AKU INGIN BEBAS |
USAH GUNA MEDIA PENCACAI JIKA BERTELAGAH Posted: 28 Dec 2011 01:36 AM PST KUALA LUMPUR, 28 Dis: Datuk Dr Haron Din bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am PAS, agar semua pihak yang bertelagah tidak menggunakan media arus perdana. Beliau berkata demikian dalam wawancara khasnya dengan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Pengarang Berita Harakah, Mohd Rashidi Hassan di rumahnya Isnin lepas. Haron Din, timbalan Mursyidul Am PAS itu berkata, apa yang berlaku dalam PAS sekarang hanya sebutir pasir yang dijadikan sebuah busut dan diperbesarkan. "Saya mahu semua pihak berhenti bercakap, jangan cakap apa-apa lagi," katanya. Beliau juga mahu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali bermaf-maafan di antara satu sama lain. "Saya amat gembira jika semua pihak yang terbabit meminta maaf secara terbuka," katanya. |
You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan