Khamis, 1 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Muhyiddin pembohong besar - Kit Siang

Posted: 01 Dec 2011 06:59 AM PST



Apabila didesak oleh rakyat supaya membuka ruang demokrasi, kebebasan dan hak asasi serta mereformasikan pentadbiran, apa yang akan dibuat oleh UMNO?


Seperti selalunya, UMNO apabila tergugat, maka tersemburlah dari mulut pimpinan mereka hujah lapuk perkauman melampau yang langsung tidak berasaskan fakta.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah "ibu kepada segala fitnah, pembohongan dan perkauman".

Katanya ucapan Muhyiddin itu sewaktu merasmikan persidangan Pemuda, Wnita dan Puteri UMNO adalah yang paling buruk dan tidak bertanggungjawab yang pernah disampaikan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri.

"Tuduhan Muhyiddin kononnya DAP adalah anti-Islam dan anti-Melayu adalah fitnah, tidak berasas dan pembohongan semata-mata.

"DAP adalah sebuah parti Malaysia yang patriotik serta gigih berusaha untuk kebaikan semua kaum, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban, dan untuk semua penganut agama, sama ada Islam, Buddhisme, Kristian, Hindu, Sikh atau Taoisme.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata Muhyiddin telah bersikap tidak bertanggungjawab dan menyebarkan fitnah apabila membohongi rakyat dengan mendakwa kononnya agenda DAP ialah untuk mewujudkan sebuah republik.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata:

"Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan.

"Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa."

Kit Siang menjelaskan DAP TIDAK pernah mencadangkan jawatan Perdana Menteri dipilih tanpa perlu perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mahu Muhyiddin membuktikan kata-kata kononnya DAP mahu menubuhkan republic, kerana sejak zaman-berzaman, malah pada 23 Februari 1971, DAP secara terbuka menyatakan sokongan kepada sistem Raja Berperlembagaan.

Katanya, beliau juga menyatakan dalam Parlimen 40 tahun lalu bahawa DAP tidak pernah dan tidak akan mempersoal kedaulatan Raja-Raja.

Menurutnya, walau apa pun rancangan kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat Malaysia pelbagai kaum, ia hanya bersikap seperti biawak yang sering kembali kepada bangkainya.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, beberapa pemimpin UMNO masih terawang-awangan di zaman lampau walau pun seluruh rakyat dunia, termasuk di Malaysia, sedang memperjuangkan hak asasi manusia.

"Memang ketinggalan zaman…Tetapi inilah juga tanda penyakit 'gila kuasa.'

"Mula-mula (mereka) membutakan diri, iaitu kesalahan sendiri tidak nampak, kemudian memekakkan telinga, iaitu suara rakyat tidak didengari, dan akhirnya memabukkan diri sehingga mereka cuma hidup dalam dunia khayalan sendiri.

"Namun begitu, rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, tidak jahil dan tidak akan termakan dengan umpan perkauman," katanya.

Beliau membidas kenyataan-kenyataan perkauman para pemimpin UMNO sebagai dangkal, bebal dan sama sekali tidak berasaskan fakta, termasuk dakwaan bodoh Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan yang menuduh DAP tidak menghormati institusi diraja kerana "mereka tidak pernah terima gelaran diraja meski pun mereka ditawarkan".

Zairil memberi contoh arwah ayahnya, bekas Menteri Pelajaran Tan Sri Mohd Khir Johari yang juga seorang pemimpin besar UMNO, yang pernah menolak berkali-kali pingat dan darjah kebesaran sepanjang perkhidmatan sebagai wakil rakyat.

"Adakah beliau seorang yang anti-raja juga? Seperti juga Tun Ghafar Baba… Mereka enggan menerima pingat atas dasar prinsip bahawa sesiapa yang sedang berkhidmat untuk awam itu tidak sepatutya menjadi lebih 'tinggi' daripada rakyat.

"Inilah prinsip sama dipegang pemimpin-pemimpin DAP," katanya.


Roketkini.com

Airport Tax sudah naik...

Posted: 01 Dec 2011 03:54 AM PST



Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah menaikkan tariff cukai lapanganterbang atau Airport Tax untuk semua penerbangan keluar masuk antarabangsa mulai 1 December 2011.


AirAsia berpendapat kenaikkan ini tidak boleh diterima kerana kemudahan yang ada di lapangan terbang sekarang adalah tidak memadai dengan cukai yang dikenakan.

Hmmm.. mungkin dinaikkan untuk meringankan beban akibat kenaikkan Kos pembinaan KLIA2 yang bakal menggantikan Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah dari RM2 bilion kepada RM3.9 bilion kononnya ekoran penambahbaikan yang dilakukan di terminal baharu itu.

Penambahbaikkan itu akan menyebabkan KLIA2 beroperasi sepenuhnya pada April 2013, enam bulan lewat berbanding tarikh sebelumnya.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad berkata, penambahbaikan dalam keluasan KLIA2 itu dibuat bagi membolehkan terminal itu menampung penumpang sebanyak 45 juta berbanding anggaran awal 30 juta sebelum ini..

Ditanya bagaimanakah MAHB akan mendapat dana bagi menampung kenaikan kos KLIA2, Ketua Pegawai Kewangannya, Faizal Mansur berkata, syarikat itu mempunyai baki sebanyak RM600 juta daripada terbitan sukuk yang belum ditebus. Berita penuh sila baca di ( SINI )

Komen Tony Fernandes Boss AirAsia

"I am deeply disappointed with the decision and shocked to hear that KLIA2 can now cater for 45 million passengers when ...only last week it was 30 million. Where is the 15 million going to be (housed) when there is no floor space?

"At 45 million, the airport appears to be bigger than Dubai airport," he said.

He added that "MAHB cannot make excuses for cost overruns. MAHB must be made accountable. My worst fear has been confirmed."

He also twitted about the RM3.9bil figure, saying that "I am sure that is not the finalfigure".


Sasaran KLIA untuk menampung 25 juta penumpang pun tak tercapai mahu disasarkan 45 juta penumpang pula untuk KLIA2…

Semuanya hanya untuk memenuhkan poket kroni.. patutlah Tony Pua pertikai… sila baca di SINI.

Shahrizat dah tak mahu selak kain...

Posted: 01 Dec 2011 02:01 AM PST



Petang semalam selepas Shahrizat dengan muka yang garang menyingsing lengan menyerang Zuraida, Rafizi dan Saifuddin serta memberikan amaran keras kepada mereka dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO pada sebelah paginya, Rafizi dan KeAdilan telah mendedahkan tiga penyelewengan dana oleh NFC yang seterusnya..


Dalam ucapannya pada sebelah pagi Shahrizat berkata "Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Tiga penyelewengan yang didedahkan itu ialah membeli Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.00, membeli dua bidang tanah di Putrajaya dengan harga RM3,363,507.00 dan juga melancong ke Indonesia dan Thailand berjumlah RM455,423.00.

Rafizi juga berkata "Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni," sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Hari ini apabila ditanya oleh wartawan mengenai pendedahan tersebut Shahrizat hanya mengangkat keningnya, menggelengkan sedikit kepalanya serta menggerakkan tangan kanannya tanda beliau tidak mahu menjawab soalan itu.

Mungkin kerana beliau tak mahu kainnya diselak kot.. maka beliau memilih untuk mendiamkan diri…


******************************************

Shahrizat tak mahu jawab soalan projek lembu

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini tidak mahu mengulas mengenai kemelut membabitkan (NFC) - sehari selepas beliau menyampaikan ucapan yang berapi-api mengecam pengkritiknya berhubung isu tersebut.

Dalam satu sidang akhbar hari ini selepas ucapan dasar Presiden
Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan agung parti itu, Shahrizat ditanya sama ada beliau turut terbabit dalam keputusan kabinet meluluskan projek NFC.

Shahrizat mengangkat keningnya, menggelengkan sedikit kepalanya serta menggerakkan tangan kanannya tanda beliau tidak mahu menjawab soalan itu.

Sebaliknya, Shahrizat bercakap menyentuh ucapan dasar Najib dan tergesa-gesa meninggalkan sidang akhbar, tanpa menjawab soalan seterusnya dari pihak media.

Semalam, Shahrizat mengecam mereka yang menyerangnya dan keluarganya berhubung projek NFC, yang dibangkitkan dalam Laporan 2010 Ketua Audit Negara.

Projek tersebut telah diberikan kepada syarikat milik keluarga Shahrizat pada tahun 2007 sewaktu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Shahrizat merupakan seorang menteri kabinet.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung Wanita Umno semalam, Shahrizat berkata beliau tidak ada kaitan dengan projek NFC itu.

Pengkritiknya, terutamanya PKR, mendakwa NFC menyalahgunakan pinjaman RM250 juta, dengan membeli kondominium mewah dan membiayai perjalanan ke luar negara.

Hanya beberapa jam selepas itu, PKR membuat tuduhan terbaru terhadap NFC, dengan mendakwa syarikat itu menyalahgunakan dana untuk membeli tanah di pusat pentadbiran Putrajaya dan sebuah kereta mewah.


Malaysiakini

Polis cuba bersihkan nama Shahrizat - Fariz Musa

Posted: 01 Dec 2011 01:07 AM PST



KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara adalah satu cubaan untuk membersihkan nama keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).


Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata bukti-bukti dikemukan KEADILAN mengenai penyelewengan dana rakyat sebanyak RM250 juta adalah jelas.

"Saya kesal dengan kenyataan (Datuk Seri) Khalid Abu Bakar kerana dengan bukti-bukti yang dikemukan telah jelas mereka salah guna duit rakyat. Dan kenyataan itu hanya dibuat sekadar nak membersihkan nama beliau (Shahrizat). .

"Sia-sia saja segala pendedahan yang dibuat kerana dalam negara buatlah apa saja, tapi tidak akan dianggap jenayah kalau semuanya dari pimpinan dan Menteri BN," kata Fariz yang juga Pengerusi NGO, Jingga 13.

The Sun melaporkan Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata bahawa siasatan awal polis terhadap projek lembu (NFC) menunjukkan tiada bukti berlakunya jenayah pecah amanah (CBT).

Pagi tadi pula Jingga 13 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi mengenai empat penyelewengan terbaru NFC melibatkan wang RM5 juta.

Pengarah strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan dana NFC digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz RM534,622 pada Disember 2009.

Dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) – syarikat berkaitan NFC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada tahun 2009 serta RM455,423 dibelanjakan untuk percutian.

KEADILAN sebelum ini membongkarkan penyelewengan dana sebanyak RM250 juta yang dilakukan NFC, yang dimiliki keluarga Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno.

NFC juga didakwa membayar hampir RM10 juta bagi membeli kondominium mewah di Bangsar, yang direkodkan sebagai bayaran pinjaman kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang juga milik keluarga Shahrizat.

Sebanyak RM9,758,140 dipindahkan dari akaun NFC di cawangan CIMB di Taman Tun Dr Ismail kepada pemaju, Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.


http://www.keadilandaily.com/?p=23945

Khairy buktikan Polis dan Tentera diperkuda UMNO - Chegubard

Posted: 30 Nov 2011 11:02 PM PST

Photobucket

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin semalam bahawa polis dan tentera terlibat proses pemilihan calon bagi pihak parti itu membuktikan kedua-dua sayap keselamatan tidak bertindak bebas, kata seorang pemimpin PKR hari ini.


Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan dan pengakuan Khairy adalah sesuatu yang serius dan Polis Diraja Malaysia seharusnya bebas dan menjadi pelaksanan undang -undang yang bebas.

Semalam, pada ucapan penggulungan Persidangan Agung Tahunan Pemuda Umno, Khairy mengingatkan anggota Umno khususnya Pemuda agar tidak merajuk dan merasa sedih sekiranya tidak terpilih sebagai "calon boleh menang."

Beliau berkata, golongan tersebut perlu menyemat rasa sayang kepada parti dan perjuangan parti berbanding jawatan dan kedudukan.

"Tengok saya sendiri, selama tiga tahun jadi Ketua Pemuda, walaupun tidak dapat apa (jawatan dalam Kabinet) tidak pernah wujud istilah merajuk atau sedih kerana sayangkan parti dan perjuangan ini," katanya.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mempunyai formula tersendiri dalam memilih calon boleh menang yang berdasarkan maklum balas rakyat akar umbi dan bukan hanya daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), cawangan khas polis dan perisikan tentera serta Kemas, kata Khairy.

Bagaimanapun Khairy berkata: "Saya sudah ada senarai pendek nama (calon Pemuda), kita akan kemukakan kepada presiden."

"Angkatan tentera seharusnya tidak terlibat dalam politik kepartian. Malangnya dengan pengakuan ini ternyata polis dan tentera diperkudakan sebagai jentera politik Umno," kata Badrul Hisham dalam satu kenyataan.

Ketua cabang Rembau itu yang mesra dikenali "Chegubard" berkata pegawai-pegawai tertinggi polis dan Angkatan Tentera Malaysia perlu tampil menjawab kenyataan itu.

"Jika ini benar maka negara benar-benar dalam masalah. Sistem negara telah hancur dengan dua elemen penting jugu telah hancur ditunggang kepentingan politik Umno," katanya lagi.

Badrul Hisham yang menyaingi Khairy di kerusi Parlimen Rembau tiga tahun lalu berkata, kenyataan wakil rakyat itu juga satu penghinaan apabila dengan angkuh Ketua Pemuda Umno sendiri memperakui perkara ini secara terbuka dengan bangga memperakui parti itu memperkudakan dua agensi penting negara.

"Satu lagi yang perlu diberikan perhatian dari kenyataan Khairy ini ialah pengakuan beliau mengenai betapa (Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi menggunakan kedudukan selaku Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan salah guna kuasa mengagihkan kad kredit untuk mengekalkan pengaruh dalam pemuda ketika menjadi Ketua Pemuda Umno.

"Zahid Hamidi harus tampil memberikan penjelasan. Jika ini benar, berapa pula hutang lupus yang melibatkan pinjaman mahupun kad kredit kepada golongan tertentu ketika beliau menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional," katanya lagi.

Zahid yang kini Menteri Pertahanan merupakan bekas ketua Pemuda Umno.

Kata Badrul Hisham, dengan kenyataan Khairy sewajarnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh memulakan tindakan.

"Kepada rakyat kenyataan ini harus diambil serius menggambarkan kemusnahan sistem yang telah dilakukan oleh Umno," katanya lagi.


The Malaysian Insider

Shaik Hussein!.. Biar berkulit hitam, asal Hati jangan Hitam.

Posted: 30 Nov 2011 08:53 PM PST


Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin

Dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang lepas, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin telah melabelkan PAS dan PKR sebagai bapok dan pondan manakala semua penyokong DAP sebagai bangsat.


Photobucket

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu juga telah memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang bila menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta mensasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu.

Anak Mamak Tongkang ini mungkin boleh menipu orang-orang Melayu dari luar Pulau Pinang dengan fitnahnya itu, tetapi orang-orang Pulau Pinang kecuali pencacai UMNO tidak boleh ditipu..

Perarakan Maulidul Rasul telah diadakan setiap tahun di Pulau Pinang sejak diperintah oleh Pakatan Rakyat .. sila lihat di SINI, SINI dan juga di SINI ,tetapi dikatakan tidak dibenarkan diadakan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Mungkin ketika beliau masih tidur ketika perarakan tersebut diadakan, oleh itu beliau tidak sedar akan adanya perarakan tersebut atau hati beliau terlalu gelap atau hitam untuk melihat apa yang telah berlaku..

Diungkapkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a, "Ada empat perkara yang menyebabkan hati menjadi gelap iaitu :-

•Perut yang selalu kekenyangan
•Bergaul dengan orang yang zalim
•Melupakan dosa yang lalu
•Angan-angan yang melambung.

Bagi aku… Biar berkulit hitam, asal hati jangan hitam..


******************************************

Kenyataan Akhbar

Serangan UMNO Ke Atas Sasaran Mudah Seperti Kristian, Cina, S. Ambiga, DAP Dan Juga Penyokong DAP Merupakan Tindakan Terdesak Untuk Mengalih Perhatian Umum Daripada Kegagalan UMNO Untuk Menangani Masalah Sebenar Seperti Rasuah, Kronisme Dan Penyalahgunaan Kuasa.

Nyata semua ibu bapa di Malaysia akan berasa jijik dengan bahasa yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO. Jelas perbuatan mereka mencerminkan cara pemikiran UMNO yang bukan sahaja ketandusan modal tetapi dipenuhi dengan fitnah, kebencian, permusuhan dan ketakutan. Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin adalah antara yang paling lantang sekali dengan kenyataannya bahawa PAS dan PKR sudah menjadi bapok dan pondan, di samping melabelkan semua penyokong DAP sebagai bangsat.

Untuk menyokong dakwaannya, Shaik menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta mensasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu. Kedua-dua dakwaan ini adalah fitnah semata-mata. Statistik menunjukkan bahawa daripada semua tindakan penguatkuasaan majlis terhadap peniaga-peniaga, 70% daripada tindakan di Pulau dan 85% di Seberang Perai telah diambil ke atas peniaga-peniaga bukan Melayu. Shaik juga mungkin dapat menipu rakyat dari luar Pulau Pinang, tetapi warga Muslim di Pulau Pinang semua tahu bahawa perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang bukan sahaja dibenarkan tetapi disambut dengan lebih meriah sekali oleh Kerajaan PR Pulau Pinang.

Dengan sikap tidak mempedulikan pilihan demokratik pengundi, Shaik telah berakhir dengan saranan supaya UMNO mengembalikan dominasi Melayu di Pulau Pinang. Sekali lagi, UMNO telah menunjukkan belang sebenarnya bahawa kuasa rakyat tidak penting dan 1Malaysia itu hanya slogan kosong untuk menipu rakyat Malaysia untuk menyokong BN dan UMNO.

Seorang rakan NGO telah memberitahu saya, serangan ganas UMNO di persada kebangsaan ini jelas menunjukkan bahawa kempen pilihan raya mereka tidak akan berdasarkan pertandingan idea tetapi satu perlumbaan berdasarkan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor. Mungkin aksi memalukan oleh wakil pemuda ini adalah gara-gara perangai Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang telah memangsakan anak saya yang berumur 15 tahun dengan "tweet"nya yang berbunyi: "Mungkin di roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada", yang bertujuan untuk memfitnah anak saya bahawa kononnya dia telah mencabul rakan sekolahnya dan saya telah membayar RM200,000 sebagai sogokan untuk menutup skandal itu.

Penggunaan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor sebenarnya adalah untuk menyembunyikan kekurangan dan ketakutan UMNO. Bermula dengan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan diekori oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin dengan ucapan jihadnya, serangan-serangan ke atas sasaran mudah seperti Kristian, Cina, Pengerusi Bersih S. Ambiga, DAP dan juga penyokong DAP adalah satu tindakan terdesak untuk mengalih perhatian umum daripada kegagalan UMNO untuk menangani masalah-masalah sebenar seperti rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

Langsung pula tidak disebut tentang skandal lembu dan kondo yang membabitkan keluarga seorang Menteri Persekutuan. Soalan patut ditanya kenapa pakcik biasa di kampung tidak pernah diberi peluang yang serupa? Tidak pula disoal kenapa duit daripada pinjaman RM250 juta boleh diberi dua tahun sebelum perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Semua hanya ingin menutup skandal di mana duit yang sepatutnya digunakan untuk penternakan lembu telah digunakan untuk membeli bukan sebuah tetapi dua buah kondominium mewah.

DAP tidak akan bertindak balas terhadap dasar perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor UMNO. DAP akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tatakelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan.

Prestasi 4 negeri Pakatan Rakyat adalah bukti yang paling jelas. Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bukan sahaja sudah menjadi lebih bersih, hijau dan selamat, malah ekonomi pun telah bertumbuh. Pelaburan di keempat-empat negeri PR ini berjumlah 53% daripada jumlah pelaburan negara untuk tahun 2010, jauh melebihi pelaburan di 10 negeri BN.

Saya menggesa supaya penyokong DAP tidak bertindak keterlaluan dan tidak terganggu oleh provokasi dangkal lagi bebal daripada UMNO. Biar rakyat Malaysia yang menentukan nasib PR dan juga DAP berdasarkan prestasi, prinsip, dan idealisme, dan bukan berdasarkan keupayaan untuk menggunakan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.


Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 1.12.2011

UMNO sudah gelisah - Dr. Asri

Posted: 30 Nov 2011 07:17 PM PST



KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti "satu kegelisahan" masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Asri yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Ia merupakan antara tiga perkara ditekankan oleh beliau dalam perbualan dengan The Malaysian Insider malam tadi.

Perhimpunan Agung Tahunan Umno memulakan tirai dengan persidangan tiga sayapnya semalam - salah satu agenda difokuskan semalam ialah keperluan kelangsungan parti tersebut dengan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13.

Kelmarin, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu ahli-ahlinya bertindak "luar biasa" untuk menang pilihan raya umum ke-13. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengajak ahli-ahlinya berjihad menghadapi pilihan raya umum kali, yang disifatkannya sebagai "ibu kepada segala pilihan raya."

"Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang.

"Bermakna, Umno kerana memberi harapan baru yang jelas, satu harapan yang orang kata sebagai 'kunci pengikat' mengikut zaman, tempat dan generasi semasa. Harapan generasi sekarang berbeza dengan generasi masa lalu, mereka tidak boleh ditarik dengan diberikan wang tunai, ganjaran tetapi lebih daripada itu," kata bekas mufti Perlis ini, yang kini merupakan felo penyelidikan Pusat Pengajian Islam Oxford.

Asri dijemput menghadiri perhimpunan kali ini sebagai tetamu. Najib akan merasmikan perhimpunan itu pagi ini dengan menyampaikan ucapan dasarnya.

Mengulas lanjut, Umno dan BN kena faham bahawa generasi semasa khususnya golongan muda tidak hanya memerlukan material semata-mata untuk melangsungkan kehidupan mereka.

Sebaliknya, kata beliau, mereka memerlukan satu jaminan ke atas hak dan kebebasan.

"Kita ambil negara Bahrain dan Arab Saudi, mereka kaya, tiada masalah wang, tetapi yang mereka perlukan, mereka mahukan hak dan kebebasan.

"Ini yang kerajaan perlu sediakan. Di Malaysia, Umno dan BN perlu sediakan, bukan setakat beri wang tunai dan sebagainya," kata Asri yang secara langsung merujuk kepada transformasi politik yang cuba dibawa oleh Najib.

Sebahagian rakyat merasakan bahawa transformasi politik dijanjikan Najib pada 15 September lalu masih belum mencukupi.

Najib menjanjikan pemansuhan beberapa undang-undang, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi digantikan dengan dua akta yang baru tahun depan.

Ekoran perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, Najib akhirnya tunduk kepada tekanan lalu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengkaji sistem penjalanan pilihan raya. Kelmarin, pentadbirannya membawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, tetapi ramai melihat ia sebagai mengekang kebebasan awam dan dikritik hebat.

Ekoran keputusan mahkamah rayuan baru-baru ini, Najib pada minggu lalu berjanji untuk mengkaji pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.

"Bila orang mengkritik, Umno tidak lagi boleh macam dulu, ia kena menggunakan kaedah boleh menghadapi mereka dan membuat penjelasan yang dapat memikat mereka," katanya.

Seterusnya kata beliau, Umno masih belum gagal memahami masih kebanyakan rakyat memerlukan perikatan tersebut, tetapi tidak pandai memikat mereka.

"Ramai pengundi atau rakyat menyokong pembangkang bukan kerana mereka suka pada pembangkang, tetapi membenci Umno. Mengapa mereka membenci Umno? Ini fenomena yang Umno kena faham daripada mengecam habis-habisan pembangkang.

"Kalau dia (perwakilan Umno) pergi menghentam pembangkang, belum tentu boleh dapatkan balik undi dan sokongan mereka," katanya yang dilihat pada ucapan pemimpin dan perwakilan semalam.

Aspek ketiga, menurut Asri ialah, kelemahan pemimpin-pemimpin menggunakan ruang perhimpunan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.

"Perwakilan kena faham bahawa ucapan mereka bukan setakat didengar oleh ahli-ahli Umno, tetapi juga keseluruhan rakyat.

"Walaupun tidak semua rakyat mendengar ucapan mereka secara langsung, tetapi mesej mereka diikuti oleh rakyat di seluruh negara, tetapi mereka masih bercakap di kalangan ahli dan perwakilan Umno sahaja. Ini kelemahan mereka yang ketiga," kata Asri menambah, pemimpin-pemimpin Umno gagal menggunakan peluang, misalnya dengan adanya siaran langsung majlis perasmian dan penggulungan menerusi televisyen pro-Umno, yang tidak dinikmati oleh mana-mana parti lain.

Seperti lazimnya, majlis perasmian ketiga-ketiga sayap dan perhimpunan agung parti disiarkan secara langsung. Malah ucapan penggulungan melibatkan pemimpin-pemimpin kanan parti disiarkan secara langsung.

"Perhimpunan Agung Umno ini, mendapat liputan seluruh negara. Berbanding dengan PAS, ia bercakap dengan ahli-ahlinya sahaja dengan kemudahan yang terhad.

"Tetapi perhimpunan Umno disiarkan oleh media secara langsung dan mendapat liputan meluas, tetapi rakyat masih tidak suka. Mengapa?" soal beliau.

Asri, pensyarah Universiti Sains Malaysia berkata, "itu strategi Umno yang salah."

"Umno bercakap sesama mereka. Saya lihat Umno sudah ada satu kegelisahan, mereka tidak jelas apa yang akan berlaku dalam pilihan raya akan datang," katanya lagi.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: