BRIGED MP SEGAMBUT |
- WARGA NEGARA ASING JADI PENGUNDI?
- BENARKAH BUNG MOKHTAR DESAK SHAHRIZAT LETAK JAWATAN?
- PROJEC IC UNTUK MENANGKAN UMNO?
- SERVIS ORANG TUA
- MUHYIDDIN TAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI?
WARGA NEGARA ASING JADI PENGUNDI? Posted: 01 Dec 2011 07:46 AM PST Kerajaan BN didesak menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat dengan terperinci warga negara asing turut didaftarkan sebagai pemilih dalam pilihanraya di negara ini. Tindakan tersebut dikesan dilakukan dengan terancang oleh pihak-pihak tertentu sehingga menjadikan negara ini berada dalam bahaya apabila masa depan negara berada dalam tangan warganegara asing. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, tindakan tersebut amat dikesali kerana ia jelas memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak terbabit terhadap negara. Menurut beliau, tindakan tersebut dilakukan oleh pihak-pihak terbabit bagi mencapai kemenangan dalam pillihanraya untuk terus kekal berkuasa demi keuntungan dalam jangka masa pendek mereka. Katanya, sebagai warganegara, tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan, sebaliknya masing-masing mestilah berfikir dan bertindak secara rasional untuk jangka masa panjang demi keselamatan negara. "Untuk mengatasi masalah itu, perlu ada satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat sepenuhnya tentang warganegara asing yang turut didaftarkan sebagai pemilih," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Ketika berucap membahaskan usul penambahbaikan proses pilihanraya yang dikemukakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC), Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, beliau berkata, penyata yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu perlu diterima oleh kerajaan. Menurutnya, dalam penyata jawatankuasa itu dicadangkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya, manakala cadangan itu pula menepati salah satu dari 8 tuntutan Bersih untuk dilaksanakan oleh SPR. "Cadangan itu jelas menafikan kenyataan SPR dan Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan penggunaan dakwat kekal sebagai kolot dan tidak sesuai dilaksanakan dalam pilihanraya," katanya yang juga Naib Prtesiden PAS. Sejajar dengan perkembangan masa, beliau turut mendesak kerajaan menerima sistem dua parti untuk dilaksanakan di negara ini. Beliau juga mendesak kerajaan mengamalkan kebebasan media di negara ini bagi kepentingan rakyat, setelah Kerajaan BN sekian lama membelenggu pemikiran orang ramai dengan ketidakadilannya terhadap laporan-laporan media. "Suara generasi muda mesti didengar oleh kerajaan. Kita harap media dalam pilihanraya umum ini bebas dan tidak lagi dibelenggu dengan tindakan yang tidak sepatutnya oleh kerajaan," tambahnya. PAS dan Pakatan Rakyat, tegasnya, boleh menerima kekalahan dalam pilihanraya sekiranya itulah yang dipilih oleh rakyat, dengan syarat kerajaan tidak menyekat kebebasan media dan pilihanraya dilaksanakan dengan bersih dan adil. Beliau menyarankan kerajaan turut mencontohi sebahagian langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan Singapura berhubung perkara itu, sehingga menjadikan pilihanraya terbaru di republik itu lebih baik berbanding sebelumnya. |
BENARKAH BUNG MOKHTAR DESAK SHAHRIZAT LETAK JAWATAN? Posted: 30 Nov 2011 11:00 PM PST Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya. Sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli. "Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya. Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara, hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah depan mata tak nampak". "Ada MP (anggota parlimen) Kelantan, sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat khidmat. Tanya Machang," katanya di hadapan lebih 900 perwakilan. Supaya dilihat konsisten, katanya, Shahrizat juga menggesa Zuraida mendesak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan. "Saya gesa ketua wanita gesa presiden PKR letak jawatan atas angkara suaminya ketua umum yang pernah dihukum dan disabit pelbagai angkara," katanya. Sementara itu, Rafizi (kiri) pula dilabelkan sebagai "si Tanggang muda" berikutan serangan bertali-arus yang ditujukan padanya. "Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa," kata Shahrizat. Dilihat melepaskan geram di gelanggang sendiri, Shahrizat yang kerap diam menghadapi isu itu menyifatkan penjelasannya hari ini sebagai "mukadimah" sahaja. "Oh, mentang-mentang saya sapu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret," katanya. Pada masa yang sama, tanpa menyebut khusus mana-mana pihak, menteri pembangunan wanita itu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengambil mudah peranan wanita dalam parti. "Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?" soalnya. |
PROJEC IC UNTUK MENANGKAN UMNO? Posted: 30 Nov 2011 08:30 PM PST Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dalam laporan awalnya hari mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan warga asing diberikan kerakyatan membolehkan mereka menjadi pengundi. Dalam laporannya itu, PSC menyatakan bahawa syor itu dibuat berikutan banyak aduan berhubung Projek IC yang diterima jawatankuasa itu semasa inkuiri awam di Kota Kinabalu minggu lalu. "Walaupun perkara ini meliputi ruang yang luas dan di luar terma rujukan jawatankuasa ini, tetapi kami mencadangkan pembentukan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu sebagai penyelesaian jangka panjang," petik laporan itu. Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Projek operasi rahsia dan bersepadu itu bertujuan memberikan kad pengenalan kepada rakyat asing dengan niat untuk mengubah demografi Sabah supaya penduduknya menyokong Umno. Semasa inkuiri awam PSC, selama dua hari di Kota Kinabalu bermula 25 November lalu, kecuali Umno, semua wakil-wakil parti komponen BN dan pembangkang mendesak supaya suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu. Laporan awal itu juga mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan pengesahan semua nama-nama dalam daftar pemilih di Sabah. Bagi daftar pemilih yang lain, jawatankuasa itu mencadangkan supaya SPR melantik Mimos Berhad, sebuah agensi teknologi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjalankan audit dengan terma-terma rujukan berikut:
|
Posted: 30 Nov 2011 06:59 PM PST Umno ditegur supaya tidak terlalu mementingkan calon boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang kerana terdapat faktor lain yang perlu diambil kira. Suara yang 'menyongsang arus' itu kedengaran dalam sesi perbahasan dalam persidangan Pemuda Umno di Kuala Lumpur hari ini. "Orang lama pun boleh servis. Bukan calon winnable (boleh menang) saja perlu diambil kira, tetapi juga yang setia pada parti," kata wakil Sabah, Mohd Joh Wid. Membandingkan dengan suasana waktu perang, beliau berkata pelbagai perkara perlu diambil kira dalam menangani pihak lawan. Selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menegaskan perlunya calon boleh menang dalam pilihan raya akan datang, pemerhati politik berpandangan terdapat kerunsingan di kalangan calon lama yang mungkin tidak terpilih. Sementara itu, wakil Perlis Mohd Mohsin Yusof berpendapat, perlu ada "perjanjian" dalam pilihan raya depan berhubung isu itu. "Siapa pun calon kita terpaksa terima walaupun sakit sikit. "Kalau boleh, adakan perjanjian, tak kira sama ada lisan atau bertulis, (supaya) yang penting menang. (Isu) yang lain kita jawab kemudian," katanya. Sementara itu, perwakilan Johor, Mohd Fadil Muskon pula menyarankan Umno supaya turut mempertimbangkan soal calon yang layak di samping yang boleh menang. "Calon boleh menang saja tak cukup. Kita juga kena ada qualified candidate (calon yang layak). Dengan kombinasi ini barulah kita akan berpeluang dalam pilihan raya akan datang," katanya |
MUHYIDDIN TAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI? Posted: 30 Nov 2011 05:56 PM PST Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) menyifatkan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi yang sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana menteri'. Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri. "Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri. "Sepatutnya sebagai bakal perdana menteri, ucapan beliau perlu penuh dengan gagasan dan wawasan membangunkan negara, bukan penuh dengan kecaman kepada Pakatan Rakyat," katanya. Beliau mengulas ucapan Muhyiddin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi. Dalam ucapannya, Muhyiddin tanpa segan silu membidas DAP, PKR dan PAS dengan kata-kata penuh penghinaan. DAP dilabel parti cauvinis Cina yang jahat dan mahu menubuhkan negara republik. PKR pula dituduh sebagai parti ultraliberal yang hanya berjuang untuk Datuk Seri Anwar manakala PAS pula bukan lagi memperjuangkan Negara Islam kerana mengangkat Negara Berkebajikan. Mengulas lanjut Salahudin bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas ucapannya itu yang secara tidak langsung mengakui PAS berada di persada politik tanah air. "Apapun kita ucap terima kasih kerana menyebut tentang PAS dalam ucapan beliau. "Maknanya mereka akui PAS berada di persada politik negara," katanya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan