Selasa, 20 Disember 2011

Biaqpila

Biaqpila


ADUN DAP Bukit Gasing meninggal dunia

Posted: 20 Dec 2011 02:00 PM PST


20 December 2011

KUALA LUMPUR, 20 DIS – DAP hari ini mengucapkan takziah terhadap keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Gasing, Edward Lee, yang meninggal dunia akibat barah kolon pagi tadi.

Lee, 61, menghembuskan nafas terakhir berikutan barah yang telah merebak ke hati dan tulangnya.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, beliau terkejut dan sedih dengan pemergian Lee.

"Takziah kepada keluarga beliau. Malaysia telah kehilangan seorang patriot yang tekun dan rajin. Rest in peace," katanya melalui mesej Twitter.

Lee memenangi kerusi DUN Bukit Gasing dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket DAP setelah menewaskan calon penyandang Gerakan Datuk Dr Lim Thuang Seng dengan majoriti 8,812 undi.

Sebelum itu, mendiang adalah aktivis alam sekitar di Petaling Jaya, khususnya bergiat untuk menyelamatkan Bukit Gasing untuk dikekalkan sebagai kawasan hijau di Selangor.

Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok berkata, Lee yang beliau kenal merupakan seorang yang jujur dan perihatin terhadap masyarakat khususnya golongan yang tidak bernasib baik.

"Takziah kepada keluarga beliau, semoga tabah dan kuatkan azam terhadap mendiang," katanya.

Lee merupakan Pembantu Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong.

Mendiang juga merupakan salah seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat). – Roketkini.com




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SURAT BUAT ABANG LUDAH

Posted: 20 Dec 2011 04:00 AM PST



Abangku sayang,

Biasanya, surat terbuka yang saya tulis didalam blog ini adalah dalam bahasa Inggeris, kerana, sebagai penutur bahasa Melayu yang sangat fasih, saya gusar saya akan menggunakan perkataan kasar/pasar yang mungkin dapat mengguris perasaan. Namun, melihatkan kepada keadaan abang yang sedikit ganas dan kelihatan tidak berbudi bahasa, saya gusar abang terdiri dari golongan yang tidak begitu memahami bahasa Inggeris, maka, saya terpaksa mengutuskan warkah ini dalam bahasa Ibunda.

Sebelum saya meneruskan tulisan ini, molek kiranya jika abang berkenalan dengan saya, saya Muhammad Qusyairi Hashim, pelajar tahun ketiga Jurusan Sains di sebuah universiti di Pantai Timur Malaysia dan merupakan seorang manusia yang don't give a damn mengenai politik (baca : politik Barisan Nasional dan Pembangkang).

Namun, saya begitu minat dengan aspek politik (baca : ilmu pentadbiran dan falsafah bermula dari zaman Aristotle hingga kini). Saya harap abang faham mengenai saya sehingga perenggan ini, saya dengan sedaya upaya telah menggunakan bahasa mudah supaya abang faham apa yang ingin saya katakan. Sebelum saya terlupa, jika abang tidak tahu, Aristotle adalah ahli falsafah Greek yang juga anak murid kepada Plato. Jika abang tidak tahu siapa Plato, sila guna Wikipedia (Wikipedia adalah enjin carian maklumat atas talian).

Abang,

Tindakan untuk "meludah" itu adalah satu tindakan yang tidak baik samada untuk dilakukan ataupun sekadar dikatakan. Saya yakin ibu abang ada mengajar perkara sedemikian, abang tak perlu ke universiti untuk belajar perkara berkenaan, kerana jika perkara itu diajar di universiti, saya maafkan abang, kerana saya faham. Dari sudut adat dan budaya, tindakan ini dikira sangat biadap, abang yang diklasifikasikan sebagai seorang big bro (maksudnya abang yang agak tua, bukan bermaksud abang besar) dikira memberi contoh yang tidak baik kepada adik-adik kecil seperti kami.

Walaupun mungkin tahap pendidikan kita berbeda, saya yakin, kami mampu menghormati abang sebagai seorang yang lebih tua. Bila bercakap isu meludah ni, teringat zaman kecil-kecil (lima tahun kebawah), kalau saya nak meludah, mesti ada saudara yang lebih tua akan cakap nak tampar, dulu saya tak faham kenapa, namun kini saya faham, mungkin saudara saya tidak mahu saya menjadi seperti abang.

Bercakap mengenai isu tampar-menampar pula, abang sedar apa yang abang lakukan? (Tulisan selepas ayat ini akan sedikit ilmiah, saya harap abang cuba untuk memahami, secara jujur, sebagai pelajar sains, saya kurang yakin dengan fakta undang-undang saya, sila betulkan jika ada kesalahan).

Abang sebenarnya telah melakukan satu bentuk ugutan untuk mencederakan, yang mana, menurut Seksyen 503 Kanun Keseksaan, abang boleh dikenakan hukuman penjara dari 2 tahun hingga 7 tahun beserta denda. Takut tu bang, abang pernah tengok Shawshank Redemption tak? Kat penjara, orang kena liwat pun ada tau.

Abangku sayang,

Saya ada terperasan yang abang kata abang dengan abang/pak cik lain kat dalam video tu semua panglima-panglima perang. Saya rasa, mungkin abang tak pernah tengok cerita 300 (saya boleh terima alasan abang tak pernah tengok cerita tu, dah la bahasa Inggeris, cerita pasal sejarah, mungkin abang tak faham), jadi saya akan cerita sedikit. Fakta asas sebelum jadi panglima, yang mana abang memang fail adalah BMI, saya rasa sedikit lucu bila orang besar nak jadi pahlawan. Kalau zaman dulu, mungkin orang besar boleh jadi pahlawan, kita jadikan sebagai Minotaur, tapi sekarang tak boleh. Kurang-kurang nak jadi askar, badan mesti macam Que Haidar dalam Misteri Jalan Lama

Kemudian, abang, saya suka dengan statement abang yang berbunyi macam ni, (lebih kurang);
"Hantar kamu belajar untuk jadi mahasiswa, bukan untuk jadi kuda Anwar Ibrahim, kuda pembangkang"

Cara abang cakap, seakan-akan UMNO yang bagi kami belajar. Abangku sayang, mungkin abang tidak belajar politik dan pentadbiran, yang bagi kami belajar, bukan UMNO atau Barisan Nasional, tapi, yang bagi kami belajar adalah kerajaan. Nanti, saya tahu, mesti abang cakap saya macam bodoh cakap macam ni, tapi takpe, kalau saya free, saya akan bersama abang untuk tunjukkan perbezaan antara Barisan Nasional dan Kerajaan Malaysia, lagipun, yang ni memang topik kegemaran saya untuk tunjukkan perbezaan kedua-duanya.

Tapi, abang jangan rasa down, bukan abang seorang je yang tak tahu pasal perbezaan ni, saya yakin, menteri pun ada tak tahu, jadi, abang taklah dikira bodoh sangat.
Dan ini mungkin perenggan terakhir, berkenaan komen abang yang kami semua ni otak letak dekat kepala lutut. Pertama, abang kena tahu, otak posisinya di kepala bukan di lutut, tapi, macam saya cakap tadi, saya tak salahkan abang untuk tidak mengetahui, sebab bukan semua orang belajar biologi kan? Dan, kalau abang tak tahu, Biologi adalah kajian terhadap benda hidup. Datang dari perkataan Latin bio dan logosyang bermaksud kajian terhadap benda hidup.

Kedua, abang kena sedar, apa golongan-golongan yang mempunyai otak dekat kepala lutut ni telah lakukan, jom kita tengok apa orang-orang ni lakukan ;

Mewakili Malaysia dan memenangi pelbagai hadiah untuk Pertandingan Kajian dan Inovasi serata dunia.

Memartabatkan bahasa Melayu dengan pertandingan-pertandingan debat dan Pidato peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Mewakili Malaysia ke Pertandingan-pertandingan kebudayaan dunia demi menaikkan dan menonjolkan seni negara.

Mengelilingi segenap pelusuk dunia, demi memperkenalkan Malaysia.

Mewakili Malaysia dalam menjadi suara-suara muda di konvensyen-konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan badan-badan dunia lain.

Bersukan hingga berjaya menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Berjaya mengesan kelompongan akta yang tidak sepadan dengan Perlembagaan yang mana kelompongan ini tidak pernah disedari hakim-hakim dan peguam-peguam terhandal negara.

Jom tengok kejayaan abang pulak.

Menjadi artis YouTube.

Eh, rasa macam tak adil pulak saya nak bandingkan abang dengan pelajar yang bakal menerima Ijazah, in that case saya bandingkan pelajar dengan apa yang ahli-ahli politik kesayangan abang tu lakukan.

Berjaya menaikkan semangat rakyat untuk berdemonstrasi sehingga merugikan banyak pihak.

Mengutuk dan mengkritik satu sama lain di dalam Dewan Parlimen yang sepatutnya dijadikan gelanggang perdebatan kebajikan rakyat.

Berjaya menggunakan kereta-kereta mewah dan rumah-rumah besar dengan pendapatan yang kecil.

Berjaya menjual hasil minyak petroleum negara dan pada masa yang sama menjual petroleum kepada rakyat dengan harga yang tinggi.

Hampir berjaya menaikkan standard Malaysia hampir sama dengan negara barat dalam bidang seks bebas, hubungan sejenis dan korupsi. Eh, maaf, korupsi kita tetap juara, ranking 60 menumpaskan Amerika, United Kingdom dan Israel.

Saya rasa, setakat ini sajalah surat untuk abang, kalau saya tulis banyak-banyak, saya gusar sukar untuk abang baca, nanti penat pulak.

Sekian, Wassalam.



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BAJET TEMBERANG KERAJAAN

Posted: 19 Dec 2011 11:00 PM PST

INI BAJET 2009 OLEH KERAJAAN MALAYSIA:

UNTUK MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGANGKUTAN AWAM, SEBANYAK 35 BILION RINGGIT AKAN DIBELANJAKAN DALAM TEMPOH 2009 HINGGA 2014* INI TERMASUK PROJEK-PROJEK MENINGKATKAN KAPASITI PERKHIDMATAN REL SEDIA ADA, MEMBINA LALUAN REL BARU, MENAMBAH BILANGAN BAS SERTA MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR BERKAITAN*

DEY MACHA!!!
GUA DAH CAKAP
BELANJAWAN CUMA TEMBERANG
BELANJAWAN CUMA UNTUK DIANGGUK
OLEH PAK PAK MENTERI
OLEH MEDIA-MEDIA PENCACAI
DAN PENCACAI-PENCACAI ITU SENDIRI
YANG NYATA ADALAH CAKAP KOSONG
KAH! KAH! KAH!

ITU BELANJAWAN TAHUN 2009 BEB
LA NI DAH TAHUN 2011
DAH 2 TAHUN BERLALU BEB
KALAU JERUK PETAI PUN
DAH TAKLEH NAK MAKAN
EXPIRED....
KAH! KAH! KAH!

PENGANGKUTAN AWAM BUKAN BERTAMBAH BAIK
MAKIN PARAH LAGI ADA
CAKAP BILION-BILION
HABUK PUN TARAK
KAH! KAH! KAH!

MASALAH PENGANGKUTAN AWAM BERLARUTAN TANPA PENYELESAIAN YANG BERKESAN

Jumlah nilai peruntukan yang telah dijanji adalah seperti jadual berikut:

Tahun Daripada Nilai

2006 Kabinet RM4.4 bilion
2006 Jawatankuasa Kabinet RM10 bilion
2008 Penilaian RMKe-9 RM1.6 bilion
2008 Belanjawan 2009 RM35 bilion
2008 Pakej Rangsangan 1 RM0.5 bilion
Total RM51.5 bilion

TUUDIA RM51.5 BILION
MANA PI SEMUA TU?
TAKKAN BUAT BELI KONDO LEMBU JUGAK?
ATAU HANGPA BELI KERETA LEMBU???
KAH! KAH! KAH!


'Kami perlu bas'


TERBIAR...perhentian bas di Kampung Sungai Pusu.

GOMBAK: "Seingat saya, kali terakhir bas masuk untuk mengambil penumpang di kawasan ini empat tahun lalu dan selepas itu, tiada lagi pengangkutan awam masuk ke sini.

"Cuma sekali-sekala teksi masuk, itu pun jarang sebab penduduk lebih memilih untuk berjalan ke hentian bas terdekat memandangkan caj tambang teksi terlalu mahal," kata pelajar, Seri Indah Sapawi, 16, yang kecewa disebabkan perkhidmatan bas ke kawasan Kampung Sungai Pusu, di sini, dihentikan sejak sekian lama.


Tinjauan Metroplus ke kawasan terbabit mendapati rata-rata penduduk mengeluh dan menyatakan kesukaran terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk keluar ke pusat bandar atau ke pekan berhampiran khususnya untuk membeli barang keperluan.

Seri berkata, kesukaran itu bukan hanya dihadapi penduduk yang bergantung pengangkutan awam semata-mata, malah pelajar yang mahu ke sekolah juga terpaksa melakukan perkara sama dengan berjalan tiga kilometer untuk ke hentian bas terdekat.


"Perkhidmatan bas sekolah tiada, jadi kami terpaksa keluar seawal jam 5 pagi untuk menunggu bas di depan pintu utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana ia hanya mengambil penumpang di situ," katanya.


Penduduk, Osman Ismail, 56, berkata sejak perkhidmatan bas dihentikan, pelbagai kesulitan dihadapi penduduk selain keselamatan laluan untuk ke hentian bas membimbangkan.

"Sekiranya mahu menaiki bas ke bandar, kami terpaksa berjalan dan melalui jalan pintas untuk ke hentian terdekat. Ia membahayakan terutama kanak-kanak kerana laluan itu dalam ladang getah," katanya.


Katanya, jika tidak melalui jalan pintas sejauh tiga kilometer itu, mereka perlu menggunakan jalan utama yang lebih jauh iaitu hampir lima kilometer.-HM





KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BIL AIR 20 SEN..?

Posted: 19 Dec 2011 08:00 PM PST

Bil air 20sen jer. ngarutlah kah kah kah Aku nak kongsikan dengan korang bil air salah sorang jiran aku ni.. dia ni orang atas pagar..bukan menyokong mana-mana parti..tetapi dah tentulah dengan menjadi jiran aku,dia mendapat banyak input tentang Kerajaan Pakatan Rakyat..dan sikit sebanyak,apa yang aku sampaikan kat dia memang masuk dalam kepala dia.

dan dia pun mula berani cakap yang "pemimpin kerajaan BN ni banyak "sembang" jer... tapi abok pun takde... "

"cakap nak lawan rasuah,tapi dorang sendiri yang rasuah.."
itu kata dia yer.. bukan kata aku.. dan sudah tentulah aku setuju dan aku gembira bila dia nampak semua tu...

dan semalam,dia tunjukkan aku bil air dia,dia kata masa Khir Toyo dulu tak pernah macam ni..
sebenarnya dia ni dah berbulan-bulan tidak bayar bil air sejak pakatan ambil alih Selangor... tapi tak pernah tunjuk kan kat aku bil air dia..
tapi semalam tah nape,dia tunjukkan kat aku bil air dia..
aku pun apa lagi..aku ambik dan kongsikan dengan korang ler..
korang tengok sendiri ok..



ini bil air yang dikeluarkan di negeri Selangor... bukan di Perak, bukan di Johor, bukan juga di Melaka yang dikatakan maju tu..

aku harap korang hargailah apa yang Pakatan Cuba buat untuk mengembalikan hasil Negeri kepada rakyat Selangor...
kalau kita bagi UMNO menang pada PRU 13 nanti...
mungkin jiran aku dan ramai lagi yang menikmati bil yang macam ni sekarang tidak akan
dapat menikmatinya lagi..

kerana UMNO adalah penghisap hasil rakyat jelata.

SO

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

GENGSTER LEMBU PALING TAKSUB DI DUNIA

Posted: 19 Dec 2011 05:00 PM PST



NI LA KETAKSUBAN PADA MANUSIA
PUAK PENCACAI DAH TAKDAK MODAI
BENDA REMEH MACAM NI NAK JADIKAN ISU
YANG BELI KONDO PAKAI DUIT LEMBU
YANG TERNAK LEMBU DALAM KONDO
YANG PELESAP RM250 JUTA
YANG INDON BAKAQ BENDERA MALAYSIA
YANG HINA HUDUD
YANG HINA ISLAM
APA PUAK PENCACAI NI BUAT?
ALIF MIN NUN WAU
SARKAS BETUL UMPORNO
KAH! KAH! KAH!



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: