ALHUSSEYN |
- MTUC Akan Singkir Pemimpin Lemah
- Propaganda mempromosi pentadbiran Najib terus gagal
- Bebas Lebih Matang Dari Pemuda Umno
MTUC Akan Singkir Pemimpin Lemah Posted: 19 Dec 2011 02:22 AM PST Usul undi tidak percaya ke atas kepimpinan tertinggi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan dibawa ketika mesyuarat majlis am MTUC yang dijangka akan diadakan awal tahun depan. Usul kesatuan itu membabitkan kedudukan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung. Beberapa kesatuan gabungan mempertikaikan kepimpinan MTUC dengan mendakwa pemimpin-pemimpin tertinggi badan induk kesatuan sekerja itu membisu dan tidak melayan permintaan agar diadakan mesyuarat khas majlis am membincangkan isu pindaan Akta Kerja. Perkembangan ini dilihat sebagai usaha MTUC menyingkirkan kepimpinan mereka yang tidak bersungguh-sungguh dalam menangani isu pindaan Akta Kerja. Setiap ahli kesatuan mestilah berdiri teguh bersama pemimpin mereka.Sewaktu protes tempoh hari, hanya berapa ahli sahaja yang berani tampil mempertahankan perjuangan menuntut 'hak pekerja' yang cabuli.Contohilah kesatuan Qantas di Australia. Pemimpin mereka mendapat sokongan ahli-ahli yang buat protest menuntut hak keadilan mereka. Baca lagi di sini |
Propaganda mempromosi pentadbiran Najib terus gagal Posted: 18 Dec 2011 10:48 PM PST Tidak cukup dengan segala macam propaganda TV, radio, akhbar dan blogger pencacai Umno yang bekerja keras siang malam, pagi petang, terkini PM Najib melancarkan televisyen protokol internet 1 Malaysia TV pula. Terbukti semua alat propaganda Najib gagal berfungsi sebagaimana yang diharapkan. Rakyat di sana sini terus bangkit membantah pentadbiran Najib. Mahasiswa bangkit. Kesatuan pekerja bangkit. Kakitangan awam juga bangkit. Apa akan jadi dengan Najib dan Umno/BN nya selain tersungkur menjelang PRU-13 nanti! Nampak terdesak sangat Najib kini - tidak tahu berapa juta ringgit wang rakyat di bazirkan untuk projek ini yang dijalankan oleh 1 Media IPTV Sdn Bhd. Rakyat mahukan berita yang telus lagi benar. Mereka tahu menilai antara berita palsu dan benar; antara fitnah atau 'putar alam' yang sekian lama ini didondang sayangkan oleh Umno/BN. Rakyat bosan dengan sikap yang mahu memperbodohkan mereka dan tidak tahu menghormati daya intelektualiti rakyat. Apa yang rakyat mahukan ialah rangkaian berita bebas tanpa di belengu oleh kepalsuan Umno/BN.1 Malaysia TV hanyalah projek sia-sia dan membazirkan wang rakyat semata-mata. |
Bebas Lebih Matang Dari Pemuda Umno Posted: 18 Dec 2011 06:44 PM PST Syabas diucapkan kepada 'Gerakan menuntut kebebasan akademik' (Bebas) yang telah berarak ke ibu pejabat Umno untuk menuntut kebebasan akademik. Bagaimana pun, Bebas tidak ragu-ragu meminta maaf berhubung kejadian seorang peserta menurunkan bendera dengan imej Datuk Seri Najib, kemudian dinaikan semula setelah dinasihati oleh pegawai-pegawai keselamatan di situ. Pemimpin Bebas, Safwan Anang menegaskan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, menafikan dakwaan bahawa mereka telah menghina Najib. Apa yang berlaku adalah tidak dirancang, dan telah keluar dari kawalan pihak penganjur. Tindakan dan sikap Bebas yang bersedia menuntut maaf patut dipuji kerana membuktikan Bebas lebih matang dari Pemuda Umno Petaling Jaya Utara yang bersikap melampau dengan mengancam pelajar-pelajar tersebut. Waima pelajar-pelajar tidak mengingkari nasihat pegawai-pegawai keselamatan di situ. Mereka tidak pula meludah atau memijak bendera tersebut. sumber |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan