Cendawan MALAYA |
KAK IJAT JGN MARAHKAN PEMBANGKANG, TAPI MARAHKAN AUDIT KERAJAAN. Posted: 01 Dec 2011 10:09 PM PST Skandal NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun PKR yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu. Isu itu dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010. Justeru tidak ada pihak yang harus bingkas mencadangkan Kerajaan mahu "menutup" isu berkenaan. Susulan pendedahan-pendedahan yang melibatkan pembelian kondominium, kereta mewah dan lain-lain dengan menggunakan wang Kerajaan, isu itu diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun terma "dalam siasatan" tidak cukup untuk meredakan kemarahan rakyat. Begitu juga penjelasan ringkas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal mendapati tidak ada unsur pecah amanah dikesan amat meragukan rakyat. Walaupun Khalid bercakap dari sudut undang-undang semata-mata, pengundi di kurun 21 ini tidak dapat menerima jawapan sebegitu kerana secara rasional wang Kerajaan harus dan hanya boleh digunakan untuk maksud yang ianya diberikan SO KALAU LEMBU PUNYER PROJEK MAKA LEMBULAH YG AKAN DIAUDITKAN, BUKAN KONDO, MELANCONG, TANAH ATAU KERETA MEWAH. |
You are subscribed to email updates from Cendawan MALAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan