Selasa, 20 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Puluhan Ribu Demo bantah bendera Najib diturunkan.. (Video)

Posted: 20 Dec 2011 07:44 AM PST



Satu demonstrasi membantah tindakan menurunkan bendera Najib dari PWTC Sabtu lalu oleh seorang Mahasiswa dari Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris Adam Adli yang dianggap biadap dan tak beradab oleh pencacai UMNO telah diadakan di hadapan pintu pagar utama UPSI pagi tadi.


Demonstrasi yang dihadiri oleh puluhan ribu ahli Perkasa, GPMS, UMNO, Majlis Belia dan tidak ketinggalan MIC yang mahu menumpang glamour.

Aku tak tahu bagaimana yang dimaksudkan tak beradap oleh pencacai UMNO itu, sedangkan selama ini kita melihat lebih banyak perkara yang lebih teruk dan kurang ajar dilakukan oleh pencacai UMNO seperti yang terbaru ialah insiden 'Makan Tahi oleh Gani' di Komtar Pulau Pinang.

Dan Aziz Bari juga berkata, "kalau nak kata beradap tidak beradap, kita pun saksikan banyak perbuatan dan tindakan pemimpin-pemimpin Umno yang tidak beradap, tidak sopan sebelum ini." laporan penuh sila baca di SINI

Saksikan puluhan ribu?? berhimpun di hadapan USPI membantah bendera Najib diturunkan.. kalau bantah Chua Soi Lek hina Islam macam ni kan bagus….


Nak guna akta apa dakwa pelajar turun bendera Najib tanya Aziz Bari

Posted: 20 Dec 2011 06:22 AM PST



Ekoran dari insiden menurunkan Bendera Najib Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno menuntut mereka memohon maaf dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan.


Persoalannya sekarang.. atas akta apa Polis nak bertindak?

Aziz Bari: Nak guna akta apa dakwa pelajar turun 'banting' Najib

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan kumpulan mahasiswa SMM dan Bebas tidak perlu dan tidak boleh dikenakan tindakan berhubung insiden menurunkan 'bendera' berbentuk banting berwajahkan Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.

Menurut Aziz , beliau tidak melihat apa-apa kesalahan dilakukan oleh pelajar-pelajar berkenaan.

"Saya tidak nampak mereka melakukan apa-apa kesalahan, mereka tidak merosakkan harta benda... tidak. Mereka menurunkan dan kemudian menaikkan semula bendera (banting).

"Mereka hendak siasat di bawah undang-undang apa? Nak ambil tindakan di bawah peruntukan apa?" kata beliau mengulas perkembangan di pekarangan ibu pejabat Umno di sini, Sabtu lalu.

Sebaliknya kata pakar perlembagaan ini, Najib selaku perdana menteri perlu menerima mesej yang disampaikan oleh kumpulan mahasiswa berkenaan, yang mengadakan demonstrasi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Insiden itu dilaporkan berlaku ketika kumpulan mahasiswa dari SMM dan Bebas hendak menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Bagaimanapun kumpulan mahasiswa itu menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri.

Pemimpin SMM dan Bebas berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

"Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat" kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razab.

Saifuddin menuntut mereka memohon maaf dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan.

Aziz yang menjadi sasaran siasatan polis, pengurusan UIA dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dua bulan lalu menegaskan, selagi kerajaan tidak memansuhkan AUKU, pelajar-pelajar universiti akan terus memperjuangkan perkara berkenaan.

"Universiti-universiti sudah wujud sebelum AUKU diperkenalkan pada 1971, jadi mengapa perlunya AUKU.

"Kerajaan perlu mendengar suara mahasiswa... jadi mereka tidak perlu meminta, saya tidak perlu memohon maaf, jangan sombong, dengar suara mereka," katanya.

SMM dan Bebas mengadakan demonstrasi tempoh hari menuntut AUKU dimansuhkan untuk mengembalikan kebebasan akademik.

Menjawab soalan sama ada tindakan itu sesuatu yang tidak beradab, Aziz berkata, "kalau nak kata beradap tidak beradap, kita pun saksikan banyak perbuatan dan tindakan pemimpin-pemimpin Umno yang tidak beradap, tidak sopan sebelum ini."

"Saya tidak melihat menurunkan bendera Najib ini sesuatu yang tidak beradap, seteruk tindakan mereka sebelum ini," katanya lagi.


The Malaysian Insider

RTM Fitnah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah (Video inside)

Posted: 20 Dec 2011 03:59 AM PST



ALOR SETAR, 20 Disember 2011 - Isu kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan yang disiarkan oleh Radio Television Malaysia (RTM) terjawab apabila YB Nasir Mustafa tampil membuktikan bahawa kerajaan negeri yang telah menurap jalan tersebut dan bukannya Kerajaan Persekutuan.


ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa berkata, beliau kesal dengan pihak RTM kerana mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU), sedangkan jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri pada tarikh 27 Julai 2011.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai fitnah RTM berhubung kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon yang menimbulkan keresahan penduduk sebelum ini.

"Saya mempunyai bukti bahawa jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri kerana saya mempunyai surat rasmi daripada kontraktor yang melakasanakan tugas tersebut, dan juga surat rasmi kepada Unit Perancangan Negeri (UPEN).

Photobucket
Lagi dokumen sila lihat di SINI

"Ini adalah satu fitnah yang jelas, kerana rancangan television Titik Sentuhan yang disiarkan oleh RTM ini mengatakan saya tak buat kerja, ini juga merupakan tohmahan yang tidak berasas," jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa jalan tersebut tidak berturap sepenuhnya sejak pemerintahan kerajaan negeri yang sebelum ini lagi. Jalan tersebut merupakan jalan MADA dan bukannya jalan kerajaan negeri.

Selepas kerajaan negeri sekarang memerintah saya telah mengambil tindakan dengan menghubungi pihak UPEN bagi menaik taraf dan menurap semula jalan tersebut.

"Selain itu, saya juga amat kesal dengan RTM kerana telah menggunakan rancangan television tersebut untuk kepentingan politik BN," katanya.

Beliau akan membuat laporan polis mengenai fitnah tersebut serta laporan SPRM berkaitan dakwaan kononnya jalan tersebut dibuat oleh Pusat.

"Ia terdedah kepada kemungkinan ada pihak yang telah membuat tuntutan pembayaran dari Pusat terhadap kerja yang dilakukan sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa pun kerana semuanya telah diselesaikan oleh pihak lain (Negeri)," ujarnya.

Melayu tidak akan keluar undi jika SPR guna dakwat kekal - PERKASA

Posted: 20 Dec 2011 02:47 AM PST

Alasan BODOH dari S/U Perkasa untuk menolak penggunaan dakwat kekal dalam PRU akan datang..



KUALA LUMPUR, 20 Dis – Perkasa menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semalam mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.


Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan.

Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.

Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

"Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.

"Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan," katanya.

Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.

"Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.

"Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?" katanya.

Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, dakwat kekal 'silver nitrate' akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan ia berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, dakwat kekal yang mengandungi 'silver nitrate' itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam.

Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum.

Menurut Aziz, dakwat ini mengandungi logam silver nitrate apabila dicalit pada kuku jari dan akan diserap dalam kuku kulit.

Dakwat kekal silver nitrate tujuh peratus digunakan untuk pengundian awal iaitu hari pembuangan undi khas untuk anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am manakala dakwat kekal siver nitrate empat peratus bagi pengundian biasa.


The Malaysian Insider

Skandal NFC: Keluarga Shahrizat Beli Kondominium Mewah Berharga RM9.9 Juta Di Singapura

Posted: 19 Dec 2011 10:27 PM PST



Hari ini.. dalam diam.. Kain Shahrizat diselak lagi oleh KeAdilan, dan apa yang kelihatan pula ialah Keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil Beli Kondominium Mewah Berharga RM9.9 Juta Di Singapura


Memandangkan UMNO dan Dato' Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan.




KEADILAN boleh mengesahkan kami ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010 (rujuk dokumen rasmi Singapore Land Authority di SINI).





Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu. Harga itu dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran wang semasa urusniaga berlaku (rujuk dokumen rasmi Singapore Urban Redevelopment Authority rekod no 44 di SINI ).

Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka, berbanding dengan pembelian dua buah kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.

Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC.

Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.

Pada hari ini, KEADILAN boleh mendedahkan satu komunikasi (dalam bentuk email) di antara Saudara Wan Shahinur Izran dengan Saudari Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran di Singapura bagi pihak keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil (sila rujuk dokumen email yang disertakan bersama).

Email ini membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah di Singapura. Bagi tempoh 3 bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil dianggarkan memindahkan sejumlah S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura. Jika ini berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura.

Amalan ini sudah tentu turut berleluasa dengan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh mereka di Singapura. Oleh kerana syarikat-syarikat ini adalah milik penuh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, wang dari NFC boleh sahaja dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat ini, kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts.

Dato' Seri Najib Tun Razak tidak boleh berdiam diri lagi kerana pendedahan demi pendedahan membuktikan berlaku penyelewengan berleluasa dalam penggunaan dana rakyat berjumlah RM250 juta itu.

Kami mendesak beliau mengambil tindakan segera membekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan secepat mungkin.


MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN
YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
YB ZURAIDA KAMARUDDIN, KETUA WANITA KEADILAN


20 DISEMBER 2011

PANAS!! Mahasiswa ini juga mahu Tampar dan Ludah Mahasiswa itu... (Video)

Posted: 19 Dec 2011 09:25 PM PST



Nampaknya masih ada lagi yang melahirkan perasaan marah mereka terhadap Mahasiswa yang menurunkan bendera Najib dari PWTC tempoh hari..


Setelah ada yang cuba mahu menumbuk mahasiswa kerana insiden tersebut dan ada juga yang mahu meludah dan menampar muka Mahasiswa tersebut (videonya di bawah), muncul pula sekumpulan Mahasiswa yang turut mahu menampar dan juga meludah mahasiswa…

Bagaimanapun mereka ini kelihatan lebih ganas dari pencacai UMNO… Saksikan!!




Saksikan siaran ulangan video di bawah ini..




Kah..Kah..Kah… walau macam mana garang sekalipun pencacai UMNO tunjukkan muka mereka.. seorang Mahasiswapun tak takut.. malah dipermainkan pula..

Pinjam Bank Dunia : Mahathir tak percaya ada dokumen pulakdah...

Posted: 19 Dec 2011 08:04 PM PST



Bila didedahkan dokumen-dokumen yang melibatkan Mahathir dan Bank Dunia.. ini jawapan Tun "Saya nak tengok...Saya nak pi (pergi) tanya World Bank betul ka ini...pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat.


Memang dokumen-dokumen ini datangnya bukan dari Anwar Ibrahim.. tapi kan sekarang ni semua maklumat berada dihujung jari... apa yang nak dihairankan lagi..

Dr M: Saya nak tanya Bank Dunia, betulkah?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menafikan bahawa beliau pernah meminta bantuan kewangan daripada Bank Dunia, sama ada semasa krisis kewangan tahun 1997 atau selepas itu.

Mengulas mengenai pendedahan Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli yang mengemukakan tiga dokumen yang didakwa sebagai bukti beliau pernah membuat pinjaman itu, Dr Mahathir berkata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.

"Saya nak tengok...Saya nak pi (pergi) tanya World Bank betul ka ini...pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat.

"Sepanjang yang saya ingat dan saya tidak lupa, saya tidak pernah menghantar sebarang permintaan bagi sebarang wang, tidak semasa krisis kewangan atau malah selepas itu. Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, lepas tu nak minta duit kat dia buat apa? Bodohlah saya," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan 26 peserta program realiti Adik-Adikku di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Dr Mahathir turut mempertikaikan mengapa dokumen seperti itu tiba-tiba muncul, sedangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau tidak mempunyai dokumen itu sebelum ini.

"Kenapa baru hari ni, dah berapa tahun dah, baru keluar? Pasal politiklah, pasal pilihan raya, nak burukkan orang lain," katanya.

Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing baru-baru ini dilaporkan mendakwa Dr Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan.

Dr Mahathir kemudiannya mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan perkara itu.

Program realiti Adik-Adikku merupakan program Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk mencari bakat si cilik dalam berdakwah. Episod akhir program itu akan diadakan pada Mac tahun depan dengan hanya lima orang peserta akan terpilih.

- Bernama

‘Sayalah yang perkenal Auku’ - Dr. Mahathir

Posted: 19 Dec 2011 05:18 PM PST



Dr Mahathir mengakui beliaulah yang memperkenalkan Auku semasa menjadi Menteri Pelajaran, yang kini menjadi kemelut antara Kerajaan dan Mahasiswa.


Kerana Akta tersebut juga, Najib telah dimalukan (SINI) bilamana bendera beliau diturunkan dari PWTC oleh sekumpulan Mahasiswa..

Bukan itu saja malah Mahasiswa yang menurunkan bendera Najib itu juga diancam akan diludah oleh sekumpulan pencacai UMNO ( SINI )dan Mahasiswa tersebut juga telah cuba ditumbuk dihadapan Polis oleh pencacai UMNO ( SINI )

'Sayalah yang perkenal Auku'

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan jika hari ini penuntut universiti lebih dewasa dan bertanggungjawab, batalkan sahaja Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Dr Mahathir mengakui beliaulah yang memperkenalkan Auku semasa menjadi Menteri Pelajaran.

Menurutnya, penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapatnya kerana penuntut Melayu amat marah mengenai Auku.

"Saya rela dimarahi sesiapa sahaja, tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan Auku.

"Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya," katanya yang dipetik dari laman blognya, chedet.cc/blog pada 2008.

Menurutnya, pengorbanan dipohon daripada penuntut hanya sedikit. Masa menuntut tidak begitu lama, hanya tiga atau empat tahun.

"Setelah lulus, tumpukan sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika menjadi minat utama kerana pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh sendiri.

"Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik lebih baik," katanya.

Beliau berkata, jika kita sanggup menghabiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela menggunakan duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar.

"Maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita," katanya.

Menurutnya, penuntut Melayu berminat de­ngan kegiatan politik dan suka melibatkan diri dengan demons­trasi jalanan serta aktiviti politik lain yang mengambil masa mereka di universiti.

"Tindakan sedemikian menyebabkan tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang dan ianya merugikan mereka dan masya­rakat Melayu jika mereka gagal.

"Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka menjadi kurang berpengetahuan dalam bidang politik. Tidak juga," katanya.

Dr Mahathir menegaskan, mereka boleh adakan forum perbahasan dalaman antara universiti dan mendapatkan pakar yang tidak mempunyai kepentingan politik untuk memberi syarahan dan sesi soal jawab.

"Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti berparti, mereka boleh menguasai dan memahami politik.

"Kegiatan seperti ini, tidak memisahkan mereka daripada menumpukan masa me­nguasai ilmu," katanya.

Beliau berkata, harus di­ingat bahawa pembiayaan bagi setiap penuntut sama ada yang mendapat biasiswa atau tidak, datang daripada duit rak­yat. Duit itu disalurkan de­ngan rela hati kepada mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut mereka yang akan menjamin masa depan cerah bagi mereka.

"Jika dilihat selepas 15 tahun merdeka, bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai terutamanya Melayu.

"Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain- lain ahli profesional adalah kecil dan ia amat menyedihkan," katanya.

Menurutnya, setelah Da­sar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan, maka jumlah penuntut di tiga universiti tempatan sudah bertambah. Ttetapi kemasukan sahaja tidak dapat menambah jumlah Melayu berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperoleh ijazah.

"Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai pe­nuntut Melayu dan Bumi­putera lain hanya diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu," katanya.


Sinar Harian

Tiada ulasan: