Jumaat, 23 Disember 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Video : "Macam (tuduhan) Hasan Ali tu.." - TGNA

Posted: 23 Dec 2011 05:22 AM PST

Oleh : AdukaTaruna
Sumber :  http://youtu.be/WaB61GCJuoM

Ketika TGNA menyebut nama Hasan Ali dan tuduhannya, HP gua dalam keadaan lock. Dan ini yang dapat gua rakam.



Adam Adli : Terima kasih Dewan Pemuda PAS

Posted: 22 Dec 2011 07:59 PM PST

Sumber : Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS menegaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC baru-baru ini.

NONE"Tindak balas ke atas Adam Adli sangat keterlaluan. Ludah, pukul dan terkini (dakwaan) ugutan bunuh ke atasnya telah melepasi  batas kewarasan manusia bertamaddun," tegas ketuanya, Nasrudin Hassan.

"Sekalipun mereka menganggap tindakan berani Adam menurunkan bendera Datuk Seri Najib sebagai satu kesalahan, tetapi tindak balas sedemikian adalah suatu tindakan yang sangat keterlaluan.

"Insya-Allah, DPPM tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas andai terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Adam Adli,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin berkata, seperti yang telah beliau tegaskan sebelum ini bahawa tindakan anak muda itu menurunkan bendera Najib perlu ditangani secara diplomasi.

NONE"Beliau selaku mahasiswa, selaku intelek muda tentunya mempunyai
asas kukuh kenapa beliau bertindak sedemikian. Beri peluang kepada beliau membuat penjelasan, kenapa beliau melakukannya.

"Kerana saya percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya," tambahnya.

Sebagai contoh, tegas Nasrudin, beliau sendiri pernah dikritik hebat oleh sebahagian media ketika menurunkan bendera Sweden satu ketika dahulu.

"Tegas saya nyatakan bahawa tindakan saya menurunkan bendera tersebut sebagai satu isyarat jelas bahawa Sweden tidak lagi dihormati apabila rakyatnya sewenang-wenang menghina Nabi Muhammad SAW.

"Perbuatan menurunkan bendera tidak lagi sepadan dengan tindakan mereka menghina Rasulullah SAW.

"Begitulah saya melihat kes Adam Adli. Kalau tiada suatu yang membara dalam jiwa anak muda itu, masakan dia saja-saja pergi menurunkan bendera Datuk Seri Najib," tegasnya.

student handing memo to suhakam on academic freedom Bebas chairperson Muhammad Safwan AnangNasrudin menganggap tindakan nekad Adam itu sebagai isyarat atau mesej yang ingin disampaikannya kepada perdana menteri.

"Selaku kerajaan, dengarlah suara hati anak muda itu. Jangan perkecilkan beliau. Jangan sangka beliau keseorangan. Paling tidak,  mahasiswa, anak-anak muda yang terpinggir akan sepadu bersama Adam Adli.

"Saya selaku ketua DPPM sekali lagi menyatakan rasa kesal dengan tindak balas di luar batas kewarasan tersebut.

"Saya harap Adam bersabar. Kuatkan pergantungan kepada Allah swt. Anda tidak keseorangan. Dewan Pemuda PAS turut bersama anda," tambahnya.

Gua : Tq Dewan Pemuda PAS. Maka, terpaksa la gua berhenti kritik Pemuda PAS. Mujur tahun depan dah tak lama. Apa pun terima kasih tak terhingga dari gua aa, Ostad Tantawi dan Ostad Nik Abduh.

Pendaftaran Projek Langgar Hadi di Rusila 2.0

Posted: 22 Dec 2011 07:10 PM PST

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : HarakahDaily



Apabila open check, nak gerak tak boleh sebab tak nak mati antara dua buah, dia bleh pilih buy time. Wakakaka. Tangguh pertarungan jap, g luar negara dulu, bila balik, keluar dalil dan ucapan hukum2 bermain catur yang dia hafal.

Sungguh pun nampak macam terer dengan senarai hafalan,penghafal adalah penghafal. Terdapat 3 hujah yang perlu ditanya secara rakaman video (langgar). So, di peringkat awal, gua open Projek Langgar Hadi 2.0. Sesiapa yang nak follow gua bleh email gua adukataruna2008@gmail.com

Daftar dulu. Boleh siap bagi pendapat. Gua pun kena fikir prioritynya juga sebersih2nya.

Tiada ulasan: