Selasa, 13 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rapat Rakyat Asal Bukan UMNO (ABU), 15 Disember ini..

Posted: 13 Dec 2011 06:35 AM PST


9 Disember lepas satu sejarah telah berlaku di mana satu sidang media serentak di seluruh negara berlaku dengan menyuarakan satu maksud yang sama. Tanpa pimpinan 'besar', hanya rakyat biasa dari perbagai latar belakang seperti peniaga kecil, pelajar, pekerja kilang, aktivis masyarakat dan lain - lain tampil untuk bertemu media di seluruh negara dengan menyatakan iltizam bersama menggerakkan rakyat dengan semangat 'ABU' Asalkan Bukan Umno.


ABU bukan organisasi seperti NGO, jauh sekali sebagai parti politik. ABU ialah semangat yang mengikat rakyat dan satu gelombang kesedaran betapa Umno (United Malay National Organisation) merupakan pewaris penjajah yang menjadi punca kecelaruan dan perbagai masalah dalam negara ini.

Dari masalah perkauman melampau, ketegangan antara agama membawa ke masalah ekonomi, rasuah serta kelemahan pentadbiran sehingga pembaziran melampau yang mencipta kepayahan hidup sehinggalah kenaikan kos hidup (harga barang) secara mendadak dan melampau. Semuanya ialah kerana Umno yang dicipta penjajah mewarisi negara ini dan lebih - lebih lagi ia sudah terlalu lama berada ditampuk kuasa.

Siapa ABU ?

ABU ialah saya, saudara dan kita semua rakyat biasa yang bersetuju mengenepikan perbezaan dalam mencari kesamaan melawan kezaliman Umno sehingga tumbangnya Umno dari kekuasaan. ABU tidak dimonopoli oleh mana - mana parti politik atau organisasi. ABU milik rakyat yang sedar perlunya bangkit dengan berani dan dengan tegas menyatakan tidak kepada Umno. ABU ialah trend kebangkitan melawan penindasan. Semua rakyat, organisasi dijemput bersama dan ialah pemilik gerakan ABU. SAMM terlibat menggerakkan ABU atas kesedaran tetapi ABU bukan milik SAMM.

RAPAT RAKYAT

Gerakan kesedaran ini bergerak dengan perbagai pendekatan dari kempen umum, pengedaran risaalah, vcd. Penyampaian mesra media baru tanpa menolak secara konvensional seperti edaran bahan ke rumah - rumah dan pejabat - pejabat. Hinggalah ke kempen secara grafiti dan sabotaj. ABU juga bergerak secara anarkis dan organik. ABU berteraskan rakyat.

Gerakan ABU ini wujud sudah lama cuma sudah sebulan lebih SAMM cuba menggerakkan secara serius mengikut skala yang kami mampu dengan mengikat beberapa lagi organisasi termasuk parti politik dalam usaha serius menyedarkan rakyat mengenai ABU.

Satu program memperkenalkan ABU akan diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri. Semua dijemput ke program memperkenalkan ABU peringkat kebangsaan seperti berikut :

Rapat Rakyat ABU
"bersatu ASALKAN BUKAN UMNO"
15 Disember 2011
8.30 malam
Dataran Sebelah KUIZM, Tmn Melewar, Gombak.


Program ini akan menampilkan kelainan dengan mengetengahkan pidato dari rakyat biasa yang mengenengahkan masalah sebenar rakyat, dari pemandu teksi,setinggan, pekerja kilang, suri rumah, pengamal rawatan alternatif, kerani, pegawai bank, cikgu, artis sehinggalah pimpinan parti politik.

Antara pimpinan politik yang telah mengesahkan kehadiran ialah YB Datuk Mahfuz Omar (PAS), Arulchelvam (PSM), Dr. Rohana (PRM) dan Haris Ibrahim (MCLM). Kemunculan khas kali pertama dalam pentas rakyat di semenanjung ialah Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) yang akan membuat pengumuman khas bersangkutan ABU.

Majlis juga menjemput Hishamuddin Rais yang porpular dengan blognya Tukar Tiub, beliau didapati antara yang awal menggunakan perkataan ABU sehingga menjadi trend kepada khususnya anak muda.

Diharap semua rakyat yang bersetuju dengan ABU dapat sama membantu menghebahkan maklumat program juga hadir beramai - ramai dan kemudian menjadi agen penyampai maklumat ABU.

Asalkan bukan Umno, selamatkan Malaysia.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Sidang Media Pelancaran ABU di Pulau Pinang lihat di ( SINI )
Sidang Media Pelancaran ABU di Johor lihat di ( SINI )
Sidang Media Pelancaran ABU di Melaka lihat di ( SINI )
Sidang Media Pelancaran ABU di Negeri Sembilan lihat di ( SINI )
Lain-lain negeri sila lihat di ( SINI )

Perbicaraan kes tuduhan liwat II disambung Khamis ini

Posted: 13 Dec 2011 04:41 AM PST



KUALA LUMPUR, 13 Dis: Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung pada Khamis ini, 15 Disember 2011.


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memutuskan perkara itu menjelaskan, sambungan perbicaraan kes itu akan bermula jam 9.30 pagi.

Menurutnya, perbicaraan Khamis ini bagi membolehkan pihak pembelaan menggulung hujah mereka, sebelum keputusan kes tersebut dibuat.

Sementara itu, peguam Sankara Nair berkata, pihak pendakwa bagi perbicaraan kes tersebut hari ini tetap gagal membuktikan Datuk Seri Anwar bersalah.

"Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwa hari ini tetap memihak kepada kami dan kami yakin mampu mempertahankan hujah-hujah kami sebelum ini pada hari Khamis ini," katanya.

Bercakap kepada pihak media pada sidang media di lobi Mahkamah Tinggi di sini petang ini, beliau berkata, sehingga kini pihak pendakwa juga turut gagal menafikan keterangan-keterangan saksi-saksi pembela.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan meneruskan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai jam 1.30 petang ini bagi memberi peluang kepada pihak pendakwaan meneruskan hujah mereka.

Sekitar jam 5.00 petang ini, hakim Datuk Mohamad Zabidin yang mendengar perbicaraan kes itu memutuskan untuk menyambung perbicaraan kes tersebut Khamis ini untuk memberikan peluang kepada pihak pembelaan pula menggulung hujah mereka.

Sankara adalah peguam bela bagi pihak tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, manakala Karpal Singh adalah peguam utamanya.

"Pada perbicaraan Khamis ini, pihak kami akan menggunakan segala peluang yang ada untuk mematahkan semua hujah pihak pendakwa dan kami tetap yakin keputusan tetap memihak kepada kami," tegas Sankara.

Sejak mula kes itu disebut, tegas beliau, pihaknya telah menegaskan bahawa kes liwat 2 Anwar adalah fitnah dan konspirasi politik pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Anwar.

"Sehingga hari ini, pihak pendakwaan tetap gagal menafikan hujah kami itu kerana ia sememangnya konspirasi politik ke atas Datuk Seri Anwar.

"Kami sememangnya mempunyai bukti-bukti kukuh untuk dikemukakan pada bila-bila masa dan kami pasti akan turut membuktikan perkara itu pada perbicaraan Khamis ini," tegas beliau.

Persekitaran lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejak awal petang tadi turut didatangi ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara mereka yang datang termasuk ahli-ahli PKR dari Ipoh bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar yang juga Ketua Umum PKR, sejajar dengan keyakinan mereka terhadap kedudukan Anwar sebagai pihak yang tidak bersalah, sebaliknya teraniaya.

Harakahdaily

Khairy PENAKUT!! Rafizi kata..

Posted: 13 Dec 2011 01:53 AM PST



Perdebatan isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil masih lagi tidak mendapat kata putus dari Ketua Pemuda Umno dalam penetapan tarikh.


Justeru, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyelar tindakan Khairy Jamaluddin yang melengahkan masa sebaliknya hanya mampu menggunakan orang bawahannya untuk menyerang beliau di laman sosial Twitter.

"Bila Khairy tidak berani debat, dia hantar anak-anak buah kaki maki hamun untuk alih perhatian. 'Typical' Pemuda Umno," sindirnya di Twitter semalam.

Rafizi pada 18 November lalu mencadangkan agar debat tersebut dibuat semalam dan telah memberi masa sebulan untuk Khairy menjawabnya namun ia terpaksa dibatalkan.

Ini berikutan, wakil Khairy telah menghantar surat balas melalui email mengatakan Khairy tidak dapat menghadiri debat pada tarikh tersebut dan kononnya ingin bertemu bagi menetapkan tarikh dan masa yang dipersetujui bersama.

Justeru Rafizi membalas surat tersebut dan mencadangkan agar debat skandal NFC itu diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga Ibu Pejabat Umno.

Rafizi dalam satu surat dihantar kepada Khairy meminta agar beliau memberikan satu tarikh menjelang 12 Disember sebelum jam 12.00 tengahari dan sehingga kini tiada respon.

"Jelas Khairy tidak berminat untuk mempertahankan NFC, komennya sebelum ini hanya cakap kosong," kata Rafizi di Twitter semalam.

"Dah pukul 12.30 tengahari, saya masih belum dapat jawapan dari Khairy. Maknanya tarikh dah tamat, saudara tak berani dan tak berminat," kata Rafizi.

Khairy di Twitter sebaliknya hanya menjawab dan mempersoalkan tarikh debat dan mengatakan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan debat tersebut.

Bagaimanapun, Rafizi tetap akan meneruskan debat rakyat yang bakal berlangsung 19 Disember ini yang turut menjemput ahli Umno untuk berdebat berkenaan isu ini.

"Oleh kerana Khairy tidak berani debat (Skandal NFC) lembu, kita akan teruskan debat rakyat, tempat akan diumumkan kemudian," jelas Rafizi.

Meskipun isu itu membabitkan Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebaliknya Khairy kelihatan ghairah membela Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Skandal NFC mencetuskan kontroversi kepada negara apabila KEADILAN mendedahkan banyak penyalahgunaan wang dana RM250 terhadap projek lembu tersebut.

NFC merupakan syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki Shahrizat yang didakwa mengalami kerugian dalam operasinya namun pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.

Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.


http://www.keadilandaily.com/?p=24300

Tuduhan Liwat : Anwar gagal pertikai keterangan Saiful - pendakwa raya

Posted: 12 Dec 2011 11:34 PM PST



KUALA LUMPUR, 13 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim telah gagal untuk mempertikai keterangan pengadu dalam kes liwat dihadapinya sekarang dan oleh itu, penafian Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sahaja tidak memadai, kata pendakwa raya hari ini.


Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhujah bahawa keterangan Anwar dari kandang tertuduh telah gagal mematahkan testimoni Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pengadu itu memang telah pergi ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

"Penghujahan kami, ia hanya satu pembohongan. Apabila anda gagal untuk mempertikaikan fakta keterangan PW1, (ia) bersamaan dengan pengakuan," kata Yusof ketika hujah penggulungan beliau hari ini.

Ketua pasukan pendakwa ini berkata keterangan Anwar (gambar) tidak mencabar validiti rakaman CCTV di kondominium Desa Damansara, yang menunjukkan kehadiran beliau pada 26 Jun.

"Penafian seperti ini tidak menafikan kesemua kandungan keterangan PW1, bahawa Anwar telah meminta Saiful (yang juga saksi utama kes) pergi ke unit kondominium... tidak mempertikaikan bahawa ketua staf telah menghantar Saiful untuk menghantar kepada beliau (Anwar) satu dokumen," kata Yusof.

lagi sila baca di ( SINI )

Jangan beban parti.. Shahrizat didesak letak jawatan lagi..

Posted: 12 Dec 2011 08:24 PM PST



KUALA LUMPUR, 13 Dis — Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee meneruskan desakan dengan yang terbaru menggesa suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengetuai projek ternakan lembu kontroversi, Pusat Fidlot Nasional (NFC) supaya tidak lagi membebabnkan partinya.


Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, suami Shahrizat merupakan pengerusi eksekutif NFC. Pengurusannya turut dikendalikan oleh anak-anak mereka.

Syed Ali menegaskan, sikap berdiam diri Mohamad Salleh dan enggan tampil menjawab segala tuduhan dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog boleh mengelirukan rakyat dan menjadi beban kepada Umno.

"Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya," kata beliau dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya.

Katanya, kepimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian terus diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC.

"Malah ada yang kata Umno bela lembu untuk kepentingan Shahrizat (gambar), apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?" kata beliau lagi.

Justeru kata Syed Ali, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isterinya pula perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Minggu lalu, Syed Ali melahirkan pendirian meminta Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno melepaskan jawatan itu.

"Kalau benar tak ada (penyelewengan), buatlah penjelasan terbuka secara terperinci, kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang tersebut adalah hak rakyat," ujarnya.

Ekoran pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu, isu itu menjadi sasaran serangan dan pendedahan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.

Desakan agar Shahrizat meletakkan jawatan semakin meningkat termasuk pendirian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

Paling sedih kata Syed Ali, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi sasaran pembangkang dengan dilemparkan tuduhan kononnya melindungi keluarga Shahrizat.

Semalam, PAS menggesa Muhyiddin turut mengambil tanggungjawab kerana projek itu dikurniakan ketika menjadi menteri pertanian.

"Mengapa pula Umno, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita Umno, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian," tegas Syed Ali lagi.

"Orang lain yang buat hal, mengapa pula Umno yang dipersalahkan? Inilah kaitan yang sedang hebat disebarkan pembangkang dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan BN," kata beliau lagi.

Kelmarin, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Mohamad Salleh agar lebih aggresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek NFC bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

Puad berkata, tuduhan terbaru berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.


The Malaysian Insider

Surat dari Enam NGO antarabangsa desak Taib dan Keluarganya ditangkap!

Posted: 12 Dec 2011 07:38 PM PST

Lihat surat diakhir laporan..



Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.


Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern.

Mereka telah mengemukakan surat bertarikh hari ini kepada kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya.

Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.

"Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka.

Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib.

Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud, dan Raziah Mahmud.

Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia - Malaysiakini

Laporan asal di ( SINI )

Di bawah ialah surat yang dimaksudkan..



Photobucket



Keseluruhan surat sila lihat di ( SINI )

Rosmah beli bag tangan harga RM636,100.00 ?

Posted: 12 Dec 2011 05:42 PM PST



Baru-baru ini Heritage Auctions dari Dallas telah mengistiharkan lelongan sebuah beg tangan mewah wanita Hermes Diamond Birkin berwarna merah pada harga $203,150 (RM636,100)


Mereka meletakkan harga US$80,000 untuk sebuah bag tangan jenama Barkin berwarna merah yang diperbuat dari kulit buaya bertatahkan 18 karat emas putih dan berlian tetapi ianya telah dibida pada harga US$203,150 menjadikannya sebagai bag tangan jenama Barkin termahal didunia.

Jurucakap Heritage, Matthew Rubinger mengesahkan bahawa pemenang bidaan tersebut telah mengunjungi pemilik yang enggan namanya didedahkan kepada umum.

Hermès Birkin bag sells for over €150,000

Everybody knows that Birkin bags, the iconic handbags made by family business Hermès, are expensive. But the one that sold last week in Dallas was outrageously priced, even by normal standards.

The bag, made of red crocodile leather and featuring 18-carat white gold and diamond-encrusted fittings, was sold for US$203,150 (€151,776) to an anonymous private collector.

According to Heritage Auctions, the auction house that organised the sale and initially expected it to sell for US$80,000, this makes the red Birkin the world's most expensive handbag.

It was one of four Hermès handbags on sale at the auction, which also included more than 500 designer bags from brands such as Fendi and Louis Vuitton. In comparison to the Birkin, the other three Hermès bags were bargains, going for between US$80,000 and US$113,000.

"The Hermès Diamond collection is the most limited of all Hermès productions. With only a few pieces created each year, even major collectors cannot find these pieces," Matt Rubinger, director of luxury accessories at Heritage, said in a statement.

"A Birkin from this collection, in signature Rouge Hermès crocodile, is singularly the most desirable bag in the world and, between its desirability and its rarity, truly an investment piece," he added.

Hermès was founded in 1837 by Thierry Hermès. Today, nine members of the Hermès family work at the company, including Bertrand Peuch, who serves as executive chairman, and sixth-generation Pierre-Alexis Dumas, who is the creative director - source


This Hermès Birkin sells for over US$200,000; sets world record

A red crocodile Hermès Birkin handbag (pictured above) has just set the world record for being the most expensive bag ever to be sold at a public auction, after it sold for an eye watering US$203,150.

The 'Hermès Exceptional Collection Shiny Rouge H Porosus Crocodile 30cm' – to use its full name – was sold to an anonymous bidder at Heritage Auctions in Dallas, Texas but was originally only expected to fetch US$80,000.

We don't need anyone to tell us that Birkins are special, but apart from the fact that this one features white gold and diamond hardware, what makes it so special?

"This is an extraordinary example of one of the world's most exceptional handbags, and this was certainly an exceptional price, exceeding our highest expectations at every corner," Matt Rubiner, a spokesperson for Heritage Auctions told WWD after the sale.

"Just a year ago another Birkin, without the jewels and in lesser condition than this one, sold for the equivalent of US$77,000 at auction in England. Everything about this bag measures up much better than that one – it all combines to make this a singular bag and an extraordinary opportunity for a high-end collector."

Well, there you have it - source

Dan The Star telah menyiarkan satu gambar seorang wanita dari Malaysia sedang menggayakan bag yang dikatakan termahal didunia itu disamping isteri penternak lembu yang paling berjaya di Malaysia... lihatlah!!

Tiada ulasan: