Blog-list Malaysia |
- Zahid diminta dedah hubungan dengan Papagomo
- Perkasa nak buat hura-hara di Ceramah Mat Sabu malam ini
- Zahid Hamidi Berbohong Tentang Papagomo
- Papagomo Kantoi Lagi.. Zahid Nafi Kehadiran Kaki Fitnah Itu Menyelam Bersama Scorpene
- Kapal selam: Jangan percaya putar belit media BN
- Felda - Isa Samad Patut Disuruh Bercuti Juga
- Hentikan politik ugutan!
Zahid diminta dedah hubungan dengan Papagomo Posted: 10 Dec 2011 10:27 PM PST Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi didesak menjelaskan kepada rakyat, apakah keistimewaan yang dimilik penulis blog Papagomo sehingga dibenar menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak, Jumaat lalu. Dalam kenyataan medianya, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata, kehadiran penulis blog pro-Umno dalam kapal selam berkenaan telah membuktikan bahawa Zahid yang juga naib presiden Umno telah berbohong. Beliau sebelum ini dilaporkan berkata tidak ada penulis blog yang dibenarkan menaiki kapal selam itu melainkan wartawan Bernama dan TV3 yang turut disertai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua timbalannya. "Keistimewaan yang dimiliki Papagomo adalah jelas membuktikan salah guna kuasa, dan menteri pertahanan mesti menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang pembohongannya dan hubungan intimnya dengan blogger Umno itu," katanya. Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak". Dalam pos blognya semalam, beliau juga mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara. Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis makan malam amal PKR di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi juga mempersoal tindakan kementerian pertahanan itu. Menurut Anwar tindakan membawa penulis blog itu mungkin menjejaskan keselamatan negara dan beliau mahu pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan. |
Perkasa nak buat hura-hara di Ceramah Mat Sabu malam ini Posted: 10 Dec 2011 10:08 PM PST SAMM, Unit Amal Sedia ! Adakah kumpulan seperti Perkasa di negeri yang kononnya terkuat Umno akan mengganggu program ceramah dan juga program penghijrahan ahli Umno ke Pakatan Rakyat di Muar malam esok? Kumpulan-kumpulan upahan ini pada asalnya akan mengganggu program ceramah Mat Sabu di atas alasan menyampaikan memorandum kepada Timbalan Presiden PAS yang terkait isu komunis. Tetapi setelah semboyan SAMM berbunyi untuk turun ke Muar bersama semangat ABU, kita tidak pasti samada Perkasa akan hadir untuk membuat kacau ataupun tidak. Jika mereka hadir untuk menyerahkan memorandum, kami akan memberi laluan dengan etika dan syarat yang ditentukan. Samada terus serah kepada Mat Sabu begitu sahaja, ataupun diberi pula ruang untuk berdebat dengan Mat Sabu mengenai apa yang tertulis dalam memo tersebut? Sama-sama kita tunggu. Namun jika mereka hadir dengan kain provokasi kain rentang yang menghina seperti di Rembau, maka seperti Rembau jugalah kesudahannya. Mereka ini terdesak mengganggu majlis yang memperlihatkan rakan-rakan Umno menyambut baik kempen ABU dengan meninggalkan parti dinasor itu. Lebih buruk, mereka terlalu bacul untuk berdepan ketika SAMM dan Unit Amal sedia mempertahankan pengunjung program seperti yang berlaku di Segamat. Inilah sikap Umno yang berada di penghujung nyawa. Meroyan tak bertempat ! Bawa najis buat hadiah lah, bagi penyapu lah. Umno sudah tidak relevan sama sekali ! Di bawah ialah kenyataan SAMM Johor mengenai program ceramah malam esok yang dijangka akan diganggu Umno/Perkasa. Kenyataan khas yang menyentuh sikap buas Umno menggunakan anak muda hanya kerana mereka tidak berani berdepan dengan 'ruas' rakyat. Sebelum menelaah kenyataan di bawah, ingin saya membuat panggilan kepada semua komrad SAMM, Unit Amal dan semua penggiat politik yang menyokong Pakatan Rakyat dan kempen ABU, supaya dapat turun mempertahankan rakyat. Ini kerana, polis berhemah dwi-standard dijangkakan akan terlepas pandang dalam menjalankan tugas. Berikut adalah venue dan tentatif program; Tarikh : 11 Disember 2011 (Ahad) Tempat : Pejabat PKR Ranting Sg Balang, Parit No 3, Parit Yusof, Muar Johor. Penceramah: Abg Mat Sabu, DS Chua Jui Meng, che'GuBard Jom hadir sama untuk melihat sejarah - Umno/Perkasa lari lintang pukang seperti di Rembau, tetapi kali ini Umno/Perkasa dihambat dalam negeri sendiri kerana kebiadapan mengganggu majlis maklumat dan ilmu. EDYES Pengarah Propaganda SAMM Kenyataan Umum Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) 10 Disember 2011 Hentikan Politik Ugutan, Raikan Demokrasi dan Jangan Lacurkan Anak Muda. Semalam beberapa akhbar memetik kenyataan dan laporan Polis oleh beberapa NGO dan Pemuda UMNO Bakri berhubung bantahan mereka terhadap program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Muar pada 11 Disember 2011. Atas prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, SAMM Johor menyambut baik langkah NGO tersebut menghantar memorandum mereka kepada penganjur, namun kami turut berpendirian agar mereka turut menghormati hak parti-parti politik selain UMNO/BN untuk mengadakan aktiviti dan program mereka di kawasan premis mereka sendiri. Sebelum ini, dalam beberapa siri Ceramah Mohamad Sabu di Negeri Johor telah berlaku provokasi dan gangguan tindakan tidak bertamadun oleh sekumpulan anak muda. Sehubungan itu, SAMM Johor menyeru UMNO/BN untuk tidak lagi mempergunakan anak muda untuk tujuan politik samseng mereka. Jangan mengotori minda anak muda Muar dengan anasir politik sempit, politik samseng dan politik ugutan anda. Baru-baru ini juga dalam aksi perarakan peguam di Taman Tasik Perdana yang berkisar menolak Bil Perhimpunan Aman, anak muda sekali lagi digunakan untuk membuat provokasi yang mengelirukan. Sekumpulan anak muda dipercayai diupah oleh Umno, cuba untuk turut sama berarak dan telah mengenakan seragam baju kuning kononnya mewakili seketariat BERSIH. Lebih pelik, kumpulan anak muda tersebut turut memegang sepanduk yang menyokong 'pesta seks bebas'. Ini sama sekali satu taktik jahat yang mengundang fitnah dan anak muda tidak terlepas dari menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab. SAMM Johor dengan tegas menyatakan bahawa kami tidak akan bertoleransi dengan pihak-pihak yang menjajah minda anak muda dengan anasir politik sebegini. Seharusnya, UMNO dan Parti Politik yang ada di Malaysia mendidik anak muda untuk berpolitik secara matang, secara ilmiah sebagai pewaris masa depan negara bukannya melakukan tindakan sembrono yang membonsaikan pemikiran masyarakat khususnya anak muda. Sebagai penggerak anak muda, SAMM selain berperanan melahirkan anak muda berkualiti, SAMM juga berpendapat anak muda sepatutnya didedahkan dengan aktiviti yang lebih mendatangkan manfaat kerana golongan inilah yang menjadi pelapis kelangsungan negara, bukan diajar menjadi samseng dengan upah semurah RM10. Jangan hina anak muda dengan tawaran yang tidak bermaruah. Umno jangan lacurkan anak muda. Hujah biarlah dilawan dengan hujah. Namun jika keras yang dijual maka keras jugalah yang dibeli. Jika baik budi bicara, kami anak muda sedia memberi laluan agar memorandum selamat sampai kepada yang dituju, dengan etika dan syarat yang ditentukan. Tetapi jika kehadiran mereka ini jelas lagi terang hanya untuk mengacau majlis rakyat, kami anak muda SAMM sentiasa bersedia di barisan hadapan, begitu juga dengan unit amal serta aktivis-aktivis Pakatan Rakyat lain. Adalah menjadi tugas anak muda untuk memastikan keselamatan orang ramai ketika kemungkinan pihak berkuasa 'terlepas pandang' dalam menjalankan tugas. Justeru itu, SAMM Johor akan menggerakkan kesemua aktivis untuk membantu pihak penganjur dalam menjaga keselamatan lokasi program daripada terjadinya tragedi-tragedi seperti di Segamat, Labis dan Pasir Gudang baru-baru ini. Ramai yang tidak lupa peristiwa di Rembau memperlihat bagaimana Perkasa dan Umno lari lintang pukang berkilometer jauhnya, ketika ratusan komrad SAMM, Unit Amal dan aktivis Pakatan Rakyat menggempur si pengganggu majlis. Akhir, SAMM Johor sekali lagi menyeru UMNO Muar dan NGO tajaannya untuk menghormati lunas-lunas demokrasi seperti yang telah ditunjukkan oleh pihak penganjur program yang sudi menerima memorandum anda. Serta, jangan racuni pemikiran anak muda Muar dengan permainan politik kotor, politik ugutan dan politik samseng. Keras lawan keras, api lawan API !! Ahmad Anwar Asyraf Penyelaras SAMM Johor www.anakmudamalaysia.com Sumber di sini |
Zahid Hamidi Berbohong Tentang Papagomo Posted: 10 Dec 2011 07:37 PM PST Tindakan Kementerian Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk menaiki kapal selam Scorpene mungkin menjejaskan keselamatan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu. Walau bagaimanapun, menurut Anwar kehadiran penulis blog pro-Umno di kapal selam Scorpene itu mungkin telah menyebabkan keselamatan negara dikompromi. Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak". Dalam pos blognya semalam, beliau mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara. Sambil memidas, penulis blog yang disifatkan oleh Anwar sebagai tali barut Umno, katnya, mereka bertindak seolah-olah tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang negara. Anwar yang juga ketua umum PKR berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi. Apabila diberitahu bahawa wartawan, selain wartawan Bernama dan TV3, media lain dihalang daripada menyertai rombongan itu, Anwar berkata perkara itu membuktikan kata-katanya bahawa ada orang yang di atas undang-undang". "Semua serangan keji yang dilakukannya (Papagomo) ke atas orang lain kerana sedar dirinya di atas undang-undang," kata Anwar. Justeru, kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas. Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu. |
Papagomo Kantoi Lagi.. Zahid Nafi Kehadiran Kaki Fitnah Itu Menyelam Bersama Scorpene Posted: 10 Dec 2011 05:35 PM PST ZAHID Nafi PAPAGOMO Turut Serta Dalam Lawatan SCORPENE Blogger kontroversi pro-Umno Papagomo turut berada di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak tempoh hari, bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang Timbalan - Mansor Othman dan P Ramasamy. Dalam posting blognya bertajuk "Guan Eng Nenen Perlekehkan Kemampuan Anak Anak Kapal KD Tun Razak", Papagomo berkata Ketua menteri mengeluarkan kenyataan negatif tentang kapal selam tersebut, apabila dia menaiki di atas jemputan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi. Beliau menyatakan rasa berbesar hati kononnyal mendakwa dia adalah blogger pertama yang dibenarkan menaiki kapal selam tersebut. Di dalam blognya juga turut memasukkan gambar-gambar persekitaran kapal selam tersebut. Beliau memberi contoh laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Lim sebagai berkata tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam" Apa jenis kenyataan yang Guan Eng ini keluarkan? Sudah mengakui keupayaan KD Tun Razak namun cuba SPIN mengenai kos Kapal Selam Scorpene. Papagomo, si pendedah fitnah pita seks Anwar Papagomo dikenali sebagai blogger yang mengeluarkan posting yang kebanyakannya menghentam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Dia terkenal kerana mendedahkan gambar-gambar mangsa yang kononnya dikatakan menerima gangguan seksual daripada anak Lim Guan Eng yang berusia 16 tahun, tetapi akhirnya terbukti ia tidak benar dan menerima kecaman secara terbuka di atas fitnah itu. Papagomo juga telah menyiarkan klip video seks fitnah terhadap Anwar - penasihat PKR - yang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur pada awal tahun ini, tetapi kemudian menukar dakwaan-dakwaan tersebut. Baru-baru ini, seorang lagi penulis blog Amin Iskandar, membuat laporan polis terhadap Papagomo kerana postingnya yang mendakwa Amin telah diliwat oleh Anwar. Papgomo berkata semasa pelayaran selama lima jam di dalam kapal selam semalam, beliau telah bertanyakan kepada anak-anak kapal tentang segala-galanya yang berkaitan dengan kraf, butiran-butiran yang disimpan oleh Tentera Laut dan dianggap sebagai "rahsia kerajaan". "Ada beberapa perkara yang Gomo boleh maklumkan dan ada perkara-perkara yang Gomo tidak boleh nyatakan di atas kepentingan tentera laut di negara ini," katanya. "Apa yang pasti Harga Kapal Selam yang dibeli Kerajaan adalah yang terbaik dengan meliputi Skop Skop kepentingan STRATGIK buat negara yang tidak dapat Gomo nyatakan malah TLDM juga menyimpan segala maklumat SULIT berkaitan Kapal Selam Scorpene ini.," katanya. Papagomo juga turut mempersoalkan bagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang telah merasai layanan istimewa Tentera Laut sedangkan ada pemimpin kerajaan yang tidak menikmati pengalaman menaiki kapal selam tersebut seperti mereka rasai. Beliau turut mengkritik DAP kerana agenda mereka yang "jelas" untuk menjejaskan keselamatan negara, dan bertindak sebagai proksi bagi negara asing terhadap Malaysia. Papagomo turut mendedikasi dua posting khas pengembaraan Lim Guan Eng di dalam kapal selam Scorpene semalam, termasuklah posting semalam yang mendakwa Ketua Menteri itu 'mabuk laut'. Beberapa wartawan di atas kapal tersebut mengesahkan kehadiran blogger tersebut, tetapi Lim memaklumkan beliau tidak perasan kehadiran Papagomo. Walau bagaimanapun, Papagomo bukanlah satu-satunya blogger yang ada tempoh hari. Seorang lagi blogger pro-Umno, Zakir Mohammed, yang juga dikenalisebagai "Big Dog" turut dilihat bersama dengan Lim ketika beliau turun dari helikopter yang sama ketika pulang dari kapal selam tersebut ke lapangan terbang Lankawi sekitar 7:00 malam. Menurut saksi-saksi, Zakir turut berada di atas bot yang menuju ke kapal selam dari kapal frigat yang berlabuh jauh di luar pantai Langkawi, bagaimanapun beliau tidak menaiki Scorpene. Zakir juga menghadiri sidang akhbar di Lapangan Terbang Langkawi di mana Lim dan Zahid memberi taklimat kepada wartawan tentang perjalanan kapal selam. Tetapi semasa persidangan itu, apabila Zahid ditanyakan soalan sama ada terdapat mana-mana penulis blog yang turut bersama lawatan kapal selam tersebut, beliau menafikannya. "Jika kita membenarkan mana-mana blogger untuk pergi, orang lain akan minta juga," beliau berkata. Sumber - Pulakdah |
Kapal selam: Jangan percaya putar belit media BN Posted: 10 Dec 2011 08:44 AM PST Menyelam dalam Kapal Selam KD Tun Razak 21 buan selepas cabaran dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahan dan juga sama ada ia berbaloi berdasarkan harga pembeliannya RM3.68 bilion untuk dua kapal selam. "Bagaimanapun, dua fakta penantian 21 bulan dan keperluan pembelian dengan harga yang tinggi tidak diketengahkan oleh media utama dari Utusan Malaysia hingga ke Bernama, sebaliknya, pihak tersebut tidak malu memfokuskan kenyataan saya yang ingin mengesahkan pembelian dua kapal selam yang mahal," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan. Katanya, rakyat Malaysia tidak seharusnya percaya laporan media BN yang mana diputarbelit dan dirosakkan untuk membetulkan fakta penipuan bagi membantu BN berhadapan dengan pilihan raya akan datang. Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang juga ingin mengulangi soalan sebelum ini berhubung pemberian kontrak perkhidmatan atau "komisyen" kepada Perimekar Sdn Bhd. "Zahid telah mencabar saya di Parlimen pada 17 Mac 2010 untuk menyelam di dalam kapal selam tersebut bagi membuktikan bahawa ia (kapal selam) dapat menyelam apabila beliau tidak dapat memberikan jawapan terhadap desakan saya bahawa Kerajaan telah memulangkan kapal selam tersebut kepada pengeluar untuk digantikan dengan yang baru," katanya. Hakikatnya, kata beliau apabila seseorang membeli kereta baru dan mendapati ia terdapat kecacatan, anda akan bawa kereta tersebut ke pusat pembelian dan pohon yang baru. Bagaimanapun, jelasnya Zahid enggan menerima cadangannya dan mencabar untuk menyelam bersama kapal selam berkenaan. Katanya, beliau dengan segera menerima jemputan tersebut tetapi tanpa disedari ia perlu mengambil masa 21 bulan untuk Zahid memenuhi cabarannya. Menurutnya, sama ada kelewatan 21 bulan tersebut adalah disebabkan oleh kecacatan teknikal yang tidak dimaklumkan. Tambahnya, tiada pertikaian profesionalisme, kepakaran dan pengorbanan pasukan tentera laut kita di sini, termasuk pasukan kapal selam Malaysia. "Semua ketidakgembiraan kami adalah mengenai harga, PR dan rakyat Malaysia inginkan yang terbaik untuk pasukan tentera laut kita dan tidak pernah mempersoalkan perkhidmatan cemerlang pasukan terbabit kepada negara," katanya. Beliau berkata, Zahid tidak menyelam bersamanya sebagaimana dijanjikan ekoran beliau menyatakan bahawa terdapat tugas rasmi lain bersama Sultan Johor. Guan Eng dimaklumkan bahawa tiada blogger lain yang dibawa bersama. Pada awalnya, kata beliau blogger Papagomo sepatutnya dibawa bersama, tetapi beliau membantah. Ini, katanya kerana beliau tidak ingin berada di dalam kapal selam sama bersama seorang penipu yang membuli anak-anak muda, yang mana membuat kenyataan palsu seksual terhadap anak lelakinya berusia 15 tahun mencabuli rakan sekelasnya. "Saya tidak pernah berjumpa papagomo dan Zahid telah berjanji bahawa Papagomo akan dikeluarkan. Semasa menyelam, saya ternampak dua krew TV3 dan seorang wartawan Bernama," ujarnya. Tambahnya lagi, Zahid sepatutnya menjelaskan bahawa tidak menipunya dan juga pihak media. Bagaimanapun, katanya ekoran penglibatan wang awam sebanyak RM4.23 bilion di dalam pembelian dan penyelenggaraan 2 kapal selam tersebut, persoalan terus kekal berhubung kos pembelian tinggi dan pemberian kontrak perkhidmatan kepada syarikat yang tidak mempunyai rekod ataupun pengalaman di dalam membaiki dan menyelenggara kapal selam. Katanya, kerajaan BN perlu sedar bahawa ia bukan hanya membabitkan wang awam yang banyak berjumlah RM4.23 bilion, sebaliknya, keselamatan kelasi adalah amat penting bagi memastikan standard tertinggi atau keselamatan dan kawalan adalah diselenggara oleh pakar syarikat perpengalaman dengan trek rekod terbukti. HarakahDaily |
Felda - Isa Samad Patut Disuruh Bercuti Juga Posted: 10 Dec 2011 04:15 AM PST Pengarah Besar Felda Dzulkifli diarah cuti lapan bulan KUALA LUMPUR, 10 Dis – Felda yang menjadi perhatian sejak beberapa bulan lalu disebabkan isu kepimpinan dan penyenaraian, dijangka berhadapan dengan kontroversi baru ekoran arahan agar Pengarah Besarnya Datuk Dzulkifli Abd Wahab bercuti selama lapan bulan. Dzulkifli menerima surat berkenaan keputusan itu petang semalam. The Malaysian Insider difahamkan arahan itu dikeluarkan di sebalik dakwaan bahawa Dzulkifli, yang dilantik ke jawatan itu dua tahun lalu, tidak sehaluan dengan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dalam banyak perkara kontroversi, yang mendapat protes peneroka. Antara perkara itu termasuklah proses penyenaraian Felda Global Ventures yang akan dilaksanakan tahun depan, isu perjanjian pajakan tanah dan kepimpinan Isa sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) sendiri. Beberapa sumber rapat dengan Felda mengesahkan perkara tersebut sambil mendakwa ia memang mengejutkan banyak pihak. Kata mereka, perkembangan itu akan merumitkan lagi dilema yang menyelubungi para peneroka. "Saya dimaklumkan malam tadi bahawa Datuk Dzulkifli telah diarah bercuti selama lapan bulan, Datuk Dzulkifli terima surat petang semalam," kata sumber itu. "Saya juga ada bercakap dengan Datuk Dzulkifli, saya pun dapat maklumat yang sama," kata satu lagi sumber yang percaya ia satu langkah awal mahu menyingkirkan beliau dari Felda selain menyisihkan peranannya dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings. Penyenaraian itu akan menyebabkan 360,000 hektar tanah milik Felda Plantations dipajakkan. Proses itu juga akan melibatkan peranan KPF. Bagaimanapun Dzulkifli yang dihubungi pagi ini enggan mengulas mengenai perkara itu. "Tiada komen," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Beliau memberi jawapan yang sama apabila ditanya mengenai tindakan susulannya ekoran perkembangan tersebut. "Saya tidak mahu komen," katanya lagi. Dzulkifli yang telah 30 tahun berkhidmat di Felda sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Besar (Perusahaan Perladangan dan Pembangunan Kebun) agensi pusat itu. Sumber juga memberitahu, Isa yang mengetuai Felda sejak awal tahun ini telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar campur tangan dalam 'kontroversi' semasa agensi berkenaan dan permintaan itu telah diluluskan. "Maklumat yang saya terima menunjukkan surat mengenai arahan bercuti dikeluarkan menerusi setiausaha sulit kanan perdana menteri, sebab Felda terletak di bawah penyeliaan Jabatan Perdana Menteri," kata sumber itu dan menambah bahawa surat arahan itu walaupun dikeluarkan semalam tetapi bertarikh 21 November lalu. "Bermakna tarikh kuat kuasa surat telah dipercepatkan, proses penyenaraian akan dijalankan semasa beliau bercuti" katanya lagi. Proses penyenaraian di Bursa Saham dijadual akan dilaksanakan pertengahan tahun depan. Isu terbaru ini muncul kira-kira dua minggu selepas Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Shamsuddin Othman meminta Isa memohon maaf atas alasan telah menghina beliau pada satu majlis terbuka. Isa menegaskan beliau tidak akan meminta maaf. Shamsudin, 59, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka Wilayah Johor Bahru, merupakan satu-satunya wakil peneroka yang berada dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda. Konfrontasi antara peneroka dengan Pengerusi Felda bermula apabila Isa didakwa dilantik secara 'kontroversi' menjadi pengerusi KPF dengan mengetepikan Zulkifli dan perkembangan itu menyebabkan kepimpinan Felda terpecah dua kepada dua kelompok. Sebelum ini, Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) melancarkan kempen mendakwa Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli KPF dan keahliannya dalam koperasi adalah bertentangan dengan undang-undang disebabkan jawatan beliau sebagai pengerusi koperasi hanya bertaraf kontrak. Undang-Undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF ialah peneroka Felda, isteri dan anak-anak dan juga kakitangan Felda yang berstatus tetap. Anak telah membawa kes berkenaan ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia. |
Posted: 10 Dec 2011 02:16 AM PST Perkasa Negeri Sembilan lari lintang pukang berkilometer jauhnya, ketika ratusan komrad SAMM, Unit Amal dan aktivis Pakatan Rakyat menggempur mereka. PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) cawangan Johor berikrar untuk menggerakkan semua aktivis untuk membantu pihak penganjur dalam menjaga keselamatan lokasi program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu di Muar esok, 11 Disember. "Sehubungan itu, kami menyeru Umno-Barisan Nasional (BN) untuk tidak lagi mempergunakan anak muda untuk tujuan politik samseng mereka. "Jangan mengotori minda anak muda Muar dengan anasir politik sempit, politik samseng dan politik ugutan anda," tegas Ahmad Anwar Asyraf Ismail, penyelaras negeri SAMM Johor dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau berkata langkah ini diambil bagi mengelak trajedi yang berlaku di Segamat, Labis dan Pasir Gudang baru-baru ini berulang kembali. "Ramai yang tidak lupa bagaimana Perkasa Negeri Sembilan lari lintang pukang berkilometer jauhnya, ketika ratusan komrad SAMM, Unit Amal dan aktivis Pakatan Rakyat menggempur si pengganggu majlis. Oleh itu, SAMM Johor sekali lagi menyeru Umno Muar dan NGO tajaannya untuk menghormati lunas-lunas demokrasi seperti yang telah ditunjukkan oleh pihak penganjur program yang sudi menerima memorandum mereka. Ujar beliau, "jangan racuni pemikiran anak muda Muar dengan permainan politik kotor, politik ugutan dan politik samseng. Tetapi jika kehadiran mereka ini jelas lagi terang hanya untuk mengacau majlis rakyat, kami anak muda SAMM sentiasa bersedia di barisan hadapan. "Begitu juga dengan unit amal serta aktivis-aktivis Pakatan Rakyat lain. Adalah menjadi tugas anak muda untuk memastikan keselamatan orang ramai ketika kemungkinan pihak berkuasa 'terlepas pandang' dalam menjalankan tugas," katanya. Semalam beberapa akhbar memetik kenyataan dan laporan polis oleh beberapa NGO dan Pemuda Umno Bahagian Bakri berhubung bantahan mereka terhadap program ceramah Mohamad @ Mat Sabu di Muar esok. Ahmad Anwar menerangkan bahawa atas prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, SAMM Johor menyambut baik langkah NGO tersebut menghantar memorandum mereka kepada penganjur. "Namun kami turut berpendirian agar mereka turut menghormati hak parti-parti politik selain Umno-BN untuk mengadakan aktiviti dan program mereka di kawasan premis mereka sendiri," tambahnya. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan