Jumaat, 30 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Reezal Merican ugut Adam Adli dan keluarganya?

Posted: 30 Dec 2011 07:43 AM PST


Anak kelahiran Pulau Pinang bernama Adam Adli Abdul Halim mengecam tindakan Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican kerana mengugut ibu bapanya demi memperbaiki imej Umno BN yang kian dipersoal oleh rakyat belakangan ini.


Ugutan itu, menurut mahasiswa tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkenaan gara-gara beliau menurunkan bendera muka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan PWTC pada 17 Disember lepas.

Beliau berkata Reezal bertindak demikian selepas gagal memujuk keluarganya untuk memberi tekanan psikologi kepadanya.

"Selepas saya menerima banyak ugutan daripada samseng-samseng Umno, tidak mungkin ibu bapa saya menerima ugutan Reezal Merican (supaya) saya minta maaf secara terbuka kepada Umno.

"Saya tak buat salah, buat apa saya minta maaf. Saya bukannya buat salah. Kalau nak anggap ini (turun bendera) biadap, mereka lebih biadap (kerana) fitnah saya guna (akhbar) Utusan (kononnya) saya koyak bendera (muka Najib) dan dedah (gambar) gay mirip muka saya di internet lebih biadap," ujarnya semalam di Komtar, George Town.


Beliau berkata, polis sendiri menyaksikan aksi beliau menurunkan bendera muka Najib tetapi tidak menangkapnya kerana perbuatannya itu bukanlah suatu jenayah.

"Tanya pada polis kerana saya tidak dihalang sebab saya tidak melakukan jenayah ketika itu," tegasnya,

Beliau yang juga anak kelahiran Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi kecewa kerana Reezal yang juga pemimpin Umno tempatan, di sini, sanggup mengugut beliau sekeluarga.

Pendedahan terbaru itu disuarakan selepas Solidariti Mahasiswa Untuk Kebebasan Akademik (Bebas) menyerahkan Memorandum 6 Tuntutan Mahasiswa kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Dalam perkembangan yang sama, beliau mengecam tindakan gerombolan samseng yang dikaitkan dengan Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida Malaysia) dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) menyerbu van yang dinaiki mereka sehingga menggagalkan rapat umum mahasiswa di 'Sudut Pidato' dekat Padang Kota Lama, George Town tengah hari semalam.

"Ini (Umno) bukan parti politik, ini parti samseng. Kami mahasiswa, kami bukan samseng. Mahasiswa dan rakyat elok tolak budaya samseng parti ini," tegas beliau.

Tuntas dari itu, Adam Adli menyeru seluruh rakyat khususnya mahasiswa yang benci dengan politik samseng supaya menolak Umno BN di pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada awal tahun depan.


Laporan oleh : Nota Merah

Kepala Babi dipintu Masjid.. Taktik penjajah British tu..

Posted: 30 Dec 2011 06:30 AM PST



Kepala Babi dilontarkan kedalam Masjid lagi.. Ini adalah satu taktik yang pernah digunakan oleh penjajah Tanah Melayu iaitu British untuk mencetuskan pergaduhan kaum di Batu Kikir, Negeri Sembilan sebelum negara Merdeka.


Sebenarnya pada sekitar tahun 1945 pihak British pernah melakukannya bagi mencetuskan pergaduhan antara kaum di Tanah Melayu dan hasilnya rusuhan kaum telah tercetus di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Pihak British secara sembunyi telah mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir. Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar.

Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu. Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir.

Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu, mereka memarang semua orang yang mereka jumpai, tidak kira tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Perkara ini telah diceritakan oleh Abdullah CD (Pengerusi PKM) melalui tulisannya didalam Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, diterbitkan SIRD, 2005 - sepenuhnya korang bacalah di SINI

Hmmm.. Parti mana agaknya di Malaysia ini yang mewarisi taktik lapok penjajah itu?

***********************************************

Kepala babi ditemui di pintu masuk masjid di Johor

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pengerusi masjid berkenaan Kassim Darim, 62, berkata dalam kejadian pertama pada jam 5 petang semalam, penduduk menemui bungkusan plastik dipercayai mengandungi anggota babi berhampiran pagar belakang masjid.

Beliau berkata kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kawasan masjid berkenaan.

Kassim berkata satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk daripada badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

Malaysiakini

MAIWP tidak berniat seleweng wang zakat...

Posted: 30 Dec 2011 02:30 AM PST



Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persejutuan (Maiwp) Datuk Che Mat Che Ali berkata, Maiwp tidak pernah berniat menyeleweng wang zakat kerana ia bukan hala tuju dan dasar majlis dan dakwaan penyalahgunaan wang zakat oleh majlis adalah berbaur politik.


Tambahnya lagi.. "Kita sebagai satu masyarakat akan dipandang mulia oleh orang lain kerana mengamalkan perkara berlandaskan Islam yang sebenar,"

Bukan berniat.. tapi dah buat.. dalam Islam boleh ke duit zakat disalahguna?

Perkara ini sebenarnya bermula apabila, surat yang mendedahkan penyalahgunaan wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan didedahkan dalam beberapa blog.

Surat telah ditulis oleh Dato Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Kawasan Padang Besar kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengesahkan berlakunya penyalahgunaan wang zakat oleh Majilis Agama Islam Wilayah Persekutuan.



Bersamanya disertakan dokumen atau surat dari Ketua Audit Negara yang secara jelas menyatakan dalam satu pemeriksaan audit yang dijalankan di MAIWP terhadap perbelanjaan bagi kos guaman RM63,500.00 ianya melibatkan Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Lihat dokumen tersebut di SINI

Bagaimana Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persejutuan boleh berkata mereka menggunakan peruntukan khas geran kerajaan bagi menjelaskan kos guaman sedangkan Ketua Audit Negara mengesahkan berlakunya penyalahgunaan wang zakat oleh Majilis Agama Islam Wilayah Persekutuan?

***********************************************

MAIWP dakwa tidak niat seleweng wang zakat

PETALING JAYA: Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persejutuan (Maiwp) Datuk Che Mat Che Ali berkata, dakwaan penyalahgunaan wang zakat oleh majlis sebagai berbaur politik.

Katanya, Maiwp tidak pernah berniat menyeleweng wang zakat kerana ia bukan hala tuju dan dasar majlis.

"Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku dan tidak patut berlaku kerana umat Islam di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan seharusnya menumpukan kepada tugas asasi iaitu menyatu padu dan memperkasa umat Islam.

"Kita sebagai satu masyarakat akan dipandang mulia oleh orang lain kerana mengamalkan perkara berlandaskan Islam yang sebenar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pagi tadi, NGO Jingga 13 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjalankan siasatan terhadap ketiga-tiga indivu berkenaan.

Che Mat yang juga pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Maiwp menyalahguna wang zakat sebanyak RM63,650 bagi membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan SPRM

Selain Che Mat, dua lagi ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

Che Mat menjelaskan bahawa mereka menggunakan peruntukan khas geran kerajaan bagi menjelaskan kos guaman tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam agar tidak terpengaruh dengan dakwaan tersebut.

Free Malaysia Today

'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC?

Posted: 30 Dec 2011 12:32 AM PST



Pada 26 Disember lalu, The Malaysian Insider melaporkan menurut pihak polis, seorang 'Datuk' dipercayai mempunyai hubungan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC)ditahan atas dakwaan cubaan merasuah (baca di SINI) tiga hingga empat orang pegawai atasan polis berkaitan kes jenayah komersial sejumlah RM1.7 juta.


Tetapi hari ini lelaki tersebut yang telah didakwa dimahkamah hari ini dituduh menipu pengerusi National Feedlot Corporation..

Apakejadahnya ni??

Apa yang kelihatan disini ialah ada pihak yang cuba menunjukkan kepada masyarakat bahawa Pengerusi NFC itu seorang yang lurus.. oleh itu beliau telah menjadi mangsa penipuan.. ditipu untuk membeli Kondo di One Menerong, ditipu untuk pergi Umrah, ditipu untuk makan angin, membeli Merc dan membeli kondo di Singapura..

'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC

Seorang ahli peniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin merekodkan pengakuan itu selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau didakwa menipu Mohamad Salleh supaya menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta di Solaris Mont Kiara pada 25 November hingga 6 Disember 2011.

Beliau juga didakwa atas tuduhan menjanjikan Mohamad Salleh untuk memberikan "khidmat perundingan" yang diketahuinya tidak boleh ditunaikan, untuk satu jumlah bayaran.

Beliau didakwa melakukan perbuatan di satu restoran di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman polis dan diserahkan kepada SPRM pada 22 Disember.

Mohamad Salleh telah menafikan kaitan keluarga antara "Datuk" berkenaan dengan dirinya dan juga isterinya, menteri pembangunan wanita dan keluarda Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Malaysiakini

Jingga 13 mahu Agong pecat Jamil Khir jika tidak minta maaf

Posted: 29 Dec 2011 11:50 PM PST



SHAH ALAM, 30 Dis — Gerakan anti-rasuah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jingga 13 hari ini akan meminta Yang di-Pertuan Agong memecat Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari pentadbiran negara sekiranya menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak meminta maaf berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat.


Setiausaha Jingga 13 Saifuddin Shafi Muhammad memberitahu wartawan bahawa selaku ketua agama negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memecat menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang menggunakan RM63,650 untuk membiayai kos guaman.

"Jika beliau (Jamil Khir, gambar) tidak meminta maaf dalam 48 jam, kami akan menghantar memo kepada Agong selaku ketua agama untuk mempertahankan Islam," katanya sebelum memfailkan satu laporan terhadap Jamil Khir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di sini.

Dakwaan penyalahgunaan wang zakat didedahkan bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim awal minggu ini.

Bekas pegawai siasatan jenayah Kuala Lumour mendakwa Jamil Khir dan dua pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman tahun lalu seperti yang disahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Menurut laporan itu, Jamil Khir, Setiausaha MAIWP Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa MAIWP Shamsudin Hussain telah menggunakan RM63,650 dari wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu juga mengesahkan wang itu telah dibayar balik selepas agensi itu memperoleh RM70,000 pada Jun tahun lalu.

PKR memberikan tekanan ke atas Jamil Khir, berulang kali meminta perkara itu diperjelaskan.

Semalam MAIWP berkata peruntukan khas telah disediakan untuk membiayai kos guaman.


The Malaysian Insider

Video : Tinjauan ke Kondo dan Restoran MeatWorks milik Keluarga Shahrizat.

Posted: 29 Dec 2011 07:13 PM PST



Terbukti sudah pemilik restoran MeatWorks adalah anak perempuan Ketua Wanita Umno yang juga seorang menteri Kabinet Kerajaan Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil,




Apa yang menghairankan adalah apabila Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil telah menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam skandal NFC tersebut sedangkan beliau adalah isteri kepada Pengerusi NFC dan ibu kepada pemilik restoran MeatWorks di Singapura.



Menurut Ketua Jingga13, En. Fariz Musa dan Setiausahanya En. Saifuddin Shafi Muhammad, dalam bulan Oktober hingga November 2010, NFC telah memindahkan sejumlah S530,000(RM 1.3 Juta) dan sehingga tahun 2011 dianggarkan RM10 Juta ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd.

Yang menjadi persoalannya sekarang apakah tujuan pemindahan wang tersebut? Nak dikatakan mereka (NFC) telah mengeksport daging lembu tersebut, mereka sepatutnya telah mendapat balik modal atau keuntungan ke dalam akaun mereka di Kuala Lumpur tetapi keadaan telah berlaku sebaliknya dimana perniagaan MeatWorks di Singapura dikatakan hampir bangkrup, boleh bertahan sehingga ke hari ini jika tidak kerana bantuan dari NFC di Malaysia.



Bukti! Restoran MeatWorks di Singapura milik anak Shahrizat

Posted: 29 Dec 2011 05:15 PM PST



Seperti biasa.. bila aku menyiarkan gambar-gambar Restoran milik keluarga Shahrizat di Singapura yang telah dirakam oleh aktivis Jingga 13 (lihat di SINI) iaitu MeatWorks ION Orchrad, ada komen yang menyokong dan ada komen yang menghentam..


Ada yang meninggalkan komen "Engkau orang ni semua syok sendiri jer laa...makan laa fitnah tu banyak-banyak.. tambahkan lagi dosa tu.."

Ada pula yang komen "macam mana kau tahu yg restoren sharizat ? buktikan la....tunjukkan nama pemilik dan pendaftarannya...sekadar bergambar depan restoran yg tahu asal usul buat apa ....aku pun boleh buat bergambar depan restoren pastu amik gambar pastu post kat blog.....cetek akal korang .... suka buat fitnah...nanti bila orang saman mengelabah pulak...mcm penyebaran gambar bekas ketua polis malaysia kahwin tu...fitnah no. 1...aku tanya korang betul ke Musa Hassan yg kahwin tu ? itu je aku nak tanya...."

Dalam blog Milo Suam juga terdapat komen yang meminta bukti.." bro Rejam bleh x ko letakkan BUKTI restoran ni milik kak jat punya......sbb aku tengok hanya gambar restoran masih xleh nak bukti pa yg ko ckp tu betol* laen la kalo kat restoran tu ada gambaq besaq kak jat ngan family dia laen la cita ............klu hanya letak gambar restoran tapi bukti2 dokumen xda pa yg boleh menyebabkan ko cakap restoran ni milik kak jat* xkan hanya letak gmbar kedai mewah ko bleh ckp ni kak jat punya restoran abistu restoran2 mewah kat msia ni belambak pown kak jat ngan family dia punya gak ka....gua bkn nak ckp ko fitnah* x sama sekali* aku hanya nak bukti yg lebih kukuh....... "

Orang kata.. untuk menjadikan diri kita lebih baik dari sekarang, kita perlu belajar menerima kritikan biarpun ianya menyakitkan hati sebab tiada manusia yang sempurna…

Aku anggap komen yang meminta dibuktikan bahawa restoran itu milik keluarga Shahrizat sebagai satu cabaran..

Memandangkan aku agak sibuk dialam nyata kebelakangan ini .. aku minta salah seorang aktivis Jingga 13 yang turut serta dalam tinjauan ke Singapura itu menyediakan bukti..

Berikut ialah bukti yang telah disediakan oleh Milo Suam..

Sebenarnya soalan ini bagaikan perumpamaan "sudah terang lagi bersuluh", kerana restoran Mewah MeatWorks ini sudah diketahui umum milik anak Shahrizat. Namun jika anda perlukan bukti secara bertulis maka MiLo SuaM boleh sediakan.

Salah satu bukti adalah melalui laman web rasmi MeatWorks itu sendiri. Jika kita memeriksa data-data pendaftaran laman web meatworks.com.my ia secara terus mendedahkan siapa pemiliknya klik [Whois].



Jelas sekali penglibatan anak perempuan Shahrizat Jalil, Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh dalam laman web tersebut. Tambah menarik, email beliau menggunakan domain NFC (sebut National Family Corruption).

Selain itu, sebuah portal berita berpengaruh Singapura, Cyberita yang juga merupakan anak syarikat Asione pernah menyiarkan laporan ringkas tentang pemilik restoran MeatWorks di Ion Orchard tersebut.

Di bawah tajuk "Si jelita tauke restoran", Cyberita mendedahkan bahawa anak perempuan Shahrizat Jalil, Cik Izzana Salleh sebagai pemilik restoran tersebut [Cyberita].


Malah Cyberita turut menceritakan tentang projek lembu di Gemas Negeri Sembilan Malaysia yang diusahakan oleh keluarga, Cik Izzana Salleh yang digambarkan sebagai dari keluarga terkenal di Malaysia.

Portal itu turut menyebut bahawa keluarga pemilik restoran MeatWorks ini mengusahakan sebuah projek Nasional Malaysia yang berkaitan dengan lembu.



Dengar cerita di Australia pun ada kondo milik keluarga Shahrizat.. kalau ada sponser Insyaallah kita akan melihatnya..

Tiada ulasan: