Wacana Perdana: Sejauh Mana Mencapai Matlamat?MALAM ini saya terpaksa menekuni mengikuti Wacana Perdana yang disiarkan secara langsung oleh
TvKelantan. Wacana itu berlangsung di Balai Islam Lundang, Kota Bharu. Diam tidak diam rupanya wacana sebegitu sudah beberapa siri diadakan.
Wacana malam ini menampilkan empat panelis, dua ahli politik, Saifuddin Nasution Ismail (PKR) dan Saifuddin Abdullah (Umno), manakala dua ahli akdemik yang tidak asing lagi Dr Abu Hassan Hasbullah dan Samsul Adabi Mamat.
Saya kurang cerat untuk mengatakan atau membuat penilaian apakah wacana pada malam ini terbaik atau tidak, mencapai matalamat atau sebaliknya berbanding dengan wacana sebelum ini, yang juga telah mengemukakan panalis dari berbagai bidang dan profesional masing-masing. Sebabnya bukan semua wacana itu saya berkesemapatan mengikutinya.
Berbicara mengenai wacana ini ada beberapa perkara yang hendak saya sebutkan. Pertama ialah dari wacana ini yang turut mengundang tokoh atau pemimpin Umno menunjukkan keterbukaan kerajaan Pas di Kelantan. Kerajaan Pas pimpinan Nik Aziz Nik Mat bukan jumud dan menutup pintu perbincangan (berjemak berkira) hatta dengan parti lawan.
Kalau hendak dikatakan dinamik inilah sikap dinamik sebuah kerajaan yang diingini oleh rakyat. Cara kerajaan Pas membuktikan ia sebuah kerajaan yang tidak menutup minda rakyat dengan kain hitam atauu kelir putih. Sesuatu tindakan yang perlu dipuji dan dicontohi.
Apa lagi kalau dibandingkan dengan sikap dan perangai Umno yang tidak memberi peluang sedikitpun untuk tokoh-tokoh Pas, PKR atau DAP tampil dalam media yang menjadi penjilat buntut mereka, kecualilah bila ada isu yang diperhatikan oleh dunia antarabangsa barulah media UBN bergegas mencari tokoh pembangkang untuk menjadi ahli panel dalam apa-apa forum di tv.
Kalau untuk membincangkan topik-topik seperti malam ini
PRU: BN atau PKR jauh panggang dari api. Media milik UBN tidak berani untuk memberi peluang seadilnya untuk membentangkan hujah masing-masing. Rasa tidak salah kalau UBN meniru pendekatan kerajaan Kelantan ini. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Saifuddin Abdullah yang menjadi ahli panel boleh menceritakan hal ini kepada induknya di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan Samsul Adabi Mamat bolehlah bercerita sejujurnya didalam bilik kuliyah macam mana keterbukaan kerajaan negeri kelhirannya.
Itu perkara pertama yang hendak saya
react yang kedua ialah mengenai sejauh mana wacana seperti itu memberi manfaat untuk Pas sendiri. Apakah Pas atau Urusetia Kerajaan Negeri yang menjadi pengajurnya ada membuat kajian mengenai untung dan rugi. Kalau ia boleh mencambahkan minda sejauh manakah percambahan itu akan membawa politik baru di Kalantan khasnya.
Mendengar sorakan dan suara mengejek para penonton terhadap isu-isu yang dibangkitkan panelis Umno yang tidak serasi dengan mereka, saya kira maksud politik terbuka itu masih belum tercapai lagi. Walaupun penonton sukar untuk disiplin tetapi dengan sudah berlangsung beberapa siri wacana sedemikian seharusnya sikap negatif itu tidak berlaku lagi.
Sesudah menontonnya saya mengirimkan
SMS kepada Dr Mohamed Fadzli Hassan selaku Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi yang bertanggungjawab mengawal dan menguruskan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Saya minta beliau membuat kajian mengenai pencapaian wacana berkenaan dalam beberapa aspek. Pertamanya sejauh mana ia memberi keuntungan politik kepada Pas. Kerana saya tengok ada jawaban dan kupasan dari wakil Umno boleh memerangkap Pas.
Keduanya golongan atau kelompok mereka yang hadir itu. Apakah ianya terdiri dari orang atas pagar, Umno atau 90 peratus adalah orang Pas. Kalau golongan kehadiran ini tidak pernah berubah dari wacana pertama hingga kini rasanya program itu tidak banyak memberi input dan boleh mengubah minda politik sebalik ianya hanya mampu mepamirkan keterbukaan kerajaan Pas saja.
Begitu perlu ada kajian terhadap mereka yang hadir itu dari segi takah usia dan juga apakah mereka terdiri dari agen parti yang boleh mengutip apa-apa maklumat dari forum tersebut dan disebarkan ke bawah.
Apa yang saya bimbangkan wacana itu boleh mengelirukan para pendengar. Mislanya penutupan dibuat oleh moderator Dr Mohamad Agus Yusuf kurang menyenangkan apabila beliau cuba menyimpulkan yang Pakatan Rakyat masih belum mampu untuk membentuk kerajana pada pilihan raya ke 13 berdasarkan beberapa fakta yang diberikan.
Penutup atau
key word seperti itu tidak memberi kebagusan kepada Pas apa lagi pandangan itu dari seorang ahli akademi yang bergelar Prof Madya seperti Agus.
Justeru satu kajian atau soal selidik boleh dilakukan oleh pihak Urustia Penerangan Kerajaan Kelantan atau apa-apa unit terhadap beberapa aspek yang disebut tadi untuk menilai sejauh mana keberkesanan, untung dan rugi wacana seperti itu. Tidak ada guna ia hanya indah di mata tetapi tidak memberi banyak manfaat.
Apapun wacana berkenaan saya lihat satu program baru Pas Kelantan dalam memberi maklumat kedua belah pihak oleh kerajaan Kelantan. Wacana itu bersifat adil dan telus yang diserahkan kepada rakyat (pendengar) untuk menilainya. Yang kena disoalkan apakah pendengar sudah matang untuk menilainya atau pun terus menelan apa yang diberikan.
Atas adanya pembaharuan ini menerusi prgoram ini diucapkan tahniah kepada Pas kerana sekali lagi kerajaan Kelantan mendahului negeri-negeri lain yang dikatakan lebih berkemapuan untuk mengadakan program seperti itu. Tahniah sekali lagi kepada Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi dan Dakwah Dr Mohamed Fadzli Hassan dan pengarah wacana Bhaiqi Atikullah.
[wm.kl.12:00 t/mlm 09/11/12]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan