ALHUSSEYN |
- Hulubalang Pak Pacak - Umpama Lembu Dicucuk Hidung!
- SPRM dan PDRM hanya goyang kaki dan laga kontol!
- Bila lembu betina merah naik mengamuk gila-gila
Hulubalang Pak Pacak - Umpama Lembu Dicucuk Hidung! Posted: 01 Dec 2011 08:33 AM PST sempena musim cuti sekolah bagi kanak-kanak Bukan lembu saja dicucuk hidung...rupa-rupanya di Perhimpunan Agung Umno pun ada sesi cucuk hidung secara beramai-ramai. Tapi , rasa saya, manusia yang paling sabar kena cucuk hidungnya ialah Khairi Jamaluddin yang walaupun menjadi Ketua Pemuda dan Ahli Parlimen Rembau, beliau terpaksa akur menjadi Pak Pacak tanpa portpolio - waima Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Razali Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia & Sukan. Mukhriz Mahathir yang kalah kepada Khairi dalam perebutan Ketua Pemuda, dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antara Bangsa dan Industri. Sementara itu pula, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Puteri dilantik Timbalan Menteri Kesihatan. Betapa tercabarnya kesetian Khairi tatkala melihat, Shahrizat yang kalah dalam PRU ke-12 itu diangkat jadi Menteri ikut pintu belakang. Apatah lagi, bila Koh Tsu Koon Ketua Menteri Pulau Pinang yang tersungkur itu juga dijadikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Waduh, saya tabek sama lu Khairi! Inilah cara kesetiaan yang sangat didambakan oleh PM Najib dalam ucapannya dibawah ini - kesetiaan Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa, sekalipun sedang berada di kemuncak karier. Amat bertepatan sekali bila Muhyiddin Yassin menggelarnya "hulubalang" Mungkin ini menjadikan dia perasan yang dirinya sehebat hulubalang lagenda - Hang Tuah yang setia membabi buta. Hoi! sedarlah! kau cuma sebagai Pak Pacak dalam wayang Umno/BN, tidak lebih dari itu! Terpaksalah gah sebagai 'hulubalang Pak Pacak' macam dalam filem-filem Melayu sekadar pegang tombak kayu mundar mandir diluar kabinet kerana tidak dapat masuk ! KUALA LUMPUR, 1 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu anggota UMNO sekadar menjadi anggota tetapi 'orang UMNO' yang taat dan setia kepada parti serta tidak sekali-sekali mengkhianati parti. Sebagai 'orang UMNO, katanya mereka hendaklah mempamerkan perwatakan itu melalui tindak-tanduk serta sistem nilai yang dipegang iaitu taat setia, tidak khianat, cinta dan kasih dan berkhidmat tanpa jemu dan berkorban kepada perjuangan parti. Klik di sini |
SPRM dan PDRM hanya goyang kaki dan laga kontol! Posted: 01 Dec 2011 12:28 AM PST Ini tidak lain kerja paling butuh – kata orang Indonesia. Ya, paling butuh bangat Pak! kerana hanya goyang kaki dan melagakan-lagakan kontol yang dua ketol itu! Mula-mula dulu, bila diminta mengulas isu projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Shahrizat Abdul Jalil, Kepala Butuh ini pura-pura terkejut - kaget ! Bagaimanapun apabila dikatakan bahawa SPRM sudah memindahkan isu berkenaan kepada polis, dia berkata dia perlu meneliti perkara tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Tetapi hari ini, menerusi timbalannya, Kepala Butuh ini mengatakan bahawa siasatan polis setakat ini menunjukkan tiada unsur pecah amanah dalam projek ternakan lembu tersebut! Bacalah di sini Ini semua adalah gara-gara kepala segala butuh! Bukankah sebelum ini melalui satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata setelah diteliti aduan diterima minggu lalu, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan telah mengaklasifikasikan perkara tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa suruhanjaya sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM). Dan bukankah sebelum ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sendiri "bosan" dengan kes-kes salah guna dana awam yang berterusan di negara ini, kata pengerusinya, Azmi Khalid. Azmi berkata demikian selepas PAC menyoal siasat pegawai dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung kontroversi yang melanda projek ternakan lembu tersebut. Kenyataan terbaru polis itu saling tidak tumpah sebagaimana dakwaan Muhyiddin Yassin bahawa segala tuduhan berkaitan skandal Fidlot Nasional ini hanya agenda politik Pakatan Rakyat semata-mata.Baca di sini Apakah kenyataan Pengerusi PAC dan laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan bulan lalu yang mendedahkan kepincangan NFC itu juga agenda politik Pakatan Rakyat? Kepala Butuh kaulah! |
Bila lembu betina merah naik mengamuk gila-gila Posted: 30 Nov 2011 10:05 PM PST Lihatlah lagak lembu betina merah yang ranggi - satu kelompok terikut-ikut naik gila macam kena histeria! Sedarlah sikit diri kamu itu wahai Shahrizat, kamu jadi menteri ikut pintu belakang setelah tewas dengan malu kepada orang baru - Nurul Izzah Anwar di parlimen Lembah Pantai dalam pilihanraya umum lalu. Fikirkanlah, bagaimana seorang menteri boleh kalah dengan seorang remaja yang baru berjinak-jinak dengan alam politik.Orang ramai tidak kenal beliau berbanding dengan Shahrizat yang sering berita dan mukanya sering terpampang dimuka TV dan akhbar-akbar perdana. Siapa yang tidak mengenali Shahrizat? Benar sekali, rakyat tersangat-sangat mengenali Shahrizat. Lalu mereka menendangnya keluar dalam PRU ke-12 sebagai bukti jelas bahawa majoriti rakyat telah meluat kepada kamu,Shahrizat! Abdullah telah melantik ketua Wanita MCA Datuk Dr Ng Yen Yen sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Apabila kira-kira 50 Wanita Umno pergi ke kediaman rasmi Abdullah memprotes, lalu Shahrizat dilantik sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada Perdana Menteri mengenai hal-ehwal pembangunan wanita dan sosial.Bila Najib jadi PM, Shahrizat dilantik senator dan seterusnya jadi menteri sekarang hasil kerja kerasnya dari melobi Rosmah.Korang tengoklah betapa santunnya Shahrizat bila melayan Rosmah. Inilah padahnya bila menafikan suara majoroti rahyat. Majoriti rakyat telah menolaknya dalam pilihanraya tapi tetap juga dilantik. Maka Shahrizat menjelma sebagai seorang menteri yang durjana. Dalam kesempatan yang ada pada Perhimpunan Agong Umno (PAU) kali ini, sepatutnya Shahrizat memperjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan keluarganya dalam Skandal Fidlot Nasional (NFC). Tetapi Shahrizat hanya berlagak macam lembu garang yang mendengus marah yang mahu menanduk siapa saja. Shahrizat, tidak cukup sekadar menafikan bahawa skandal tersebut tiada kaitan dengan dirinya. Atau menafikan begitu sahaja segala tuduhan salah laku.Gilah buat laporan polis. Dah lama sangat tuduhan-tuduhan itu tidak berjawab dengan fakta atau bukti untuk menafikannya. Projek fidlot dengan dana RM250 juta ini tidak diberikan kepada keluarga Mak Minah kerana Mak Minah hanyalah peniaga kueh dan nasi lemak di tepi jalan.Tidak diberikan kepada keluarga Pak Abu, kerana Pak Abu hanyalah seorang penoreh getah. Keluarga Pak Abu dan keluarga Mak Minah tidak punyai apa-apa kemahiran dalam hal ternakan lembu selain ayam dan itik sekandang dikampung. Siapa Pak Abu? Siapa Mak Minah? Mereka hanya barua-barua penyokong Umno/BN yang taat setia membabi buta. Tetapi apa bezanya dengan keluarga Shahrizat? Suami dan anak-anaknya tidak pernah ada pengalaman memelihara lembu - sama seperti keluarga Pak Abu juga keluarga Mak Minah itu. Tetapi, bila orang tanya siapa Shahrizat, orang tahu dia adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Dia ada kedudukan.Maka kedudukannya itulah yang memberi kelebihan kepada keluarga Shahrizat berbanding dengan keluarga Pak Abu juga keluarga Mak Minah.Bukan kerana keluarga Shahrizat ada kelayakan, tetapi semata-mata kerana Shahrizat ada kedudukan! Mungkin yang paling istimewanya sekali kerana kedudukan dia itu sebagai Gembala Wanita Umno. Faktor inilah maka keluarga Shahrizat dapat merangkul projek NFC . Bohong dan bangang sekali kalau ada yang masih mahu mengatakan Shahrizat tidak ada kena mengena dengan projek tersebut. tenang semula.Tapi lembu betina tak tahulah pula bagaimana nak buat bila mengamuk! Laporan salah urus projek 'lembu' ini telah di highlight dalam laporan Ketua Audit Negara. Tetapi apabila Pakatan Rakyat soal, Noh Omar, Menteri Pertanian dan Khairy mendengus marah dengan cuba nak menafikannya . Beberapa bukti dikeluarkan oleh PR termasuk penyata bank, pembelian kondo mewah, lawatan keluar negara, bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya,Wan Shahinur Izran (Suami dan anak Shahrizat), pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya menjadikan mereka kini terpaksa menyepi tutup mulut masing-masing. Kenapa Wanita Umno hilang kewarasan mahu terus digembala dan dicucuk hidung oleh Shahrizat? Begitu lantang Shahrizat mengecam Ruzaidah dan mendesak Wan Azizah letak jawatan.Wanita Umno sepatutnya lebih berani dan lantang seperti Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mukhtar yang mendesak Shahrizat melepaskan jawatannya dengan berkata: "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," Baca lagi di sini Zuraida sekadar menasihati Shahrizat dengan berkata: "Kita mengangkat budaya hormat wanita, maka wanita harus hormat kepada dirinya dulu, bermula dengan Datuk Shahrizat". Apa lagi dalih si pembohong besar Shahrizat.Tidakkah dia berasa malu dan perlu mengundur diri apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berpendapat rakyat sudah mula "muak" mendengar penjelasan berulang dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung kontroversi yang melanda projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan. Azmi Khalid yang mempengerusikan mesyuarat PAC pada perbincangan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.Baca lagi di sini Nampaknya, kali ini hanya Bung Mukhtar dan Azmi Khalid sahaja yang jadi jagoan kerana tidak mahu terpalit dengan lumpur jijik yang dibawa oleh seekor lembu merah betina yang gila itu! |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan