Isnin, 26 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Utusan siar berita TIPU.. AMK nafi 500 anggota keluar parti

Posted: 26 Dec 2011 06:15 AM PST



KUALA LUMPUR 26 Dis: Ketua Angkatan Muda KEADILAN Gombak, Jafrien Muhammad menafikan berita kononnya 500 anggota AMK Hulu Kelang keluar parti dan menyertai Umno.


Menurutnya, individu yang kononnya bertindak sebagai jurucakap kumpulan 500 orang itu, Mohd Jefry Sallehuddin, tidak pernah menjadi ahli KEADILAN.

"Saya menafikan berita ini (baca di SINI ) Ia dusta dan tiada 500 ahli KEADILAN keluar parti.

"Jefry bukan ahli parti dan dakwaan kononnya beliau pernah ditahan di ISA dan masuk penjara sebanyak 16 kali adalah satu pembohongan," kata Jafrien.

Akhbar dalam talian Utusan hari ini melaporkan 500 anggota AMK Hulu Kelang bertindak keluar parti dan menyertai Umno Gombak kononnya kecewa dengan KEADILAN yang tidak menepati janji.

Bercakap lanjut, Jafrien berkata Jefry sebelum ini hanya merupakan seorang sukarelawan parti dan selama ini juga beliau diketahui mempunyai perwatakan yang meragukan.

Jefry juga, katanya bukan penduduk asal Selangor tetapi berasal dari Sabah.

"Kami ada dengar akhir-akhir ini yang dia mendakwa boleh memberikan kad pengenalan kepada mana-mana pendatang asing yang mahu menyokong Barisan Nasional," kata Jafrien.

Justeru, beliau mencabar Jefry agar mengemukakan bukti jika benar dia berjaya membawa 500 ahli AMK ke dalam Umno Bahagian Gombak.

http://www.keadilandaily.com/?p=24835

Scandal Fidlot : 'Datuk' itu ditahan kerana cuba rasuah polis RM1.7 Juta rupanya..

Posted: 26 Dec 2011 05:49 AM PST

Kalau lelaki yang dikatakan 'Datuk' itu sanggup membayar sehingga RM1.7Juta untuk merasuah pihak Polis.. korang agak berapa nilai sebenar kes yang dia mahu tutup tu?

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Lelaki yang ditahan pihak polis selepas dipercayai mempunyai hubungan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan melakukan cubaan merasuah pegawainya dengan sejumlah RM1.7 juta telah ditahan semula pihak polis.

Ahli Perniagaan berusia 45 tahun itu yang ditahan sejak Rabu lalu dibebaskan selepas reman kali keduanya tamat semalam.

Dia kemudiannya ditahan semula pihak polis atas dakwaan kes berlainan semalam.


Terdapat spekulasi bahawa lelaki berkenaan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Eksekutif NFC tersebut menafikan perkara berkenaan.

Menurut pihak polis, lelaki berkenaan ditahan atas dakwaan cubaan merasuah tiga hingga empat orang pegawai atasan polis berkaitan kes jenayah komersial.

Suspek sebelum itu dikehendaki untuk siasatan berhubung kes penipuan yang dilaporkan tiga minggu lalu di Cheras dan juga kes berasingan di Bercham, Ipoh.

SPRM turut menjalankan siasatan terhadap skandal NFC tersebut, bertentangan dengan kenyataan sebelum ini yang menyatakan ia terletak di bawah kuasa polis.

Badan berkenaan sebelum ini menyerahkan kes tersebut kepada polis yang kini menjalankan siasatan berhubung kes pecah amanah.

Namun demikian, SPRM turut mendedahkan pihaknya telah menubuhkan pasukan khas diketuai Pengarah Siasatan SPRM Datuk Haji Mustafar Ali untuk menyiasat penyelewengan dana kerajaan tersebut.

Jumaat lalu, badan berkenaan telah melakukan serbuan terhadap pejabat NFC dan turut merampas satu unit komputer dan empat sampul surat berisi dokumen berkaitan skandal terbabit.

Berikutan siri pendedahan terhadap skandal NFC tersebut, PKR telah membuat permintaan agar SPRM menyiasat skim berkenaan yang telah disalah gunakan.

Wakil parti berkenaan telah membuat laporan polis di pejabat SPRM di Shah Alam dan menyerahkan dokumen lengkap yang didakwa bukti salah laku berkenaan.

PKR mula mengambil tindakan terhadap apabila skandal ini apabila sejumlah RM250 juta dana kerajaan telah diselewengakan seperti yang dilaporkan oleh Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.

Sejak itu, komponen Pakatan Rakyat berkenaan semakin aktif mengeluarkan bukti-bukti berkaitan skandal terbabit termasuk penggunaan dana berkenaan untuk percutian Datuk Seri Shahrizat dan keluarganya ke luar negara danpembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar.


The Malaysian Insider

'Mat Sabu' keluar PAS, 500 Ahli AMK sertai UMNO...

Posted: 26 Dec 2011 12:54 AM PST



Semakin galak Lidah Rasmi UMNO menyiarkan berita tentang Ahli-ahli dari Pakatan Rakyat samada PAS atau PKR keluar Parti dalam seminggu dua ini..


Ini sebenarnya menandakan Pilihanraya semakin tiba kerana bila tiba saja Pilihanraya Lidah Rasmi UMNO akan mula memainkan propaganda basi ni.. macam tak ada idea lain dah..

Minggu lalu dilaporkan seramai 130 Ahli PKR Permatang Pauh keluar PKR.. ramai tu.. tapi yang hairannya program PKR di Permatang Pauh masih lagi ramai Ahli yang hadir.. contohnya sila lihat di SINI , SINI dan SINI.

Semalam pula dilaporkan seramai 42 orang yang di ketuai oleh 'Mat Sabu' pula telah keluar dari PAS untuk menyertai UMNO.. baca di bawah..

42 ahli Pas masuk UMNO di Kepala Batas

KEPALA BATAS 25 Dis. - Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 42 ahli Pas dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Tindakan itu diketuai Mohd. Subhie Yaakob, 50, yang turut digelar Mat Sabu Bakau Tua yang mengakui Pas kini terperangkap dengan permainan politik DAP yang ingin menguasai negara ini.

Menurut Subhie, dia telah lama memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang sering ditindas oleh pentadbiran DAP namun hanya kini dia memiliki kekuatan untuk keluar daripada Pas dan berjuang bersama-sama UMNO.

"Tindakan saya ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa malah tidak dijanjikan apa-apa oleh UMNO namun menyedari hanya parti keramat orang Melayu ini yang mampu menjaga masa depan orang Melayu.

"Oleh itu saya mengambil keputusan untuk keluar daripada Pas dan menyertai UMNO serta menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk merampas kembali Pulau Pinang," katanya yang menjadi ahli Pas sejak 40 tahun lalu.

Subhie menyerahkan borang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO.

Subhie menambah, tindakan itu juga tidak dipengaruhi dengan kemelut yang melanda Pas melibatkan Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dengan pimpinan dalam Pas.

Sementara itu, Reezal Merican berkata, penghijrahan 42 ahli Pas tersebut adalah susulan daripada penyertaan 37 pemuda Pas ke dalam UMNO dua bulan lalu.

"Penghijrahan ahli Pas ke dalam UMNO hari ini bukannya modal untuk kita mendabik dada dan berbangga namun memberi kesedaran bahawa ada sesuatu yang tak kena di dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan Melayu itu.

"Senario ini adalah 'kesan bebola ais' yang akan menarik lebih ramai ahli Pas untuk menyertai UMNO pada masa depan dan mengukuhkan kedudukan kita menjelang pilihan raya nanti," ujarnya.

Tambah beliau, senario itu juga membuka ruang kepada UMNO Kepala Batas dan Pulau Pinang untuk kembali menjadi kubu kuat parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Hari ini pula dilaporkan pula 500 AMK menyertai UMNO… tengoklah..



Untuk pengetahuan ada sumber memberitahu akan ada lagi sekurang-kurangnya dua pengistiharan keluar parti iaitu dari PKR bagi menyertai UMNO di kawasan Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh lagi… kita tunggu sajalah…

TG Nik Aziz pula menjadi mangsa fitnah..

Posted: 26 Dec 2011 12:06 AM PST


Pejabat Menteri Besar Kelantan menafikan kaitan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sepanduk haram di sekitar negeri itu yang menggunakan gambar menteri besar itu.


Sambil melahirkan rasa kesal, mereka dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, tindakan pihak tertentu yang menggunakan gambar Tuan Guru itu merupakan cubaan mencemarkan imej dan nama baik beliau.

"Kami ingin memaklumkan bahawa YAB Tuan Guru Menteri Besar tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sepanduk ini.

"Pihak kami menganggap sepanduk ini merupakan satu usaha mencemarkan nama baik YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan," kenyataan itu dipetik.

Sepanduk yang bertulis "Rakyat Kelate Nok Royalti Minyok...Buke Nok Pitih RM500" dan "Puak-puak Kito Jange Gi Ambik Pitih RM500 tu, Itu Pitih Haram, Tok Tahu Mari Mano" dipercayai digantung pihak tertentu bagi menggambarkan penolakan PAS terhadap pemberian wang RM500 oleh pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sedangkan pendirian Tuan Guru Nik Aziz selama ini sangat jelas bahawa wang tersebut adalah wang rakyat malah rakyat diseru mengambilnya.

Pendirian Tuan Guru juga boleh dilihat melalui kata-katanya yang popular setiap kali pilihan raya iaitu "Bagi pitih ambik, bagi kain pakai, bagi gula kacau, tapi bila undi, pangkah bulan".

Justeru, pihak Pejabat Menteri Besar mahu pihak yang bertanggungjawab menurunkan sepanduk tersebut dengan kadar segera.


Harakahdaily

PANAS!! Lagi gay Melayu kahwin, kali ini di Greece

Posted: 25 Dec 2011 07:32 PM PST

Seorang lagi gay Melayu didakwa berkahwin dengan gay Mat Saleh, lebih dahulu sebelum seorang lelaki Melayu yang dilaporkan berkahwin sesama jantina di Dublin, baru-baru ini.

Kali ini, lelaki berkenaan dipercayai melangsungkan perkahwinan songsang dan terlarang itu di Greece.

Lebih 'menarik', lelaki terbabit juga mengenakan pakaian Melayu lengkap bersongkok dan bersamping (gambar) seperti gay Melayu yang berkahwin di Dublin – bertanjak dan bersamping.

Beberapa jam lalu, beberapa blog tempatan dikesan menyiarkan artikel dan gambar gay Melayu itu, juga dikatakan pelajar, berkahwin di Greece.


Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.

Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.

Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.

Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.

"Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini)," catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.

Gambar berkenaan, menurutnya, diperolehi hasil carian di Google oleh pengendali blog yang menjadi sumber maklumat itu.

Sementara itu, seperti ditulis sozcyili.blogspot.com, Ar-rifke.com mencatatkan:

"Jika yang neh (ini) terbukti benar maka ternyata arif (gay pertama yang baru-baru ini dilaporkan berkahwin dengan lelaki Inggeris) adalah yang kedua, bukan yang pertama," catat ar-rifke.com.

Ar-rifke.com memetik sumber berita berkenaan dari sozcyili.blogspot.com.

Mereka mempersoalkan mengapa kerajaan belum bertindak berhubung perkara itu.





inimajalah.com.my

Scandal Fidlot : Shahrizat mula tuding jari kesemua arah..

Posted: 25 Dec 2011 05:45 PM PST



Mungkin kerana tidak mahu berterusan dipijak oleh kawan-kawannya dalam UMNO, Shahrizat yang kelihatan mula gelabah akhirnya menuding jari kesemua arah.."Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?" merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan.


Shahrizat: Beritahu Saya Pemimpin UMNO Mana Yang Tiada Masalah?

Di sebalik tanda bahawa UMNO sedang berantakan disebabkan skandal rasuah dan pertelingkahan dalaman dikalangan pemimpin tingginya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah telah mengumumkan bahawa satu pasukan khas akan dibentuk untuk menyiasat dakwaan bahawa keluarga Menteri UMNO Shahrizat Jalil telah menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250 juta yang diperuntukkan bagi projek ternakan lembu NFC untuk kegunaan peribadi dan juga harta mewah.

Walaubagaimanapun, tanpa fokus kepada kemarahan rakyat, semua mata tertumpu pada drama yang sedang dimainkan UMNO. Walaupun Shahrizat telah membayangkan kesediaan beliau untuk meletak jawatan, adalah mustahil beliau akan membenarkan dirinya dipijak atau dijadikan kambing hitam oleh rakan-rakan parti politiknya.

Mata juga sedang tertumpu pada hakikat bahawa Najib yang sedang disiasat oleh kerajaan Perancis disebabkan dakwaan memakan rasuah bernilai RM570 juta daripada pembuat senjata gergasi DCN akan mampu untuk menangani isu NFC. Najib juga ialah presiden UMNO.

"Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?" merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan seperti yang di laporkan oleh suratkahabr Sin Chew beberapa hari lepas.

Sandiwara UMNO-SPRM

Sememangnya rakyat berasa curiga kerana MACC telah sebelum ini telah menyerahkan kes itu kepada polis walaupun telah menerima laporan daripada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Kredibiliti pentadbiran Najib telah hilang apabila timblan ketua Polis Khalid Bakar telah mengumumkan bahawa tiada unsure pecah amanah semasa perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Sering mendapat jolokan Pak Turut untuk kerajaan UMNO, Khalid telah dituduh sebagai cuba menyelamatkan parti itu daripada malu.

"Kita telah bertindak dengan mengikut prosedur apabila mengumpul fakta dan kenyataan sejak isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negera. Kebanyakkan isu yang ditimbulkan pada laporan terhadap NFC telahpun kita ambil tindakan." Ujar Pengarah SPRM Mustafar Ali dalam kenyataan beliau yang di siarkan pada Khamis.

SPRM juga pantas menyatakan bahawa ia tidak dapat mendedahkan fakta terperinci seperti yang termaktub dalam Seksyen 29(4) Akta Pencegah rasuah Malaysia 2009. "Kami telah memanggil pihak-pihak yang terbabit untuk memberi kerjasama kepada kami dan tidak mempolitikkan isu –isu yang boleh menjejaskan siasatan kami." Ujar Mustafar lagi.

Mengambilkira tona defensive kenyataan tersebut, adalah jelas kepada pemerhati bahawa SPRM tidak akan beriya-iya menyiasat NFC atau Feedlot Kebangsaan, sebuah projek yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan kepada 40% pemakanan dan pada harga yang berpatutan.

Projek itu telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail dan anak-anak beliau pada 2006. Semasa itu, Muhyiddin memang portfolio Menteri Pertanian. Khairy Jamaluddin, menantu kepda Perdana Meteri ketika itu, Abdulah Badawi juga memainkan peranan penting dalam meluluskan projek itu kepada keluarga Shahrizat.

Bertanggungjawablah dan selamatkan kami, rakan-rakan beritahu Shahrizat

Ini dipercayai sebagai drama terbaru yang dimainkan UMNO untuk menyeru Shahrizat meletak jawatan dalam cabinet dan bertanggungjawab sebelum pilihanraya diadakan pada tahun depan.

Tiada siapa yang menyangka aka nada perubahan besar pada sikap pemimpin tertinggi UMNO yang sudah dikenali dengan rekod rasuah mereka- ini termasuk juga Shahrizat.

"Shahrizat dan juga UMNO sememangnya tidak malu. Isunya adalah kenapa pinjaman sebegitu diberikan kepada keluarga beliau sedangkan beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet. Mustahil mereka mendapat pinjaman itu sekiranya dia bukan menteri. Beliau dan keluarga beliau telah menidakkan hak rakyat Malaysia yang susah dan rajin daripada faedah pinjaman itu (bekalan daging murah kepada rakyat Malaysia)," beritahu timbalan Presiden PKR N Surendran kepada Malaysia Chronicle.

"Shahrizat juga tidak patut dipersalahkan seorang diri. UMNO lah yang harus lebih dipersalahkan. Disebabkan amalan politik mereka yang sering memberi makan kroni dan keluarga mereka daripada wang rakyat. "

Mangsa legasi rasuah Mahathir?

Mereka yang menyeru beliau letak jawatan sebelum beliau "dihalau" termasuk bekas perdana Menteri Mahathir Mohamad juga dikenali sebagai pemimpin yang mengembangkan sistem feudal dalam politik di mana pemimpin elit memegang segala aspek ekonomi dan politik negara.

Dalam laporan "Global Financial Integrity" baru-baru ini, Malaysia disenaraikan di tempat ke 4 paling banyak mengamalkan rasuah di dunia. Kita sudah kehilangan USD338 billion (RM1.08 trilion) dalam pengaliran wang haram pada dekad pertama untuk abad ini.

GFI juga menyatakan bahawa kenaikkan Malaysia ini "seiring dengan bebapa negara Asian." Ada Januari lepas, telah dilaporkan RM930 billion telah keluar daripada Malaysia dari 200 hingga 2008 dan meningkat ke RM218 setahun daripada jumlah asal RM 71 billion pada masa itu.

Laporan ini sepatutnya menimbulkan kesedaran kepada pemimpin dunia bahawa ada keperluan untuk melakukan sesuatu demi menghapuskan pengeluaran haram ini," ujar pengerusi GFI Raymond Baker dalam satu sidang akhbar.

Semasa laporan itu dikeluarkan, tidak hairanlah pemimpin UMNO yang pertama meragui laporan itu adalah Mukhriz Mahathir yang tinggal di Washington dan juga merupakan anak bongsu bekas PM itu.

Sekarang, Mahathir yang berusia 86 tahu dan telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dikenali sebagai pemimpin yang banyak membazirkan wang cukai rakyat. -Malaysia Chronicle

Scandal Fidlot : 'Datuk' yang ditahan bukan keluarga Shahrizat

Posted: 25 Dec 2011 05:18 PM PST

KUALA LUMPUR,(Bernama) -- Reman terhadap seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan berhubung kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara disambung tiga hari bermula Jumaat.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali berkata lelaki berumur 45 tahun itu pada mulanya ditahan reman dua hari lepas.

"Lelaki itu disambung reman bagi melengkapkan dan membantu siasatan kes itu di bawah Akta SPRM 2009," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.


Isu mengenai NFC itu berbangkit ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lepas yang menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya manakala pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dananya.

Sementara itu, pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata ahli perniagaan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan beliau atau anggota keluarganya.

Katanya, individu itu juga tidak pernah berkhidmat dengan NFC.


Nak tahu siapa lelaki dalam gambar ini? Sila baca di SINI

Tiada ulasan: