Anak Sungai Derhaka |
- Gambar lucah Adam Adli? disebar pencacai UMNO..
- Scandal Fidlot : 'Datuk' ditahan kerana cuba rasuah Pegawai Penyiasat.
- Mahasiswa dakwa diperdaya untuk ke demo sokong Najib..
- Adam Adli jelaskan sebab Bendera Najib diturunkannya..
- SPRM tubuh Pasukan Khas siasat isu NFC.. Wayang apa pulak ni?
- 130 Anggota PKR Permatang Pauh Sertai UMNO.. err.. skrip tak betullah Pak Wahab..
Gambar lucah Adam Adli? disebar pencacai UMNO.. Posted: 22 Dec 2011 03:38 AM PST UMNO dan Porno berpisah tiada.. satu cogankata yang dirasakan amat sesuai untuk UMNO dan para pencacainya terutamanya Blogger belaan mereka.. Kebiasaannya apabila seseorang itu tidak sehaluan dengan perjuangan mereka, karakter mereka akan cuba dimusnahkan oleh Blogger belaan UMNO dengan menyiarkan gambar-gambar yang bersifat lucah kononnya gambar tersebut adalah individu yang tidak sehaluan dengan mereka. Biarpun kemungkinan ia adalah fitnah bagi mereka itu tidak mengapa, asal mereka puas lagipun tiada undang-undang yang bakal menghalang tindakan mereka.. Serangan biasanya akan dimulakan oleh Ikon Fitnah 1Malaysia iaitu Papagomo tetapi kali ini Ikon Arak 1Malaysia iaitu Parpukari mengambil alih tugas beliau.. Perlu diketahui.. Ikon Arak ini juga telah menipu teman-teman seperjuangannya.. sila baca di (SINI) |
Scandal Fidlot : 'Datuk' ditahan kerana cuba rasuah Pegawai Penyiasat. Posted: 22 Dec 2011 02:19 AM PST Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata polis juga belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes NFC. "Kita belum rekod apa-apa kenyataan daripada dia berhubung NFC," tambahnya. Katanya lagi, suspek seorang ahli perniagaan yang dipercayai berpangkat 'Datuk' yang ditahan di pejabat JSJK pada kira-kira jam 4 petang semalam adalah berhubung "cubaan untuk menyogok beberapa orang pegawai JSJ." yang menyiasat scandal NFC.. "Bertindak atas maklumat, dia ditahan di pejabat JSJK semalam," katanya ******************************************* NFC scandal: 'Datuk' arrested over bribery KUALA LUMPUR: Police have arrested a 45-year-old businessman for allegedly attempting to bribe several senior officers believed to be involved in the investigation into the National Feedlot Corporation scandal. The man, who owns a foreign worker agency, a taxi company and claims to be a Datuk, has been handed over to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), police said today. Federal Commercial Crime Investigation Department (CCID) director, Syed Ismail Syed Azizan, this afternoon confirmed the man's arrest, but declined to comment on his link to the NFC probe despite repeated questions from reporters. "No comment… You can guess yourselves, you already know his name without me telling you," Syed Ismail said. "We arrested the man yesterday at about 4pm at his office after receiving information that he attempted to bribe three or four of my senior officers," he said. He declined to reveal the reason for the attempted bribery or the amount as it is now with the MACC. However, it is believed to be in the millions. Syed Ismail said the man was also involved in two other commercial crime (cheating) cases – one is Ipoh and another in Cheras, for which he was detained but released a couple of weeks ago. Meanwhile, on the NFC case itself, Syed Ismail said that a special task force is still working hard to "expedite" investigations. He said that so far, 27 individuals have been questioned, including officers from the finance and agriculture and agro-based industry ministries. "We will also be calling others who are related to the case who are yet to be questioned," he said, declining to say if any ministers have been summoned. 'A lot more to go' On the progress (of the investigations), Syed Ismail said there is "still a lot more to go" as there are documents that police need to go through. Police are investigating the NFC under Sections 420 and 409 of the Penal Code for cheating and criminal breach of trust respectively and sections under the Companies Act. Earlier today, MACC announced that it has set up a special task force, headed by the commission's director of investigations, Mustafar Ali, to look into alleged corruption in the management of public funds for the NFC. NFC is run by Mohamed Salleh Ismail, the husband of Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil. The cattle project has been the target of attacks from the opposition, especially PKR, since the release of the Auditor-General's 2010 report, which said the corporation was "in a mess". In the latest in its series of exposé, PKR said Shahrizat's family owned a luxury condominium worth RM10 million in Singapore. The party's secretary-general, Saifuddin Nasution Ismail, said on Tuesday that the 2,282 sq ft unit at Anthony Road, Orchard Scotts, was purchased in January 2010, and was registered under the name of Mohamad Salleh, and their children. Mohamed Salleh is NFC's executive chairman. PKR accuses Shahrizat's family of misappropriating the RM250 million of public funds meant for NFC. In earlier revelations, it said large sums were used to purchase a luxury condominium in Bangsar and a luxury car. It also claimed that the beef that NFC produced was channelled to restaurants belonging to Shahrizat's family. Shahrizat, who heads Wanita Umno, denies that she has been involved in any wrongdoing. However, she faces growing calls to quit as minister, not only from the opposition parties, but from within Barisan Nasional and Umno as well. Free Malaysia Today |
Mahasiswa dakwa diperdaya untuk ke demo sokong Najib.. Posted: 22 Dec 2011 12:22 AM PST Ini bukanlah satu perkara yang baru dalam UMNO malah amat biasa dipraktikkan untuk mengerah kakitangan kerajaan ataupun pelajar-pelajar Sekolah untuk menghadiri atau meramaikan majlis atau program anjuran mereka.. Bagi kakitangan kerajaan ianya lebih mudah kerana dengan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan mereka mampu memaksa kaki tangan tersebut ke majlis mereka.. Bagi yang tidak terikat dengan sebarang jawatan dalam kerajaan surat pekeliling dari kerajaan bukanlah satu perkara yang wajib dipatuhi, oleh itu ianya sedikit sukar untuk mengerah kehadiran awam ke program anjuran UMNO.. Oleh itu.. seperti biasa mereka yang diperlukan hadir ke majlis anjuran UMNO/BN akan ditipu.. macam kat bawah ni.. Mungkin bukan semua telah ditipu.. tapi sekarang ada yang dah ditipu.. macam mamat di bawah ni, nampak memang bukan ditipu.. Dalam AmenoWorld pun ada juga dilaporkan kes Mahasiswa ditipu untuk hadiri demo sokong Najib ni.. carilah.. Sila lihat info penting yang perlu disebarkan di SINI |
Adam Adli jelaskan sebab Bendera Najib diturunkannya.. Posted: 21 Dec 2011 09:25 PM PST Kata Adam "Saya ingin memberitahu kepada mereka ini (yang mengugutnya), bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak sama sekali. Apa niat dan motif sebenar Adam menurunkan bendera Perdana Menteri? Adam: Pada hari itu, matlamat kami berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia akademia. Bagi saya isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera 'Kebebasan Akademik'. Media tidak fokus kepada bendera ini. Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan akademik untuk semua mahasiswa. Kenapa bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya pilih, ia kerana bendera Najib terletak di tiang yang paling tepi sekali dan paling mudah untuk dicapai. Usaha untuk kebebasan akademik ini sudah berlanjutan sejak lama dahulu. Seperti diumumkan Najib baru-baru ini yang mahu meminda Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) Perkara 15, dengan harapan selepas itu pelajar boleh menyertai gerakan politik tetapi tidak boleh bergerak aktif dengan memegang jawatan-jawatan. Jadi untuk apa pindaan ini dilakukan? Adakah mahasiswa ini hanyalah kuli kepada parti-parti politik? Bagi saya itu satu penghinaan kepada pelajar. Bukan maksud saya mahu semua pelajar menyertai parti politik dengan pindaan ini, pemimpin atas tidak nampak apa yang pelajar mahukan sebenarnya. Apa yang pelajar mahukan adalah berpolitik dengan tidak semestinya menyertai parti politik. Ia mestilah haluan mahasiswa sendiri dengan boleh mengkritik mana-mana kepimpinan dan dasar serta menerangkan kepada orang ramai tentang isu-isu yang mahasiswa bawakan. Jadi itulah dinamakan berpolitik tanpa perlu berpartisipasi. Adakah tindakan Adam ini secara individual atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak? ADAM: Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan. Setibanya di PWTC, kami harapkan ada pegawai yang menunggu, tapi tiada. Cuma Saifuddin sahaja bersetuju berjumpa dengan kami. Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi. Sebelum itu pelajar bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya. Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik. Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan 'kemenangan' bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang. Saya mahu perasaan kemenangan ini boleh dirasai oleh semua pelajar yang hadir pada hari itu. Ramai yang mempertikaikan tindakan Adam ini sebagai provokasi kepada Umno kerana melakukannya di PWTC, adakah tindakan itu matang bagi Adam? ADAM: Bagi saya ia matang bagi orang yang memahami isu dan menerima keadaan bahawa mahasiswa sekarang ditekan. Malah bagi saya, banyak lagi tindakan yang jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak-pihak lain seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. Adakah bagi mereka tindakan ini matang? Bagaimana pula dengan kehadiran seorang ahli politik ketika kamu menyerahkan memorandum ini? ADAM: Mengenai kehadiran ahli politik itu, saya tidak tahu kerana kami tidak pernah menjemput mana-mana ahli politik. Malah dalam Twitter, kami dengan keras menghalau dan memberi amaran supaya mana-mana ahli politik tidak hadir dalam demonstrasi kami pada hari itu. Kami bertegas program ini adalah milik mahasiswa seratus peratus, tiada pengaruh parti politik. Kami mahu serius, kami turun berdemonstrasi ini bukan kerana terpengaruh dengan mana-mana parti politik, kami datang dengan matlamat yang jelas, iaitu membebaskan dunia akademik. Adakah Adam sedar mengenai kesan yang bakal dihadapi dari tindakan menurunkan bendera ini? ADAM: Saya sudah fikir semasak-masaknya, saya bukan orang bodoh. Dalam blog, Facebook dan Twitter ramai yang mengatakan tindakan saya ini bodoh, bangang dan sebagainya tapi saya ingin tanya semula, siapa yang bangang? Siapa yang bodoh? Adakah mereka sedar tindakan turun naik bendera ini tidak pernah menjadi kesalahan mana-mana tempat dalam dunia ini? jadi saya tahu perkara yang salah dan betul. Jika tindakan itu dikira jenayah, sudah tentu saya teragak-agak untuk melakukannya. Ini adalah satu bentuk ekspresi saya. Sebab itu saya percaya mereka yang mengugut saya ini tidak tahu apa-apa langsung mengenai diri saya. Kenapa pemimpin-pemimpin parti mengeluarkan ugutan kepada saya? Bagi saya sebabnya adalah kerana undang-undang menetapkan saya tidak bersalah. Mereka tahu tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap saya, sebab itu mereka keluarkan ugutan. Adakah Adam risau dengan sebarang tindakan yang mungkin Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) kenakan selepas ini? ADAM: Memang sebelum buat saya risau, tetapi selepas melakukannya saya tidak lagi risau. Apa yang saya risau selepas tindakan menurunkan bendera hanyalah mengenai keselamatan saya. Saya tahu jika saya mahu belajar, saya boleh belajar di mana-mana sahaja. Bagi saya tidak perlu duduk dalam kampus untuk belajar. Saya tidak risau jika dibuang oleh universiti kerana ini jalan yang saya pilih. Bagaimana pula penerimaan mak dan ayah Adam dengan apa yang telah berlaku? ADAM: Ayah adalah orang pertama tahu perkara ini. Ayah bertanya tentang keadaan saya. Saya beritahu ayah, saya selamat dan berterima kasih dengan kawan-kawan yang membantu saya, tanpa mereka saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri saya. Apabila saya bercakap dengan mak, mak kata jangan risau dan merestui perjuangan saya. Sehingga hari ini saya masih berterusan berkomunikasi dengan keluarga saya dan memberitahu keadaan saya masih selamat. Saya pernah bertanya mak dan ayah tentang tindakan yang saya lakukan, adakah ia betul atau salah? Ayah kata, "sejak dari dulu lagi ayah yakin dengan apa yang kamu buat dan jangan patah balik, teruskan." Mak pula kata, "mak sokong kamu." Saya amat kagum dengan ayah dan mak saya. Mereka kata, jika mahu berjuang, maka berjuanglah menuntut kebenaran. Ayah dan mak saya bukanlah orang politik, dakwaan-dakwaan yang mengatakan mak saya penyokong kuat pembangkang adalah tidak benar sama sekali. Mak saya hanyalah seorang suri rumah. Sebagai mak dia tahu apa yang saya buat ini betul atau salah. Mak saya juga kata jangan takut kepada manusia, takut hanya pada ALLAH. Tiada patah balik bagi saya. Apa yang saya tidak boleh terima apabila imej keluarga saya difitnah dengan pelbagai dakwaan. Orang yang membuat fitnah ini patut malu pada diri sendiri, mungkin mereka ini dengki kerana tidak mempunyai mak ayah yang menyokong seperti saya. Apa tindakan Adam selepas ini sekiranya dikenakan tindakan oleh pihak Upsi? ADAM: Untuk menggantung saya, pihak universiti perlu bicarakan saya. Untuk memanggil saya, perlu pastikan dulu keselamatan saya terjamin. Rakan-rakan Upsi saya ada hubungi, mereka berkata pihak Upsi ada mencari saya, mereka menyarankan saya jangan balik dahulu ke Upsi kerana ada pihak lain mencari saya. Saya juga difahamkan hotel-hotel sekitar Upsi tiba-tiba penuh ketika ini. Apa yang Adam harapkan daripada tindakan turun bendera ini? ADAM: Apa yang saya harapkan adalah sedikit perhatian daripada isyarat kepada orang yang masih belum sedar bahawa kepincangan yang berlaku dalam negara sudah teramat teruk. Cukuplah saya mahu menunjuk ekspresi saya dan tidak menyangka ia menjadi mainan media. Selepas mendapat perhatian media, saya mula berfikir untuk pertahan atau mahu selamat. Untuk keselamatan saya bertawakal. Adakah Adam mengharapkan tindakan ini bakal menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain yang mungkin bertindak lebih agresif? ADAM: Ini mesej jelas daripada saya, sekarang masanya mahasiswa tidak perlu gentar lagi kerana sebagai mahasiswa kami boleh melihat sendiri penindasan yang berlaku. Kenapa mahasiswa harus gentar bila berhadapan dengan orang-orang yang diundi oleh kita sendiri? Orang-orang ini harus bekerja untuk kita. Jangan sesekali takut, jika tidak betul kami akan tegur, tidak kira dari sebelah manapun. Saya tidak menggalakkan mahasiswa lain bertindak agresif tetapi apa yang saya harap supaya mahasiswa lain jadi lebih kreatif. Apa pandangan Adam tentang Auku? ADAM: Sebelum adanya Auku, universiti-universiti kita hebat dengan mahasiswa yang cukup baik. Contohnya seperti Universiti Malaya (UM) yang diiktiraf sebagai antara universiti terbaik dunia pada ketika itu. Malah mereka boleh capai pencapaian ini ketika pelajar tiada apa yang kita ada pada hari ini, mereka sudah buktikan. Jadi soalnya kenapa perlu Auku? Adakah kebebasan undang-undang sedia ada masih tidak cukup? Bagi saya dan majoriti mahasiswa lain, dengan pemansuhan Auku, maka fungsi autonomi universiti dan pelajar akan dikembalikan ke tempat asal. Dunia akademia adalah tunjang kepada negara, mereka ini adalah kuasa ketiga. Kita tidak boleh halang kuasa ini. Dahulu, pelajar mengadakan demonstrasi demi kepentingan rakyat, contohnya seperti isu Baling pada tahun 70an dulu, tetapi sekarang pelajar berdemonstrasi menuntut hak pelajar sendiri kerana kami tidak boleh membantu diri sendiri, bagaimana mahu tolong masyarakat lain? Ia menghalang fungsi sebenar mahasiswa. Siapa idola Adam? ADAM: Antara idola saya adalah John Lennon dan Cornelia Sorabji. Apakah mesej Adam kepada yang memberi ugutan? ADAM: Saya ingin memberitahu kepada mereka ini, bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak sama sekali. Tindakan saya itu tidak biadab, saya tidak pernah ancam keselamatan sesiapa pun, malah keselamatan saya yang terancam. Jika ada yang mengatakan tindakan saya turunkan bendera ini salah, maka dakwalah saya di mahkamah. Saya bersedia menghadapinya, tapi bukan dengan cara ugutan begini. Jadi adakah Adam tetap dengan pendirian untuk tidak minta maaf kepada Perdana Menteri? ADAM: Saya tidak akan minta maaf. Selepas perkara ini berlarutan sehingga ke tahap ini, tiba-tiba pula saya didesak untuk minta maaf. Bagaimana pula dengan rakan-rakan saya? Saya tidak mahu rakan-rakan saya jatuh semangat sekiranya saya minta maaf. Bukan maksud saya selama-lamanya tidak meminta maaf, tidak. Pada satu tahap nanti saya perlu juga minta maaf kepada beberapa orang berikutan tindakan saya ini. Sinar Harian |
SPRM tubuh Pasukan Khas siasat isu NFC.. Wayang apa pulak ni? Posted: 21 Dec 2011 07:01 PM PST 17 Disember lalu The Star melaporkan, pihak SPRM telah menyiasat samada Shahrizat memainkan sebarang peranan untuk membolehkan NFC yang dikuasai oleh suaminya memperolehi dana RM250 Juta.. Menurut sumber pihak SPRM telah memulakan siasatan tentang perkara tersebut setelah isu berkenaan NFC di bangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 - laporan penuh sila baca di (SINI) Kemudian beberapa hari sudah kata tak ada kuasa nak menyiasat dan kes diserahkan kepada polis pula.. Hari ini pula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberitakan telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat aduan terbaru berkaitan dengan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC). Pasukan khas untuk menyiasat aduan terbaru?? Kenapa pula perlu ditubuhkan sebuah pasukan khas dalam pasukan yang sememangnya dikhaskan untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa dan rasuah? Hmmm… wayang apa pulak ni??
SPRM tubuh pasukan khas siasat isu NFC |
130 Anggota PKR Permatang Pauh Sertai UMNO.. err.. skrip tak betullah Pak Wahab.. Posted: 21 Dec 2011 09:24 AM PST Semalam riuh rendah blog-blog Pro UMNO memainkan isu "130 Anggota PKR Permatang Pauh Sertai UMNO".. ianya diketuai oleh Ketua Cawangan PKR Tanah Liat sebelum ini iaitu Abdul Wahab Rahman ataupun dikenali sebagai Pak Wahab.. Sebab utama beliau keluar korang lihatlah sendiri dalam videoclip dibawah.. Antara kata-kata Pak Wahab ialah "Saya dilantik jadi Ketua Cawangan Parti KeAdilan Sungai Ara, Ahli Jawatankuasa Bahagian DUN Penanti.. dan bla..bla..bla… Aku tak nak ulas panjang-panjang pasal dalam video di bawah ni dia menyatakan ketidak puashatinya kepada seseorang ekoran dari tidak dilantik semula sebagai Pengerusi JKKKN, siapa yang aku maksudkan faham-faham sendirilah.. Cuma aku nak minta kepada Pak Wahab kalau boleh adakan semula sidang akhbar ini.. pasal skrip tak betullah.. Pak Wahab kata "Saya dilantik jadi Ketua Cawangan Parti KeAdilan Sungai Ara, Ahli Jawatankuasa Bahagian DUN Penanti.. Sepatutnya Pak Wahab kata "Saya dilantik jadi Ketua RANTING bukanya Cawangan Parti KeAdilan Sungai Ara, Ahli Jawatankuasa Bahagian Permatang Pauh bukannya Bahagian DUN Penanti.. Sebabnya dalam KeAdilan tak ada CAWANGAN yang ada ialah RANTING dan dalam KeAdilan juga tak ada BAHAGIAN yang ada ialah CABANG. Dan di dalam Cabang Permatang Pauh pula tak ada Bahagian Penanti.. yang ada ialah Jentera Pilihanraya DUN Penanti.. Perbetulkan skrip dulu ya Pak Wahab… Tentang jumlah yang dikatakan 130 Orang tu.. Timbalan Ketua AMK Permatang Pauh Saudara Afzal Khan dah jawab di SINI 130 Anggota PKR Permatang Pauh Sertai Umno BUKIT MERTAJAM, 21 Dis (Bernama) -- Seramai 130 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Parlimen Permatang Pauh Rabu bertindak keluar parti itu dan menyertai Umno setelah kecewa dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan PKR. Kumpulan itu menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dalam satu majlis di Kampung Tanah Liat Mukim 9, di sini. Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. Ketua Cawangan PKR Tanah Liat sebelum ini Abdul Wahab Rahman,70, berkata mereka terpaksa meninggalkan parti yang sekian lama disanjung itu setelah mula melihat kepincangan dalam PKR. "Sudah lama saya fikir dan perhatikan perjalanan PKR dan selepas 11 tahun ditubuhkan ia kini sudah tidak lagi relevan. "Mereka (pemimpin PKR) langsung tidak pedulikan masalah rakyat terutama kami di sini, jadi saya rasakan sudah tiba masanya kami berubah haluan dan kembali kepada perjuangan Umno," katanya kepada pemberita. Mohd Nasir Yob, 40, yang mewakili ranting PKR Bukit Berangan berkata mereka juga sepakat untuk keluar PKR selepas kecewa dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti Datuk Mansor Othman yang didakwa mengabaikan rakyat di Bukit Berangan. Katanya selepas hampir empat tahun menjadi Adun Penanti, tiada apa yang disumbangkan wakil rakyat itu sama ada daripada segi kebajikan mahupun infrastruktur kepada penduduk, menyebabkan mereka putus asa dan mengambil keputusan menyertai Umno. Zainal Abidin yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata pihaknya dengan hati terbuka menerima kemasukan bekas anggota PKR itu ke dalam Umno. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan