerana mungkin 'harapan' itu sudah berubah dalam persekitaran yang baru. Inilah yang sepatutnya perwakilan Umno kena fikirkan.

Sejauh manakah sesebuah parti dapat menangani harapan rakyat, sejauh itulah ia akan menguasai undi. Jika Umno terus berjaya, Umno akan terus menang. Jika tidak, maka sebaliknya! - malaysia kini

Nota: Ulasan ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah felo pelawat OCIS, Oxford dan bekas mufti Perlis.

Gobala, Karpal diarah keluar Dewan Rakyat

Posted: 01 Dec 2011 04:49 AM PST


MALAYSIA KINI

Ahli Parlimen Bebas kawasan Padang Serai N Gobalakrishnan hari ini diarah keluar dewan kerana menimbulkan kekecohan semasa Dewan Rakyat membincangkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan Gobalakrishnan berbuat demikian selepas beliau enggan mematuhi arahan untuk tidak mencelah giliran Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) membahaskan laporan itu.

Walaupun diarah beberapa kali untuk duduk, Gobalakrishnan tetap berdegil dan mendesak Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, supaya memberikan laluan kepadanya.

Namun Anwar tidak mempedulikan permintaan itu dan menyebut "pendidikan rendah, masuk dewan jangan minum" yang menimbulkan kemarahan ahli parlimen Bebas itu.

Tindakan Gobalakrishnan yang bangun dan menghalang kelancaran sesi perbahasan memaksa Wan Junaidi meminta Bentara Parlimen untuk menarik wakil rakyat itu keluar.

"Yang Berhormat (Gobalakrishnan)...duduk, saya bersikap gentleman dalam hal ini..., kalau Yang Berhormat tidak hormati arahan saya (untuk keluar dewan) bagaimana saya hendak hormat," kata Wan Junaidi.

Gobalakrishnan bagaimanapun mempertahankan tindakannya sambil berkata: "Dia (Anwar) tuduh saya mabuk, saya tidak kata orang black metalik, saya tidak hina sesiapa."

Gobalakrishnan ketika ditemui di luar dewan mencabar Anwar berdebat dengannya secara terbuka mengenai beberapa isu.

"Jika benar Yang Berhormat Permatang Pauh selama ini mendakwa beliau kononnya berjuang untuk rakyat, maka saya cabar beliau untuk berdebat secara terbuka," katanya.

Karpal diarah keluar dewan

Sementara itu sikap ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh yang mencabar keputusan timbalan speaker Dr Wan Junaidi mengundang padah apabila beliau diperintahkan meninggalkan dewan hari ini.

Perintah itu berikutan keengganan Karpal menarik balik gelaran 'pendatang' yang ditujukan terhadap Gobalakrishnan.

Gobalakrishnan yang agak tersinggung dengan gelaran itu, meminta supaya Wan Junaidi merujuk anggota parlimen Gelugor itu kepada peraturan mesyuarat 36(6) dan meminta Karpal menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada beliau.

"Perkataan 'pendatang' jangan diguna kepada ahli-ahli Yang Berhormat. Sama ada ahli itu layak atau tidak duduk di dewan ini, perkataan itu seharusnya tidak digunakan. Biarlah dewan ini yang membuat keputusan. Sila Yang Berhormat... tarik balik," kata Wan Junaidi kepada pengerusi DAP itu.

Bagaimanapun, Karpal enggan menarik balik dan berkeras dengan gelaran 'pendatang' itu kerana sikap Gobalakrishnan yang mencelah ketika sesi perbahasan.

"Apa yang saya cakap tadi, saya tidak akan tarik balik. Dan saya tidak ada masalah untuk keluar," katanya.

Atas sikap itu, Wan Junaidi mengarahkan Karpal untuk meninggalkan Dewan selepas selesai sesi penggulungan laporan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. - Bernama

Shahrizat tak mahu jawab soalan projek lembu

Posted: 01 Dec 2011 04:40 AM PST


MALAYSIA KINI

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini tidak mahu mengulas mengenai kemelut membabitkan (NFC) - sehari selepas beliau menyampaikan ucapan yang berapi-api mengecam pengkritiknya berhubung isu tersebut.

NONEDalam satu sidang akhbar hari ini selepas ucapan dasar Presiden
Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan agung parti itu, Shahrizat ditanya sama ada beliau turut terbabit dalam keputusan kabinet meluluskan projek NFC.

Shahrizat mengangkat keningnya, menggelengkan sedikit kepalanya serta menggerakkan tangan kanannya tanda beliau tidak mahu menjawab soalan itu.

Sebaliknya, Shahrizat bercakap menyentuh ucapan dasar Najib dan tergesa-gesa meninggalkan sidang akhbar, tanpa menjawab soalan seterusnya dari pihak media.

Semalam, Shahrizat mengecam mereka yang menyerangnya dan keluarganya berhubung projek NFC, yang dibangkitkan dalam Laporan 2010 Ketua Audit Negara.

Projek tersebut telah diberikan kepada syarikat milik keluarga Shahrizat pada tahun 2007 sewaktu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Shahrizat merupakan seorang menteri kabinet.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung Wanita Umno semalam, Shahrizat berkata beliau tidak ada kaitan dengan projek NFC itu.

Pengkritiknya, terutamanya PKR, mendakwa NFC menyalahgunakan pinjaman RM250 juta, dengan membeli kondominium mewah dan membiayai perjalanan ke luar negara.

Hanya beberapa jam selepas itu, PKR membuat tuduhan terbaru terhadap NFC, dengan mendakwa syarikat itu menyalahgunakan dana untuk membeli tanah di pusat pentadbiran Putrajaya dan sebuah kereta mewah.

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia terus merudum

Posted: 01 Dec 2011 04:30 AM PST


Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

azlanBercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.

"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.

Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.

Tiada ulasan: