BRIGED MP SEGAMBUT |
- Bank Dunia: Pinjaman dibuat melalui MTEN
- AWANG ADEK AKUI TERIMA DEPOSIT:ALASAN HANYA INGIN MENGHALALKAN RASUAHNYA?
- SIAPA YG PUNGKIRI PERANG HASSAN ALI TERHADAP PARTI PAS ITU BUTA NAMANYA
- LAGI PEMIMPIN UMNO BUAT WANG EXPRES?
- Pengguna maya ejek video ludah
Bank Dunia: Pinjaman dibuat melalui MTEN Posted: 21 Dec 2011 08:00 AM PST PKR mendedahkan, pinjaman kepada Bank Dunia dibuat oleh kerajaan Malaysia melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia dibuat melalui satu badan di bawah MTEN iaitu Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP). Demikian didedahkan oleh Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategik PKR dalam satu kenyataannya hari ini bagi menjawab penafian Dr Mahathir beliau ada memohon pinjaman dari Bank Dunia. Menurut Rafizi, perjalanan seharian MTEN diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu, katanya. Berikut kenyataan penuh Rafizi: Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku[1] bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia. Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat. Beliau menulis kononnya "rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia" dengan niat menyabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut. Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Tun Mahathir Mohamad sendiri: 1. Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut: "In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past. The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project" Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998. Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Tun Mahathir. 2. NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri. Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu. 3. Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad. 4. Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalam Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut: a. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998 b. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998 c. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999 5. Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan. Saya percaya Tun Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu). Saya juga menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya. Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik ExxonMobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak. Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN |
AWANG ADEK AKUI TERIMA DEPOSIT:ALASAN HANYA INGIN MENGHALALKAN RASUAHNYA? Posted: 21 Dec 2011 06:30 AM PST Timbalan menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek hari ini menjelaskan bahawa deposit wang ke dalam akaun peribadinya, seperti didakwa satu blog, merupakan sumbangan untuk program sosial. Ketua bahagian Umno Bachok itu mengakui telah menerima sumbangan yang dipertikaikan itu melalui salah satu daripada tiga akaun peribadinya. Akaun peribadi itu dibuka pada 2004 untuk membiayai program di kawasan Bachok, katanya. Bercakap dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Awang berkata beliau mempunyai semua rekod transaksi daripada sumbangan berkenaan yang dikendalikan oleh seorang pegawai khas. "Banyak syarikat dan individu derma untuk jalankan kegiatan dan program untuk rakyat Bachok, bahagian saya. Semua diuruskan melalui akaun saya. "Rekod ada. Siapa bagi, ada. Perbelanjaan pun ada," katanya lagi yang menambah, rekod berkenaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Awang berkata, sumbangan dalam bentuk cek dan tunai itu digunakan untuk program seperti bantuan Hari Raya RM100 untuk seramai 4,000 keluarga dan juga kelas tuisyen pelajar di 33 sekolah rendah. Katanya, beliau menerima semua sumbangan melainkan ia diberikan dengan niat tertentu seperti untuk mendapatkan projek. Tegasnya, beliau tidak ada kena mengena dengan penganugerahan kontrak kerana ianya dibuat pada peringkat jawatankuasa dan beliau hanyalah seorang timbalan menteri. [Baca berita penuh] |
SIAPA YG PUNGKIRI PERANG HASSAN ALI TERHADAP PARTI PAS ITU BUTA NAMANYA Posted: 21 Dec 2011 12:07 AM PST Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganggap tindakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan konsep negara kebajikan anjuran parti itu seperti mengisytiharkan perang terhadap parti Islam itu. Mahfuz berkata, konsep negara kebajikan telah dipersetujui dalam muktamar tahunan parti itu dan oleh itu, ia tidak harus dipersoalkan sekarang. katanya, jika Hasan mempersoalkan konsep itu sekarang, ia nampak seperti exco kerajaan Selangor itu mengisytiharkan perang terhadap PAS kerana adalah tidak wajar untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat dalam muktamar. Mahfuz bertanya sama ada apa yang PAS lakukan salah kerana Islam juga menganjurkan konsep negara kebajikan. Mahfuz, bagaimanapun, tidak menggesa Hasan meninggalkan parti itu, tetapi berkata beliau (Hasan) boleh menentukan sendiri masa depannya dalam PAS. Maka, katanya, adalah tidak perlu untuk beliau memberi apa-apa nasihat kerana Hasan yang merupakan seorang penceramah motivasi terkenal. Tetapi, tambahnya, jika beliau dalam kedudukan Hasan, "saya akan angkat kaki". [Baca berita penuh] |
LAGI PEMIMPIN UMNO BUAT WANG EXPRES? Posted: 20 Dec 2011 04:00 PM PST |
Pengguna maya ejek video ludah Posted: 20 Dec 2011 10:00 AM PST Aksi menarik ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara Armand Azha Abu Hanifah terhadap mahasiswa yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak hari ini mengundang reaksi di internet melalui lakonan mengejek sekumpulan pemuda. Selain mempermainkan-mainkan kenyataan Armand di Youtube yang mengugut mahu meludah dan menampar mahasiswa yang bertanggungjawah dalam insiden Sabtu lalu, mereka juga meniru, menokok tambah dan memperolokkan gayanya. Bagaimanapun, dalam video itu, sambil memperkenalkan diri sebagai pengguna laman sosial Myspace, mereka mengkritik tindakan mahasiswa yang menggunakan Facebook sebagai gantinya. Sambil menyifatkan diri mereka sebagai "panglima perang", Armand semalam membuat ancaman itu ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli. Sementara itu, 'perang' di Facebook juga berlarutan dengan penciptaan laman sinis "Kami Peminat Setia Bro Gemuk (Kaki Ludah)" dan "We are all Adam Adli" (Kami semua Adam Adli) yang mengumpul peminat lebih 10,000 dalam tempoh 24 jam. Laman itu meneladai Facebook 'We are all Khaled Said' (Kami semua Khaled Said) yang dicipta Eksekutif Google Wael Ghonim yang mendorong kebangkitan rakyat Mesir awal tahun ini. [Baca berita penuh] |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan