Sabtu, 17 Disember 2011

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


INTERLOK - AKHIRNYA... UMNO IKUT TELUNJUK MIC

Posted: 16 Dec 2011 05:23 PM PST

Hampir setahun selepas kontroversinya muncul, kerajaan membuat keputusan akan menarik balik novel Interlok daripada sukatan pelajaran di sekolah menengah.

Presiden MIC G Palanivel berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat kabinet sebelum ini dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.

"Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor. Kaum India berterima kasih terhadap keputusan itu," kata Palanivel kepada Malaysiakini malam tadi.

Novel karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain itu sebelum ini mendapat tentangan beberapa kumpulan masyarakat India yang tidak senang dengan banyak perkara, terutamanya penggunaan perkataan "paria".

Pengumuman itu dilihat mengejutkan kerana kerajaan sebelum ini memutuskan meminda beberapa bahagian sahaja dalam novel itu.

Akhirnya, umat melayu UMNO gagal mempertahankan karya yang dianggap bernilai dari segi sejarah kependudukan bangsa asing di Tanah Melayu suatu ketika dulu.

Selepas ini slogan "Hidup UMNO" atau "Hidup Melayu" perlu ditukar kepada "Hidup MIC". Saya bukanlah anti kaum India yang berada di negara One Malaysia ini tetapi saya respect kepada bangsa mereka kerana mereka sanggup mempertahankan maruah mereka jika mereka berasa ianya perlu dipertahankan.

Tiada ulasan: