Khamis, 22 Disember 2011

Biaqpila

Biaqpila


Gambar lucah Adam Adli? Disebar pencacai UMPORNO..

Posted: 22 Dec 2011 05:11 AM PST



UMNO dan Porno berpisah tiada.. satu cogankata yang dirasakan amat sesuai untuk UMNO dan para pencacainya terutamanya Blogger belaan mereka..


Kebiasaannya apabila seseorang itu tidak sehaluan dengan perjuangan mereka, karakter mereka akan cuba dimusnahkan oleh Blogger belaan UMNO dengan menyiarkan gambar-gambar yang bersifat lucah kononnya gambar tersebut adalah individu yang tidak sehaluan dengan mereka.

Biarpun kemungkinan ia adalah fitnah bagi mereka itu tidak mengapa, asal mereka puas lagipun tiada undang-undang yang bakal menghalang tindakan mereka..

Serangan biasanya akan dimulakan oleh Ikon Fitnah 1Malaysia iaitu Papagomo tetapi kali ini Ikon Arak 1Malaysia iaitu Parpukari mengambil alih tugas beliau..

Perlu diketahui.. Ikon Arak ini juga telah menipu teman-teman seperjuangannya.. sila baca di (SINI)



Photobucket
Photobucket



Sumber: darisungaiderhaka

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Sewa bilik RM50 untuk maksiat

Posted: 21 Dec 2011 08:00 PM PST



DUNGUN – Tindakan seorang gadis sunti yang masih menuntut di institutsi pengajian tinggi awam (IPTA) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara bersama pasangannya membawa padah apabila bilik penginapan mereka diserbu pihak berkuasa, awal pagi kelmarin.

Menyedari bilik mereka didatangi tetamu tidak diundang kira-kira jam 1.50 pagi itu, teman lelakinya yang juga seorang rakan sekolej dikatakan nekad terjun melalui tingkap lalu terjatuh di atas bumbung sebuah kenderaan yang di letakkan di ruang letak kereta di bangunan terbabit sebelum berjaya melarikan diri.

Siasatan awal ke atas gadis terbabit mendapati, dia mendaftar masuk ke bilik hotel yang disewa dengan kadar RM50 itu kira-kira jam 5 petang selepas turun dari bas ekspres di tempat hentian bas berdekatan.

Ketika ditemui, gadis berasal dari Klang, Selangor itu memberitahu, dia menyewa bilik hotel murah itu untuk bertemu teman lelakinya.

Gadis berusia 19 itu turut mengakui dia mula menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya yang melarikan diri dari bilik hotel itu sejak dua tahun lalu dan sempat melakukan adegan panas bersama pasangannya sebelum bilik mereka diserbu pihak berkuasa.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka kali pertama menginap di hotel terbabit akhirnya memerangkap dirinya setelah dicekup pihak berkuasa jabatan agama.

"Saya terkejut apabila bilik saya tiba-tiba diketuk pada waktu awal pagi, tak sangka pula diserbu pencegah maksiat, saya ingat hotel itu selamat,

"Bagaimanapun ketika berada di bilik itu, saya sempat melakukan beberapa adegan panas, dan nyaris melakukan hubungan seks dengannya, nasib baik saya sempat menolak keinginannya untuk menodai saya," katanya yang merupakan penuntut semester empat Diploma Perakaunan di sebuah IPTA.

Ketika ditanya mengenai nasibnya selepas pihak pengurusan IPTA mendapat tahu kes membabitkan dirinya, remaja terbabit memberitahu dia kini buntu memikirkan perkara itu, apatah lagi dia hanya menunggu dua semester lagi untuk memastikannya mendapatkan segulung diploma seperti yang dicita-citakan.

"Saya tidak berniat untuk melakukan perkara sumbang.

"Saya benar-benar menyesal, jika diberi peluang, saya bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi, berilah saya peluang terakhir," katanya.

Dia dibawa ke pejabat Unit Penguat kuasa Syariah untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan selepas dijamin oleh ibu bapanya.

Anak sulung daripada dua beradik itu bagaimanapun bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan khalwat mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 manakala teman lelakinya yang berjaya melarikan diri itu sudah dikenal pasti identitinya dan kini sedang diburu pihak penguat kuasa syariah untuk tindakan selanjutnya.

SH


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KHAIRY GAGAL HALANG SAMAN FITNAH ANWAR

Posted: 21 Dec 2011 03:58 PM PST



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk membatalkan saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu di dalam kamar di hadapan peguam yang mewakili Khairy, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam Sulaiman Abdullah dan J. Leela yang mewakili ketua pembangkang itu.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Muhammad Shafee berkata hakim menolak permohonan Khairy (kiri) atas alasan kes itu bukan suatu kes yang jelas dan nyata untuk dibatalkan.


Beliau berkata hakim juga memerintahkan anak guamnya (Khairy) membayar RM7,000 sebagai kos kepada Anwar.

Katanya dengan keputusan itu, saman itu akan menjalani perbicaraan penuh.

Pada 21 Februari tahun ini, Khairy memfailkan permohonan itu menyatakan saman itu adalah remeh dan menyusahkan dan melanggar proses mahkamah.

Pada 7 Mac 2008, Anwar, 64, memfailkan saman terhadap Khairy, mendakwa Khairy ketika menjadi naib ketua Pemuda Umno telah mengeluarkan perkataan memfitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' dimuatnaik di laman-lamanweb termasuk Malaysiakini.com.

Anwar mendakwa klip video yang dimuat naik di Malaysiakini.com mengandungi perkataan memfitnah oleh Khairy ketika berceramah di Lembah Pantai di ibunegara pada 20 Februari 2008.

Beliau berkata perkataan memfitnah itu antara lain bermaksud dirinya terlibat dalam kegiatan yang bercanggah dengan ajaran Islam, tidak bermoral dan tidak layak untuk memegang jawatan politik dan jawatan lain.

Anwar (kanan) memohon gantirugi teruk dan teladan RM100 juta serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Khairy, dalam pernyataan pembelaannya difailkan pada 8 Oktober tahun lepas berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Katanya sebagai naib ketua Pemuda Umno, beliau mempunyai tanggungjawab undang-undang, moral dan sosial kepada orang awam dan masyarakat Melayu dan orang awam mempunyai hak yang setara dengan penerimaan maklumat mengenai perkara-perkara yang mempunyai impak ke atas kebajikan sosial, ekonomi dan politik.

kl-today


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: